. |
Posted: 12 Sep 2013 10:58 PM PDT SELANGA BAHASA Mahathir Mohamad tidak habis-habis untuk mengenakan dan mengaitkan sesuatu yang buruk ke atas Anwar Ibrahim. Biarpun perkara itu jelas dalam bidang kuasanya atau dia tahu benar mengenai sesuatu beliau tetap mengenakan Anwar secara selamba. Terbaru mengenai projek IC di Sabah. Mahathir sedang disiasat oleh RCI berhubung perkara itu. Menjelaskan kepada wartawan selepas beliau disoal siasat dalam siasatan itu Mahathir selamba mengatakan kenapa Anwar tidak hentikan projek itu. Kata-kata Mahathir memberi konotasi yang Anwar juga tahu dan terlibat. Beliau beranggapan kalau semasa dia memerintah yang melaksanakan agenda itu seharusnya Anwar sebagai timbalannya menghenti rancangan itu. Begitulah Mahathir cara dengan mengelak dan menyangkutkan najis kepada orang lain, terutamanya Anwar. Cara Mahathir yang tidak pernah berhenti mengena Anwar samalah dan tidak ubah janji iblis yang pernah memohon kepada Tuhan untuk menyesatkan anak Adam sehingga hari kiamat. Anwar akan menjawab tanggapan selamba ke Mahathir ke atasnya itu semasa disoal siasat dalam RCI nanti. [wm.kl.1:54 pm 13/09/13] |
Tiada Perbincangan Untuk Gadai YIK Posted: 12 Sep 2013 04:43 AM PDT PERLEPASAN MALAM Exco Pembangunan Insan, Pendidikan dan Pengajian Tinggi, Dr Mohd Fadzli Hassan menafikan perkhabaran kononnya perbicangan dijalanan untuk menyerahkan sekolah-sekolah dibawah kendalian Yayasan Islam Kelantan (YIK) kepada Jabatan Kemajuan Islam (Jakim) atau kementerian pendidikan. Beliau merujuk kepada satu status yang saya (Mso) lepaskan di wall Facebook semalam, yang bertanya sejauh manakah kebenaran khabar mengatakan sekolah-sekolah YIK akan diserahkah kepada Pusat termasuk soal pembayaran gaji dan sebagainya. Status itu menyebut khabarnya perbincangan ke arah itu akan dijalankan. Fadzli dalam menjawab posting berkenaan menafikan perbicangan seperti dikatakan itu tidak ada langsung. Katanya; "Saya ingin ambil kesempatan ini untuk menafikan berita tersebut. Untuk makluman tuan-tuan, tiada langsung perbincangan dengan mana-mana pihak untuk berbuat demikian." Menurutnya sekolah dan pelajar agama adalah aset penting negeri dan rakyat Kelantan di mana setakat ini kerajaan memperuntukan satu perlima dari perbelanjaan negeri untuk YIK. "Kita korbankan sudut lain dalam pembangunan negeri semata-mata bagi menjamin survival pembangunan pendidikan Islam," tegasnya. Dengan penjelasan itu khabar mengatakan sekolah-sekolah YIK akan diserapkan ke Jakim atau Kementerian Pendidikan tidak berbangkit. Terima kasih kepada Dr Fadzli atas penjelasan. [wm.kl.7:42 pm 12/09/13] |
You are subscribed to email updates from . To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan