DIALOG RAKYAT |
- Indeks jenayah bandar raya Shah Alam turun 30 peratus
- Selangor mahu terajui teknologi halal
- Ops Cantas: Polis tahan lebih 11,000 individu
- Permohonan Wan Nor Azlin ditolak
- Lebih 4,000 bertanding pemilihan Umno di Johor
- Agamawan dipelawa baiki imej Islam dalam Umno
- Pakatan: Belanjawan negara perlu jujur, ketepi agenda kroni
- Halau saya keluar Dewan tidak adil – Surendran
- Surat Siti Hajar Aladin Kepada Najib Razak (Perdana Menteri). Gaji Bersih RM2032 di KL? Simpanan RM213.40. Boleh Beli Rumah Apa?
- Keadaan kesihatan Azizan kritikal
- Teresa Kok dakwa SKMM 'double standard'
- Macai UMNO Memfitnah Lagi: Ibu Nizar Dituduhnya Sepupu Chin Peng
- Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri : Kos RM2.88 Juta. Sumbangan Ikhlas Pembayar Cukai!
- Jangan guna media putar belit isu Chin Peng, kata Mat Taib
- Calon tarik diri kerana tidak tahu siapa lawan mereka, kata Muhyiddin
- Ekonomi selimut singkat
- Shafie Jadi Sasaran Akaun Facebook Palsu Menjelang Pemilihan Umno
- DAP gesa Zahid Hamidi hentikan salah guna kuasa polis
- Bajet Alternatif 2014 PR untuk rakyat nilai siapa lebih layak urus ekonomi negara.
- MP PKR-Padang Serai Surendran Diarah Keluar Dari Dewan Rakyat
- Lima Kertas Siasatan Dibuka Berkaitan Kesalahan Hina Agama Islam
- “Wang royalti pun bukan hak milik Umno”
- Pulau Pinang menunjukkan aplikasi ‘good governance’
- ‘Minyak pelincir’ @ rasuah politik pemilihan Umno sudah mengalir!
Indeks jenayah bandar raya Shah Alam turun 30 peratus Posted: 25 Sep 2013 06:01 AM PDT SHAH ALAM: Data polis menunjukkan indeks jenayah Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) berkurangan sebanyak 245.28 kes bagi setiap 100,000 penduduk antara Januari hingga OGos berbanding tempoh sama tahun lalu. Pengurangan sebanyak 30.48 peratus itu membuktikan MBSA mencapai sasaran Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) sebanyak lima peratus. MBSA juga mencatatkan pengurangan bagi indeks jenayah jalanan apabila mencatatkan pengurangan 36.78 peratus mengatasi 20 peratus yang ditetapkan. Ia dinyatakan dalam Mesyuarat Majlis MBSA kali ke-9 bagi 2012/ 2013 hari ini di Wisma MBSA di sini, bagi membincangkan jalan penyelesaian bagi isu yang dibangkitkan ahli majlis. Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata, kejayaan itu diraih hasil kerjasama pihak keselamatan dan orang ramai dalam membendung kejadian jenayah. "Ini hasil usahasama kita dengan polis seperti meningkatkan pencahayaan dengan memasang lampu dan menambahkan kamera litar tertutup (CCTV) di lokasi strategik. "Kerjasama orang ramai juga penting," katanya sambil menambah ia sebahagian dari kejayaan inisiatif Shah Alam sebagai bandar selamat.- FZL | |||
Selangor mahu terajui teknologi halal Posted: 25 Sep 2013 05:57 AM PDT SUBANG JAYA : Bagi tahun hadapan, Kerajaan Negeri akan mengiatkan usaha meneroka bidang teknologi perusahaan halal. Perkara ini akan dimuatkan dalam pembentangan Belanjawan Negeri 2014 nanti. Menteri Besar Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim berkata Kerajaan Negeri menekankan peralihan teknologi perusahaan produk halal, melahirkan kumpulan yang mahir memanfaatkan teknologi itu, serta membina sektor perkhidmatan perusahaan berteraskan teknologi tersebut. Penubuhan Makmal Halal Saintifik Selangor juga sedang dikaji bagi membantu menangani isu-isu pensijilan halal bagi produk-produk tempatan. Melalui strategi, beliau berharap Selangor di masa hadapan akan menjadi peneraju teknologi industri halal. "Idea ini kita boleh lakukan kerana Selangor mempunyai kelebihan dan kemudahan yang diperlukan," tegas Abdul Khalid. Pada 2011, pasaran produk halal dilaporkan bernilai USD632 bilion setahun pada skala global. Pendapatan per kapita yang meningkat serta reputasi barangan produk yang bersih dan selamat menguja permintaan yang tinggi dari pengguna pelbagai budaya dan agama. "Kita boleh jual teknologi dan kita boleh jual barangan dari teknologi itu, di samping kita mahirkan kumpulan usahawan dalam teknologi diteroka. Kapasiti pasaran ini boleh digunakan lebih 5.2 juta orang di Selangor," kata Abdul Khalid. | |||
Ops Cantas: Polis tahan lebih 11,000 individu Posted: 25 Sep 2013 05:50 AM PDT KUALA LUMPUR - Polis menahan 11,873 individu dalam Ops Cantas Khas yang dijalankan sejak 17 Ogos lalu di seluruh negara dan merampas sebanyak 401 senjata termasuk senjata api. Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Judi dan Maksiat Ibu Pejabat Polis Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata, sehingga hari ini, polis telah memeriksa sebanyak 299,346 orang di seluruh negara. "Kita bukan sahaja melakukan pemeriksaan di sekatan jalan raya, malah melakukan pemeriksaan di pelbagai lokasi termasuk pusat hiburan, kawasan panas, premis persendirian dan pemeriksaan dari rumah ke rumah. "Kita juga tahan beberapa individu di bawah Akta Pertubuhan 1966 membabitkan anggota kongsi gelap dan ada yang ditahan atas kesalahan pelbagai jenayah," katanya kepada Bernama di sini, hari ini. Abdul Jalil berkata polis turut merampas pelbagai senjata seperti parang, pistol, pedang, kapak, pistol tiruan, senapang angin buatan sendiri, 'stun gun', tukul besi, kuku kambing, pisau dan juga peluru. Katanya polis turut memeriksa sebanyak 175,415 kenderaan sepanjang operasi itu dan merampas 502 kenderaan yang dipercayai dicuri, termasuk 236 motosikal dan 233 kereta. - Bernama | |||
Permohonan Wan Nor Azlin ditolak Posted: 25 Sep 2013 05:49 AM PDT Pelakon, Wan Nor Azlin Wan Mohd Hussin memberi kenyataan berhubung isu melibatkan penjualan rumah. - Foto oleh: Rosli Talib SHAH ALAM - Mahkamah Tinggi Syariah semalam meluluskan bantahan awal bapa aktres terhadap permohonan harta sepencarian yang dikemukakan oleh Wan Nor Azlin bagi pihak ibunya yang telah meninggal dunia. Hakim, Mohamed Fouzi Mokhtar dalam keputusannya berkata, tuntutan Wan Norazlin Wan Mohd Hussin tidak munasabah dan wanita itu tiada hak di sisi undang-undang. Mahkamah juga memerintahkan kes yang difailkan sebelum ini dibatalkan serta kos guaman ditanggung oleh Wan Norazlin. Wan Nor Azlin, 45, diwakili peguamnya, Mahyuddin Md Zahari, sebelum ini memfailkan injunksi terhadap bapanya, Wan Mohd Husin Wan Ibrahim, 76, daripada menjual sebuah rumah di Taman Keramat, Kuala Lumpur. Wan Mohd Husin, yang ditemani peguamnya, Roshdan Sujak Rafie, ditemui selepas prosiding berkata, beliau bersyukur dengan keputusan mahkamah. "Saya tiada duit. Sejak jual rumah saya hidup merata-rata," katanya ringkas. Sementara itu, di lobi mahkamah, Wan Nor Azlin akan mempertimbangkan untuk membuat rayuan terhadap keputusan itu. "Saya mahu duit saya kembali. Itu sahaja," katanya. | |||
Lebih 4,000 bertanding pemilihan Umno di Johor Posted: 25 Sep 2013 05:37 AM PDT JOHOR BAHRU - Sejumlah 4,237 calon yang menyerahkan borang pencalonan pemilihan Umno Sabtu lepas akan bertanding pelbagai jawatan di Umno bahagian dan tiga sayap parti di Johor, setakat hari ini. Pengerusi Jawatankuasa Pemilihan Umno Negeri Johor Abdul Rahman Sabri berkata 40 daripada keseluruhan 4,277 anggota yang mendaftar pencalonan mereka menarik diri dalam tempoh bertenang 72 jam yang diberikan sehingga 5 petang emalam. Penarikan diri itu melibatkan 17 anggota bagi pemilihan anggota jawatankuasa bahagian, 19 (Pemuda) dan empat (Puteri) manakala tiada penarikan diri diterima bagi sayap Wanita negeri, katanya pada sidang akhbar di pejabat Perhubungan Umno Johor di sini hari ini. Pemilihan itu melibatkan 1,844 calon peringkat bahagian, 816 (Wanita), 970 (Pemuda) dan 607 untuk Puteri. Beliau berkata senarai akhir calon bagi negeri ini akan dimuktamadkan oleh Jawatankuasa Pemilihan Umno pusat setelah saringan dilakukan dengan Jabatan Insolvensi dan mahkamah sehingga 7 Oktober. Mesyuarat perwakilan dan pemilihan Pergerakan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno Bahagian serta pemilihan bagi jawatan Exco pusat untuk ketiga-tiga sayap diadakan serentak pada 12 Okt. Bagi mesyuarat bahagian dan pemilihan bahagian serta MT diadakan pada 19 Oktober. Seramai 10 anggota menang tanpa bertanding jawatan ketua bahagian termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin (Pagoh); Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Sembrong); dan Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin (Pasir Gudang) yang juga Menteri Besar Johor; Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Hamim Samuri (Ledang) dan Timbalan Menteri Pengangkutan Datuk Ab Aziz Kaprawi (Sri Gading). Lima menang jawatan timbalan ketua bahagian termasuk Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (Pontian) manakala tiga anggota juga menang tanpa bertanding jawatan naib ketua bahagian. Bekas Ketua Puteri Umno Datuk Noraini Ahmad (Parit Sulong) dan Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Wanita, Keluarga Dan Masyarakat Negeri Johor Asiah Md Arif (Kota Tinggi) adalah antara 12 calon menang tanpa bertanding jawatan Ketua Wanita bahagian manakala 10 anggota bagi jawatan naib ketua wanita. Lima anggota menang tanpa bertanding jawatan ketua Pemuda bahagian dan seorang bagi jawatan naib ketua Pemuda bahagian. Seramai 18 calon menang tanpa bertanding jawatan ketua Puteri bahagian manakala 19 jawatan naib ketua Puteri bahagian. Sehingga pukul 6.30 petang, hanya tiga negeri iaitu Melaka, Johor dan Pahang mengumumkan jumlah anggota yang menarik diri daripada bertanding. - Bernama | |||
Agamawan dipelawa baiki imej Islam dalam Umno Posted: 25 Sep 2013 05:34 AM PDT Fathul Bari Mat Jahaya SHAH ALAM – Golongan ulama dipelawa menyertai Umno bagi membantu memperkasakan imej Islam dalam parti itu. Ketua Pegawai Eksekutif Pertubuhan Ilmuan Malaysia, Fathul Bari Mat Jahaya berkata, ketika ini, imej Umno itu sendiri tidak mempotretkan Umno sebagai parti Islam. Perkara itu katanya secara tidak langsung telah menyebabkan golongan ulama tidak berani menghampiri Umno. "Saya setuju seperti yang dikatakan Datuk Mukhriz (Mahathir) Umno memang kekurangan ulama. "Golongan ulama perlu membantu Umno untuk mengubah persepsi masyarakat yang kononnya Umno tidak memperjuangkan Islam. "Sedangkan Umno telah memperjuangkan Islam sejak sekian lama," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini. Semalam, Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Tun Mahathir berkata, adalah wajar perkara itu dilaksanakan supaya Umno tidak dilihat membelakangkan agamawan dalam parti itu. "Ini yang kita perlu ubah. Umno daripada dulu ada tokoh-tokoh agama hebat seperti Tan Sri Wan Mokhtar (Ahmad), Tan Sri Yusof Noor, (Allahyarham) Tan Sri Abdul Hamid Osman. Biasanya, mereka ini, kalau bertanding (dalam Majlis Tertinggi), akan dapat nombor satu atau dua. "Sekarang ini tokoh-tokoh agama tetap ada, cuma tidak dapat markah tinggi dalam parti," kata Mukhriz. Sementara itu, Fathul Bari berkata, disebabkan imej Umno itu, golongan ini merasakan mereka tidak mempunyai ruang untuk berada di dalam Umno. Katanya, ulama dan agamawan perlu mengambil peluang tersebut untuk memperkasakan Islam dalam apa jua bidang termasuk soal kewangan, sosial, pentadbiran dan sebaginya. "Sekarang ini Umno telah buka ruang secara jelas, kita (agamawan) telah ada paltform. "Inilah antara salah satu cara untuk kita lakukan perubahan, jadi sangat rugi kalau kita tak manfaatkan peluang ini untuk melakukan perubahan," tegasnya. Dalam pada itu, Fathul Bari menambah, usaha Umno untuk meramaikan ulama dalam parti itu sangat dialukan. | |||
Pakatan: Belanjawan negara perlu jujur, ketepi agenda kroni Posted: 25 Sep 2013 05:28 AM PDT Oleh Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR : Kerajaan perlu membentangkan belanjawan negara secara jujur dan berani tanpa berselindung dengan unjuran ekonomi yang kerap tersasar hingga memerlukan pembentangan Usul Perbekalan Tambahan setiap tahun. Menurut Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar, sejak 1998, sudah 16 tahun Malaysia mengalami belanjawan defisit walaupun sebelum itu, pengurusan kewangan negara cukup sihat dengan belanjawan lebihan yang membanggakan. "Sikap berselindung kerajaan terhadap belanjawan akhirnya melahirkan 'Belanjawan Tidak Jujur'," katanya pada sidang media di lobi Parlimen, hari ini. Ujar Naib Presiden KEADILAN itu, Pakatan Rakyat memandang penuh prihatin terhadap pembentangan Usul Perbekalan Tambahan ke atas perbelanjaan operasi bernilai RM15.014 bilion meliputi dua perkara iaitu RM14.13 bilion untuk perbelanjaan bekalan dan RM888.46 juta lagi untuk perbelanjaan tanggungan. "Usul Perbekalan Tambahan ini sebenarnya memberikan tamparan hebat kepada ikrar Perdana Menteri untuk mengurangkan defisit Malaysia dan ia akan memberi kesan negatif terhadap kesihatan perbendaharaan awam Malaysia dan pemantapan kedudukan fiskal. "Justeru, kita mesti jujur dan berani mengaku bahawa ketirisan, rasuah dan salah urus kewangan kerajaan yang bersandarkan dasar ekonomi yang mengherotkan ekonomi seperti program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera. "Hal ini kerana, program ini terbukti memusatkan kekayaan kepada mereka yang terpilih dan bukan mengagihkan kekayaan kepada mereka yang terpilih dan bukan kepada yang layak," katanya. | |||
Halau saya keluar Dewan tidak adil – Surendran Posted: 25 Sep 2013 05:26 AM PDT Oleh Mohd Arif Juhani KUALA LUMPUR : Ahli Parlimen Padang Serai, N Surendran menyifatkan tindakan Speaker Dewan Rakyat mengarahkan beliau keluar Dewan sebagai tidak adil. "Tindakan menghalau saya keluar dari dewan adalah tidak adil," katanya pada sidang media di lobi Parlimen selepas itu. Beliau menerima 'padah' itu sebaik membangkitkan kes kematian dalam tahanan, P Karuna Nithi. Ia ekoran Naib Presiden KEADILAN itu cuba membangkitkan Peraturan Mesyuarat sebelum sesi soal jawab bermula. Menurut Surendran, beliau menggunakan Peruntukan 14 (1) yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab. "Mengikut Peruntukan 14 (1), petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi Speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini," katanya. Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen. "Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. "Ini peringkat tertinggi kesombongan Speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya kepada pemberita. Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapat 49 kesan pukulan di badan mangsa. Disebabkan tiada pembelaan, Surendran cuba membawa isu berkenaan ke Parlimen, namun ditolak Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia. Turut hadir sidang media, Ahli Parlimen Subang, Sivarasa Rasiah dan Ahli Pralimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar. | |||
Posted: 25 Sep 2013 05:24 AM PDT Assalamualaikum Dato' seri.. Tujuan saya (Siti Hajar) menulis surat ini adalah sebagai seorang anak Malaysia yang ingin negaranya membangun dan mengurangkan kemiskinan di negara sendiri (KLIK SINI). Beberapa isu ingin saya ketengahkan kepada Dato' Seri dan saya berharap apa yang saya perkatakan ini memberi idea dan impak kepada semua rakyat Malaysia. Saya menulis surat ini adalah…sifat keberanian dalam diri saya dimana saya ingin menjadikan Malaysia ini sebuah Negara Membangun Pesat bukan Negara Yang Sedang Membangun. Sejak akhir-akhirini isu minyak diperkatakan. Ada yang mengatakan negara-negara jiran kita lebih mahal minyak jika dibandingkan di Malaysia. Ya. Saya setuju tentang kenyataan itu tetapi idea untuk menaikkan harga minyak adalah sesuatu yang memang terang lagi bersuluh bukan idea yang bijak. Jika hari ini kerajaan telah menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen, ia bukan sekadar memberi impak kepada golongan muda sahaja tetapi juga golongan miskin dan juga seluruh rakyat Malaysia. Hari pertama harga minyak naik, food court ditempat kerja saya menaikkan harta roti sebanyak 30 sen. Lihat! Impak terhadap kenaikan minyak. Tetapi jika satu hari nanti harga minyak turun walaupun sebanyak 50 sen sekalipun, harga roti yang naik 30 sen ketika harga minyak naik akan kekal sama dan tiada pengurangan. Mungkin ianya kecil pada mata orang-orang yang kaya nilai 20 sen itu tetapi ia cukup berharga kepada kami yang baru sahaja memulakan kehidupan. Perjalanan hidup saya masih jauh. Umur baru 27 tahun. Belum berkahwin. Tetapi saya dah rasakan bebanan yang saya akan hadapi untuk 10 tahun akan datang. Bagaimana pula sahabat-sahabat saya yang sebaya dengan saya, yang telah berumahtangga? Pasti mereka lebih terbeban akibat krisis kenaikan harga minyak. Boleh dikatakan golongan muda belia ini sangat diperlukan bagi menjamin kesejahteraan Negara pada masa akan datang, tetapi saya tidak nampak bagaimana kami mampu memajukan Negara sedangkan saya sendiri rasa ianya satu penindasan ke atas kami. Apa yang dikatakan penindasan? Mengenai BR1M. Pada mereka yang diberikan BR1M, pasti mereka akan gembira. Kenaikan BR1M telah memberi impak positif yang besar kepada kerajaan kerana kerajaan telah melaksanakan sebahagian tanggungjawab untuk membantu rakyat, tetapi pada masa yang sama kenaikan harga memberi impak negatif yang lebih besar kepada seluruh rakyat Malaysia baik yang menerima BR1M atau tidak. Mengapa tidak bajet BR1M itu digunakan bagi memberi subsidi minyak? Kerajaan mengatakan bahawa pemberian BR1M kepada rakyat bagi mengurangkan bebanan terhadap mereka yang berpendapatan rendah. Tetapi saya tidak nampak semua itu. Seperti saya katakan tadi, apabila harga minyak melambung, maka harga barang juga turut melambung. Jadi pemberian itu tidak memberi makna apa-apa terhadap rakyat. Ia umpama buruk siku. Lepas bagi, ambil balik. Surat Siti Hajar Aladin : BR1M @ Subsidi Minyak?Dato Seri Najib Razak, Kadang-kadang saya terfikir, apakah keistimewaan saya sebagai rakyat Malaysia? Adakah hanya sekadar penyumbang ekonomi negara tanpa mendapat sebarang kebaikan daripada negara sendiri? Gaji saya di dalam golongan middle income (RM3,000 – RM5,000). Saya tidak layak menerima BR1M malah saya juga di dalam kategori pembayar tax kepada kerajaan. Golongan middle income pada hari ini masih sukar untuk membeli rumah kerana kos sara hidup yang tinggi. Apakah keistimewaan kami yang mana suatu hari nanti bakal menerajui negara sendiri? Seterusnya pula, Boleh dikatakan golongan lepasan Ijazah yang belum berkahwin, gaji permulaan bermula RM2200. Maka mereka tidak layak untuk menerima BR1M. Syarat untuk menerima BR1M bagi individu adalah bawah RM2000. Manakala bagi mereka yang telah berkahwin dibawah RM3000. Walaupun gaji mereka Bawah RM3000 dan layak untuk menerima BR1M, ia masih tidak mencukupi kerana mereka ada tanggungan yang perlu ditanggung bukan setakat anak isteri tetapi juga pinjaman pembiayaan pelajaran. Untuk memulakan hidup, saya pasti Dato' Seri pun tahu bagaimana gigihnya seseorang untuk menanggung keluarga. Beban atas kenaikan minyak amat dirasai pada golongan kami.
Surat Siti Hajar Aladin : Lonjakan Harga Rumah di MalaysiaIni apa yang pernah saya lalui. Tak dinafikan ada juga beberapa bulan saya tidak dapat membayar PTPTN apabila dalam keadaan yang terdesak seperti memperbaharui roadtax dan insurans kereta dan apabila hari Raya menjelma. Dua keadaan yang perlu dilalui yang memerlukan duit tambahan. Apabila kita melihat baki bulanan yang sebanyak RM213.40, maka pembelian rumah untuk kami memang jauh sekali. Cuba Dato' Seri lihat harga rumah pada hari ini. Di Taman Melati, Setapak harga rumah bagi 660 sqf adalah RM150,000 dan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun,maka setiap bulan perlu membayar RM717. Bagaimana golongan belia pada hari ini mahu memangkin ekonomi masa hadapan? Sedangkan perlaburan terbaik datangnya daripada Pelaburan Hartanah. Saya telah kira RM213 hanya mampu membeli rumah berharga RM40,000 dengan interest rate sebanyak 4% untuk 30 tahun. Bagaimana kami mampu membantu menjana ekonomi Negara sedangkan gaji kami hanya mampu membayar rumah RM40,000 sahaja? Dan dimanakah rumah yang berharga RM40,000 ini? Di kawasan pedalaman yang memang tidak boleh untuk membuat pelaburan. Kita perlu melihat ke hadapan. 10 tahun akan datang, kami golongan belia bakal menerajui Malaysia. Tetapi ianya tak akan berjaya jika pihak atasan tidak memandang idea dan mendengar suara kami. Surat Siti Hajar Aladin : Gaji Rakyat Malaysia?Seterusnya lagi, berkaitan tentang gaji lepasan Ijazah dan diploma. Boleh dikatakan kebanyakan syarikat swasta tidak mahu membayar gaji mengikut qualification yang kami ada. Mereka menganggap kami lepasan ijazah sama seperti lepasan SPM. Gaji yang ditawarkan tidak sepadan dengan gaji yang sepatutnya. Alhamdulillah, saya bekerja di sektor GLC dan gaji yang saya perolehi dianggap memuaskan. Tetapi bagaimana rakan-rakan saya dan belia lain pula? Nasib mereka tidak seperti saya. Saya mencadangkan Dato' Seri melihat bagaimana pekerja di US. Mungkin US telah maju sekarang ni. Kita buat perbandingan di negara Australia menerima gaji bulanan bagi lepasan ijazah. Sangat berbeza jika dibandingkan di negara kita. Seterusnya, mengenai status penjawat awam mahupun swasta. Ini masalah yang besar kami hadapi. Kebanyakan syarikat-syarikat baik GLC mahupun Semi- Government mahupun swasta, mereka akan menetapkan setahun kontrak dan selepas itu diserap menjadi penjawat tetap dan ada juga sesetengah syarikat langsung tidak menjadikan penjawat tetap malah akan kekal sebagai penjawat kontrak. Apa masalah yang ingin saya ketengahkan ini adalah berkaitan dengan pinjaman perumahan yang amat sukar. Walaupun sebelum ini telah lama bekerja tetap dan selepas itu mendapat tawaran lebih baik tetapi ianya kontrak, apabila membuat pinjaman perumahan, ia akan ditolak atas alasan pekerja kontrak. Maka harga rumah semakin hari semakin meningkat. Jika ingin menunggu setahun kemudian setelah disahkan penjawat tetap, harga rumah itu juga telah melambung tinggi dan kami tidak dapat membelinya. Ini masalah yang saya hadapi sekarang ini. Saya sebagai seorang rakyat Malaysia dan juga sebagai seorang yang berpegang kepada pucuk pimpinan Barisan Nasional, saya merayu agar Dato' Seri Najib Razak dapat memikirkan masalah yang kami hadapi sekarang ini. Sebagai pemimpin disegani di seluruh dunia, saya pasti Dato' Seri mampu mengubah dan memperbetulkan apa yang dirasakan membebankan kami. Ikhlas, Siti Hajar binti Aladin 3 Gambar Siti Hajar Binti Aladin | |||
Keadaan kesihatan Azizan kritikal Posted: 25 Sep 2013 05:18 AM PDT Datuk Seri Azizan Abdul Razak ALOR SETAR - Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilapor kritikal sejak 3.00 pagi tadi akibat masalah jantung yang serius. Ketua Penerangan Pas Kedah, Muhammad Sanusi Md Nor berkata, setakat 3.30 petang, Azizan masih tidak sedarkan diri dan dalam pemantauan rapi. "Azizan mengalami masalah jantung yang serius, denyutan jantung terhenti sekitar 3.00 pagi. Beliau diberi bantuan kecemasan dan jantung kembali stabil. Namun sekitar 12.00 tengah hari, beliau sekali lagi diserang masalah jantung," katanya. Menurutnya, Azizan juga masih belum membuka mata sejak kejadian itu, dan dilaporkan tekanan darahnya juga rendah. "Minggu lalu, ketika Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang menziarahi Azizan, beliau kelihatan gembira dan berbual-bual, namun pada ketika itu, semua pelawat dikehendaki memakai sarung tangan dan pakaian khas untuk elak jangkitan," katanya. Muhammad Sanusi berkata, Pas Kedah telah menganjurkan solat hajat dan bacaan Yasin selepas Zuhur tadi dan turut mengarahkan semua Pas kawasan berbuat demikian. "Saya harap semua berdoa untuk kesejahteraan Azizan yang kini bertarung nyawa. Saya sebak membaca komen-komen positif sejurus berita ini dikemaskini di Facebook, ini menunjukkan beliau disayangi dan disenangi ramai," katanya. Menurutnya, kondisi Azizan yang tidak stabil turut dimaklumkan kepada kepimpinan Pas Pusat. Azizan, 69, yang juga Adun Sungai Limau menjalani pembedahan memotong kedua-dua belah kakinya pada 9 Mei lalu di Hospital Pulau Pinang (HPP), setelah dipindahkan dari Kedah Medical Centre (7 Mei) akibat komplikasi diabetik. Azizan menerima rawatan lebih tiga bulan di HPP, sebelum dipindahkan ke HSB, 13 Ogos lalu. | |||
Teresa Kok dakwa SKMM 'double standard' Posted: 25 Sep 2013 05:16 AM PDT Teresa Kok KUALA LUMPUR - Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) didakwa mengamalkan 'double standard' berhubung penyebaran artikel "Cina Pun Mahu Duit Zakat-Teresa Kok' pada awal Ogos lalu. Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok mendakwa, kes pasangan Alvivi yang mencetuskan kontroversi telah diambil tindakan segera namun, SKMM tidak melakukan hal sama kepada blogger yang menyebarkan artikel fitnah ke atasnya. "Penulis artikel itu menyebarkan pembohongan dan kenyataan yang mendatangkan kebencian kaum. "Artikel itu muncul dalam beberapa laman web yang berkempen untuk BN sewaktu PRK Kuala Besut," katanya ketika berhujah dalam sidang Dewan Rakyat, hari ini. Sementara itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Ahmad Shabery Cheek dalam jawapan bertulis berkata, artikel fitnah itu lebih menjurus kepada tindakan sivil. "Pihak kementerian dan SKMM berpandangan bahawa kes ini merupakan serangan peribadi yang melibatkan dua pihak. "Kes sebegini lebih menjurus kepada tindakan sivil di mana pihak yang difitnah perlu tampil membuat tuntutan terhadap pelaku tersebut," katanya. | |||
Macai UMNO Memfitnah Lagi: Ibu Nizar Dituduhnya Sepupu Chin Peng Posted: 25 Sep 2013 12:08 AM PDT KELAB GREENBOC Ipoh – Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng. Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya. "Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula. "Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula" katanya tersenyum. Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu. Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming. Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut. -SH ULASAN GB Cukup teruk perangai pencacai UMNO nih. Tak sudah-sudah dan tak serik-serik melakukan fitnah. Lansung tak takut amaran Allah tentang balasan orang yang suka menaburkan fitnah: Firmanullah s.w.t: Orang yang memfitnah orang mukmin (yang lelaki) dan mukminah (yang perempuan), kemudian mereka tidak bertaubat, bagi mereka azab jahanam dan neraka yang membakar. Al-Buruj : 10 Tidakkah mereka melihat apa yang telah menimpa terjadi ke atas papagomo yang ditimpa kehinaan sejak masih di dunia lagi akibat suka melakukan fitnah? Bukankah janji Allah itu benar? Hukum Kebenaran dan Keadilan tetap berjalan.... sekalipun macai UMNO jahil mengenainya... | |||
Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri : Kos RM2.88 Juta. Sumbangan Ikhlas Pembayar Cukai! Posted: 25 Sep 2013 12:05 AM PDT Apa yang boleh Berita Semasa simpulkan di sini, inilah antara lapangan perniagaan yang menguntungkan tahun ini. Persiapan untuk tempoh seminggu terutamanya mampu menjana pulangan sekitar RM3 juta. Kos hanya Kuzie Katering yang lebih mengetahui. Tetapi……mendapatkan kontrak lumayan daripada kerajaan menjadi impian rakyat Malaysia yang bertungkus lumus memasang kabel "bervoltan tinggi" dengan VVIP (SEPERTI KELOMPOK ELIT DI SINI), sesiapa yang pernah ada pengalaman pasti mengetahui pulangan yang mampu diperolehi daripadanya. Hakikatnya…..sebenarnya, kos sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri 2013 ditampung oleh rakyat Malaysia terutamanya golongan pembayar cukai di Malaysia (tidak kira golongan kaya mahupun pertengahan). Dengan kos RM36 boleh Berita Semasa agak mahal. Menunya? Adakah Chicken Chop? Sup sirip ikan yu? Kambing golek? Lobster, Daging Wagyu? Sedangkan realitinya ia sama seperti :
Kos Sambutan Rumah Terbuka Hari Raya Perdana Menteri RM2.88 Juta
Siapalah agaknya mendapat laba disebalik atas nama komisen 5% bernilai RM144,000 disebalik kejayaan Kuzie Katering memperolehi tender ini? Rakyat Malaysia selalu diingatkan supaya berjimat cermat dan jangan boros ketika berbelanja. Tetapi biarkan "kepimpinan melalui teladan". Pemimpin sepatutnya menunjukkan contoh yang baik dan mengawal nafsu membelanjakan duit rakyat dikala keadaan ekonomi negara ketika tidak menentu. Siapa di sini yang ada menghadiri sambutan Hari Raya Rumah Perdana Menteri? Apa respon balas anda pula? | |||
Jangan guna media putar belit isu Chin Peng, kata Mat Taib Posted: 24 Sep 2013 11:44 PM PDT Tan Sri Muhammad Muhd Taib mengingatkan kerajaan Barisan Nasional (BN) supaya tidak terus memperalatkan media seperti TV3 dan akhbar milik Umno Utusan Malaysia untuk memberi gambaran yang salah mengenai mendiang Chin Peng dan gerakan komunis di Malaysia. Bekas Menteri Besar Selangor itu berkata, media berkenaan digunakan sebagai medium penyelewengan kebenaran untuk menakut-nakutkan rakyat bagi melabel Chin Peng dan komunis sebagai musuh negara. "Saya tidak melabelkan Chin Peng itu sebagai hero tetapi kerajaan perlu adil dengan kematangan pemikiran yang dibentangkan kepada masyarakat. Memang betul ramai orang Melayu mati semasa penjajahan komunis tetapi lebih ramai yang mati semasa pemerintahan Jepun. "Jangan gunakan Utusan dan TV3 untuk seleweng fakta menakut-nakutkan rakyat dengan memutar-belit serangan komunis yang dipimpin Chin Peng. Ini tidak betul. Jangan selewengkan fakta," katanya Muhammad dalam satu wawancara eksklusif bersama The Malaysian Insider di kediamannya di Shah Alam, Selangor semalam. Bekas Naib Presiden Umno itu turut mengecam pemimpin BN yang memberi tanggapan negatif kepada Parti Komunis Malaya (PKM) tetapi pada masa sama menjalin hubungan dengan China yang menyalurkan dana kepada PKM. "Mereka hormat dan menjalinkan hubungan diplomasi dengan Parti Komunis dari China yang beri duit pada Chin Peng. Kerajaan tidak beri pendedahan sebenar kepada masyarakat. "Datuk Seri Najib Razak sendiri pun pergi ke China berpelukan dengan pemimpin di sana. Mereka berbincang dan adakan hubungan persefahaman. "Saya nasihatkan masyarakat jangan jadi bodoh dan diperbodohkan. Kita harus anti Jepun dan British lebih besar lagi. Mereka bunuh orang Melayu lebih ramai daripada komunis," katanya. Beliau berkata, kekejaman British juga tidak boleh dipandang enteng setelah Tok Janggut mati digantung di Kelantan dan Tok Bahaman dibunuh di Pahang. Muhammad berkata, kempen menentang penjajah British dan Jepun perlu lebih hebat dijalankan kerana dasar kerajaan 'talam dua muka' mengaku anti komunis tetapi mengadakan hubungan diplomasi dengan negara China yang terbukti sejak pemerintahan Tun Abdul Razak Hussein dengan menjalin hubungan diplomasi bersama Mao Zedong dan Zhou En Lai dari China. "Pada pandangan saya Chin Peng tetap dianggap musuh kerana banyak mengorbankan anggota keselamatan negara tetapi hakikatnya ialah askar Jepun yang lebih banyak membunuh orang Melayu," katanya. Muhammad atau terkenal dengan nama timangan Mat Taib menyertai PAS dua hari selepas Hari Penamaan Calon Pilihan Raya 2013 lalu. Chin Peng atau nama sebenarnya Ong Boon Hua meninggal dunia pada 16 September lalu di Hospital Antarabangsa Bunrungad, Thailand setelah lama bertarung melawan penyakit barah. Beliau dilahirkan di Sitiawan, Perak pada 1924. Hujung minggu lalu bekas ketua polis negara Tan Sri Abdul Rahim Noor memberitahu sebuah stesen radio tempatan Malaysia akan jadi bahan tertawa sekiranya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu masuk ke dalam negara. | |||
Calon tarik diri kerana tidak tahu siapa lawan mereka, kata Muhyiddin Posted: 24 Sep 2013 11:40 PM PDT Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata kebanyakan calon yang mahu bertanding di peringkat bahagian Umno menarik diri kerana tidak tahu siapa lawan mereka. Timbalan Presiden Umno itu berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai penarikan lebih 200 calon di peringkat bahagian. Beliau berkata, tidak timbul isu penarikan diri menjadi strategi untuk memenangi jawatan kerana pemilihan parti itu diadakan berdasarkan sistem demokrasi. "Selepas selesai penyerahan, baru mereka nampak siapa pencabar yang lain, jadi itu terpulang pada calon sama ada mahu teruskan atau tidak," katanya pada satu sidang media selepas merasmikan Persidangan Undang-Undang Persaingan Negara di Konvesyen Kuala Lumpur. Muhyiddin berkata, pemilihan Umno berdasarkan sistem demokrasi ini turut memberi ruang kepada calon untuk menarik diri sekiranya merasakan pencabar lebih berkelayakan dan berwibawa. "Tidak ada masalah untuk itu, kalau sekiranya lawan satu dengan satu maka yang tinggal itu akan menang tapi kalau enam pencabar satu tarik diri masih ada lagi pemilihan," katanya. Katanya, Umno turut menolak politik wang termasuk fitnah dalam pemilihan parti itu. "Kita sedia maklum terdapat muka-muka baru dalam pemilihan jadi etika mungkin masih kabur, jadi kelak kita akan umumkan etika kepada calon. "Sekiranya mereka melanggar terutama yang melibatkan politik wang, parti tidak akan teragak-agak menarik balik penyertaan termasuk kemenangan calon," katanya. | |||
Posted: 24 Sep 2013 11:29 PM PDT Oleh Izmil AmriSaya tak ada anak. Mana lah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa. Sehinggalah Ahad sudah. Tapi sebelum itu mari kita ambil masa beberapa minit untuk merenung dompet masing-masing. Kira perlahan-lahan ada berapa ringgit dalam dompet anda. Fikirkan berapa lama anda dapat bertahan dengan wang yang anda ada itu. Ambil kira perbelanjaan minyak kereta dan makan-minum serta perbelanjaan 'tak semena-mena' yang sering terjadi. Pandang isi kandungan dompet anda. Renung lama-lama. Sayunya rasa hati kan? Berbalik kepada cerita saya. Ada teman minta tolong saya belikan lampin pakai buang untuk anaknya yang belum pun lagi satu tahun usia. Itu petang Ahad lalu, waktu saya kebetulan pergi kenduri teman yang lagi satu. Saya pergi kenduri sebab mahu makan 'free'. Ya lah, waktu-waktu cemas hujung bulan sebelum dapat gaji, tak berapa nak ada kemampuan. Harus jimat. Elok suap makanan ke mulut, telefon berbunyi, minta tolong beli lampin. Selesai makan saya pun ke pasaraya terdekat. Dalam dompet cuma ada RM50. Sekali lagi, manalah saya tahu lampin pakai buang harganya berapa. Saya pun ambil troli, dengan niat nak beli barang-barang lain. Saya agak 'sebungkus' lampin begitu dalam dua puluh ringgit begitu. Nyata saya salah. Menghampiri rak yang menyusun bungkusan lampin pakai buang. Saya tenung harga satu-satu dan kemudian langsung mencari jenama yang disuruh beli. Terpampang harga 'RM40.90'. Ah sudah. Saya tinggal troli di tepi, ambil bungkusan lampin dan terus berlalu pergi. Ekonomi selimut singkat Ini realiti ekonomi masyarakat Malaysia hari ini; apa yang disebut orang sebagai ekonomi selimut singkat. Bagi memahami istilah ekonomi selimut singkat ini, mari kita belajar apa itu 'kos peluang'. Kos peluang mudah difahami sebagai 'kesempatan yang hilang'. Contohnya jika anda memiliki RM1,000, anda punya pilihan untuk melancong atau membeli telefon pintar. Kalau wang yang anda ada itu digunakan untuk melancong, maka hilanglah peluang untuk membeli telefon; begitu juga sebaliknya. Analogi teori ini sangat puitis kalau disebutkan sebagai ekonomi selimut singkat. Kalau ditarik selimut melepasi dada, kaki terdedah kesejukan. Kalau ditutup kaki pula, dada kesejukan. Begitulah. Akan ada yang menjadi korban demi yang lain. Dalam ekonomi dunia nyata, saya sarankan anda melihat kembali situasi kenaikan harga minyak yang diumumkan beberapa hari sejurus negara menyambut Hari Merdeka ke-56. Sebenarnya ya, harga minyak tidak naik. Apa yang berlaku adalah subsidi minyak ditarik balik oleh pihak pemerintah dalam keadaan ekonominya yang seperti selimut singkat di atas tadi. Subsidi petrol bukan sahaja dibayar kepada pengusaha syarikat petrol demi mengurangkan beban rakyat, malah turut diberikan kepada pengusaha tenaga elektrik swasta yang kemudian menjual elektrik kepada syarikat pembekal elektrik yang menyambungkan bekalan elektrik ke rumah dan pejabat anda. Syarikat ini tidak ditarik balik subsidi mereka. Subsidi yang memudahkan anda itu yang ditarik balik oleh kerajaan. Maka harga minyak naik 20 sen. Soalnya sekarang bukan sahaja harga minyak jadi bertambah mahal, tetapi subsidi yang ditarik balik itu disalurkan ke mana pula? Dan kemudian bagaimana anda yang kini terpaksa menanggung kenaikan ini akan terpaksa juga mengurus kewangan dengan kenaikan harga barang yang diakibatkan oleh kenaikan harga minyak ini? Ya banyak persoalan yang akan buat kita sakit otak. Sama keadaannya kalau anda diletakkan dalam bilik berhawa dingin dengan sehelai selimut singkat. Menggelabah. Menguruskan sumber Soal kos peluang ini timbul kerana dua perkara. Pertama, manusia mempunyai keinginan dan kemahuan yang tidak terbatas. Kedua, sumber yang ada sangat terhad. Keadaan sumber terhad ini amat dirasai sekarang apabila kerajaan United Malays National Organisation kelihatan bertungkus lumus mengimbangkan perbelanjaan demi memenuhi keperluan dan kehendak rakyat yang terpaksa berhadapan inflasi dan kos hidup tinggi. Pada masa yang sama ia masih perlu menampung lompang belanjawan akibat kerakusannya berbelanja sakan serta ketirisan yang berlaku lantaran korupsi. Andaikan kos menurap jalan raya sepanjang 100 meter sekitar RM10,000. Andaikan saja lah; ini contoh. Saya mana tahu berapa kos menurap jalan. Disebabkan kewujudan korupsi, maka kos ini akan membelon barangkali dua kali ganda. Mahu dapat tender turap jalan sahaja sudah perlu rasuah pengeluar tender. Bila sudah dapat tender kerana guna pengaruh politik kawan-kawan, harus keluar duit lagi untuk jamu kawan-kawan politik. Ini penyakit yang melanda negara akibat urus tadbir berasaskan untung tanpa sedikit pun sifat amanah dan integriti. Inilah dia penyebab kenapa wujud keterhutangan dan kenapa selimut yang asal itu kian bertambah singkat. Tahun lalu Perdana Menteri Najib Razak telah membentangkan Belanjawan 2013 bernilai hampir RM250 bilion. Belanjawan pilihan raya yang begitu besar jumlahnya, dibentang dalam keadaan negara berhutang lebih separuh daripada KDNK. Semalam di Parlimen dibentangkan satu lagi rang undang-undang perbekalan tambahan untuk memohon kelulusan Parlimen bagi perbelanjaan tambahan yang tidak masuk dalam Belanjawan 2013 yang dibentang hujung tahun lalu. Perbelanjaan berjumlah RM14 bilion ini barangkali sudah pun dibelanjakan. Dalam sessi Parlimen sebelum ini, satu lagi rang undang-undang perbekalan tambahan dibentangkan, bagi tujuan sama: belanja dulu, baru minta izin. Cumanya yang itu dibuat berdasarkan belanjawan tahun fiskal sebelumnya. | |||
Shafie Jadi Sasaran Akaun Facebook Palsu Menjelang Pemilihan Umno Posted: 24 Sep 2013 11:25 PM PDT PUTRAJAYA: Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menjadi sasaran kempen siber menjelang pemilihan parti berikutan kemunculan akaun Facebook palsu menggunakan namanya. Laman Facebook itu memaparkan gambar beliau pada gambar profil. Ia dipercayai telah diwujudkan pada minggu lepas, dan menerima kira-kira 1,022 "like" (suka) sebelum ia dipadamkan pada Isnin. Akaun Facebook rasmi Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah itu adalah "Shafie Apdal Official". Mohd Shafie berkata, beliau bimbang apabila terdapat beberapa pihak menggunakan nama beliau untuk kepentingan peribadi. "Individu itu atau mereka yang telah mencatatkan komen yang kononnya dibuat oleh saya tentang bertanding untuk naib presiden. "Komen-komen itu, nampaknya ditujukan kepada mereka yang bertanding untuk jawatan itu yang begitu keras dan berniat jahat untuk menyebabkan permusuhan antara calon-calon. "Saya harap mereka yang terlibat (dalam mewujudkan akaun FB palsu) akan berhenti menggunakan nama saya untuk kepentingan peribadi mereka. "Jangan gunakan apa-apa platform untuk merayu undi," katanya pada Selasa. Mohd Shafie berkata, pegawai-pegawainya telah membuat laporan kepada polis dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM). Beliau menegaskan bahawa kejadian itu tidak menjejaskan kempennya untuk mempertahankan jawatan itu. "Saya tidak tahu mengapa saya menjadi sasaran kerana saya tidak fikir saya begitu popular atau begitu kuat bahawa orang lain (calon) merasakan saya sebagai satu ancaman kepada mereka. "Saya juga tidak tahu siapa yang melakukan perkara ini," katanya. Selain Shafie, dua naib presiden lain, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein turut mempertahankan kedudukan mereka. Ketiga-tiga mereka dicabar oleh Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir, bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Pengerusi Felda, Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad. | |||
DAP gesa Zahid Hamidi hentikan salah guna kuasa polis Posted: 24 Sep 2013 11:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen DAP Seputeh, Teresa Kok menyeru Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi menghentikan salah guna kuasa kerajaan terhadap Unit Cawangan Khas Polis (SB). Beliau berkata, kakitangan SB harus digunakan untuk membantu memerangi jenayah agar dapat mengembalikan keamanan negara daripada jenayah dan keyakinan orang ramai terhadap pihak penguatkuasa awam bukannya untuk tujuan politik tertentu. "Saya menyeru Zahid agar berhenti daripada terus menyalahguna polis dan kakitangan SB. "SB atau mana-mana sumber polis tidak harus dialihkan kepada tugasan yang tidak perlu dalam keadaan negara masih dan sedang bergelut dengan gelombang jenayah membimbangkan sehingga menakutkan rakyat. "Zahid perlu menjawap mengapa beliau menggunakan SB supaya terbabit kerja yang tidak ada kena mengena langsung dengan polis?," tegasnya dalam kenyataan. Beliau berkata demikian sebagai sokongan kepada kenyataan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang mempertikaikan penggunaan polis dan SB dalam kegiatan politik. Beliau yang juga Naib Pengerusi DAP Kebangsaan turut mengecam tindakan kerajaan menggunakan SB untuk menyediakan laporan populariti yang langsung tidak berkaitan dengan tugas keselamatan dan menjaga keamanan rakyat serta negara. Teresa menambah, pihak polis dan SB harus bersikap neutral dalam melaksanakan tugasan bukannya bertindak berat sebelah dengan menerima tugas mengumpul laporan populariti itu. "Sudah tentu prestasi dan populariti wakil rakyat tidak boleh menjadi kewajipan dalam tugas SB. "Amalan mengumpul laporan itu adalah satu daripada penyalahgunaan peranan mereka dan ianya juga salah guna sumber kepolisan. -Roketkini.com | |||
Bajet Alternatif 2014 PR untuk rakyat nilai siapa lebih layak urus ekonomi negara. Posted: 24 Sep 2013 11:19 PM PDT KUALA LUMPUR: Pakatan Rakyat (PR) akan membentangkan Bajet Alternatif 2014 sebelum Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak membentangkan bajet kerajaan pada 25 Oktober ini. Pada sidang media bersama Ahli Parlimen DAP Bukit Mertajam, Steven Sim Chee Keong, Ahli Parlimen PKR Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen PAS Kuala Krai, Dr Hatta Ramli berkata, Bajet Alternatif itu adalah tawaran PR untuk menjana ekonomi negara dengan cara sebetulnya agar dapat mengelak pembaziran. Bajet Alternatif PR itu akan memberi tumpuan kepada tanggungjawab fiskal melalui langkah seperti pembaharuan kepada belanjawan dan mengetatkan perolehan kerajaan serta peraturan perbelanjaan dalam usaha untuk mengurangkan pembaziran, ketirisan dan kos yang berlebihan. Bajet itu dijangka mengandungi 'dasar berdaya pembaharuan' untuk meluaskan sumber hasil kerajaan ditambah dengan pemantauan rapi perbelanjaan. "Kami mahu tawarkan analisis dan idea Bajet PR supaya Najib boleh ambil kira, ia juga adalah untuk seluruh rakyat dan pasaran termasuk pakar ekonomi untuk menghakimi siapa sebenarnya lebih layak menguruskan ekonomi negara. "Merujuk kepada Belanjawan Tambahan yang dibentangkan semalam iaitu RM14 bilion. Kita amat bimbang kerana ini adalah tahun ke-16 kerajaan membentangkan bajet defisit. "Najib walaupun dilihat berusaha untuk kurangkan defisit kepada 4 peratus tapi nampaknya tidak berjaya, sebagai contoh, tahun lepas 4.9 peratus, tahun ini kita jangkakan akan naik selepas pembentangan sehingga 5.5 peratus," kata Steven Sim, di Lobi Parlimen, hari ini. Awal bulan ini, kerajaan mengurangkan subsidi petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter dalam usaha mengurangkan subsidi bahan api kira-kira RM3.3 bilion setahun. Firma penarafan antarabangsa, Fitch Ratings juga mengurangkan unjuran hutang negara daripada stabil kepada negatif Julai lalu. "Hutang negara ketika ini juga kian bertambah, lebih daripada 53 peratus, paling tinggi dalam sejarah. Kita menjangkakan pada akhir 2013, akan mencecah siling hutang, siling itu hak hutang yang ditentukan sendiri kerajaan iaitu hutang negara tidak boleh lebih daripada 55 peratus tapi nampaknya dengan 'trend' kerajaan sekarang, kita akan melepasi siling hutang. "Fitch Ratings telah menurunkan 'outlook' negara daripada stabil ke negatif, semua ini akan memberi kesan, bukan saja kepada keyakinan pelabur asing tetapi rakyat sebab ekonomi yang lemah akan menyebabkan pelbagai masalah. "Jadi sebab itu kita nak tawarkan cara bagaimana PR mengendalikan ekonomi berbanding kerajaan. Namun, kita terbuka jika Najib nak mengambil dan meniru idea ini," sindir Sim yang juga Pengarah Pendidikan Politik DAPSY Kebangsaan. Nurul Izzah pula menimbulkan kebimbangannya mengenai perbelanjaan semasa kerajaan yang akan membawa hutang negara kepada lebih daripada 55 peratus, di atas siling hutang. "Hutang negara menyaksikan peningkatan sejak Najib menjadi Perdana Menteri pada 2009 iaitu 45 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). "Ia adalah masa bagi kerajaan untuk membentangkan bajet jujur dan berani serta tidak lagi menyembunyikan di bawah amalan ekonomi yang tidak tepat sehingga bajet tambahan diperlukan setiap tahun. "Jika tidak ada sebarang perubahan dilakukan kepada perbelanjaan dan KDNK, defisit akan meningkat kepada 5.5 peratus, ianya amat membimbangkan," ujarnya. "Jika terdapat sebarang perubahan kepada ramalan perbelanjaan dan KDNK, defisit akan meningkat kepada 5.5 peratus. Perbelanjaan bajet kerajaan semakin meningkat pada tahun kebelakangan ini, daripada RM206.2 bilion pada 2010 kepada RM212 bilion dan RM252.4 bilion pada 2011 dan 2012.-Roketkini.com | |||
MP PKR-Padang Serai Surendran Diarah Keluar Dari Dewan Rakyat Posted: 24 Sep 2013 11:17 PM PDT KUALA LUMPUR: Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran diarah keluar dari Dewan Rakyat kerana membangkitkan satu petisyen meskipun ia tidak diluluskan oleh speaker. Beliau yang menjadi ahli parlimen untuk penggal pertama itu membangkitkan mengenai kematian tahanan P.Karuna Nithi tetapi diberitahu oleh Speaker, Tan Sri Pandikar Amin supaya menunggu sehingga selepas sesi soal jawab. Kekecohan itu menyebabkan Pandikar mengarahkan Surendran yang juga Naib Presiden PKR keluar dari Dewan Rakyat. Surendran pada sidang media berkata, tindakan speaker itu terlalu angkuh dan diktator. "Tindakan saya itu menurut peraturan 14 (f) undang-undang dewan di mana membenarkan petisyen bagi orang awam untuk dibangkitkan," kata beliau. Turut serta pada sidang media itu adalah Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan Ahli Parlimen Subang, M. Sivarasa yang membidas mengenai tindakan Speaker. Surendran menjadi Ahli Parlimen pertama yang diarah keluar dari Dewan Rakyat bagi sidang kali ini. | |||
Lima Kertas Siasatan Dibuka Berkaitan Kesalahan Hina Agama Islam Posted: 24 Sep 2013 11:15 PM PDT
| |||
“Wang royalti pun bukan hak milik Umno” Posted: 24 Sep 2013 11:05 PM PDT BULETIN ONLINE Ketua Dewan Pemuda PAS Terengganu Ustaz Mohd Nor Hamzah memulangkan 'paku buah keras' terhadap tuduhan Umno yang selama ini melabelkan pimpinan DAP sebagai 'pegkhianat' kepada orang-orang Melayu. "Tahu pulak dia yang duit kerajaan tu duit rakyat. Dan duit di negeri-negeri yang Umno menang pun bukan duit pusaka keluarga Umno. Selama ni, pemimpin Umno melabelkan pemimpin DAP khianat Melayu dan komunis tapi gambaran dan bukti menjelaskan bahawa pemimpin Umno sangat berdendam dengan (orang) melayu,"katanya. Jahara dilaporkan sebuah portal berita atas talian, berkata, wang yang diputuskan oleh kerajaan Pulau Pinang itu bukan wang milik Lim Guan Eng, sebaliknya ia adalah milik rakyat. Sehubungan itu, Mohd Nor yag juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong megingatkan seluruh rakyat negeri Terengganu tentang wa royalti minyak Terenggau yang 'dirampas' kerajaa persekutuan juga bukan duit pemimpin Umno peringkat pusat. Beliau turut menempelak tindakan Menteri Besar Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said yang bukan sahaja tidak mahu memberikan wang peruntukan wakil-wakil rakyat kepada semua adun, bahkan dega terang-terangan megisytiharkan tidak mahu melaksanakan pembangunan di kawasan-kawasan BN kalah pada pilihanraya umum kali ke-13 lalu. "Rakyat Terengganu jangan lupa tentang rampasan royalti petroleum Terengganu oleh pemimpin Umno pusat. (Meteri Besar) MB Terengganu sedang bertindak membalas dendam terhadap rakyat dengan meminggirkan hak rakyat di dun-dun yang di menangi oleh PAS,"tegasnya. Sementara itu, Pengerusi DAP Terengganu, Ng Chai Hing berkata, walau pun tindakan Lim Guan Eng itu agak lambat, tetapi ia lebih baik dari tidak berbuat langsung. Beliau berkata, sepatutnya kerajaan Pulau Pinang memberikan peruntukan 'hak milik rakyat' itu sejak penggal pertama pemerintahan DAP di Pulau Pinang yang bermula sejak selepas pilihanraya umum ke-13 pada tahun 2008. "saya rasa ia satu langkah yang berani dan ia menunjukkan kerajaan Pakatan Rakyat lebih peka rakyat, ia satu contoh tauladan yang baik yang sepatutnya buat benda ini dari dulu lagi dari penggal pertama pemerintahan, "walaupun lambat tapi lebih baik kerana ia dilaksanakan, ia patut dicontohi oleh kerajaan Pusat memberikan perutukan kepada semua ahli-ahli parlimen tidak kira kerajaan atau pembangkang,"ujarya ketika ditemui. Ketua Penerangan Persatuan Anak-anak Peneroka Kebangsaan (ANAK) Naraza Muda berkata, berkata pemberia perutukan kepada wakil-wakil rakyat yang dilakukan oleh kerajaan Pulau Pinang adalah menepati prinsip-prinsip kemanusiaan. Sebaliknya, tidakan kerajaan Umno dan Barisan Nasional (BN) yang tidak mahu memberikan peruntukan tersebut adalah merujuk kepada 'peraturan rimba' "apa yang kerajaan Pulau Pinang buat adalah satu "prinsip kemanusiaan" tidak perlu rujuk kepada peraturan rimba. Jika ini benar benar terlaksana di sana ianya sekagus memberi tamparan besar kepada kerajaan Bn pusat dan negeri yg berpendirian mengekalkan " prinsip pentadbiran rimba",ujarnya | |||
Pulau Pinang menunjukkan aplikasi ‘good governance’ Posted: 24 Sep 2013 11:03 PM PDT BULETIN ONLINE Ketua Penerangannya Ustaz Riduan Mohd Nor berkata, dengan memberikan 'hak' perutukan Adun kepada semua yang berhak menunjukkan negeri yang diterjaui oleh DAP itu melaksanakan prinsip adil dan seimbang. "ini adalah kaedah yang baik untuk menunjukkan bahawa semua anggota 'legislative' mempunyai peranan yang sama untuk (dalam) membantu rakyat tanpa mengira latar belakang ideologo politik, "selama ini DAP dimomokkan sebagai parti yang rasis dan 'ethnocentric' (perkauman) juga anti Islam dan anti Melayu, namun dengan agihan yag adil pada seluruh Adun, ianya mampu menangkis tuduhan ataupun 'bogey' yang cuba di cipta oleh media pro BN,"ujarnya. Oleh itu, DPPM menyokong tindakan kerajaan Pulau Pinang mengharmonikan kekeruhan politik. Menurut Ustaz Riduan, politik 'komunal' begitu sekali menyelimuti politik negara ini selama ini, akibat acuan yang salah oleh parti yag berkuasa Umno dan Barisan Nasioal (BN), setelah lebih separuh abad. "DPPM menyokong juga usaha merapatkan jurang perkauman yang ada di Pulau Pinang kerana agihan bantuan yang ada adalah salah satu manifestasi usaha untuk meredakan tembok perkauman yang dibina oleh parti-parti komponen BN selama ini,"jelasnya | |||
‘Minyak pelincir’ @ rasuah politik pemilihan Umno sudah mengalir! Posted: 24 Sep 2013 11:00 PM PDT BULETIN ONLINE Semalam, seorang ketua bahagian berkata wang sudah mengalir dan ketua-ketua bahagian yang secara tradisinya membawa jentera kempen masing-masing telah menerima habuan dikataka sebagai 'pelincir' jentera. "Tak ada apa yang pelik tentang perkara ini dan perwakilan, selain melihat agenda atau falsafah calon-calon, masih dipengaruhi dengan sedikit 'pelincir', " katanya dilaporkan akhbar berbahasa Inggeris The Malay Mail 'Pelincir' iaitu 'wag politik' adalah tambahan kepada 'retorik' biasa tentang meremajakan parti, mengiktiraf kebijaksanaan dengan usia tua , keperluan untuk gabungan kata-kata tua dan muda dan banyak lagi kebijaksanaan yang sedang dicipta dan dilemparkan kepada 150,000 perwakilan Umno menjelang pemilihan pimpinannya pada 19 Oktober depan. Dengan pencalonan enam orang merebut jawatan naib presiden jawatan, dan 64 calon untuk 25 jawatan majlis tertinggi, menjadikan perwakilan Umno sedikit keliru, siapa yang mereka akan pilih. Seorang calon bagi jawatan Majlis Tertinggi berkata apa-apa pun boleh berlaku dan sesiapa pun boleh dipilih dalam pemilihan itu, kerana para perwakilan yang kebanyakannya tidak kenal calon-calon yag bertanding, akan merujuk kepada senarai yang diedarkan. Jadi, dalam banyak kes , menurut seorang ketua bahagian, perwakilan ini amat bergantung kepada 'input' ketua bahagian yang telah didedahkan pemimpin, yang menjadi calon-calon yang bertanding. "Dan anda tahu apa? Kami dikehendaki oleh ramai calon yang bertanding, terutama calon bagi naib presiden jawatan dan mereka tidak boleh hadir dalam pusingan mesyuarat semua perwakilan, "katanya. Dan apabila momentum 'perlumbaan' untuk memilih naib presiden sedang bermula, penyandang jawatan dan calon-calon baru akan mula mengukuhkan kedudukan mereka melalui rangkaian mereka atau jentera kempen, yang mana dalam peringkat itu, ketua-ketua bahagian adalah yang paling dikehendakki. "pelincir jentera kempen individu" adalah perkataan yang kini digunakan untuk "menghalalkan" politik wang, yang 'kononya' Umno sedang berusaha keras untuk menghapuskan atau sekurang-kurangnya mengurangkan. Dalam kes ini, "urusan minyak pelincir", wang yang digunakan untuk perbelanjaan akan diserahkan kepada ketua-ketua bahagian yang mengetuai jentera kempen seterusnya dan bergantung kepada pengaruh ketua bahagian yang terlibat serta aliran kepada wakil-wakil dari cawangan. Penyandang jawatan kini, samada mereka naib presiden atau ahli majlis tertinggi, adalah sukar untuk mengekalkan kedudukan mereka tanpa 'jawatan', mereka akan kehilangan kuasa dan turut kehilangan pendapatan dan "wajah" dari pandangan. Ditanya berapa banyak wang yang boleh mempengaruhi perwakilan , ketua bahagian itu berkata ia bergantung kepada kawasan di mana jika kawasan luar bandar beberapa ratus ringgit sahaja dan bagi kawasan bandar ia mungkin lebih sedikit. |
You are subscribed to email updates from DIALOG RAKYAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan