DUNIACACAMARBA |
- PAS Tolak Program Pemerkasaan Bumiputera
- SPRM Siasat Bekas Setiausaha Politik, 10 Kereta Mewah Dirampas
- [Gambar] Wajah PEROGOL dan PEMBUNUH Pelajar Perubatan India yang DIRAHSIAKAN Sebelum Ini
- Komen Anwar Ibrahim terhadap Chin Peng
- [PANAS] Polis Awasi Sempadan SEKAT Mayat Chin Peng Diseludup Masuk
- Remaja 14 Tahun Mengandung Diperkosa Abang Angkat Berusia 53 Tahun
- Dr Dzul: Benarkan Chin Peng Dikebumikan di Malaysia
- Lelaki Acu Pisau dan Halau Ibu dan Adik dari Rumah Peninggalan Ayahnya
- Pelajar IPTS Jumpa Teman lelaki di Hotel Bajet, Berakhir Dirogol Polis Palsu
PAS Tolak Program Pemerkasaan Bumiputera Posted: 17 Sep 2013 05:43 AM PDT [TMI] PAS tidak bersetuju terhadap program pemerkasaan ekonomi Bumiputera pada Sabtu yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak ekoran insentif itu hanya diberikan kepada satu kaum dengan meminggirkan kaum minoriti di Malaysia, kata Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Menurutnya Presiden PAS itu, mereka lebih mengutamakan kerajaan berkebajikan yang tidak hanya memfokuskan kepada kaum Bumiputera sahaja. "Kita sedar kaum bukan Bumiputera turut berdepan dengan masalah kemiskinan oleh kerana itu PAS menjunjung prinsip keadilan dan kesaksamaan bagi menghapus kemiskinan. Kerajaan melakukan perkara yang salah kerana atas nama Bumiputera, agenda bukan Bumiputera telah diabaikan. "Perlembagaan jelas memelihara kepentingan kaum lain seperti penduduk yang tinggal di perumahan yang perlu diberi tanah kerana itu adalah hak rakyat dan hak asasi manusia yang dijunjung di serata dunia," katanya semasa menghadiri sidang media di Ibu Pejabat PAS di Kuala Lumpur hari ini. Abdul Hadi berkata pemilihan PAS yang akan berlangsung November ini tidak akan memanggil jawatankuasa pemantau luar seperti yang dilakukan DAP kerana menurutnya kondisi pemilihan PAS berbeza dengan DAP. Katanya, kegagalan Barisan Nasional (BN) mendapatkan undi majoriti rakyat perlu diberi perhatian kerana menurutnya Pakatan Rakyat (PR) berada pada kedudukan selesa pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu. "PAS secara keseluruhannya mencatatkan peningkatan pada PRU13 apabila Selangor berjaya menambah tiga kerusi daripada 15 kerusi pada pilihan raya umum 2008. "Kemerosotan BN semasa pilihan raya umum lalu melihatkan parti itu meraba-raba 'mencari kawan'. Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri mengakui Umno kini sudah uzur dan bakal mati," katanya. Sementara itu, Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali mengumumkan Muktamar PAS akan diadakan pada 22 hingga 24 November ini di Shah Alam. Katanya, jawatankuasa parti itu sedang melihat peraturan perjalanan muktamar supaya perjalanan parti pada November ini berjalan lancar. – 17 September, 2013. P/s: Pada ruang komen artikel ini di TMI, seorang pembaca berketurunan Cina memberikan komen yang berikut: Liew Lean Kut: Bekas Perdana Menteri berkata bahawa Malaysia perlu melatih orang Melayu supaya jadi "Towering Malays" , saya setujuh, tetapi cara Umno menjalankan itu salah! Bagaimana Malaysia boleh mengeluarkan towering malays dengan menyuap mereka setiap hari! Malaysia telah di perintah oleh Barisan selama 50 tahun tetapi orang melayu masih ada ramai miskin (kata kerajaan), bagaimana keadaan ini berlaku? Saya setuju! Siapa mahu jawab persoalan itu? Saya tambah, siapa tibai RM52 bilion saham untuk bumiputera seperti yang diberitakan? Lapor berita yang sama, hanya RM2 bilion di tangan bumiputera. Siapa nak jawab? | ||
SPRM Siasat Bekas Setiausaha Politik, 10 Kereta Mewah Dirampas Posted: 17 Sep 2013 05:23 AM PDT [AA] KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan sedang menyiasat seorang bekas setiausaha politik berpangkat Datuk serta merampas 10 kenderaan mewah miliknya berhubung kes penyelewengan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam). Pengarah Siasatan SPRM, Datuk Mustafar Ali ketika dihubungi Astro Awani mengesahkan rampasan kenderaan-kenderaan tersebut yang terdiri dari Toyota Alphard, Volkswagen Golf GTI, Vellfire, Toyota Camry dan lain-lain lagi yang berada di Kompleks D, Putrajaya. "Saya mengesahkan bahawa kenderaan-kenderaan tersebut dirampas untuk tujuan siasatan," katanya ketika dihubungi Astro Awani. Ahad lalu, bekas setiausaha politik itu hadir untuk memberi keterangan di ibu pejabat SPRM berhubung siasatan dana Program Akhiri Zaman Miskin (1Azam). Dia bagaimanapun dibebaskan setelah keterangannya diambil. Program 1Azam yang dilancarkan kerajaan tahun ini memperuntukkan RM100 juta dan usaha merangkumi beberapa bidang termasuk pertanian, keusahawanan, kerja tangan, latihan kemahiran dan bidang lain yang menjurus kepada peningkatan ekonomi penduduk luar bandar. - 17/9/13 | ||
[Gambar] Wajah PEROGOL dan PEMBUNUH Pelajar Perubatan India yang DIRAHSIAKAN Sebelum Ini Posted: 17 Sep 2013 12:00 AM PDT | ||
Komen Anwar Ibrahim terhadap Chin Peng Posted: 16 Sep 2013 11:00 PM PDT 'Chin Peng dah mati, yang sudah itu sudahlah' [MK] Kerajaan Persekutuan tetap bertegas agar mayat bekas pemimpin komunis, Chin Peng tidak dibawa pulang ke Malaysia, namun ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai pandangan berbeza. Mengulas mengenai pendirian kerajan itu, Anwar sewaktu bercakap kepada kira-kira 300 orang di Kubang Semang, Pulau Pinang, semalam berkata: "Yang sudah itu, sudahlah." "Adakah kita setuju dengan dia (Chin Peng)? Tidak. Adakah kita setuju dengan komunisme? Tidak. Adakah kita setuju dengan tindakan Chin Peng dulu? Tidak," katanya. "Adakah kita bersetuju dengan perjanjian damai (1989) ditandatangani Chin Peng, dengan kedua-dua pihak bersetuju menurunkan senjata? Kita setuju. "Kenapa mereka (kerajaan BN) ini dengan apa-apa pun mereka tak setuju? Kenapa dulu (kerajaan BN) setuju tandatangan perjanjian? "Ini perjanjian yang diiktiraf Kabinet. Masa itu saya menteri dan cadangannya dibentangkan pada mesyuarat menteri," kata Anwar. -17/9/13 | ||
[PANAS] Polis Awasi Sempadan SEKAT Mayat Chin Peng Diseludup Masuk Posted: 16 Sep 2013 10:00 PM PDT Polis Awasi Sempadan, Sekat Mayat Chin Peng [MK] Polis mengambil langkah berjaga-jaga untuk menghalang abu atau mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng, yang meninggal dunia di Bangkok semalam, dari dibawa pulang ke negara ini. Ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata polis memantau semua pintu masuk ke negara ini bagi memastikan mayat tersebut tidak diseludup masuk. "Semua pintu masuk ke Malaysia di pantau dan pasukan polis berjaga-jaga untuk mengelakkan mayat Chin Peng masuk ke negara ini," katanya dalam satu tulisan di Twitter. Khalid dalam interaksi dengan pengguna Twitter juga mempertahankan tindakan tersebut kerana menurutnya Chin Peng bertanggungjawab ke atas kematian ramai anggota polis dan tentera semasa Darurat. Beliau antara lainnya mengulas kenyataan MP Segambut Lim Lip Eng. Lim membangkitkan bahawa penceroboh Sulu dari Filipina yang membunuh sembilan orang anggota keselamatan Malaysia awal tahun lalu ini di Sabah, dikebumikan di negeri tersebut. Khalid berkata, kerajaan akan menggali semula kubur berkenaan apabila timbul tuntutan. Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak juga menegaskan bahawa mayat Chin Peng tidak akan dikebumikan di Malaysia. Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan dilaporkan berkata, Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dikebumikan di kampung kelahirannya di Setiawan, Perak. Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bagaimanapun berkata, abu mayat itu juga tidak akan dibenarkan masuk ke bumi Malaysia. -17/6/13 P/s: Sampai begitu sekali?? Dalam hal Chin Peng, TM bersetuju dengan pandangan Dr Dzul (PAS). Kata beliau seperti dipetik oleh MK: "Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula. Anda bayangkan berapa lama British menjajah Tanah Melayu, berapa banyak rakyat Tanah Melayu dibunuh dengan kejam oleh British? Berapa banyak hasil mahsul bumi Malaysia ini dikebas penjajah itu? Berapa lama pula Jepun mengganas di Tanah Melayu? Berapa banyak wanita diperkosa dan dibunuh oleh Jepun? Selepas merdeka, kita menjalinkan hubungan diplomatik dan kekejaman yang berlaku dibiarkan tercatat dalam sejarah. Walhal dalam kes PKM, Malaysia sudah pun berdamai dengan parti itu dalam Rundingan Damai Haadyai 1989. Baca kandungan perjanjian di sini. Kata Dr Dzul, Malaysia sepatutnya membenarkan mayat Chin Peng disemadikan di sini. Dalam Rundingan Damai Haadyai 1989 seperti dipetik daripada Wiki, Chin Peng dilaporkan selaku wakil PKM berikrar taat setia kepada Yang Dipertuan Agong dan ahli PKM pula akan mematuhi undang-undang negara Malaysia. Oleh itu, tidak bolehkah Malaysia menerima jasad Chin Peng walaupun atas dasar kemanusiaan? Bagi TM, pihak polis sepatutnya mengetatkan kawalan sempadan daripada aktiviti jenayah dan penyeludupan senjata api atau dadah, tambahan pula dikatakan senjata api banyak diseludup masuk dari negara jiran. Atas nama maruah, keluarga Chin Peng di Thailand tidak tergamak melakukan perkara yang terbayang dalam fikiran polis Malaysia. Berkaitan: | ||
Remaja 14 Tahun Mengandung Diperkosa Abang Angkat Berusia 53 Tahun Posted: 16 Sep 2013 08:30 PM PDT '53 lawan 14' [HM] Hulu Selangor: Padah melakukan hubungan seks dengan adik angkat, seorang lelaki berusia 53 tahun ditahan selepas remaja perempuan terbabit membuat laporan polis. Perbuatan keji itu terbongkar selepas gadis berusia 14 tahun itu dimasukkan ke Hospital Selayang kerana mengadu sakit perut dan disahkan mengandung dua bulan, 9 September lalu. Berikutan itu, satu laporan polis dibuat pelajar tingkatan tiga terbabit pada hari sama sebelum siasatan dilakukan dan suspek ditahan di Serendah, di sini, Sabtu lalu. Sumber berkata, mangsa pada mulanya enggan mendedahkan status lelaki memperkosanya kerana dipercayai takut keselamatannya terancam, namun selepas dipujuk, mangsa mengakui diperkosa abang angkatnya itu pada Jun lalu. "Mangsa mendakwa dibawa ke sebuah premis perniagaan di Ulu Yam Lama sebelum diperkosa. "Selepas dua bulan kejadian itu, mangsa sering mengadu tidak sihat. Namun, pada 9 September lalu, mangsa mengadu sakit perut dan dibawa ibunya ke hospital sebelum disahkan mengandung," katanya. Katanya, ibu mangsa yang terkejut mendengar laporan perubatan itu memaksa mangsa menceritakan kejadian sebelum membawa mangsa membuat laporan polis. Menurut sumber, hasil laporan itu, polis menjalankan siasatan sebelum seorang pemandu berusia 53 tahun yang didakwa abang angkat kepada mangsa ditahan polis di Serendah untuk membantu siasatan. Sementara itu, Ketua Polis Daerah Superintendan Norel Azmi Yahya Affandi mengesahkan penahanan itu dan memberitahu suspek kini direman mengikut Seksyen 376 Kanun Keseksaan. -17/9/13 P/s: Abang angkat berusia 53 tahun? Gila? Abang angkat boleh jadi datuk angkat! | ||
Dr Dzul: Benarkan Chin Peng Dikebumikan di Malaysia Posted: 16 Sep 2013 08:08 PM PDT [MK] Seorang anggota jawatankuasa PAS pusat Dr Dzulkefly Ahmad berkata pihak berkuasa Malaysia sepatutnya membenarkan agar bekas pemimpin Parti Komunis Malaya Chin Peng dikebumikan di negara ini. Menurut Dzulkefly, pemimpin Malaysia harus bertindak demikian dengan sebagai tanda kemuliaan hati dan harga diri negara ini, sempena sambutan Hari Malaysia hari ini. Malaysia perlu memberi kebenaran tersebut demi keadilan, katanya yang menambah, beliau membuat saranan tersebut walau tidak bersetuju dengan Chin Peng dari segi ideologi dan tindakan melampau PKM. "Tindakan British dan Jepun juga melampau tetapi kita memaafkan mereka, kita melupakan dan berbaik dengan mereka semula. "Chin Peng memerangi Jepun dan kemudian penjajah British. Beliau juga pernah diberi penghormatan oleh Queen," katanya. Kenyatannya itu berbeza dengan pandangan pemimpin Umno dan juga oleh ketua polis negara Tan Sri Khalid Abu Bakar, yang berpendapat bahawa Chin Peng lebih sesuai disemadikan di Thailand. Seorang bekas anggota PKM, Fang Shan berkata Chin Peng berhajat agar abu mayatnya dibawa pulang ke kampung halaman di Sitiawan, Perak. Ketika dihubungi Malaysiakini, Fang Shan berkata perkara itu dinyatakan kepadanya sewaktu pertemuannya dengan Chin Peng tahun lalu di Bangkok. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua, 90 meninggal dunia di hospital di ibu negara Thailand itu pagi ini. Berkaitan: | ||
Lelaki Acu Pisau dan Halau Ibu dan Adik dari Rumah Peninggalan Ayahnya Posted: 16 Sep 2013 08:00 PM PDT Pisau Derhaka [HM] Kuala Lumpur: Seorang peniaga berusia 40-an sanggup bertindak menghalau ibu dan empat adik- beradiknya yang menetap di sebuah rumah teres peninggalan bapanya di Sungai Besi di sini, kerana ingin menjual rumah berkenaan. Menurut sumber, suspek bertindak demikian kerana rumah itu kini bernilai lebih RM500,000 dan menjadikan alasan bahawa ibu berusia 67 tahun dan empat adiknya berusia antara 20 hingga 40-an membebaninya. Harian Metro difahamkan, kejadian berlaku pada jam 9 malam, Khamis lalu. Mangsa (si ibu) dan empat lagi adik-beradik mula tinggal bersama di rumah berkenaan sejak kematian bapa mereka beberapa tahun lalu. Menceritakan semula kejadian itu, sumber itu berkata, lelaki terbabit pulang ke rumah dalam keadaan marah lalu menghalau ibunya selain mengarahkan warga emas itu membawa bersama empat adik-beradik lain. "Suspek menuduh ahli keluarganya itu menambah bebannya yang terpaksa menyara mereka sekeluarga. Malah, dia turut memberitahu mahu menjual rumah berkenaan dan sebuah lagi rumah yang dibeli keluarga berkenaan atas namanya," katanya memberitahu, ketika kejadian, empat adik-beradik suspek tiada di rumah. Sumber itu berkata, tindakan suspek menyebabkan ibunya berang sebelum memarahinya menyebabkan mereka terbabit dalam pertengkaran lebih 10 minit. "Suspek yang hilang pertimbangan itu kemudian mengambil pisau pemotong daging sebelum meletakkan senjata berkenaan di leher ibunya. "Lelaki terbabit kemudian mengugut untuk membunuh ibunya itu jika permintaannya tidak dipenuhi. Malah, suspek turut merosakkan barangan di dalam rumah itu menggunakan pisau berkenaan," katanya memberitahu, selain ibunya, suspek turut mengugut untuk membunuh empat lagi adik-beradiknya jika mereka enggan mengosongkan rumah berkenaan. Menurutnya, suspek hanya berhenti mengamuk dan mengugut ibunya itu apabila melihat ibunya menangis dan merayu dikasihani. "Biarpun begitu, suspek masih tidak berpuas hati dan mengarahkan ibunya untuk keluar rumah berkenaan keesokan harinya," katanya. Katanya, warga emas terbabit yang bimbang dengan ugutan itu membuat laporan polis di Balai Polis Sungai Besi, di sini. Harian Metro difahamkan, warga emas bersama empat beradik suspek sudah meninggalkan rumah berkenaan dan kini menumpang di rumah saudara mereka. Tambahnya, dalam kejadian itu, warga emas terbabit tidak mengalami sebarang kecederaan dan difahamkan, pihak berkuasa kini sedang menyiasat kes itu kerana melakukan ugutan jenayah. Sementara itu, Timbalan Ketua Jabatan Siasatan Jenayah (Operasi dan Risikan) Kuala Lumpur Asisten Komisioner Khairi Ahrasa ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian berkenaan. -17/9/13 | ||
Pelajar IPTS Jumpa Teman lelaki di Hotel Bajet, Berakhir Dirogol Polis Palsu Posted: 16 Sep 2013 06:33 PM PDT
[HM] Gombak: Tindakan seorang remaja perempuan berusia 18 tahun bertemu dengan teman lelakinya di sebuah hotel bajet di Rawang mengundang padah apabila dia menjadi mangsa samun dan rogol dua lelaki yang menyamar sebagai anggota polis. Malah, teman lelakinya 20-an turut menyerahkan RM500 dan telefon bimbit sebagai syarat mereka berdua tidak dibawa ke balai polis selepas diperdaya dua lelaki terbabit. Dalam kejadian jam 6 petang, Sabtu lalu, remaja perempuan terbabit yang juga penuntut sebuah institusi pengajian tinggi swasta (IPTS) di Rawang mengharungi detik hitam selepas dirogol bergilir-gilir oleh suspek yang mendakwa mereka anggota polis. Bagaimanapun, perbuatan jijik suspek masing-masing berusia 25 dan 37 tahun itu tidak bertahan lama apabila Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Gombak diketuai Asisten Superintendan Syed Azam Mohd menahan suspek di pondok pengawal tapak projek Lebuhraya Serendah Taman Setia, Batu 16 Rawang jam 2.30 pagi semalam. Ketua Polis Daerah Asisten Komisioner Abdul Rahim Abdullah berkata, ketika kejadian itu, suspek datang ke bilik hotel mangsa dan mengaku mereka anggota polis serta menuduh mangsa melakukan perbuatan maksiat. -17/9/13 |
You are subscribed to email updates from DUNIACACAMARBA (DCM) To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan