Jumaat, 13 September 2013

Kelab Greenboc

Kelab Greenboc


Gadis Mati Di Malam Pertama Perkahwinannya

Posted: 13 Sep 2013 01:01 AM PDT

Sanaa - Yaman. Seorang kanak-kanak perempuan lapan tahun di bandar Meedi, wilayah Hajjah, barat laut Yaman meninggal dunia pada malam pertama perkahwinannya dengan lelaki berumur 40 tahun, pada minggu lalu.

Ketua Dewan Rakyat Yaman dan aktivis hak asasi manusia, Arwa Othman berkata, mangsa yang dikenali sebagai Rawan mengalami pendarahan dalaman yang teruk dan rahimnya turut pecah selepas melakukan persetubuhan pertama dengan suaminya. "Mereka membawanya ke klinik tetapi doktor gagal menyelamatkannya. "Pihak berkuasa juga belum mengambil sebarang tindakan terhadap keluarga pengantin cilik itu mahupun suaminya. Pemimpin puak juga dikatakan cuba untuk menutup kes tersebut selepas ia tersebar secara meluas," jelasnya lagi. Menurut Al-Arabiya, difahamkan kebanyakan keluarga miskin di negara itu mengahwinkan anak perempuan mereka pada usia yang muda kerana ingin menjimatkan kos selain mahu mendapatkan wang hantaran bagi menyara hidup pada masa depan.


Kanak-kanak perempuan 8 tahun mati di malam pertama perkahwinannya


KUWAIT CITY - Warga Yaman meminta kerajaan menjatuhkan hukuman berat untuk sebuah keluarga selepas seorang anak perempuan yang baru berusia lapan tahun meninggal dunia di malam pertama perkahwinannya.

Gadis kecil itu ternyata dinikahkan dengan seorang lelaki dengan usia lima kali lebih tua darinya. Demikian berita dari harian terbitan Kuwait, Al Watan, Ahad (8/9/2013).

Gadis kecil bernama Rawan itu meninggal dunia diyakini akibat menderita luka di alat kelaminnya dan pelbagai pendarahan dalam.

Para aktivis hak asasi manusia di Yaman mendesak polis tempatan untuk menangkap pengantin lelaki, keluarga Rawan, dan membawa mereka ke mahkamah untuk mempertanggungjawabkan perbuatannya.

Para aktivis berharap jika kerajaan menangani kes-kes yang berlaku di bandar Hardh, Wilayah Hajjah ini, maka boleh menjadi alasan kuat untuk menghentikan amalan perkahwinan awal di negeri itu.

Setelah harian Kuwait Al Watan menyiarkan kisah itu, para bloger di negeri kaya minyak itu mengecam keluarga Rawan dan pengantin lelaki.

Seorang bloger dengan identiti Angry Man berkata, si pengantin lelaki sangat layak dihukum seberat-beratnya kerana kejahatan yang dilakukannya.

"Semua yang menyokong jenayah ini harus dihukum," ujar Angry Man.

Bloger lain mengatakan, seharusnya keluarganya menyedari bahawa Rawan masih terlalu muda untuk berkahwin.

"Keluarganya dan pengantin lelaki seharusnya menunggu beberapa tahun sebelum menikahinya," kata bloger bernama Sad.

"Keadaan ini sangat tidak adil dan semua perkahwinan seperti ini harus dihapuskan meski mereka meyakini hal ini sebagai sebahagian budaya mereka," tambah Sad.

Sementara itu, bloger dengan nama Bu Omar mengaku sangat terganggu mengetahui kisah tragis Rawan ini.

"Keluarga Rawan bukan manusia. Mereka tak pantas mempunyai anak," kata dia.
-kompas

ULASAN GB

Inilah akibat tidak menyalahgunakan "sunaah" Rasulullah untuk nafsu.

Sekalipun dikatakan baginda menikahi Aisyah sewaktu Aisyah masih muda, namun, Rasulullah tidak pernah meniduri Saidatina Aisyah sehinggalah Siti Aisyah haid atau datang bulan.

Dan Rasulullah mengahwini isteri-isterinya jelas sekali bukan kerana nafsu.Dan Rasulullah mengahwini isteri-isterinya jelas sekali bukan kerana nafsu.

Wan Azri Dikenalpasti Sebagai Papagomo, Diperintah Bayar 1/2 Juta Kerana Fitnah

Posted: 13 Sep 2013 12:02 AM PDT


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papa Gomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papa Gomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papa Gomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papa Gomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papa Gomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). -TMI

ULASAN GB

GB sudah tulis sebelum ini bahawa: "papagomo pasti binasa". Hukum Kebenaran dan Keadilan sendiri akan menghukum orang yang memfitnah.

Sekarang beliau ntidak boleh lari lagi. Fakta sudah jelas. Mahkamah sudah putuskan papagomo itu ialah Wan Muhammad Azri.

"Precedent" ini akan memudahkan saman-saman yang lain terhadap papagomo terutama saman-saman daripada Husam Musa dan Anwar Ibrahim.

Dr M Bohong, Tangkap & Siasat Dalang Projek IC Sabah – Lajim

Posted: 12 Sep 2013 08:35 PM PDT


Keadilan Sabah membidas mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad kerana memberi keterangan palsu pada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing di Sabah.

Pengerusinya, Datuk Seri Lajim Ukin menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segera mencari dalang dalam projek IC memandangkan hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh mengeluarkan kad pengenalan.

"Ini satu penipuan oleh Dr Mahathir. Beliau telah berdusta. Sebelum pilihan Raya Umum ke-13 (PRU 13), beliau mengakui sebanyak 200,000 pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang beragama Islam telah diberikan kerakyatan.

"Semasa menjawab pertanyaan daripada pemimpin Pakatan Rakyat dan beberapa NGO pada satu majlis sebelum PRU 13, Dr Mahathir turut menjelaskan ada dalang di sebalik projek IC tersebut.

"Kerajaan BN lambat bertindak dalam isu ini. Mereka seharusnya menangkap dalang projek ini lebih awal. Projek ini jelas memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang belum layak menjadi warganegara," katanya, lapor The Malaysian Insider.

Beliau turut menggesa parti komponen BN Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang menafikan berlakunya projek IC di negeri di bawah bayu itu agar segera membuat laporan polis.

Katanya, projek IC telah mencetuskan pelbagai persoalan seperti nama mereka yang memperoleh kad pengenalan menerusi projek tersebut muncul dalam daftar undi beberapa PRU lepas.

"Sebelum ini, banyak nama yang telah disebut berkait dengan projek IC. Kita harus selesaikan kes ini dengan menangkap mereka seperti bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah, Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negeri itu tetapi nama baik Malaysia secara umumnya.

Perniagaan di negeri Sabah kini banyak dimonopoli pendatang asing ini kerana mereka mampu menawarkan harga dengan lebih murah," katanya dipetik. -KD


Pemimpin Sabah dakwa Dr Mahathir menipu dalam RCI


Pemimpin politik Sabah membidas keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini.

Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain.

"Beliau tidak menafikan kad pengenalan diberikan secara haram. Beliau hanya tidak tahu tentang Projek IC yang diberikan namanya oleh pihak lain," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Jeffrey menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak konsisten apabila sebelum ini mantan perdana menteri itu pernah menyatakan bukan satu kesalahan memberi kad pengenalan kepada penduduk yang telah lama tinggal di negara ini.

Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segera mencari dalang dalam Projek IC kerana hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh mengeluarkan kad pengenalan.

"Ini satu penipuan oleh Dr Mahathir. Beliau telah berdusta. Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beliau telah mengakui sebanyak 200,000 pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang beragama Islam telah diberikan kerakyatan.

"Semasa menjawab pertanyaan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa NGO pada satu majlis sebelum PRU13, Dr Mahathir turut menjelaskan ada dalang di sebalik Projek IC tersebut.

"Kerajaan BN lambat bertindak dalam isu ini. Mereka seharusnya menangkap dalang projek ini lebih awal. Projek ini jelas memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang yang belum layak menjadi warganegara," katanya kepada The Malaysian Insider.

Beliau turut menggesa parti komponen BN Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang menafikan berlakunya Projek IC di negeri di bawah bayu itu agar segera membuat laporan polis.

Katanya, Projek IC telah mencetuskan pelbagai persoalan seperti nama mereka yang memperoleh kad pengenalan menerusi projek tersebut muncul dalam daftar undi beberapa PRU lepas.

"Sebelum ini, banyak nama yang telah disebut berkait dengan Projek IC. Kita harus selesaikan kes ini dengan menangkap mereka seperti bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk menjalankan siasatan lanjut.

"Kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negeri itu tetapi nama baik Malaysia secara umumnya. Perniagaan di negeri Sabah kini banyak dimonopoli pendatang asing ini kerana mereka mampu menawarkan harga dengan lebih murah." katanya.

Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong turut mengecam Dr Mahathir kerana tidak berkata jujur dalam RCI berkenaan.

Katanya, Dr. Mahathir jelas terlibat dalam kontroversi itu sejak bekas Pengarah JPN Tamparuli Yakup Damsa mendakwa Abdul Aziz membenarkan rumahnya digunakan sebagai pusat tandatangan kad pengenalan biru untuk pendatang asing di bawah Projek IC.

"Sejak Abdul Aziz mendakwa tidak mengetahui hal ini, maka jawablah dengan tuhan nanti. Dia boleh nafi apa sahaja tetapi tidak pada tuhan," katanya.

Katanya, tidak boleh dibayangkan terlalu ramai pendatang asing boleh mendapatkan kad pengenalan di Sabah meskipun ada warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia masih sukar mendapatkan status penduduk tetap.

Dr Mahathir semasa RCI semalam berkata tidak pernah mendengar mengenai Projek IC sehingga pendedahan baru-baru ini dan katanya tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah.

Beliau menjelaskan proses pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram sudah pun dijalankan sebelum PBS berkuasa di negeri itu dan berdasarkan perlembagaan, kewarganegaraan boleh diberikan kepada pendatang jika mereka layak dan menepati semua syarat ditetapkan.

Pemimpin paling lama menerajui kerajaan itu berkata tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak memerlukan arahan kerana ia adalah proses biasa.

Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang
-TMI

Al-Jazeera Ambil Tindakan Undang-undang Ke Atas Pemerintah Sementara Mesir

Posted: 12 Sep 2013 05:15 PM PDT


Rangkaian Media Al Jazeera hari ini telah melancarkan satu tindakan undang-undang terhadap pihak berkuasa Mesir, mendakwa wartawan mereka telah ditahan tanpa pertuduhan serta diserang, demikian diumumkan peguamnya yang berpangkalan di London.

Rangkaian itu berkata ia telah meminta firma guaman terkenal Carter- Ruck yang pakar di dalam undang-undang antarabangsa untuk mengambil tindakan di mahkamah antarabangsa dan membawa kes itu ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu kerana gangguan dan ancaman.

Sejak Presiden Mohamed Morsi digulingkan pada 3 Julai lalu, menurut Al Jazeera "sejumlah besar" wartawannya telah ditangkap dan ditahan oleh pihak keselamatan "sama ada dengan atau tiada pertuduhan, atau tuduhan palsu serta bermotifkan politik ".

Ia juga mendakwa tentera dan polis telah menyerang wartawannya dan menyatakan bahawa beberapa pejabatnya dipaksa tutup dan penghantaran berita disekat.

Rangkaian itu berkata awal bulan ini isyarat satelit telah disekat ekoran liputannya yang kritikal terhadap tindakan keras Kaherah pada golongan Islamis.

"Pakar Bebas" telah digunakan oleh Al-Jazeera untuk menentukan di mana sekatan penghantaran berita itu berlaku, demikian kenyataan rangkaian itu di laman webnya.

Ia berkata alat pengesan telah menentukan lokasi-lokasi di timur dan barat Kaherah, dan secara khusus mengenalpasti bahawa alat pemasangan tentera sebagai sumber gangguan.

"Al -Jazeera tidak boleh mengizinkan keadaan ini berterusan," kata seorang jurucakap rangkaian tersebut dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pasukan undang-undangnya.

"Hak wartawan untuk melaporkan secara bebas dalam keadaan seperti ini dilindungi oleh undang-undang antarabangsa dan disahkan oleh Majlis Keselamatan PBB Resolusi 1738.

"Al Jazeera telah mengarahkan peguamnya untuk mengambil semua langkah-langkah yang perlu di peringkat antarabangsa bagi memastikan wartawan boleh beroperasi secara bebas di negara ini, tanpa rasa takut dengan penangkapan sewenang-wenangnya, sekatan atau lain-lain bentuk gangguan dan ancaman, " katanya.

Rangkaian itu juga berkata bahawa pihak berkuasa telah cuba untuk menutup mulut suara-suara yang menentangnya supaya "hanya suara-suara media-media yang dikawal" boleh didengar.

Pihak berkuasa Mesir dan media tempatan menuduh Al Jazeera membuat laporan berat sebelah rampasan kuasa terhadap peihak berkuasa yang telah menggulingkan Morsi.

Rangkaian berita Qatar itu telah memberikan liputan meluas kepada demonstrasi yang diikuti penangkapan Morsi dan tindakan keras ke atas para demonstran Ikhwan Muslimin.

Al Jazeera sebelum ini telah mengadu bahawa pihak keselamatan telah menyerbu pejabatnya di Kaherah dan peralatan mereka yang disita.

Negara Qatar yang kaya telah menjadi penyokong kuat Morsi, dan ia berdiri di kalangan negara-negara Teluk yang lain dalam mengutuk tindakan kejam pihak berkuasa Mesir terhadap para demonstran pro- Morsi.

Mantan Ketua Staf Dr.Mursi Dibebaskan

Posted: 12 Sep 2013 06:45 AM PDT


Pihak pendakwa Mesir telah mengarahkan ketua kakitangan Pejabat Pentadbiran Mesir dibebaskan daripada tuduhan menghasut para demonstran sehingga menyebabkan keganasan di luar Istana Presiden Ittihadeya pada Disember tahun lalu.

Sumber Pejabat Kehakiman berkata, Rifaa al-Tahtawi, yang ditahan bersama-sama timbalannya Asaad Sheikha, selama lima belas hari, dibebaskan apabila kekurangan bukti.

"Pendakwa membebaskan Rifaa selepas mengambil kira beliau sebagai saksi kejadian dalam usaha menggulingkan Presiden Mohamed Mursi, 3 Julai lalu," katanya seperti dilaporkan oleh AP.

Sementara itu, ratusan rakyat Mesir meneruskan protes menuntut pembebasan Mursi, yang digulingkan itu dan ahli-ahli Ikwanul Muslimin.

Mereka berarak di sekitar jalan utama sambil membawa sepanduk Rabia dan mengutuk rampasan kuasa di negara itu.

Dalam perkembangan berasingan, dua serangan bom tercetus di Semenanjung Sinai yang merupakan pintu masuk militan asing ke Mesir.

Pegawai keselamatan berkata, serangan itu disasarkan ke arah tentera Mesir yang mengetatkan kawalan keselamatan di sempadan Rafah-Israel.

"Letupan itu disasarkan ke ibu pejabat perisikan tentera Imam Ali di sempadan Rafah-Israel dan turut memecahkan tingkap bangunan lain dekat kawasan tersebut," katanya. Beberapa minit kemudian, satu lagi letupan meranapkan pusat pemeriksaan tentera dekat kawasan terbabit.

Tiada ulasan: