Khamis, 26 September 2013

dollah yankee

dollah yankee


Terima Kasih banyak-banyak!!!

Posted: 26 Sep 2013 05:30 PM PDT

RON95 naik lagi?

Bila Dr.Mahathir Mohammad kata umno telah di monopoli dan dipenuhi dengan orang-orang yang bodoh dan bangang, memang gurkah-gurkah politik di'port' setuju sangat-sangat.

Orang ramai boleh menjangka kenaikan selanjutnya pada harga petrol RON95 dalam masa terdekat sebagai sebahagian daripada usaha kerajaan untuk mengurangkan subsidi bahan api negara.
Langkah ini juga membantu usaha mengurangkan penyeludupan petrol ke negara-negara jiran, kata Presiden Persatuan Pengedar Petroleum (PDAM), Datuk Hashim Othman.
"Penyeludupan petrol dan diesel adalah berikutan bahan api ini lebih murah di Malaysia," kata beliau kepada Bernama.

Sama ada pihak penguatkuasa tak buat kerja kerana asyik 'nga-nga', atau pun mereka 'makan' kuat sangat dari tokey-tokey penyeludup ini kerana kalau tak ambil 'makan' itu, mereka akan jadi macam Pengarah Kastam hari tu...hanya mereka saja yang tahu.

Akibat nya... KITA SEMUA dipaksa untuk menerima padah akibat penyeludupan yang berleluasa dan seluruh rakyat dipaksa untuk menanggung beban ini... memang MUSIBAT BESAR!!!

Macam manalah manusia-manusia yang bangang dan bodoh yang ada dalam umno ini menguruskan ekonomi negara kita? Kalau lah sebab penyeludupan yang berleluasa ini punca harga akan dinaikan, cari lah jalan macam mana nak halang penyeludupan ini.. MANGKUK! Hari ini mereka seludup petrol/diesel, naikan harga petrol/diesel. Esok-esok mereka seludup gula, naikan pula harga gula. Lusa-lusa mereka seludup beras, naikan pula harga beras. Macam tu kah cara nak halang penyeludupan?

Jangan lah 'bodoh'kan kami dengan menyuruh kami bandingkan harga-harga disini dengan harga-harga dinegara luar. Berapa 'earning power' mereka? Berapa kita disini? Jangan lah cakap macam tu, ini lah masalah bila makan guna 'bontot', tak guna mulut... Kami dah 'fed-up' lah!!!

dollah yankee -
Gurkah-gurkah di'port' yakin pada satu hari pasti rakyat semua akan bangun untuk memberontak, mengganas, ber'demonstrasi' dijalan raya kerana mahu menghapuskan kerajaan yang ada kerana mereka sudah tak boleh tahan lagi...

Ini baru lah 'Endless Possibilities'

Posted: 26 Sep 2013 01:04 AM PDT


Hmmmm...sekarang ni baru aku dengan gurkah-gurkah politik di'port' paham apa yang dimaksudkan olih Najib dengan projek 'endless possibilities' untuk memacu ekonomi bumiputra ... maksudnya selepas PRU semuanya 'possible'... lagi lima tahun lah 'endless possiblitiies' untuk bini, anak, pak tiri, laki mak depa, kroni-kroni, orang-orang yang dikiri dan kanan. Unuk rakyat bawah 'kucing kurap' macam kita semua bermakna 'endless' untuk kerja macam nak mamposs dari pagi sampai tengah malam. We were 'born loser' ...

Ini nampak macam permulaan untuk 'endless possibilities' Najib...

Dia bagi kita semua makan daging 'babi' (tapi dia kata bukan daging babi,tapi daging kambing).
 

Yang ini lah yang dikatakan dan dimaksudkan olih Najib untuk 'memacu ekonomi bumiputra' bila Mohd Nazifuddin Najib sebagai pemegang saham paling kuat dan sebagai abang besar dalam SerSol Berhad yang akan membekalkan Cat 1Malaysia (C1M) kepada semua kontrektor melayu dalam Persatuan Kontrektor Melayu Malaysia.

Sebaik saja SerSol Bhd. menandatangani MoU dengan Persatuan Kontrektor Melayu malayu untuk membekalkan Cat 1Malaysia, saham SerSol naik macam roket...
Dalam MoU itu PKMM setuju untuk menggalakan dan mengarahkan ahli-ahlinya menggunakan cat itu dalam semua projek-projek pembinaan yang mereka dapat sama ada dari projek kerajaan atau pun projek swasta.

Hidup Melayu, Hidup UMNO !!! Melayu mana? Melayu Kampong Dodoi? Melayu Kampong Makam? atau Melayu Jelutong?

dollah yankee -
Kah..Kah..Kah..

Tiada ulasan: