Komentar Kini |
Siapakah boleh menang lawan Mat Sabu Posted: 14 Sep 2013 09:01 PM PDT Sebaik selesai solat jumaat 13 September 2013 seorang pemuda kaki tangan kerajaan negeri Terengganu tanya penulis pasal cakap Nik Aziz Nik Yang mahu timbalan preisiden PAS diganti. Penulis ada baca sikit mengenai cakap Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang mahu supaya Timbalan presiden PAS seorang ulamak. Sebelum ini tiada orang PAS yang mempertikaikan kemenangan Muhamad Sabu sebagai timbalan presiden PAS ketika dicabar dua calon ulamak. Mungkin ada yang tidak kena. Kalau tak mana mungkin ada dases desus disana sini agar timbalan presiden PAS diganti dengan seorang ulamak. Termasuk mursyidul PAS sendiri yang mahu jawatan timbalan presiden diganti manakala jawatan presiden dikekal. Dengan kata lain jangan ada presiden dicabar pada Muktamar tahunan yang akan berlangsung pada November ini. Mungkin atas sebab Muhamad Sabu ada kaitan dengan fahaman syiah yang dikatakan ada didalam PAS, terutama Pas Kedah. Atas sebab itu juga Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat cakap sikit yang dikatanya apa yang dia cakap lain media massa tulis. Mungkin kaki tangan kerajaan Terengganu yang mahu pandangan penulis merasa keliru dengan apa yang dicakapkan oleh Nik Aziz yang mahu prsesiden Pas diganti dengan seorang calon ulamak. Pada penulis Muhammad Sabu juga seorang ulamak yang sikit ilmunya, tetapi sangat popular, malah popularnya mengatasi presiden sendiri. Oleh itu, calon yang cabar Nasyaruddin Mat isa dulu itu Tuan Ibrahim Tuan Man seorang ulamak yang banyak ilmu juga. Maka, ada benarnya kata Nik Aziz yang mahu Muhamad Sabu diganti pada Muktamar tahunan kali ini agar PAS tidak banyak masalah dalam melayari perjuangan yang semakin mencabar. Itulah harapan musyidul PAS, tetapi untuk menentukkan Muhammad Sabu diganti dalam muktamar tahunan PAS kali ini terletak pada tangan para perwakilan. Penulis pernah buat andaian kemenangan Mohamad Sabu lalu atas sebab pertandingan tiga penjuru punca Ustaz Nasyaruddin Mat Isa kalah. Jika pertandingan itu satu lawan satu kemenangan pasti ditangan penyandang. Tetapi menang dengan majority tipis. Pada hemat penulis, Muhammad Sabu boleh diganti pada Muktamar tahunan PAS kali ini apabila Tuan Ibrahim tuan Man dicalon semula. Para perwakilan akan memberi undi yang lebih banyak kepada Tuan Ibrahim Tuan Man. Lebih lebih lagi Muhamad Sabu telah dikaitan dengan fahaman syiah yang sesat lagi menyesatkan. |
You are subscribed to email updates from Komentar Kini To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan