Jumaat, 6 September 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Rakyat Hentam Najib Di Laman Facebook, Gesa Letak Jawatan

Posted: 06 Sep 2013 01:15 AM PDT


Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut, lapor Keadilandaily.

Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka.

Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion.

Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com.

Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu.

Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu.

Sehingga berita ini ditulis, lebih 1200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan. Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik:

Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!! Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je" Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal? Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!! Koo Cai: Mohon letak jawatan segera… Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. .. Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa.. Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih.

Ini Dia Ketua Gangster, Seorang Bekas Pemimpin MCA, Bukan DAP

Posted: 05 Sep 2013 08:20 PM PDT

Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini..

Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA..

Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini...


Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.

Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.

Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.

Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.

Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.

Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.

Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.

Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.

Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.

Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.

Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.

Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.

Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor.
-TMI



Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA


Ong King Ee atau lebih dikenali sebagai Jackie Chan adalah bekas pengerusi MCA bahagian Lebuh Gurney Pulau PInang kini telah bebas lepas setelah mendapat pengampunan dr YDP Agong.

Dia ni jugak lebih dikenali sebagai Ketua Kumpulan Kongsi Gelap di Malaysia. Dia ni jugak dikatakan terlibat dgn pelbagai kes rompak dan bunuh.

Yang menghairankan macam mana boleh dapat pengampunan semudah itu. Macam mana boleh dilepaskan semudah itu. Kalau dah kepala kongsi gelap dan pernah merompak dan membunuh, tak ke merbahaya namanya.

Kalau dah terlepas di tengah-tengah masyarakat kan ke merbahaya tu. Org ini amat merbahaya buat masyarakat. Dia tak sepatutnya dibebaskan tetapi harus dipenjarakan.

Apa motif disebalik pembebasannya? Bagaimana terjadi begini? Seorang penjenayah boleh diampunkan semudah makan kacang. Apa dah jadi ni? Sedangkan ramai lagi mereka yg tak bersalah dijatuhkan hukuman penjara tanpa bicara.

ISA digunakan dengan pantas buat mereka yg terang tak bersalah. Anwar Ibrahim contohnya dipenjara sedangkan kesalahannya langsung tak menggugat keselamatan negara.

Tetapi Ong King Ee @ Jackie Chan boleh dibebaskan tanpa banyak soal. Pada hal semua tahu dia ni seorang penjenayah yg amat merbahaya. Takkan semudah itu dia dibebaskan kalau tak ada udang disebalik batu.

Kalau setakat nak meraih undi kaum Cina masa pilihanraya nanti, cukup tak patut. Ada ke patut masyarakat dibiarkan terdedah dgn penjenayah kejam ini hanya kerana nak meraih undi kaum Cina. Rasanya masyarakat Cinapun ketakutan agaknya kalau kepala kongi gelap ni berada di tengah-tengah mereka.

Silap haribulan kena bunuh pulak. Entahlah apa nak jadi dgn kerajaan Malaysia sekarang ni.
-:GASAK:-


Macai-macai UMNO yang sibuk menuduh DAP dipengaruhi gangster nak kata apa pulak sekarang?

Yang sahih menerima gangster sebagai ahlinya ialah MCA bukannya DAP (malaysiansmustknowthetruth)

Bagaimana Syaitan Menelanjangi Muslimah

Posted: 05 Sep 2013 05:05 PM PDT


Syaitan dalam menggoda manusia memiliki berbagai macam strategi, dan yang sering diguna adalah dengan memanfaatkan hawa nafsu, yang memang memiliki kecenderungan mengajak kepada keburukan (ammaratun bis su'). Syaitan tahu persis kecenderungan nafsu kita, dia terus berusaha agar manusia keluar dari garis yang telah ditentukan Allah, termasuk melepaskan hijab atau pakaian muslimah. Berikut ini tahapan-tahapnya.

I. Menghilangkan Definisi Hijab

Dalam tahap ini syaitan membisikkan kepada para wanita, bahawa pakaian apapun termasuk hijab (penutup) itu tidak ada kaitannya dengan agama, ia hanya sekadar pakaian atau mode hiasan bagi para wanita. Jadi tidak ada pakaian syar'i, pakaian ya pakaian, apa pun bentuk dan namanya.

Sehingga akibatnya, ketika zaman telah berubah, atau kebudayaan manusia telah berganti, maka tidak ada masalah pakaian ikut ganti juga. Demikian pula ketika seseorang berpindah dari suatu negeri ke negeri yang lain, maka harus menyesuaikan diri dengan pakaian penduduknya, apapun yang mereka pakai.

Berbeza halnya jika seorang wanita berkeyakinan, bahawa hijab adalah pakaian syar'i (identiti keislaman), dan memakainya adalah ibadah bukan sekadar mode. Biarpun hidup bila saja dan di mana saja, maka hijab syar'i tetap dipertahankan. Apabila seorang wanita masih bertahan dengan prinsip hijabnya, maka syaitan beralih dengan strategi yang lebih halus. Caranya?

Pertama, Membuka Bahagian Tangan

Telapak tangan mungkin sudah terbiasa terbuka, maka syaitan membisik kan kepada para wanita agar ada sedikit peningkatan model yakni membuka bahagian hasta (siku hingga telapak tangan). "Ah tidak apa-apa, kan masih pakai jilbab dan pakai baju panjang? Begitu bisikan syaitan. Dan benar sang wanita akhirnya memakai pakain model baru yang menampakkan tangannya, dan ternyata para lelaki yang melihat nya juga biasa-biasa saja. Maka syaitan berbisik," Tuh tidak apa-apa kan?

Kedua, Membuka Leher dan Dada

Setelah menampakkan tangan menjadi kebiasaan, maka datanglah syaitan untuk membisikkan hal baru lagi. "Kini buka tangan sudah lumrah, maka perlu ada peningkatan model pakaian yang lebih maju lagi, yakni terbuka bahagian atas dada kamu." Tapi jangan sebut sebagai pakaian terbuka, hanya sekedar sedikit untuk mendapatkan hawa, agar tidak ghairah. Cubalah! Orang pasti tidak akan peduli, sebab hanya bahagian kecil saja yang terbuka.

Maka dipakailah pakaian model baru yang terbuka bahagian leher dan dadanya dari yang model setengah lingkaran hingga yang model bentuk huruf "V" yang tentu menjadikan lebih terlihat lagi bahagian sensitif lagi dari dadanya.

Ketiga, Berpakian Tapi Telanjang Syaitan berbisik lagi, "Pakaian kan hanya gitu-gitu saja, cari model atau bahan lain yang lebih bagus! Tapi apa ya? Sang wanita tertanya-tanya. "Banyak model dan kain yang agak tipis, lalu bentuknya dibuat yang agak ketat biar lebih enak dipandang," syaitan memberi idea baru.

Maka tergodalah si wanita, di carilah model pakaian yang ketat dan kain yang tipis bahkan tembus-pandang (transparent). "Tak apa-apa kan, potongan pakaiannya masih panjang, hanya bahan dan modelnya saja yang agak berbeza, biar nampak lebih feminin," begitu dia menambahkan. Walhasil pakaian tersebut akhirnya membudaya di kalangan wanita muslimah, makin hari makin bertambah ketat dan transparen, maka jadilah mereka wanita yang disebut oleh Nabi sebagai wanita kasiyat 'ariyat (berpakaian tetapi telanjang).

Keempat, Agak di Buka Sedikit

Setelah para wanita muslimah mengenakan busana yang ketat, maka syaitan datang lagi. Dan sebagaimana biasanya dia menawarkan idea baru yang sepertinya segar dan enak, yakni dibisiki wanita itu, "Pakaian seperti ini membuat susah berjalan atau duduk, soalnya sempit, sebaiknya di belah hingga lutut atau mendekati paha?" Dengan itu kamu akan lebih leluasa, lebih kelihatan lincah dan bertenaga."

Lalu dicubalah ide abaru itu, dan memang benar dengan dibelah mulai bahagian bawah hingga lutut atau mendekati paha ternyata membuat lebih enak dan leluasa, terutama ketika akan duduk atau naik ke kereta. "Yah tersingkap sedikit tak apalah, yang penting enjoy," katanya.

Inilah tahapan awal syaitan merusak kaum wanita, hingga tahap ini pakaian masih tetap utuh dan panjang, hanya model, corak, potongan dan bahan saja yang dibuat berbeza dengan hijab syar'i yang sebenarnya. Maka kini mulailah syaitan pada tahapan berikutnya.

II. Terbuka Sedikit Demi Sedikit

Kini syaitan melangkah lagi, dengan trik dan siasat lain yang lebih ampuh, tujuannya agar para wanita menampak kan bahagian aurat tubuhnya.

Pertama, Membuka Telapak Kaki dan Tumit.

Syaitan berbisik kepada para wanita, "Baju panjang benar-benar membuat susah, kalau hanya dengan membelah sedikit bahagiannya masih kurang leluasa, lebih enak kalau di potong saja hingga atas mata kaki." Ini baru agak longgar. "Oh ada yang terlupa, kalau kamu bakai baju demikian, maka tudung yang besar tidak sesuai lagi, sekarang kamu cari jilbab yang kecil sedikit agar lebih serasi dan padan, orang tetap menamakannya dengan "bertudsung".

Maka para wanita yang terpengaruh dengan bisikan ini buru-burulah mencari model pakaian yang dimaksudkan. Tak ketinggalan sepatu hak tinggi, yang kalau untuk berjalan mengeluarkan bunyi yang menarik perhatian orang.

Kedua, Membuka Seperempat Hingga Separuh Betis

Terbuka telapak kaki telah biasa ia lakukan, dan ternyata orang-orang yang melihat juga tidak begitu peduli. Maka syaitan kembali berbisik, "Ternyata kebanyakan manusia menyukai apa yang kamu lakukan, buktinya mereka tidak bereaksi apa-apa, kecuali hanya beberapa orang. Kalau langkah kakimu masih kurang leluasa, maka cubalah kamu cari model lain yang lebih enak, bukankah kini banyak pakaian setengah betis dijual di pasaran? Tidak usah terlalu pendek, hanya terlihat kira-kira sepuluh sentimeter saja." Nanti kalau sudah terbiasa, baru kamu cari model baru yang terbuka hingga setengah betis."

Benar-benar bisikan syaitan dan hawa nafsu telah menjadi penasihat pribadinya, sehingga apa yang saja yang dibisikkan syaitan dalam jiwanya dia turuti. Maka terbiasalah dia mema-kai pakaian yang terlihat separuh betisnya kemana saja dia pergi.

Ketiga, Terbuka Seluruh Betis

Kini di mata si wanita, zaman benar-benar telah berubah, syaitan telah berhasil membalikkan pandangan jernihnya. Terkadang sang wanita berfikir, apakah ini tidak menyelisihi para wanita di masa Nabi dahulu. Namun buru-buru bisikan syaitan dan hawa nafsu menyahut, "Ah jelas tidak, kan sekarang zaman sudah berubah, kalau zaman dulu para lelaki mengangkat pakaiannya hingga setengah betis, maka wanitanya harus menyelisihi dengan menjulurkannya hingga menutup telapak kaki, tapi kini lain, sekarang banyak laki-laki yang menurunkan pakaiannya hingga bawah mata kaki, maka wanitanya harus menyelisihi mereka yaitu dengan mengangkatnya hingga setengah betis atau kalau perlu lebih ke atas lagi, sehingga nampak seluruh betisnya."

Tetapi… apakah itu tidak menjadi fitnah bagi kaum laki-laki," hatinya berkata. "Fitnah? Ah itu kan zaman dulu, di masa itu kaum laki-laki tidak suka kalau wanita menampakkan auratnya, sehingga wanita-wanita mereka lebih banyak di rumah dan pakaian mereka sangat tertutup. Tapi sekarang sudah berbeza, kini kaum laki-laki kalau melihat bahagian tubuh wanita yang terbuka malah senang dan mengatakan ooh atau wow, bukankah ini berarti sudah tidak ada lagi fitnah, kerana sama-sama suka? Lihat saja model pakaian di sana-sini, dari yang berharga rendah hingga yang yang berjenama, seperti Kristian Dior, semuanya menawarkan model yang dirancang khusus untuk wanita maju di zaman ini. Kalau kamu tidak mengikuti model itu akan menjadi wanita yang ketinggalan zaman."

Demikianlah, maka pakaian yang menampakkan seluruh betis biasa dia kenakan, apalagi banyak para wanita yang memakainya dan sedikit sekali orang yang mempermasalahkan itu. Kini tibalah saatnya syaitan melancarkan tahap terakhir dari siasatnya untuk melucuti hijab wanita.

III. Serba Mini

Setelah pakaian yang menampak kan betis menjadi pakaian sehari-hari dan dirasa biasa-biasa saja, maka datanglah bisikan syaitan yang lain. "Pakaian memerlukan variasi, jangan yang itu saja, sekarang ini modelnya berpakaian mini, dan agar serasi rambut kepala harus terbuka, sehingga benar-benar kelihatan indah."

Maka akhirnya pakaian mini yang menampakkan bahagian bawah paha dia pakai, bajunya pun bervariasi, ada yang terbuka hingga lengan tangan, terbuka bahagian dada sekaligus bahagian punggung nya dan berbagai model lain yang serba pendek dan mini. Koleksi pakaiannya sangat beraneka ragam, ada pakaian pesta, berlibur, pakaian kerja, pakaian rasmi, pakaian malam, pagi, musim panas, musim dingin dan lain-lain, tak ketinggalan seluar pendek separuh paha pun dia miliki, model dan warna rambut juga ikut bervariasi, semuanya telah dicuba.

Begitulah sesuatu yang sepertinya mustahil untuk dilakukan, ternyata kalau sudah dihiasi oleh syaitan, maka segalanya menjadi serba mungkin dan diterima oleh manusia.

Hingga suatu ketika, muncul idea untuk mandi di kolam renang terbuka atau mandi di pantai, di mana semua wanitanya sama, hanya dua bahagian paling rawan saja yang tinggal untuk ditutupi, kemaluan dan buah dada. Mereka semua mengenakan pakaian yang sering disebut dengan "bikini". Kerana semuanya begitu, maka harus ikut begitu, dan na'udzu billah bisikan syaitan berhasil, tujuannya tercapai, "Menelanjangi Kaum Wanita."

Selanjutnya terserah kamu wahai wanita, kalian semua sama, telanjang di hadapan laki-laki lain, di tempat umum. Aku berlepas diri kalau nanti kelak kalian sama-sama di neraka. Aku hanya menunjukkan jalan, engkau sendiri yang melakukan itu semua, maka tanggung sendiri semua dosamu" syaitan tak mau ambil risiko.

PenutupDemikian halus, cara yang digunakan syaitan, sehingga manusia terjerumus dalam dosa tanpa terasa. Maka hendaklah kita semua, terutama orang tua jika melihat gejala menyimpang pada anak-anak gadis dan para wanita kita sekecil apapun, segera secepatnya diambil tindakan. Jangan biarkan berlarut-larut, karena kalau dibiarkan dan telah menjadi kebiasaan, maka sangat sulit bagi kita untuk mengatasinya.

Membiarkan mereka membuka aurat berarti merelakan mereka mendapatkan laknat Allah, kasihanilah mereka, selamatkan para wanita muslimah, jangan jerumuskan mereka ke dalam kebinasaan yang menyeng-sarakan, baik di dunia maupun di akhirat. Wallahu a'lam bis sawab.

Sumber idea dan pokok fikiran: Kitab "At ta'ari asy syaithani", Adnan ath-Tharsyah, disadur dengan bebas.

Saman Fitnah: Kickdefella Perlu Siar Permohonan Maaf Kepada Husam

Posted: 05 Sep 2013 06:31 AM PDT


Kuala Lumpur - Kes saman fitnah antara Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa dan penulis blog 'Kickdefella' atau nama sebenarnya Syed Azidi Syed Abdul Aziz selesai hari ini berdasarkan persetujuan kedua-dua belah pihak.

Persetujuan penyelesaian itu direkod Pesuruhjaya Kehakiman Lee Heng Cheong (male) semasa kes disebut di hadapan beliau.

Berdasarkan terma yang dipersetujui, Syed Azidi perlu menyiarkan kenyataan maaf menerusi akhbar Sinar Harian dan blog 'Kicdefella' miliknya dalam tempoh 14 hari bermula hari ini.

Menerusi terma tersebut, beliau menyatakan kekesalan di atas penyiaran sebuah artikel di akhbar itu pada 25 Julai 2012, dan memohon maaf sekiranya kenyataannya telah menimbulkan kekeliruan.

Kedua-dua pihak hadir ke mahkamah dan tiada sebarang kos ditetapkan.

Husam memfailkan saman itu pada 21 Feb lalu. Beliau diwakili peguam Noorazmir Zakaria manakala peguam Datuk Jahaberdeen Mohd Yunos mewakili Syed Azidi. - Bernama

Tiada ulasan: