DIALOG RAKYAT |
- Pemuda PAS ikrar pertahan Dun Sg Limau
- Felda ingkari teras Plan Transformasi Ekonomi
- Undang-undang mundur, Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh
- Ahli keluar parti, DAP berdepan tamparan hebat
- Khairy: 'Saya rasa kamu datang ke forum yang salah'
- MPSJ biak nyamuk Toxo atasi populasi Aedes
- Indeks rasuah Malaysia merosot bukti transformasi Najib gagal
- Menteri Luar Negeri elak menjawab jumlah pelarian Sri Lanka di M'sia
- Perkasa minta Ku Li kemuka pelan induk Pelan Amanah
- Bekas tahanan penjara ditemui mati dalam van
- Sanggup Terjun Bangunan Elak Diri Dari Dirogol
- SPR gagal jalan pilihan raya bersih dan adil, putus Tribunal Rakyat
- Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, pemilihan mulai petang Jumaat
- Warga emas maut ditimpa pokok kelapa
- Pas: Muka baru penganti Azizan?
- Tongkat Nik Aziz dibida RM15,000
- SUARAM Selar Kerajaan: Pindaan Tanda Polis Gagal Tangani Jenayah
- [BERGAMBAR] Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Turut Beri Penghormatan Kepada Allahyarham Azizan
- Memenangi hati and minda Melayu – Paradigma baru
- DAP cabar Rahman Dahlan perjelas agenda balas dendam kepada masyarakat Cina
- Kerajaan tidak endah isu pembunuhan etnik Sri Lanka
- Transformasi dalam pemilihan Umno sejauh mana demokrastiknya?
- Apa yang sepatutnya dibincang dalam Multaqa Ulama?
- Penjara 12 tahun cuba bunuh ketua Pemuda Umno Kepong
- Mesyuarat Khas SPR Mengenai PRK Sungai Limau Dalam Tempoh 10 Hari
Pemuda PAS ikrar pertahan Dun Sg Limau Posted: 28 Sep 2013 04:02 AM PDT
Pengarah Jabatan Pilihan Rayanya, Mohd Sany Hamzan (gambar) turut mengisytiharkan kebersediaan dan kesiapsiagaan Pemuda PAS di semua peringkat untuk mempastikan kemenangan calon PAS yang akan mewakili Pakatan Rakyat bagi kerusi Dun itu. " Sesungguhnya kemenangan yang akan dicapai di dalam pilihan raya kecil itu nantilah yang akan menjadi sumbangan kecil pemuda untuk menghargai segala jerit perih perjuangan Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan selama ini," ujarnya dalam satu kenyataan media. Jabatan Pilihan Raya Pemuda PAS, jelas beliau mahu jentera Pemuda PAS di semua peringkat melakukan persediaan terakhir dari sudut dana, persiapan teknikal dan lain-lain perkara di peringkat masing-masing untuk bersedia turun membantu PAS Kedah di dalam misi mempertahankan penguasaan PAS di Dun Sungai Limau. Sementara itu, Mohd Sany turut merakamkan takziah kepada seluruh anggota keluarga Allahyarham Ustaz Azizan yang kembali ke rahmatullah, Khamis lalu. "Kami merasa cukup terkesan dengan kehilangan seorang tokoh hebat pejuang PAS yang sentiasa istiqamah untuk memartabatkan perjuangan menegakkan daulah Islamiyah di negara ini. Semoga roh Almarhum Tan Sri Ustaz Azizan akan ditempatkan di kalangan para anbia, orang-orang soleh dan orang-orang yang hampir dengan Allah Taala," ujarnya. Beliau menambah, Pemuda PAS menyifatkan Allahyarham Ustaz Azizan sebagai seorang yang berkaliber, mempunyai gaya kepimpinan yang berkarismatik, berpandangan jauh untuk kebaikan jamaah dan rakyat. | ||||
Felda ingkari teras Plan Transformasi Ekonomi Posted: 28 Sep 2013 03:57 AM PDT
Pelaburan Felda itu membabitkan pembelian hartanah bagi tujuan perhotelan di dalam negara dan di London. Setiausaha Agung DAP yang juga Ahli Parlimen Bagan, Lim Guan Eng dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan hari ini mempersoalkan sama ada pelaburan korporat dan hartanah anak syarikat Felda itu mempunyai kaitan dengan pemilihan Umno, Oktober ini. Felda Global Venture Holdings (FGV) baru-baru ini telah mengambil alih hotel empat bintang, Grand Borneo di Kota Kinabalu dengan harga RM86 juta dan membeli Grand Plaza Service Apartments di London dengan kos £98 juta (RM497 juta). Anak syarikat Felda itu juga membeli 25 peratus saham syarikat Iris Corp yang tersenarai di Bursa Malaysia dengan kos RM110 juta. Iris Corp adalah syarikat pembuat kad pintar dan perkampungan agrikultur. "Apa kaitan antara operasi dan pemilikan lapan buah hotel di serata Perak, Terengganu, Negeri Sembilan, Sabah dan London dengan (aktiviti teras Felda iaitu) penanaman kelapa sawit? "Bagaimana dengan melabur RM700 juta menjalankan perniagaan perhotelan di dalam negara dan di London dapat memberi faedah kepada kehidupan lebih satu juta orang yang tinggal di tanah rancangan Felda di seluruh negara?" soal Guan Eng. Menurut Ketua Menteri Pulau Pinang itu, walaupun Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad mencadangkan kepentingan Felda untuk mempelbagaikan portfolio perladangan yang kini tertakluk kepada ragam pasaran minyak kelapa sawit mentah, namun usaha kepelbagaian itu perlu berkait dengan bisnes teras Felda atau berkait rapat dengan pengalaman pengurusan pakar badan berkanun itu. "Dunia korporat bersepah dengan sampah sarap pelaburan yang tidak rasional dan cuai; dalam bisnes yang syarikat induk tidak mempunyai banyak kepakaran atau ilmu. "Felda tidak ada ilmu mengurus hotel. Apa yang membuatkan Felda merasakan ia boleh melakukan tugas yang lebih baik berbanding pengusaha hotel berpengalaman serta mendapatkan kadar pulangan yang lebih baik untuk pelaburan RM700 jutanya?" soal beliau lagi. Menurut Guan Eng, berdasarkan pengalaman menguruskan Kerajaan Negeri Pulau Pinang, beliau terkejut dengan tindakan bekas kerajaan BN negeri dan anak-anak syarikatnya dengan aktiviti bukan-teras seperti operasi ladang kelapa sawit, getah, kolam ikan, hotel, kolej malah padang golf. "Kesemua usaha yang tidak difikirkan dengan baik ini menjana kerugian ketika itu. "Melalui polisi melepaskan pegangan, dan penyumberan luar (outsourcing) melalui pelaksanaan tender terbuka, kesemua kerugian operasi ini ditukar menjadi keuntungan secara tahunan. "Namun kerugian operasi ini semua dapat ditukar menjadi keuntungan dengan cepat disebabkan hartanah yang terlibat sudah pun dimiliki oleh kerajaan negeri. Dengan kata lain tidak wujud sebarang perbelanjaan modal," jelasnya. Sehubungan itu, beliau sangsi perbelanjaan modal sebanyak RM700 juta oleh Felda, walaupun mampu menjana keuntungan akan menjustifikasi kos pelaburan. "Atas sebab ini, pemimpin BN tidak sepatutnya menguruskan dana awam seperti milik peribadi tetapi ia perlu memberi justifikasi demi kepentingan akauntabiliti dan ketelusan, apa sebenarnya faedah kewangan daripada melabur dalam bisnes bukan teras kepada orang ramai," ujar beliau. | ||||
Undang-undang mundur, Suhakam tuntut RUU Cegah Jenayah ditangguh Posted: 28 Sep 2013 03:54 AM PDT
KUALA LUMPUR: Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (Suhakam) melahirkan rasa bimbang terhadap cadangan pindaan Akta Pencegahan Penjenayah (PAC) 1959 seperti mana yang dicerminkan dalam Rang Undang-undang (RUU) Pencegahan Jenayah (Pindaan dan Pemerluasan) 2013 yang dibentangkan di Dewan Rakyat untuk bacaan kali pertama pada 25 September lalu. Pengerusinya, Tan Sri Hasmi Agam (gambar) dalam satu kenyataan media hari ini berkata, walaupun menyokong usaha berterusan kerajaan dalam menangani jenayah serius, hasil kajian Suhakam mendapati beberapa peruntukan dalam RUU tersebut terutamanya penahanan tanpa bicara dan perwakilan undang-undang, tidak selari dengan prinsip asas hak asasi manusia seperti termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perisytiharan Hak Asasi Manusia Sejagat (UDHR). "Walaupun adalah diperhatikan bahawa RUU tersebut mencadangkan satu pindaan ke atas Sesyen 9(1) menjadikannya satu keperluan untuk laporan-laporan siasatan dikemukakan kepada Lembaga Pencegahan Jenayah (Lembaga) dan bukannya Menteri, Suruhanjaya memandang serius terhadap cadangan Seksyen 9(5) dan Seksyen 9A(2) yang menafikan hak seseorang untuk perwakilan undang-undang seperti yang terjamin di bawah Perkara 5(3) dalam Perlembagaan Persekutuan dan Perkara 7 dalam UDHR," jelas Hasmy. Suhakam juga, tambah beliau bimbang dengan cadangan Seksyen 7C yang memberi kuasa kepada Lembaga untuk mengeluarkan perintah tahanan terhadap seseorang yang telah melakukan dua atau lebih kesalahan yang serius, sama ada dia telah disabitkan atau tidak, dan semata-mata berdasarkan kecukupan bukti. Tambah beliau, Suhakam berpendapat peruntukan tersebut mencabuli hak seseorang kepada perbicaraan yang adil, perlindungan terhadap perbicaraan berulang serta hak untuk kesaksamaan di sisi undang-undang dan hak untuk dipertimbangkan tidak bersalah sehingga terbukti bersalah, seperti yang diperuntukkan di bawah Perkara 7(2) dan Perkara 8(1) Perlembagaan Persekutuan. "Suruhanjaya juga melahirkan rasa kecewa ke atas cadangan Seksyen 15A yang menghalang semakan kehakiman ke atas keputusan Lembaga melainkan perkara-perkara yang berkenaan prosedur seterusnya menafikan hak seseorang individu untuk mendapatkan akses kepada mahkamah dengan segala jaminan yang perlu untuk pembelaannya. "Dalam usaha kerajaan memerangi jenayah, adalah penting untuknya memastikan bahawa undang-undang yang digubal adalah progresif dan tidak mundur, menyedari akan kedudukan Malaysia sebagai ahli kepada Majlis Hak Asasi Manusia Pertubuhan Bangsa-Bangsa (PBB) yang mengkehendakinya menegakkan piawaian tertinggi dalam mempromosi dan melindungi hak asasi manusia di negara ini," tegas beliau. Sehubungan itu, Suhakam jelasnya menyarankan kerajaan menangguhkan pembentangan kali kedua rang undang-undang tersebut dan menjalankan kajian semula ke atas cadangan-cadangan pindaan dengan mengambil kira prinsip-prinsip hak asasi manusia iaitu penahanan tidak boleh dibuat sewenang-wenangnya; penahanan mestilah berdasarkan sebab dan prosedur yang ditetapkan oleh undang-undang; maklumat tentang sebab-sebab penahanan mesti diperuntukkan; dan hak untuk perbicaraan yang adil dan akses kepada perwakilan undang-undang mesti diperuntukkan. "Suruhanjaya berpendapat bahawa selaras dengan matlamat ternyata kerajaan untuk menggerakkan negara ke arah mencapai status negara maju pada masa akan datang, adalah penting untuk Malaysia menunjukkan pematuhan sepenuhnya dengan norma-norma hak asasi manusia di samping memastikan penglibatan yang bermakna bersama pelbagai pihak berkepentingan di dalam proses kajian semula undang-undang dan perancangan dasar yang mana kerajaan komited untuk menjalankan," tegas beliau lagi. | ||||
Ahli keluar parti, DAP berdepan tamparan hebat Posted: 28 Sep 2013 03:51 AM PDT SHAH ALAM: DAP bakal menerima tamparan hebat jika lebih ramai ahlinya akan bertindak keluar parti, tegas Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Ishak. Katanya, ura-ura yang mengatakan ahli DAP di Sabah akan mengikuti jejak Adun Luyang Hiew King Cheu akan menyukarkan lagi kedudukan parti yang seringkali dilanda kontroversi itu. "Itu tamparan yang hebat sebenarnya pada DAP Sabah dan juga di saat-saat yang terakhir pemilihan inikan," katanya ringkas kepada Antarapos. Hiew sebelum ini pada 12 Ogos telah meletakkan jawatan sebagai Penasihat DAP Sabah justeru tindakannya kali ini membuktikan parti itu berhadapan dengan pergolakan dalaman yang kritikal. Hiew turut memaklumkan akan menjadi ahli Bebas dalam Dewan Undangan Negeri Sabah. Dalam pada itu, maklumat terbaru yang diterima Antarapos, Rahmad mengesahkan ura-ura beliau akan keluar daripada parti itu pada sidang media di Pulau Pinang sebentar tadi. Beliau menuduh parti itu memperalatkan orang Melayu untuk agenda politik sempit dengan berselindung di sebalik istilah 'berbilang kaum.' Sementara itu seorang lagi ahli DAP, Amran Ahmad mendakwa jika benar jangkaan ramai lagi ahli di Sabah akan keluar parti dalam masa terdekat ini tidak akan menjejaskan pemilihan CEC esok. Jelasnya, ahli-ahli yang bakal keluar parti nanti masih berhak mengundi pada pemilihan kerana mereka semua masih lagi menjadi ahli pada pemilihan sebelum ini. "Pengeluaran beramai-ramai ahli DAP Sabah dan Pulau Pinang yang dijangkakan, jika benar tidak menjejaskan pemilihan CEC esok. "Walaupun akan ada yang keluar tetap berhak mengundi sebab masih jadi ahli semasa pemilihan pada 2008," katanya. Walaubagaimanapun beliau mengakui bahawa ini akan menampakkan lagi keretakan yang sekian lama dinafikan pemimpin tertinggi DAP. "Tapi perkara macam ini menampakkan kepincangan dan kegoyahan dalam DAP," ujar beliau. | ||||
Khairy: 'Saya rasa kamu datang ke forum yang salah' Posted: 28 Sep 2013 03:46 AM PDT Setelah meletakkan dirinya sebagai seorang yang progresif, cadangan penahanan tanpa bicara dalam pindaan terhadap Akta Pencegahan Jenayah (PCA) nampaknya menjadi isu yang "terlalu panas" untuk Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin. Dalam sidang medianya hari ini, Khairy enggan menjawab soalan pemberita berhubung akta berkenaan, walaupun forum yang dirasmikannya sebelum itu berkaitan menangani jenayah berat dan gengsterisme. Beliau hanya mahu melayan soalan pemberita yang berkaitan dengan forum itu sahaja. "Saya nak cakap tentang saya punya forum. (Pasal) PCA (Akta Pencegahan Jenayah) dalam forum lain. Saya rasa kamu datang ke forum yang salah," katanya ketika diminta mengenai akta kotroversi tersebut yang menurut kerajaan adalah untuk mencegah jenayah. Apabila sidang media berakhir dengan menjawab beberapa soalan berkaitan forum itu, beliau terus bergerak meninggalkan bilik sidang media. Tetapi wartawan Malaysiakini terus merapatinya bagi mendapatkan pandangan beliau berhubung akta tersebut. Khairy yang juga ahli parlimen Rembau membalasnya dengan berkata: "Sidang media sudah habis, sidang media sudah habis". Khamis lalu, Khairy berkata Akta Pencegahan Jenayah tidak sama dengan Akta Keselamatan Dalam Negeri dan enggan mengulas secara spesifik mengenai pengenalan semula tahanan tanpa bicara tanpa semakan kehakiman. | ||||
MPSJ biak nyamuk Toxo atasi populasi Aedes Posted: 28 Sep 2013 03:43 AM PDT SUBANG JAYA: Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ) melepaskan nyamuk gajah atau Toxorhynchites (Toxo) dewasa di hutan Pangsapuri Sri Tanjung, USJ 16 di sini, bagi mengurangkan populasi nyamuk Aedes. Program Kawalan Pembiakan Aedes dan Pencegahan Demam Denggi itu dibuat dengan kerjasama Universiti Sains Malaysia (USM) dan bank CIMB yang memperuntuk RM60,000 bagi menjayakan program itu. Yang Dipertua MPSJ, Datuk Asmawi Kasbi, berkata pangsapuri itu lokasi kedua selepas Kampung Sri Aman berikutan populasi nyamuk Aedes didapati tinggi antara 500 ke 700 jentik-jentik setiap bulan. Beliau berkata, perbincangan antara MPSJ dan USM mengenai pemilihan tapak baru itu diadakan Mei lalu selepas pra-kajiannya dijalankan sekitar Jun. "Habitat nyamuk Toxo sesuai kerana pangsapuri itu ada tumbuhan subur yang menghasilkan madu bagi menggalakkan pembiakan Toxo. "Diharapkan ia memberi impak positif antara lima hingga enam bulan akan datang," katanya pada sidang media selepas pelancaran program berkenaan, hari ini. Asmawi menasihati orang ramai menjaga kebersihan dan bekerjasama memelihara tumbuhan hijau di pangsapuri itu bagi menggalakkan pembiakan nyamuk Toxo. Katanya, Jabatan Kesihatan MPSJ mahu memperluas program pelepasan nyamuk itu ke kawasan lain bagi mencegah wabak denggi. "Kita jadi pihak berkuasa tempatan (PBT) pertama menggunakan kaedah pencegahan secara biologi untuk mencegah pembiakan Aedes tanpa perlu menggunakan bahan kimia," katanya. | ||||
Indeks rasuah Malaysia merosot bukti transformasi Najib gagal Posted: 28 Sep 2013 03:40 AM PDT SHAH ALAM : Sikap Kerajaan Umno BN yang tiada kesungguhan politik dalam membantras gejala rasuah menjadi punca kedudukan negara terus merosot dalam senarai indeks negara dunia bebas rasuah. Ini berikutan amalan pendakwaan terpilih yang hanya mengheret individu kecil, dan golongan atasan sebagai antara faktor gejala rasuah semakin berleluasa. Ahli Parlimen Bukit Bendera, Zairil Khir Johari berkata, ia menunjukkan Program Transformasi Kerajaan (GTP) yang diperkenal Perdana Menteri, Datuk Seri Najb Razak gagal mencapai matlamat. Bercakap kepada TV Selangor, beliau berkata usaha membendung gejala rasuah boleh dilaksanakan jika kerajaan serius mengenai perkara ini. "Ini menunjukkan program transformasi yang dibawa Najib semuanya gagal. Ia selaras laporan terdahulu, Global Financial Integrity (GFI) yang mendapati Malaysia sebagai negara kedua untuk pengaliran wang haram. "Ini menunjukkan rasuah sebagai gejala berleluasa di Malaysia," katanya. Mengikut laporan Asia-Pacific Penipuan Laporan Penyiasatan Siri 2013, Malaysia pada tahap rasuah tertinggi dengan 54 peratus. diikuti China dengan 34 peratus. Mengulas lanjut, Zairil berkata, peruntukan perundangan sedia ada sepatutnya dilaksanakan dengan betul tanpa berat sebelah. "Membanteras rasuah, sebenarnya senang. Cuma memerlukan kehendak politik. Maksudnya kerajaan perlu melaksanakan semua undang-undang dengan betul dan tidak berat sebelah," katanya. | ||||
Menteri Luar Negeri elak menjawab jumlah pelarian Sri Lanka di M'sia Posted: 28 Sep 2013 03:34 AM PDT Oleh V Sivakumar Pada 25/9/2013 saya telah menanyakan satu soalan lisan kepada Menteri Luar Negeri di Dewan Rakyat berhubung dengan pembunuhan etnik Tamil di Sri Lanka dan pelarian dari negara itu yang berada di Malaysia. Kementerian Luar Bandar telah menjawab bahagian pertama soalan saya secara bertulis iaitu berhubung dengan pendirian Malaysia terhadap pembunuh ribuan etnik Tamil di Sri Lanka. Kerajaan menjawab bahawa Malaysia mengambil sikap berkecuali dalam isu yang dinamakan sebagai 'perang saudara' di Sri Lanka. Malaysia tidak mahu campurtangan dalam hal dalaman negara itu. Menteri Luar Negeri menjawab bahawa Malaysia berpegang teguh dengan sikap berkecuali dan tidak campurtangan dalam isu dalaman Sri Lanka. Ini adalah satu sikap 'double standard' kerajaan yang sengaja tidak mahu campurtangan dalam hal ehwal pembunuhan etnik Tamil di Sri Lanka. Ini bukan satu perang saudara yang boleh dianggap ringan oleh kerajaan kita. Puluhan ribu etnik Tamil telah dibunuh secara kejam oleh kerajaan Sri Lanka. Wanita & anak-anak juga didera dan dibunuh secara kejam oleh tentera Sri Lanka. Ini adalah isu hak kemanusian. Sebagai sebuah negara yang berdaulat dan prihatin, Malaysia sepatutnya mengambil satu pendirian tegas dalam isu pembunuhan etnik Tamil Sri Lanka. Ia adalah sungguh memalukan terhadap negara kita apabila Menteri Luar Negeri memberi jawapan yang begitu lemah dan tidak berkeperimanusiaan. Negara kita tidak sensitif dalam isu pembunuhan etnik Tamil di Sri Lanka. Rakyat dapat menilai dengan sendiri sikap 'double standard' Malaysia apabila kerajaan boleh campurtangan dalam urusan beberapa negara lain walaupun itu juga boleh dikategorikan sebagai 'perang saudara' ataupun isu dalaman. Kerajaan membuat pendirian dengan cepat dan menghulurkan bantuan kepada negara-negara tertentu. Itu adalah sikap yang perlu dipuji kerana berani membuat pendirian dan memperjuangkan hak asasi dan kemanusiaan. Tetapi, apabila isu Sri Lanka ditimbulkan, kerajaan mahu mengambil sikap berkecuali atau 'cuci tangan', kenapa? Bahagian kedua soalan saya adalah mengenai jumlah pelarian dari Sri Lanka yang masih menetap di negara kita. Apakah bantuan-bantuan yang diberikan oleh kerajaan kepada pelarian-pelarian Sri Lanka yang berada di sini? Tetapi, Menteri Luar Negeri memilih untuk tidak menjawab soalan saya. Jawapan bertulis yang diberikan hanya melengkapkan bahagian pertama soalan saya. Bahagian kedua soalan saya iaitu mengenai pelarian dari Sri Lanka tidak dijawab langsung oleh kerajaan! Saya difahamkan ratusan pelarian Tamil dari Sri Lanka menetap di Malaysia. Mereka ini memegang kad pelarian yang diberikan oleh Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (United Nation). Selain daripada itu mereka tidak mendapat sebarang perlindungan lain di negara ini. Mereka dibiarkan begitu sahaja untuk 'mencari makan' di negara ini. Mereka terpaksa bekerja sebagai buruh kasar di kebun, restoran, kedai runcit dan sebagainya. Mereka terpaksa melalui pelbagai rintangan untuk hidup. Adakah semua kenyataan-kenyataan saya ini benar? Saya telah dapatkan maklumat ini daripada seorang pelarian Tamil dari Sri Lanka. Saya perlukan jawapan daripada Menteri Luar Negeri. Tetapi, Menteri Luar Negeri pula mengelak daripada memberikan jawapan kepada soalan saya ini. Adakah ini bermakna bahawa memang benar tidak ada apa-apa bantuan yang diberikan oleh kerajaan Malaysia kepada pelarian-pelarian ini? Saya juga telah membangkitkan isu ini sewaktu perbahasan di Parlimen pada 26 September 2013. YB V.Sivakumar Ahli Parlimen Batu Gajah & Timbalan Pengerusi DAP Perak | ||||
Perkasa minta Ku Li kemuka pelan induk Pelan Amanah Posted: 28 Sep 2013 03:31 AM PDT MALAYSIA CHRONICLE PUTRAJAYA - Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) meminta Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah memperincikan cadangannya supaya perancangan ekonomi dilindungi semangat Perlembagaan Persekutuan bagi berkongsi kekayaan semua pihak sehingga ke generasi akan datang. Presidennya, Datuk Ibrahim Ali berkata, saranan supaya Pelan Tindakan Ekonomi Amanah Negara (Pelan Amanah) sebagai pelan perancangan untuk mewujudkan model ekonomi masa depan Malaysia serta memberi pelindungan saksama kepada setiap lapisan masyarakat adalah selaras dengan perjuangan Perkasa selama ini. Bagaimanapun, cadangan tersebut hanya bersifat dasar dan perlu memperincikan dalam bentuk yang lebih spesifik menerusi satu pelan induk jika benar perkara itu mampu memberi manfaat besar kepada rakyat. "Walaupun disebut untuk kemakmuran bersama, beliau perlu menjelaskan secara terperinci seperti yang dilakukan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semasa mengumumkan Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera baru-baru ini yang jelas dengan agenda untuk membantu bumiputera," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini. Beliau percaya sesuatu tindakan yang baik mampu menarik sokongan rakyat, namun Tengku Razaleigh perlu menjelaskan secara komprehensif kepada orang ramai supaya hala tuju cadangan tersebut dapat dicapai secara bersama. Semalam, ketika menyampaikan ucaptama Majlis Pelancaran Meja Bulat Ekonomi anjuran Yayasan Mahkota di Institut Kajian Strategik dan Antarabangsa (ISIS), Tengku Razaleigh berkata, formulasi dan pelaksanaan Pelan Amanah mesti berada dalam lingkungan konsisten dengan Perlembagaan Persekutuan yang mewakili kontrak sosial antara rakyat di negara ini. "Perkasa selama ini melihat pelbagai kenyataan dasar yang diumumkan semuanya nampak baik tetapi akhirnya matlamat tak tercapai kerana kelemahan dari segi pelaksanaannya. "Kami ingin mengingatkan apa yang hendak ditentukan bukan sahaja satu pelan ekonomi yang dapat mengurangkan kos sara hidup rakyat tetapi agenda bumiputera sebagai agenda nasional," katanya. Tegas beliau, Perkasa mahu melihat kehidupan rakyat semua kaum terjamin bebannya dan pembahagian kekayaan kek ekonomi negara dapat membantu 97.9 peratus bumiputera. Ibrahim berkata, jika pembahagian kek ekonomi tidak dibahagi-bahagikan secara seimbang, maka kepimpinan negara perlu campur tangan dengan mengemukakan tindakan yang dilihat bukan hendak 'menolong' bumiputera semata-mata tetapi berdasarkan kepada kepentingan nasional.Utusan | ||||
Bekas tahanan penjara ditemui mati dalam van Posted: 28 Sep 2013 03:20 AM PDT SIBU - Seorang lelaki bekas tahanan Simpang Renggam ditemui mati, dipercayai dibunuh dengan kejam, di Jalan Oya Lama pagi ini. Ketua Polis Daerah Sibu, Asisten Komisioner Shafie Ismail berkata, mangsa dikenali sebagai Ting Liong Kwong, 38. "Mayatnya ditemui dalam sebuah van yang dipercayai ditinggalkan di kawasan itu sejak semalam. "Polis telah mendapat maklumat daripada orang ramai pada jam 9 pagi," katanya kepada pemberita di sini. Beliau berkata pemeriksaan awal polis menemui kesan tusukan benda tajam pada muka dan badan mangsa namun tiada kesan pergelutan. Shafie berkata polis percaya mangsa telah mati dalam 12 jam lepas dan siasatan lanjut akan dijalankan bagi menentukan sama ada mangsa dibunuh dalam van atau di tempat lain, serta puncanya. "Kita akan menyiasat kes di bawah Seksyen 302 kanun Keseksaan. Polis akan menunggu laporan bedah siasat untuk mengenal pasti punca kematian dan jenis senjata yang diguna," katanya. Beliau juga berkata tiada nombor pendaftaran dan cukai jalan ditemui pada van itu, yang dilapor hilang di Sibujaya pada 12 April lepas. - Bernama | ||||
Sanggup Terjun Bangunan Elak Diri Dari Dirogol Posted: 28 Sep 2013 03:18 AM PDT KELAB GREENBOC Kuala Lumpur: Demi maruah dan kehormatan diri, seorang janda anak satu nekad terjun dari tingkat tiga bangunan rumah kedai di Desa Tasik, Sungai Besi, di sini, semalam untuk menyelamatkan diri daripada dirogol. Akibat kejadian yang berlaku jam 8.15 pagi itu, mangsa yang berusia 31 tahun cedera parah apabila kedua-dua kakinya patah. Mangsa yang memakai kemeja-T tidak berlengan dan hanya berseluar dalam ditemui orang ramai terbaring di bahagian bawah bangunan berkenaan, berhampiran kedai mencuci kereta. Dia yang berusia 31 tahun itu kemudian dihantar ke hospital oleh anggota Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) untuk rawatan lanjut. Seorang saksi kejadian yang mahu dikenali sebagai Arif berkata, sebelum itu dia mendengar suara jeritan wanita meminta tolong. -HM | ||||
SPR gagal jalan pilihan raya bersih dan adil, putus Tribunal Rakyat Posted: 27 Sep 2013 10:48 PM PDT Tribunal Rakyat hari ini berkata, berdasarkan bukti dan testimoni yang diberikan pelbagai pihak sepanjang tribunal anjuran Bersih 2.0 itu berlangsung, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) gagal melaksanakan Pilihan Raya 2013 dengan bersih dan adil. Ketua Pasukan Perundangan tribunal berkenaan, Professor Gurdial Singh Nijar (gambar) ketika membentangkan laporan tribunal berkenaan berkata kebanyakan isu yang ditimbulkan semasa dan selepas pilihan raya pada 5 Mei lalu juga gagal di uruskan dengan baik oleh pengendali pilihan raya berkenaan. "Kita bukan minta mereka meletakkan jawatan, kita hanya mahu mereka (SPR) mengembalikan keyakinan orang ramai," katanya semasa pembentangan selama lima jam di hadapan panel tribunal, di Subang Jaya petang tadi. Jelas Gurdial, jawatan dalam SPR sangat tinggi kerana mereka dilantik oleh Yang DiPertuan Agong. "SPR perlu bebas tanpa bersikap partisan terhadap mana-mana pihak," tegasnya dalam rumusan berkenaan. Tribunal berkenaan telah berlangsung selama seminggu bermula 18 September lalu, dan selepas ini akan mengeluarkan resolusi dan cadangan mereka dalam tempoh tiga bulan. Pihak penganjur telah menjemput SPR, wakil Barisan Nasional dan juga pihak polis selain saksi lain untuk menyertai tribunal berkenaan, namun tiada wakil daripada badan berkenaan dilihat sepanjang prosiding tribunal berlangsung. Antara isu yang dibangkitkan adalah, didakwa 30% Daftar Pemilih SPR kotor, jumlah amaun pembiayaan bagi calon pilihan raya, pindaan Akta 9A yang membolehkan Daftar Pemilih dicabar, media arus perdana yang prejudis terhadap pembangkang dan banyak lagi. Antara yang telah memberikan testimoni mereka termasuklah ahli Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan juga Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan. Gurdial turut membangkitkan penghargaan terhadap SPR atas kesediaan mereka meneliti hasil tribunal berkenaan, namun menyuarakan rasa kesal badan berkenaan menolak jemputan menyertai tribunal tersebut. "Kami menjemput mereka, namun sayang kita hanya dapat menyaksikan dari sebelah pihak sahaja," katanya. "Memang kita tiada kuasa dari segi perundangan, namun ini adalah suara rakyat. Semua orang tahu, malah di seluruh dunia, suara rakyat yang akan membawa perubahan," tambah Gurdial. Timbalan Pengerusi SPR Datuk Wan Ahmad Wan Omar menolak jemputan Tribunal Rakyat atas alasan sistem perundangan tidak memperuntukkan mereka menyertai tribunal berkenaan. Pengerusi tribunal berkenaan, Professor Yash Pal Ghai dalam ucapan penutupnya berkata lima panel yang terlibat dalam program berkenaan akan membuat keputusan secara berhati-hati berdasarkan hasil testimoni dan juga bukti yang diserahkan kepada mereka. "Sekiranya pihak berkuasa dan kerajaan menyertai kami, ia akan menjadi dialog yang berkesan. "Namun akan meneliti setiap bukti dan membuat kesimpulan dengan berhati-hati," katanya. Panel tribunal yang terdiri daripada pakar perundangan dan juga beberapa individu ternama dari dalam di luar negara. Selain Ghai yang bertindak sebagai pengerusi, panel lain termasuklah bekas Timbalan Pengerusi SPR Indonesia, Ramlan Surbakti, bekas Hakim Mahkamah Tinggi Malaya Datuk Azzat Kamaludin, pensyarah di Universiti Malaya Dr Mavis Puthucheary dan juga Setiausaha Agung Pertubuhan Gereja Malaysia Rev. Hermen Shastri. Merujuk kepada dakwaan-dakwaan yang dikemukakan saksi dalam prosiding tribunal, Ghai berkata kerajaan mungkin mempunyai jawapan mereka tersendiri. "Apa yang paling penting adalah perpaduan amat diperlukan berbanding mewujudkan ketegangan," katanya mengakhiri tribunal berkenaan. | ||||
Muktamar PAS ke-59 di Stadium Melawati, pemilihan mulai petang Jumaat Posted: 27 Sep 2013 10:43 PM PDT Pengarah Muktamar PAS ke-59, Datuk Takiyudin Hassan, berkata perasmian untuk muktamar dewan-dewan pula akan diadakan pada 20 November mulai jam 9 malam. Katanya, Dewan Ulama akan bermuktamar di Dewan Banquet MBSA, Dewan Pemuda di Dewan Sivik MBPJ manakala Dewan Muslimat di Dewan Jubli Perak SUK Selangor. "Pemilihan pucuk pimpinan PAS akan diadakan pada Jumaat petang selepas muktamar penuh diadakan pada sebelah paginya manakala keputusannya dijangka akan diperoleh pada petang 23 November," katanya dipetik daripada Harakahdaily. Beliau berkata, hampir 1,300 perwakilan dari seluruh negara akan menyertai muktamar ini dan bakal memilih pucuk pimpinan PAS untuk dua tahun akan datang. Katanya, perwakilan adalah dari PAS kawasan seluruh negara, perwakilan dewan-dewan dan Jawatankuasa PAS Pusat yang ada. Muktamar kali ini dijangka panas dengan isu penyertaan PAS dalam Pakatan Rakyat ekoran resolusi Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar sebelum ini. Antaranya resolusi itu mahu supaya PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat khasnya PKR ekoran berkurangnya sokongan pengundi Melayu kepada PAS dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lalu. Takiyudin, yang juga anggota Parlimen Kota Bharu berkata, muktamar dijangka membahaskan prestasi PAS dalam pilihan raya umum lalu | ||||
Warga emas maut ditimpa pokok kelapa Posted: 27 Sep 2013 10:38 PM PDT Keadaan mangsa ketika di tempat kejadian. Gambar kecil: Abdul Rashid. TELUK INTAN - Seorang warga emas dalam perjalanan menghantar barangan niaga ke Pasar Besar Teluk Intan maut ditimpa pokok kelapa, semalam. Ketua Polis Daerah Hilir Perak, Asisten Komisioner Goh Kok Liang berkata, kejadian berlaku di Jalan Sungai Nibong, di sini, kira-kira jam 9.15 pagi. Katanya, mangsa, dikenali sebagai Abdul Rashid Tahir, 72, berasal dari Sungai Lampam, maut di tempat kejadian. Menurutnya, ketika kejadian, mangsa menunggang motosikal jenis Honda EX5 seorang diri dari arah Sungai Nibong ke Pekan Teluk Intan. "Setibanya di lokasi kejadian berhampiran sebuah kilang padi, secara tiba-tiba sebatang pokok kelapa yang sudah reput di sebelah kiri jalan tumbang. "Mangsa yang kebetulan lalu di kawasan itu dihempap pokok kelapa dan maut di tempat kejadian," katanya kepada pemberita. Kok Liang berkata, mangsa terjatuh dan menyebabkan motosikal yang ditunggangi oleh warga emas itu bergerak lebih kurang 100 meter ke kanan jalan. Menurutnya, orang ramai yang berada di tempat kejadian membantu mengalih batang pokok kelapa yang menghempap mangsa. Katanya, mangsa kemudiannya dihantar ke Hospital Teluk Intan untuk rawatan. Beliau berkata, hasil daripada bedah siasat mendapati mangsa mengalami kecederaan parah di bahagian organ dalaman. "Kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya. | ||||
Pas: Muka baru penganti Azizan? Posted: 27 Sep 2013 10:35 PM PDT Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man, Ketua Penerangan Pas Pusat SHAH ALAM - Pas tidak menolak kemungkinan akan menampilkan muka baru pada Pilihan Raya Kecil (PRK) di kerusi Dun Sungai Limau berikutan penyandangnya Tan Sri Azizan Abdul Razak meninggal dunia jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman, pagi semalam. Ketua Penerangannya Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, cadangan itu masih dalam perbincangan dan pihaknya masih menunggu keputusan daripada Badan Perhubungan Pas Kedah sebelum sebarang pengumuman mengenainya dibuat. "Insya-ALLAH kerusi tersebut masih kekal milik Pas... kita mungkin akan menampilkan wajah baru bagi mempertahankan kerusi itu. "…Pas Pusat belum bermesyuarat hal itu, urus setia politik negeri akan membuat cadangan mengenai nama calon dan seterusnya Badan Perhubungan akan membuat keputusan, Insya-ALLAH kita tunggu sahaja keputusannya," katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian Online di sini hari ini. Adun Sungai Limau, Azizan yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar semalam. Jenazah beliau telah dikebumikan di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena. Sementara itu,SPR dalam masa yang sama akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi PRK di kerusi Dun Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dun Kedah. Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata, perkara itu termaktub dalam undang-undang, yang menetapkan bahawa mesyuarat mengenainya tidak boleh diadakan lebih dari tempoh 10 hari selepas kekosongan itu dimaklumkan. Katanya beliau menjangka notis itu mungkin akan diserahkan kepada SPR hari ini, esok atau hari Ahad memandangkan pejabat-pejabat kerajaan di Kedah dibuka pada hujung minggu. "Beri kami tempoh seminggu, lebih kurang. Sebab undang-undang pun ada, tidak lebih daripada tempoh 10 hari kerusi itu dimaklumkan kosong, kita kena panggil mesyuarat, tak boleh 12 hari lepas itu," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Speaker Parlimen Myanmar, Thura U Shwe Mann di pejabat SPR semalam. | ||||
Tongkat Nik Aziz dibida RM15,000 Posted: 27 Sep 2013 09:46 PM PDT THE MALAYSIAN INSIDER Tongkat Pesuruhjaya PAS Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat, yang didermakan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dibida seorang usahawan pada harga RM15,000. Tongkat itu dibeli Abdullah Beran, 50, menerusi program lelongan amal di sebuah pasaraya, bermula jam 3.00 hingga 6.00 petang semalam. Harakahdaily melaporkan lelongan bermula dengan harga RM500 dan akhirnya mencecah RM15,000 tepat jam 6.30 petang. Pada masa yang sama sebanyak RM4,000 lagi berjaya dipungut pada program itu hasil lelongan barangan lain termasuk sumbangan orang ramai. Abdullah berkata, beliau sanggup membeli tongkat yang pernah digunakan Mursyidul Am PAS itu dengan tujuan membantu mangsa kebakaran di Kampung Sireh Bawah Lemah. Pada 6 September lalu, tujuh rumah melibatkan 16 keluarga tinggal sehelai sepinggang apabila harta benda mereka musnah dalam kebakaran kira-kira jam 12 tengah hari. Katanya, beliau berhasrat untuk menggunakan sendiri tongkat berkenaan walaupun tidak menggunakannya sebelum ini. "Saya memang meminati Nik Aziz, dia ikon saya malah saya sentiasa mengikuti perkembangannya sejak 25 tahun lalu," katanya. Walaupun kini bukan lagi menteri besar, Nik Aziz sentiasa prihatin terhadap rakyat hingga mendorongnya menyerahkan tongkatnya untuk dilelong. Hasrat itu disampaikan kepada Dewan Pemuda PAS Kota Bharu dalam usaha mengurangkan bebanan ditanggung keluarga mangsa kebakaran Kampung Sireh Bawah Lembah. Tongkat itu diserahkan Ketua Dewan Pemuda PAS Kawasan Kota Bharu, Dr Rosli Alaani Abdul Kader kepada Abdullah sebaik sahaja memenangi bidaan | ||||
SUARAM Selar Kerajaan: Pindaan Tanda Polis Gagal Tangani Jenayah Posted: 27 Sep 2013 09:40 PM PDT NGO hak asasi Suara Rakyat Malaysia (Suaram) menyelar tindakan kerajaan yang memperkenalkan peruntukan baru yang memberi kuasa membuat penahanan tanpa bicara dalam pindaan Akta Pencegahan Jenayah. Pengarah NGO tersebut Dr Kua Kia Soong berkata, tiada negara demokratik dan bertamadun dalam dunia yang menyelesaikan jenayah mereka dengan menggunakan kaedah penahanan tanpa bicara. Katanya, peruntukan baru yang memberi kuasa untuk penahanan selama dua tahun itu merupakan petunjuk jelas bahawa pasukan polis mengakui mereka tidak cekap dalam mencegah jenayah. "Pindaan akta pencegahan jenayah ini adalah pengakuan terbesar kegagalan dan ketidakcekapan polis. "Tiada negara dalam dunia bertamadun dadalam dunia yang demokratik yang kerajaannya menggunakan penahanan tanpa bicara untuk menyelesaikan kadar jenayah," kata Kua pada sidang media pagi ini. Katanya, kerajaan juga sebelum ini tidak memberi alasan yang meyakinkan apabila mengaitkan mengenai peningkatan kadar jenayah dengan pemansuhan Ordinan Darurat. "Ia alasan yang sangat dangkal dan tidak kukuh," katanya pagi tadi selepas pelancaran Laporan Hak Asasi Malaysia Suaram 2012: Hak Sivil dan Politik di Kuala Lumpur. Kerajaan semalam membentangkan Rang Undang-Undang Pencegahan Jenayah (PCA) yang membenarkan kerajaan mengenakan semula tahanan tanpa bicara untuk tempoh dua tahun pada satu-satu masa. Ia antara lainnya mencadangkan peruntukan baru, Seksyen 7(B) berhubung pembentukan lembaga pencegahan jenayah dengan tiga anggota, yang diketuai oleh hakim daripada Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan. Cadangan tersebut memberi kuasa kepada lembaga berkenaan untuk menahan individu yang didaftarkan bawah akta itu. Penahanan boleh ditambah tetapi tidak lebih dua tahun pada satu-satu masa. Satu lagi peruntukan baru, Seksyen 15(A) menghalang semakan kehakiman terhadap keputusan atau tindakan lembaga tersebut, kecuali dalam perkara-perkara melibatkan prosedur. -mk | ||||
[BERGAMBAR] Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Turut Beri Penghormatan Kepada Allahyarham Azizan Posted: 27 Sep 2013 09:23 PM PDT Sheikh Mohd Mahmood Siyam adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah. Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.Beliau juga adalah ketua dewan ulamak palestine Sementara itu musrsyidul am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz pula mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum. "Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara," ujarnya dalam satu kenyataan. "Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya. "Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin," ujarnya. -waksukalu
| ||||
Memenangi hati and minda Melayu – Paradigma baru Posted: 27 Sep 2013 09:20 PM PDT Oleh T. K. Tan"KITA tidak boleh lagi hanya mengharapkan dengan muncul sekali dalam empat atau lima tahun di sesuatu kawasan itu, buat ceramah, dan adakan lawatan kunjungan, baru boleh memenangi hati mereka!" Demikian pesanan Tengku Zulpuri, ADUN Mentakab merangkap Timbalan Pengerusi DAP Pahang dalam memberi pandangan beliau mengenai cara memenangi minat pengundi Melayu luar bandar. Antara yang menjadi kebuntuan utama bagi Pakatan Rakyat dalam pilihanraya umum (PRU) lalu dalam usahanya untuk menawan Putrajaya ialah ketidaksediaan kaum Melayu untuk berubah, khasnya Melayu luar bandar. Dalam satu temuramah, Tengku Zulpuri menjelaskan tentang perlunya merubah pendekatan yang sedia ada untuk menawan kubu kuat BN, kawasan luar bandar yang majoritinya penduduk Melayu. "Pendekatan kita terhadap kaum Melayu perlu lebih sistematik dan terancang. Kita perlu melaburkan masa dan tenaga untuk mendampingi dan menawan hati pengundi Melayu luar bandar, contohnya dengan kunjungan takziah, perkahwinan atau aktiviti gotong royong umpamanya." "Sebolehnya, calon untuk kawasan yang bermajoritikan Melayu hendaklah dikenalpasti awal dan diamanahkan untuk mula bergerak kerja dikawasan itu. Ianya memerlukan masa dan tumpuan dalam bergerak di kawasan Melayu luar bandar," beliau menjelaskan. "Panduan politik orang Melayu luar bandar ini sudah lama dipengaruhi oleh media kawalan UMNO. Adakah dengan kunjungan dan berkempen sekali dalam lima tahun mampu mengubah persepsi negatif mereka terhadap DAP yang dibentuk oleh media BN ini selama lima tahun lalu?" Beliau menceritakan pengalaman dikawasannya. "Calon lawan saya adalah seorang veteran MCA yang sudah bertapak di Mentakab. Beliau tidak terpalit dengan berita bersifat skandal; ditambah pula beliau kerap melawat penduduk Melayu disini maka beliau agak dikenali masyarakat Melayu Mentakab." "Tidak hairanlah mengapa saya kalah di kawasan Melayu walaupun saya orang Melayu." "Tidak cukup sekadar dengan mengadakan ceramah maka dirasaka kerja kita sudah selesai; balik-balik yang hadir ceramah adalah penyokong tegar PR ataupun orang yang sama juga," Tengku Zulpuri menambah lagi. Mengenai isu bagaimana DAP dan Pakatan Rakyat mampu mengubah mentaliti masyarakat Melayu, terutamanya Melayu luar bandar yang masih sangsi dengan Pakatan Rakyat khasnya DAP beliau turut memberi komen. "Persepsi kaum Melayu luar bandar terhadap suasana politik di mana sokongan kuat kaum Cina kepada PR khasnya DAP dilihat sebagai mengugat dominasi Melayu dalam kancah politik Malaysia. Ini boleh dirungkai jika ada penerangan yang berterusan dan kena pada tempatnya." "Perlunya kita menerangkan kepada pengundi Melayu berulang kali yang jikalau DAP menang kesemua kerusi parlimen yang ditandinginya pun, ia tidak mampu membentuk kerajaan secara bersendirian ataupun menguasai kerajaan PR." "Hakikatnya, jikalau DAP menang kesemua kerusi yang ditandinginya sekalipun, parti bukan Melayu seperti MCA, MIC dan Gerakan sahaja yang kalah. Maksudnya hanya satu atau yang lain; tidak timbul kemungkinan DAP bergabung dengan MCA untuk memerintah Malaysia berseorangan." "Begitu juga dengan kaum Cina yang hanya membentuk majoriti lebih kurang 50 kerusi parlimen sahaja," beliau menerangkan lagi. Beliau juga berpendapat masyarakat Melayu perlu imbas kembali ke situasi pada tahun 1999 dimana majoriti Melayu bersedia untuk berubah, tetapi kaum bukan Melayu tidak. "Sekarang pengundi Melayu harus melihat keputusan yang ada, kerana kekuatan DAP ada pada jentera pilihanrayanya yang lebih terancang dan berkesan berbanding dengan parti-parti PR yang lain." Beliau juga berpendapat situasi yang PR sedang alami sekarang adalah suatu hakikat untuk mendorongnya supaya lebih berusaha dalam menawan hati pengundi Melayu. "Hakikatnya kaum Cina sudah sedia berubah tetapi Melayu belum; ia bukan alasan untuk berputus harapan." "Kami di PR juga patut bersyukur kerana masih menguasai Kelantan, Pulau Pinang dan Selangor. Dengan negeri-negeri ini kami masih mempunyai model pentadbiran baik yang boleh ditunjukkan kepada pengundi-pengundi negeri kawalan BN," jelas beliau lagi. – Roketkini.com | ||||
DAP cabar Rahman Dahlan perjelas agenda balas dendam kepada masyarakat Cina Posted: 27 Sep 2013 09:17 PM PDT KUALA LUMPUR: DAP hari ini mengutuk tindakan Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan, Datuk Abdul Rahman Dahlan yang cuba menafikan wujudnya agenda kerajaan membalas dendam terhadap masyarakat Cina kerana tidak menyokong mereka pada Pilihan Raya Umum (PRU) lalu. Ahli Parlimen DAP Kulai, Teo Nie Ching mencabar Abdul Rahman supaya menegur Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir yang dilihat secara terbuka mengenepikan masyarakat Cina kebelakangan ini. Beliau berkata, Abdul Rahman perlu membuktikan perkara ini, jika benar nilai politik UMNO bukan berasaskan dendam kesumat sehingga sanggup mengabaikan tanggungjawab kepada rakyat. "Walaupun beliau menafikan rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan Kampung Baru kepada majlis kerajaan tempatan hanya menambah masalah birokrasi, tetapi hakikatnya, rancangan beliau juga tidak disokong MCA. "Sekiranya rakan seperjuangan sendiri (MCA) tidak mempercayai rancangan itu berniat suci, bagaimana beliau ingin seluruh masyarakat Cina percaya bahawa ini bukanlah satu hukuman atau balas dendam? "Jadi saya mencabar beliau supaya menegur Mukhriz jika benar balas dendam bukan amalan politik UMNO, adakah beliau berani?," soalnya dalam kenyataan. Abdul Rahman semalam menafikan dan membidas kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang menyatakan dengan jelas agenda kerajaan cuba untuk menghukum masyarakat Cina di Kampung Baru kerana tidak memilih BN. Nie Ching yang juga Penolong Setiausaha Publisiti Kebangsaan DAP turut menggesa Abdul Rahman memberikan penjelasan mengapa Mukhriz kebelakangan ini menyatakan tidak akan melayan sebarang permintaan daripada Sekolah Cina. "Abdul Rahman harus memberikan penjelasan berhubung tindakan Mukhriz kebelakangan ini yang mahu menumpukan bantuan kepada Sekolah Kebangsaan saja dan tidak akan melayan sebarang permintaan Sekolah Cina berikutan perubahan undi Cina semasa PRU lalu yang membelakangkan MCA dan BN. "Adakah tindakan seperti itu masih bukan satu hukuman terhadap masyarakat Cina?," tegasnya. Jangan alih fokus Ahli Parlimen DAP Rasah, Teo Kok Seong pula menyifatkan tindakan Abdul Rahman mengutuk Guan Eng merupakan usaha mengalihkan fokus masyarakat terhadap kebimbangan mengenai rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan Kampung Baru. "Guan Eng cuma memberi pandangan terhadap rancangan tersebut demi kepentingan rakyat tetapi bukan dengan kepentingan politik seperti yang didakwa Abdul Rahman," katanya dalam kenyataan berasingan. Ketua Pemuda DAPSY itu turut menyarankan Abdul Rahman menerima pandangan dan cadangan secara terbuka serta mengkaji semula rancangan kerajaan untuk memindahkan tanggungjawab pembangunan kampung baru. "MCA sendiri membantah rancangan ini, ia tentulah bermaksud rancangan tersebut memang perlu dikaji semula. Apakah Abdul Rahman sudah lupa? "Malaysia merupakan negara demokrasi, rakyat berhak mengundi serta mengundi parti yang mereka sokong. Kerajaan yang benar-benar mengutamakan rakyat sepatutnya menghormati pilihan mereka. "Jika sokongan tidak memuaskan, kerajaan haruslah mengambil inisiatif meneliti rintihan atau pandangan rakyat agar dapat menyelesaikan masalah bukannya menyusahkan mereka yang dilihat tidak menyokong kerajaan," ujarnya. – Roketkini.com | ||||
Kerajaan tidak endah isu pembunuhan etnik Sri Lanka Posted: 27 Sep 2013 09:15 PM PDT KUALA LUMPUR: Kerajaan dipersoal berikutan sikap berdiam diri terhadap pembunuhan etnik Tamil di Sri Lanka tetapi menyuarakan bantahan dan pendirian terhadap negara-negara bergolak lain. Demikian soal Ahli Parlimen DAP Batu Gajah, V. Sivakumar di Parlimen semalam dalam respon terhadap jawapan yang diberikan Kementerian Luar Negeri. "Dalam soalan lisan, saya bertanyakan pendirian kerajaan Malaysia berhubung pembunuhan etnik Tamil di Sri Lanka dan jumlah mereka yang berada di negara ini termasuk bantuan yang diberikan. "Apa yang saya kesal adalah apabila kerajaan memberikan jawapan yang lari dari soalan asal," ujar beliau. Dalam jawapan lisan itu, kementerian hanya berkata bahawa konflik yang berlaku di Sri Lanka itu adalah isu dalaman negara itu sendiri dan harus diselesaikan oleh rakyat negara itu. "Kita rasa hairan kenapa kerajaan Malaysia ambil sikap double standard? Kalau negara lain kenapa kerajaan kita lantang bersuara?," soalnya yang juga Timbalan Pengerusi DAP Perak. Siva berkata, kerajaan juga tidak memberikan jumlah pelarian etnik Tamil Sri Lanka ke negara ini yang berdaftar di bawah UNHCR. "Bila saya tanya di parlimen tak dapat jawapan, jadi dimana lagi kita boleh dapat jawapan?," soal beliau. – Roketkini.com | ||||
Transformasi dalam pemilihan Umno sejauh mana demokrastiknya? Posted: 27 Sep 2013 09:11 PM PDT Sesuai dengan peralihan kepimpinan Umno dari 'oder lembik' (Pak Lah Badawi) kepada 'oder keras' (Najib Razak), kepimpinan baru sedang bersemangat untuk melakukan transformasi bagi menjamin Umno menjadi sebuah parti yang gah dan berintegriti selama-lamanya. Maka proses pemilihan pemimpin pun dibuat secara baru. Dalam kaedah baru ini sistem kouta sudah tiada lagi, sesiapa saja boleh bertanding merebut jawatan tertinggi di peringkat presiden, timbalan presiden, ketua pemuda, wanita, puteri atau ahli MT. Sesiapa sahaja boleh mendaftarkan diri untuk bertanding dengan syarat namanya masih ada dalam buku pendaftaran Umno. Itu sahaja. Jangan hirau apakah seseorang itu layak, aktif ataupun sepanjang masa berkhidmat kepada parti dan ahli di kawasannya atau tidak. Kalau pun dia berada di negeri lain tetapi kalau namanya sebagai ahli di dalam kawasan di negeri asalnya ada, dia tetap dikira layak untuk bertanding merebut apa-apa jawatan di peringkat bahagian itu. Begitu juga dengan pengundian, dahulu semua pengundian untuk jawatan tertinggi dilakukan pada hari perhimpunan agung. Mereka yang menjadi perwakilan dari bahagian yang menentukan. Tetapi hari ini pengundian dilakukan diperingkat bahagian dengan melibatkan lebih ramai ahli yang membuat piilihan, sebanyak 140,000 berbanding dahulu sekitar 1,500 orang ahli saja. Ini pun kalau hendak dikata proses baru ini terbuka dan demokratik, masih boleh dipertikaikan kerana angka yang dibenarkan mengundi itu jauh lebih rendah dari keahlian Umno yang kini sudah mencecah 3.4 juta? Mungkin di peringkat pusat kaedah baru ini berkesan kerana ia ada peraturan untuk menentukan apakah seseorang itu layak mendaftarkan diri bagi bertanding jawatan peresiden timbalan, naib atau ahli MT. Mereka diperlukan duduk dalam jawatan kuasa bahagian dalam tempoh tertentu. Ertinya pencalonan untuk jawatan itu ada juga syarat-syarat dan pemantauannya. Tetapi diperingkat bahagian syaratnya agak longgar dan semacam terbuka tanpa ada tapisan langsung. Misalnya sesiapa saja boleh daftar diri bertanding apa sahaja asalnya dia menjadi ahli Umno. Tidak ada sebarang syarat tambahan lain untuk mana-mana calon. Disebabkan terkebukaan ini ia menimbulkan sedikit kecatatan dan menjadikan kaedah pemilihan baru 'lus' bukannya telus. Ambil dua contoh yang berlaku di Kelantan dan pasti juga berlaku di negeri lain. Ada ahli yang sudah lama meninggalkan bahagian, tidak menjadi ketua peringkat cawangan tetapi boleh bertanding kerana nama mereka adal dalam daftar keahlian. Melucukan lagi di peringkat cawangan sendiri pun mereka kalah hatta untuk jadi perwakilan ke bahagian pun tidak layak tetapi boleh mendaftarkan diri bagi bertanding ketua bahagian. Dalam kes lain pula calon itu sudah pun mengistyharkan diri keluar parti dan menyertai Pas sebanyak dua kali. Tetapi masih layak mendaftar diri sebagai calon ketua bahagian tanpa bantahan. Dimanakah moral dan integriti kaedah itu kalau hal-hal begitu masih dibiarkan. Rasanya semua orang tahu bahawa ahli berkenaan sudah mengistyharkan diri keluar parti. Apakah pengistyharan itu tidak secara automatik ia sudah keluar menjadi ahli Umno? Anih binti ajaib. Dalam satu lagu kes seorang calon timbalan sudah didapati bersalah oleh parti kerana melakukan sesuatu yang menjatuhkan maruah parti di dalam pilihan raya tetapi masih dibenarkan bertanding mempertahankan kedudukannya sebagai timbalan ketua bahagian. Manakala dalam satu kes lain ada calon ketua puteri Umno bahagian di mana cawangan pimpinannya sendiri sudah mati. Tetapi dia masih dibenarkan bertanding jawatan ketua puteri. Seharusnya perkara itu menjadi syarat bagi melayakan mereka mendaftarkan diri bertanding untuk apa-apa jawatan. Macam mana mereka ini yang sudah ternyata lemah, cacat dan tidak komited dengan parti dibenarkan bertanding merebu jawatan. Bukankah pemilihan untuk mendapatkan seorang ketua yang berwibawa, integriti dan sebagainya. Kalaulah calon-calon catat atau cemar begitu dibenarkan bertanding ia tidak akan mencapai matlamat diharapkan. Paling bahaya ialah bagi calon yang berada di luar tiba-tiba balik bertanding. Mereka tidak ada rangkaian di peringkat bahagian. Dalam erti kata lain tidak ada budi dan jasa. Mereka tidak ada aset untuk mendapat sokongan perwakilan. Dalam situasi sebeginilah rasuah politik akan berlaku. Mereka sudah tentu menggunakan wang untuk meraih sokongan. Seharusnya pemilihan di peringkat bahagian perlu dipantau dan dikenakan syarat-syarat tertentu kepada setiap calon. Syarat mungkin tidak begitu sofisikated sangat tetapi cukup menggariskan beberapa peraturan mudah seperti setiap calon yang hendak bertanding di peringkat bahagian mesti melepasi tapisan ringan cawangan terlebih dahulu. Semisalnya mereka hendaklah menjadi ketua cawangan dan cawangan itu pula harus aktif. Syarat lain boleh ditambah, pastikan mereka berada dalam kawasan atau secara umumnya mendapat sokongan moral sekurang-kurang 1/3 daripada cawangan. Begitu juga mereka yang diragui keahlian atau pun pernah digantung atau melakukan sebotaj kepada parti, dihukum dengan apa-apa bentuk hukuman dan kesalahan hendaklah dihalusi oleh pihak pimpinan negeri. Tujuan dikenakan syarat-syarat sebegini bagi menjamin proses pemilihan berjalan atas aspirasi yang dikehendaki dan ianya tidak akan diketawakan oleh orang ramai dan juga pemerhati. Sekiranya kecacatan dan kecemaran kecil dalam proses pemilihan cara baru ini tidak diperbetulkan, transformasi yang dilakukan Najib Razak yang disifat sebagai berani oleh para pemujanya ia tidak membawa apa-apa erti besar. Pemerhati khasnya bukan saja tidak nampak dimanakan dinamikanya proses itu melainkan ia hanya satu iklan murah semurah iklan sabun di tv hitam putih sahaja. | ||||
Apa yang sepatutnya dibincang dalam Multaqa Ulama? Posted: 27 Sep 2013 09:03 PM PDT Oleh KHALID SAMAD Baru baru ini sebuah akhbar siber yang membawa tajuk sensasi kononnya saya menyalahkan ulama atas sebab 'kegagalan' PAS dalam PRU ke 13! Saya ingin jelaskan di sini bahawa berita itu merupakan spin atau putar-belit berita yang berniat jahat. Saya perlu juga tegaskan bahawa pencapaian PAS dan PR dalam PRU ke 13 amat membanggakan dan tidak merupakan satu 'kegagalan' seperti yang di dakwa. Isu ini timbul apabila diadakan sidang akhbar di pejabat saya pada 18 September lepas. Semasa sidang akhbar, saya telah ditanya pandangan saya terhadap beberapa isu yang telah ditimbulkan semasa perbahasan Multaqa Ulama di Alor Setar tempoh hari. Di antaranya ialah dakwaan bahawa Tahaluf Siyaasi perlu dikaji balik atas sebab merosotnya undi Melayu kepada PAS serta kerusi yang dimenangi berkurangan berbanding 2008 serta dakwaan ingin membawa PAS keluar PR. Isu Merosotnya Undi Melayu Saya menyatakan bahawa merosotnya undi Melayu, sekiranya benar, tidak boleh disalahkan Tahaluf Siyaasi ataupun atas sebab PAS berada di PR. Ini adalah kerana kalau dibandingkan keputusan 2008 dan 2013, ianya merupakan perbandingan yang tidak tepat. Ini adalah kerana pada 2008, UMNO berada dalam keadaan selesa setelah menang besar pada 2004. Oleh kerana mereka merasakan diri mereka kuat dan selesa, berdasarkan keputusan 2004, maka pada 2008 mereka tidak berusaha sedaya-upaya dengan seluruh kekuatan mereka untuk mempertahankan kemenangan mereka. Ini adalah kerana mereka menganggap kemenangan itu sudah berada dalam tangan sehingga Khir Toyo mengulangi ungkapan 'pembangkang sifar'. Pada 2013 keadaannya amat sangat berbeza. UMNO telah hilang beberapa Negeri dan kerusi Parlimen pada 2008 yang tidak pernah dimenangi 'pembangkang' sebelum ini. Mereka sedar akan kekuatan PR dan oleh itu telah berusaha 'all out' atau sedaya upaya untuk menang. Propaganda mereka yang menyerang PR ditingkatkan berlipat kali ganda sehingga persoalan 'Negara Kristian', 'DAP berkuasa', 'Melayu terpinggir' dan sebagainya dilaungkan setiap hari dan setiap saat oleh media tempatan. Mereka turut gunakan duit untuk memikat hati rakyat melalui BRIM dan sebagainya. Walaubagaimapun, hasil dari usaha mereka yang berlipat kali ganda ini, undi Melayu untuk UMNO bertambah, namun dengan kadar pulangan agak mendukacitakan mereka kerana dikatakan hanya berganjak sebanyak 2-3% secara keseluruhannya. Oleh itu kemampuan PAS dan PR untuk mempertahankan sokongan sediada dalam menghadapi serangan bertubi-tubi dari UMNO pada 2013 perlu dibanggakan. Saya yakin UMNO/BN cukup duka cita dengan pencapaian mereka setelah mereka membelanjakan begitu banyak wang dan tenaga tetapi hanya mendapat pulangan sebanyak 2-3% sahaja! Saya teruskan respon saya dengan mengatakan bahawa kemerosotan undi Melayu, sekiranya benar berlaku, adalah atas sebab kegagalan PAS untuk menghadapi dan mematahkan serangan propaganda dan dakyah UMNO ini di kalangan orang Melayu di peringkat akar umbi. Oleh itu saya rumuskan, adalah lebih baik sekiranya PAS, khususnya golongan ulama' pelapis yang berpengaruh di kalangan masyarakat Melayu di peringkat akar umbi, menumpukan usaha kita kearah mengatasi dakyah UMNO tersebut. Ini jauh lebih bermakna dari kita mempertikaikan Tahaluf Siyaasi bersama PKR dan DAP yang telah memberikan PAS banyak manfaat. Atas komen terakhir itu maka diputar-belitnya berita dengan mengatakan saya menyalahkan ulama atas 'kegagalan' PAS pada 2013 kerana tidak mampu mengatasi dakyah UMNO! Soal Kerusi Yang Berkurangan Berbanding 2008 Saya turut ditanya respon saya terhadap dakwaan bahawa Tahaluf Siyaasi merugikan PAS dan ini terbukti dengan berkurangnya kerusi Parlimen yang dimenangi PAS pada 2013 berbanding pada 2008. Pada 2008 PAS telah menangi 23 kerusi Parlimen tetapi pada 2013 PAS hanya menangi 21 kerusi Parlimen. Saya menjawab bahawa berkurangnya kerusi Parlimen PAS adalah atas sebab kehilangan Kedah. PAS telah hilang 5 kerusi Parlimen di Kedah yang mana sekiranya kita telah berjaya mempertahankan Kedah, jumlah kerusi Parlimen PAS akan menjadi 26. Dan sekiranya begitu juga di Titiwangsa, yang turut PAS kehilangan, maka jumlah kerusi Parlimen kita menjadi 27! Saya telah menyatakan sekali lagi bahawa prestasi buruk PAS di Kedah tidak boleh di persalahkan Tahaluf Siyaasi dan PR. Ini adalah kerana prestasi buruk tersebut adalah hasil dari masalah dalaman PAS Kedah yang diketahui umum. Oleh itu adalah lebih wajar bagi PAS untuk menumpu usaha kearah memperbaiki kelemahan yang ada, khususnya di Kedah, supaya amanah yang diberikan kepada PAS untuk menang Kedah dapat dilaksanakan dengan baik. Adalah pasti bahawa PR akan menyerahkan tugas memenangi Kedah untuk terus diterajui PAS. Daripada PAS berbalah sesama sendiri dan mempertikaikan kita rugi ini dan itu, tidakkah sepatutnya usaha ditumpukan untuk menjadi parti yang kuat dalam PR dengan membuktikan kemampuan untuk menang di kawasan dan negeri yang telah diamanahkan kepada PAS? Multaqa Bertujuan Membawa PAS Keluar Dari PR? Ada juga wartawan yang bertanya kepada saya samada benar Multaqa Ulama bertujuan membawa PAS keluar dari PR. Saya menjawab itulah persepsinya namun telah dinafikan oleh beberapa pimpinan Dewan Ulama PAS Pusat. Untuk berlaku adil, perlu juga saya sebut bahawa persepsi sebegitu timbul oleh kerana sepanjang Multaqa tersebut, perbahasan berhubung Tahaluf Siyaasi dan PR bernada teramat negatif. Apabila ianya berbunyi teramat negatif dan diikuti pula dengan resolusi untuk mengkaji balik, sudah pasti persepsi yang terhasil ialah kaji balik atas sebab ianya merugikan dan dengan itu perlu ditamatkan dengan membawa PAS keluar PR! Oleh itu kita tidak boleh marah kalau orang mempunyai persepsi yang sebegitu sekiranya tindakan yang dibuat memberi isyarat ke arah itu! Walaupun mungkin tujuan penganjur adalah untuk membincangkan aspek negatif semata-mata supaya dikenal pasti apa yang perlu ditambah-baik, namun persepsi yang terhasil dengan hanya membincangkan aspek negatif sahaja adalah sesuatu yang sepatutnya dijangka. Oleh yang demikian, adalah lebih baik sekiranya ingin membahas sesuatu, maka aspek positif dan negatif dikemukakan bersama supaya satu persepsi dan tanggapan yang lebih adil akan turut terhasil. Bagi pandangan saya, adalah lebih bermakna sekiranya Multaqa Ulama itu membincangkan hujjah-hujjah bagaimana mengatasi dakyah UMNO yang telah berjaya menakutkan orang Melayu sehingga tidak mengundi PAS/PR. Ini boleh tercapai dengan memberikan kefahaman tepat kepada golongan agamawan mengenai Tahaluf Siyaasi yang PAS telah asaskan di mana boleh didedahkan jaringan keselamatan yang turut terkandung bagi menjamin Islam dan Melayu tidak akan rugi. Pada masa yang sama menumpukan juga kepada penyelesaian permasalahan di Kedah supaya melaluinya kemampuan PAS untuk menggalas tanggung-jawab memenangi dan memerintah Kedah dengan baik akan dapat dizahirkan. Dengan itu keyakinan rakyat terhadap PAS di Kedah akan dapat dibina kembali. | ||||
Penjara 12 tahun cuba bunuh ketua Pemuda Umno Kepong Posted: 27 Sep 2013 05:27 PM PDT MALAYSIA KINI Seorang pembantu jualan dijatuhi hukuman penjara 12 tahun oleh Mahkamah Sesyen Ampang hari ini selepas didapati bersalah atas cubaan membunuh Ketua Pemuda Umno Kepong Datuk Norizan Ali menggunakan sebilah parang, tahun lepas. Hakim Manira Mohd Nor membuat keputusan itu selepas pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan dihadapi Mohd Haswan Hashim, 23, di akhir kes pembelaan. Beliau memerintahkan Mohd Haswan menjalani hukuman itu bermula hari ini. Manira turut menolak permohonan peguam Muhamad Zarif Othman yang mewakili Mohd Haswan untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman itu. Dalam penghakimannya, beliau berkata pembelaan tertuduh bersifat penafian semata-mata malah wujud percanggahan keterangannya dengan saksi pembelaan. "Saya telah membuat perbandingan sewajarnya antara keterangan mangsa dengan tertuduh dan saksi pembelaan kedua (Mohd Azril Ab Shukor), dan saya memilih untuk mempercayai mangsa," kata hakim itu. Manira berkata tetakan terhadap mangsa secara bertubi-tubi sebanyak lima kali cukup menunjukkan niat pelaku yang ingin menyebabkan kematian mangsa. Beliau berkata mahkamah turut mengambil kira faktor kepentingan awam dan keterangan impak saksi. Mohd Haswan dan Mohd Azril, 29, didakwa menyerang Norizan, 41, dengan menggunakan parang di bahagian perut, badan dan tangan sehingga boleh menyebabkan kematian. Kesalahan itu didakwa dilakukan di tepi jalan Cahaya 2, Ampang pada pukul 2.30 pagi, 24 Sept 2012, mengikut Seksyen 307 (1) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara 20 tahun dan denda jika sabit kesalahan. Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya Nadiah Malek Fauzie. Mohd Azril, seorang pengawal kelab sedang menjalani hukuman penjara enam tahun selepas mengaku salah terhadap pertuduhan sama pada 8 November 2012. Sementara itu, Norizan yang hadir ke mahkamah memberi keterangan impaks mangsa berkata akibat kejadian itu, beliau mengalami gangguan mental dan fizikal sebagai seorang ahli politik. "Saya perlu menanggung kesan kejadian itu, luka di bahagian perut masih dirasai terutama hanya dapat makan dalam kuantiti yang sedikit," kata Norizan.- Bernama | ||||
Mesyuarat Khas SPR Mengenai PRK Sungai Limau Dalam Tempoh 10 Hari Posted: 27 Sep 2013 05:12 PM PDT MSTAR ONLINE PUTRAJAYA: Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) akan mengadakan mesyuarat khas bagi menentukan tarikh paling sesuai untuk hari penamaan calon dan pengundian bagi pilihan raya kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri Sungai Limau, dalam tempoh 10 hari selepas menerima notis kekosongan kerusi itu daripada Speaker Dewan Undangan Negeri Kedah. Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof berkata perkara itu termaktub dalam undang-undang, yang menetapkan bahawa mesyuarat mengenainya tidak boleh diadakan lebih dari tempoh 10 hari selepas kekosongan itu dimaklumkan. Katanya beliau menjangka notis itu mungkin akan diserahkan kepada SPR hari ini, esok atau hari Ahad memandangkan pejabat-pejabat kerajaan di Kedah dibuka pada hujung minggu. "Beri kami tempoh seminggu, lebih kurang. Sebab undang-undang pun ada, tidak lebih daripada tempoh 10 hari kerusi itu dimaklumkan kosong, kita kena panggil mesyuarat, tak boleh 12 hari lepas itu," katanya ketika ditemui selepas menerima kunjungan Speaker Parlimen Myanmar, Thura U Shwe Mann di pejabat SPR di sini Jumaat. Adun Sungai Limau, Tan Sri Azizan Abdul Razak yang merupakan bekas Menteri Besar Kedah meninggal dunia di Hospital Sultanah Bahiyah, Alor Setar pada Khamis berikutan jangkitan kuman dan kegagalan organ dalaman yang pelbagai, selepas lebih empat bulan mengalami masalah kesihatan yang serius. Abdul Aziz berkata SPR tidak menghadapi sebarang masalah untuk menerima notis berkenaan pada hari minggu kerana pejabat cawangannya di Kedah tetap dibuka pada hari berkenaan. "SPR kita di sana (Kedah) hari Ahad tetap kerja. Insya-Allah, tak perlulah terburu-buru sangat," katanya. "... itupun jika semua dokumen rasmi seperti sijil kematian, dokumen dari hospital dan pengesahan dari Jabatan Pendaftaran Negara dan sebagainya, semua sudah lengkap, SPR sudah bersedia...," katanya. Abdul Aziz berkata beliau difahamkan tidak ada pengundi awal pada PRK Sungai Limau nanti kerana menurut rekod tidak ada anggota polis atau tentera yang menjadi pengundi di kawasan itu, manakala kemudahan undi pos buat pengundi kawasan itu yang berada di luar negara pula, difahamkan hanya dua orang. Bagaimanapun menurutnya jumlah pengundi pos mungkin boleh bertambah sekiranya ada petugas media atau petugas SPR yang menjadi pengundi kawasan itu yang membuat permohonan untuk kemudahan itu nanti, bergantung kepada kelulusan, yang tertakluk kepada syarat-syarat yang ditetapkan. Beliau seterusnya menganggarkan bilangan pengundi kawasan itu sekitar lebih 26,000 atau 27,000, namun menurutnya perincian jumlah sebenar akan diumumkan bila tiba masanya nanti. Berhubung penggunaan dakwat kekal pula Abdul Aziz berkata PRK Sungai Limau nanti akan masih menggunakan dakwat kekal kerana penggunaannya tertakluk kepada undang-undang sedia ada. Sementara itu merujuk kepada kunjungan rombongan dari Myanmar pula, Abdul Aziz berkata ia merupakan satu penghormatan kepada SPR Malaysia. "Mereka nampak gembira dan berpuas hati dengan sambutan, penerangan dan layanan yang diberikan," katanya. - BERNAMA |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan