Ahad, 22 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Pajak: Anak khuatir peneroka bakal hilang tanah

Posted: 22 Sep 2013 06:48 AM PDT

Muhammad Faizal,





KUALA LUMPUR: Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (Anak) akan membuat satu laporan polis pada 30 September nanti berhubung dakwaan terdapat pujukan daripada pihak pengurusan Felda agar peneroka memajak tanah milih mereka.

Presidennya Mazlan Aliman berkata, maklumat tersebut diperolehi daripada peneroka dan anak mereka.

Katanya, usaha tersebut sudah pun berada pada peringkat memberi taklimat kepada peneroka tentang kebaikan dan keuntungan yang mereka akan perolehi.

Katanya lagi, tindakan itu menimbulkan tanda tanya tentang tawaran yang akan diberikan kepada peneroka memandangkan tempoh pajakan adalah selama 30 tahun.

"Saya cukup bimbang dengan tawaran yang berlaku sekarang iaitu memujuk peneroka agar memajak tanah milik mereka dalam tempoh 30 tahun.

"Walaupun tiada dokumen yang sah kita perolehi tetapi tindakan ini merupakan satu usaha yang tidak sepatutnya berlaku dan saya harap pihak berkuasa dapat menjalankan siasatan atas laporan yang akan kita lakukan nanti," jelasnya pada sidang media di Pejabat Agung PAS, di sini. Hadir sama ialah pakar ekonomi, Dr Rosli Yaakop dan peguam Haris Abdullah.

Tambah beliau, usaha tersebut telah berlaku dan taklimat itu dilakukan oleh di Dewan JKK, Felda Kemahang 1.

"Mereka menawarkan kepada peneroka dalam bentuk wang tunai bayaran sekaligus RM500,000 sekiranya peneroka bersetuju memajak tanah mereka sepuluh ekar untuk tempoh 30 tahun.

"Cara pambayarannya adalah setiap bulan iaitu sebanyak RM5,000 sepanjang tempoh pajakan, kemudian dalam bentuk wang tunai RM500,000 diberikan mengikut pecahan iaitu RM100,000 dibayar kepada peneroka, RM150,000 dimasukkan ke dalam Koperasi Permodalan Felda (KPF), manakala selebihnya digunakan untuk pengurusan peneroka sepanjang tempoh 30 tahun.

"Saya juga mendapat maklumat taklimat turut berlaku di Felda Sungai Tengi dan juga di Felda Teloi Timur, maklum balas mengatakan sebahagian peneroka bersetuju untuk menyerta tawaran ini," jelas beliau.

Mazlan juga mendesak agar Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan juga Pengarah Besar Felda Datuk Faizoull Ahmad memberikan penjelasan mengenai dakwaan tawaran dibuat oleh pentadbiran Felda.

"Kita minta penjelasan dari mereka untuk tampil menjelaskan tentang tawaran yang dibuat, kita tidak ada bukti kukuh tetapi segala maklumat tersebut diperolehi daripada peneroka sendiri.

"Usaha ini menggambarkan keadaan terdesak kewangan Felda dan kalau benar ini berlaku yang mana mereka menjana kewangan dengan memajak tanah peneroka itu merupakan satu yang malang untuk seluruh peneroka yang bakal kehilangan tanah mereka.

"Kita akan mengumpulkan bukti setiap dakwaan tersebut dan satu tindakan yang tegas perlu diambil agar nasib peneroka terus terbela dan bukannya dijadikan mangsa," katanya.

Jelasnya, Anak akan mengadakan jelajah memberi penerangan kepada peneroka tentang muslihat di sebalik tawaran tersebut pada bulan Oktober nanti yang akan bermula di Jengka, Pahang.

Sementara itu, peguam Haris Abdullah meminta agar peneroka berfikir sebelum bersetuju dengan tawaran tersebut.

Jelasnya, peneroka bakal kehilangan tanah apabila Felda gagal melunaskan pinjaman pajakan mereka setelah tamat tempoh tersebut yang membenarkan tanah tersebut dilelong.

Selangor tunaikan Manifesto Pilihan Raya menerusi pelan tindakan lima tahun

Posted: 22 Sep 2013 06:44 AM PDT


Central Pattana

Kerajaan Selangor telah merangka Pelan Tindakan Lima Tahun untuk mengangkat taraf sosio ekonomi rakyat Selangor dan untuk memastikan taraf hidup rakyat mencerminkan sebuah negeri maju.

Pelan Tindakan Lima Tahun itu berdasarkan strategi dan langkah-langkah yang dicadangkan di dalam manifesto Pakatan Rakyat Selangor untuk Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) yang baru-baru ini dibincangkan dan dibahaskan pada sesi dialog awam yang telah diadakan di semua 12 Pihak Berkuasa Tempatan (PBT) di Selangor.

Pelan tindakan ini dirangka pada sesi retreat EXCO selama tiga hari di Bangkok di mana semua EXCO menyuarakan isu-isu berkaitan yang perlu diberi keutamaan, kumpulan sasaran , program khusus dan unjuran implikasi kewangan sebagai sebahagian daripada strategi pelaksanaan.

EXCO (1)

EXCO telah antara lain memutuskan untuk :

1. Meneruskan usaha untuk memuktamadkan penstrukturan semula industri air dan pengagihan saham air kepada rakyat Selangor.

2. Memberi rebat atau lain-lain jenis insentif kepada kakitangan awam yang menggunakan pengangkutan awam untuk berulang-alik ke tempat kerja di Bangunan SUK dan menyediakan bas pengantara dari stesen rangkaian pengangkutan awam terutama Terminal Bas di Seksyen 1 dan Stesen KTM di Seksyen 19 ke Bangunan SUK di bawah Majlis Pengangkutan Awam Selangor yang akan ditubuhkan tidak lama lagi.

3. Memusatkan semua aktiviti dan program keusahawanan di bawah Pusat Keusahawanan Negeri Selangor sebagai sebuah agensi sehenti bagi pembangunan keusahawanan.

4. Melaksanakan dasar baru bagi Rumah Mampu Milik Berkualiti (AQH) melalui unit semi autonomi di bawah Lembaga Perumahan dan Hartanah Selangor (LPHS).

5. Membina pangkalan data bersepadu bagi semua program yang dibiayai kerajaan negeri termasuk statistik penerima kebajikan, dan memperkenalkan program baru atau meningkatkan program yang sedia ada untuk menukar minda kebajikan kepada minda Daya Kerja.

6. Menjalankan satu kajian menyeluruh dengan objektif menubuhkan Makmal Halal Saintifik Selangor untuk menangani isu-isu pensijilan halal.

7. Menambah daya polisi program komuniti yang dibiayai kerajaan negeri.

Saya mengucapkan terima kasih kepada semua EXCO, pegawai kanan kerajaan negeri dan kakitangan di atas sokongan, komitmen dan disipilin yang tinggi sepanjang tiga hari sesi ini berlangsung dan hasilnya kami berjaya menampilkan pelan tindakan berserta senarai program atau langkah-langkah yang akan dijalankan dalam jangka pendek , sederhana dan panjang.

Walaupun pelaksanaannya tidak akan mudah tetapi saya yakin bahawa kita semua akan bekerja keras untuk memastikan rakyat akhirnya akan menjadi penerima terbesar daripada pelan tindakan ini.

Kami juga telah mengadakan perbincangan dengan syarikat yang banyak memiliki pusat beli belah di Thailand, Kumpulan Central Pattana yang telah melabur RM500 juta melalui anak-anak syarikat di Malaysia untuk membina sebuah pusat membeli-belah di i -City Shah Alam- satu langkah yang dijangka akan menjadikan Shah Alam sebuah syurga membeli-belah baru di rantau ini.

Kerajaan negeri Selangor komited untuk menguruskan aset negeri dan sumber-sumbernya yang diamanahkan oleh rakyat untuk kebaikan rakyat khususnya untuk membantu rakyat Selangor yang terpinggir dan kurang bernasib baik selaras dengan agenda Merakyatkan Ekonomi Selangor.

YAB TAN SRI DATO' SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO' MENTERI BESAR SELANGOR

Jangan sanjung penjenayah!

Posted: 22 Sep 2013 06:35 AM PDT




Oleh Subky Latif


Pemangku Sultan Perak, Raja Nazrin Shah telah bertitah betul apabila baginda mengingat supaya masyarakat jangan menyanjung penjenayah sekalipun penjenayah menyumbang banyak jasa.

Masyarakat lazimnya tidak akan bersimpati dengan kongsi gelap kerana kongsi gelap, tiada lain kerjanya selain membunuh, menyamun, merompak dan lain-lain.

Tetapi masyarakat kadang-kadang keliru dengan penjenayah yang merompak bank dan orang kaya dan menggunakan sebahagian hasil rompakan itu untuk membantu orang miskin seperti yang dilakukan oleh Robin Hood misalnya.

Mungkin Robin Hood merompak dan membunuh orang-orang jahat seperti Ah Long, Ali Baba, Tokeh pelacur dan lain-lain yang sememangnya penjenayah juga yang semuanya tidak berperi kemanusiaan. Tetapi Robin Hood walau pun menyamun tetapi berperi kemanusiaan. Maka orang yang keliru memuji Robin Hood.

Pernah di Malayia ada penjenayah yang mengikut jejak Robin Hood satu masa dulu terkenal dengan panggilan Botak Chin. Dia pun merompak dan membagikan sebahagian hasil rompakan kepada orang susah. Ramailah yang memuji Botak Chin tetapi dia penjenayah nekad yang bermurah hati.

Penjenayah adalah satu nama lagi bagi ahli maksiat. Bagi orang awam, ahli maksiat ialah melanggar hukum agama sedang penjenayah melanggar undang-undang negeri. Padahal yang melanggar undang-undang penal kod itu ahli maksiat juga.

Orang yang membuat maksiat adalah orang berdosa dan orang ini tidak wajar dipuji kerana memujinya seolah-olah menggalakkan mereka terus maksiat. Mereka akan rasa diri mereka disukai orang.

Tiada masyarakat Islam memuliakan ahli maksiat dan tiada masyarakat toleren dengan perompak hatta yang dipanggil panjang tangan. Orang tak terima penyamun jadi menantu dan hendak berbesan dengan ahli maksiat pun tak mahu sekalipun anaknya baik.

Kecualilah masyarakat mengetahui taubatnya. Orang taubat kita kena muliakan. Kalau Tuhan memuliakan orang taubat, tidak bolehlah manusia tidak boleh memaafkannya. Walaupun dia dimaafkan tetapi jenayah dulunya tidak pula wajar kita banggakan. Cuma kita jangan sebut lagi tentang jahatnya dulu sesudah dia taubat.

Satu contoh yang kita kena menungkan ialah Ketua Polis Negara yang memukul bekas Timbalan Perdana Menteri hingga separuh mati. Ketua polis itu disabitkan jenayahnya dan dikenakan tindakan.

Tetapi sekarang media memberi tempat kepadanya. Dia seperti juru cakap masyarakat pula tentang berbagai isu. Dia bercakap banyak tentang jenayah kongsi gelap seolah-olah dia tidak pernah dikenakan tindakan memukul orang.

Adakah layanan baik yang media beri kepada orang yang pernah dihukum itu, boleh dikira menyanjung penjenayah seperti yang dititah baginda di Perak itu?

Atau adakah media yang memberi ruang kepada individu seperti itu antara pihak yang disindir oleh Raja Muda itu?

Apapun ramai penjenayah yang berkeliaran merompak harta negara dan melakukan kemungkaran besar tetapi tidak dihukum atau dikenakan tindakan, pertama tidak cukup bukti mensabitnya, atau tidak disiasat dan didakwa kerana kuasanya hebat atau kalau didakwa tidak dikemukakan saksi penting hingga payah menghukumnya.

Apakah tidak menghukum orang seperti itu termasuk dalam tindakan menyanjung penjenayah. Logiknya, polis enggan menyiasat dan jabatan peguam negara enggan mendakwa, mereka orang yang memuliakan jenayah dan maksiat.

Tengku Razaleigh Belum Habis Fikir Untuk Tentang Najib

Posted: 22 Sep 2013 06:31 AM PDT

MSO

 
Mukhriz Mahathir seperti mana diduga telah mengesahkan untuk bertanding merebut jawatan Naib Presiden Umno. Pengesahan Mukhriz ini menjadi tiga pencabar naib sekarang ini, Mohd Isa Samad dan seorang lagi Mohd Alim Rustam.

Hari ini Najib Razak dan Muhyiddin Yassin juga mengumumkan akan mengekalkan kedudukan masing-masing. Masih menjadi tanda tanya apakah kedudukan Najib sebagai Presiden Umno akan dicabar atau tidak.

Orang yang sebelum ini digambarkan akan mencabar Najib, Tengku Razaleigh Hamzah masih diam membisu. Tidak ada liputan terbaru terhadap ahli Parlimen itu selepas beliau memanggil sidang akbar khas di rumahnya baru-baru ini untuk bercakap dan mengomen beberapa isu. yang dikirasa sebagai test merket.

Sama ada Tengku Razaleigh akan landa Najib atau tidak ia akan terjawab pada Sabtu nanti apabila hari terakhir untuk serah borang pencalonan berakhir hari itu.

Dalam pada itu yang pastinya untuk kerusi Ketua Umno Gua Musang, Tengku Razaleigh dicabar oleh ketua pemudanya Bazlan Abdul Rahman. Cabaran Razalan itu mungkin oleh membuka selera untuk Tengku Razaleigh mencabar Najib.

Kalau Bazlan yang boleh dianggap cucu kepadanya dalam politik, kenapa tidak Tengku Razaleigh mencabar Najib yang boleh dianggap sebagai anaknya? Adalah menarik kalau Tengku Razaleigh mencabar Najib kalaupun bukan untuk menang tetapi menguji sejauh mana sistem baru yang tidak mengenakan kouta ini berkesan

Naib Presiden - Antara Restu Najib Dan Restu Mahathir

Posted: 22 Sep 2013 06:21 AM PDT



Oleh Shahbudin Husin


Kehadiran ketiga-tiga penyandang jawatan Naib Presiden UMNO, Zahid Hamidi, Hishammuddin dan Shafie Apdal secara bersama dan serentak di hari penamaan calon pemilihan MT UMNO hari ini, tidak diragui lagi merupakan isyarat yang jelas bahawa mereka ini akan berpakat dan saling bergandingan tangan antara satu sama lain.

Walaupun tindakan berpakat itu cuba dinafikan tetapi ia terlihat sukar untuk disembunyikan.

"Kami sebagai penyandang secara bersungguh-sungguh akan mengekalkan jawatan untuk mendokong parti. Kami ada keserasian dan saling mengenali antara satu sama lain," demikian kata Shafie Apdal.

Zahid pula berkata, ketiga-tiga mereka mempunyai keyakinan untuk terus mempertahankan jawatan dan menyifatkan kehadiran Mukhriz sebagai pencabar yang disifatkan mewakili kehendak golongan muda bukanlah suatu masalah dan biarlah perwakilan yang menentukannya.

"Pasal Mukhriz, kami berfikiran terbuka dan berlapang dada. Sebagai penyandang, kami pasrah," kata Zahid lagi.

Hishammuddin dalam nada yang hampir serupa berkata, proses pemilihan kali ini adalah ujian kepada demokrasi dan ramalan yang yang mengatakan salah seorang daripada mereka akan tewas berikutan kehadiran Mukhriz, sama-sekali tidak menggugat keyakinan mereka bertiga untuk mempertahankan jawatan itu.

Di PWTC hari ini, dilaporkan juga ketiga-tiga penyandang itu bukan saja hadir dan mengemukakan borang secara bersama, malah kemudian meninjau pusat penamaan calon juga bersama, sambil bergurau-senda untuk memperlihatkan keakraban mereka.

Ia sekaligus menjadi percakapan bahawa mereka bertindak demikian sebagai menghantar isyarat kepada para perwakilan UMNO, bukan saja tentang kesepakatan antara mereka tetapi juga sebagai pilihan yang dikehendaki dan direstui oleh Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Najib Razak.

Kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang ini bukan saja untuk mempertahankan kedudukan masing-masing tetapi juga sebenarnya untuk menyekat kemaraan Mukhriz daripada memenangi salah satu kerusi Naib Presiden itu.

Najib sebelum ini dilaporkan mahu status quo Naib Presiden UMNO yang sedang disandang oleh Zahid, Hishammuddin dan Shafie dikekalkan dalam pemilihan 19 Oktober depan kerana berpuas hati dengan prestasi mereka, di samping ketiga-tiga mereka juga dianggap sebagai "penurut perintah paling setia" dan mampu berada di barisan paling hadapan untuk mempertahankan kedudukan Najib.

Selain itu, dengan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden hampir pasti tidak ditandingi, Najib juga mahu menonjolkan dirinya sebagai pemimpin yang masih mampu mengawal UMNO dan sebab itu beliau mahukan ketiga-tiga penyandang Naib Presiden yang ada dikekalkan.

Apabila Mukhriz mahu bertanding, Zahid lantas menyarankan agar anak Mahathir itu pergi mendapatkan nasihat daripada Najib terlebih dahulu sebelum membuat sebarang keputusan. Najib juga dilaporkan tidak begitu gembira dengan keputusan Mukhriz mahu bertanding dan telah memanggil Mukhriz ke pejabatnya untuk memberi nasihat berkenaan perkara itu.

Namun demikian, dilaporkan bahawa dalam pertemuan itu, Mukhriz telah meminta maaf kepada Najib kerana tidak dapat mematuhi nasihat Presiden UMNO agar jangan bertanding Naib Presiden UMNO, sebaliknya menyatakan keinginan untuk terus bertanding berdasarkan sokongan dan respon yang diterimanya.

Khamis lalu, Mukhriz akhirnya mengumumkan hasratnya bertanding Naib Presiden UMNO dengan slogan "Berani Berubah". Sehingga hari ini juga, Mukhriz tidak bercakap mengenai nasihat dan restu daripada Najib kepadanya, sebaliknya hanya berkata, keputusannya bertanding mendapat restu daripadanya bapanya, Mahathir Mohamad.

Dengan pertandingan Naib Presiden UMNO kali ini menjadi enam penjuru dengan penyertaan Isa Samad dan Ali Rustam, gambarannya ialah ketiga-tiga penyandang mendapat restu daripada Najib selaku Presiden UMNO dan Perdana Menteri, Mukhriz mendapat restu daripada Mahathir, bekas Presiden UMNO dan Perdana Menteri tetapi masih lagi berpengaruh manakala Isa dan Ali, mungkin hanya bersandarkan restu diri sendiri sahaja.

Sekiranya dengan kesepakatan yang ditunjukkan oleh ketiga-tiga penyandang ini mereka terus kekal, bermakna restu Presiden masih ada harganya tetapi sekiranya seorang atau lebih daripadanya yang tewas, ia akan memberi erti bahawa restu Najib tidaklah lagi sekuat restu Mahathir.

Jika Mukhriz berjaya mendapat undi tertinggi pula, isyaratnya restu Najib tidak membawa apa-apa makna lagi.

Sementara menunggu keputusan pada 19 Oktober untuk mengetahui restu siapakah yang paling "power", tempoh kempen selama hampir sebulan untuk perebutan jawatan Naib Presiden UMNO kali ini tentunya menjanjikan kehangatan yang luar biasa tetapi yang pastinya juga, UMNO akan terus sarat dengan pergelutan, perebutan dan persaingan untuk tahun-tahun yang seterusnya.

Lebih-lebih lagi jika Mahathir terus sihat dan panjang umurnya.

Saksi dedah video bukti “beli pengundi”

Posted: 22 Sep 2013 06:14 AM PDT


Akmal Nasir. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013. 
Akmal Nasir. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim


Seorang saksi di Tribunal Rakyat anjuran Bersih 2.0 hari ini mendedahkan bukti video pengundi dibayar untuk mengundi Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Video yang didakwa diambil di Libaran itu menunjukkan ketua kampung di kawasan berkenaan menyerahkan wang tunai RM200 kepada pengundi selepas mereka mengangkat sumpah akan mengundi BN.

 "Berdasarkan pengamatan saya, video ini menunjukkan ketua kampung memberi duit kepada pengundi dan meminta mereka bersumpah untuk mengundi BN," kata Akmal Nasir, Pengarah Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan, kepada panel tribunal yang sedang bersidang di Subang Jaya.

Video berkenaan turut menunjukkan ketua kampung berkenaan menyemak senarai nama pengundi berdaftar di kawasannya sebelum menyerahkan wang tersebut.

Akmal juga berkata, pihaknya telah menerima 1,705 rungutan berkenaan salah laku pilihan raya sepanjang mengendalikan perkara itu.

Pihaknya juga mendapati, lebih 1,000 rungutan juga diterima daripada orang awam berhubung kegagalan dakwat kekal ketika Pilihan Raya 2013 berlangsung.

"Kesemua laporan berhubung dakwat kekal lengkap dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negara," katanya.

Tribunal Rakyat yang berlangsung 18 September lalu berkemungkinan akan berakhir hari ini.

Antara yang dijangka memberikan testimoni mereka hari ini adalah termasuk bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan.

[TRIBUNAL RAKYAT] Umno BN Salahguna Harta Kerajaan Semasa PRU13

Posted: 22 Sep 2013 05:32 AM PDT

 
KELAB GREENBOC
 
 
Umno-BN didapati menyalahguna kuasa sebagai Kerajaan sementara apabila menggunakan tiga kenderaan milik Jabatan Penerangan semasa majlis perasmian pusat operasi pilihan raya di Parlimen Batu, Kuala Lumpur, 7 April lalu.

Perkara itu didedahkan petugas media, Koh Jun Lin sebagai saksi dalam Tribunal Rakyat berkaitan Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) di Hotel Empire, di sini hari ini.

Koh yang juga bertugas sebagai wartawan portal Malaysia Kini berkata, beliau cuba mendapatkan ulasan rasmi daripada pihak pengajur mengenai kemungkinan salah guna jentera kerajaan itu semasa berkempen, namun ditolak.

"Saya dibawa berjumpa dengan seorang individu yang dipercayai penganjur acara itu bernama Kapten Suhaimi Yahya untuk mendapatkan penjelasan.

"Saya hampir dikasari petugas di situ yang mengarahkan saya balik dan jangan membuat kacau di sini, manakala Suhaimi pula berpaling kepada saya dan mengatakan, saya tidak lepuk kamu sudah baguslah," katanya.

Mengulas lanjut, Koh berkata, kenderaan berkenaan melibatkan satu van dan dua SUV, di mana salah satu daripadanya dilengkapi pembesar suara di bahagian bumbung untuk menyiar ucapan perasmian Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin semasa majlis itu.

"Selain tiga kenderaan itu, saya juga dapat melihat beberapa harta kerajaan seperti mikrofon dan alat pembesar suara menggunakan logo Jabatan Penerangan turut digunakan," katanya.

Seorang lagi saksi, Alfian Zohri Mohd Tahir yang menjadi sukarelawan Pemantau dalam pilihan raya lalu berkata, insiden sama (penggunaan jentera kerajaan) turut dikenalpasti digunakan dalam kempen BN di kawasan Tebrau.

Beliau berkata, hampir 10 buah bas tertera logo Pusat Khidmat Latihan Negara (PLKN) digunakan jentera BN untuk menghadiri sebuah majlis keramaian bersama Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

"Majlis itu turut dihadiri pimpinan BN lain seperti Datuk Seri Khaled Nordin dan Dr Chua Soi Lek.

"Selain menggunakan jentera kerajaan, beberapa buah kain rentang yang menghina pihak lawan (Pakatan Rakyat) turut digantung di kawasan Tebrau selain pengedaran risalah berbaur perkauman kepada orang ramai," katanya. -selangorku

Utusan dakwa The Malaysian Insider biadab, mesra komunis

Posted: 22 Sep 2013 05:28 AM PDT

THE MALAYSIAN INSIDER
 





















Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari menyelar The Malaysian Insider, mengatakan portal berita itu biadab dan mesra kepada fahaman komunisme.

Kolumnis Ku Seman Ku Hussain hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan kepada The Malaysian Insider yang diluluskan "permit penerbitannya" dan seakan-akan "diberi keistimewaan" untuk bertindak biadab dan menjadi petualang menggugat aspirasi kebangsaan.

"Dalam rencana yang disiarkan pada 20 September ini di bawah tajuk Chin Peng as hero, say former Thai general, Malaysian Insider mewirakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang membunuh beribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan," tulis Ku Seman dalam artikelnya bertajuk Malaysian Insider diberi keistimewaan?.

 "Portal ini mesti diambil tindakan bukan kerana menyokong pembangkang. Mereka bebas untuk menyokong fahaman politik tertentu dan kerajaan telah membuktikan sikap yang adil apabila meluluskan permit penerbitannya," tambahnya.

Menurut Ku Seman, The Malaysian Insider melakukan pembohongan dengan memutarbelitkan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan 13 September lalu.

"Najib menyeru supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan berlaku adil kepada Kumpulan Utusan dari segi pembelian iklan.

"Tetapi Malaysian Insider melaporkan Najib meminta GLC membantu membayar saman-saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan," katanya.

Menurut Ku Seman, The Malaysian Insider menyalahgunakan dasar kerajaan yang lebih terbuka kepada media.

"Hingga kini janji pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat belum ditunjukkan.

"Kalau menyiasat apakah hasil siasatan itu? Kenapa mengambil masa yang terlalu lama seolah-olah menunggu kucing bertanduk baru hendak tampil dengan hasil siasatan?" soal beliau.

Ku Seman turut mempersoalkan liputan The Malaysian Insider semasa tercetusnya kontroversi kalimah Arab Allah dan mendakwa portal berita itu melaga-lagakan umat Islam dan Kristian.

"Ketika tercetusnya isu kalimah Allah yang mahu digunakan dalam Bible bahasa Melayu, pihak Jabatan Agama Islam mengeluarkan khutbah Jumaat yang menyeru supaya umat Islam memelihara kesucian kalimah itu.

"Tetapi Malaysian Insider bertindak biadab dengan menyiarkan bantahan daripada paderi Kristian terhadap khutbah Jumaat berkenaan. Bukankah ini bertujuan melaga-lagakan antara Islam dan bukan Islam di negara ini?" katanya.

Ku Seman turut mengatakan The Malaysian Insider tidak pernah menghentam dasar-dasar cauvinis Cina dalam pembangkang.

"Malaysian Insider mesti membezakan antara sokongan kepada fahaman politik tertentu dengan aspirasi kebangsaan.

"Yang ditunjukkan oleh Malaysian Insider selama ini adalah bertentangan dengan aspirasi kebangsaan terutama dalam isu orang Melayu dan agama Islam," katanya.

Kerajaan Pakatan Pulau Pinang beri RM40,000 setahun kepada Adun BN

Posted: 22 Sep 2013 05:11 AM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK























Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai tahun depan menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar).

Menurut Lim, keputusan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu pada Rabu dan telah diluluskan secara prinsip.

"Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang dengan tambahan undi popular sebanyak 10% dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, Adun PR terdiri daripada 30 orang ahli dan Adun Umno seramai 10 orang.

 "Kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka melakukan kerja sambil menerima peruntukan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telah ditolak dengan begitu angkuh oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Lim menggesa Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak mengikut standard operasi yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan.

Katanya, keengganan Adun Umno bekerjasama dengan kerajaan PR melihatkan sikap lepas tangan pemimpin tersebut.

"Kelakuan mereka selari dengan sikap konfrontasi yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno terhadap PR sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaung-laungkan semangat pendamaian nasional.

"PR mengamalkan sikap terbuka menghormati prinsip semangat demokrasi yang bertindak adil kepada semua bangsa dan agama tanpa berdiskriminasi di antara penyokong BN dan PR. Bantuan kerajaan negeri PR diberikan kepada semua berdasarkan keperluan.

Oleh itu sebagai perbezaan dengan konfrontasi kebangsaan yang diamalkan oleh BN, PR memutuskan untuk membenarkan RM40,000 pembangunan projek kecil setahun kepada 10 Adun pembangkang Umno di Pulau Pinang mulai 2014 mengikut mekanisma ketat yang ditetapkan, tambah setiausaha agung DAP itu lagi

Buku kaitkan DAP dengan 13 Mei diedar, kata saksi Tribunal Rakyat

Posted: 22 Sep 2013 05:09 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.Calon DAP dakwa risalah perkauman membanjiri kampung. Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,






















Buku kecil berunsur perkauman yang mengaitkan DAP dengan tragedi berdarah 13 Mei didakwa diedarkan di kawasan perkampungan di Labis, Johor ketika Pilihan Raya 2013 lalu, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.
Calon DAP bagi kerusi Parlimen Labis, S. Ramakrishnan dalam keterangan yang diberikan ketika tribunal berlangsung berkata buku berkenaan diedarkan dengan perkataan perkauman yang menunjukkan seolah-olah DAP sebuah parti perkauman.

"Ada buku kecil yang diedarkan ke kawasan kampung yang berniat jahat mengaitkan 13 Mei dengan DAP," kata Ramakrishnan kepada panel Tribunal Rakyat.

 Salah seorang panel, Dr Mavis Puthucheary bagaimanapun berkata meskipun wujud perkara demikian, persoalannya mereka tidak tahu siapa yang bertanggungjawab.

"Kita tak tahu siapa yang buat. Memang ia melanggar peraturan pilihan raya, tapi siapa kita nak salahkan?" soalnya.

Parlimen Labis dimenangi oleh calon Barisan Nasional Datuk Chua Tee Yong apabila berjaya menewaskan Ramakrishnan.

Tribunal yang bermula 18 September lalu turut menampilkan pakar undang-undang Perlembagaan dan Ketua Penasihat Perlembagaan Unit Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nepal, Yash Pal Ghai sebagai pengerusi.

Selain itu, panel antarabangsa yang turut terbabit iaitu bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan

Wakil Malaysia dalam Tribunal Bersih ialah bekas pegawai diplomatik dan pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia.

Chin Peng dijangka “menghantui” Parlimen esok

Posted: 22 Sep 2013 05:05 AM PDT

OLEH EILEEN NG
















Sidang Parlimen akan bersambung untuk sesi kedua esok dijangka hangat dengan kemelut isu kematian pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng yang masih menjadi pertikaian dikalangan Ahli Parlimen kerana ada yang menggesa supaya abu mendiang dikebumikan di Malaysia serta ramai juga menentang.

Kehadiran beberapa pemimpin pembangkang yang melawat mendiang Chin Peng di Bangkok akan menjadi modal ahli parlimen dalam Kelab Penyokong Barisan Nasional (BNBBC) untuk mengaitkan DAP sebagai proksi kepada parti komunis.

Beberapa pemimpin pembangkang Pakatan Rakyat (PR) yang ditemui di Bangkok berkata lawatan mereka adalah atas urusan peribadi.

Ahli Parlimen Klang, Charles Santiago (gambar) berkata lawatannya ke kuil itu secara kebetulan selepas menghadiri mesyuarat dengan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan mengambil kesempatan tersebut untuk singgah sebentar.

Beliau singgah di kuil dan berada dalam dewan di mana keranda mendiang Chin Peng ditempatkan, menurut laporan The Star Online semalam.

Turut kelihatan hadir memberi penghormatan adalah ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor dan bekas Senator S. Ramakrishnan, ahli Exco Aliran Sarajun Hoda, ahli Parlimen Jelutong Jeff Ooi dan ahli Parlimen Batu Chua Tian Chang atau dikenali sebagai Tian Chua.

Perkembangan ini bakal memeningkan menteri bertanggungjawab mengendalikan sidang Parlimen, Datuk Seri Shahidan Kassim yang mengharapkan sesi kali ini berlangsung dengan lebih aman.

"Saya berharap Dewan akan terus aman," kata beliau kepada wartawan dalam sebuah majlis minggu lalu.
Bagaimanapun, Shahidan juga bakal menjadi tumpuan selepas anak perempuannya dilaporkan telah bekerja dengan beliau dengan "jawatan kerajaan yang digazetkan", walaupun peraturan menghalang sesebuah jawatan tidak boleh dipegang oleh ahli keluarga.

Isu Chin Peng bukan satu-satunya fokus sepanjang sebulan ini di Malaysia.

Ahli Parlimen dijangka membangkitkan isu-isu seperti di Sekolah Kebangsaan Sri Pristina, pampasan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) oleh Putrajaya, pemotongan subsidi minyak, agenda Ekonomi Bumiputera dan juga Tribunal Rakyat yang mendedahkan pelbagai salah laku semasa pilihan raya umum lalu.

Peningkatan jenayah ganas, yang menyaksikan pembunuhan pengasas Arab Malaysia Bank, Hussain Ahmad Najadi, selain insiden-insiden jenayah lain akan menjadi tumpuan untuk menentukan keperluan menghidupkan semula undang -undang pencegahan untuk mengatasi masalah jenayah.

Kedua-dua belah pihak dijangka menekan butang merah terhadap isu-isu yang menjadi kebimbangan rakyat Malaysia.

"Memandangkan kami tidak boleh berbincang dengan mudah kali ini kerana topik sangat terikat dengan debat dalam Bil, dijangka ahli Parlimen akan cuba mencelah sama ada semasa soal jawab atapun semasa debat sedang berlangsung," kata ahli Parlimen DAP dari Kulai, Liew Chin Tong.

Susulan masa mesyuarat pendek, hanya satu debat akan berlangsung iaitu Bil Tambahan Perbekalan, bagi mendapatkan kelulusan Parlimen untuk tambahan peruntukan kerajaan.

Dua Akta lain berkaitan dengan undang-undang profesion (Akta Undang-Undang Profesion 1976 dan Akta Profesion Guaman (Pindaan) 2012) juga akan termasuk dalam pindaan.

Bagaimanapun, tiada petanda bil yang menjadi bualan ramai untuk memperkenalkan undang-undang pencegahan baru, seperti yang dijanjikan oleh Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Satu lagi tumpuan adalah penubuhan Jawatankuasa Kira-Kira Awam (PAC), dimana peranannya untuk mengkaji kewangan negara dan pengagihan peruntukan yang diluluskan Parlimen mencapai sasaran perbelanjaan dan lain-lain perkara yang berkaitan.

Diketuai oleh ahli Parlimen tiga penggal dari Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed, PAC akan akan mengumumkan 14 ahli jawatankuasa yang terdiri 9 daripada BN dan 5 daripada wakil pembangkang.

Senarai calon telah dihantar kepada jawatankuasa hak parlimen (PSC) untuk kelulusan.

PAC akan membuat pendedahan pertamanya melibatkan kekayaan yang dimiliki Khazanah Nasional dan peranannya dalam perjanjian perkongsian gagal antara MAS-AirAsia.

Ahli Parlimen Bentong Datuk Seri Liow Tiong Lai berkata beliau teruja untuk terlibat secara aktif dalam sesi kali ini, di mana isu-isu seperti jenayah, ekonomi dan keselamatan akan menjadi topik fokus.

"Semua ini adalah keutamaan orang ramai dan menjadi tanggungjawab kami untuk bangkitkannya," kata beliau.

SPR di kawal kerajaan, kata Ambiga

Posted: 22 Sep 2013 05:02 AM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

SPR dikawal kerajaan, kata Ambiga. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim, 22 September, 2013.SPR dikawal kerajaan, kata Ambiga. - Gambar The Malaysian Insider oleh Afif Abd Halim,


















Pengerusi Bersama Bersih Datuk Ambiga Sreenevasan berkata Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) bertindak di bawah kuasa Putrajaya, sedangkan badan berkenaan sepatutnya bertindak sebagai sebuah badan bebas.

Ambiga ketika memberi keterangan sebagai saksi terakhir Tribunal Rakyat di Subang Jaya hari ini menegaskan, badan pengendali pilihan raya itu juga mengambil pendirian partisan ketika mengeluarkan kenyataan.

"SPR umpama bertindak atas arahan Putrajaya ... saya ada masalah dengan suruhanjaya yang tidak menerangkan dengan jelas setiap isu yang berlaku.

 "Mereka tidak berbuat apa-apa apabila wujud isu berkaitan pilihan raya," kata pemimpin gabungan 84 badan bukan kerajaan itu kepada panel.

Antara isu yang dibangkitkan Ambiga adalah masalah Daftar Pemilih yang tidak selari dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN), dakwat kekal yang tidak kekal, isu pengundi hantu dan sebagainya.

"SPR seharusnya menasihati Putrajaya, bukan menurut arahan kerajaan," kata Ambiga.

"Mereka perlu menjadi badan yang betul-betul bebas memandangkan mereka menguruskan pemilihan antara parti politik yang akan menjadi kerajaan," katanya lagi.

Selain itu, sikap pemimpin SPR seperti Timbalan Pengerusi Datuk Wan Ahmad Wan Omar juga turut dipersoalkan tribunal memandangkan kenyataan beliau yang sering mengkritik pembangkang.

"Tangan mereka (SPR) umpama terikat," kata Ambiga.

Salah seorang panel, Prof Madya Dr Mavis Puthucheary bagaimanapun mencelah, dan menuntut agar tribunal berkenaan fokus kepada penambahbaikan struktur SPR, dan bukan hanya melihat kepada kelemahan anggotanya.

"Saya percaya SPR berat kepada mana-mana parti kerana kerajaan telah memerintah sangat lama.
"Tapi peranan kita bukan untuk mengkritik SPR tetapi memperbaiki sistem. Mungkin tangan mereka terikat," katanya, yang juga merupakan bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya.

Ambiga merupakan saksi terakhir hari ini sejak tribunal bermula pada 18 September lalu.

Selain beliau, bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad turut memberi keterangan kepada Tribunal Rakyat hari ini.

Ambiga bagaimanapun berkata dalam keterangannya merujuk kepada peruntukan Perlembagaan, jawatan tertinggi SPR bagaimanapun sukar untuk ditukar kerana mereka dilantik oleh Yang DiPertuan Agong, dan mempunyai kuasa seumpama hakim.

Turut kelihatan sepanjang Tribunal Rakyat berlangsung adalah Pengerusi Bersama Bersih Datuk A Samad Said.

Fathul Bari boleh menangis, masih terhangat

Posted: 21 Sep 2013 10:45 PM PDT

Harakahdaily,  



KUALA LUMPUR: Komen terhadap Fathul Bari yang menyatakan kenaikan harga barang adalah ketentuan Allah oleh Dr Asri Zainul Abidin terus mengungguli carta artikel pilihan pembaca Facebook dan Twitter Harakahdaily bagi minggu ke-38.

Berita bahawa artikel bertajuk "Fathul Bari boleh menangis baca status ini" menjadi artikel paling dibaca bagi minggu ke 37 telah menjuarai carta di minggu ke 38.

Artikel itu menewaskan berita Morsi bertajuk "Gambar Mursi terkini tersebar. Allahuakbar" dan berita "SPRM rampas 10 kenderaan mewah pembantu bekas menteri" yang menduduki tempat kedua dan ketiga.

Berikut ialah 10 artikel pilihan pembaca Harakahdaily bagi minggu 15 hingga 21 Sept.

1

2

3

4

5

6

7

8

9

10

Jumlah lelaki melebihi wanita di Malaysia

Posted: 21 Sep 2013 10:43 PM PDT

Ahmad Tajdid,
 

SHAH ALAM: Fakta ini mungkin mengakibatkan sebahagian lelaki termenung panjang. Statistik terbaru menunjukkan bilangan lelaki melebihi wanita di negara ini dengan nisbah 106 berbanding 100 (106:100), dedah Pengerusi Pembangunan Sosial Ikram, Prof Madya Dr Harlina Halizah Siraj.

Malah menurut beliau, bilangan wanita  hanya melebihi lelaki di dua negeri iaitu Perlis dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dr Harlina membentangkan kertas kerja bertajuk 'Kekangan kewangan dan fenomena kahwin lambat dalam kalangan golongan muslim Malaysia'  pada Seminar Maqasid Syariah Kebangsaan  anjuran Persatuan Ulama' Malaysia, dekat sini, petang semalam.

Beliau menambah, purata  jangka hayat kaum lelaki di negara ini adalah di antara 72 hingga 75 tahun manakala bagi perempuan 76 tahun.

Menyentuh tentang isu kahwin lambat di kalangan muslim di negara ini, beliau berkata 2.5 juta  rakyat Malaysia berumur 25 tahun ke atas (16.7 peratus) tidak berkahwin di atas beberapa sebab.

Antara faktor penyumbang fenomena ini adalah masalah kewangan, tiada calon sesuai, kemajuan kerjaya, selesa hidup membujang dan komitmen kepada keluarga.

Berdasarkan pecahan gender, 44.7 peratus lelaki tidak berkahwin ekoran masalah kewangan berbanding wanita (14 peratus), tiada calon sesuai (19.3 peratus lelaki, 40 peratus perempuan), kemajuan kerjaya (12.8 peratus lelaki dan 8.4 peratus perempuan),  selesa hidup membujang (8.4 peratus perempuan) dan komitmen terhadap keluarga (7.4 peratus bagi lelaki dan wanita).

Pensyarah Fakulti Perubatan UKM itu juga melahirkan kegusaran terhadap trend perbelanjaan tinggi bagi melangsungkan perkahwinan yang menjadi punca utama kahwin lambat di kalangan remaja muslim.

Pakej lengkap perkahwinan biasa kini mencecah RM25,500 merangkumi khidmat katering (penyediaan makanan), andaman dan fotografi.

"Malah ada laman portal yang mengkategorikan belanja perkahwinan kepada tiga iaitu RM11,000 bagi kos rendah, RM20,800 bagi kos sederhana dan RM50,000 bagi kos tinggi," ujarnya.

Fenomena kahwin lambat, jelas  Dr Harlina boleh mengakibat penurunan kadar kesuburan di kalangan pasangan yang berkahwin memandangkan puncak 'kesuburan  wanita'  adalah pada umur 25 tahun dan menurun secara berkadaran selepas itu.

Daripada kajian yang dibuat, 30 peratus masalah kesuburan terletak kepada wanita, 30 peratus  kepada lelaki, 30 peratus kepada pasangan lelaki dan wanita manakala 10 peratus lagi tidak diketahui punca.

"Orang lelaki yang merokok paling berisiko mandul kerana ia menjejaskan kesuburan sperma," katanya disambut reaksi bercampur peserta seminar.

Kahwin lambat juga, tambah Naib Ketua Wanita Ikram itu menyumbang kepada gejala sosial seperti zina.

Statistik menunjukkan dari tahun 2007 hingga 2009, terdapat 17,303 anak tidak sah taraf berbangsa Melayu didaftarkan di negara ini.

Bagi mengatasi masalah kahwin lambat, Dr Harlina mencadangkan kempen dilaksanakan bagi menggalakkan remaja untuk berkahwin seperti firman Allah dalam ayat ke-32 Surah An-Nur.

Ibu bapa juga, tambah beliau perlu berperanan membantu anak-anak untuk melangsung perkahwinan (seperti mengurangkan kos hantaran  perkahwinan) di samping insentif kewangan diberikan kepada pasangan muda yang berkahwin buat kali pertama oleh kerajaan dan institusi Islam.

"Majlis perkahwinan beramai-ramai juga boleh dilaksanakan seperti  dilanjurkan Ikram Kajang baru-baru ini ," saran beliau.

Kerajaan PR S'gor tunai janji beri geran tanah

Posted: 21 Sep 2013 10:38 PM PDT

Selangorku,
 






SUNGAI BULOH: Seramai 90 orang penduduk Kampung Matang Jaya, Paya Jaras berasa teruja kerana penantian puluhan tahun untuk memiliki geran tanah bakal ditunaikan Kerajaan Negeri.

Seorang penduduk, Manimegalaen,35, (kiri) berkata beliau amat terharu tanah yang diduduki selama lebih 20 tahun bakal menjadi miliknya.

"Akhirnya impian saya untuk memiliki geran tanah sendiri selepas segala urusan pada pagi ini selesai, terus-terang saya merasa sangat-sangat gembira kerana sudah menunggu bagi tempoh yang lama untuk memilikinya," katanya.

Bagi Rajasami, 67, (kanan) pula berkata usaha Kerajaan Negeri memberikan hak milikan kepada penduduk wajib dipuji kerana ia membuktikan kepedulian pentadbiran Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

"Saya ingin ucapkan terima kasih khusus kepada Kerajaan Negeri dan Tan Sri kerana membuktikan bahawa Kerajaan Negeri pimpinan beliau sentiasa mengutamakan kehendak rakyat yang selama ini dipinggirkan kerajaan sebelumnya," katanya.

Manimegalaen dan Rajasami ditemui ketika menyelesaikan urusan pemilikan geran tanah yang diuruskan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) bersama firma guaman yang terlibat di Dewan Orang Ramai Kampung Matang Pagar dekat sini, hari ini.

Sementara itu, Ahmad Safie, 41 (kiri) berpendapat jumlah bayaran premium RM1,000 yang dikenakan Kerajaan Negeri adalah tidak membebankan rakyat yang ingin memiliki geran tanah sendiri.

"Biarpun belum selesai lagi prosesnya, saya rasa jika perlu dibayar RM1,000 pun saya sanggup kerana ia masih berpatutan dan saya percaya penduduk lain juga sependapat dengan saya," katanya.

Penolong Pegawai Tadbir PKNS, Ismarazi Ismail berkata urusan pengambilalihan geran tanah ini mempunyai beberapa peringkat sebelum penduduk dapat memiliki geran tanah sendiri.

Katanya, PKNS sentiasa membantu bagi melicinkan proses berkenaan dengan bertindak sebagai pengantara diantara penduduk dan firma guaman serta pejabata tanah.

"Tujuan utama program kita hari ini adalah membantu melicinkan proses pemilikan geran tanah supaya penduduk tidak perlu bersusah payah untuk ke firma guaman serta pejabat tanah kerana rata-rata penduduk tidak tahu mengenai kaedah serta prosesnya," katanya.

Dalam pada itu, Ismarazi berkata, semua penduduk berkenaan dijangka dapat memiliki geran tanah sendiri dalam tempoh sebulan selepas semua urusan diselesaikan oleh Pejabat Tanah.

Beli apartmen mewah London dengan duit Felda

Posted: 21 Sep 2013 10:34 PM PDT

Shirzad Lifeboat,




LEBIH kerap dari tidak, kematian dalam Umno tidak membawa makna kepada sesetengah orang.  Ambil  sahaja Isa Samad, bekas Menteri Besar Negeri Sembilan dan bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri.

Setelah dikenakan tindakan disiplin kerana 'politik wang', istilah suam kuku Umno bagi amalan merasuah perwakilan di perhimpunan agung bagi memilih jawatankuasa tertinggi parti, Isa kembali mencuri perhatian media.

Selanjutnya, apa juga kesalahan dalam Umno tidak kira sebesar mana sekalipun, tidak akan memadamkan peluang seseorang untuk kembali hidup dan mencapai kedudukan dalam parti dan seterusnya dalam kerajaan.

Justeru kenyataan klasik bekas Presidennya, 'Melayu mudah lupa' cukup relevan untuk ahli serta pemimpin Umno.  Hal seperti ini mengingatkan kita kepada kenyataan seorang penulis politik veteran ketika menyindir orang Umno dalam buku-buku tulisan beliau betapa orang Melayu (dibaca orang Umno) mempunyai ingatan singkat atau 'short memory'.

Tahun 2009 membuktikan hal ini apabila Isa yang dikenakan tindakan penggantungan keahlian selama tiga tahun (24 Jun 2005 hingga 23 Jun 2008)  dipanggil untuk bertanding kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Bagan Pinang, Negeri Sembilan.

Walaupun pencalonan beliau mendapat kritikan dari sesetengah pemimpin Umno sendiri,  Najib mempunyai sebab tersendiri yang hanya diketahui oleh dirinya dalam memilih Isa sebagai calon walaupun tindakan penggantungan bagi seseorang yang telah menjadi Menteri Besar selama 22 tahun (April 1982 hingga Mac 2004) mencerminkan keseriusan kesalahan yang dilakukan sekaligus tidak lagi layak untuk diletakkan kepercayaan untuk menjawat sesuatu jawatan awam.

Kemenangan Isa di Bagan Pinang menyuntikkan nyawa baru dalam hayat politik beliau.  Walaupun Najib berhati-hati tidak meletakkan Isa kembali ke kerusi Menteri Besar Negeri Sembilan, namun  Perdana Menteri memeranjatkan semua apabila melantik Isa selaku Pengerusi Felda.

Maka setelah dihidupkan semula dari kematian politik apabila terpilih dan muncul sebagai seorang Adun, perlantikannya selaku Pengerusi Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan,  satu-satunya skim pra-Merdeka (Felda ditubuhkan pada 1956) bagi menangani penempatan semula penduduk miskin luar bandar ke kawasan-kawasan baru dibangunkan bagi meningkatkan taraf ekonomi mereka dengan tumpuan khas diberikan untuk tanaman kontan.

Begitulah sejarahnya.  Namun,  sementara umum tidak begitu pasti apakah ekonomi di peringkat rakyat yang bernaung di bawah Felda telah meningkat berkali ganda, atau sebaliknya beranjak secara marginal,  namun apa yang pasti, badan yang diamanahkan untuk menghapuskan kemiskinan mereka kini sudah menjadi pemain besar dalam dunia korporat.

Benar sebelum ini Felda membuat pelaburan di sana sini dalam bidang bersabit aktiviti terasnya.  Tapi sejak Isa mengambil alih tampuk kuasa pengurusan tertingginya, Felda seolah-olah muncul sebagai sebuah lagi penyerang korporat Malaysia dengan mimpi besar.

Tidak lama dulu, dengan dilatarbelakangi pelbagai bantahan dan dari pelbagai pihak, Isa meneruskan keputusannya mengapungkan saham Felda menerusi penubuhan Felda Global Ventures Holdings.

Kini, Isa meneruskan pencapaian mimpi beliau sebagai 'corporate raider' apabila beberapa hari lalu Felda memeterai pembelian Grand Plaza Serviced Apartments di kawasan Bayswater, London.  Menurut laporan sebuah akhbar bisnes tempatan, bangunan plaza mengandungi 198 unit apartment itu dibeli oleh Felda pada harga STG98 juta (RM499.8 juta).

Banyak pemerhati menganggap pembelian hartanah di ibu negara United Kingdom ini adalah sebahagian daripada aktiviti membeli belah yang dilakukan oleh Felda di bawah Isa.  Bulan lalu Felda menguasai saham Idris Corp Bhd pada kos RM110 juta.  Dan sebelum itu, Felda juga telah membeli Grand Borneo Hotel di Kota Kinabalu.

Kurang pasti bagaimana pelaburan ala-korporat ini akan memberikan pulangan setimpal ke atas modal Felda yang telah dikeluarkan dan bagaimana pula ia akhirnya dapat memenuhi aspirasi asal badan tersebut bagi menaikkan taraf ekonomi golongan miskin yang disasarkan menerusi skim ini.

Namun lebih kepada perwatakan seorang ahli politik berbanding penyerang korporat tulen, sudah tentu Isa mempunyai jawapan kepada setiap soalan yang bakal dikemukakan.

PSM, Jerit gesa KP NS bertindak

Posted: 21 Sep 2013 10:29 PM PDT


KL TODAY


SEREMBAN: Ketua Polis Negeri Sembilan, Datuk SAC Osman Salleh digesa mengambil tindakan disiplin terhadap Ketua Balai Polis Mantin, Cif Inspektor Rashid Kasim kerana bertindak kasar dan gagal menjalankan tugas secara profesional. Gesaan itu dibuat Parti Sosialis Malaysia (PSM) dan sebuah pertubuhan bukan kerajaan (NGO), Jaringan Rakyat Tertindas (Jerit) hari ini.

PSM dan Jerit merujuk kepada insiden penangkapan 12 individu termasuk ahli PSM, aktivis Jerit dan penduduk Kampung Hakka, di Mantin pada 12 September lepas.


Setiausaha PSM Seremban, S Tinagaran dalam memorandum yang diserahkan kepada Pegawai Hal Ehwal Awam, Ibu Pejabat Kontinjen (IPK) Polis Negeri Sembilan, Adanan Buayurin meminta Ketua Polis Negeri Sembilan menyiasat dan seterusnya mengambil tindakan yang sewajarnya.


"Saya mewakili PSM, Jerit dan penduduk Kampung Hakka menuntut agar Polis Mantin tidak campur tangan dalam hal masalah tanah antara penduduk kampung dengan pemaju kerana masalah ini masih dalam perbicaraan mahkamah.


"Kami mendesak polis membuat penilaian semula terhadap tuduhan yang disabitkan oleh Ketua Polis Mantin di mana lima aktivis serta tujuh penduduk kampung ditahan dan digari atas satu kesalahan yang tak masuk akal serta tidak munasabah.


"Terdapat salah guna kuasa oleh Ketua Balai Polis Mantin dalam Borang Hak-Hak Orang DiTangkap Seksyen 28A di mana berlakunya penyelewengan butiran pengesahan oleh pegawai penangkap.


"Kami ingin mengutarakan isu-isu secara langsung kepada Ketua Polis Negeri Sembilan memandangkan ada segelintir polis termasuk


Ketua Balai Polis Mantin mempunyai satu persepsi buruk terhadap ahli PSM serta NGO Jerit berdasarkan beberapa insiden sebelum ini dan menggunakan peluang ini untuk membalas dendam.


"Kami juga mendapati, semua siasatan yang dijalankan ini adalah dengan perasaan yang kurang memuaskan dan dengki serta memutuskan bahawa semua tahanan sebagai penceroboh," kata Tinagaran.


Insiden 


Tinagaran berkata terdapat beberapa insiden salah guna kuasa polis yang tidak professional yang Ketua Polis Negeri Sembilan perlu mengambil perhatian dan antaranya adalah:


  • Cara Ketua Balai Polis Mantin Cif Inspektor Rashid Kasim dimana beliau menahan serta menggari sendiri lima aktivis serta tiga penduduk kampung tanpa berunding walaupun kami semua bersedia berunding dengan beliau. (Aduan polis disertakan).

  • Membuat tahanan atas arahan Ketua Balai Polis terhadap empat lagi penduduk kampung di dalam Balai Polis Mantin sedangkan mereka berempat datang ke balai polis untuk membuat laporan polis terhadap insiden yang berlaku pada pagi tersebut. Ini adalah penahanan yang tidak sah. (Aduan polis disertakan).

  • Melakukan siasatan terhadap kesemua 12 tahanan dan memberi layanan seolah-olah seorang penjenayah di mana tangan kami digari sepanjang siasatan, mengambil ujian air kencing, mengambil cap jari keseluruhan dan mengambil beberapa gambar beserta nombor plat. Pihak polis turut mengambil ujian DNA dengan mengugut kami apabila kami tidak bersetuju untuk memberi walaupun ia adalah hak kami. (Kronologi disertakan).

  • Berlakunya penyelewengan butiran dalam Borang Hak-Hak Orang Di tangkap seksyen 28A dimana pengesahan oleh pegawai ditangkap adalah merupakan Mohd Sufian Bin Yusof (Pangkat Koperal) sedangkan kami empat aktivis ditahan dan digari sendiri oleh Ketua Balai Polis Mantin, Inspektor Rashid. (Lampiran disertakan).

Justeru itu, Tinagaran berkata memorandum ini adalah bertujuan untuk mengutarakan isu ini secara langsung kepada Ketua Polis Negeri Sembilan selaku pegawai polis tertinggi di Negeri Sembilan.


"Kami dari PSM menyeru Ketua Polis Negeri Sembilan mengambil tindakan yang sewajarnya terhadap tuntutan yang diutarakan di atas kerana penduduk kampung Hakka hilang kepercayaan terhadap pegawai-pegawai siasatan Balai Polis Mantin serta IPD Nilai terutamanya Ketua Balai Polis Mantin, Inspektor Rashid.


Turut hadir menyerahkan memorandum kepada wakil Ketua Polis Negeri Sembilan ialah Inspektor Adenan ialah beberapa penduduk Kampung Hakka, Mantin dan aktivis Jerit.

'Tuduhan Mahathir tak adil pada Umno'

Posted: 21 Sep 2013 10:21 PM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ketua Pemuda Umno Khairy Jamaluddin berkata, pandangan Tun Dr Mahathir Mohamad bahawa Umno kini hanya berjuang untuk diri sendiri tidak berapa adil kepada parti itu.

Katanya, ini kerana Umno masih lagi berjuang untuk orang Melayu dan masih ikhlas memperjuangkan nasib dan memperkasakan kaum itu.

NONE"Kalau sekiranya ada seorang dua pemimpin yang berjuang disebabkan diri sendiri, jangan kerana nila setitik kita hukum semua.

"Kita harus lihat parti secara keseluruhan dan harus melihat kepada keikhlasan kita," katanya ketika diwawancara Bernama.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas artikel berjudul "Umno Dahulu dan Sekarang" oleh Dr Mahathir yang berkata, Umno kini hanya berjuang untuk diri sendiri dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanah air menyebabkan orang Melayu tidak lagi menyokongnya.

Khairy berkata, keikhlasan dalam Umno juga diterjemahkan dalam bentuk sokongan Melayu dalam pilihan raya umum lepas.

"Kalau betul Umno dah out of touch dengan perjuangannya untuk rakyat biasa terutamanya orang Melayu, sudah pasti bilangan kerusi Parlimen Umno tidak meningkat pada pilihan raya umum lepas dan sudah pasti orang Melayu juga akan menyokong pembangkang," beliau dipetik sebagai berkata.

'Hanya 3 jam untuk penduduk Baram mengundi'

Posted: 21 Sep 2013 10:15 PM PDT

 


 
TRIBUNAL BERSIH

Beberapa penduduk kampung di pedalaman Baram, Sarawak dinafikan hak mengundi apabila pusat pengundian hanya dibuka selama tiga jam, Tribunal Rakyat diberitahu hari ini.

Memberi keterangan kepada tribunal berkaitan pilihan raya umum lalu di Subang Jaya, calon PKR di parlimen Baram yang tewas Roland Engan berkata, sekurang-kurangnya dua buah sebuah pusat pengundian dibuka antara jam 8 hingga 11 pagi.

"Tiada notis diberikan (berhubung penutupan awal)," dakwanya.

Roland berkata, jumlah keluar mengundi dijangkakan sepatutnya tinggi ekoran isu pembinaan empangan Baram menjadi isu penting untuk kawasan itu.

Beliau juga mendakwa sebuah pusat pengundian ditutup awal oleh pegawai di tempat itu yang berkahwin dengan seorang sepupu calon BN.

"Saya tahu kerana dia dari kampung saya," kata Roland.

Saksi dakwa buku 'sapu Melayu' diedar di Labis

Posted: 21 Sep 2013 10:12 PM PDT




 
 
TRIBUNAL BERSIH

Tribunal Rakyat hari ini diberitahu bahawa bahan berunsur rasis diedarkan di kampung Melayu, didakwa bagi mewujudkan kebencian terhadap calon DAP setempat.

Calon DAP yang tewas di Labis S Ramakrishnan memberi ketengan bahawa bahan edaran itu dalam bentuk buku kecil yang tidak mempunyai nama penerbit.

"Ini ditemui di rumah dan kampung Melayu (di Labis)," katanya kepada tribunal, yang dibentuk untuk meneliti penjalanan pilihan raya umum lalu yang dikritik banyak pihak.

Pendengaran tribunal itu diadakan di Hotel Empire Subang Jaya.

Mengemukakan buku itu sebagai ekshibit, pegawai pengendali Gurdial Singh Nijar berkata, dokumen itu antaranya mempunyai kata-kata seperti:

"Sapu Melayu, Melayu Sakai, Melayu masuk hutan".

Retak Umno menanti ‘pembelahnya?’

Posted: 21 Sep 2013 04:54 PM PDT



Oleh WAN NORDIN WAN YAACOB 


TIBA masa pemilihan bagi jawatan dalam Umno, setiap pemimpin di pelbagai lapisan mula mencongak kedudukan mereka untuk dipertahan, ataupun untuk ke hadapan bagi mencuba nasib di peringkat yang lebih tinggi.

Umno dalam sejarahnya telah beberapa kali menghadapi situasi sukar kerana perebutan jawatan nombor satu khasnya semasa pertikaman antara Tun DrMahathir Mohamad dengan Tengku Razaleigh Hamzah yang mencetus perpecahan hingga wujudnya Semangat 46.

Begitu juga detik perpecahan yang dicetuskan oleh Dr Mahathir semasa Tun Abdullah Ahmad Badawi menerajui Umno dan Malaysia selepas rekod cemerlang Abdullah dalam pilihan raya umum 2004, dan diikuti rekod buruk Abdullah pada PRU2008.

Mahathir dalang?

Dr Mahathir menjadi 'dalang' di sebalik jatuhnya Abdullah dengan kritikan dan serangan tajam yang akhirnya dimanfaatkan Tan Sri Muhyiddin Yassin yang ketika itu Naib Presiden Umno.

Muhyiddin selepas kejatuhan Najib mendapat laba dengan menjadi Timbalan Presiden Umno dan Timbalan Perdana Menteri, sementara Dato' Seri Najib Tun Razak menerajui Umno hingga kini.

Sebagai 'hadiah' daripada mencetus kejatuhan Abdullah itu, Mahathir dianugerahkan jawatan 'De Facto Menteri Besar Kedah' dengan anaknya, Dato' MukHriz Mahathir menerajui Kedah dengan bayang-bayangnya.

Mahathir juga mencipta retak dalam Umno semasa krisisnya dengan Dato' Seri Anwar Ibrahim pada tahun 1998 sehingga mencapai klimaks dengan adegan 'usung tilam' tuduhan skandal sodomi pertama.

Ketika itu, Umno berpecah dua dengan beberapa orang kepercayaan Anwar menuruti langkah Anwar untuk menentang kerajaan pimpinan Mahathir.

Bagaimanapun menjelang PRU 2008, beberapa rakan karib dan pengikutnya seperti Ezam Mohd Noor yang setia kembali ke dalam Umno semula kerana lemas dengan perjuangan menentang Mahathir.

Kemudian, berlaku pelbagai adegan keretakan dalaman Umno termasuk di peringkat sayapnya dalam pemilihan terutama semasa Khairy Jamaluddin menentang Mukriz dan Dato' Seri Mohamed Khir Toyo.

Begitu juga dengan perbalahan dalaman Wanita Umno sejak Tan Sri Rafidah Aziz, dan kemudian Dato' Seri Shahrizat Abdul Jalil menerajui sayap wanita itu.Hingga kini perbalahan dan 'adegan tarik rambut' tidak selesai.

Benih keretakan bermula

Kini, benih-benih keretakan kembali bertebaran dalam Umno. Ahli Parlimen Pulai, Nur Jazlan Mohamed memulakan perang dengan mengatakan rakyat sudah muak dengan Umno berikutan janji untuk berubah yang dilafazkan sebelum pilihan raya tetapi tidak ternampak perubahan sebaik memenangi pilihan raya.

Kenyataan anak kepada bekas Setiausaha Agung Umno, Allahyarham Tan Sri Mohammad Rahmat ini pandai memasang jerat dalam merencah ideanya hingga Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Dato' Seri Mohammed Nazri Aziz bersetuju dengan pandangan Jazlan bahawa Umno mesti berubah untuk kekal relevan.

Namun perubahan yang bagaimana hendak dibayangkan Jazlan sekiranya Umno masih lagi diterajui oleh pemimpin yang sama tanpa 'mendapat mandat baharu' dalam pemilihan parti iaitu Najib dan Muhyiddin?
Najib dan Muhyiddin hanya menang dengan negosiasi selepas Abdullah mengundurkan diri pada tahun 2009, setelah diganyang teruk oleh Mahathir kerana Umno-BN cedera parah dalam PRU 2008.

Jazlan sendiri mungkin memiliki impian untuk ke tangga yang lebih tinggi dalam hierarki Umno kerana beliau sendiri antara yang lantang dan membawa idea-idea baharu untuk pembaharuan sebuah parti yang terpalit dengan rasuah dalam pemilihan.

Namun, idea Jazlan mendapat tentangan oleh sepupu Najib iaitu Menteri Pertahanan dan Naib Presiden Umno, Dato' Seri Hishammuddin Hussein dan menuduh bahawa kenyataan itu datang kerana Jazlan mengumumkan mahu bertanding sebagai Ahli Majlis Tertinggi Umno kali ini.

Apa ada dengan Muhyiddin?

Jazlan barangkali muak dengan sistem yang masih diteruskan Umno kini dengan mereka yang kalah dan tidak bertanding, namun memiliki kuasa hingga diberi pula jawatan lain yang bertaraf menteri oleh Najib pasca PRU13.

Janji peremajaan Umno dan BN serta yang lebih penting peremajaan negara akhirnya menjadi impian kosong.Kini Jazlan mungkin tidak keseorangan kerana Tan Sri Tengku Razaleigh Hamzah bisa sahaja mengintai ruang untuk menentang Najib.

Ditambah lagi orang nombor dua Umno (Muhyiddin) mempunyai rekod pernah bersama Mahathir dalam memastikan Abdullah jatuh, pastinya Muhyiddin tidak boleh duduk selesa hanya dengan menjadi pembantu Najib sampai bila-bila.

Mungkin Muhyiddin tidak menunjukkan sifatnya kali ini untuk mendepani cabaran merebut kedudukan tertinggi dalam Umno dan kerajaan, namun angin sepoisepoi bahasa mula bertiup di telinganya membisikkan 'bila lagi hendak ke posisi Presiden Umno.' Muhyiddin juga senior dalam Umno.Beliau pernah menerajui Johor selaku Menteri Besar, sama seperti Najib yang pernah menerajui Pahang semasa dipikat Datin Seri Rosmah Mansor untuk bersama menjadi pasangan hidup.

Sama ada hasrat Muhyiddin akan terus tersemat dalam hatinya sehingga ada 'pemecah' yang akan memecahkan kebuntuannya sebagai 'kelindan' Najib, Muhyiddin juga mungkin memasang strategi yang akan terluah oleh merekamereka yang bersama dengannya untuk memulakan perang dalaman.

Seorang rakan dalam Umno menyebut, sekiranya Muhyiddin berani untuk bersuara bagi mencabar kedudukan Presiden, beliau yakin akan ada sokongan untuknya termasuk daripada Mahathir sendiri.

Dalam adegan ini, sikap Jazlan mengkritik Umno boleh menjadi rujukan kepada Muhyiddin dalam konteks lain iaitu menegur Najib dalam setiap geraknya.

Namun, sejauh mana Muhyiddin memiliki keberanian dengan azam untuk mencapai 'climaks' dalam persaingan politiknya beliau mungkin sekali harus berkira- kira dalam pemilihan kali ini sebelum Umno karam dalam PRU14 atau memuncakkan rasa muak rakyat.

Senarai penuh calon bagi pemilihan Umno

Posted: 21 Sep 2013 04:51 PM PDT

MALAYSIA KINI
 
 
 
dikemaskini Berikut ialah senarai calon yang berdaftar untuk bertanding jawatan utama Umno pusat pada pemilihan bulan depan, selepas tempoh pendaftaran calon berakhir pada pukul 5 petang ini:

    PENGERUSI TETAP :
    1. Tan Sri Badruddin Amiruldin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)
   
    PRESIDEN:
    1. Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    TIMBALAN PRESIDEN:
    1. Tan Sri Muhyiddin Yassin (Penyandang/Menang Tanpa Bertanding)

    NAIB PRESIDEN:
    1. Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (Penyandang)
    2. Datuk Seri Mohd Shafie Apdal (Penyandang)
    3. Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (Penyandang)
    4. Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad
    5. Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir
    6. Datuk Seri Mohd Ali Rustam

    KETUA WANITA:
    1. Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (Penyandang)
    2. Raihan Suleiman Palestin
    3. Datuk Maznah Mazlan

    NAIB KETUA WANITA:
    1. Datuk Suraya Yaacub
    2. Datuk Azizah Mohd Dun
    3. Datuk Hamidah Osman

    KETUA PEMUDA:
    1. Khairy Jamaluddin Abu Bakar (Penyandang)
    2. Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi
    3. Syed Rosli Syed Harman Jamalullail
    4. Abd Karim Ali
    5. Irwan Ambak Khalid Izhar

    NAIB KETUA PEMUDA:
    1. Jamawi Jaafar
    2. Lokman Noor Adam
    3. Mohd Iruan Zulkefli
    4. Khairul Azwan Harun

    KETUA PUTERI:

    1. Mas Ermieyanti Shamsudin
    2. Jamilah Hanim Othman

    NAIB KETUA PUTERI:
    1. Datin Norsabrina Mohd Noor
    2. Zahida Zarikh Khan
    3. Nazliah Ali
   
Senarai penuh calon yang akan bertanding pemilihan Umno 2013 dijangka diumum pada Rabu.    
- Bernama

Hadi: PAS sedia kerjasama dengan Umno jika dipelawa

Posted: 21 Sep 2013 04:50 PM PDT

MALAYSIA KINI


 
 
PAS sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika PAS dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang.
  
Katanya, PAS boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin PAS dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas.
  
Beliau berkata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden PAS Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu.
  
"Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat Alor Setar hari ini.
  
Abdul Hadi berkata jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, PAS akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan Al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas.

"PAS pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya.
  
Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata kerjasama antara Umno dan PAS untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil.
  
Mengenai cadangan Dewan Ulama PAS supaya tahaluf siyasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata Dewan Ulama PAS berhak mengemukakan usul ke muktamar PAS akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis.
  
"Terpulang kepada Dewan Ulama PAS, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya.   
- Bernama

Kedudukan PAS semakin mantap hasil kerjasama dalam PR – Tengku Zulpuri Shah

Posted: 21 Sep 2013 04:47 PM PDT




zulpuri 

MENTAKAB: PAS bukan semakin lemah malah akan terus kukuh dan kuat kedudukannya serta mendapat sokongan lebih besar masyarakat hasil kerjasama politik bersama parti lain dalam Pakatan Rakyat (PR).

Malah, walaupun PAS, PKR dan DAP menghadapi saingan sengit daripada parti komponen Barisan Nasional (BN) yang membabitkan UMNO, MCA dan MIC, kerjasama PR dilihat lebih mampu melangkaui batas ideologi atau kaum seperti yang dibuktikan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) DAP Mentakab, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji berkata demikian ketika mengulas cadangan sesetengah pihak dalam PAS untuk mengkaji semula kerjasamanya bersama PR.

"Kita juga dapat lihat bagaimana PAS berjaya merampas Kelantan daripada terus diperintah BN pada PRU 1990 ketika bekerjasama dengan parti Semangat 46 dan keadaan itu bertambah kukuh hasil kerjasama dengan PKR dan DAP.

 tengku zul

"Kita juga dapat melihat pada 1999 di mana kerjasama dalam Barisan Alternatif itu menyebabkan kerajaan UMNO/BN Terengganu tewas," ujar Tengku Zulpuri.

Beliau yang juga Ketua Pembangkang Dewan Undangan Negeri (DUN) Pahang berkata, kerjasama baik parti dalam PR juga mencatat satu sejarah baru apabila PR berjaya mencetuskan Tsunami Politik 2008 yang menyaksikan kejatuhan apabila merampas Selangor, Perak, Kedah dan Pulau Pinang serta mengekalkan Kelantan.

"Ini merupakan petanda yang sangat positif. Kalau dulu, orang bukan Islam takut kepada PAS, kini mereka lebih memahami budaya Melayu dan Islam.

"Begitu juga DAP yang sekarang persepsi negatif orang Melayu terhadap parti ini semakin berjaya dipulihkan malah semakin ramai orang Melayu menerima DAP sebagai parti berbilang kaum. Kerjasama dalam PR ialah win-win situation," katanya.

Tengku Zulpuri Shah juga berpendapat, perkara terpenting yang perlu di teruskan PR ialah gerak kerja yang berterusan, cuma memperkemaskan sedikit kelemahan yang ada.

"Kita perlu terus membuat pelbagai aktiviti, khidmat, program penerangan supaya PR bertambah dekat dengan masyarakat," ujarnya.

Walaupun mengakui masih wujud di kalangan orang Melayu yang masih takut atau was-was terhadap kerjasama PR, beliau berkata, itu adalah hasil propaganda jahat UMNO/BN sejak berpuluh-puluh tahun lalu.

"Mentaliti sebeginilah yang kita perlu ubah. Kita kena bebaskan mereka daripada mentaliti takut kerana inilah senjata UMNO/BN untuk terus menguasai Malaysia," kata beliau.-Roketkini.com

Tanda Putera, Pak Samad dan suatu tanda tanya

Posted: 21 Sep 2013 04:43 PM PDT



Oleh ALI BUKHARI AMIR ,
 

RABU yang bermutu. Ketika dalam pawagam, Arif Atan mengirim SMS berhubung keberadaan Sasterawan Negara, A Samad Said di Old Town White Coffee Bangsar. Tawaran bertemu tokoh itu tentu sahaja adalah suatu tawaran yang tidak boleh ditolak

Selesai menonton Tanda Putera, kira-kira jam 2:30 petang, barulah saya tiba ke sana. Tubuh kurus tokoh Sasterawan Negara itu memang mudah dikenal.

Turut hadir bersama, Hazayani Zakaria dan Dawam yang hadir mengiringi temu bual di bawah kelolaan Arif itu.

Oleh kerana sedikit lewat, maka yang sempat singgah di benak fikiran cuma beberapa kisah sahaja. Antara yang sempat disalin dalam nota-nota longgar saya; cerita 22 buah diari peribadinya yang belum terbit, kisah kongsi gelap di Singapura, Mogok Utusan 1961, amalan kerohanian (bacaan Surah Yaasin dan Surah as-Sajadah), puasa Daud a.s. dan gugusan puisi cintanya.

Rupa-rupanya beliau gigih membuat catatan diari sejak lama. Semua ini boleh diabadikan sebagai rakaman sejarah kerana beliau banyak terlibat dalam kegiatan siasah dan kesusasteraan. Terserah kepada kita sama ada rajin atau tidak untuk mengemaskini catatan itu.

Ertinya, beberapa persoalan kehidupan, renungannya mengenai kedudukan kongsi gelap di Singapura termasuk mogok Utusan itu turut dihumban dalam catatan berkenaan.

Bagaimanapun yang paling menarik di hati saya ialah usahanya untuk keluar daripada kegelapan alam jahiliah pada zaman-zaman keremajaannya.

"Saya lakukan amalan ini semua untuk menebus kesilapan lalu," dia bersuara penuh kejujuran. Oleh kerana dia ingin kembali ke jalan cerah selepas menempuh payah dalam zaman jahiliah, dia kini sudah menetapkan amalan-amalan kerohanian yang menumbuhkan kekuatan dalam usaha melawan kezaliman kerajaan.

"Saya baca Yaasin dan saya tambah dengan as-Sajadah," katanya lagi. "Kalau puasa, seperti puasanya Nabi Daud a.s." Lewat bicara petang, saya fikir, Pak Samad mengukuhkan jiwanya dengan siraman firman Tuhan saban hari. Tuhan sedang mengujinya dengan ucapan kurang enak yang terzahir di lidah jahat kaum politikus.

Kini, kata-kata Tuhan yang mententeramkan jiwanya.

Petang terus berlalu dengan kesibukan manusia yang berlegar-legar sekitar Bangsar.

Bualan itu sudah sampai ke penghujungnya. Arif bertanya, sama ada saya ada pertanyaan lain yang mahu dihumbankan.

"Pak Samad dah tonton Tanda Putera?" tanya saya. Dia menunduk, mengiyakan tidak dan mengangguk pun bukan.

Lama dia merenung jauh ke bawah, entah merenung apa di lantai. Saya fikir, dia mencari-cari jawapan.
Namun, akhirnya dia memalingkan wajah ke arah saya, dengan berseloroh dia berkata, "Tandas Putera..."

Ketawa berderaian. Namun, tidak dapat dijangka, apakah beliau tonton atau tidak filem itu. Saya pernah terserempak dengan Pak Samad sesekali di Mid Valley pada Sabtu pagi. Dia belajar dengan filem yang ditontonnya hatta filem itu dilihat kurang bermutu seperti kisah cinta anak-anak muda remaja.

"Saya mahu tahu apa yang ada dalam fikiran anak muda hari ini dengan menonton filem ini," kata Pak Samad dalam acara yang pernah saya hadiri tidak lama dahulu. Ertinya, Pak Samad tonton filem-filem yang kerap dianggap murahan dengan tujuan ingin menangkap isi fikiran orang-orang muda sekarang.

Tapi, kenapakah beliau mendiamkan diri ke atas pertanyaan, "Adakah Pak Samad sudah tonton Tanda Putera?" Hal ini, tentu sahaja menjadi tanda tanya ke atas filem propaganda yang kerap 'ditanda-tanda' orang berhubung kewujudan CCTV, penghawa dingin dan lain-lain 'tandaan' di Facebook dan blog.

Adakah bagi Pak Samad, menonton filem cinta anak muda remaja ternyata lebih membawa bahagia dan ketenangan bagi dirinya dibanding filem propaganda Tanda Putera? Entahlah. Hati tuanya cukuplah sukar diduga. Barangkali, hati tuanya sudah banyak terusik dengan kata-kata nakal Nazri Aziz, Muhyiddin Yassin dan Ali Rustam.

Di sana-sini, segalanya menderuderu fitnah tohmah berangkai menganjurkan penghinaan dan permusuhan ke atas dirinya. Tapi, tubuh tua Pak Samad tetap bertahan di tengah-tengah pertuduhan dan kecaman liar itu.

Ketika hampir selesai temu bual, seorang gadis menghampiri dan bertanya saya, "Ini Pak Samad 'kan?" Saya mengangguk.

Dia ingin bergambar dengan tokoh berkenaan. Orang di sekeliling memerhati dengan pandangan yang sebagai mana layaknya diterima oleh seorang tokoh kenamaan. Ya, kecaman liar kaum politikus tidak berbekas banyak di hati orang.

Tiada orang pintar cerdas yang membenci sosok tuanya. Akhbar propaganda sudah gagal!

Tiada ulasan: