Sabtu, 21 September 2013

Komentar Kini

Komentar Kini


Siapakah golongan qadariyah di Malaysia

Posted: 21 Sep 2013 06:55 PM PDT

Fathul Bahri bersyukur dan berkata, Alhamdulillah masyarakat awam Islam mula tertanya-tanya dan ingin mengetahui apakah itu Qadariah dan Jabariah.

Pada penulis masyarakat awam Islam sudah sekian lama mengetahui dan mengenalpasti siapakah golongan qadariah di Malaysia ini.

Sepertimana kita ketahui bahawa qadariyah adalah golongan menolak ketetapan atau takdir Allah dan percaya setiap yang berlaku adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk semata mata.

Anda yang membaca tulisan pasti tahu dan percaya golongan itu tidak lain dan tidak bukan ialah golongan yang mengadakan progam dan projek dengan papan tanda yang berbunyi: "ini projek kerajaan BN'.

Bukan itu sahaja, malah pada guni berisi baja pun ditulis yang berbunyi: " baja kerajaan BN" yang jelas dan nyatakan bahawa setiap yang dilakukan adalah hasil usaha dan kerana perbuatan makhluk (kerajaan yang memerintah Negara ini) semata mata.

Sejarah telah membuktikan pihak kerajaan BN baik perdana menteri dan timbalan perdana menteri dan menteri menteri telah memtemplek kerajaan selain BN yang memerintah lain lain negeri, termasuk negeri Kelantan.

Pihak kerajaan BN pernah berkata, tiada apa yang pihak kerajaan PAS buat sepanjang memerintah Kelantan selama 20 tahu lebih itu.Ini seolah olah kerajaan BN sahaja yang melakukan dan jelas menolak takdir Allah.

Ini mengambarkan pihak kerajaan yang memerintah Negara ini menolak takdir Allah atau dengan kata lain telah menolak usaha pihak lain dan mendadak dada dan berkata, ini hasil usaha kerajaaan BN tanpa menyedari itu adalah takdir Allah belaka.

Pada penulis, Fathul Bahri yang dikatakan dapat upah dari kerajaan BN sebanyak RM 15,000 sebulan itu telah membuka pekung kerajaan satu Malaysia kepada masyarakat awam islam di Negara ini melalui tulisannya bibit bibit edeologi akidah sesat.



Tiada ulasan: