Kelab Greenboc |
- Selepas Naikkan Harga Minyak, Kerajaan Benar ‘Naikkan’ Tambang
- [VIDEO] Umno Simpan Prasangka Serong Terhadap Ikhwan Muslimin
- BN Perlu Bertindak Ke Atas Penyamun Politik Curi Wang Negara RM51 Bilion Setahun
- Aduka Taruna Dan 3 Lain Ditahan Buat Flash Mob Di Kota Bharu
- Flashmob Harga Minyak Naik: BRIM Kan Ado, Duit Kami Botingkek-tingkek!
Selepas Naikkan Harga Minyak, Kerajaan Benar ‘Naikkan’ Tambang Posted: 08 Sep 2013 01:01 AM PDT Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD) telah mengumumkan, kerajaan benarkan pengusaha bas ekspres mengenakan tambahan tambahan sebanyak 10% kepada penumpang sehingga kadar tambang baru dimuktamadkan, menurut satu kenyataan yang dikeluarkan hari ini. Yang lucunya, kenyataan itu menyebut, tidak akan ada 'kenaikan tambang' bagi perkhidmatan bas ekspres pada masa ini, tetapi pengendali bas ekspres dibenarkan untuk meneruskan bayaran tambahan kepada penumpang sebanyak 10% sebagaimana diperkenalkan pada Hari Raya. Kebenaran SPAD mengenakan tambahan tambah 10% untuk sambutan hari raya eidul fitri dijadualkan berakhir Ahad ini 8 September. Menurut kenyataan itu lagi, keputusan tidak menaikkan tambang itu diambil walaupun harga petrol dan diesel telah meningkat sebanyak 20 sen seliter pada Selasa. Menurut SPAD, keputusan itu diambil selepas meneliti kos operasi seperti bahan api, upah dan kos penyelenggaraan yang akan meningkat disebabkan oleh kenaikan harga bahan api. SPAD kini dalam peringkat akhir mengkaji kadar tambang bas ekspres, dan akan memastikan tambang baru itu tidak akan membebankan rakyat dan pengendali. -BO |
[VIDEO] Umno Simpan Prasangka Serong Terhadap Ikhwan Muslimin Posted: 07 Sep 2013 11:40 PM PDT Umno BN tidak mampu menjalinkan kerjasama erat dengan Ikhwan Muslimin kerana parti pemerintah itu menyimpan prasangka serong terhadap mana-mana gerakan Islam. Berdasarkan pengalamannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim mendedahkan beliau pernah dinasihati supaya tidak bertemu wakil gerakan itu. Bagaimanapun, bekas Timbalan Perdana Menteri itu tidak mengendahkan 'nasihat perisikan' itu, sebaliknya sekadar menukar lokasi pertemuan. "Bila Mursyidul Am Ikhwan di Malaysia, Muhammad Mahdi' Akif, saya dinasihati perisikan supaya tidak bertemu (mereka) kerana mereka kononnya ekstrimis Islam, radikal dan sebagainya. "Saya terpaksa berbincang dengan Abdul Hamid Abu Suleyman dengan bertemu di pejabatnya. "Saya, Timbalan Perdana Menteri ketika itu datang ke pejabat Hamid untuk makan tengah hari," katanya. Beliau berkata demikian pada sidang media selepas acara perasmian buku 'Di sebalik Ikhwan Muslimin: Hakikat tentang Pergerakan Politik Terkuat Dunia' petang semalam. Mengikut tradisi, seseorang pemimpin berkedudukan tinggi dalam sesebuah negara dikunjungi pemimpin negara luar kecuali wujud masalah tertentu. Mengulas lanjut, Anwar berkata, beliau menggalakkan wakil Ikhwan Muslimin bertemu dengan Umno bagi menerangkan kedudukan sebenar berlaku di Mesir. Ketua Umum PKR itu berpendapat Ikhwan Muslimin tidak mampu menjalin hubungan rapat bersama Umno, berbeza seperti yang dilakukan PAS dan PKR. -selangorku
|
BN Perlu Bertindak Ke Atas Penyamun Politik Curi Wang Negara RM51 Bilion Setahun Posted: 07 Sep 2013 08:11 PM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng berkata, hanya dengan melaksanakan tender terbuka yang berdaya saing dan menentang rasuah negara akan dapat menjimatkan wang sebanyak RM51 bilion setiap tahun. Katanya, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga boleh meyakinkan orang ramai akan keikhlasan beliau dan keperluan menaikkan harga petrol RON95 sebanyak 20 sen seliter untuk menjimatkan kos subsidi tahunan sebanyak RM3.3 bilion. Beliau berkata, tanpa langkah yang menunjukkan komitmen Kerajaan Persekutuan terhadap rasuah, orang ramai akan dengan mudah mempertikaikan keikhlasan kerajaan dan melihat tuntutan untuk mengurangkan kos sebagai palsu. "Mengapa rakyat, terutama golongan berpendapatan rendah, perlu menanggung penderitaan membayar RM3.3 bilion setahun kerana peningkatan harga petrol jika tiada tindakan diambil terhadap penyamun politik yang mencuri RM51 bilion setiap tahun daripada wang negara," katanya ketika berucap kepada Diaspora Pulau Pinang di Hong Kong, yang diterbitkan di Komtar, semalam. Guan Eng yang juga Setiausaha Agung DAP berkata, berdasarkan pengalaman tanggungjawab fiskal dan memerangi rasuah oleh kerajaan negeri Pakatan Rakyat (PR) Pulau Pinang dan Selangor, sekurang-kurangnya penjimatan 25% setahun boleh dicapai daripada kontrak perolehan kerajaan. "Lebihan bajet tahunan di Pulau Pinang, peningkatan rizab aset sebanyak 50% dan pengurangan hutang kerajaan negeri Pulau Pinang dengan rekod 95% membuktikan keberkesanan langkah integriti daripada tender terbuka yang berdaya saing kepada pengisytiharan aset awam. "Dengan anggaran RM201 billion kontrak perolehan Kerajaan Persekutuan setiap tahun, penjimatan minimum 25% akan berjumlah RM51 bilion. "Mengapa kerajaan Persekutuan BN bersikap berkira pada satu sisi tetapi membenarkan pembaziran yang besar pada sisi lain dengan tidak memberi tumpuan kepada potensi penjimatan RM51 bilion yang memberi manfaat kepada hanya beberapa kroni kaya dan bukannya memaksa 28 juta rakyat Malaysia menanggung RM3.3 bilion daripada kenaikan harga petrol," tambahnya. Beliau yang juga Ahli Parlimen Bagan berkata, bukan sahaja Kerajaan Persekutuan gagal melaksanakan logik mudah ini, sebaliknya mereka cuba mengalihkan perhatian daripada kesimpulan yang tidak dapat dielakkan dengan memainkan isu perkauman, sentimen agama dan pelampau. Menurutnya, taktik perkauman dan pelampau digunakan dengan jayanya oleh BN untuk mengelak daripada mendepani empat masalah sebenar Malaysia, iaitu jenayah, rasuah, peningkatan hutang kerajaan dan setiap isi rumah serta penurunan taraf pendidikan, produktiviti dan kemahiran tenaga buruh Malaysia. "Di Hong Kong, ramai pelabur dan penganalisis mengenal pasti empat isu utama ini yang menjadikan Malaysia kurang menarik atau kurang berdaya saing. "Mengurangkan jenayah tidak begitu sukar jika kerajaan Persekutuan BN bersedia membenarkan polis memerangi jenayah dan bukannya memantau pemimpin pembangkang. "Pada masa ini hanya 10% daripada pasukan polis yang terbabit dalam penyiasatan jenayah. Jika jumlah ini meningkat kepada 50% daripada pasukan polis keseluruhannya, saya pasti polis akan dapat menumpaskan penjenayah di Malaysia dengan lebih berkesan," ujarnya. Guan Eng berkata, BN mendakwa hutang Kerajaan Persekutuan kini 54% daripada KDNK, bagaimanapun ini tidak termasuk hutang dijamin kerajaan yang akan meningkatkan jumlah hutang Kerajaan Persekutuan kepada 70%. Katanya, jika hutang 70% kepada nisbah KDNK adalah tinggi, hutang isi rumah adalah lebih tinggi pada 83.5% daripada KDNK. "Kebergantungan sedemikian kepada hutang adalah kesan pinjaman fiskal melulu sebagai jalan keluar mudah daripada masalah negara kita. Kerajaan Persekutuan perlu menunjukkan kepimpinan melalui teladan kepada setiap isi rumah dengan mengurangkan pergantungan hutang. "Kerajaan Persekutuan juga gagal melabur untuk masa depan tanpa melabur dalam pendidikan yang berkualiti. Banyak pelabur asing dalam bidang teknologi tinggi berintensifkan pengetahuan merungut tentang kemerosotan kualiti dan penurunan tenaga kerja negara ini di semua peringkat, terutamanya penguasaan lemah Bahasa Inggeris. "Dengan penetapan piawaian BN pada tahap cukup makan semata-mata dan bukannya budaya kecemerlangan, kepada kuota politik dan bukannya prestasi dan retorik kosong dan bukannya tindakan konkrit, Malaysia berisiko ditinggalkan bukan sahaja oleh pelabur asing berteknologi tinggi tetapi juga bakat terbaik kita yang berhijrah ke negara lain seperti Hong Kong," tambahnya. Guan Eng berkata, Kerajaan Negeri Pulau Pinang berani menawarkan model di mana prestasi adalah lebih penting berbanding latar belakang politik, di mana usaha dibuat untuk menarik institusi pendidikan yang berkualiti di semua peringkat, di mana sebuah kerajaan yang jujur dan cekap melalui perkongsian dengan sektor swasta dan sektor awam serta sebuah bandar yang selamat, bersih, hijau dan sihat boleh memberikan penyelesaian kepada empat masalah yang disebut di atas. -Roketkin |
Aduka Taruna Dan 3 Lain Ditahan Buat Flash Mob Di Kota Bharu Posted: 07 Sep 2013 05:24 PM PDT Polis menahan empat aktivis Royalti (R) yang membuat flash mob (bantahan senyap) bagi membantah kenaikan harga minyak tengah-tengah bandar Kota Bharu hari ini. 4 orang aktivis R yang ditangkap adalah Khairul Nizam Abd Ghani (Aduka Taruna), Mohd Rosdi Mat Zin, Hazmi Daud, Wan Muhyiddin Asyrafi Wan Baharuddin di bawah flyover hadapan KB Mall. Mereka dibawa menaiki Black Maria ke IPD Kota Bharu, Pengkalan Chepa. Flashmob diadakan bagi membantah kenaikan harga minyak Ron 95, Ron 97 & Diesel dan mengutip sumbangan derma untuk membantu mangsa kebakaran di Lembah Sireh, Kota Bharu semalam. Penahanan dilakukan sebelum program yang sepatutnya bermula jam 2.30 petang. Menurut Pressiden R, Nazri Deraman, penahanan telah dibuat secara tergesa gesa tanpa perbincangan lanjutan dibuat. Ekoran itu, Dewan Pemuda PAS Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera. Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak. "Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman. Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini. Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi. Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur. Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis. Ekoran itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) mengecam tindakan itu dan menuntut mereka dibebaskan segera. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan harga minyak 20 sen untuk RON95 dan diesel baru-baru ini. Ia dibuat dalam bentuk pemotongan kepada subsidi yang diberikan kerajaan selama ini. Pemuda PAS Kelantan berpendirian, tindakan menahan mereka yang hanya melakukan kempen bantahan senyap ialah satu cubaan pihak kerajaan untuk menutup bantahan rakyat terhadap kenaikan harga minyak. "Perlu diingatkan bahawa kenaikan harga minyak ialah isu bersama yang melibatkan seluruh rakyat Malaysia dan bukan merupakan isu politik semata-mata," kata ketuanya, Abdul Latif Abdul Rahman. Mereka berpandangan pihak berkuasa wajar menggunakan budi bicara dalam menangani protes kenaikan harga minyak ini. Justeru, mereka mendesak agar semua keempat-empat aktivis R ini dibebaskan dengan segera sebelum kerajaan menghadapi protes yang lebih hebat lagi. Sebelum ini, Pemuda PAS telah mengadakan bantahan di seluruh negara termasuk di Kualan Lumpur. Namun hanya bantahan yang dibuat di Kota Bharu sahaja yang melibatkan tangkapan dari pihak polis. -TMI |
Flashmob Harga Minyak Naik: BRIM Kan Ado, Duit Kami Botingkek-tingkek! Posted: 07 Sep 2013 07:05 AM PDT .SEREMBAN: Beratus-beratus pengguna jalanraya yang melalui Jalan Seremban–Tampin, ketika menghampiri Ibu Pejabat PKR Negeri Sembilan di Jalan Rahang lewat petang semalam, pada mulanya berasa pelik dengan kain rentang (banner) yang dipegang oleh lebih 10 ahli Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) Negeri Sembilan. ialah kerana dikala rakyat mengeluh atas kenaikan harga minyak, badan bukan kerajaan (NGO) ini pula nampak seolah-olah menyokong kenaikan harga minyak. Namun setelah meneliti sejenak slogan-slogan yang terpapar pada kain rentang tersebut barulah pemandu kenderaan dan pengguna jalanraya yang mula memahami maksud yang tersirat, membunyikan hon kenderaan mereka sebagai tanda sokongan kepada 'flashmob' tersebut. Slogan-slogan yang terpapar dalam kain rentang tersebut ialah seperti 'Bunyikan hon tanda syukur kepada BN atas kenaikan harga minyak', 'Kami sokong harga minyak naik sebab kami isi kereta dan motor guna air'. 'Terima kasih (kepada Perdana Menteri Datuk Seri) Najib Razak kerana naikkan harga minyak' dan 'Tahniah penyokong BN, kerana BN menang, harga minyak naik'. Takpoo……BR1M kan adoo Sebuah kain rentang dalam loghat Negeri Sembilan turut menarik perhatian pengguna jalanraya. 'Harga minyak naik, takpoo…BR1M kan adoo…duit kami botingkek-tingkek'. Slogan tersebut bermaksud 'Harga minyak naik, tidak mengapa…BR1M kan ada…duit kami bertingkat-tingkat' (duit banyak menimbun-nimbun). Penyelaras Bersama SAMM, Norazizi A Aziz berkata SAMM Negeri Sembilan mengambil pendekatan yang berbeza kali ini jika dibandingkan dengan 'flashmob' yang dianjurkan oleh SAMM di negeri-negeri lain. "Sememangnya kami membantah kenaikan harga minyak ini. Walaubagaimanapun kami membantah dengan memaparkan kain rentang yang menyokong kenaikan ini dalam bentuk 'sinikal'. "Kalau diikutkan daripada respon pengguna jalanraya, mereka faham mesej kami dan slogan kami. Sebab itu mereka membunyikan hon bila melalui 'flashmob' ini. "Kami mahu kerajaan mendengar rintihan rakyat di peringkat bawahan yang berpendapatan rendah kerana yang merasai bebanan kenaikan harga minyak ialah rakyat bawahan dan bukannya pemimpin atasan. "Saya juga menyokong kenyataan Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang bersedia elaun beliau dipotong untuk sama-sama merasai bebanan dan kesulitan yang ditanggung oleh rakyat. "Pemotongan elaun Menteri Kabinet mampu mengukuhkan lagi kedudukan ekonomi negara kerana akan berlaku penjimatan perbelanjaan dana kerajaan. "Bagaimanapun, saya berharap kenyataan beliau tidak bersifat retorik tetapi saya berharap beliau mempunyai kesungguhan untuk membawa cadangan memotong elaun Menteri dan Timbalan Menteri ke mesyuarat Jemaah Menteri Kabinet pada minggu hadapan. "Dari situ kita boleh melihat apakah beliau benar-benar mahu merasai keperitan rakyat dan mahu menjimatkan perbelanjaan negara," jelas Norazizi. -FMT |
You are subscribed to email updates from KELAB GREENBOC To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan