Selasa, 17 September 2013

DIALOG RAKYAT

DIALOG RAKYAT


Kalau Mukhriz Tanding, Mangsanya Ialah Zahid Hamidi?

Posted: 17 Sep 2013 06:32 AM PDT

MSO

Mukhriz Mahathir disebut-sebut akan ikut merebut jawatan Naib Presiden Umno yang bakal dipertandingkan pada persidangan parti itu Oktober ini. Khabarnya Mukhriz telah mendapat restu daripada bapanya dan juga Umno negeri Kedah. Sekiranya Mukhriz jadi untuk sama-sama berebut jawatan itu saya merasakan ia bukan bertolak dari hati MB Kedah itu sangat, tetapi ia adalah 'ilham punjangga' bapaknya sendiri. Mahathirlah yang bersungguh-sungguh mahukan putera politiknya melonjak ke atas.

Mahathir ada perkiraan lain yang anaknya sendiri tidak dapat mengesaninya. Apa dibimbangi ialah kemaraan Khairy Jamaluddin yang kini sudah menjadi menteri belia dan sukan yang dilihat bakal menjadi pesaing masa depan kepada Mukhriz. Walaupun Mukhriz kini sudah menjadi MB dan pengerusi Umno Kedah, tetapi kedudukan itu dalam bacaan Mahathir belum cukup mantap dan kemas serta hatinya belum puas.

Baginya Mukhriz harus berada dalam hirearki tertinggi parti sebagai naib presiden setanding dengan Khairy yang kini secara automatik telah menjadi salah seorang naib presiden Umno menerusi jawatan ketua pemuda Umno. Selama-lamanya Mahathir tidak mahu anaknya mengekori Khairy Jamaluddin kerana situasi itu menjatuhkan maruah dan air muknya sebagai bekas presiden Umno selama 22 tahun dan juga sebagai orang yang 'dianjung-anjung'kan sebagai mastermind politik terhebat di rantau ini.

Letaklah kalau Mukhriz jadi bertanding, apakah perancangan Mahathir? Beliau tidak akan duduk diam. Mahathir akan pusing seluruh Malaysia untuk menjalani kempen bagi Mukhriz. Makenisme pertama diambil ialah menerusi blog dan media sosial. Kemungkinan juga dalam masa terdekat dia akan round Malaysia. Kalau tidak dia sendiri, akan adalah agen-agennya, boleh jadi juga budak-budak Perkasa(m) atau pengangguk di Yayasan Perdana yang selamanya akan menjadi abadi politik Mahathir.

Mahathir ada pengalaman dan kebolehan di dalam hal ini. Dia boleh flash sekejap sahaja bagai mana untuk menyinarkan lagi anaknya itu. Dalam masa sama juga dia akan mencipta beberapa gimik dan perangkap politik yang boleh memasungkan ahli Umno. Mungkin Mahathir akan berterus terang Mukhriz adalah penyambung kepada legendanya, kasihanlah hamba... Mungkin!

Bagaimana pun kalau benar Mukhriz mengumumkan untuk bertanding, apa yang menarik siapakah yang akan menjadi mangsa? Maksudnya siapakah dari tiga naib presiden yang bertahan kini, akan menjadi mangsa atau terkeluar dari kedudukan itu. Tidak boleh tidak salah seorangnya akan perlu dikorbankan untuk membawa masuk Mukhriz. Orang yang akan dikorbankan tentulah besar, gemuk dan cukup umur kerana kerja membawa masuk Mukhriz ini bukan calang-calang.

Apakah dianya Hishmuddin Hussein sepupu Najib Razak. Atau pun Shafei Afdal orang menjadi harapan Najib di Sabah akan menjadi korban. Atau Ahmad Zahid Hamid mediator nombor satu alias pembodek Najib dan juga bomoh besar dalam menenangkan jiwa dan hati Rosmah Mansor akan berdepan dengan pisau sembelihan Mahathir?

Bagi pencabar lain seperti Mohd Isa Samad ataupun Mohd Ali Rustam tidak begitu penting untuk dihadapi kerana mereka adalah sampah dalam pertandingan kali ini. Saya membayangkan Ali Rustam yang sudah menyatakan hasrat untuk bertanding akan menarik diri saat-saat terakhir dan begitu juga Mohd Isa Abdul Samad. Najib pasti akan ada penawar dan cenduai tertentu untuk memengsankan mereka berdua.

Apa digunakan Najib untuk memengsankan Azalina Othman Said daripada meneruskan hasrat mencabar Sharizat Jalil, itulah juga kaedah bakal digunakan oleh Najib. Najib sekarang ini mahu menunjukkan kekuatannya dan dalam masa sama menunjukkan bahawa beliau mempunyai ramai juragan dan saudara kuasa untuk melindunginya dari diganggu anasir-anasir tidak terduga dalam Umno. Dalam kepala pemerhati mereka melihat Najib sedang bertarung degan Muhyiddin Yassin secara senyap.

Berbalik kepada siapa yang akan menjadi mangsa bakal ditepis Mahathir bagi meletakkan anaknya di situ elok kalau kita menghayati seketika kepada kenyataan Mahathir sebelum ini yang membuat seruan supaya pemimpin berumur atau lama memberi laluan kepada orang muda. Bagi saya kenyataan itu menunjukkan Mahathir sudah hantar mesej sangat jelas. Kalau dilihat dari tiga naib presiden itu yang berumur atau pun tua sedikit ialah Zahid Hamidi. Ketuaan itu bukan saja dari aspek fizikal tetapi matang dengan pelbagai masalah.

Tetapi Mahathir juga arif mengenai pengaruh dan kedudukan Zahid hari ini, yang akhir-akhir ini dilihat sebagai berjaya sebagai menteri KDN. Kerana itu Mahathir tidak mengulas mengenai kejayaan polis dan hal-hal keselamatan lain kerana Zahid berjaya memberi impaknya kepada keselamatan negara. Operasi Cantas telah meletakkan Najib setanding dengan bekas menteri KDN Tun Dr Ismail Abdul Rahman di zaman pasca darurat dahulu.

Bukan itu saja Mahathir masih ada phobia dengan Zahid. Selamanya dia tidak mempercayai dan menyakini Zahid. Yang paling ditakuti sekarang ini ialah mengenai cerita-cerita dalam gelap mengatakan Zahid sedang membina titi untuk mempertemukan Anwar Ibrahim dengan Najib atas nama kerjasama politi demi bangsa dan negara. Ini yang Mahathir sangat gerun.
Percayalah nasib Zahid akan menjadi malang kalau Mukhriz benar-benar menyerahkan borang untuk bertanding naib presiden? Mahathir akan memberi signal itu kepada seluruh ahli Umno agar menggantikan anaknya dengan Zahid. Mungkin sebelum menjelang mesyuarat perwakilkan bahagian dan hari mengundi Mahathir akan mengarahkan para cyber troopernya untuk melayak Zahid habis-habisan.

Yang tidak apat disembunyikan impian Mahathir mahukan Mukhriz menuruti jejaknya. Dia mahu secepat mungkin Mukhriz naik kerana dia sendiri sudah tidak mempunyai banyak masa untuk melihat kejayaan itu. Mahathir tidak mahu menjadi seperti Tun Razak Hussein tidak dapat melihat Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri. Maka proses kenaikan kena cepat dan bangat.

Mahathir sudah membaca makrifat dalam kitab politiknya. Kalau Zahid tersingkir dan diganti oleh anaknya, ia memberi peluang terbaik. Agenda seterusnya ialah mempercepatkan pula Najib berundur untuk memberi laluan kepada Muhyiddin. Apabila Muhyiddin naik dia tidak akan ambil Hishmuddin atau Shafei Afdal sebagai menjadi penggantinya. Yang akan diambil nanti ialah Mukhriz, kerana Mahathir banyak menyemaikan benih di hati Muhyiddin.

Sekiranya Mukhriz menang menduduki salah satu kerusi Naib Presiden dalam pemilihan ini, sudah tentu beliau akan menganjak ke kerusi timbalan pesiden tiga tahun atau empat tahun lagi. Dalam pilhan raya ke-14 Mukhriz akan bertanding di parlimen dan jika menang beliau akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri. Inilah impian besar Mahathir sebelum beliau dipaksa bersara dalam erti kata sebenarnya.

Saya yakin perkiraan serius sedang dibuat saat ini oleh Mukhriz dan juga Mahathir. Tetapi saya yakin berdasarkan kepada stail dan ambisi politik Mahathir, Mukhriz akan ikut sama bertanding sebagai Naib Pesiden. Pencapaian Mukhriz sebagai MB berbanding dengan empat MB yang baru, jelas Mukhriz jauh kedepan dan lebih bersinar. Asas itu dijadikan Mahaathir sebagai modal untuk mempertaruhkan anaknya demi memuaskan nafsu sekarah politiknya.

Tetapi kalau Mukhriz kalah sudah pasti Mukhriz akan jadi kuda kepang.

ASB2 sekadar melepas batuk di tangga

Posted: 17 Sep 2013 06:29 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: PAS menyifatkan pelancaran Amanah Saham Berhad 2 (ASB2) yang diumumkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak sekadar melepaskan batuk di tangga, selain tidak mengambil iktibar dari kegagalan program-program terdahulu.

Sebaliknya, Permodalan Nasional Berhad (PNB) perlu melakukan perubahan pendekatan dan struktur supaya menjadi lebih dinamik dan dapat bersaing secara agresif bagi menjana pendapatan tinggi.

Pengarah Eksekutif Pusat Penyelidikan PAS, Dr Dzulkefly Ahmad berkata PNB sebenarnya boleh mengerakkan ASB2 tanpa perlu menunggu Najib berbuat demikian.

"PNB ini mengambil pendekatan jalan selamat. Mereka tidak agresif untuk membangunkan dan mengangkat pendapatan negara kasar (GNI) berkapita orang Melayu kerana kaedah perlaksanaan kerja masih sama.

"Mereka masih menggunakan pendekatan tidak mahu mengambil risiko, dengan kata lain tidak mahu memecah dan menembus pasaran rantaian pembekalan," jelas Dr Dzulkefly dalam kenyataannya kepada Harakahdaily, hari ini.

PNB merupakan syarikat pengurusan modal terbesar di Malaysia dengan misi sebagai organisasi pelaburan untuk meningkatkan kekayaan ekonomi Bumiputera.

Tambah beliau, jika PNB berfikir secara bersungguh, memikirkan dan menganalisa apa lompang serta kegagalan model yang lalu, mereka didapati tidak menganalisa secara mendasar atau struktural, khususnya untuk mengangkat apa yang dikatakan pendapatan berkapita orang Melayu.

"Mengambil contoh, kalau kita katakan ASB2 mempunyai 'strategi'  yang bukan sahaja mengambil pendekatan jalan selamat tetapi mengambil sedikit lebih risiko untuk terlibat dalam membangunkan syarikat-syarikat 'upstream', 'down stream' termasuklah terlibat dalam mempastikan urusan pasaran syarikat-syarikat vendor mereka.

"Tidak hanya mengambil ekuiti semata-mata tetapi mempunyai keprihatinan membangunkan vendor-vendor bagi menjana nilai tambah dan mempunyai keprihatinan untuk membangunkan seluruh vendor dalam 'supply chain' itu," katanya lagi.

Baru-baru ini, Najib turut mengumumkan suntikan 10 bilion unit saham di bawah ASB2 yang akan dilancarkan PNB.

Pengerusi PNB, Datuk Seri Mohd Ali Rustam dilaporkan berkata, setiap individu diberi had maksimum dalam pelaburan Amanah Saham Bumiputera adalah RM200,000 bagi menggalakkan penyertaan daripada golongan menengah Bumiputera dalam pemilikan saham.

PAS dalam Pakatan perkukuh sistem dua parti

Posted: 17 Sep 2013 06:23 AM PDT

Anis Nazri,


KUALA LUMPUR: PAS akan meneruskan kerjasama dalam Pakatan Rakyat memandangkan hubungan parti itu lebih kukuh dan baik berbanding hubungan antara parti dalam Barisan Nasional.

Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang, berkata hubungan dalam Pakatan Rakyat itu perlu diteruskan sebagai sistem dua parti.

"Memang semua parti politik dalam Pakatan Rakyat mempelajari cara parti masing-masing. Sehingga kini kita teruskan kerjasama dengan Pakatan Rakyat sebagai sistem dua parti yang lebih kukuh, lebih baik berbanding pakatan BN," tegas beliau pada satu sidang media, di Pusat Media PAS, petang ini.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan berhubung kerjasama PAS dalam Pakatan rakyat, khususnya dengan PKR.

Mengulas isu sama ada PAS bersedia untuk mengkaji semula tahaluf siasi kerana kononnya menjadi sebab kemerosotan undi terhadap PAS, beliau bagaimanapun menafikannya.

"Tahaluf siasi bukan penyebabnya. PAS dapat meningkatkan undi di Selangor. Dari tiga exco kepada empat exco dan dari lapan kerusi kepada 15 kerusi. Begitu juga di Terengganu. Kita juga dapat tambah kerusi di Melaka, juga Johor," tegas beliau.

Tambah beliau, jika kemerosotan undi dijadikan penanda aras kekuatan sesebuah parti, BN lebih mengalami kemerosotan undi pada pilihan raya umum lalu.

"Kalau nak tengok undi merosot, BN lagi merosot undinya di Terengganu, Selangor dan Johor," kata beliau sambil menyatakan sebab kemerosotan undi terhadap BN menyebabkan parti itu teraba-raba mencari kawan.

Curi RM1 dipenjara 10 tahun, pemimpin Umno rasuah hukuman ringan

Posted: 17 Sep 2013 06:15 AM PDT


duit penjara


SHAH ALAM : Kerana seringgit, rakyat biasa diheret ke mahkamah tetapi jika melibatkan rasuah bilion ringgit pemimpin Umno BN, seseorang itu mungkin terlepas hukuman.

Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin, berkata hukuman dwi-standard antara golongan marhaen dan pimpinan Umno BN tidak sepatutnya berlaku kerana undang-undang perlu dilaksana cara adil.

"Kita banyak kali menegur kerajaan kerana orang susah dan miskin dijatuhi hukuman berat kalau dibandingkan pemimpin Umno BN yang ada kes rasuah besar tapi dikenakan hukuman ringan.

"Terlalu banyak kes sebegini dan orang susah idak terbela kerana mereka tiada wang mencari peguam belas.

"Ini perlu diperbetul kerana tidak logik hanya kerana RM1 dipenjara 10 tahun, yang berbilion dikenakan dua tahun," katanya yang dipercayai merujuk kes tuduhan rasuah terhadap Dr Mohamad Khir Toyo.

Beliau mengulas laporan akhbar hari ini yang memapar kes seorang lelaki berdepan hukuman penjara 10 tahun atas tuduhan mencuri RM1 pada 10 September lalu, di Kelantan.

Bercakap kepada TV Selangor, Zuraidah menyarankan pasukan guaman dalam Pakatan Rakyat memperjuang hal itu demi menegakkan keadilan kepada rakyat.- FZL

Ketua Pemuda bahagian sah cabar Ku Li

Posted: 17 Sep 2013 06:13 AM PDT


MALAYSIA KINI
 
 
 
Ketua Pemuda Umno Gua Musang Datuk Bazlan Baharudin memutuskan untuk merebut jawatan ketua bahagian tersebut, yang kini disandang veteran Umno Tengku Razaleigh Hamzah.

Katanya, beliau memutuskan demikian setelah mendapat pandangan pelbagai pihak untuk berdepan dengan putera raja Kelantan yang berpengaruh dan dihormati itu.

Bazlan yang dipetik dalam satu laporan Utusan Malaysia hari ini berkata, beliau percaya Tengku Razaleigh akan menyambut baik hasrat beliau merebut jawatan tersebut.

Ini memandangkan, MP Gua Musang itu memutuskan untuk tidak lagi bertanding dalam pilihan raya umum akan datang, katanya.

"Saya mendapat pandangan pelbagai pihak sebelum membuat keputusn ini kerana ia bukanlah mudah memandangkan Tengku Razaleigh cukup berpengaruh dan dihormati"

Bazlan menyatakan beliau yakin akan mendapat sokongan kumpulan "majoriti senyap" dalam kalangan Wanita, Pemuda dan Puteri Umno untuk memenangi jawatan itu.

"Kita harus ingat dalam Pilihan Raya Umum ke-14, pengundi muda akan menjadi pengundi majoriti, oleh itu UMNO perlu memberi isyarat kepada mereka bahawa parti itu bukanlah sebuah parti yang membenarkan seseorang itu menjadi ketua bahagian dulu, kini dan selamanya tanpa dicabar"

Tengku Razaleigh mengetuai bahagian Umno Gua Musang sejak tahun 1962.

Dalam sidang media pada hujung bulan lalu, Tengku Razaleigh berkata kini tiba masanya untuk beliau berundur dari jawatan tersebut bagi memberi ruang kepada pemimpin baru.

Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera – UMNO-BN muflis formula baru

Posted: 17 Sep 2013 06:09 AM PDT


shamsul_iskndr_01


Pengumuman Agenda Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera oleh Perdana Menteri hanya mengesahkan bahawa UMNO-BN gagal mencari formula baru untuk menangani permasalahan Bumiputera. Sementara saya percaya bahawa masih ramai bumiputera yang ketinggalan perlu dibantu dan ini tidak semestinya satu tindakan perkauman, ia mesti dilakukan dengan telus, bertanggungjawab dan cekap.

Kita wajar berasa bimbang kerana berdasarkan pengalaman lalu, agihan saham bernilai RM54 billion atas nama bumiputera menyusut begitu dahsyat sehingga tinggal RM2 billion sahaja. Adalah menjadi tanggungjawab moral untuk UMNO-BN menjelaskan bagaimanakah ini berlaku dan siapakah pemegang saham-saham ini. Kita juga menggesa senarai penerima 1.5 billion saham atas nama bumiputera yang diagihkan pada tahun 2010 turut didedahkan.

Keadilan tegas bahawa prinsip Agenda Ekonomi Malaysia (AEM) yang pernah dikemukakan sebelum ini oleh Datuk Seri Anwar Ibrahim, iaitu permasalahan kemiskinan ditangani berasaskan keperluan adalah lebih segar dan diperlukan oleh negara kita. Berdasarkan petunjuk garis kemiskinan yang dipakai di Malaysia, insiden kemiskinan berdasarkan etnik menunjukkan Bumiputera meliputi 2.2%, Cina 0.3% dan India 1.8%. Dianggarkan terdapat sekitar antara 300 ribu hingga 400 ribu keluarga miskin, melibatkan kira-kira 1 juta orang.

Mereka ini terdiri daripada Bumiputera, peribumi Sabah dan Sarawak, kaum India, kaum Cina, orang Asli, baik di bandar mahu pun di desa, dan merentas usia.

Ketaksamaan kos hidup di bandar dan luar bandar juga perlu dipertimbangkan memandangkan banyak kegiatan ekonomi tersudut di Lembah Klang sehingga memaksa penghijrahan penduduk dan kini jumlah sekitar satu pertiga rakyat Malaysia di sana jelas bukan sesuatu yang lestari untuk jangka masa panjang.

Malangnya, UMNO-BN gagal memurnikan maksud Perkara 153 Perlembagaan Persekutuan sehinggakan ia ditafsir demikian. Sementara ditonjolkan jurang ekonomi antara kaum, yang tidak ditegaskan ialah semangat sebenar untuk membasmi kemiskinan merentas kaum dan mendekatkan jurang ekonomi sesama kaum. Ini akan membantu kita melihat dan memperbetul sesetengah dasar yang akhirnya hanya dinikmati oleh golongan yang sewajarnya sudah mampu berdikari dan turut membantu mereka yang memerlukan.

Keadilan tegas bahawa setiap warganegara Malaysia berhak dibantu untuk berdikari. Hakikat bahawa masih ramai Bumiputera memerlukan bantuan tidak harus dinafikan sambil kita mengiktiraf keperluan menangani permasalahan semua pihak sesuai dengan semangat Perkara 8 Perlembagaan Persekutuan.

Dalam menuju masa depan lebih baik, kita berharap keperluan orang Melayu tidak hanya disuarakan oleh orang Melayu, begitu juga dengan keperluan orang India, Cina serta semua suku kaum yang ada.

SHAMSUL ISKANDAR AKIN
Ahli Parlimen Bukit Katil, Melaka
Ketua, Angkatan Muda Keadilan (AMK)

Utusan setuju tarik balik laporan fitnah Husam

Posted: 17 Sep 2013 06:07 AM PDT

 


 

Akhbar Utusan Malaysia hari ini bersetuju menarik kembali satu laporan bertarikh 31 Mei 2009 berhubung dakwaan fitnah ke atas Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa.

Akhbar itu juga bersetuju menyiarkan pengumuman menarik balik rencana itu pada halaman 9 akhbar edisi hujung minggu Utusan, Mingguan Malaysia pada 22 September ini.

Peguam Husam Balan Nair Dhamodaran berkata akhbar milik Umno itu juga diperintahkan membayar kos sebanyak RM40,000 kepada Husam.

Balan ketika dihubungi Malaysiakini berkata, keputusan itu dipersetujui di hadapan Pesuruhjaya Kehakiman Siti Khadijah S Hassan Badjenid di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur.

Husam sebelum ini menamakan Utusan Malaysia, penulis rencana Zulkiflee Bakar dan Ketua Pengarang Kumpulan, Datuk Abdul Aziz Ishak sebagai defendan dalam tuntutannya.

Ia berhubung rencana bertajuk 'Menilai hujah Husam' yang disiarkan akhbar itu yang didakwa oleh Husam sebagai memfitnah dirinya sewaktu pemilihan PAS semakin hampir pada masa itu.

Menurut Husam, rencana itu memberikan gambaran beliau tidak setia kepada PAS dan idealismenya, tidak boleh dipercayai, berniat untuk membahayakan kepentingan PAS, serta merupakan musuh kepada PAS.

Utusan didakwa kelirukan pembaca

Posted: 17 Sep 2013 03:24 AM PDT


utusan


SHAH ALAM  : Akhbar Utusan Malaysia didakwa sengaja mengelirukan pembaca dengan memberi gambaran bahawa tidak wujud pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik dalam PRU-13 lepas, tegas Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming,

Dr Kian Ming berkata, beliau tidak bersetuju dengan isi tulisan di muka surat 4 akhbar itu bertajuk "Penipuan pembangkang didedah – pemimpin DAP, PAS akui tidak wujud pengundi hantu mahupun gangguan bekalan elektrik.

"Saya tidak bersetuju dengan pandangan dan gambaran ini kerana saya tidak mempunyai akses kepada semua maklumat untuk semua kawasan pilihan raya di seluruh negara," kata Dr Ong dalam kenyataan medianya.

Menurut Dr Kian Ming, artikel di Utusan Malaysia itu memetik katanya daripada FreeMalaysiaToday yang diterbitkan 15 September bertajuk "DAP man concurs Pemantau's findings of no foreign voters, blackouts."

Dalam artikel Utusan ini, dipetik bahawa beliau berkata – "Setakat yang saya tahu, tidak ada pengundi asing (warga Bangladesh) atau gangguan bekalan elektrik. Jadi saya bersetuju dengan pandangan mereka (Pemantau)."

Dr Kian Ming berkata, artikel itu gagal memberi ruang kepada penjelasan penting dalam artikel bahawa komennya tentang pengundi asing terhad kepada Parlimen Serdang dan gangguan bekalan elektrik hanya Parlimen Bentong.

"Saya sedang menunggu bukti ataupun maklumat selanjutnya mengenai pengundi asing dan gangguan bekalan elektrik yang mungkin didedahkan semasa Tribunal Rakyat dianjurkan Bersih bermula pada minggu ini.

"Ini merupakan satu lagi contoh kewartawanan tidak bertanggungjawab yang sentiasa diamalkan oleh pihak Utusan Malaysia," kata Dr Kian Ming

Pencemar Sungai Selangor Hadapi 30 Kesalahan

Posted: 17 Sep 2013 03:21 AM PDT



Pencemar Sungau


SHAH ALAM  : Sepasang suami isteri dihadapkan ke Mahkamah Seksyen Shah Alam, bagi menghadapi lima pertuduhan kerana pencemaran minyak di Sungai Selangor, yang dilakukan tertuduh pada 30 Ogos lalu.

Tertuduh, Eng Kim Bok, 55, didakwa melakukan 30 kesalahan manakala isterinya, H'ng Soo Chiew, 56, didakwa melakukan 20 kesalahan di bawah Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 dan Enakmen Lembaga Urus Air Selangor (LUAS).

Eng merupakan pemilik tunggal bagi Ng Kim Bok Realty Sdn Bhd. dan pengarah bersama isterinya bagi Bengkel Muhibbah Mok dan Muhibbah Mok Sdn Bhd.

Bengkel Muhibbah Mok terletak di tempat di mana tumpahan berlaku manakala Muhibbah Mok Sdn Bhd merupakan syarikat induk bengkel dan Ng Kim Bok Realty syarikat yang memiliki tanah yang diduduki bengkel terbabit.

Setiap kesalahan dibacakan oleh Timbalan Pendakwaraya, Mohd Ashrof Adrin di hadapan Hakim Mohammed Mokhzani Mokhtar.

Lima pertuduhan itu melibatkan Seksyen 24 Akta Kualiti Alam Sekitar 1974 iaitu mencemarkan tanah tani dengan buangan terjadual dan Seksyen 25(1) akta yang sama iaitu meletakkan buangan terjadual SW311 (buangan minyak) tanpa lesen ke dalam mana-mana perairan daratan yang memperuntukkan denda maksimum RM100,000 atau penjara tidak lebih lima tahun atau kedua-duanya.

Kedua-dua tertuduh turut didakwa dibawah Seksyen 34(b) akta yang sama kerana melupuskan buangan secara haram. Jika disabit kesalahan mereka boleh dikenakan penjara mandatori tidak melebihi 5 tahun penjara dan denda tidak melebihi RM 500,000.

Pencemar Sungai

Selain itu, Kim Book dan Soo Chiew turut didakwa dibawah Seksyen 79(1)(d) Enakmen LUAS kerana melepaskan bahan buangan yang mengandungi minyak ke dalam sumber air tanpa lesen daripada Pengarah LUAS. Jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM100,000 atau penjara tidak lebih tiga tahun atau kedua-duanya.

Tertuduh juga dikenakan Seksyen 41 Enakmen LUAS iaitu melepaskan bahan buangan melebihi had piawaian yang ditetapkan mengganggu aliran semulajadi air, jika disabitkan kesalahan denda tidak melebihi RM5,000.

Tertuduh didakwa melakukan kesalahan-kesalahan itu sekitar jam 9.50 hingga 11.40 pagi.

Keseluruhan jumlah denda dianggarkan lebih RM3 juta.

Hakim Mokhzani menetapkan semula kes pada 10 Oktober depan dan tertuduh diikat jamin RM150,000 bagi Kim Bok dan RM100,000 bagi Soo Chiew.

Dalam kejadian itu, hampir sejuta pengguna air di tujuh wilayah Syarikat Bekalan Air Selangor Sdn Bhd (Syabas) bakal terjejas apabila empat loji dihentikan tugas selepas mengesan pencemaran air akibat tumpahan diesel di hulu Sungai Selangor kira-kira jam 8 pagi, 30 ogos lalu.

Mujahid kecewa ada pihak sekat dialog

Posted: 17 Sep 2013 03:18 AM PDT


 


 

MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa berkata beliau kecewa dengan usaha pihak tertentu yang cuba menyekat dialog pelbagai agama dengan masyarakat Kristian anjurannya.

Tentangan ke atas sesi dialog di Butterworth itu bermula dengan perhimpunan oleh beberapa orang anggota NGO di Georgetown pada hari Sabtu lalu, diikuti dengan satu laporan polis yang dibuat ke atasnya pada keesokan hari.

Mujahid berkata, beliau diberitahu supaya menghentikan dialog di Gereja Anglicasn St Mark pada malam tadi kerana tidak mempunyai "kepakaran" untuk menjalankan sesi berkenaan dan juga dakwaan bajawa beliau tidak mewakili masyarakat Islam.

Mujahid juga diminta untuk mendapatkan keizinan Majlis Raja-raja untuk menjalankan dialog seperti itu.

"Bagi saya, ini pandangan mereka. Malang sekali, setelah semua persiapan dibuat, masih ada lagi usaha untuk menghalang dialog ini," katanya dalam satu sidang media pada malam tadi.

Katanya, pihak gereja malah terpaksa menukar lokasi dialog tersebut akibat tekanan berkenaan, namun majlis dialog berkenaan tetap menerima halangan.

Tambahnya, walau suasana tegang timbul di peringkat awal, kira-kira 60 orang, termasuk beberapa orang anggota NGO Melayu yang menghalang dialog berkenaan kemudiannya menyertai sesi berkenaan.

Acara itu tamat sekitar jam 10.30 malam.

Mengulas mengenai kebenaran untuk mengadakan dialog, Mujahid berkata Malaysia merupakan negara bebas dan tidak perlu ditetapkan untuk meminta kebenaran.

Katanya, ia hanya satu usaha dari seorang warga yang juga seorang MP untuk mempromosi keharmonian dan kesatuan di kalangan rakyat Malaysia.

Tambahnya, beliau dan pasukan anggota PAS akan meneruskan dialog dan tidak akan tunduk kepada tekanan pihak tertentu.

Menteri: 'Felo Fatwa' jawab soalan di FB, Twitter

Posted: 17 Sep 2013 03:16 AM PDT

 
 


 
Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) akan menubuhkan sebuah unit dikenali sebagai 'Felo Fatwa' yang dianggotai ulama-ulama yang mempunyai kepakaran dalam pelbagai bidang bagi menjawab dan menjelaskan isu-isu semasa berkaitan Islam menerusi media baharu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom berkata anggota Felo Fatwa itu akan dilantik oleh Jakim dan Majlis Fatwa Kebangsaan.

Unit itu akan turut dianggotai beberapa orang pakar teknologi maklumat bagi menguruskan media baharu itu, katanya.

Jamil Khir bagaimanapun berkata tarikh penubuhannya belum ditetapkan.

"Platform yang akan digunakan oleh Felo Fatwa ialah laman web rasmi Jakim, Facebook, Twitter, Blog dan pelbagai medium lain," katanya pada sidang media selepas menghadiri Majlis Konvokesyen Institut Latihan Islam Malaysia (ILIM) kali kedua di Bangi, dekat Putrajaya hari ini.

Seramai 146 graduan menerima diploma dan sijil masing-masing di majlis itu – 91 bagi kursus Diploma Pengurusan Islam (DPI) Siri I, II dan III, 16 (kursus Sijil Tinggi Muamalat); 26 (Kursus Sijil Tinggi Pengurusan Sains Dakwah); dan 13 (Sijil Tafaqquh Fi ad-Din).

Kursus DPI merupakan kursus mandatori jangka panjang selama enam bulan yang dirangka khusus untuk memberi penekanan dalam pembentukan sahsiah, sikap serta semangat berpasukan dalam kalangan Pegawai Hal Ehwal Islam.

Ia wajib diikuti semua pegawai Gred S41 Jakim yang baru dilantik. - Bernama

Karpal berjaya gugur hakim kes Liwat II

Posted: 17 Sep 2013 03:15 AM PDT

 


 

Mahkamah Rayuan membenarkan permohonan peguam Karpal Singh untuk menggugurkan Hakim Datuk Tengku Maimun Tuan Mat daripada mendengar rayuan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes Liwat II.

Hakim Datuk Ramly Ali yang mengetuai panel tiga hakim berkata hakim gantian akan diputuskan esok.

'Mahkamah akan mencari seorang lagi hakim untuk ganti (Tengku Maimun)," kata Ramli.

Kebiasaannya, kuorum Mahkamah Rayuan akan ditentukan Presiden Mahkamah Rayuan, Hakim Md Raus Sharif.

Menurut Ramly, pendengaran untuk menghalang peguam lantikan kerajaan, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah juga akan turut didengar esok.

Anwar: Tiada masalah bila Najib, Mahathir jumpa Paus

Posted: 17 Sep 2013 03:12 AM PDT

 


 
Bimbang dengan kontroversi yang mungkin timbul MP Permatang Pauh Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam satu ceramahnya malam tadi meminta agar warga kawasan tersebut memahami tujuan pertemuannya dengan Paus Katolik di Rom kelak.

Anwar berkata beliau diundang untuk menghadiri dialog peringkat tertinggi di antara pemimpin Islam, Kristian dan agama lain di Rom.

"Paus berhasrat untuk bertemu dengan beberapa delegasi mesyuarat itu untuk sedikit perbincangan kecil, dan saya salah seorang daripadanya," katanya.

Beliau bukanlah orang yang bertanggungjawab merancang melakukan pertemuan itu, kata Anwar yang tidak menyatakan butiran lanjut mengenai dialog berkenaan.

Beliau berucap kepada kira-kira 300 orang dalam satu ceramah di Kubang Semang, Pulau Pinang semalam.

"Sewaktu Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak dan bekas perdana menteri Dr Mahathir jumpa Paus itu pun tiada masalah," katanya.

Aziz Bari: Penuhi perjanjian dengan Chin Peng

Posted: 17 Sep 2013 03:10 AM PDT


MALAYIA KINI


 
Pakar perlembagaan Aziz Bari berkata kerajaan sepatutnya memenuhi janji yang telah dimeterai dengan Parti Komunis Malaya dan tidak menangguk di air yang keruh dalam isu kematian bekas pemimpin parti tersebut, Chin Peng, untuk manfaat politik.

Menurutnya, kerajaan akan kehilangan kewibawaan jika mereka terus mungkir janji dengan PKM.
Beliau mengingatkan kerajaan bahawa gencatan senjata pada tahun 1989 di antara kerajaan dan Parti Komunis Malaya (CPM) ditandatangani di antara bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan menteri dalam negeri serta IGP pada masa itu.

"Berhentilah dari memanipulasi emosi veteran tentera dan polis. Terima kenyataan atau diam sahajalah," kata bekas pensyarah Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) itu dalam satu kenyataan.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkeras agar mayat Chin Peng tidak disemadikan di Malaysia.

Khalid semalam turut mengumumkan bahawa semua sempadan sedang dikawal bagi memastikan mayat Chin Peng tidak diseludup ke ke dalam negara.

Katanya, Chin Peng bertanggungjawab terhadap kematian banyak anggota polis dan tentera sewaktu darurat.

Guna Minyak RON 95 Sebulan : Gaji RM3000 & Ke Bawah (Minyak RM132) VS Gaji RM5000 & Ke Bawah (Minyak RM375). Setuju?

Posted: 16 Sep 2013 10:18 PM PDT

 


minyak vs pendapatan

Minyak ROn95 Vs Gaji : Akhirnya salah seorang menteri Malaysia yang acapkali "menjunjung tinggi" segala dasar dan pelaksanaan kerajaan Malaysia sesuai dengan kapsiti beliau sebagai seorang menteri 

Kali ini, Ahmad Maslan tampil dengan formula pengiraan yang membantu rakyat Malaysia mencongak dan merancang kewangan mereka setiap bulan walaupun dek kerena bahang kehangatan kenaikan harga minyak RON95 terutamanya. Caranya ialah?
"Ada orang pernah memberikan nasihat, jikalau tidak tahu lebih baik diam. Diam itu lebih baik sebenarnya"
Tetapi apabila tetap mahu bersuara. Akhirnya ini hasilnya….

Gaji Vs Minyak

Kali ini, menteri sendiri seperti Ahmad Maslan membantu rakyat Malaysia mengirakan duit minyak RON95 kita dan anda semua.

Pengiraan Penggunaan Minyak RON 95 Sebulan VS Gaji Rakyat Malaysia

  • Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM3000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM132 ÷ 30 = bersamaan RM4.40 sehari
  • RM4.40 ÷ RM2.10= 2.1 liter sehari
  • Pendapatan kumpulan rakyat Malaysia yang mendapat gaji RM5000 sebulan & ke bawah akan pakai minyak RM375÷ 30 = bersamaan RM12.50 sehari
  • RM12.5 ÷ RM2.10= 5.95 liter sehari
Ini bermakna, rakyat Malaysia berjaya bergerak dengan lancar tanpa sebarang kesesakan dan majoriti kedudukan tempat kerja rakyat Malaysia sekarang hanya sekitar sebatu sahaja dari kediaman masing-masing. Benarkah? Realitinya?
  • Kiraan penggunaan minyak petrol RON95 adalah berdasarkan kumpulan gaji rakyat Malaysia? Erm…..
  • Adakah begini tahap pemikiran otak matematik Menteri-menteri di  Malaysia?
  • Menitis airmata rakyat Malaysia "penuh kebanggaan"
Secara terus terangnya, Berita Semasa merasakan sejak di era pimpinan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir & timbalannya, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada era 90 a, semua barisan Menteri Malaysia yang diberikan tanggungjawab sebesar ini sangat-sangat mengecewakan.

Jikalau beginilah tahap pemikiran beginilah barisan kabinet kerajaan Malaysia, Berita Semasa lebih sanggup dan rela Tun Dr Mahathir Mohamad yang memimpin Malaysia walaupun ___________, ___________ & ______________.

P/S : Bersabar & bertabahlah wahai rakyat Malaysia memiliki tahap pemikiran seperti ini. Apa pandangan anda pula dengan formula pengiraan Ahmad Maslan disebalik kenaikan harga minyak RON 95 Vs gaji anda semua?

Harga tambang: Runding dengan SPAD sebelum naik

Posted: 16 Sep 2013 10:08 PM PDT

Wartawan Sinar Harian
 
Ab Aziz Kaprawi  
Datuk Ab Aziz Kaprawi
BATU PAHAT – Pengusaha bas seluruh negara diminta berunding dengan Suruhanjaya Pengangkutan Awam Darat (SPAD), sebelum menaikkan tambang.

Timbalan Menteri Pengangkutan, Datuk Ab Aziz Kaprawi, menasihatkan pengusaha bas agar tidak memberi pelbagai asalan untuk menaikkan caj.

Tegasnya, operator bas perlu patuh dengan peraturan dikuatkuasakan SPAD kerana suruhanjaya itu sedaya upaya menjaga kesejahteraan pengguna dan pengusaha.

"Sekiranya mereka (pengusaha bas) masih berdegil dan menaikkan tambang tanpa persetujuan SPAD, pengguna wajib melaporkan perkara ini kepada SPAD atau pihak berkuasa agar tindakan dapat diambil.

"Kalau tiada subsidi, mungkin ada asas untuk menaikkan tambang, tetapi mereka telah dibekalkan subsidi. (Oleh itu) pengusaha tidak boleh sewenang-wenangnya menaikkan harga tambang," katanya, semalam.

Ab Aziz berkata, melalui beberapa aduan diterima, pengusaha tidak menaikkan tambang, tetapi menaikkan surcaj perkhidmatan terbabit.

Katanya, surcaj berkenaan hanya digunakan semasa Aidilfitri lalu, tetapi ada yang mengambil kesempatan menggunakannya sehingga ke hari ini.

"Kita memandang serius masalah membabitkan pengangkutan awam. Jika kenaikan berlaku, ia mengganggu kesejahteraan rakyat.

Penyerahan operasi AES tambah keliru

Posted: 16 Sep 2013 10:02 PM PDT


Penyerahan operasi AES tambah keliru 
 *Jumlah keseluruhan yang diperolehi bagi tempoh lima tahun adalah RM3.8 bilion, iaitu sekiranya dalam masa setahun, enam juta saman berjaya dilunaskan
SHAH ALAM – Penyerahan Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) kepada Polis Diraja Malaysia (PDRM) dilihat mengelirukan rakyat.
Penasihat Undang-Undang Jawatankuasa Kempen Anti Saman Ekor (Kase), Zulhazmi Shariff berkata, pertukaran pengurusan AES itu, bukan jalan penyelesaian kepada isu ini.

Menurutnya, rakyat akan keliru sama ada perlu melunaskan saman di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) atau di balai polis.

"Ini akan menyebabkan, pemandu berkira-kira untuk membayar saman mereka.

"Tetapi jika mereka bayar pula, adakah duit itu akan diambil semua  PDRM ataupun dua syarikat iaitu Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd masih mendapat pembayaran saman itu," katanya kepada Sinar Harian, semalam.

Beliau berkata demikian ketika mengulas kenyataan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengenai Operasi dan penguatkuasaan AES dikendalikan PDRM, berkuat kuasa serta merta di semua lokasi AES sedia ada.

Zulhazmi turut mempersoalkan mengapa kedudukan dua syarikat itu tidak dinyatakan dalam penyerahan dan adakah syarikat terbabit masih terlibat atau AES diambil alih sepenuhnya oleh kerajaan.

"Jika benar perlaksanaan AES diambil alih sepenuhnya kerajaan, berapa wang pampasan diberikan kepada dua syarikat yang telah membelanjakan lebih kurang RM717 juta ketika waktu permulaan AES mahu dilaksanakan untuk tempoh lima tahun.

Justeru katanya, bagi tempoh lima tahun konsesi dan melalui model kewangan  dipersetujui kerajaan, kedua-dua syarikat itu akan memperoleh RM3,848 juta iaitu RM769.6 juta setahun.

Beliau turut menggesa kerajaan mendedahkan butiran perjanjian AES itu supaya pengguna tidak lagi keliru dalam isu AES ini.

Saifuddin: Tak mungkin saya nak 'complaint'

Posted: 16 Sep 2013 09:53 PM PDT


Datuk Saifuddin Nasution Ismail  
Datuk Saifuddin Nasution Ismail
SHAH ALAM - Setiausaha Agung PKR, Datuk Saifuddin Nasution hari ini menafikan telah mengeluarkan kenyataan berhubung suasana pejabat barunya pada media seperti yang telah dilaporkan dalam satu portal mesra BN.

Menurutnya, pengalaman politik yang ada tidak akan membuatkannya komen tentang suasana dan keadaan pejabat itu.

"Mana ada saya cakap seperti itu, saya tak pernah bercakap pejabat saya cantik ada penghawa dingin.

"Tidak pernah. Tak mungkin saya nak 'complaint' pasal pejabat pula, saya sudah lama dalam politik," katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Beliau yang menyatakan telah lama berada dalam bidang politik itu, tidak akan menggambarkan pejabatnya dengan keadaan negatif.

Perkasa nilai semula program pemerkasaan Bumiputera hari ini

Posted: 16 Sep 2013 09:45 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK


















Program pemerkasaan ekonomi Bumiputera yang diumumkan Datuk Seri Najib Razak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam pada Sabtu akan dinilai semula oleh Persatuan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) hari ini.

Pengerusinya, Datuk Ibrahim Ali (gambar), berkata wacana yang diadakan hari ini adalah untuk memperhalusi dan memperincikan lagi cadangan Perkasa yang diterima Perdana Menteri melalui pengumumannya tempoh hari.

"Kami juga akan menilai apa cadangan Perkasa yang tidak disebut Najib seperti perolehan kerajaan, kontraktor kecil Bumiputera serta faedah yang akan diterima oleh petani dan nelayan. Perkasa akan menilai sejauh mana peranan yang dapat dimainkan melalui dasar yang diumumkan Najib.

 "Perkasa mengucapkan terima kasih kepada Perdana Menteri kerana kebanyakan usul yang dicadangkan kami diterima beliau. Usul terpenting adalah menjadikan agenda memperkasakan Bumiputera sebagai agenda nasional.

"Inilah yang diperjuangkan Perkasa sejak tiga tahun lalu selari dengan resolusi Persatuan Bangsa-Bangsa Bersatu menggesa hak majoriti dan kaum asal dipertahankan," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider.

Beliau berkata, dengan tertegaknya ekonomi Bumiputera, keamanan dan kestabilan ekonomi negara dapat dipelihara serta usaha berkenaan turut memperlihat kesungguhan Najib dalam memelihara kepentingan Melayu dan Bumiputera sebagai agenda nasional.

Katanya, Perkasa sudah lama mempertahankan apa yang terkandung dalam Perlembagaan Persekutuan tetapi banyak pihak menuduh pertubuhan tersebut sebagai rasis.

"Antara cadangan lain Perkasa yang diterima Najib ialah mewujudkan unit pembangunan Bumiputera di kementerian dan mewujudkan KPI kepada Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) syarikat berkaitan kerajaan (GLC) bagi memelihara kepentingan Bumiputera," katanya.

Perdana Menteri pada Sabtu mengumumkan program Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera yang menggariskan lima teras iaitu meningkatkan daya modal insan, memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.

Antara sektor yang mendapat perhatian Najib seperti memperkenalkan Amanah Saham Bumiputera 2 (ASB2) dengan menambah 10 bilion unit, dan Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) mendapat peruntukan menyediakan pinjaman sebanyak RM300 juta untuk lima tahun.

Selain itu, Tabung Ekonomi Kumpulan Usaha Niaga (Tekun) mendapat peruntukan tambahan sebanyak RM700 juta bagi meningkatkan jumlah peminjam kepada 370,000 orang menjelang 2015 serta Skim Usahawan Baru Bumiputera (Superb) memperuntukkan RM100 juta dalam masa tiga tahun dengan geran RM500,000 kepada usahawan baru yang kreatif, berinovasi dan mempunyai potensi untuk masa depan.

Najib menggesa kaum bukan Bumiputera supaya tidak memberi tanggapan negatif terhadap pemerkasaan ekonomi Bumiputera kerana menurutnya program ini bukanlah jalan pintas, mengambil hak atau menafikan milik sesiapa.

Katanya, kerajaan melakukan perkara yang adil dan betul serta tidak bersikap prejudis kepada kaum lain dengan mengagihkan kekayaan negara secara saksama.

"Orang Melayu jangan bimbang, survival Melayu tetap menjadi kutamaaan selagi hayat dikandung badan," katanya

Dr Mahathir diselar kerana kenyataan Umno “bakal mati”

Posted: 16 Sep 2013 09:39 PM PDT

OLEH HASBULLAH AWANG CHIK DAN EILEEN NG

Ramalan bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) yang mendakwa Umno kini "sudah tua dan bakal mati" ditempelak pemimpin parti itu dan enggan menerima kenyataan yang dibuat di akhbar Utusan Malaysia itu.

Mereka berkata, perdana menteri paling lama berkhidmat yang bersara pada 2003 itu seharusnya sedar Umno kini dalam proses transformasi dan pembaharuan.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Dr Mohd Puad Zarkashi melihat permasalahan yang dilontarkan Dr Mahathir berlaku sejak zaman bekas perdana menteri itu menjadi presiden Umno dari  1981 hingga 2003.

 "Umno wujud dari dahulu lagi dan terpalit dengan pelbagai masalah sejak Dr Mahathir menerajui Umno dan beliau tidak pula merawat kecederaan itu," kata Dr Mohd Puad kepada The Malaysian Insider.

Katanya, antara gejala dalam Umno adalah perpecahan, tidak meletakkan keutamaan kepada parti dan politik wang.

Dr Mohd Puad berkata, kenyataan Dr Mahathir tidak boleh diterima apabila mengatakan Umno akan mati sedangkan kepimpinan parti sedang gigih merawat kepincangan yang berlaku.

"Selagi Umno tidak lari dari masalah dan memegang prinsip kesederhanaan, menyeluruh dan keadilan untuk semua kaum, Umno akan selamat," katanya.

Dalam sebuah rencana yang disiarkan akhbar milik Umno Utusan Malaysia, Dr Mahathir menasihati Umno supaya melantik pemimpin muda kerana parti itu sedang menghidap "sakit tua" dan bakal "mati".

Katanya, dengan pemimpin muda, Umno akan dapat meneruskan legasi memerintah negara ini meskipun ada pihak yang memandang serong malah menuduh dirinya mempunyai agenda sendiri.

Beliau berkata, Umno dahulu sentiasa bersemangat dan bercita-cita besar demi bangsa termasuk menewaskan Malayan Union kerana pemimpin mereka kebanyakannya adalah golongan muda.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Mokhtar Radin yang juga ahli MT Umno berkata, pemimpin muda seperti Datuk Mukhriz Mahathir, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan lain-lain adalah bukti Umno kini menyerlahkan bakat muda dalam kepimpinannya.

"Prinsip parti jelas meletakkan bakat muda di enjin kedua parti iaitu di sayap Pemuda dan Puteri. Apabila mereka ini mencecah usia 40 tahun, mereka akan diserap ke dalam Majlis Tertinggi bagi mewarisi kepimpinan parti.

"Dr Mahathir mungkin silap. Saya sendiri hormat dan menjadikan dirinya sebagai idola. Bagi saya, beliau terlepas pandang dengan pembaharuan yang dilakukan dalam parti," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim yang juga ahli MT Umno menyifatkan apa yang disarankan Dr Mahathir adalah satu pandangan bagi melihat perubahan dalam Umno secara terbuka dan dinamik.

Katanya, Dr Mahathir mempunyai pengalaman dan pandangan yang luas tetapi beliau harus sedar Umno kini sedang dalam proses transformasi.

"Saya hormat pandangan Dr Mahathir. Bagi saya keinginan pemimpin Umno untuk berubah dapat dilihat daripada segi keberaniannya meletakkan untung nasib kepada 150,000 perwakilan semasa pemilihan parti bulan hadapan," katanya.

Agenda Bumiputera Najib menghancurkan ekonomi dan hubungan sosial, kata DAP

Posted: 16 Sep 2013 09:37 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS

















 Daripada kembali kepada kegagalan program kroni Tun Dr Mahathir Mohamad, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dinasihatkan untuk menjalankan audit terhadap semua program kerajaan yang mensasarkan Bumiputera bagi mencari kelemahan, mengatasi ketirisan dan juga meningkatkan prestasi mereka, kata DAP.

Ahli Parlimen Serdang, Dr Ong Kian Ming (gambar), berkata Najib perlu memikirkan kaedah meningkatkan penyertaan Bumiputera dalam ekonomi.
"Contohnya seperti cukai pajakan bagi lot Bumiputera dalam IPO untuk mengelakkan penjualan pegangan untuk untung mudah.

 "Pengumuman Agenda untuk Bumiputera menjelang dua hari lagi sambutan Hari Malaysia bukan satu keperluan, sebaliknya ia akan menghancurkan ekonomi dan hubungan sosial negara dalam jangka panjang," katanya.

Model Ekonomi Baru (MEB) jelasnya mensasarkan 40 peratus sasaran untuk mengecilkan jurang pendapatan dan kekayaan tanpa mengira bangsa, yang mana tidak termasuk dalam agenda pemerkasaan Bumiputera.

"Lebih mengecewakan Najib meminggirkan kelompok Orang Asli di pedalaman Sabah dan Sarawak, sedangkan MEB secara spesifik mengatakan secara khusus tentang mereka," katanya.

Najib dalam pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera memperkenalkan lima langkah bagi memperkasa ekonomi Bumiputera yang menurutnya mampu meningkatkan penguasaan golongan berkenaan menjelang 2020.

Beliau berkata, pegangan ekuiti korporat masih belum mencapai 30 peratus dan golongan tersebut kini masih dalam tempoh transformasi sejak empat dekad lalu.

Empat pendekatan lain yang diumumkan perdana menteri adalah memantapkan ekuiti Bumiputera dalam sektor korporat, mengukuhkan aset bukan kewangan, memperhebat keusahawanan dan memantapkan ekosistem penyampaian kerajaan terhadap golongan Bumiputera.

Ong berkata, selain bertentangan dengan Program Transformasi Ekonomi (ETP), Program Transformasi Kerajaan (GTP), dan MEB, pengumuman Najib berkenaan agenda Bumiputera itu bertentangan dengan beberapa aspek termasuk pengurusan kewangan awam, termasuk juga inisiatif penyampaian kakitangan awam.

Seorang hakim kes rayuan liwat II Anwar dikeluarkan

Posted: 16 Sep 2013 09:34 PM PDT

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Hakim Mahkamah Rayuan Tengku Maimun Tuan Mat diketepikan daripada panel tiga hakim yang akan mendengar rayuan kerajaan berhubung pembebasan Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam pertuduhan liwat II.

Tengku Maimun sebelum ini adalah salah seorang dari tiga hakim Mahkamah Rayuan dipilih untuk mendengar rayuan Putrajaya hari ini.

Bagaimanapun, sebelum prosiding bermula, Anwar memohon untuk mengketepikannya dengan alasan berat sebelah.

Presiden Mahkamah Rayuan sekarang akan memilih hakim baru untuk menggantikan Tengku Maimun.

Mukhriz mungkin rebut jawatan naib presiden Umno, ganggu status quo

Posted: 16 Sep 2013 09:32 PM PDT

OLEH THE MALAYSIAN INSIDER

Dalam beberapa hari lalu, Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak menghantar risikan kepada perwakilan parti dan broker kuasa: beliau lebih suka barisan naib presiden Umno dikembalikan pada pemilihan parti akan datang.

Tetapi, perancangan kemas untuk membantu Datuk Seri Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein untuk kekal dalam jawatan mereka nampaknya sedikit kacau dengan keputusan hampir pasti Datuk Mukhriz Mahathir dalam keputusannya malam ini untuk bertanding merebut salah satu ruang dalam tiga jawatan naib presiden itu.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa anak Tun Dr Mahathir Mohamad itu mengadakan pertemuan dengan ketua-ketua Umno di Kedah dan dijangka membuat pengumuman mengenai cita-citanya dalam parti.

 Keputusannya untuk masuk dalam perebutan jawatan itu akan meletakkan Najib dalam keadaan kurang selesa. Jika presiden parti pada masa ini kekal neutral, ia kelihatan sepupunya, Hishammuddin, mungkin menjadi orang yang tewas apabila undi diselaraskan.

Jika pegawai khas dan operasinya terus membuat rondaan dan memberi petunjuk bahawa beliau mahu status quo itu dikekalkan, beliau mungkin boleh menyebabkan kem Dr Mahathir marah.

Beberapa minggu lalu, blogger yang pro kepada bekas perdana menteri, Dr Mahathir kerap menulis mengenai peluang Mukhriz untuk mendapatkan tempat di antara tiga jawatan naib presiden – yang dilihat sebagai satu langkah hampir untuk berada di puncak kepimpinan parti.

Mukhriz, 48, dilantik sebagai Menteri Besar Kedah selepas memenangi kerus dewan undangan negeri pada pilihan raya umum 5 Mei lalu dan blogger pro-Umno berpendapat beliau patut merebut peluang untuk mencuba nasib mendapatkan jawatan naib presiden atau beliau akan hilang senioriti kepada pemimpin akan datang dalam Umno.

Antara pencabar lain merebut jawatan naib presiden ialah Pengerusi Felda, Tan Sri Isa Samad dan bekas Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Ali Rustam, walaupun mereka dikatakan ditawarkan kedudukan senator dan jawatan korporat yang menguntungkan jika menarik diri daripada perlawanan itu.

Ali disingkirkan daripada perebutan jawatan timbalan presiden dalam pemilihan parti pada 2009 selepas didakwa terbabit dengan politik wang.

Dr Mahathir bercakap mengenai keperluan parti terhadap pemimpin muda sebagai pembaharuan parti, dan ini dilihat sebagai pesanan kepada veteran parti untuk membenarkan Mukhriz dan mereka  yang berada dalam lingkungan usianya diberikan peluang mendaki dalam kepimpinan parti.

Difahamkan juga bahawa Najib turut bercakap mengenai pembaharuan dan keperluan pemimpin muda diberi peluang dalam parti walaupun beliau sendiri memberikan sokongan secara senyap kepada pemimpin seperti Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Abdu Jalil untuk terus berada dalam jawatan parti.

Sumber dalaman parti berkata, perlawanan merebut jawatan dalam Majlis Tertinggi (MT) juga hangat kerana ia dilihat sebagai batu lonjakan kepada jawatan lebih tinggi dan juga dapat menjadi pengaruh kepada keputusan parti sebelum pilihan raya umum akan datang.

"Buat pertama kalinya, mereka perlu mendaftar untuk perlawanan berbeza dahulu, perlu dicalonkan. Ini bermakna, lebih banyak pengingkar dan menambah sakit kepala bagi mereka di jawatan tertinggi.

"Jumlah pilihan yang lebih banyak dalam perlawanan akan memberikan banyak keputusan menarik, yang mungkin berkesan kepada kepimpinan terkini atau bekerja bertentangan dengan mereka," kata seorang sumber dari dalam parti kepada The Malaysian Insider.

Beliau berkata, pemimpin seperti Mukhriz dan Ketua Pemuda Umno, Khary Jamaluddin Abu Bakar mempunyai peluang lebih cerah untuk menang kerana usia muda dan intelektualiti mereka.

"Parti memerlukan mereka untuk maju ke hadapan kerana pemimpin tua tidak ada idea bagaimana mengendalikan dan menawan masa depan.

"Tetapi Najib mahu mengekalkan pasukannya, dan sepupunya. Jadi, itu adalah masalah," katanya.

Penamaan calon bagi pengundian parti ialah pada 28 September sementara pemilihan akan berlangsung pada 19 Oktober sementara perhimpunan agung parti dijangka pada Disember 2013.

BERSIH 3.0; Anggota Polis dan DBKL juga mesti disiasat dan didakwa

Posted: 16 Sep 2013 09:29 PM PDT

BULETIN ONLINE


MARANG – Ketua Dewan Pemuda PAS Negeri Terengganu (DPPNT) Ustaz Mohd Nor Hamzah mempersoalkan tindakan kerajaan yang mendakwa para peserta peserta BERSIH 3.0 dan menjatuhkan hukuman keatas mereka, sedangkan pihak lain terbabit, yang turut menjadi punca kekacauan, lepas bebas.

"Seorang peserta telah dijatuhkan hukuman dan ketika ini sedang menunggu rayuan, itu keputusan mahkamah, kita kena patuh. Tetapi apabila punca kepada kekecohan telah dikenalpasti, maka apakah hukuman kepada mereka yang bertindak memulakannya?

"sepatutnya, supaya berlaku adil, satu siasatan segera sejurus sahaja laporan diterima dijalankan keatas mereka-mereka yang dikatakan sebagai pemula kekecohan," kata beliau.

Beliau berkata demikian ketika ditemui menziarahi keluarga seorang peserta Himpunan itu yang telah dijatuhkan hukuman, Mohd Safuan Mamat@Nordin di Mercang dekat sini semalam.

Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Payong mendesak pihak berwajib turut menyiasat dan mengheret ke mahkamah, anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan juga Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL).

Katanya, menurut laporan setebal 500 muka surat, Panel yang ditubuhkan oleh kerajaan Malaysia telah mengesahkan bahawa anggota-anggota Polis DiRaja Malaysia (PDRM) dan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) turut menjadi punca huru-hara Himpunan Bersih 3.0.

Beliau tidak menolak kemungkinan penggunaan kuasa secara berlebihan oleh anggota-anggota PDRM dan DBKL seperti dalam laporan panel itu menjadi punca kepada tindak balas orang ramai.

Pada 12 Julai, 2013, sebuah portal berita atas talian (online) telah menyiarkan berita yang bertajuk "Polis, DBKL Punca Huru Hara Bersih 3.0."

Menurut portal itu, Panel ditubuhkan kerajaan mengesahkan polis Malaysia menggunakan kuasa berlebihan terhadap penyokong berbaju kuning dalam perhimpunan aman Bersih 3.0 tahun lalu sehingga menyebabkan kekacauan di ibu negara Kuala Lumpur.

Sumber dari dalam panel diketuai bekas Ketua Polis Negara Tun Hanif Omar itu juga menyalahkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) atas alasan rapuh mereka dalam tidak membenarkan penganjur perhimpunan menggunakan Dataran Merdeka untuk acara itu dan Syarikat Prasarana Negara Berhad (SPNB), kerana menghentikan bas dan keretapi milik kerajaan daripada masuk ke bandar.

Tribunal Rakyat bermula esok tanpa penyertaan SPR, polis

Posted: 16 Sep 2013 04:53 PM PDT

OLEH MOHD FARHAN DARWIS DAN V ANBALAGAN

Senarai daftar pengundi dan dakwat kekal menjadi isu pertikaian PRU13. Gambar fail.Senarai daftar pengundi dan dakwat kekal menjadi isu pertikaian PRU13. Gambar fail. 

















Tribunal Rakyat yang dibentuk Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih) untuk menyiasat rungutan berlakunya kesalahan ketika pilihan raya umum pada 5 Mei akan mendengar testimoni kira-kira 30 saksi pada pendengaran pertama esok.

Ahli Jawatankuasa Penganjur Tribunal Rakyat, Ivy Josiah berkata, selain pengundi, ahli akademik dan wakil badan bukan kerajaan, jemputan turut dihantar kepada polis, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan juga Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN), Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

"Polis memaklumkan mereka tidak akan menghantar wakil," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

 Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar berkata kepada The Malaysian Insider bahawa SPR tidak akan menyertai tribunal berkenaan kerana tiada sebarang peruntukan undang-undang memerlukan mereka menyertai tribunal sedemikian.

Penyertaan BN masih samar-samar namun ruang disediakan untuk menempatkan mereka, kata Josiah.

Bermula 18 September, tribunal yang berlangsung selama lima hari itu akan menyiasat dakwaan ketidakadilan dalam pilihan raya umum ke-13.

Antaranya adalah integriti daftar pemilih yang digunakan SPR dan sama ada dana berlebihan digunakan untuk menarik pengundi.

Menegaskan mereka tidak akan menghentam pihak berkuasa, Josiah berkata, mereka akan mendedahkan bukti dengan cara yang bertanggungjawab.

"Atas sebab itu kumpulan perundangan seramai 30 orang menyemak bukti dan menjadikannya perakuan bersumpah," katanya.

Josiah berkata, inkuiri berkenaan amat signifikan kerana ia adalah mahkamah rakyat untuk mencari kebenaran.

"Ia tribunal rakyat untuk rakyat, bagi mencari kebenaran dan semangat cintakan tanah air," katanya kepada The Malaysian Insider.

Tribunal itu juga akan menyaksikan penyertaan pakar dari dalam dan luar negara, dan ia adalah inisiatif mereka dari luar jentera kerajaan.

BN memperolehi 133 kerusi, hilang sembilan kerusi kepada Pakatan Rakyat (PR) yang memperolehi 89 kerusi.

"Tribunal menyediakan pentas untuk orang ramai menyuarakan suara mereka," katanya.

Hampir 70 petisyen pilihan raya direkodkan selepas 5 Mei lalu yang ditolak hakim atas kesalahan teknikal.

Pengerusi Bersama Bersih, Datuk Ambiga Sreenevasan berkata, tribunal berkenaan tiada kuasa perundangan, namun berkuasa dari segi moral.

Tribunal itu dipengerusikan pakar undang-undang Perlembagaan dan Ketua Penasihat Perlembagaan Unit Khas Program Pembangunan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Nepal, Yash Pal Ghai.

Selain itu, panel antarabangsa turut terbabit iaitu bekas Timbalan Pengerusi Komite Pemilihan Umum Indonesia, Ramlan Surbakti, dan  Presiden Kaukus Antara Parlimen Asean Myanmar, Kraisak Choonhavan
Wakil Malaysia dalam Tribunal Bersih ialah bekas pegawai diplomatik dan pentadbiran Kementerian Luar Malaysia, Datuk Azzat Kamaludin; bekas pensyarah di Fakulti Ekonomi dan Pentadbiran Universiti Malaya, Dr Mavis Puthucheary; dan Rev Dr Hermen Shastri, Setiausaha Agung Majlis Gereja Malaysia.

"Laporan akan dibentangkan kepada Bersih yang saya percaya akan disiarkan kepada rakyat untuk dihakimi," katanya.

Sementara itu, Wan Ahmad berkata, SPR tidak terkejut sekiranya keputusan hasil tribunal berkenaan mendesak anggota suruhanjaya berkenaan meletakkan jawatan.

"Mengadakan forum tribunal itu bunyinya seolah-olah menjatuhkan hukuman. Nanti saya tidak pelik kalau dia (Bersih) buat hukuman semua ahli SPR letak jawatan sebab dia sudah macam satu mahkamah rakyat.

"Pertikaian keputusan pilihan raya hanya boleh dibuat di mahkamah melalui petisyan," katanya.

Tiada ulasan: