Isnin, 30 September 2013

DUNIACACAMARBA

DUNIACACAMARBA


Kerugian Tanda Putera RM3.77 juta Bazirkan Wang Rakyat

Posted: 29 Sep 2013 09:40 PM PDT


[KD] Tayangan Filem kontroversi Tanda Putra yang gagal menarik penonton hingga mengalami kerugian RM3.77 juta, menunjukkan satu lagi pembaziran wang rakyat, kata penulis, Hasmi Hashim.

"Filem ini filem yang amat malang kerana mengalami kerugian. Kalau dicalonkan sekali pun, saya percaya ia tidak akan merangkul apa-apa anugerah.

"Ini pembaziran yang jelas, duit rakyat digunakan untuk menerbitkan propaganda, dan ia tidak berjaya," katanya yang juga penulis lirik terkenal lagu 'Awan Nano'.

Menurut laman Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), filem kontroversi itu berakhir di pawagam awal minggu ini dengan jumlah kerugian dianggarkan RM3.77 juta.

Filem yang diterbitkan dengan kos RM4.2 juta dari geran Finas itu hanya mencatat kutipan RM930,000 selepas 25 hari ditayang di pawagam.

Hasmi atau nama penanya, Buddhi Hekayat berkata, satu jawatankuasa sepatutnya ditubuhkan bagi menyemak dan memilih skrip yang sesuai sebelum diberi geran penerbitan.

Sementara itu, bekas pelawak, pengacara dan penulis lirik, Bob Lokman berpendapat dana sebesar itu tidak seharusnya diberikan bagi menerbitkan filem yang sejak awal sudah dijangka tidak akan diterima umum.

"Rakyat Malaysia memang tidak boleh terima cerita begitu. Lebih elok dana sebegitu besar digunakan bagi meningkatkan mutu seni di negara ini dengan cara yang lain," ujarnya.

Tanda Putra, merupakan filem arahan Paduka Suhami Baba yang memaparkan insiden rusuhan kaum pada 13 Mei 1969.

Filem berkenaan gagal mencapai sasaran pecah panggung pada minggu pertama tayangannya, menyebabkan ia terpaksa dipindahkan ke pawagam lebih kecil.

Diterbitan Pesona Pictures Sdn Bhd, filem itu dikritik ramai kerana memainkan sentimen perkauman selain memaparkan peristiwa sejarah secara berat sebelah. -29/9/13


Wanita Tikam Teman lelaki 31 Kali Kerana...

Posted: 29 Sep 2013 08:30 PM PDT


[HM] Yangzhou: Seorang wanita menikam teman lelakinya 31 kali selepas mangsa mengigau menyebut nama wanita lain ketika tidur.

Menurut laporan Xinhua, Hong Hui baring di sebelah teman lelakinya yang tidur apabila dia mendengar mangsa menyebut nama wanita lain.

Ia menyebabkan Hong berang dan meluru ke dapur untuk mengambil pisau lalu menikam mangsa sebanyak 31 kali.

Hong kemudian terlena di sisi mayat teman lelakinya itu.

Bercakap di mahkamah, Hong Hui menyuarakan rasa kesalnya terhadap kejadian itu dan berkata, mereka berpacaran sejak sekolah menengah hingga ke universiti serta merancang untuk berkahwin. -Agensi - 30/9/13


Baca lanjut di sini.


Seks dengan Pelampung Depan Kanak-kanak

Posted: 29 Sep 2013 07:28 PM PDT



[HM] Hamilton (Ohio): Seorang lelaki, Edwin Charles Tobergta, 34, mengaku bersalah atas tuduhan melakukan perbuatan lucah di tempat awam apabila mengadakan seks dengan pelampung di depan beberapa kanak-kanak.

Menurut laporan polis, seorang saksi melihat lelaki berkenaan dalam keadaan bertelanjang melakukan seks dengan pelampung itu.

"Dia keluar dari sebuah kolam dengan bertelanjang dan kemudian mengadakan seks dengan mainan berkenaan," menurut laporan berkenaan.

Laporan itu juga menjelaskan, perbuatan itu dilakukan di depan beberapa kanak-kanak berusia bawah 10 tahun dan pada siang hari.

Ini kali kedua dia ditangkap melakukan perkara serupa. Kali pertama pada 2011.

Ketika itu, dia ditangkap di atas tempat meniup pelampung dengan seluarnya terlondeh hingga ke buku lali.

Apabila menyedari dia diperhatikan, Tobergta cuba melarikan diri tetapi berjaya ditangkap oleh polis.

Dia dijadual dijatuhi hukuman November ini. - AFP -30/9/13


Laporan lanjut di sini.


Polis Tahan Perogol Gila Seks

Posted: 29 Sep 2013 06:27 PM PDT


[Mstar] BATU GAJAH: Polis menahan seorang lelaki 'gila seks' berhampiran Taman Batu Gajah Perdana, berikutan empat laporan kes rogol dan cubaan rogol di sini.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Assisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, lelaki berusia 28 tahun, yang merupakan seorang bekas mekanik bengkel tayar ditahan di rumahnya pada kira-kira pukul 3.45 petang Sabtu.

Shaharon Anuar berkata, lelaki itu didakwa cuba untuk merogol tiga remaja dan seorang wanita, antara 11 dan 27 September.

"Lelaki itu telah meliwat seorang remaja berumur 13 tahun dekat Kota Baru, Gopeng pada 21 September dan seorang lagi berusia 16 tahun di tanah perkuburan Mendiling pada 25 September," katanya. -30/9/13

Berkaitan:

Mekanik gila seks diberkas


SHAHARON ANUAR menunjukkan motosikal dengan sebahagian nombor pendaftarannya dibuang untuk mengelak dikesan di Batu Gajah semalam.

[Kosmo] BATU GAJAH – Seorang mekanik yang menggunakan helah membantu mangsa kemalangan dan menyamar polis sebagai modus operandi untuk merogol memakan diri apabila dia diberkas di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana di sini kelmarin.

Perogol bersiri berusia 27 tahun yang masih bujang itu diberkas pada pukul 3.45 petang bagi membantu siasatan berhubung dua kes rogol dan dua kes cubaan merogol yang dilaporkan berlaku di sekitar pekan itu.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah, Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, dua gadis berusia 17 tahun telah diperkosa oleh suspek manakala seorang gadis bawah umur dan wanita berusia 30 tahun nyaris menjadi mangsanya.


Perogol Bersiri Masuk Jerat

[HM] Batu Gajah: Seorang perogol bersiri dikesan menyamar sebagai anggota polis dan mekanik sebelum memperdayakan mangsanya dalam empat kejadian rogol dari 11 hingga 28 September lalu.

Bagaimanapun, kegiatan jijik suspek berusia 27 tahun itu berakhir apabila polis menahannya di rumahnya di Taman Batu Gajah Perdana, di sini, jam 3.45 petang kelmarin.

Ketua Polis Daerah Batu Gajah Asisten Komisioner Shaharon Anuar Abdul Latif berkata, suspek membuat pelbagai tipu helah untuk memperdayakan mangsa selain menyasarkan remaja perempuan bagi tujuan melampiaskan nafsunya.

Menurutnya, dalam kejadian pada Jumaat lalu, mangsa yang berusia 30 tahun menaiki kereta Perodua Viva terbabit dalam kemalangan di Jalan Simpang Pulai-Ipoh dan suspek yang lalu di tempat kejadian menawarkan bantuan untuk membawa kenderaan berkenaan ke bengkel berhampiran. 

"Suspek mengambil RM100 daripada lelaki yang melanggar mangsa dan memberitahu dia akan membawa ke bengkel bagi memperbaiki kenderaan itu. Pada jam 8 pagi keesokan harinya, mangsa menemui suspek di bengkel berhampiran sebuah sekolah memandu di Jalan Lahat-Simpang Pulai dan ketika itu premis berkenaan belum dibuka.

"Kemudian, suspek mengajak mangsa ke tempat kerjanya untuk menghantar kunci sebelum membawanya ke Jalan Kubur Mandailing sebelum memberhentikan enjin kenderaan dan cuba merogol mangsa," katanya.

Shaharon berkata, mangsa yang ketakutan keluar dari kereta itu sebelum suspek menerkamnya sebelum berlaku pergelutan. 

"Suspek yang tidak mengedahkan rayuan mangsa bertindak merogolnya sebelum menghantar mangsa ke bengkel berkenaan.

"Mangsa yang membuat laporan polis turut mengalami kecederaan di beberapa anggota badan seperti di kaki serta tangan lebam dan calar akibat pergelutan itu," katanya.

Dalam kejadian Rabu lalu, seorang pelajar tingkatan lima bersama rakan lelakinya menaiki motosikal dalam perjalanan pulang ke rumah di Taman Pinji Mewah, Lahat sebelum suspek menahan motosikal mereka berhampiran sebuah kilang kawasan perumahan itu. 

"Suspek kemudian memberitahu dia adalah seorang anggota polis dengan menunjukkan vest polis dan mendakwa mereka menunggang motosikal melebihi had laju.

"Suspek kemudian bertindak mengugut mangsa mengikutnya ke Balai Polis Simpang Pulai jika tidak mahu dimasukkan ke dalam lokap dan menyuruh rakan lelaki mangsa pulang. Mangsa yang ketakutan terus mengikut suspek yang kemudiannya bertindak membawanya ke hutan Jalan Mandailing di sini dan memperkosanya," katanya.

Menurutnya, Shaharon dalam kejadian pada 21 September, seorang remaja berusia 13 tahun diperdaya untuk ke tempat sunyi di Kota Bharu, Gopeng, untuk diperkosa tetapi mangsa memberitahu sedang datang bulan dan ia kemudian mendorong suspek meliwat mangsa.

Suspek turut melakukan percubaan sama pada 11 September lalu dengan mangsa yang menaiki motosikal bersama kakaknya mengalami masalah tayar pecah dan suspek mengaku sebagai mekanik meminta mangsa menaiki motosikalnya untuk mengambil tayar baru di sebuah bengkel di Taman Tasek Batu Gajah.

"Bagaimanapun, mangsa terselamat kerana berjaya melarikan diri dengan melompat daripada motosikal suspek seterusnya melaporkan kejadian berkenaan di balai polis berhampiran," katanya.

Menurutnya, suspek kini direman sehingga 5 Oktober ini dan kes disiasat mengikut Seksyen 376, 376/511 dan 377C Kanun Keseksaan. - 30/9/13

Senarai Jawatankuasa Kepimpinan Pusat DAP 2013

Posted: 29 Sep 2013 05:48 PM PDT


[Bernama] PETALING JAYA - Berikut senarai barisan kepimpinan DAP Pusat selepas pemilihan semula 20 anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) pada Kongres Khas DAP, di sini, hari ini.

Anggota CEC bagi tempoh 2013 dianggotai 20 ahli yang dipilih dan 10 lagi dilantik, tidak berubah berbanding barisan kepimpinan yang dipilih pada Disember, tahun lepas.

20 Anggota CEC Dipilih:

1. Liew Chin Tong (1,438 undi)
2. Lim Kit Siang (1,436)
3. Karpal Singh (1421)
4. Gobind Singh Deo (1409)
5. Lim Guan Eng (1,304)
6. Chong Chieng Jen (1,294)
7. Anthony Loke Siew Fook (1,263)
8. Chow Kon Yeow (1,203)
9. Fong Kui Lan (1,193)
10.Teng Chang Khim (1,164)
11.Tony Pua Kiam Wee (1,158)
12.Zairil Khir Johari (1,132)
13.Teresa Kok Suh Sim (1,127)
14. Chong Eng (1,111)
15. M.Kula Segaran (1,088)
16. Tan Kok Wai (1,088)
17. Teo Nie Ching (1,081)
18. Boo Cheng Hau (961)
19. Nga Kor Ming (956)
20. Ngeh Koo Ham (809)


10 anggota CEC Dilantik:

1. Dr Tan Seng Giaw
2. Dr P. Ramasamy
3. Senator Ariffin SM Omar
4. Vincent Wu Him Ven
5. Jimmy Wong Sze Phin
6. Dr John Brian Anthony
7. Dr Edwin Bosi
8. Leong Ngah Ngah 
9. V. Sivakumar
10. Thomas Su Keong Siong

Pengerusi: Karpal Singh

Timbalan Pengerusi: Tan Kok Wai

Naib Pengerusi (lima jawatan): Chow Kon Yeow , Dr Senator Ariffin SM Omar, Chong Chieng Jen, M. Kula Segaran, Teresa Kok Suh Sim.

Setiausaha Agung: Lim Guan Eng

Penolong Setiausaha Agung (tiga jawatan): Chong Eng, Ngeh Koo Ham, Dr P. Ramasamy

Bendahari Kebangsaan: Fong Kui Lun

Penolong Bendahari Kebangsaan: Nga Kor Ming

Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Anthony Loke Siew Fook

Penolong Setiausaha Organisasi Kebangsaan: Vincent Wu Him Ven, Thomas Su Keong Siong

Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Tony Pua Kiam Wee

Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan: Teo Nie Ching, Zairil Khir Johari

Setiausaha Antarabangsa: V. Sivakumar

Pengarah Pendidikan Politik: Liew Chin Tong

Penolong Pengarah Pendidikan Politik: Dr Boo Cheng Hau

Ahli Jawatankuasa: Lim Kit Siang, Dr Tan Seng Giaw, Datuk Teng Chang Khim, Leong Ngah Ngah, Jimmy Wong Sze Phin, Dr Edwin Bosi, Dr John Brian Anthony, Gobind Singh Deo.

Penasihat Parti: Dr Chen Man Hin

Jawatankuasa/Biro lain:

Jawatankuasa Disiplin: Tan Kok Wai
Anggota: M.Kula, Dr P.Ramasamy, Tan Seng Giaw
Biro Pilihan Raya: Tan Kok Wai
Anggota: Liew Chin Tong, Anthony Loke
Biro Pakatan Rakyat: Teng Chang Khim
Anggota: Anthony Loke Siew Fook, Teresa Kok, Liew Chin Tong, Gobind Singh Deo, Tony Pua Kiam Wee, Vincent Wu Him Ven.
Biro Perundangan: Gobind Singh Deo
Biro Kebudayaan: P.Gunasekaran
Biro Buruh: A.Sivanesan
Majlis Perundingan Dayak (baru ditubuh): Dr John Brian Anthony
Majlis Perundingan Kadazan, Dusun,. Murut (baru ditubuh): Dr Edwin Bosi - 29/9/13

Tiada ulasan: