Khamis, 5 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Prof Agus Menulis Fasal Harga Minyak Malaysia

Posted: 05 Sep 2013 04:00 AM PDT



[FB Prof Agus] Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen. PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh. Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang 'over priced' dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah!


Undi Sinar harian: Respons Rakyat terhadap Kenaikan Harga Minyak

Posted: 05 Sep 2013 03:00 AM PDT


KEPUTUSANNYA





[Edisi Terima Kasih kepada Pengundi BN] Harga Minyak NAIK, Harga Rumah NAIK

Posted: 05 Sep 2013 02:00 AM PDT



[MK] Peningkatan harga minyak sebanyak 20 sen yang diumumkan kerajaan pada hari Isnin lalu dijangka akan turut menyumbang kepada peningkatan harga rumah sehingga 10 peratus.

Laporan The Star yang memetik kenyataan dari wakil pemaju perumahan menyebut, peningkatan harga minyak itu menyebabkan kos bahan binaan meningkat.

Selain itu, peningkatan harga rumah berkenaan juga berpunca dari kekurangan jumlah tenaga kerja asing ekoran operasi besar-besaran yang dijalankan kerajaan untuk membasmi pendatang asing tanpa izin.

Presiden Persatuan Pemaju Perumahan dan Hartanah Datuk Seri Michael Yam Kong Choy dalam laporan itu berkata, kontraktor akan memindahkan kos yang ditanggung akibat kelewatan projek berkenaan kepada pembeli.

"Operasi ke atas tapak pembinaan juga menakutkan pekerja asing yang sah," katanya seperti dipetik dalam laporan itu.

Beliau berkata golongan pekerja berkenaan akan ponteng kerja atau menangguhkan kepulangan mereka ke negara ini, sehinggalah operasi penguatkuasaan itu berakhir.

Menurutnya, pemaju terpaksa menanggung kos lebih tinggi untuk tenaga kerja untuk mengelakkan daripada didenda kerana tidak mengikut perjanjian.

Yam berkata pemaju berkenaan terpaksa membayar ganti rugi kepada pembeli rumah sekiranya projek tersebut lewat disiapkan.

Tambahnya, peningkatan harga minyak tersebut akan menjejaskan rangkaian bekalan melibatkan lebih 100 jenis perniagaan. - 5/9/13


[PANAS] Pak Samad Said Rela Dilucut Gelaran Sasterawan Negara dan Kerakyatan

Posted: 05 Sep 2013 12:48 AM PDT


[MK] Pengerusi bersama BERSIH Datuk A Samad Said berkata beliau mengalu-alukan sekiranya kerajaan memenuhi tuntutan kumpulan pendesak agar gelaran Sasterawan Negara yang diterimanya pada 1985 ditarik balik.

Tidak cukup dengan itu, tokoh sastera itu berkata beliau juga tidak kisah jika kewarganegaraannya juga dilucutkan.

"Soal tarik balik anugerah Sasterawan Negara itu sangat bapak alu-alukan. Teruskanlah.

"Malah kalau ingin tarik balik warga negara saya pun, saya alu-alukan," katanya dalam kiriman SMS kepada Malaysiakini.

Kenyataan itu timbul ketika polis menggiatkan siasatan ke atas beliau, yang berucap dalam satu perhimpunan bersama individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya semasa sambutan ambang kemerdekaan Jumaat lalu.

Beliau juga mengulas desakaan yang timbul, seperti yang diulas oleh Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, agar gelaran tersebut ditarik balik.

Kumpulan berhaluan kanan Melayu PERKASA pula dilaporkan menuntut agar tindakan tegas dikenakan ke atas individu yang mengibar bendera Sang Saka Malaya.

Menurut NGO tersebut, individu berkenaan tidak layak menjadi warganegara Malaysia kerana perbuatan itu didakwa menghina bangsa dan negara. - 5/9/13


P/s: Apa lagi?




Artis Didakwa Kirim Gambar Anu kepada Isteri Orang

Posted: 04 Sep 2013 11:22 PM PDT



[HM] Johor Bahru: "Orang mengerjakan umrah dan mencari malam Lailatulqadar pada malam terakhir Ramadan, namun dia (artis) menghantar gambar alat sulitnya menerusi aplikasi WhatsApp Messenger (WhatsApp) kepada isteri saya ketika mengerjakan umrah awal Ogos lalu.

"Sepatutnya dia di sana menumpukan sepenuh perhatian mengerjakan ibadat terutama menjelang malam Lailatulqadar bukannya melakukan perkara terkutuk itu," kata suami kepada seorang wanita yang didakwa saling berhubung dengan seorang artis lelaki tanah air menerusi WhatsApp.

Lelaki berusia lingkungan 50-an dan enggan dikenali itu berkata, dia terkilan selepas mendapat tahu mengenai perkara itu sebelum cuba mengajak artis lelaki berkenaan bertemu untuk menyelesaikan masalah.

"Saya akui ada mengajak dia bertemu untuk menyelesaikan masalah ini, namun tidak diendahkan. "Perkara ini berlaku dalam hubungan saya bersama isteri dan disebabkan itu, saya berusaha menyelesaikannya.

"Dia bukan saja enggan bertemu saya, malah saya difahamkan dia membuat laporan polis mendakwa saya mengugutnya kerana mengajak dia berjumpa bersendirian.

"Perwatakannya memang nampak baik, tetapi di sebaliknya dia melakukan perkara di luar jangkaan. Saya mendedahkan perkara ini kerana tidak mahu peminatnya terutama wanita terpedaya dengannya.

"Perkara ini berlaku dalam rumah tangga saya dan pastinya saya merasai kesannya," katanya yang enggan mengulas lanjut. -5/9/13


P/s: Sudah kecoh di media, tidak perlulah dinyatakan nama artis ini. Sila ambil pengajaran.



Berkaitan:

Pelakon Terima Ugutan Hancurkan Kerjaya

[HM] Kuala Lumpur: Seorang pelakon lelaki popular membuat laporan polis ekoran tidak berpuas hati dengan tindakan seorang lelaki yang mengugutnya kerana dikatakan mempunyai hubungan dengan isteri lelaki itu.

Difahamkan, pelakon itu membuat laporan di Balai Polis Wangsa Maju, di sini, semalam.

Sumber berkata, pelakon berusia 30-an itu mendakwa menerima panggilan ugutan daripada seorang lelaki mendakwa suami kepada seorang peminatnya, jam 11 pagi, 7 Ogos lalu.

"Lelaki berusia 50-an terbabit memarahi dan menuduh pelakon itu mengganggu isterinya. Lelaki itu juga ada mengugut menghancurkan kerjaya seni pelakon berkenaan.

"Malah, melalui perbualan yang turut didengari isteri pelakon itu, ahli perniagaan terbabit dikatakan mengugut pelakon itu menceraikan isterinya," katanya.

Menurutnya, suami wanita terbabit dikatakan mengarahkan pelakon lelaki itu supaya datang berjumpanya di Johor bagi menjelaskan hubungan dengan isterinya itu.

Pelakon itu membuat laporan polis bagi mempertahankan dirinya sejurus lelaki berkenaan membuat laporan terhadapnya di Johor.

Sementara itu, Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar mengesahkan menerima laporan pelakon dan suami wanita terbabit dan siasatan akan dilakukan mengikut Seksyen 509 Kanun Keseksaan.

"Kita akan siasat apa juga dakwaan suami wanita itu. Pelakon dan isteri ahli perniagaan terbabit tidak pernah berjumpa dan hanya berhubung melalui SMS (khidmat pesanan ringkas) dan laman sosial," katanya ketika dihubungi.

Beliau turut menasihati orang ramai supaya berhati-hati menggunakan media sosial dan tidak menyalahgunakan laman sosial berkenaan kerana boleh mendatangkan pelbagai masalah. - 5/9/13




Perogol yang Menggemparkan Amerika Syarikat Bunuh Diri di Sel Penjaranya

Posted: 04 Sep 2013 06:00 PM PDT



[HM] Washington: Bekas pemandu bas yang dipenjarakan seumur hidup kerana menculik, memperkosa dan mengurung tiga wanita untuk dijadikan sebagai hamba seks selama sedekad didapati menggantung diri di selnya semalam.

Pihak berkuasa berkata, kematian Ariel Castro menyebabkan kes yang menggemparkan itu berakhir dengan mendadak dan dramatik. 

Pegawai penjara Ohio berkata, Castro ditemui mati tergantung di selnya.  Punca dia menggantung diri tidak diketahui. 

Sebelum itu Castro diletakkan dalam kurungan bersendirian demi menjaga keselamatannya. 

Pegawai penjara berkata, petugas cuba untuk menyelamatkan lelaki berusia 53 tahun itu. 

"Dia ditempatkan di pusat tahanan yang dikawal ketat secara bersendirian dan pemeriksaan dilakukan setiap 30 minit. 

"Selepas penjara mendapati dia tergantung, kakitangan perubatan melakukan bantuan kecemasan," katanya. 

Castro diumumkan mati kira-kira jam 10.52 malam. 

Jurucakap jabatan itu, JoEllen Smith berkata, kajian terperinci terhadap insiden itu sedang dijalankan.

Tulisan dalam satu blog yang diterbitkan pada akhbar Cleveland, The Plain Dealer memaparkan kenyataan yang tiada belas ihsan. 

"Selamat tinggal diablo, moga kamu dibakar selama 1,000 tahun sebagaimana hukuman yang kamu terima," tulisnya merujuk kepada hukuman penjara seumur hidup dan tambahan 1,000 tahun yang dihadapinya. 

"Mengapa tiada gambar dia menggantung diri? Itu baru dinamakan keadilan," tulis seorang lagi. 

Jenayah Castro mengurung tiga wanita itu selama sedekad yang dikenali sebagai menakutkan dan kejam telah menjengkelkan rakyat di seluruh negara itu, selain meraih simpati terhadap tiga mangsa terbabit. Mereka diculik secara berasingan antara 2002 hingga 2004. - AFP - 4/9/13




Perogol Silap Sasaran, Mangsanya Penghidap HIV

Posted: 04 Sep 2013 05:00 PM PDT


[HM] London: Seorang lelaki yang disabitkan kesalahan merogol dilaporkan pitam selepas diberitahu mangsa serangan seksualnya itu membawa virus maut HIV.

Agensi berita Britain melaporkan Richard Thomas, 27, minggu lalu dihukum penjara lima tahun empat minggu kerana merogol seorang wanita ketika mangsa sedang tidur.

Thomas mengaku bersalah di mahkamah Liverpool pada 20 Julai lalu.

Berdasarkan dokumen mahkamah, Thomas ditangkap dan disoal siasat berhubung kes berkenaan.

Dalam temu bual itu Thomas mendakwa dia mabuk, mengambil kokain dan ekstasi serta gagal mengingat apa yang berlaku.

Bagaimanapun apabila polis memaklumkan mangsa serangan seksual Thomas itu membawa virus HIV, tertuduh pengsan kerana terkejut.

Sumber polis berkata, mereka terpaksa mengejarkan dia ke hospital untuk mendapatkan rawatan segera. Nasib Thomas sama ada dia akan dijangkiti virus penyebab Aids itu hanya akan diketahui hujung minggu ini apabila keputusan ujian darah dikeluarkan pejabat kesihatan.

Saksi berkata, Thomas menceroboh rumah mangsa - yang dikenali tertuduh - pada satu tengah malam dan merogolnya ketika wanita terbabit tidur.

Mangsa yang menetap di Leigh, Manchester, baru saja mengambil pil tidur sejurus sebelum diserang.

Kejadian itu hanya disedari mangsa apabila dia terjaga sejurus kemudian.

Sementara itu, peguam bela Thomas, Virginia Hayton berkata, tertuduh mula menagih dadah sejak berusia sembilan tahun dan menjadi kaki botol pada usia 11 tahun.

Thomas pula mengaku salah dan berkata, mangsa tidak akan menipu apabila menuduhnya melakukan serangan seksual.

"Jika dia saya merogolnya, maka memang saya merogol dia," katanya. - Agensi - 4/9/13



Tiada ulasan: