Isnin, 9 September 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Nabila Huda Cedera Kenderaan Terbalik, Anak Tercampak Keluar

Posted: 09 Sep 2013 12:55 AM PDT


Bentong - Pelakon yang juga anak penyanyi terkenal Amy Search, Nabila Huda, 29, terlibat dalam kemalangan di Kilometer 71 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, petang semalam.

Ketua Polis Daerah Bentong, Superintendan Mohamad Mansor Mohd Nor berkata, mangsa menaiki kenderaan jenis Mitsubishi Triton bersama anaknya, Keisha Laila, 4 tahun.

Katanya, ketika sampai di tempat kejadian, kenderaan dinaiki dipercayai terbabas.

"Nabila dan anaknya hanya mengalami kecederaan ringan akibat kejadian itu," katanya.

Sementara itu, melalui portal hiburan Oh Bulan, Nabila Huda difahamkan menaiki kenderaan pacuan empat roda bersama anaknya dan seorang lagi pemandu.

Menurut portal itu, ketika kemalangan berlaku, kenderaan tersebut telah terbalik. -SH



Pelakon Nabila Huda kemalangan,Anak tercampak keluar dari kereta

KUALA LUMPUR: "Saya tidak mengalami sebarang kecederaan serius, hanya luka kecil di bawah telapak kaki dan sudahpun menerima jahitan di Hospital Bentong, petang tadi (semalam).

"Maaf saya tidak boleh ingat berapa jarum jahitan yang diberikan doktor kerana saya lebih risaukan keadaan anak saya sekarang," kata pemegang trofi Pelakon TV Wanita Popular, Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2012 (ABPBH2012), Nabila Huda Suhaimi, 29.

Nabila dihubungi semalam mengesahkan kemalangan yang menimpanya kira-kira jam 4 petang itu. Dia dan anaknya Keisha Laila, 4 tahun, serta pelakon Shazwan Zulkifli dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur selepas menghadiri acara Karnival Planet Gempak Astro yang diadakan di Kuantan, Pahang.

Sewaktu memintanya menceritakan pengalaman mencemaskan itu, Nabila berkata, kejadian berlaku sepantas kilat malah tidak dapat mengingatinya kerana sedang tidur.

"Saya duduk di bangku penumpang. Bagaimanapun ketika kejadian berlaku saya sedang tidur. "Rakan artis, Shazwan Zulkifli yang memandu kereta berkenaan. Saya menumpang keretanya kerana kami sama-sama terbabit dalam promosi drama Jodoh Itu Milik Kita untuk saluran Mustika HD di Karnival Planet Gempak Astro. "Saya terjaga selepas mendengar dentuman berlaku dan menyedari anak saya tercampak keluar. Saya keluar dari kereta dan berlari mendapatkan Keisha (anak). Mujurlah semua kenderaan berhenti ketika itu," kata Nabila dengan nada sebak.

Sambungnya lagi, "Keisha mengalami bengkak di tangan dan luka di kepala. Yang merisaukan saya adalah Keisha kerana dia mungkin mengalami hentakan di kepala selain terdapat banyak luka kecil ekoran cermin belakang kereta pecah. "Sekarang ini saya masih menantikan keputusan X-Ray ang dibuat dibahagian kepala Keisha. Sementara, X-Ray di badan sudah dilakukan dan doktor memaklumkan Keisha tidak apa-apa," katanya.

Selepas mendapatkan rawatan pesakit luar di Hospital Bentong, Nabila membawa anaknya pulang untuk mendapatkan rawatan lanjut di Hospital Damansara Specialist dengan bantuan seorang teman yang membawanya pulang ke Kuala Lumpur.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Bentong Superintendan Mohd Mansor Mohd Noor berkata, kejadian terbabit berlaku di Kilometer 71 Lebuhraya Pantai Timur dari arah Kuantan menghala ke Kuala Lumpur.

"Kenderaan yang dinaiki pelakon berusia 29 tahun terbabit dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas.

"Ketiga-tiga mangsa dikejarkan ke hospital berhampiran dan dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius," katanya ketika dihubungi Harian Metro, semalam.

Suami pelakon itu, Zaidi Zailani menerusi laman Twitternya memaklumkan anak perempuan mereka kini menerima rawatan di sebuah hospital swasta di Damansara, di sini, dan dilaporkan stabil.


Gambar daripada Twitter bekas suami Nabila, Zaidi Zailani menunjukkan Keisha Laila, 4, cedera dan dirawat di hospital swasta.
-HM


ULASAN GB

Sebelum ini banyak kisah mengenai Nabila Huda yang kita dengar.

Apabila hukum kebenaran dan keadilan tiba, maka ia sepatutnya menjadi pembuka mata dan penyedar jiwa kepada sesiapa juga yang alpa. Jika kita mengabaikan "peringatan" itu, dikhuatiri, pelajaran yang lebih hebat bakal menjelma.

Pada masa itu sesal kemudian sudah tidak berguna. Semuga ia juga menjadi pengajaran kepada kita semua.

Tentangan Rakyat Terhadap Kenaikan Harga Barang Pun Ketentuan Allah Juga!

Posted: 08 Sep 2013 08:31 PM PDT


Keratan akhbar di atas menunjukkan betapa dasyatnya kenyataan seorang "ulamak muda UMNO" mengulas mengenai kenaikan harga barang terutama harga minyak yang diumumkan oleh PM baru-baru ini.

Mudah sahaja bagi beliau meletakkan "ketetapan Allah" sebagai alasan bagi membela kenaikan harga minyak tersebut.

Qada dan qadar adalah salah satu rukun iman, dan semua umat Islam wajib meyakini bahawa segala-segalanya, samada di langit atau pun di bumi adalah "ketetapan Allah". Itu adalah "hakikat". Namun di dalam Islam, sebelum sampai ke hakikat, ada "syariat" - peraturan - yang wajib di ikuti dan dipatuhi. Dan lantaran kerana syariatlah sekalian nabi dan rasul diutuskan kepada umat manusia.

Berkata para ulamak, syariat tanpa hakikat adalah hampa dan hakikat tanpa syariat adalah sesat.

Adalah tidak wajar untuk meletakkan alasan "ketetapan Allah" semata-mata untuk melakukan pembelaan terhadap apa juga perbuatan di alam syahadah sebelum dipatuhi segala "peraturan" (hukum syariat)nya.

Misalnya seseorang itu ditahan polis kerana telah berlaku kemalangan. Bolehkah beliau menjawab, "ah sudah ketentuan Allah bahawa, budak itu mati kerana dilanggar kereta!"

Dr. Asri, mantan mufti Perlis telah memberikan contoh yang agak baik:


Atau contoh kes ini: jika berlaku seseorang perogol ditangkap, bolehkah diterima alasan jika perogol itu menjawab: "oh sudah ketentuan Allah yang saya menjadi perogol" atau "sudah menjadi ketentuan Allah, budak itu menjadi mangsa rogol saya".

Jika demikian halnya maka tuan hakim pun boleh memberikan penghakiman begini:

"Kerana kamu kata sudah menjadi ketentuan Allah kamu menjadi seorang perogol, maka saya jatuhi hukuman sudah menjadi ketentuan Allah bahawa awak sang perogol dihukum dengan seratus kali sebatan!"

Dan mengikut analogi itu, maka kita menjawab kepada ulamak muda itu:

Tentangan rakyat terhadap kenaikan harga barang itu pun ketentuan Allah juga!

[PADAN MUKA] Perogol "Terrogol" Pembawa HIV

Posted: 08 Sep 2013 05:05 PM PDT


Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.

Agensi berita Britain melaporkan Richard Thomas, 27, minggu lalu dihukum penjara lima tahun empat minggu kerana merogol seorang wanita ketika mangsa sedang tidur.

Thomas mengaku bersalah di mahkamah Liverpool pada 20 Julai lalu.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Thomas ditangkap dan disoal siasat berhubung kes berkenaan.

Dalam temu bual itu Thomas mendakwa dia mabuk, mengambil kokain dan ekstasi serta gagal mengingat apa yang berlaku.

Bagaimanapun apabila polis memaklumkan mangsa serangan seksual Thomas itu membawa virus HIV, tertuduh pengsan kerana terkejut.

Sumber polis berkata, mereka terpaksa mengejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nasib Thomas sama ada dia akan dijangkiti virus penyebab Aids itu hanya akan diketahui hujung minggu ini apabila keputusan ujian darah dikeluarkan pejabat kesihatan.

Saksi berkata, Thomas menceroboh rumah mangsa - yang dikenali tertuduh - pada satu tengah malam dan merogolnya ketika wanita terbabit tidur.

Mangsa yang menetap di Leigh, Manchester, baru saja mengambil pil tidur sejurus sebelum diserang.

Kejadian itu hanya disedari mangsa apabila dia terjaga sejurus kemudian.

Sementara itu, peguam bela Thomas, Virginia Hayton berkata, tertuduh mula menagih dadah sejak berusia sembilan tahun dan menjadi kaki botol pada usia 11 tahun.

Thomas pula mengaku salah dan berkata, mangsa tidak akan menipu apabila menuduhnya melakukan serangan seksual.

"Jika dia saya merogolnya, maka memang saya merogol dia," katanya. - Agensi

Kau Siapa KJ Nak Menyibuk Dalam Hal Pakatan Rakyat?

Posted: 08 Sep 2013 07:01 AM PDT


Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim menyelar Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin dan mengingatkannya agar tidak mencampuri urusan Pakatan Rakyat (PR).

"Dia patut buat kerja dia dan lebih baik fokus kepada tugasnya terlebih dahulu sebelum mencampuri urusan PR," katanya Anwar merujuk kepada kenyataan Khairy menggesa pembangkang mewujudkan kabinet bayangan.

Khairy dilihat menyuarakan pendapat sama dengan Ketua Dewan Pemuda PAS Nasrudin Hassan berhubung perkara itu.

"Kita cabar mereka, sebab desakan sekarang datang daripada ahli Parlimen pihak mereka. Jadi jangan berdolak dalih lagi...namakan kabinet banyangan dalam masa terdekat," kata Khairy.

Kerajaan perpaduan

Merujuk kepada laporan Sinar Harian, Anwar berkata kenyataan beliau disalah erti oleh pemimpin Umno, dan menambah beliau tidak pernah mencadangkan kerajaan perpaduan.

Merujuk kepada Khairy, Anwar menegaskan "dia tidak baca perutusan Merdeka saya. Kenyataan saya merujuk kepada dialog.

"Saya hanya menyentuh empat isu, tadbir urus, jenayah, ekonomi, dan hubungan antara kaum,"katanya.

Tiada ulasan: