BRIGED MP SEGAMBUT |
5 PERATUS MAHADHIR DAN 90 PERATUS PENIAGA HA HA HA.. Posted: 07 Sep 2013 07:30 AM PDT Pemotongan 20 sen subsidi bagi setiap liter bahan api hanya akan menaikkan harga barangan dan perkhidmatan, paling banyak sekitar 5 peratus, kata bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad. Katanya, ini kerana bahan api hanya menjadi sebahagian kecil daripada kos pengeluar dan perniagaan. Malah, katanya, bahan api membentuk hanya 10 peratus input bagi produk dan perkhidmatan dan sebarang kenaikan harga bahan api boleh diserap oleh perniagaan. "10 peratus daripada 10 peratus (kenaikan harga bahan api) adalah satu peratus. Ia adalah peratusan dari segi peningkatan kos yang kebanyakan perniagaan boleh menyerapnya. Tidak perlu sebarang kenaikan harga produk atau perkhidmatan mereka," katanya dalam satu posting di blog beliau hari ini. Walaupun Mengakui bahawa sesetengah produk dan perkhidmatan menggunakan lebih bahan api, beliau berkata, petrol atau diesel mungkin hanya merupakan separuh daripada input pengeluaran. "Oleh itu, peningkatan kos seharusnya bukan 50 peratus. Malah, ia sepatutnya 10 peratus. Ia sepatutnya lima peratus atau hanya lebih sedikit," katanya. |
Posted: 07 Sep 2013 12:23 AM PDT pm "Saya tidak terlibat," tetapi bagi Datuk A. Samad Said, beliau juga tidak mengiktiraf Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) untuk mendengar tuntutan mereka agar beliau memulangkan kembali gelaran Sasterawan Negara. Beliau yang lebih dikenali Pak Samad, mengulas dakwaan beberapa pihak termasuk Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin yang mendakwa beliau terlibat dalam mengibarkan bendera Sang Saka Malaya dan seterusnya memperlekeh beliau. Desakan Perkasa yang meminta beliau memulangkan sendiri gelaran sasterawan negaranya tidak diendahkan oleh Pak Samad. "Bapak tidak iktiraf Perkasa. Mereka yang hebohkan, mereka yang wajar bertindak," jelas Pak Samad dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider. Pak Samad menolak kritikan Muhyiddin yang mendakwa beliau terlibat dengan pengibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan kemerdekaan hujung bulan lalu. Katanya, kehadiran beliau di Dataran Merdeka pada sambutan ambang kemerdekaan adalah memenuhi undangan pihak penganjur badan bukan kerajaan (NGO) Himpunan Hijau. "Secara kebetulan mereka yang mengibarkan bendera Sang Saka Malaya berada di atas pentas yang sama. Saya tidak sedar akan hal itu. Jadi mudah bagi pihak tertentu untuk membabitkan saya. "Saya tahu Hishamudin Rais dan Adam Adli datang tetapi mereka datang lebih awal dari saya. Apabila tiba giliran saya bersama Himpunan Hijau, mereka sudah ada di sana. "Perkaitan ini tidak munasabah apabila saya dibabitkan meskipun saya berasa simpati dengan Adam Adli dan Hishamudin," katanya semasa ditemui The Malaysian Insider. Apabila ditanya adakah beliau bersetuju Sang Saka Malaya dikibarkan pada malam kemerdekaan, beliau menjelaskan bendera itu relevan dengan semangat perjuangan golongan terdahulu. Katanya, Sang Saka Malaya sudah menjadi sejarah namun tidak salah bagi warga Malaysia mengimbas kembali sejarah berkenaan. The Malaysian Insider melaporkan semalam Muhyiddin menyelar tindakan Pak Samad kerana terlibat dengan insiden pengibaran bendera Sang Saka Malaya dan menyifatkan ia merupakan perbuatan yang memalukan. Muhyiddin itu kesal apabila insiden tersebut terjadi ketika negara sedang menyambut kemerdekaan sambil menyatakan penglibatan sasterawan itu amat memalukan dan sangat tidak senonoh kerana Pak Samad membawa nama Sasterawan Negara. Katanya, bendera Sang Saka Malaya tidak harus dikibarkan kerana ia bukan bendera asli Malaya malah dakwaan itu hanya bermotifkan politik semata-mata. Muhyiddin berkata sekumpulan yang tidak berpuas hati dengan kerajaan, akan sentiasa mencari kesalahan dan mempunyai niat yang tidak baik. - 7 September, 2013. |
You are subscribed to email updates from BAWEAN TERMENUNG To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan