Isnin, 2 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


NGO tuntut siasat kaitan pemimpin BN dengan gengster

Posted: 02 Sep 2013 04:22 AM PDT




Sebuah NGO hari ini membuat laporan polis berhubung kewujudan sepucuk surat yang mendakwa tiga pemimpin BN hadir dalam sebuah majlis anjuran kumpulan kongsi gelap 'Geng 36'.

Anggota Tamilar Action Force S Murali, yang menjumpai surat itu di Facebook, mendesak polis menyiasat kesahihan dakwaan itu.

Murali berkata, siasatan itu wajar dilakukan kerana 'Geng 36' merupakan kumpulan haram.

Menurut surat itu, yang diedarkan kepada media oleh Murali, acara itu berlangsung di The Mines, Seri Kembangan pada 3 Disember 2011, melibatkan antara 6,000 hingga 7,000 orang.

Kecuali seorang pemimpin MIC, Malaysiakini tidak menyebut nama pemimpin terlibat sementara menunggu reaksi masing-masing.

Sementara itu, Ketua Pemuda MIC T Mohan, yang dinamakan dalam laporan polis itu mengesahkan bahawa beliau hadir ke acara itu tetapi tidak tahu jika penganjur mempunyai hubungan dengan dunia kongsi gelap.

Beliau percaya ia dianjurkan oleh Kelab Sukan dan Rekreasi Kajang dan mendapat lampu hijau daripada polis.

"Saya tidak tahu jika mereka (penganjur) kongsi gelap. Polis dialu-alukan menyiasat perkara itu," katanya yang sering diundang ke majlis anjuran NGO.

Mohan berkata, terdapat kemungkinan surat itu dibuat oleh pihak yang cuba mempengaruhi pemilihan jawatankuasa kerja kerja pusat MIC yang akan datang.

RON95, diesel naik 20 sen seliter, hadiah BN kepada rakyat

Posted: 02 Sep 2013 04:16 AM PDT

KEADILAN DAILY

KUALA LUMPUR : Kerajaan Umno BN menghadiahkan kepada rakyat kenaikan harga minyak, yang dilihat  akan terus membebankan rakyat di negara ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak mengumumkan kenaikan diesel dan minyak petrol RON95 naik 20sen seliter mulai tengah malam ini.

Najib mengumumkan perkara itu dalam sidang media di Pejabat Perdana Menteri di Putrajaya sebentar tadi.

Pengumuman berkenaan disifatkan sebagai hadiah PRU kepada rakyat, khususnya kepada ahli Umno dan BN yang mengundi parti itu pada pilihan raya umum lalu.

Bajet 2014: PDRM bakal dapat peruntukan tambahan

Posted: 02 Sep 2013 04:14 AM PDT

Bajet 2014
PUTRAJAYA - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan mendapat peruntukan tambahan dalam Belanjawan 2014 bagi membanteras jenayah di negara ini, kata Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  
"Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengumumkan bajet tambahan untuk PDRM bagi membanteras jenayah pada ucapan belanjawan. Sebelum itu, Jabatan Peguam Negara (AGC) telah membantu kami untuk memberi kelulusan khas dari perdana menteri untuk membeli aset bagi kegunaan PDRM.
  
"Ini termasuk dalam Bidang Keberhasilan Utama Negara yang mendapat kerjasama dari Jabatan Perdana Menteri dan AGC," katanya pada sidang media di sini hari ini.
  
Sebelum itu beliau menghadiri majlis Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri yang turut dihadiri Ketua Setiausaha kementerian itu Datuk Seri Abdul Rahim Mohamad Radzi.
  
Perdana Menteri yang juga Menteri Kewangan dijangka membentangkan Belanjawan 2014 pada 25 Okt ini.

Ditanya mengenai cadangan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar untuk membeli helikopter bagi kegunaan Unit Udara PDRM, Ahmad Zahid berkata beliau sangat menyokong cadangan itu jika bajetnya diluluskan Kementerian Kewangan.
  
"PDRM amat memerlukan helikopter bagi tujuan operasi. Kini semangat tinggi telah sedia ada dalam PDRM dan agensi, tetapi kerap kali kekangan kita ialah aset dan perkakasan," katanya.
  
Semasa berucap di perhimpunan itu, beliau berkata seramai 1,107 pesalah telah menjalani hukuman Perintah Kehadiran Wajib yang kerajaan dapat mengurangkan kos pengurusan pesalah sebanyak RM3.5 juta sehingga 23 Ogos lalu.
  
"Ini membuktikan kerjasama strategik Jabatan Penjara dan pihak Mahkamah bukan sahaja dapat memulihkan pesalah, tetapi juga menjimatkan perbelanjaan negara," katanya.
  
Beliau mengucapkan tahniah kepada Jabatan Penjara kerana berjaya mengekalkan kadar residivis atau kes banduan berulang kali masuk penjara di negara ini pada 7.96 peratus dari Januari hingga Julai tahun ini. - Bernama

Krisis Amerika Serang Syria, Pasaran Saham Malaysia Menjunam Teruk 1.72%!

Posted: 02 Sep 2013 04:12 AM PDT


 
amerika serang syria

Indeks penanda aras pasaran saham FTSE Bursa Malaysia KLCI Malaysia menjunam telah dilihat Berita Semasa menjunam pada tempoh perdagangan awal. Sebabnya?

Penjualan panik. Ini semua kembimbangan dan keresahan pelabur saham yang mula "berpeluh" melihatkan kemungkinan apa yang dikatakan Perang Dunia Ketiga (WWW III) kononnya yang dijangka bakal meletus pada bila-bila masa sahaja.

Apabila berlakunya peperangan, saham sudah diibaratkan seperti "daki dunia" yang perlu dibuang dan dibersihkan. Tiada masa dan keperluan untuk melayan pasaran saham jika berlakunya peperangan. Inilah kebimbangan yang telah berlaku sehingga menyebabkan penjualan panik dikalangan pelabur saham dek kerana US sudah meniupkan "semboyan awal" untuk melakukan tindakan ketenteraan dan menggempur Syria atas nama keamanan, keadilan dan hak asasi manusia yang kononnya seringkali diperjuangkan oleh polis dunia ini "Amerika"

Indeks turun sebanyak 1.72% pada 1,671.91 mata sekitar 118GMT, yang menyebabkan dua bank terbesar di Malaysia Maybank dan CIMB terkesan sama.
  • Saham Maybank susut 1.83 peratus
  • Saham CIMB susut 3.12 peratus.
US jatuh, EU naik emas naik, ini hanya boleh dikatakan sebagai sentimen sahaja. Belum menjadi realiti. Ia hanya boleh dipastikan apabila mendaat ucapan Barrack Obama melalui tentatif ucapannya kelak. Apa sudah pasti, pastinya pasaran akan menjadi carca merba tiada trend, dan apabil ada trend barulah "boleh masuk". 

Apa pilihan anda pula?

Kuil Sri Muneswarar tidak akan diroboh

Posted: 02 Sep 2013 04:07 AM PDT

Tengku Adnan Tengku Mansor Tengku Adnan Tengku Mansor
KUALA LUMPUR - Kementerian Wilayah Persekutuan memberi jaminan Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P. Ramlee di sini tidak akan dirobohkan.
  
Menterinya Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata malah pihaknya akan mencantikkan dan membina pagar bagi melindungi kuil berusia 101 tahun itu untuk memudahkan penganutnya melakukan upacara keagamaan.
  
Katanya, hanya struktur kantin dan restoran yang dibina secara haram di sebelah kuil itu akan dirobohkan.
  
"Kami tahu kuil ini merupakan tempat suci bagi masyarakat India di sekitarnya, kami bukan sahaja akan melindunginya malah akan membina pagar dan mencantikkan kawasan kuil," katanya kepada pemberita selepas melawat Kuil Sri Muneswarar Kaliyaman di sini, hari ini.
  
Turut hadir Timbalannya Dr J. Loga Bala Mohan, Timbalan Presiden Parti Progresif Penduduk Malaysia (PPP) Datuk Maglin Dennis D'Cruz dan Pengerusi PPP Wilayah Persekutuan Datuk A. Chandrakumanan.
  
Semalam sekumpulan pegawai DBKL dihalang oleh anggota komuniti kuil itu serta beberapa pemimpin parti kaum India daripada cuba merobohkan penyambungan struktur haram di sebelah kuil itu.  - Bernama

Rayuan petisyen Dun Selising 26 Sept

Posted: 02 Sep 2013 12:09 AM PDT

Aslani M,
 
KOTA BHARU: Rayuan PAS terhadap petisyen pilihan raya Dun Selising akan didengari di Mahkamah Persekutuan pada 26 September ini.

Manakala sehari sebelum itu rayuan bagi Parlimen Machang juga didengari di mahkamah sama.

Peguam Hisham Fauzi (gambar) berkata, rayuan terhadap petisyen pilihan raya Dun Selising dan Parlimen Machang akan dikendalikan panel lima hakim. Pasukan peguam PAS akan diketuai Hanipa Maidin.

Katanya, rayuan dibuat berikutan Hakim Pilihan Raya di sini sebelum ini menolak petisyen tersebut dengan alasan teknikal.

Mahkamah Pilihan Raya di sini pada Julai lalu menolak petisyen difailkan PAS di Dun Selising dengan alasan pempetisyen gagal mematuhi peraturan penyampaian.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim memberitahu petisyen itu tidak disampaikan dengan sempurna dan ia ditolak dengan kos.

"Sedangkan kami berhujah Kaedah 15, Kaedah-Kaedah Pilihan Raya telah dipenuhi selaku pempetisyen kes berkenaan," katanya ketika ditemui di sini.

Mahkamah yang sama juga menolak petisyen difailkan PKR bagi Parlimen Machang.

Pada pilihan raya umum lalu calon BN di Dun Selising, Zulkifle Ali mengalah calon PAS, Drs Saipul Bahrim Mohamad dan calon Bebas, Ibrahim Ismail dengan majoriti 107 undi.

Petisyen PAS Dun berkenaan difailkan Pengarah Pilihan Raya PAS Dun Selising, Semsudin Muhammad.

Manakala di parlimen Machang, calon PKR Dr Wan Zawawi Wan Ismail kalah kepada calon BN, Datuk Ahmad Jazlan Yaakub dengan majoriti 805 undi.

Sementara itu dalam perkembangan berkaitan, Mahkamah Pilihan Raya hari ini menetapkan Khamis ini bagi keputusan bantahan awal kedua responden pertama terhadap petisyen pilihan raya Dun Gaal.

Hakim Datuk Zamani menetapkan tarikh tersebut bagi membolehkan responden pertama memfail hujahan bertulis hari ini.

Manakala pempetisyen dan responden kedua serta ketiga memfail hujahan bertulis mulai esok.

Pada prosiding hari ini pempetisyen diwakili peguam Mohd Ilyas Mohd Noor. Peguam kanan persekutuan, Azizan Md Arshad mewakili responden kedua dan ketiga.

Manakala peguam Aminuddin Zulkifli, Nik Baharom Nik Abdullah, Mohd Abdul Rashid Yah, Nasar Khan Mirbas Khan, Hisham Fauzi dan beberapa lagi peguam mewakili responden pertama.

Pada pilihan raya umum lalu calon BN, Redzuan Stapha kalah kepada calon PAS Tuan Mazlan Tuan Mat dengan majoriti 302 undi di Dun Gaal.

Sebelum ini mahkamah pilihan raya di sini turut menolak petisyen parlimen Ketereh, Bachok, Dun Air Lanas, Dun Kok Lanas, Manek Urai, Mengkebang dan Jelawat.

'Jangan hanya bertaubat depan sidang media'

Posted: 02 Sep 2013 12:02 AM PDT

SINAR HARIAN

Aurad Muhammadiah Ummu Jah (tengah) dan pengikutnya berjanji untuk meninggalkan Aurad Muhammadiah.

 
SHAH ALAM - Pengakuan Pengarah Global Ikhwan Sdn Bhd (GISB), Hatijah Aam  atau dikenali  Ummu Jah yang dilaporkan akan kembali ke pangkal ajaran Islam tidak boleh hanya dimaklumkan depan media sahaja.

Demikian menurut bekas pembantu kanan Ummu Jah, Nizamuddin Mohamad yang menyifatkan tindakan itu tidak membuktikan beliau benar-benar insaf.

"Kalau benar, dia (Ummu Jah) mesti melakukan pengisytiharan itu depan mufti, majlis fatwa, Jabatan Kemajuan Agama Islam (Jakim) dan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais).

"Tapi kalau dia sahaja yang bercakap, kita tidak tahu betul atau tidak beliau akan bertaubat," katanya kepada Sinar Harian.

Katanya, pengumuman itu mesti dilakukan dengan pengisytiharan bersama dengan ahli-ahli mereka di 38 zon yang masih bergiat aktif di seluruh negara.

"Setiap wakil mesti hadir jika semua tidak boleh hadir, kena isytihar secara terbuka, kalau cakap sahaja tidak guna kerana kita sudah faham dengan taqiyyah (pura-pura) yang dia buat.

"Kalau mahu buat pengisytiharan itu, bermakna beliau kena juga panggil tokoh-tokoh lama pengikut Abuya supaya beliau akan mengaku semua kesalahan yang dilakukannya," ujarnya.

Sehubungan itu katanya, apa yang dilakukan dan ikrar ahli serta Ummu Jah sendiri akan terbatal jika beliau mengumumkan untuk kembali bertaubat.

"Beliau perlu menarik balik pengakuan dan ajaran yang diajar kepada ahlinya serta duit tabung Taqwa yang melibatkan jutaan ringgit di luar negara.

"Begitu juga dengan hukuman yang dikenakan kepada ahli-ahlinya yang didakwa ingkar dan tidak mengikut arahannya. Ramai sebenarnya yang dikuarantin beliau atas pelbagai kesalahan," katanya.

Bekas menantu Taib dakwa 'diseksa'

Posted: 01 Sep 2013 11:57 PM PDT

 

 

Bekas menantu ketua menteri Sarawak hari ini memberi keterangan mengenai "penyeksaan fizikal, emosi dan mental" yang dialaminya sepanjang 19 tahun perkahwinan dengan Mahmud Abu Bekir Taib.

Menceritakan semula satu peristiwa yang berlaku pada tahun 1994, Shahnaz A Majid, 50, mendakwa Mahmud menyedari terlupa membawa kunci rumah ketika pulang.


NONEPada masa itu, beliau berada di bilik air, kata Shahnaz.

Shahnaz berkata, beliau bergegas keluar dari bilik air selepas Mahmud mengetuk pintu rumah itu dengan kuat.

"Apabila saya buka pintu, dia terus masuk dan menumbuk saya di muka dan di bahu. Dia juga menendang saya di perut," katanya.

Shahnaz berkata beliau bagaimanapun tidak membuat laporan polis. Beliau turut mendedahkan satu kejadian lain yang berlaku di antara tahun 1994 dan 1999.

Hakim Mahkamah Tinggi Syariah Mohd Abdul Karim Abdul Wahab seterusnya mengingatkan peguam Shahnaz berhubung alasan untuk membawa bukti seperti itu dalam prosiding melibatkan tuntutan mutaah RM100 juta.

Peguam Mahmud, Zainul Rijal Abu Bakar dan Saadiah Din, sebelum itu mempersoalkan kesahihan soalan seperti itu memandangkan anak guam mereka mampu membayar dan plaintif hanya perlu mengemukakan bukti untuk menyokong dakwaannya.

Bagaimanapun, peguam Rafiee Mohd Shafie yang mewakili Shahnaz berkata ia bagi menunjukkan alasan sah untuk penceraian itu.

Pengarah 'Tanda Putera' dakwa disabotaj

Posted: 01 Sep 2013 11:52 PM PDT


MALAYSIA KINI


 
Pengarah filem Tanda Putera Datuk Shuhaimi Baba membidas usaha sabotaj oleh pihak yang tidak menonton filem itu yang dibangkitkan oleh media, berhubung gambar kononnya menunjukkan "kesilapan teknikal" dalam filemnya itu.

Katanya, gambar yang dimuat naik dalam laman sosial Facebook filem itu dilakukan beberapa bulan lalu, menunjukkan adegan filem yang memasuki 60 peratus siap dan sebelum proses imej janaan komputer (CGI) dilakukan.

NONE"Setelah menjalani proses CGI untuk membuang semua kesan masa, 'kesilapan' tersebut tidak ada dalam filem. Mereka yang menonton filem tidak akan melihatnya.

"Sudahlah gambar-gambar still adegan tersebut yang digunakan oleh pembenci filem ini dicuri daripada Facebook Tanda Putera tanpa kebenaran, gambar itu digunakan pula untuk menghancurkan pemiliknya," katanya.

Dalam kenyataannya yang disiarkan dalam laman itu, Shuhaimi berkata pihaknya menerima SMS yang mendakwa usaha "pembohongan" itu sengaja dirancang kerana tidak puas hati filem itu ditayangkan, malah membuat penonton gelisah dengan tuduhan itu.

"Pilihan raya sudah selesai, jadi tidak perlulah mempolitikkan segala benda. Kami hanya karyawan filem bukan bertanding dalam pilihan raya. Kami juga cari makan. Jika tidak mahu tengok filem kami, tidak apa.

"Tapi hentilah sabotaj filem kami. Apa dah jadi dengan sesetengah orang Malaysia di alam maya seperti sudah hilang nilai kemanusiaan dengan sumpah seranah yang membimbangkan.

"Kenapa dah jadi kering hati dan kejam tak bersebab? Jika hendak kritik dan beri pandangan, itu kami terima dengan hati terbuka. Tapi mengeji dan menghina itu bukan mengkritik," katanya.

Akui 2 prop silap
Sehubungan itu, Shuhaimi berharap semua pihak memahami jerih perih pembikin filem khususnya berlatarkan sejarah yang dianggapnya satu cabaran besar untuk menarik minat penonton muda.

NONE"Tindakan menghasut dan memfitnah bukan saja merosakkan periuk nasi kami tapi juga merosakkan industri filem tempatan.

"Mujurlah kami menerima banyak sokongan yang cukup mengharukan daripada mereka yang telah menonton dan juga yang belum menonton filem ini. Terima kasih yang tidak terhingga daripada kami," katanya.

Bagaimanapun, Shuhaimi mengakui terdapat "dua prop yang silap tapi tak berapa jelas" dalam filemnya itu dan mungkin memerlukan dua hingga tiga kali menonton filem sebelum dapat mengesannya.

"Tapi yang ini tidak ada siapa pula yang dapat tangkap. Ada juga filem epik Barat yang jelas nampak prop seperti mikrofon , tapi tak ada pula yang mengadu," katanya.

15 tahun selepas dipecat, Anwar positif pandang masa depan

Posted: 01 Sep 2013 11:42 PM PDT

OLEH ZULKIFLI SULONG, PENGARANG ANALISIS DAN RENCANA

PKR tertubuh sebagai parti politik di Malaysia selepas kejadian 2 September 1998. 



Pada 2 September 1998, kira-kira 15 tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) masuk ke pejabat sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia, tetapi pulang beberapa jam kemudian selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Selepas bebas seketika, Anwar ditangkap, dilokap, dibicara dan seterusnya dipenjarakan.

Pada hari beliau dipecat, pelbagai golongan termasuk presiden PAS pada ketika itu, Datuk Dr Fadzil Mohd Nor berkunjung ke rumahnya di Bukit Damansara untuk memberikan sokongan moral.


Hampir setiap hari sejak hari itu, rumah beliau penuh dengan pelbagai jenis manusia. Peguam, wartawan, diplomat asing dan rakyat biasa berkumpul di rumah itu.


Masih teringat, beberapa hari selepas itu pada 20 September, rumah beliau dipecahkan oleh polis untuk menangkapnya.

Selepas ditangkap, timbul kisah mata lebam yang kemudiannya disahkan oleh suruhanjaya siasatan bahawa ia dilakukan oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Anwar kemudiannya diajukan dengan pelbagai penghinaan dan siksaan kepada dirinya, keluarga dan anak sama ada melalui ucapan pemimpin negara dan laporan media.

Akibat rentetan kejadian itu, pemimpin politik khasnya daripada pembangkang dan NGO bergabung tenaga di bawah kepimpinan Fadzil Noor dan seterusnya menubuhkan Gerakan Rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Gerak.

Sejak hari itu sehingga hari ini politik Malaysia tidak pernah sunyi . Apa yang berlaku hari ini adalah kesan daripada apa yang terjadi pada 2 September, 15 tahun lalu.

Sudah dua penggal berturut-turut kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dua pertiga undi dalam Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) baru-baru ini, 52 peratus rakyat menyokong Pakatan Rakyat (PR) berbanding BN yang disokong 47 peratus pengundi negara ini.

Kerajaan BN yang dibentuk juga dilihat tidak stabil. Ada sahaja isu yang melanda. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainudin dilihat mempunyai pengaruh besar walaupun tidak berkuasa.

Ekoran itu timbul cerita cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara BN dengan PR sebagai jalan penyelesaian konflik ini.

Wartawan The Malaysian Insider menemui Anwar untuk mengimbas kembali saat itu dan kesannya ke atas politik Malaysia sehingga hari ini. Berikut adalah sedutan daripada temubual itu.

The Malaysian Insider: Pada 2 September ini genaplah 15 tahun Datuk Seri dipecat daripada kerajaan. Apa yang berlaku hari ini hasil dari kejadian 15 tahun lalu. Apa komen Datuk Seri terhadap apa yang berlaku sekarang?

Anwar: Saya Alhamdulillah. Saya ingat saat derita itu ke atas saya, Azizah dan keluarga serta teman-teman. Saya syukur Alhamdulillah kerana ia tidak mengganggu ketenteraman jiwa saya dan tidak rasa benci kepada orang yang menganiaya saya.

Saya bersyukur kerana Allah beri ruang kepada saya untuk melakar sesuatu dan memilih teman yang setia, khasnya arwah Datuk Fadzil Noor, dan sekarang PAS dengan Ustaz Hadi dan Kit Siang bersama DAP serta Dr Syed Husin serta teman lain. Saya kira saya mahu melihat ke depan.

The Malaysian Insider: Selepas 15 tahun mencuba, Datuk Seri belum berjaya mengubah kerajaan. Apa ini menjadi faktor cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan?

Anwar: Pertama tidak benar ia tidak berjaya. Bulan lalu saya ke Istanbul, Turki dan berjumpa dengan pemimpin dari Syria, Mesir termasuk Sheikh Ghanusi dari An Nahdah Tunisia. Kata Ghanusi:"Anwar, tidak ada dalam mana-mana negara berhadapan dengan sistem yang menekan, mencatatkan satu kejayaan, tidak ada. Kalau ada pilihan raya semuanya ranap." Daripada segi itu, Alhamdulillah saya capai satu kejayaan besar. Ya kita tidak berjaya mengambil alih kerajaan tetapi mengambil alih dengan cara yang kotor dan curang juga tidak menyenangkan.

Soal kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali. Orang membicarakan, jadi bagi saya yang perlu ada adalah muafakat untuk bersetuju untuk beberapa dasar yang sama. Ini yang kita suarakan. Saya suarakan ini sejak 2008. Saya masih ingat ucapan pertama saya selaku ketua pembangkang adalah menyuarakan supaya diadakan dialog berterusan untuk isu dasar, ekonomi, pencegahan jenayah dan sebagainya kerana ini amat diperlukan.

Saya tidak faham kenapa pimpinan Umno boleh hidup dalam keselesaan dan merasakan semuanya baik tetapi angka berada di sebaliknya.

Saya juga lihat ada yang mentafsirkan ini fatiq atau seolah-olah kita sudah keletihan. Bagi saya ini tidak berbangkit.

The Malaysian Insider: Apa perkembangan dalam Pakatan Rakyat sekarang? Adakah Datuk Seri puas hati dengan apa yang ada?

Anwar: Ada pandangan yang menyatakan, setelah selesai pilihan raya, Pakatan harus melonjak jangan nampak terlalu tenang. Saya setuju, kita harus tingkatkan kerjasama. Ada pandangan menyatakan DAP selesa kerana sokongan Cina kuat, PAS harus tumpukan kepada soal pengundi Melayu. Bagi saya, ini semua tidak mempersulitkan atau menghalang kerjasama ini tetapi muafakat di kalangan Pakatan Rakyat itu satu yang sangat kritikal bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat tetapi juga kepada negara.

The Malaysian Insider: Tahun depan bakal di adakan persempadanan kawasan pilihan raya.

Anwar: Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR  (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar. Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada.

Bukan soal dua pertiga tetapi soal kredibiliti SPR itu sendiri yang mesti diselesaikan.  Soal pendaftar undi pun tidak berjaya diselesaikan lagi sampai sekarang. Selesaikan itu dahulu.

Penyelesaian  ini tidak boleh selesai dengan penukaran setiausaha yang bersara diganti dengan yang baru tetapi penukaran orang kanan mereka.

Sudah-sudahlah kepada yang berkhidmat, terima kasihlah. Bagilah kepada mereka pingat dan ganjaran kerana mereka berjasa kepada Umno, bagilah.  Tetapi jangan korbankan prinsip kebebasan dan ketelusan ini.

Saifuddin Nasution ambil tugas majukan desa Selangor

Posted: 01 Sep 2013 11:30 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK



















Menteri Besar Selangor, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengumumkan Datuk Saifuddin Nasution Ismail akan menjalankan tanggungjawab membangunkan aktiviti pembangunan desa di Selangor.

Beliau berkata, Setiausaha Agung PKR itu akan menggalas tanggungjawab berkenaan selepas program Merakyatkan Ekonomi Selangor (MES) itu menampakkan kejayaan.

"Ini tambahan kepada program sedia ada supaya kemajuan di luar bandar di kawal selia menerusi pelbagai aktiviti selepas mengenal pasti kumpulan sasaran untuk dibantu. Kita akan jalankan program itu dengan menjelajah ke setiap daerah di Selangor dan Saifuddin diberi tanggungjawab mengendalikannya.



 "Tugas itu tidak memberikan masalah kepada Saifuddin walaupun beliau sibuk dengan urusan parti, dan apa yang penting ialah menjalankan tugas yang diamanahkan," katanya dipetik dari portal Selangorku, hari ini.


Abdul Khalid berkata, perkara berkenaan bukan isu besar kepada Saifuddin kerana situasi sama pernah dialaminya ketika berkhidmat di Guthrie Berhad apabila diamanahkan mengawal selia pembangunan ekonomi Islam yang menyebabkannya sentiasa bertugas di luar.

Katanya, kerajaan negeri juga akan memberi penerangan mengenai manifesto pilihan raya supaya rakyat mendapat gambaran jelas mengenai program Pakatan Rakyat di bawah kelolaan Exco Selangor bersama Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) negeri itu.

Minggu lalu, sebuah portal melaporkan Saifuddin belum masuk ke pejabat untuk memulakan tugasnya sebagai Ketua Staf di pejabat Menteri Besar sambil memetik kenyataan Khalid mendakwa teknologi moden tidak memerlukan seseorang untuk datang ke pejabat.

Media itu melaporkan Saifuddin ditempatkan di Tingkat 5, berhampiran Bahagian Sektoral, Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) sedangkan pegawai kanan Khalid termasuk Faekah Husin dan Setiausaha Akhbar, Arfa Aziz bertugas di Tingkat 20 dan 21 yang menempatkan pejabat Khalid.

Laporan itu turut mendedahkan Saifuddin perlu melapor diri kepada Faekah yang sebelum ini dikritik akar umbi PKR lantaran tingkah lakunya yang sering bertindak melebihi Khalid dalam urusan parti.

Datuk Seri Anwar Ibrahim pada Kongres Nasional PKR ke-9 mengumumkan Saifuddin menjadi perantara PKR Selangor dengan PKR Pusat.

Saifuddin dipertanggungjawabkan untuk memantau dasar kerajaan negeri untuk memastikan ia selari dengan hala tuju yang ditetapkan PKR.

2,433 Pati Ditahan Dalam Ops 6P Di Seluruh Negara Semalam - Ahmad Zahid

Posted: 01 Sep 2013 11:26 PM PDT

Bernama



PUTRAJAYA, -- Jabatan Imigresen menahan 2,433 pendatang asing tanpa izin (PATI) atas pelbagai kesalahan dalam Ops 6P Bersepadu di seluruh negara semalam, kata Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam tempoh 24 jam itu, beliau berkata seramai 8,105 orang telah diperiksa dalam 40 operasi di seluruh negara melibatkan pelbagai agensi penguatkuasaan di bawah Kementerian Dalam Negeri (KDN) dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Beliau berkata pekerja asing tanpa izin warganegara Indonesia merupakan paling ramai ditahan iaitu 717 orang diikuti Myanmar (555), Bangladesh (387) dan Nepal (229).

Warganegara lain seperti Kemboja, Vietnam, India, Pakistan, Filipina, China, Nigeria dan Thailand turut ditahan dalam operasi itu, katanya kepada pemberita selepas menghadiri Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di sini Isnin .

"Operasi ini bukan operasi bermusim dan ia tidak tamat pada 31 Disember tahun ini. Ini adalah operasi berterusan dan kita tidak akan berkompromi. Matlamat kita adalah pencapaian sifar PATI.

"Ini menunjukkan keseriusan KDN dan Jabatan Imigresen (mengusir PATI) yang diterjemahkan dalam pelaksanaan. Kami tidak mahu hangat-hangat tahi ayam dalam melakukan operasi ini," katanya.

Ops Bersepadu 6P semalam melibatkan 2,115 anggota iaitu Jabatan Imigresen sebanyak 976, Rela (479), Polis Diraja Malaysia (370), Jabatan Pertahanan Awam (94), Jabatan Pendaftaran Negara (72), Unit Pencegah Penyeludupan (43), Agensi Anti Dadah Kebangsaan (33) dan SPRM (48).

Ahmad Zahid berkata KDN akan terus bekerjasama dengan kedutaan dan pejabat pesuruhjaya tinggi negara-negara yang mempunyai sumber pekerja asing untuk memudahkan pengeluaran permit.

"Kita akan mengambil tindakan mengikut lunas-lunas perundangan antarabangsa termasuk yang dituntut Pertubuhan Buruh Antarabangsa (ILO) bagi mengelak permerdagangan manusia," katanya.

Ops 6P Bersepadu bersama agensi-agensi yang berkaitan dilaksanakan secara berterusan untuk mengesan, menangkap, mendakwa dan mengusir warganegara asing yang melanggar peruntukan undang-undang negara seperti Akta Imigresen 1959/63, Akta Pasport 1966 dan Peraturan-Peraturan Imigresen 1963 dan Akta Antipemerdagangan Orang dan Antipenyeludupan Migran 2007.

Sementara itu, Ahmad Zahid memberi jaminan Jabatan Imigresen sedia meluluskan permohonan untuk pekerja asing sekiranya mengikut peraturan dan saluran yang betul.

"Walaupun ada pihak mendakwa Jabatan Imigresen menyusahkan mereka dengan tidak mengeluarkan permit...saya memberi jaminan permohonan mengikut peraturan, kita akan berikan permit berkenaan.

"Saya berharap orang ramai tidak menggunakan khidmat orang tengah sebaliknya terus ke One Stop Centre yang melibatkan kementerian dan jabatan untuk mengesahkan pemberian permit mengikut sektor," katanya.
-- BERNAMA

Himpunan Solidariti Ummah 6 Sept, Anwar seru rakyat tolak kezaliman

Posted: 01 Sep 2013 11:22 PM PDT

Oleh Nazar Hashim


SUNGAI PETANI: Himpunan Solidariti Kemanusiaan akan diadakan 6 September (Jumaat) ini di Stadium Malawati, Shah Alam, Selangor mulai 6 petang hingga 11.15 malam.

Dengan tema 'Mengangkat Karamah Insaniah, Membela Maruah Ummah', himpunan anjuran Angkatan Belia Islam Malaysia dan NGO-NGO Kemanusiaan Malaysia itu antara lain menampilkan slot pidato pemimpin umat oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, Datuk Mahfuz Omar dan Usamah Hamdan (Hamas).

Anwar menyeru umat Islam yang cintakan keamanan hadir beramai-ramai pada himpunan itu.

"Kita mesti buktikan dengan pendirian yang tegas menentang kezaliman dan kerakusan kuasa yang berlaku seperti di Mesir, Syria dan Palestin," tegas Ketua Umum KEADILAN itu.

SONY DSC

Beliau berucap demikian pada sambutan Ambang Merdeka dan majlis Rumah Terbuka KEADILAN Kedah di Taman Seri Wang, di sini 30 Ogos lalu.

Anwar berkata, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diibarat masih lagi dijajah selagi tidak bersuara terhadap kezaliman ke atas umat Islam, khususnya Mesir dan Syria.

Ia ekoran sikap Najib yang dilihat tidak tegas menyatakan pendirian, termasuk isu penindasan membabitkan umat Islam di Palestin.

"Sehingga kini, Perdana Menteri masih tidak berani menyatakan pendirian tegas mengenai kezaliman yang berlaku walaupun beberapa kali didesak untuk berbuat demikian.

"Apakah setelah Amerika menyatakan pendirian mereka, baru Malaysia mahu menyokong. Ini tindakan tidak betul. Malaysia mesti berpendirian tanpa menanti keputusan Amerika.

"Sekiranya ini pun Najib tak berani, negara bukan saja mempunyai pemimpin yang tidak merdeka pemikiran, tetapi masih lagi terjajah dan tidak bebas," katanya.

Amerika baru-baru ini mengumumkan akan melakukan serangan terhadap Syria yang dipimpin diktator Bashar Al Assad ekoran dakwaan penggunaan senjata kimia yang menyebabkan lebih 600 rakyatnya terbunuh.

Pada masa sama, krisis di Mesir bagaikan tidak berkesudahan menyaksikan ribuan rakyat terkorban selepas junta tentera merampas kuasa daripada presiden yang sah dipilih rakyat, Mohammad Morsi.

Hadir sama dalam program tersebut, Ahli Parlimen Sungai Petani, Datuk Johari Abdul; Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Datuk Mohd Rashid Hasnon serta pimpinan Pakatan Rakyat Kedah dan Pulau Pinang.

Mahkamah tetapkan Khamis ini keputusan petisyen DUN Gaal

Posted: 01 Sep 2013 11:16 PM PDT

 
KOTA BHARU: Mahkamah Pilihan Raya di sini, hari ini menetapkan Khamis ini untuk membuat keputusan terhadap petisyen difailkan Barisan Nasional (BN) bagi kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Gaal.

Hakim Datuk Zamani Abdul Rahim membuat keputusan itu bagi mendengar hujahan bertulis terhadap bantahan awal kedua yang difailkan PAS terhadap petisyen itu.

Hari ini sepatutnya ditetapkan sebagai hari perbicaraan petisyen DUN berkenaan namun PAS kemudiannya telah mengemukakan bantahan awal buat kali yang kedua. Zamani kemudiannya membenarkan responden pertama iaitu Anggota DUN Gaal, Tuan Mazlan Tuan Mat daripada PAS memfailkan hujahan bertulis terhadap bantahan itu pada hari ini.

Esok, pempetisyen iaitu calon BN, Redzuan Stapha, responden kedua iaitu Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Gaal dan responden ketiga iaitu Suruhanjaya Pilihan Raya perlu membalas hujahan bertulis itu.

Peguam mewakili PAS, Hisham Fauzi berkata mereka memfailkan bantahan awal kedua itu kerana timbul beberapa isu baru.

Beliau berkata antara isu baharu itu adalah kecacatan berkaitan pelantikan peguam dan penyerahan petisyen yang tidak mengikut prosedur.

BN diwakili peguam Mohd Ilias Mohd Noor manakala responden kedua dan ketiga oleh Peguam Kanan Persekutuan Azizan Md Arshad.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu, Tuan Mazlan menewaskan Redzuan dengan majoriti 302 undi. - BERNAMA

Polis: Ketua kongsi gelap bekas anggota TUDM

Posted: 01 Sep 2013 11:13 PM PDT

MALAYSIA KINI

 

Seorang bekas anggota tentera yang ditembak mati dalam kejadian di Ipoh semalam dikenalpasti sebagai seorang pemimpin kumpulan kongsi gelap "36".

Perkara itu disahkan oleh ketua jabatan siasatan jenayah Perak Datuk Mohd Dzuraidi, laporan Berita Harian Online hari ini.

Menurutnya, individu berkenaan S Jampu Kesyan, 39 maut dalam pergaduhan membabitkan kumpulan "36", "04", dan "08" di depan sebuah restorandi Taman Rishah, Silibin.

"Pergaduhan juga dipercayai (akibat) berebut kawasan pengedaran dadah," katanya seperti dipetik laman tersebut.

Jambu, bekas anggota pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia maut akibat ditembak tiga das pada jarak dekat, menurut laporan itu lagi.

Ahmad Nisfu: Nasib seniman Malaysia

Posted: 01 Sep 2013 04:48 PM PDT

P. Ramlee memanggilnya Pak Besar kerana lubang hidungnya yang besar. Tagline ini yang membuatkan Ahmad Nisfu terkenal. 


Ahmad nisfu (kanan) dengan Kuswadinata dalam filem antara dua darjat.

Oleh Melati Pusaka

Sebut sahaja Ahmad Nisfu, semua orang kenalinya kerana dia sering muncul dalam filem-filem arahan P. Ramlee. Tetapi di akhir hayat, beliau meninggal dunia tanpa isteri dan keluarga.

Itulah nasib seniman Malaysia. Kalau di Hollywood, Tan Sri P. Ramlee sudah jadi jutawan tetapi di Malaysia, P. Ramlee sebagai pengarah, pelakon, penyanyi dan pencipta lagu hidup miskin. Kalau pelakon watak utama seperti P. Ramlee hidup miskin, apatah lagi pelakon pembantu seperti Ahmad Nisfu.

Ahmad Nisfu berasal dari Tanjong Tokong, Pulau Pinang pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem.

Di sini bermulalah kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem. Walaupun memegang watak-watak yang kecil, Ahmad Nisfu dikatakan adalah seorang yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.

Hakikatnya, wang saku yang diperoleh digunakan untuk menyara dirinya sahaja kerana Ahmad Nisfu adalah seorang yang sebatang kara, tiada saudara mara, keluarga dan juga isteri.

"Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu tetap menjadi pujaan hati ku." Ini adalah petikan dialog Aziz Sattar dalam filem Seniman Bujang Lapok yang ditujukan kepada tuan director lakonan Ahmad Nisfu.

Tagline ini yang membuatkan Ahmad Nisfu terkenal. Malah P. Ramlee memanggilnya Paq Besaq (Pak Besar) kerana lubang hidungnya yang besar.

Teman rapat 

Menurut arwah Norizan bekas isteri P. Ramlee (dalam satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara teman rapat kepada P. Ramlee.

Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu, setiap filem arahan P. Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu yang besar.

Pada tahun 1959, Ahmad Nisfu muncul dalam filem Nujum Pak Belalang sebagai Raja. Dalam filem ini P. Ramlee yang menyindir raja yang zalim yang sanggup menghukum Pak Belalang jika dia gagal membawa pulang mahkotanya yang hilang. Pak Belalang berkata kalau mahu ambil mahkotanya di dalam gua, maka Raja kena masuk merangkak ke dalam gua. Itulah sindiran P. Ramlee kepada raja.

Pada tahun yang sama, Ahmad Nisfu berlakon sebagai raja juga dalam filem Musang Berjanggut. Dalam Pendekar Bujang Lapok, (1959), Ahmad Nisfu jadi ketua samseng.

Beliau bukan sahaja boleh berlakon dalam filem komidi malah beliau juga muncul dalam filem serius seperti Antara Dua Darjat (1960) sebagai bapa Saadiah yang tidak mahu Saadiah berkahwin dengan bukan keturunan Tengku.

Dalam filem Seniman Bujang Lapok (1961), Ahmad Nisfu berlakon sebagai pengarah filem yang pengsan gara-gara P. Ramlee, Aziz Sattar dan S. Shamsuddin yang menjadi pelakon.

Ahmad Nisfu memegang watak kecil dalam Ibu Mertuaku (1962) yang menjadi promoter kepada Kassim Selamat mengelilingi Malaya.

Pada tahun 1964, beliau muncul dalam filem Tiga Abdul sebagai bapa mertua yang mahu membolot harta P. Ramlee tiga beradik. Manakala dalam filem Madu Tiga, beliau menjadi bapa mertua kepada P. Ramlee yang menyokong tindakan menantunya berpoligami.

Kombinasi Ahmad Nisfu dengan P. Ramlee dalam filem-filem lakonannya menjadi. Jika watak itu diserahkan kepada orang lain, mungkin Madu Tiga, Tiga Abdul, Nujum Pak Belalang tidak sehebat mana.

Lakonannya berkesan

Selepas Studio Jalan Ampas tutup, Ahmad Nisfu muncul dalam filem-filem terbitan Cathay Keris iaitu Dua Kali Lima (1966), Bunga Tanjung (1966), A Go Go 67 (1967), Filem Puaka (1970) dan Mat Karung Guni (1971). Tetapi ternyata lakonannya paling berkesan dalam filem-filem arahan P. Ramlee.

Selepas penutupan Studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu menghabiskan masa dengan beramal di masjid di kawasan beliau tinggal dan juga di sekitar studio Jalan Ampas.

Ahmad Nisfu dikhabarkan seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan seorang bilal di masjid di tempat beliau menetap dahulu.

Penutupan Studio Jalan Ampas, menyebabkan beliau tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana tiada punca rezeki, Ahmad Nisfu hanyalah menetap di Kubu Jepun (pillbox) di Jalan Labu, Singapura.

Di situlah juga tempat Ahmad Nisfu menghembuskan nafas terakhirnya dan dalam keadaan yang sungguh daif tanpa saudara mara, ahli keluarga dan isteri.

Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road (sudah tiada lagi – tapaknya diambil oleh Muslim Convert Association).

Mungkin kerana keuzuran dia tidak lama menjadi imam disitu. Saperti sudah berputus asa, dia hidup berteduh di kubu Jepun di Jalan Labu tidak jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai.

Lama juga dia tinggal bersendirian disitu di bawah ikhsan orang kampung sekeliling. Tidak lama kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam penuh kedaifan.
Alfatihah buat Ahmad Nisfu. FREE MALAYSIA TODAY


“Cium Mulut” Najib, Anwar lebih cepat jika Presiden Umno tidak ditandingi

Posted: 01 Sep 2013 04:31 PM PDT


Oleh Shahbudin Husin

Walaupun beberapa pemimpin Umno menolak hasrat dan tawaran Anwar untuk mengadakan dialog atau kerjasama dengan Najib sebagaimana yang diluahkannya dalam perutusan sempena sambutan Merdeka dua hari lalu tetapi episod ini telah menelanjangkan lebih banyak perkara yang terlindung selama ini.

Setelah isu ini timbul beberapa kali sejak berakhirnya piliharaya umum lalu, kini seperti diyakini bahawa kerjasama antara Najib dan Anwar ini akan menjadi kenyataan juga akhirnya.

Dengan beberapa kali isu ini timbul juga, ia seakan mengiyakan bahawa Najib dan Anwar sudah saling bermain mata sebelum ini dan hanya menunggu masa yang sesuai saja untuk menjalinkan kerjasama atau "cium mulut" dalam bahasa atau istilah budak-budak rock zaman sekarang, menjadi kenyataan.

Jika sebelum ini ketika ditemubual oleh portal berita luar negeri, The Edge Review dan Asia Sentinel, Anwar yang mendedahkan tentang hasrat Najib ingin berbaik-baik dan menjalin kerjasama dengannya, kali ini nampaknya Anwar pula meluahkan keinginan itu.

Dan jawapan balas atau penafian Najib mengensi berita itu cukup lembut dan berdiplomasi, tidak terlihat tanda-tanda melenting atau penafian yang keras. Penjelasan yang dikeluarkan oleh Pejabat Perdana Menteri hanya menyebut isu kerjasama itu sebagai rekaan dan imaginasi penulisnya semata-mata dan tidak mengatakan ianya sebagai fitnah.

Berbeza sekali dengan beberapa ungkapan kasar dan emosional yang pernah dilafazkan oleh Najib ketika berhadapan dengan fitnah dan serangan pembangkang selama ini, termasuk pernah menggelarkan "haram jadah" kepada para peneroka Felda.

Tetapi dalam isu dakwaan Anwar bahawa Najib yang ingin dulu memulakan langkah berbaik-baik dengannya, tak peduli sama ada ianya rekaan, imaginasi, fitnah atau sebaliknya, Najib seolah-olah tidak terkessn atau terganggu sama-sekali, bahkan seperti menerimanya sambil tersenyum mendengarnya.

Bahkan, dalam penjelasan yang hanya dikeluarkan setelah hampir seminggu dijaja oleh Anwar, ia juga menyebut kerjasama dalam apa bentuk sekali pun tidak mungkin berlaku selagi Pakatan Rakyat tidak mahu menerima keputusan pilihanraya, bahkan terus mempertikaikannya. Ewah, ewah... begitu berbudi bahasa dan lemah lembut penjelasan Najib mengenainya!

Kini setelah Anwar sendiri meluahkan hasrat menawarkan kerjasama dengan kesediaan menerima keputusan pilihanraya umum lalu, reaksi Najib turut cukup santai. Walaupun ianya dibawa dalam perbincangan MT Umno dan seperti yang disebut oleh Hishammuddin bahawa Najib akan menjelaskan isu itu di lain ketika, Perdana nampaknya sekali lagi tidak terganggu dengannya bahkan kepantasannya membawa perkara itu ke dalam mesyuarat MT tidak lebih menunjukkan keterujaannya dan ingin melihat reaksi daripada pemimpin-pemimpin Umno yang lain mengenainya.

Walaupun Hishammudin, Khairy Jamaluddin, Mukhriz, Nazri Aziz dan Tengku Adnan dilihat memberi reaksi menolak dan skeptikal terhadap hasrat Anwar itu tetapi mereka ini juga merupakan pemimpin yang mudah akur jika Najib menyatakan sebaliknya mengenai hasrat Anwar itu.

Dilihat dari sudut logik dan kedudukan Najib serta Anwar, penyatuan antara kedua pemimpin ini memang tidak mustahil akan berlaku. Anwar kini berdepan dengan isu mahkamah mengenai kes liwat dengan Saiful Bukhari dan mengharapkan penyelasaian yang memihak kepadanya supaya tiada lagi titik-titik hitam dalam persepsi umum terhadapnya.

Meskipun keputusan pilihanraya umum lalu memperlihatkan PR mempunyai harapan yang lebih cerah dalam pilihanraya lima tahun akan datang berikutan pengundi bandar dan separa bandar makin meningkat, pengundi muda dijangka mencecah angka 5 juta dan tembusan internet yang makin meningkat tetapi isunya tempoh empat atau lima tahun cukup lama bagi Anwar yang sudah berusia 65 tahun sekarang ini.

Dengan menjalin kerjasama atau cium mulut dengan Najib serta mungkin disertai dengan kemungkinan kembali menyertai kerajaan, kes mahkamahnya boleh diuruskan dengan baik.

Walaupun ia mungkin menyebabkan Anwar terbantut hasratnya untuk menjadi Perdana Menteri tetapi jika kegagalan itu ditampung dengan penonjolan beberapa orang kepercayaannya menyertai kerajaan seperti Azmin Ali, Nurul Izzah dan Rafizi Ramli, ia mungkin sudah memadai bagi Anwar dan boleh membuatkannya meninggal dunia suatu hati nanti dalam keadaan mata terpejam.

Najib pula, masih dibelenggu dengan persepsi berkaitan pembunuhan Altantuya walaupun Azilah dan Sirul sudah dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan. Beliau bersama Kerajaan Malaysia kini berdepan pula dengan saman sivil oleh bapa Altantuya berjumlah RM100 juta dan Karpal Singh telah pun mengeluarkan kenyataan akan berusaha sedaya upaya untuk mengeluarkan sapina bagi memastikan Najib dan bekas pembantunya, Musa Safri yang tidak dipanggil sebagai saksi sebelum ini agar hadir memberikan keterangannya dalam saman sivil ini.

Cabaran Najib bersama dengan persepsi Altantuya yang tidak berkesudahan ini ialah bagaimana untuk memenangi pilihanraya lima tahun lagi dengan lebih bergaya. Selagi Anwar dan bersama dengan PAS dan DAP, ia tetap dilihat merupakan cabaran yang perit baginya.

Dalam ini tentunya Najib melihat dengan menjinakkan Anwar, banyak perkara boleh diselesaikan. Najib sedar masalah dan kedudukan dirinya dan dalam masa yang sama, beliau juga sedar masalah dan kemahuan Anwar. Penyatuan ini lebih merupakan situasi menang-menang. Najib mendapat manfaat dan Anwar juga mendapat menfaatnya.

Oleh itu bersatunya Najib dengan Anwar bukanlah mustahil sebenarnya. Kedua-dua mereka ada masalah tersendiri yang boleh diselesaikan atau diminimakan dengan saling menyatu dan bekerjasama.

Selain itu, dengan BN mempunyai 133 kerusi dan PKR mempunyai 30 kerusi Parlimen, isu persempadanan kawasan pilihanraya yang mana Anwar sudah awal-awal mengeluarkan ugutan untuk tidak memberi sokongan, turut boleh diselesaikan melalui "cium mulut" kedua mereka.

Penyatuan dan "cium mulut" Najib dan Anwar hanya menunggu masa dan ketikanya. Ia mungkin menjadi agenda utama sebaik saja Perhimpunan Agung Umno berakhir hujung tahun ini. Kita tidak tahu mereka sudah saling bermain mata sebelum ini tetapi keghairahan Anwar mengenai kerjasama ini dan sikap Najib yang begitu tolerasi terhadapnya seakan-akan mengesahkan bahawa main-main mata itu sudah berlaku.

Anwar mungkin tiada halangan membawa PKR dalam kerjasama ini walaupun menyebabkan ia terpaksa menjatuhkan talak tiga kepada PAS dan DAP. Halangan Najib pula mungkin tentangan daripada Mahathir yang tentunya tidak bersetuju dengan kerjasama ini. Bagi Mahathir, Anwar adalah musuhnya sampai mati.

Tetapi Najib dipercayai boleh meyakinkan kabinet dan pimpinan tertinggi Umno mengenai kerjasama ini, lebih-lebih lagi sebahagian mereka adalah orang-orang kanan dan penyokong setianya sslama ini. Jika beliau disahkan menang tanpa bertanding sebagai Presiden Umno sekali lagi pada pemilihan 19 Oktober ini, Najib akan menjadi lebih kukuh dan mudah membawa kerjasama dan penyatuan dengan Anwar ini menjadi kenyataan.

Dengan diberi mandat tanpa bertanding, bermakna Najib disokong 100% lebih 3.4 juta ahli Umno secara solid. Kedudukan ini tentunya akan dimanfaatkannya untuk meneroka laluan yang membolehkan perjalanan masa depan politiknya lebih selesa lagi, termasuk bekerjasama dengan Anwar. Ketika itu, cabaran atau tentangan Mahathir bukan lagi halangan atau masalah besar bagi Najib.

Bergerak atas tiket sokongan penuh ahli-ahli Umno terhadapnya serta Anwar turut bersamanya, Najib akan terus keluar daripada bayang-bayang dan pengaruh Mahathir yang selama ini banyak mengganggunya.

Hanya jika jawatan Presiden Umno dipertandingkan atau ada sesiapa yang mencabar Najib, iau kerjasama dengan Anwar ini mungkin akan terencat. Kalau pun jika beliau terus menang tetapi jika kemenangannya hanya disokong oleh 70% atau 75% perwakilan saja, ia akan memberi isyarat bahawa beliau tidak boleh bertindak sesuka hatinya selepas itu. Dengan tidak solid atau sepenuhnya Umno menyokong serta berdiri teguh di belakangnya, Najib juga tentunya tidak boleh lagi menguruskan parti dan kerajaan seperti sebuah syarikat sendirian berhad.

Pasti juga ada perasaan malu untuk terus menjalinkan sebarang ikatan dengan Anwar.

Sekarang terserahlah kepada ahli dan lebih 150 ribu perwakilan Umno untuk menentukan sama ada mahu menyokong atau tidak penyatuan Najib dengan Anwar ini.

Dr M: Umno perlu dibersihkan, ramai masuk nak jadi kaya

Posted: 01 Sep 2013 04:15 PM PDT

OLEH MD IZWAN


















Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya.

Bekas perdana menteri paling lama tersebut menggesa supaya pemimpin baru dan muda supaya diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan.

"Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri.
 "Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini.

Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan.

"Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman.

"Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi.

Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut.

"Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno aan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat.

"Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi.

Dr Mahathir mengulangi pendiriannya supaya semua jawatan dalam Umno dipertandingkan, tetapi memberikan alasan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu dipertandingkan bagi menjaga keharmonian dalam parti.

Pemilihan Umno yang akan diadakan secara serentak pada 19 Oktober depan untuk memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bukan saja penting untuk kelangsungannya menghadapi pilihan raya akan datang, bahkan juga merupakan ujian kepada ahli peringkat akar umbi yang pertama kali diberi peluang memilih pemimpin serta mencorakkan parti itu.

Jika dulu hanya kira-kira 2,500 perwakilan terpilih yang akan menentukan pemimpin di peringkat atasan tetapi kini peluang itu sudah diperluaskan kepada kira-kira 150,000 perwakilan daripada lebih 20,000 cawangan Umno di seluruh negara.

Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan iaitu perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapus sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita.

Makanya, peluang ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya dan mereka yang berjumlah lebih 150,000 ini seharusnya tidak lagi mengikut acuan yang pernah digunakan oleh 2,500 perwakilan sebelum ini yang begitu mudah diatur serta ditentukan telunjuknya.

Kesal kanak-kanak ditinggal di pejabat JKM

Posted: 01 Sep 2013 04:08 PM PDT

 Rohani Abdul Karim Rohani Abdul Karim

KUCHING - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat kesal dengan tindakan seorang lelaki yang meninggalkan seorang kanak-kanak di kaunter Pejabat Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) Daerah Kinta, Perak Khamis lepas.

Menterinya Datuk Rohani Abdul Karim berkata pihaknya terkilan dengan tindakan lelaki berkenaan yang dipercayai bapa atau penjaga kepada kanak-kanak lelaki berumur empat tahun itu.

"Kita terkejut dengan tindakan lelaki yang dipercayai bapa kanak-kanak berkenaan. Nasib baik kebanyakan Pejabat JKM mempunyai rakaman kamera litar tertutup (untuk mengesan kes seumpama itu).

"Bagaimanapun kita bersyukur kerana sekurang-kurangnya lelaki itu masih mempunyai pertimbangan dengan menghantar kanak-kanak itu ke tempat yang betul, bukan membuangnya," katanya kepada pemberita di Majlis Ramah-Tamah Aidilfitri dan Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) di Borneo Convention Centre Kuching di sini.

Dilaporkan, melalui rakaman CCTV di Pejabat JKM Daerah Kinta itu, seorang lelaki kelihatan meninggalkan seorang kanak-kanak kira-kira 9.02 pagi, untuk menjawab panggilan telefon dan tidak muncul-muncul selepas itu.

Kanak-kanak itu yang membahaskan dirinya sebagai Abang Saiful kini ditempatkan di institusi perlindungan kanak-kanak di Kuala Kangsar untuk perlindungan sementara sebelum warisnya ditemui. - Bernama

Mengapa TPPA perlu dibantah (1)

Posted: 01 Sep 2013 03:58 PM PDT

Anas Alam Faizli,

Pada tahun 2008, kerajaan Malaysia telah menghentikan perundingan perjanjian FTA Amerika-Malaysia yang sudah berlangsung selama dua tahun, dengan 58 "isu tidak selesai". Antara penentang utama FTA ketika itu ialah Menteri Pertanian, Tan Sri Muhyiddin Yassin, yang dilaporkan berkata bahawa beliau tidak akan berkompromi dalam isu kesejahteraan hidup petani tempatan. Malah, beliau dilaporkan pernah mengatakan 'langkah mayat saya dahulu.' YB Khairy Jamaludin, yang ketika itu sehinggakan turun protes, berpendapat bahawa FTA akan mengancam kedaulatan Malaysia dengan perlindungan paten, lantas menghalang akses kepada industri perubatan generik. Jadi mengapakah kerajaan beria-ia kini untuk menyertai TPPA? Apakah yang telah berubah selepas lima tahun? Yang pasti, kandungan ala FTA yang bakal mengisi TPPA masih kekal sama.

Kenapa Trans-Pasifik?

Kita boleh membuat andaian bahawa TPPA dikenali sebagai Trans-Pasifik kerana faktor lokasi geografi kedudukan negara-negara yang terlibat dalam rundingan. TPPA ialah unik kerana ia adalah perjanjian terbuka. Semua negara yang berminat boleh menyertainya selagi mana mereka bersetuju dengan apa yang telah dirundingkan pada waktu kemasukan itu, dan negara-negara lain bersetuju dengan penyertaan negara tersebut.

Negara-negara yang menyertai TPPA, kebanyakkannya sudah mempunyai perjanjian FTA dengan Amerika kecuali Jepun, New Zealand, Malaysia dan Brunei. Jepun dan New Zealand merupakan negara maju yang mempunyai antara jaringan hubungan perdagangan yang terbesar di dunia, manakala Brunei ialah sebuah negara yang sangat kaya sumber, walaupun perdagangan yang kecil. Hal ini menjadikan Malaysia, sebagai sebuah negara yang paling terancam dengan status sebagai negara membangun dan pihak baru dalam perjanjian TPPA dengan Amerika ini.

Bagi negara yang sudahpun mempunyai perjanjian dua-hala sedia ada FTA dengan Amerika, TPPA mungkin hanya melibatkan perubahan kecil kepada status perjanjian sedia ada. Tetapi untuk sebuah negara yang skala ekonominya kecil, TPPA bakal meninggalkan kesan yang lebih besar.

Rundingan pertama TPPA diadakan pada March 2010 melibatkan lapan buah negara, Malaysia menyertainya pada Disember 2010, di ikuti oleh Mexico dan Kanada pada Disember 2012. Baru-baru ini, Jepun menyertai rundingan pusingan di Kota Kinabalu.

Perjanjian FTA antara Amerika dan Singapura, Korea Selatan dan Chile boleh disandarkan sebagai panduan untuk kita melihat apa yang boleh diharapkan daripada TPPA. FTA ini juga tidak banyak berbeza antara satu sama lain, dengan perbezaan kurang daripada 5 peratus secara puratanya. Hal ini membawa kepada kita merumuskan bahawa Amerika melihat TPPA ini sebagai hanya satu daripada perjanjiannya yang menggunakan kerangka 'standard'. Mereka kelihatan tidak akan melayan "kerenah" dan kehendak negara-negara yang lebih kecil ini (dikenali sebagai 'pengecualian') di meja rundingan.

Kandungan teks TPPA juga sulit dan rundingan dijalankan secara tertutup. Hanya lima bab yang ketirisan secara tidak sengaja kepada orang awam iaitu Pelaburan, Harta Intelek, Perdagangan dan Sekatan, dan Garis Panduan Kawal Selia. MITI melaporkan hampir 14 bab daripada 29 bab yang dibincangkan sudahpun dipersetujui dan disimpulkan.

Tentang Pelaburan dan Kedaulatan


Isu ini boleh dikatakan isu terpenting, kerana berkait dengan hampir semua bab yang dibincangkan. Bab ini akan menyekat ruang pembuatan dasar oleh kerajaan melalui klausa 'Investor-To-State Dispute Settlement (ISDS)' dan 'State-To-State Dispute Settlement' (SSDS). ISDS ialah peruntukan dibawah Bab Pelaburan, yang secara asasnya membenarkan mana-mana syarikat untuk mengheret kerajaan Malaysia ke mahkamah bagi tuntutan kerosakan dan ganti rugi. TPPA bakal memperkuat "keadilan korporat" merentasi semua negara atas alasan "kesaksamaan dan kesama rataan".

Apakah kesaksamaan dan sama rata yang dimaksudkan di sini? Pendek kata, syarikat multinasional boleh selesa dengan kefahaman bahawa tiada perubahan ke atas undang-undang domestik yang akan melibatkan mereka secara buruk, sebaik sahaja mereka memulakan operasi di negara rakan TPPA mereka. Hakikatnya, hal ini menjadi tiket kepada syarikat gergasi multinasional untuk melangkah sistem undang-undang sebuah negara, melalui sebuah tribunal pengadilan antarabangsa yang dianggotai oleh tiga orang hakim; dua orang hakim antarabangsa dan seorang hakim tempatan.

Misalnya, jika Malaysia tiba-tiba mendapati bahawa terdapat kandungan kecil di dalam tembakau yang merbahaya dan membuat keputusan untuk mengharamkan kandungan tersebut, seterusnya menjejaskan keuntungan syarikat multinasional tembakau, syarikat itu mempunyai hak untuk menyaman kerajaan Malaysia berdasarkan potensi kerugian yang mereka alami sepanjang tempoh permit mereka beroperasi di Malaysia, beserta faedah. Itulah yang terjadi dalam kes Philip Morris, apabila syarikat itu menyaman kerajaan Australia atas pembentukan undang-undang baru tentang pembungkusan rokok. Perkara yang sama boleh terjadi ke atas Malaysia sekiranya negara kita hendak mengenakan undang-undang yang lebih ketat, ke atas pengusaha Lynas, misalnya.

Malah, tidak melampau jika kita menjangkakan bahawa penggubal undang-undang dan Parlimen akan dibiarkan tidak berfungsi; mereka tidak boleh menggubal undang-undang yang memberi kesan kepada keuntungan syarikat multinasional dan kelangsungan perniagaan! Kita masih ingat bagaimana Mexico di saman Dollar AS16 juta kerana tidak membenarkan pembuangan sisa toksik merbahaya ke dalam alam sekitarnya oleh syarikat Amerika.

Satu lagi hal yang diketahui umum ialah negara maju seperti Amerika dan Jepun sedang berusaha untuk melaksanakan ISDS melalui TPPA dan juga apa-apa yang dilihat sebagai kekurangan di bawah perjanjian Organisasi Perdagangan Dunia (WTO). Walaupun kita hanya boleh mengandaikan klausa ini tidak diratifikasikan kerana potensi kesan negatif, kebimbangan yang wujud ini ada asasnya.

Tentang Perolehan Kerajaan dan Program Pembangunan Vendor Petronas

Dalam bahagian ini, semua perolehan kerajaan termasuklah berkaitan dengan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan Petronas tidak boleh dalam apa jua cara memihak kepada kontraktor tempatan dalam kaedah yang boleh disifatkan sebagai tidak adil kepada perusahaan asing lain daripada negara-negara rakan TPPA. Ada paras lantai dalam peraturan ini; daripada perjanjian-perjanjian lepas FTA Amerika, kita boleh menganggarkan iaitu sekitar RM23 juta dan ke atas. Jelas hanya kontrak sampingan kepada kontraktor tempatan yang tinggal. Sementara itu, kita melihat saiz perolehan kerajaan Malaysia sebanyak RM130 bilion, atau 25 peratus daripada KDN Malaysia.

Bukti empirikal menunjukkan bahawa 94 peratus daripada perolehan kerajaan Amerika diperoleh oleh syarikat tempatan Amerika (Khor, 2008) dan hanya 6 peratus diberikan kepada 170 syarikat di seluruh dunia. Betapa terhadnya potensi yang diperoleh daripada sebuah usaha yang sepatutnya membuka peluang kita di Amerika! Apakah yang akan terjadi kepada kontraktor tempatan kita terutamanya kontraktor minyak dan gas? Mampukah walau syarikat besar milik tempatan seperti Sapura Kencana dan MMHE sekalipun, bertahan menghadapi persaingan yang tidak bersimpati daripada negara maju? Apatah lagi nasib pemain-pemain industri kecil sederhana (SME). Program Pembangunan Vendor Petronas yang telah banyak membantu membangunkan industri gas dan minyak tempatan juga nampaknya bakal tersingkir daripada persaingan ini.

Tentang SME dan Pertanian

TPPA bertujuan untuk membebaskan perdagangan dan mengurangkan tarif, yang mana boleh menyebabkan kehilangan pekerjaan yang drastik dalam banyak sektor. Kesan langsung ialah tekanan terus kepada gaji pekerja lantas meluaskan lagi jurang pendapatan yang sudah sedia besar sekarang. Mexico ialah contoh terbaik; hasil daripada  pemeteraian Perjanjian Perdagangan Besar Amerika Utara (NAFTA) dengan Kanada dan Amerika, tiga juta daripada sepuluh juta rakyat Mexico kehilangan pekerjaan.

Pengurangan tarif akan memberikan kesan langsung terutama kepada produk pertanian.Walau bagaimana mulia pun niat TPPA mempromosikan keberkesanan dan persaingan sihat, niat itu menjadi tidak adil apabila kita melihat hakikat bahawa lebih 90 peratus syarikat Malaysia yang terlibat dalam sektor pertanian ialah syarikat kecil dan sederhana (SME). Mereka akan menghadapi persaingan yang tidak seimbang daripada syarikat gergasi pertanian daripada negara seperti Amerika, Kanada dan Jepun, yang mana kerajaan tidak menurunkan pun subsidi yang besar kepada petani mereka. Kajian oleh UNCTAD menunjukkan bahawa subsidi telah merendahkan kos pengeluaran beras Amerika sebanyak 45 peratus, kacang soya 32 peratus dan kapas sebanyak 52 peratus. Pengiraan kasar menunjukkan bahawa hasil beras mereka mampu memenuhi pasaran Malaysia serendah RM 1.40/ kg- apakah yang akan terjadi kepada Bernas, dan nasib pengeluar tempatan yang lebih kecil?

Tentang Harta Intelek- Paten Perubatan dan Hak Cipta

Syarikat farmasi gergasi akan mendapat hak ke atas paten ubat-ubatan dan mengekalkan pegangan hak cipta lebih lama dengan cara yang lebih mudah. Hal ini akan melewatkan pengeluaran ubat generik dan penggunaan ubat-ubatan penyakit kronik dan melewatkan akses kepada ubat-ubatan untuk penyakit seperti kanser, HIV dan penyakit kronik lain. Sebagai contoh, Herceptin, yang digunakan untuk kanser pada masa kini memerlukan RM8,000 setiap rawatan dan memerlukan kepada 17 pusingan rawatan. Purata kos untuk rawatan pesakit kanser paru-paru boleh mencecah RM 44,725 (Dollar AS14,455) setiap tahun untuk seorang pesakit. Peluang untuk mendapatkan rawatan ubat-ubatan ini semakin berkurang, terutamanya bagi mereka yang tidak mampu kerana harga yang terlalu tinggi, apabila akses kepada ubat-ubatan generik akan dilewatkan melalui TPPA kerana negara maju akan menambah jangka hayat paten lebih daripada tempoh 20 tahun.

Bahagian Hak Cipta dalam TPPA akan mengakibatkan rawatan perubatan bertambah mahal untuk kebanyakan rakyat Malaysia, aktiviti penyelidikan dan pendidikan juga akan menerima musibah dan kosnya meningkat disebabkan oleh undang-undang hak cipta yang lebih ketat dicadangkan. Ini termasuklah 'digital commons' atau harta umum digital seperti sumber maklumat daripada internet. Undang-undang hak cipta kini akan dipanjangkan hayatnya daripada 50 kepada 120 tahun. Maksudnya, 70 tahun lagi akses kepada pelajar dan dunia akademik diterhadkan, kerana harga buku rujukan dan sumber maklumat yang begitu tinggi.

Tentang kawalan Tembakau dan Kesihatan Awam

Tembakau bukanlah produk biasa yang profil permintaannya seperti produk-produk biasa- sebagaimana mahal pun tetap akan ada pembelinya. Rokok membunuh sekurang-kurangnya 50 peratus daripada penggunanya. Malaysia dan juga negara-negara lain dalam TPP kecuali Amerika, ahli kepada 'WHO Framework Convention on Tobacco Control (FCTC) yang mensyaratkan supaya negara-negara ahli meregulasikan industri tembakau, mengurangkan penggunaannya dan menyekat insentif kepada industri tembakau. FCTC merupakan perjanjian antarabangsa yang mengikat Malaysia sebagai ahli yang bermaksud untuk mewujudkan dasar kebangsaan yang bermatlamat mengurangkan penggunaan tembakau dan meregulasikan industri tembakau.

Banyak syarat dalam banyak bab-bab TPPA bertentangan dengan FCTC. Hal ini menimbulkan kebimbangan terutamanya mengenai potensi konflik di masa depan. Isu ini menjadi lebih penting apabila kita menimbangkan kesan negatif kepada kesihatan awam dalam masyarakat yang tinggi penggunaan tembakaunya.

Tentang Kemampuan Kawalan Modal (Capital Control)

Salah satu kesan utama TPPA ialah pengehadan kemampuan kita untuk melaksanakan kawalan modal. Menurut Reinhart & Roghoff (2009), situasi pergerakan kapital antarabangsa yang tinggi selalunya menimbulkan krisis perbankan antarabangsa, seperti yang berlaku kepada Malaysia dan rantau sebelah sini pada tahun 1997, yang juga telah banyak kali berlaku dalam sejarah perbankan. Apabila sistem kewangan diregulasikan dengan baik, kemungkinan untuk kitaran kegawatan kewangan dapat dikawal, atau sekurangnya melindungi situasi ekonomi daripada terdedah kepada kitaran kegawatan kewangan yang banyak kali kita saksikan kerana persekitaran ekonomi yang bebas tanpa kawalan.

Hal ini bukanlah bertujuan untuk menentang usaha meliberalisasikan ekonomi demi mweujudkan persekitaran ekonomi yang lebih berkesan, malah bukan juga untuk merosakkan peluang Malaysia untuk menarik pelaburan asing. Tetapi, ia bertujuan untuk bertindak sebagai "shock absorber" atau penyerap hentakan akibat daripada krisis-krisis ekonomi yang cenderung kepada ekonomi-ekonomi yang lebih liberal. Hal ini penting terutamanya untuk perniagaan-perniagaan dan perusahaan-perusahaan Malaysia yang masih lagi setahun jagung untuk menghadapi saingan asing. Bukanlah satu kebobrokan pun untuk kita menyiapkan diri dengan satu sistem kawalan modal sementara seperti yang kita laksanakan ketika Krisis Kewangan Asia. Malah IMF sendiri mengakui keberkesanan kawalan modal dalam mempercepatkan pemulihan ekonomi Malaysia berbanding Indonesia dan Thailand.

Tentang Telekomunikasi


Bahagian telekomunikasi dalam FTA yang juga dibincangkan dalam TPPA merupakan antara bahagian yang wajar diberikan perhatian. Rancangan telekomunikasi adalah untuk mempromosikan persaingan ke atas pembekal telekomunikasi dalam kalangan negara anggota TPPA. Perusahaan telekomunikasi daripada negara-negara rakan TPPA akan diberikan akses kepada jaringan kemudahan telekomunikasi awam sedia ada melalui jaringan kemudahan dan akses kemudahan fizikal. Dalam kes Malaysia, kita prihatin terhadap keupayaan TM Berhad yang selama ini telah membangunkan infrastruktur fizikal telekomunikasi di Malaysia dan menghubungkan negara dengan jaringan kabel fiber optik kelajuan tinggi melalui skim Perkongsian Awam-Swasta (PPP). Apabila pesaing asing dibekalkan akses untuk menggunakan infrastruktur sedia ada, tentu sekali tekanan hebat ke atas prospek keutungan TM menyusul, malah mungkin mengheret syarikat gergasi telekomunikasi ke dalam krisis dan tutup kedai.

*Anas Alam Faizli ialah profesional dalam industri minyak dan gas. Beliau sedang menyambung pengajian peringkat kedoktoran, pengasas bersama BLINDSPOT dan BANTAH TPPA, tweet di @aafaizli

Isu kuil: Ketua Pemuda MIC desak Ku Nan letak jawatan

Posted: 01 Sep 2013 03:56 PM PDT

OLEH DIYANA IBRAHIM

















Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang ditahan polis hari ini kerana membantah perobohan kuil hindu di jalan P Ramlee menuntut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan.

Katanya Tengku Adnan langsung tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar apabila membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina dinding dalam kuil tersebut sekaligus merobohkan tempat sembayang kaum itu.

"Kita mahu ( Tengku Adnan) letak jawatan, beliau langsung tidak layak jadi menteri, beliau seorang yang kejam kerana tidak mengendahkan permintaan kaum India untuk tidak menyentuh kuil ini dia tidak hormat kepada kita," katanya kepada pemberita sebaik saja beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi.



 Ketua Pemuda MIC itu juga turut meluahkan kekesalan kerana insiden ini berlaku selepas negara menyambut kemerdekaan dan berbeza dengan apa yang diseru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam gagasan "1 Malaysia."‎


Pagi tadi , keadaan di Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee yang terletak di ibu negara bertukar kecoh apabila DBKL dilaporkan cuba merobohkan kuil tersebut.

Bagaimanapun salah faham tersebut dijelaskan oleh pegawai khas Tengku Adnan yang berkata DBKL cuma ingin membina tembok bagi memberi laluan kerja pembinaan di bangunan Hap Seng.

Menurut Ramakrishnan, kerja pembinaan bangunan Hap Seng membabitkan keluasan lapan kaki dalam kawasan kuil yang dibina atas tanah kerajaan itu.

Keadaan bertukar tegang apabila pegawai khas Tengku Adnan itu gagal mengemukakan notis selain pembinaan tembok atau dinding turut menyebabkan tempat sembayang kuil tersebut dirobohkan.

Ia menyebabkan penahanan 11 individu termasuk gerakan pemuda MIC, PKR, dan ahli jawatankuasa kuil sebelum dibebaskan lima jam kemudian.

Mohan bersama yang lain didakwa dibawah seksyen 180 Akta Kanun keseksaan dimana menghalang penjawat awam bertugas.

Polis membebaskan beliau dengan jaminan mulut dan Mohan perlu menghadirkan diri ke IPD Dang Wangi pada 2 Oktober.

"Dalam kes ini tidak salahkan polis, kita faham kerja mereka, tapi DBKL ini mereka ini macam samseng, langsung tidak menghormati rumah tuhan kami, masuk tidak buka kasut, rokok dalam kuil jadi inikah keperibadian ditonjolkan oleh penjawat awam," katanya lagi.

Menurut Mohan, Kabinet telah membuat keputusan untuk menangguhkan perobohan kuil itu dan turut mendapat persetujuan daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak apabila perkara itu telah dicatit dalam minit sebagai bukti ia merupakan akuan rasmi.

Mogan turut mendakwa, wujud kepentingan pihak tertentu yang mengaut keuntungan dari projek pembinaan bangunan Hang Seng.

"Kita tidak faham mengapa pembinaan itu boleh dibuat di tapak kuil, mengapa ia diluluskan adakah pihak lain mengaut keuntungan dari projek ini kita akan siasat dan akan adukan pada Suruhanjaya Pencegah Rasuah," katanya.

Ketua Polis Daerah Dang Wangi Zainuddin Hamzah mengesahkan hanya lapan orang saja yang ditahan polis walaupun ketua pemuda MIC itu berkata 11 orang telah ditangkap.

Malah, Zainuddin juga menegaskan mereka tidak menangkap pemimpin dari pemuda MIC itu sebaliknya beliau dibawa ke balai polis hanya untuk memberi keterangan.

Zainuddin juga berkata notis yang dihantar oleh DBKL kepada pihak kuil tidak sampai akibat dari campur tangan politik.

Najib masih dijajah jika tak berani bersuara isu di Mesir, Syria – Anwar

Posted: 01 Sep 2013 03:53 PM PDT

Oleh: Nazar Hashim

SUNGAI PETANI : Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak diibaratkan masih lagi dijajah sekiranya tidak bersuara terhadap kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam, khususnya di Mesir dan Syria, tegas Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua pembangkang itu berkata, ia ekoran sikap Najib yang dilihat tidak tegas dalam menyatakan pendirian, termasuk isu penindasan membabitkan umat Islam di Palestin.

"Sehingga ini Perdana Menteri masih tidak berani untuk menyatakan pendirian tegas mengenai kezaliman yang berlaku walaupun telah beberapa kali didesak untuk berbuat demikian

"Apakah setelah Amerika menyatakan pendirian mereka, baru Malaysia mahu menyokong. Ini tindakan yang tidak betul. Malaysia mesti berpendirian dan berprinsip tanpa menanti keputusan Amerika.

"Sekiranya ini pun Najib tidak berani, negara bukan saja mempunyai pemimpin yang tidak merdeka pemikiran mereka, tetapi masih lagi terjajah dan tidak bebas," tegasnya ketika berucap di Taman Seri Wang, Sungei Petani semasa sambutan Ambang Merdeka dan majlis Rumah Terbuka KEADILAN Kedah, 30 Ogos lalu.

Amerika Syarikat baru-baru ini mengumumkan akan melakukan serangan terhadap Syria yang dipimpin diktator Bashar Al Assad ekoran dakwaan penggunaan senjata kimia yang menyebabkan lebih 600 rakyatnya terbunuh.

Pada masa sama, krisis di Mesir bagaikan tidak berkesudahan menyaksikan ribuan rakyatnya terkorban selepas junta tentera merampas kuasa daripada presiden yang sah dipilih oleh rakyat, Mohammad Morsi.

Dalam pada itu, Anwar turut meminta umat Islam yang cintakan keamanan supaya menghadiri Himpunan Solidariti Ummah pada 6 September ini di Stadium Shah Alam, Selangor.

"Kita mesti buktikan dengan pendirian yang tegas menentang kezaliman dan kerakusan kuasa yang berlaku seperti di Mesir, Syria dan Palestin," tegas beliau.

Turut hadir dalam program tersebut ialah Ahli Parlimen Sungei Petani, Datuk Johari Abdul, Timbalan Ketua Menteri 1 Pulau Pinang, Dato Mohd Rashid Hasnon serta pimpinan Pakatan Rakyat negeri Kedah dan Pulau Pinang.

ATM sedia bantu operasi banteras Pati

Posted: 01 Sep 2013 03:49 PM PDT

SINAR HARIAN

Zulkifeli Mohd Zin Zulkifeli Mohd Zin - Foto ehsan Berita Kini

KUALA LUMPUR - Angkatan Tentera Malaysia (ATM) sedia membantu Operasi Bersepadu membanteras pendatang asing tanpa izin (Pati) yang dilaksanakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) di seluruh negara bermula hari ini.

Menegaskan demikian, Panglima Angkatan Tentera Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin berkata ATM pernah terlibat dalam penguatkuasaan Proses Pemutihan Program Penyelesaian Menyeluruh Pekerja Asing dan Pendatang Asing Tanpa Izin (6P) dan tidak menolak kemungkinan ATM terlibat dalam operasi bersepadu kali ini.

"Kami sedia. Akan dilakukan secara adhoc bila ada keperluan," katanya dalam sidang berita selepas majlis Rumah Terbuka ATM dan Polis DiRaja Malaysia (PDRM) di Muzium DiRaja (Istana Negara Lama) di sini.
Turut hadir Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar.

KDN memulakan gerakan besar-besaran memburu Pati hari ini selepas mereka diberikan masa secukupnya dalam program pemutihan 6P sebelum ini.

Khalid pula berkata setakat ini operasi bersepadu memburu Pati belum melibatkan ATM.

"Tapi tidak mustahil (ATM akan terlibat selepas ini)...setakat ini operasi bersepadu itu melibatkan Jabatan Imigresen, PDRM, pihak kastam dan lain-lain," katanya.

Ditanya dalam keadaan macam mana ATM diperlukan, Khalid menjawab: "Itu kita akan timbang kemudian."

Beliau menegaskan, "Kita akan round them up (berkas) semua pendatang asing yang masih berdegil. Saya tidak mahu memberi jumlah atau buat spekulasi berapa ramai yang masih berada di sini.

"Ini bukan pemutihan. Tempoh 6P sudah selesai. Sekarang ialah masa untuk mengambil tindakan dan menangkap mereka yang masih berada di negara ini dan tumpuan di Semenanjung dulu," katanya.

Khalid berkata operasi bersepadu itu diketuai Jabatan Imigresen dengan mendapat kerjasama PDRM.

Kepada soalan lain, Khalid berkata polis akan siasat tindakan pihak tertentu yang dilaporkan cuba mengibar Sang Saka Malaya menggantikan Jalur Gemilang pada ambang Ulang Tahun Hari Kemerdekaan Ke-56 baru-baru ini. - Bernama

Shahidan jamin beri Anwar ruang di Parlimen

Posted: 01 Sep 2013 03:46 PM PDT


Shahidan Kassim Datuk Seri Shahidan Kassim
 
SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim memberi jaminan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diberi ruang di Parlimen bagi berbincang soal masalah negara seperti yang dicadangkannya, kelmarin.
 
Menurut Shahidan, Parlimen merupakan tempat terbaik untuk berbincang soal perpaduan.
 
"Saya sebagai menteri yang menjaga Parlimen akan memastikan Anwar mendapat ruang untuk membawa perkara ini ke Parlimen.

"Saya cadangkan supaya Anwar bawa hal ini ke Parlimen untuk dibincangkan kerana Parlimen adalah tempat yang baik untuk bincang soal perpaduan," katanya kepada Sinar Harian Online.

"Sudah pasti untuk tujuan yang baik ini, dia akan mendapat sokongan.

"Jika Anwar benar-benar ikhlas dan tidak ada niat yang lain daripada itu, dia hendaklah bawa hal ini ke Parlimen," tambahnya lagi.

Anwar sebelum ini mencadangkan supaya diadakan pertemuan di antara pihak kerajaan dan pembangkang bagi membincangkan masalah negara yang harus ditangani.

Menurut Anwar, pertemuan itu perlu diadakan bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara.

"Malah soal perpaduan ini sudah disebut Datuk Seri Najib semasa kemenangan PRU lalu.

"Sekarang Anwar menawarkan diri tapi tak apa. Sebab ia perkara baik," ujar Shahidan.

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor semalam berkata, tiada sebarang 'isu-isu kebangsaan' yang perlu dibincangkan antara Anwar dan kerajaan.

"Segala-galanya semata-mata tentang politik dan jika beliau (Anwar) mahu berbincang, beliau perlu membawa perkara ini ke Parlimen.

Sementara, menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz mencadangkan supaya Anwar membawa usul mengenai dialog isu kebangsaan ke persidangan Dewan Rakyat yang akan datang.

"Apa sahaja perkara yang hendak dibincang, dirunding, (kita) bawa dalam Parlimen sebab kita kena telus tentang perkara ini supaya rakyat tahu," katanya.

Tetap diburu walau didakwa dapat perlindungan

Posted: 01 Sep 2013 03:44 PM PDT

SINAR HARIAN

kongsi gelap Logo-logo dan lambang kumpulan kongsi gelap di Malaysia - Foto Ihsan PDRM

KUCHING - Walaupun kumpulan kongsi gelap didakwa mendapat sokongan atau pelindungan segelintir ahli politik atau orang kenamaan (VIP), pihak berkuasa tidak akan berkompromi dengan mana-mana pihak yang terlibat dengan kegiatan jenayah.

Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, sehubungan itu kumpulan kongsi gelap tidak perlu menganggap diri mereka kebal daripada tindakan undang-undang.

"Kita sudah lihat bagaimana ada orang politik menyuarakan sokongan terhadap penjenayah dan menghentam tindakan polis, namun mereka (penjenayah) ini tidak juga kebal kerana kita tetap teruskan (tangkapan), malah ramai juga yang ditangkap," katanya.

Menurut beliau, kuasa polis tidak akan dapat diatasi walaupun penjenayah mendapat sokongan daripada mana-mana orang politik, penguatkuasaan undang-undang tetap akan dilaksanakan.

Beliau berkata demikian kepada pemberita ketika ditemui di majlis Rumah Terbuka Hari Raya Cats FM.
Turut hadir Pesuruhjaya Polis Sarawak, Datuk Muhammad Sabtu Osman dan Pengarah Eksekutif Radio Cats FM, Datin Hanifah Taib-Alsree.

Sementara itu Wan Junaidi berkata terdapat kira-kira 40,000 pendatang asing tanpa izin (Pati) yang masih ditempatkan di depoh tahanan di negara ini berikutan tidak diterima oleh pihak berkuasa di negara asal mereka kerana mereka tidak memiliki dokumen pengenalan diri yang sah.

"Kita jangkakan jumlah Pati di depoh akan bertambah, tambahan pula operasi 6P bermula hari ini. Jika ada keperluan, kita mungkin akan membuka pusat tahanan sementara untuk menempatkan mereka," katanya. - Bernama

Tiada ulasan: