Khamis, 19 September 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


[GEMPAR] Pekerja Kempen PKR Dibunuh Selepas Diugut BN

Posted: 19 Sep 2013 01:10 AM PDT


Polis belum mengambil tindakan terhadap laporan keganasan dan ancaman keselamatan yang dilakukan penyokong Barisan Nasional, kata calon PKR Parlimen Tapah PRU-13, Vasantha Kumar.

Saksi pertama hari kedua Tribunal Rakyat itu, berkata seorang pembantu kempennya, K Murugan dibunuh yang dipercayai ada hubungan kait dengan proses kempen PRU-13 lepas.

"Murugan dibunuh dengan kejam. Tangan dan kaki beliau dikat logam, dan dia mempunyai kecederaan kepala," katanya.

Sebelum kejadian, beliau berkata, Murugan menerima panggilan daripada indivisu dikenali dan tidak dikenali yang mengarahkannya berhenti dari menjadi pekerja kempen PKR.

"Murugan menyatakan menerima ancaman bunuh daripada penyokong BN," katanya.

Murugan dilapor hilang pada 1 Mei lalu dan mayatnya ditemui terapung dalam lombong tiga hari kemudian di sebuah tasik di Batu Gajah,Perak.

Vasantha turut memberi keterangan berhubung pemberian baucar RM100 baucar yang disampaikan MIC untuk masyarakat umum di Tapah semasa tempoh berkempen.

Pada tribunal itu, Vasantha menyerahkan bukti plastik yang digunakan BN untuk memberi barangan makanan kepada pengundi yang menyalahi kempen PRU 13.

"Pengundi orang Asli juga disekat anggota Rela dari mengundi dan kami disekat dari berkempen di kampung," katanya kepada Tribunal.

Selain itu, beliau menyatakan peti pengundi awal dipindahkan dari balai polis Tapah pada 2 Mei lalu yang sepatutnya dikira pada 5 Mei.

Kira-kira 200 orang hadir mengikuti perjalanan tribunal itu di Throne Room, Hotel Empire, Subang Jaya bermula dari jam 9 pagi hingga 5 petang.

Pada hari pertama semalam, seramai tujuh saksi memberi keterangan kepada Tribunal Rakyat yang melibatkan dua calon PRU 13 dan dua sukarelawan NGO Pemantau.

Turut menjadi saksi, seorang ejen pilihan raya, seorang pakar pilihan raya dan seorang yang namanya tertera dalam daftar pengundi tanpa pengetahuannya.

Profesor Gurdial Singh Nijar dari Universiti Malaya (UM) menjadi Ketua pasukan guaman dan membentangkan kes pada tribunal itu. -selangorku

[BERGAMBAR] Mahkamah Bebaskan 13 Peserta Ops Bubar Dengan Ikatjamin -updated

Posted: 18 Sep 2013 11:35 PM PDT


Hakim Mahkamah Tinggi Taiping telah menerima permohonan peguambela untuk menangguhkan hukuman yang telah dijatuhkan terhadap 13 peserta Ops Bubar, harakahdaily dipetik.

Keputusan ini dibuat selepas Hakim Datuk Ahmad Nashfi berpuas hati dengan penghujahan oleh barisan peguambela yang terdiri daripada Asmuni Awi, Mohamed Hanipa Maidin, Aminuddin Zulkapli, Agustine dan beberapa orang lagi.

Ahmad Nashfi memutuskan kesemua dilepaskan dengan jaminan RM3,000 oleh seorang penjamin.

Denda RM5,000 yang dijatuhkan sebelum ini boleh dibayar secara ansuran dalam tempoh 6 bulan.

Semua terduduh juga tidak dibenarkan membuat sebarang kenyataan sama ada di laman sosial seperti Facebook mahupun media.

Ratusan orang terdiri daripada pimpinan, penyokong dan ahli keluarga telah hadir memberikan sokongan.

Antara pimpinan yang hadir termasuklah Mantan Menteri Besar Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin, AJK PAS Pusat, Dr Mujahid Yusof Rawa serta Ustaz Idris Ahmad, Pesuruhjaya PAS Perak, Ustaz Abu Bakar Hussien, Naib Ketua Pemuda PAS Malaysia, Dr Raja Ahmad Iskandar Al-Hiss, Ketua Penerangan Dewan Muslimat PAS Pusat, Aiman Athirah Al- Jundi, dan barisan Adun serta pimpinan Pakatan Rakyat Perak.

Menurut Dr. Mujahid Rawa, keputusan hakim ialah hukuman memohon 13 orang untuk ditangguhkan sehingga rayuan telah diterima tersebut adalah kemenangan awal.

Maklumat dari blogger cenangau daun kari yang mengutip maklumat dari media sosial:

* Asmuni Awi memulakan penghujahan bagi pihak 13 OKZ dam memohon penangguhan hukuman.

* Hanipa Maidin menyambung penghujahan dengan merujuk kes rogol kanak-kanak 5 tahun.

* Yang dihukum boleh diikat jamin dan bebas. Mengapa pula mereka ini tidak boleh ditangguh hukuman.

* Hanya hukuman mandatori saja yang Mahkamah letakkan hukuman 2 tahun. Ini hanya kesalahan bawah sek 145 dan mereka yang terlibat tidak pernah melakukan kesalahan. Maka adakah wajar Mahkamah mengenakan hukuman 2 tahun.

* Sek 27 (4) akta polis dan sek 145 akta jenayah. Keduanya mesti melibatkan perhimpunan aman dan mesti bersurai. Sedangkan mereka telah dibebaskan di bawah akta polis sek 27(4) tetapi di dapati bersalah bawah sek 145 penal code.

* Peguam ketiga, Agustine pula mengemukakan penghujahan. Beliau bersama Aminuddin adalah peguam yang mengendalikan kes ini sejak 5 tahun lalu tanpa sebarang bayaran.

* Hakim senyum-senyum saja mendengar hujahan peguam kami Augustine Anthony. Beliau menegaskan tetang keadaan kesihatan OKZ juga perjalanan kes sebelumnya. Ramai mereka yang sudah kehilangan kerja dan sudah 'terhukum'.

* Peguam ke 4 Charan Singh pula sambung penghujahan.

* DPP bangun dan bantah permohonan penangguhan hukuman dan merasakan hukuman mandatori wajar
Sebelum ini, Hakim Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar, Norsalha Hamzah telah menjatuhkan hukuman maksimum penjara dua tahun dan denda RM5,000, dan telah menolak permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut kepada 13 individu yang terlibat dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, 6 Februari 2009.

Mereka adalah Bad Latif Mansor, 47, Suhana Abdullah, 49, Meor Safizal Meor Mohamed Amin, 38; Mohd Faiz Mohd Arshad, 26; Zulhaizam Zulkifli, 29 ; Isha Riduan Ishak, 59; Adi Hilmee Mohd Nasir, 44; Yusoff Jaafar, 48; Idris Mohd Thaib, 48; Mohamad Nazeer Hameed, 48; Khairul Azmi Hassan Basri,48; Mohd Hasri Ismail, 48; dan Mohamed Ismail SM Abdul Kadir, 47.

Keputusan hakim berkenaan dilihat oleh banyak pihak sebagai "terlalu keras" dan tidak sepadan dengan kesalahan yang dilakukan.

Apatah lagi permohonan untuk menangguhkan hukuman tersebut telah ditolak menyebabkan kesemua 13 tertuduh terpaksa menjalani hukuman penjara serta-merta.

Ahmad Lutfi Othman, Pengarang Harakah menyifatkan penghakiman kes tersebut hanya menambah-burukkan lagi persepsi negatif rakyat terhadap sistem kehakiman negara. Ia juga boleh merencatkan penghormatan orang ramai terhadap Ops Cantas atau sebarang usaha pihak keselamatan untuk membanteras jenayah, sekali gus menguatkan lagi sangkaan umum bahawa "kes-kes politik" lebih dipandang serius berbanding kesejahteraan rakyat.

Sebelum ini, Dewan Muslimat PAS telah melancarkan tabung bagi membantu keluarga 13 orang tersebut dan banyak pihak terutama PAS Kawasan-kawasan telah mengadakan solat hajat memohon agar kesemua 13 orang tersebut dibebaskan.

Sumber gambar dan teks: Facebook Nashita, Jamaluddin, Faeez, Azizul, Dustbin, Naeem, Dr. Mujahid dan Fawi (WatsApp) -cenangau

Zahid Perlu Jelaskan Kenapa 13 Peserta ‘Ops Bubar’ Dipakaikan T-Shirt Merah?

Posted: 18 Sep 2013 08:55 PM PDT

[Gambar kanan - Haji Sa'ari paling kanan bersama keluarga Faiz Arshad, disebelah kiri Haji Sa'ari adalah Mariyam, isteri Faiz yag sedang menunggu kelahiran cahayamata mereka]

Ahli keluarga 13 orang peserta demonstrasi di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan pada 6 Februari 2009 lalu, memohon seluruh rakyat Malaysia mengadakan solat hajat dan berdoa, agar rayuan yang dikemukakan di mahkamah Taiping diperkenankan Allah.

Menurut Bendahari Majlis Tindakan DUN (MTD) PAS Teluk Pasu, Haji Sa'ari bin Mohd Amin, pihak peguam akan mengemukakan rayuan pada hari Khamis 19 September, jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping.

"Mahkamah menetapkan (hari) Khamis ini 19/9/13 jam 9 pagi di Mahkamah Tinggi Taiping untuk mendengar rayuan, saya mohon sahabat-sahabat seperjuagan dan seluruh rakyat Malaysia yang cintakan demokrasi agar dapat mengadaka solat hajat dan berdoa,

"agar rayuan tertuduh 13 orang itu diterima dan InsyaAllah (mereka) di bebaskan," ujarnya ketika dihubungi.

Beliau dan ahli keluarganya yang menziarahi menantunya, Faiz Arshad di penjara Tapah kelmarin berkata, semua 13 orang yang ditahan dipejara itu dalam keadaan sihat .

Namun begitu, beliau mempersoalkan, mengapa 13 peserta 'Ops Bubar' itu diberikan pakaian baju T berwarna merah, sedangkan kesalahan mereka bukan jenayah berat.

"lima orang ahli keluarga (bagi seorang tahanan) dibenarkan masuk melihat dan berkomunikasi………….saya dan lima orang termasuk isteri Faiz, Mariyam masuk ke lokap,

"mengapa T-Shirt yang dipakaikan kepada 13 orang termasuk Faiz adalah warna merah……… warna merah menandakan pesalah jenayah paling berat dan hanya boleh melawat sebulan sekali sahaja," ujarnya.

Beliau meminta Menteri Dalam Negeri Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi menjelaskan perkara tersebut kerana katanya, bagi kesalahan orang yang membunuh pun, kaum keluarga mereka boleh melawat dua kali sebulan.


"persoalannya adakah rakyat mengadakan demontrasi itu lebih berat kesalahan mereka daripada membunuh orang? Itulah penjara didunia ini hanya untuk rakyat menegak keadilan dan,

"syurga di Malaysia ini (adalah) untuk membebaskan pemimpin yang zalim dan rasuah yang bermaharaja menindas golongan rakyat yang lemah," tegas Haji Sa'ari. -BO

[VIDEO] 'PRU Kotor, Takkan Salah Anwar?' - Sallehuddin Ayub

Posted: 18 Sep 2013 07:05 PM PDT


Tidak wajar meletakkan beban membersihkan sistem pilihan raya negara ini di atas bahu Datuk Seri Anwar semata-mata dan menyalahkan ketua umum PKR itu kerana "mensabotaj" usaha Bersih 2.0 ke arah itu.

Naib Presiden Pas, Salahuddin Ayub menegaskan kegagalan sebenar bagi mewujudkan pilihan raya yang bersih dan adil itu sepatutnya dipikul kerajaan yang tidak komited kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk membersihkan daftar pemilih.

"Komitmen untuk mendedah dan melumpuhkan sindikit pengundi asing, itu wujud dalam suasana politik negara kita tapi ia masih tidak mencapai matlamatnya kita kerana kerajaan tidak berikan komitmen sepenuhnya untuk menyediakan pilihan raya adil dan bersih," katanya kepada Sinar Harian Online semalam.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas lanjut kenyataan penulis blog Raja Petra Kamarudin (RPK) semalam dalam laman blognya mendakwa Anwar telah mengagalkan usaha Bersih 2.0 untuk mereformasikan sistem pilihan raya negara ini.

RPK juga menyebut Bersih 2.0 telah melakukan kesilapan besar kerana bekerjasama dengan Pakatan Rakyat yang lebih cenderung kepada menjadikan Anwar sebagai Perdana Menteri.

Dalam pada itu, Salahuddin juga menyifatkan dakwaan RPK itu sebagai tidak berasas kerana usaha menuntut pilihan raya yang adil dan bersih tidak mungkin berhasil tanpa campur tangan parti politik.

"Mana mungkin perjuangan untuk memperjuangkan pilihan raya yang adil dan bersih ini tanpa pengaruh dan penglibatan parti politik.

"Sukar bagi saya wujud sempadan itu (Bersih 2.0 bebas pengaruh politik).

"...yang penting kita mempunyai objektif dan matlamat sama iaitu kita mahu SPR sediakan padang permainan sama rata termasuk pilihan raya yang adil dan bersih," katanya. -SH




Nampak pegawai SPR kira undi dalam lokap sebelum PRU 13


Ada pegawai Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang membuat kiraan undi awal sebelum berlangsungnya pilihan raya umum ke-13, kata saksi ketiga Tribunal Rakyat PRU-13.

Abu Hussin Tamby, wakil calon Dun Air Limau, Melaka berkata, ia berlaku 2 Mei lalu di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Alor Gajah kira-kira jam 3.15 petang.

Semasa kejadian, saksi bersama dua wakil calon lain diiringi dua anggota polis ke IPD berkenaan untuk menyerahkan kotak peti undi awal dari Lubuk Cina.

Semasa masuk ke balai itu, katanya, beliau dengan jelas menyaksikan kira-kira tujuh anggota SPR mengelilingi longgokan kertas undi di satu sel lokap.

"IPD itu memang menjadi tempat simpanan peti undi. Semua kotak undi dikumpulkan dalam lokap.

"Semasa tiba di lokap, saya lihat tujuh atau lapan orang memakai baju SPR mengelilingi timbunan kertas undi itu, menunjukkan mereka sedang buat kiraan.

"Hanya nampak kertas undi tetapi kotak peti tiada. Saya percaya ia dari Parlimen Alor Gajah dan Masjid Tanah," katanya yang kemudian membuat laporan polis di IPD Masjid Tanah.

Beliau ada memohon kepada polis untuk menonton semula rakaman kamera litar tertutup (CCTV) pada hari kejadian tetapi ditolak tanpa sebarang alasan.

"Polis tidak boleh beri jawapan tepat. Mereka cuma kata segala keputusan terhadap salah laku itu diserahkan kepada atasan," katanya.

Tribunal antara 18 hingga 22 September di Hotel Empire di sini ditubuhkan berikutan desakan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan penipuan PRU 13.

Ia mengkaji, menyiasat dan menilai rungutan mengenai insiden menjelang PRU 13 atau di sekitar pilihan raya termasuk proses pengundian.

Lima individu ternama yang berkelayakan dipilih untuk menyertai tribunal termasuk dua daripadanya dari luar negara.

Mereka ialah bekas wakil khas Setiausaha Agung PBB di Kemboja, Yash Pal Ghai dan bekas Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya Indonesia, Prof Ramlan Surbakti.

Wakil Malaysia ialah Peguam bela dan Peguam cara Mahkamah Tinggi, Datuk Azzat Kamaludin; bekas Profesor Madya Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary dan Setiausaha Agung Majlis Gereja-gereja Malaysia, Rev Dr Hermen Shastri.
-selangorku

[VIDEO] Mike Tyson Peluk Islam Sewaktu Berada Di Penjara

Posted: 18 Sep 2013 04:10 PM PDT

Pada tahun 80-an, tidak ada yang tidak mengenal siapa Mike Tyson. Beliau merupakan juara dunia tinju kelas Heavyweight. Ia sanggup melumpuhkan lawannya di dalam gelanggang tinju hanya dengan satu kali pukulan dalam satu pusingan saja.

Beliau menerima julukan sebagai "Iron Mike, "Baddest Man On Earth" dan "Leher Beton" (merujuk pada lingkaran leher Tyson pada masa jayanya yang lebih besar dari ukuran normal, dan tampak begitu kokoh). Beliau kini seorang Muslim dengan nama Malik Abdul Aziz.

Tyson menjadi juara dunia tinju kelas Heavyweight termuda di usia 20 pada 1986 dengan mengalahkan Trevor Berbick di perebutan gelaran juara dunia kelas Heavyweight WBC. Setahun kemudian, merebut gelaran juara dunia kelas yang sama WBA dan IBF. Pada 1992, kerjaya Tyson mulai terpengaruh kehidupannya di luar gelanggang tinju. Ketika itu Tyson terpaksa hidup di sebalik jeriji besi selama tiga tahun kerana tuduhan pemerkosaan. Setelah dikalahkan Evander Holyfield pada November 1996, kehebatan Tyson di gelanggang tinju tinggal sejarah.

Setelah itu Tyson terpaksa melalui masa sulit termasuk jatuh bangkrap dan hanya beberapa kali melakukan pertarungan sekadar untuk mencari nafkah. Tyson mengungkapkan mengapa kerjaya tinjunya jatuh merudum.

"Ketika itu saya seorang yang berperangai buruk, dan seorang yang menghadapi masalah mental. Saya fikir saya juara dunia. Tidak akan ada petinju yang menelan obat-obatan lebih banyak daripada saya. Bahkan saya tidak menyangka boleh hidup lebih dari 30 tahun. Saya beruntung masih hidup. Tinju telah membuat saya gila," jelasnya kepada sebuah media Jerman, Speigel.

Tyson memeluk Islam ketika masih dipenjara pada pertengahan tahun 1990. Secara rasmi, tahun 1995, selepas dari penjara di Indiana, Tyson mengumumkan hijrah memeluk agama Islam yang telah dipelajarinya selama di dalam penjara, dengan nama baru Malik Abdul Aziz

Tyson kini tinggal di Las Vegas dengan isteri ketiganya, Lakiha, dan dua putera-puteri, Morocco serta Milan. Tyson mengaku senang dengan kehidupan yang dijalaninya ketika ini.

"Saya hanya ingin menjadi ayah yang baik. Saya ingin anak-anak memandang saya seorang ayah yang baik. Saya tidak minum alkohol, tidak merokok, tidak minum obat-obatan. Saya juga seorang vegetarian, tidak makan daging dan telur."

Pengalaman Spiritual di Kota Nabi

Inilah pengalaman spiritual mantan juara dunia tinju kelas Heavyweight Mike Tyson ketika melaksanakan ibadah umrah. Tyson menginjak Tanah Suci untuk kali pertama pada Jumaat, 2 Juli 2010.

Selama di Madinah, ia bertemu dengan Dr. Muhammad Al-Uqala, Rektor Universiti Islam, yang menjelaskan kepadanya tentang kemudahan apa saja yang diberikan universiti kepada para mahasiswanya yang berasal dari seluruh dunia.

Kunjungannya ke Arab Saudi diatur oleh Asosiasi Da'wah Kanada (CDA),CDA merupakan lembaga da'wah yang banyak membiayai selebriti Muslim baru untuk berkunjung ke Arab Saudi untuk melaksanakan rukun islam.

Perjalanan Tyson tersebut diatur oleh Canadian Dawa Association (CDA), iaitu Pertubuhan Da'wah di Kanada yang biasa mengatur perjalanan para muallaf selebriti mengunjungi tempat-tempat bersejarah Islam di Arab Saudi. Shazad Muhammad, Presiden CDA, ikut serta menyambut kedatangan Tyson di Bandar Antarabangsa Raja Muhammad, Madinah.

Tyson mengaku memperolehi pengalaman spiritual luar biasa selama menjalani ibadah Umrah di Arab Saudi. "Saya senang punya peminat yang mencintai saya di Arab Saudi. Tapi, saya berharap mereka meninggalkan saya sendiri untuk menikmati saat spiritual di Tanah Suci. Saya tidak mampu menitikkan air mata ketika saya mengetahui bahwa saya berada di salah satu taman surga," ujar Tyson tatkala mengunjungi Masjid Nabawi.

Dari Madinah, Tyson melanjutkan perjalanan ke Mekkah melaksanakan umrah. Selesai melakukan umrah di Mekkah, mantan juara tinju dunia ini mengunjungi Jeddah, Abha dan Riyadh.




Kerjasama PAS-UMNO? Sorry, NTBL .. No Time Bo Layan..

Posted: 18 Sep 2013 06:50 AM PDT


PAS tolak kerjasama dengan Umno.

Timbalan Pesuruhjaya III PAS Selangor, Khalid Samad berkata, tidak ada ruang kerjasama dengan Umno selagi ia tidak mengubah dasar dan perjuangan parti itu.

Khalid berkata, tawaran kerjasama yang diumumkan Umno hanyalah mainan politik parti itu semata-mata.

"Selagi Umno tetap Umno maka tidak ada ruang kerjasama, ia tidak akan langsung berlaku," kata ahli Parlimen Shah Alam itu pada satu sidang media PAS Selangor hari ini di Shah Alam.

Khalid yang dilihat menyindir parti itu berkata, isu kerjasama Umno dan PAS sering dibangkitkan parti tersebut.

"Mereka cerita hendak kerjasama tapi seolah-olah Umno ini biasanya kata mahu jadi kawan kita lepas itu dia ketuk kepala kita jadi bagaimana untuk kita mempercayai mereka," katanya.

Pada masa sama, PAS Selangor turut menjelaskan salah faham yang berlaku berhubung tahaluf siyasi antara PAS dan Pakatan Rakyat (PR) ketika Multaqa Ulama Se-Malaysia minggu lalu.

Menurut Pesuruhjaya PAS Selangor, Dr Abul Rani Osman media memberi gambaran salah berhubung perkara tersebut.

"Tidak salah dengan tahaluf siyasi tersebut kerana ia bertujuan menambah baik namun perbincangan mengenai keluar dari PR itu telah disalah tafsirkan," katanya.

Menurut Rani, PAS juga tidak memberi kekebalan kepada mana-mana ahli yang menggugat hubungan parti Islam itu dengan PR.

"Sejarah PAS membuktikan naib presiden PAS sebelum ini telah digugurkan pesuruhjaya juga kita pecat apabila mereka ini kita lihat terkeluar dari dasar perikatan PAS dan PR," kata Rani merujuk kepada Nasharudin Mat Isa dan Datuk Hassan Ali.

Ia turut disokong oleh Khalid yang mengakui PAS gagal menangani dakyah Umno di peringkat akar umbi parti itu.

"Kerana itu kita bertekad ingin meningkat kefahaman terhadap ahli-ahli PAS tentang perikatan ini,"kata Khalid yang juga merupakan ahli Parlimen Shah Alam.

Semalam Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam ucapannya menawarkan kembali kerjasama antara Umno dan PAS demi kepentingan umat Islam Malaysia.

Muhyiddin berkata orang Islam di negara ini masih belum berada di tahap terbaik terutama dari segi pembangunan ummahnya. -TMI


'Selagi hidup, aku tak layan kerjasama PAS-Umno'


PAS Selangor hari ini menyifatkan kerjasama politik atau tahaluf siyasi dengan Pakatan Rakyat selepas pilihan raya umum 2008 banyak mendatangkan kebaikan dan membanggakan parti itu.

Pesuruhjaya PAS negeri Dr Abd Rani Osman (kiri) menegaskan parti itu tidak pernah rugi dengan kerjasama dengan PKR dan DAP, sebaliknya memberi banyak faedah hasil daripada kerjasama itu.

ADUN Meru juga berkata kerjasama itu menyebabkan PAS diterima oleh kaum lain dan tidak hanya tertumpu kaum Melayu sahaja

"Melalui tahluf siyasi ini, PAS tidak pernah rugi ini malah paling banyak terima kebaikan," katanya dalam sidang media di Shah Alam pagi ini.

"Kalau dulu orang Cina, India dengar PAS takut. Tetapi sekarang mereka datang berduyun-duyun dengar kita punya ceramah dan dapat menerima Islam sebagi satu agama yang syumul," katanya lagi.

Beliau mengulas kenyataan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa kajian semula PAS dengan Pakatan mestilah untuk menambahbaik kerjasama sedia ada, ekoran resolusi persidangan ulama di Kedah hujung minggu lalu.

Resolusi persidangan ulama yang diadakan di Kota Sarang Semut, Kedah antara lain mahu PAS mengkaji semula kedudukan mereka dalam Pakatan.

Khalid: Dia ketuk, kemudian ajak kawan

Ditanya berhubung tawaran Umno untuk bekerjasama dengan PNONEAS, Dr Abd Rani berkata:

"Selagi aku hidup, takkan aku layan benda itu".

Kemudian Timbalan pesuruhjaya III PAS Selangor Khalid Samad yang turut berada dalam sidang media itu mencelah:

"Saya nak petik kata-kata almarhum (bekas presiden PAS) Ustaz Fadhil (Nor), beliau kata Umno ni manusia yang pelik, dia ketuk kepala kita, lepas tu dia ajak jadi kawan.

"Lepas tu dia ketuk kepala kita lagi, dia ajak jadi kawan (lagi)," katanya yang juga ahli parlimen Shah Alam.
-mk

Tiada ulasan: