. |
Baik Atau Jahat Chin Peng Tetap Dikenang Posted: 17 Sep 2013 09:02 PM PDT BUKA RASA Chin Ping terus menjadi perdebatan menandakan nama dan sosok itu ada di dalam diri dan minda rakyat Malaysia. Itu hakikatnya. Sama ada bayangan Chin Ping atau Ong Boon Hua itu hitam atau putih itu soal lain, ia terpulang ke atas orang yang menerimanya. Maklumat sejarah akan memberi jawaban dan memisahkan pandangan umum terhadapnya. Chin Peng sudah pun meninggal pada 16 September lalu dalam usia 90 tahun di Bangkok. Detik itu sempena hari penubuhan Malaysia. Pemergiannya pada tempoh itu boleh ditafsirkan sebagai beliau tidak mahu mengikhtiraf kewujudan Malaysia pada 16 Septermber 1963? Kerajaan Malaysia sama sekali tidak memaafkan Chin Ping atas segala dosa-dosanya. Ketegasan kerajaan untuk tidak membenarkan, usahkan mayat, abunya pun tidak, dibawa ke Malysia. Polis di Raja Malaysia akan mengawasi sempadan bagi memastikan secebis abu Chin Ping pun tidak dibawa masuk. Ketegasan adalah adalah hak kerajaan yang memerintah hari ini dan ia sesuatu yang cukup memberi kesan. Bahawa kerajaan Malaysia tidak boleh memaafkannya walaupun keganasan dilakukan Chin Ping sudah berdekad lalu. Mungkin kalaun kerajaan hari ini bertukar ada cadangan agar membawa balik abu Chin Peng. Ketika itu nanti sekali lagi Chin Peng akan menjadi sebutan dan perdebatan hangat. Walaupun ada suara-suara agar memberi kelonggaran tetapi ia tidak dipedulikan. Ketua Polis Negara, Khalid Abu Bakar memberi alasan Chin Ping bukan warganegara ini dan dia lebih aman berada di Bangkok. Tentunya alasan Khalid itu boleh dipertikaikan kerana ada juga mayat bukan warga negara ini ditanam atau diabadikan di sini dengan penuh kemuliaan. Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi pula menyifatkan Chin Peng tetap pengganas. Manakala Perdana Menteri Najib Razak tidak membenar kerana tidak mahu melukai hati akasr dan polis yang merana akibat perbuatan komunis. Ada kebenarannya juga. Bagaimana pun alasan diberikan Zahid dan Najib itu boleh dipertikaikan dan bukan alasan yang konkrit melainkan kerana dendam. Ini kerana ada orang lebih ganas terhadap bangsa dan negara ini tetapi mayat mereka dibenarkan bersemadi disini malahan ada penghormatan untuk mereka. Manakala pihak yang bersimpati dan membenarkan mayat Chin Ping kebanyakan dari minoriti rakyat di sebelah oposisi atau yang melihat atas peri kemanuisaan. Bekas Ketua Pengarang Utusan Malaysia, Zaid Zahari menunjukkan simpati agar mayat Chin Peng dibawa pula ke Malaysia. Bekas ahli parlimen Kuala Selangir Dr Dzulkifly Ahmad juga menyatakan hal yang sama. Manakala bekas pensyarah UIA Abdul Aziz Bari walaupun tidak mengatakan dengan jelas akan persetujuannya, membangkitkan soal perjanjian dengan mengatakan Malaysia tidak hormati perjanjian perdamaian antara kerajaan Malaysia, Thailand dan komunis Malaya 1989. Kedua-dua pihak masing ada hujan dan alasan tersendiri. Di dalam hal ini saya hendak berdiri di tengah dengan penuh keterbukaan. Molek juga kalau abu atau mayat Chin Ping tidak dibawa balik ke negara ini kerana kalau bawa pun ia tidak memberi apa-apa erti kepada mendiang itu. Beliau tidak dapat melihat kepesatan pembangunan Malaysia selepas era komunis berakhir. Chin Ping seharusnya dibawa sewaktu dia masih hidup untuk membolehkan dia membuat perbandingan Malaya dengan Malaysia. Tetapi kerajaan terlupa dan terus dengan dendam waktu itu. Saya yakin kalau Chin Ping melihat situasi Malaysia ini khasnya di era Mahathir Mohamad dia akan sedar dan terkejut. Dalam pada itu juga dia dapat membuat penilaian sejauh berapa persen pembangunan material yang ada kini dapat dinikmati rakyat. Lebih penting juga mungkin saki baki perasaan membenci kerajaan akan berkurangan. Begitu juga ada baiknya kalau abu itu tidak dibenarkan pulang. Saya dapat merasai mereka yang menghalang kerana bimbang semangat komunisme akan bangkit kembali? Dengan ada kubur atau abu Chin Peng ia boleh memberi suntikan semangat kepada generasi muda untuk menghayati semangat komunisme kemudian disebarkan dan dipraktikan dalam badan-badan politik. Ini kita sangat memahaminya. Tetapi apakah tanpa abu dan tulang temulang Chin Ping di sini hal itu tidak akan berlaku? Iya secara psikologinya begitu. Bila kubur atau tanda itu ada di sini ia akan memberi satu semangat dan menghampiri orang ramai dengan Chin Peng dan perjuangan. Atas perkiraan itulah maka abu atau sebarang tanda Chin Peng tidak dibenarkan. Dalam kata lain filem Tanda Putera tidak dapat untuk mempengaruhi rakyat agar terus membenci komunisme yang dipancarkan Chin Peng. Soalnya bolehkah sesiapa mengikis nama Chin Peng dan sejarahnya dari minda orang ramai? Jawabnya tidak dan tidak mungkin terbuat. Sebaliknya selagi Chin Peng disebut apa lagi dengan penuh kebencian dan dendam menyebabkan rasa ingin tahu terhadap Chin Peng terus bergelora. Dalam gelora inilah orang khasnya anak-anak muda akan atau mereka yang konfius dengan pembukuan sejarah akan membuat kajian, penyelidikan mencari Chin Peng yang sebenarnya. Kesimpulannya tindakan menghalang abu Chin Peng itu dibawa ke Malaysia atau dihalang ia tidak memberi apa-apa signifiken kepada penggemar dan peminat Chin Peng kerana jahat dan baik itu subjektif ia bergantung ke atas penilaian masing-masing. Kalau dalam penilaian mereka Chin Peng itu perjuang kebenaran dan keadilan demi rakyat mereka akan sokong, sebaliknya kalau perjuangan Chin Peng itu memusanahkan keadilan dan solodariti rakyat serta untuk kroninya saja mereka akan membenci dan mengutuknya. [wm.kl.11:49 am 18/09/13] | ||||
Kalau Mukhriz Tanding, Mangsanya Ialah Zahid Hamidi? Posted: 17 Sep 2013 05:01 AM PDT ANALISA Mukhriz Mahathir disebut-sebut akan ikut merebut jawatan Naib Presiden Umno yang bakal dipertandingkan pada persidangan parti itu Oktober ini. Khabarnya Mukhriz telah mendapat restu daripada bapanya dan juga Umno negeri Kedah. Sekiranya Mukhriz jadi untuk sama-sama berebut jawatan itu saya merasakan ia bukan bertolak dari hati MB Kedah itu sangat, tetapi ia adalah 'ilham punjangga' bapaknya sendiri. Mahathirlah yang bersungguh-sungguh mahukan putera politiknya melonjak ke atas.
Baginya Mukhriz harus berada dalam hirearki tertinggi parti sebagai naib presiden setanding dengan Khairy yang kini secara automatik telah menjadi salah seorang naib presiden Umno menerusi jawatan ketua pemuda Umno. Selama-lamanya Mahathir tidak mahu anaknya mengekori Khairy Jamaluddin kerana situasi itu menjatuhkan maruah dan air muknya sebagai bekas presiden Umno selama 22 tahun dan juga sebagai orang yang 'dianjung-anjung'kan sebagai mastermind politik terhebat di rantau ini. Letaklah kalau Mukhriz jadi bertanding, apakah perancangan Mahathir? Beliau tidak akan duduk diam. Mahathir akan pusing seluruh Malaysia untuk menjalani kempen bagi Mukhriz. Makenisme pertama diambil ialah menerusi blog dan media sosial. Kemungkinan juga dalam masa terdekat dia akan round Malaysia. Kalau tidak dia sendiri, akan adalah agen-agennya, boleh jadi juga budak-budak Perkasa(m) atau pengangguk di Yayasan Perdana yang selamanya akan menjadi abadi politik Mahathir.
Bagaimana pun kalau benar Mukhriz mengumumkan untuk bertanding, apa yang menarik siapakah yang akan menjadi mangsa? Maksudnya siapakah dari tiga naib presiden yang bertahan kini, akan menjadi mangsa atau terkeluar dari kedudukan itu. Tidak boleh tidak salah seorangnya akan perlu dikorbankan untuk membawa masuk Mukhriz. Orang yang akan dikorbankan tentulah besar, gemuk dan cukup umur kerana kerja membawa masuk Mukhriz ini bukan calang-calang. Apakah dianya Hishmuddin Hussein sepupu Najib Razak. Atau pun Shafei Afdal orang menjadi harapan Najib di Sabah akan menjadi korban. Atau Ahmad Zahid Hamid mediator nombor satu alias pembodek Najib dan juga bomoh besar dalam menenangkan jiwa dan hati Rosmah Mansor akan berdepan dengan pisau sembelihan Mahathir? Bagi pencabar lain seperti Mohd Isa Samad ataupun Mohd Ali Rustam tidak begitu penting untuk dihadapi kerana mereka adalah sampah dalam pertandingan kali ini. Saya membayangkan Ali Rustam yang sudah menyatakan hasrat untuk bertanding akan menarik diri saat-saat terakhir dan begitu juga Mohd Isa Abdul Samad. Najib pasti akan ada penawar dan cenduai tertentu untuk memengsankan mereka berdua. Apa digunakan Najib untuk memengsankan Azalina Othman Said daripada meneruskan hasrat mencabar Sharizat Jalil, itulah juga kaedah bakal digunakan oleh Najib. Najib sekarang ini mahu menunjukkan kekuatannya dan dalam masa sama menunjukkan bahawa beliau mempunyai ramai juragan dan saudara kuasa untuk melindunginya dari diganggu anasir-anasir tidak terduga dalam Umno. Dalam kepala pemerhati mereka melihat Najib sedang bertarung degan Muhyiddin Yassin secara senyap. Berbalik kepada siapa yang akan menjadi mangsa bakal ditepis Mahathir bagi meletakkan anaknya di situ elok kalau kita menghayati seketika kepada kenyataan Mahathir sebelum ini yang membuat seruan supaya pemimpin berumur atau lama memberi laluan kepada orang muda. Bagi saya kenyataan itu menunjukkan Mahathir sudah hantar mesej sangat jelas. Kalau dilihat dari tiga naib presiden itu yang berumur atau pun tua sedikit ialah Zahid Hamidi. Ketuaan itu bukan saja dari aspek fizikal tetapi matang dengan pelbagai masalah. Tetapi Mahathir juga arif mengenai pengaruh dan kedudukan Zahid hari ini, yang akhir-akhir ini dilihat sebagai berjaya sebagai menteri KDN. Kerana itu Mahathir tidak mengulas mengenai kejayaan polis dan hal-hal keselamatan lain kerana Zahid berjaya memberi impaknya kepada keselamatan negara. Operasi Cantas telah meletakkan Najib setanding dengan bekas menteri KDN Tun Dr Ismail Abdul Rahman di zaman pasca darurat dahulu. Bukan itu saja Mahathir masih ada phobia dengan Zahid. Selamanya dia tidak mempercayai dan menyakini Zahid. Yang paling ditakuti sekarang ini ialah mengenai cerita-cerita dalam gelap mengatakan Zahid sedang membina titi untuk mempertemukan Anwar Ibrahim dengan Najib atas nama kerjasama politi demi bangsa dan negara. Ini yang Mahathir sangat gerun. Yang tidak apat disembunyikan impian Mahathir mahukan Mukhriz menuruti jejaknya. Dia mahu secepat mungkin Mukhriz naik kerana dia sendiri sudah tidak mempunyai banyak masa untuk melihat kejayaan itu. Mahathir tidak mahu menjadi seperti Tun Razak Hussein tidak dapat melihat Najib angkat sumpah sebagai perdana menteri. Maka proses kenaikan kena cepat dan bangat. Mahathir sudah membaca makrifat dalam kitab politiknya. Kalau Zahid tersingkir dan diganti oleh anaknya, ia memberi peluang terbaik. Agenda seterusnya ialah mempercepatkan pula Najib berundur untuk memberi laluan kepada Muhyiddin. Apabila Muhyiddin naik dia tidak akan ambil Hishmuddin atau Shafei Afdal sebagai menjadi penggantinya. Yang akan diambil nanti ialah Mukhriz, kerana Mahathir banyak menyemaikan benih di hati Muhyiddin. Sekiranya Mukhriz menang menduduki salah satu kerusi Naib Presiden dalam pemilihan ini, sudah tentu beliau akan menganjak ke kerusi timbalan pesiden tiga tahun atau empat tahun lagi. Dalam pilhan raya ke-14 Mukhriz akan bertanding di parlimen dan jika menang beliau akan dilantik menjadi timbalan perdana menteri. Inilah impian besar Mahathir sebelum beliau dipaksa bersara dalam erti kata sebenarnya. Saya yakin perkiraan serius sedang dibuat saat ini oleh Mukhriz dan juga Mahathir. Tetapi saya yakin berdasarkan kepada stail dan ambisi politik Mahathir, Mukhriz akan ikut sama bertanding sebagai Naib Pesiden. Pencapaian Mukhriz sebagai MB berbanding dengan empat MB yang baru, jelas Mukhriz jauh kedepan dan lebih bersinar. Asas itu dijadikan Mahaathir sebagai modal untuk mempertaruhkan anaknya demi memuaskan nafsu sekarah politiknya. Tetapi kalau Mukhriz kalah sudah pasti Mukhriz akan jadi kuda kepang. [wm.kl.7:47 pm 17/09/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan