Ahad, 8 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Harga barang ketetapan Allah?, Dr. Maza bidas Ulama Muda UMNO..

Posted: 08 Sep 2013 08:00 AM PDT


Berbagai-bagai alasan telah kita dengar dan baca dari pimpinan UMNO/BN bagi menyokong tindakan Najib menaikkan harga minyak..

Malangnya kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh mereka itu telah dilabel sebagai kenyataan bodoh oleh rakyat kebanyakkan..

Malah kenyataan yang dianggap sebagai kenyataan paling bodoh dalam mempertahankan tindakan Najib itu telah dikeluarkan oleh seorang Pembantu Menteri..

Kata beliau..Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin rupanya.. sila baca di ( SINI )
 
Gagal untuk menyakinkan rakyat Ugama pula dipergunakan untuk mempertahankan tindakan Najib itu..

Untuk mempertahankan tindakan Tuan yang memberinya makan dan meneruskan kemewahan hidupnya.. Ulama Muda UMNO menggunakan kepandaiannya untuk memperbodohkan rakyat..

Beliau telah menggunakan hadis-hadis untuk membela tindakan Najib menaikkan harga petrol baru-baru ini yang telah menyusahkan dan menambahkan lagi perit rakyat ekoran kebanyakkan harga barang telah turut naik..

Antara hujahnya yang disiarkan oleh Sinar Harian itu ialah..

Hal ini ditunjukkan dalam satu peristiwa di mana harga barang di pasar Madinah menjadi mahal pada zaman Nabi.
Anas bin Malik ra. berkata, "Harga barang menjadi mahal pada zaman Nabi SAW, lalu mereka (para sahabat) berkata, 'Wahai Rasulullah, harga telah mahal maka tetapkanlah harga untuk kami.'"

Jawab Baginda, "Sesungguhnya ALLAH, Dialah yang menetapkan harga itu. Dialah ALLAH yang melapangkan, Dialah ALLAH yang menyempitkan, Dialah ALLAH yang memberi rezeki. Sungguh aku berharap aku bertemu ALLAH SWT dalam keadaan tidak ada seorang pun dari kalian yang menuntutku dalam kezaliman terhadap darah mahupun kezaliman terhadap harta." (Sahih. Abu Daud)

Banyak pelajaran yang boleh dipetik dari hadis yang mulia ini. Pelajaran terpenting adalah akidah; iaitu beriman setiap yang terjadi adalah qadarullah (ketetapan ALLAH).

Ini adalah rukun Iman keenam. Tindakan menyalahkan peniaga, kerajaan, pengundi adalah menyalahi akidah suci ini.

 Islam melarang keras umatnya berkalau-kalau, contohnya "kalau parti itu memerintah tentu harga barang tidak naik", kerana ucapan ini membuka pintu syaitan merosak akidah manusia.

Siapa yang mengetahui kecuali ALLAH? Boleh jadi musibah lebih besar terjadi sekiranya hal itu berlaku.

Oleh itu Islam mengajar apabila berdepan situasi yang tidak disukai untuk mengucapkan Qaddarallah wama syaa-a fa'al (ALLAH telah menetapkan dan Dia berbuat apa yang dikehendakiNya).

Perintah ini sejajar dengan hadis kenaikan harga tadi, juga sabit dalam sabda Nabi, "Jika suatu musibah menimpamu, jangan kamu berkata:

Kalau aku lakukan begini tentu akan jadi begini dan begini'. Tetapi ucapkanlah, Qaddarallah wama syaa-a fa'al, kerana 'kalau' membuka pintu syaitan. (Riwayat Muslim) Di samping itu, menjadi kewajipan atas manusia untuk beriman bahawa yang meluaskan dan menyempitkan rezeki adalah ALLAH semata, dalam erti kata turun naik harga barang tidak mempengaruhi rezeki.

.. sepenuhnya sila baca di ( SINI )

Bagaimanapun tindakan Fathul Bari yang berhujah bagi mempertahankan Najib dan dalam masa yang sama cuba mengelirukan ummat Islam di negara ini telah dibidas oleh Dr. Maza..

Beliau telah mengulas panjang lebar mengenai hadis yang digunakan oleh Fathul Bari.. 

Dalam hadis ini, Nabi s.a.w enggan menetapkan atau mengawal harga barang (price control policy). Baginda bimbang itu akan menzalimi peniaga. Ini sangat relevan dengan keadaan para peniaga pada zaman baginda, keadaan barangan yang diniagakan dan juga bentuk perdagangan yang ada ketika itu. Namun, apabila zaman berubah, sikap peniaga, keadaan pasaran (market situation) pun berubah. Jika price control policy tidak diwujudkan, para pembeli pula mungkin menjadi mangsa. Untuk itu kita dapati para sarjana fekah sejak dahulu ada yang memboleh penetapan harga oleh pihak berkuasa apabila melihat kepada perubahan keadaan.

Kata al-Munawi (meninggal 1031H) :

"Rabiah (bin 'Abd al-Rahman) telah mengharuskan penetapan harga. Ini sebenarnya Mazhab 'Umar, kerana itu akan memelihara sistem harga. Kata Ibn al-'Arabi al-Maliki: sebenarnya, harus menetapkan harga dan mengawal urusan dengan suatu undang-undang yang tidak menzalimi kedua belah pihak (peniaga dan pembeli). Apa yang disebut oleh al-Mustafa (Nabi s.a.w) adalah benar, apa yang dilakukannya adalah tepat, namun itu untuk yang betul niat dan agama mereka. Adapun kaum yang berhasrat memakan harta dan menyusahkan orang ramai, maka pintu Allah adalah luas dan hukum dilaksanakan".( Al-Munawi, Faidh al-Qadir, 2/337. Beirut: Dar al-Kutub al-'Ilmiyyah.). 

Melalui laman FaceBooknya Dr. Maza menulis..


..kepada yang menggunakan hadis harga barang untuk menyokong kenaikan harga, sila rujuk tafsiran bagi hadis itu di sini..apakah jika anda ke kedai lalu penjual menjual barang dengan harga yang mahal, maka adakah dia boleh menyatakan 'Allah yang menaikkan harga bukan saya?!

Selain itu Dr. Maza juga menulis..


... Itulah apa sering diamalkan dalam UMNO.. Apa yang menguntungkan mereka dalam Islam diambil tapi apa yang bertentangan dengan amalan mereka dibuang...

Tulisan Dr. Maza sepenuhnya itu sila baca di ( SINI )

Runtuh lagi di Terengganu..

Posted: 07 Sep 2013 07:03 PM PDT


Sebuah tangki air di Sekolah Kebangsaan Pengkalan Berangan dekat Marang Terengganu telah meletup dan pecah menambahkan siri kejadian sedemikian di negeri Darul Iman ini.

Tangki air tersebut meletup kira-kira jam 11.30 malam pada 4 September lalu, hampir sama dengan kejadian yang berlaku di Sekolah Menengah Paka, Dungun pada 14 Julai 2012.

Pesuruhjaya PAS Terengganu, Mohd Abdul Wahid Endut ketika mendedahkan perkara itu, menggesa kerajaan negeri mengambil perhatian terhadap bangunan dan binaan kerajaan yang dilihat kerap runtuh dan rosak di negeri ini, lapor Harakahdaily.

"Saya sudah peringatkan pihak kerajaan kerana ianya melibatkan keselamatan rakyat, saya hairan lepas satu-satu peritiwa (yang berlaku) dan yang terakhir tangki air yang pecah. Pecah, mendap, runtuh… ia melibatkan keselamatan orang ramai.

"(sedangkan) Bila sesuatu projek dilaksanakan ia melibatkan banyak agensi dan jabatan kerajaan yang memastikan perkara (binaan) yang dibina itu mengikut spesifikasi (yang telah ditetapkan),"ujarnya.

Beliau berkata demikian pada satu siding medianya di Pejabat Badan Perhubungan PAS Negeri Terengganu (BPPNT) sempena Majlis Sambutan Rumah Terbuka PAS Terengganu di Jalan Sultan Omar, dekat sini, kelmarin.

Menurutnya, kejadian binaan dan bangunan kerajaan yang runtuh dan rosak ini jarang berlaku waktu dahulu, namun ia sudah macam satu 'kelaziman' kini di Terengganu.

Kata Abdul Wahid, kejadian itu berlaku seperti stadium runtuh, tanah mendap, sekolah senget, tangki air pecah dan lain-lain lagi.

Bumbung Stadium Sultan Zainal Abidin Kuala Terengganu adalah yang paling popular runtuh di Terengganu.

Wahid yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Wakaf Mempelam berpendapat sekiranya tindakan sewajar tidak diambil, rakyat akan hilang keyakinan kepada jabatan dan agensi kerajaan.

Oleh itu, katanya perkara terbabit perlu diambil perhatian yang serius oleh pihak kerajaan BN Terengganu ~ The Malaysian Insider

Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin rupanya.. baru aku tahu..

Posted: 07 Sep 2013 09:43 AM PDT


Membaca laporan yang disiarkan oleh New Sabah Times mengenai ulasan tentang kenaikkan harga minyak oleh seorang Pembantu Menteri ini membuatkan aku terharu sekali..

Ini kerana baru aku sedar betapa mulianya hati Perdana Menteri kita, Datuk Seri Najib Tun Razak sebenarnya..

Beliau menanggung risiko berhadapan dengan sumpah seranah rakyat dengan menaikkan harga minyak sebanyak 20 sen..

Beliau sanggup mengambil langkah kurang popular itu semata-mata untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan rupanya..

KAlau aku tahu dari awal akan niat murni Kerajaan Barisan Nasional ini.. sudah pasti aku akan sokong jika harga minyak dinaikkan sehingga seringgit lagi bukannya 20 sen saja...

Ini laporan penuhnya...

Kenaikan harga minyak untuk bantu orang miskin, kurang mampu

KENINGAU: Pembantu Menteri Pertanian dan Industri Makanan Datuk Haji Sairin Karno berkata, kenaikan harga minyak sebanyak 20 sen seperti yang diumumkan baru-baru ini adalah untuk membantu orang miskin dan orang yang kurang berkemampuan.

Menurutnya, ini adalah sebuah inisiatif yang baik yang diambil oleh Perdana Menteri bagi memberi keutamaan pada golongan bawahan iaitu membantu golongan miskin.

"Kerajaan masih memberi subsidi sebanyak 63 sen seliter pada RON 95 dan 80 sen untuk diesel, dengan itu kenaikan harga sebanyak 20 sen bukanlah sebuah masalah yang besar bagi pengguna." katanya.

Dalam pada itu Sairin berkata, pembangkang mengambil kesempatan menggunakan isu kenaikan harga minyak ini untuk mengapi-apikan masyarakat supaya rakyat hilang kepercayaan terhadap kerajaan Barisan Nasional.

Tambahnya, kerajaan telah membuat perancangan jangka panjang apa yang harus dilakukan dalam pentadbiran negara dan kesejahteraan rakyat, namun begitu apa yang pembangkang lakukan mereka hanya tahu menghasut rakyat dan membuat huru hara dilaman sosial dengan menyebarkan maklumat yang membangkitkan kemarahan rakyat.

Beliau berkata demikian ketika ditemui media selepas merasmikan Sukaneka Tabika Perpaduan Peringkat Daerah Keningau dan Tenom di Kompleks Sukan Daerah dekat sini, kelmarin.

Sairin berkata, saya yakin dan percaya, rakyat masih mendengar nasihat dan pandangan kerajaan. Rakyat tahu apa yang terbaik dan apa yang tidak untuk mereka percaya.

"Kerajaan adalah untuk rakyat dan rakyat adalah untuk kerajaan, daripada pemahaman ini wujud situasi menang-menang, iaitu kerajaan membantu rakyat dan rakyat membantu kerajaan dalam membentuk sebuah negara yang harmoni," jelasnya ~ New Sabah Times

Terharunya aku...

Terharu sebab sebegini bodoh punya kenyataan dikeluarkan oleh seorang Pembantu Menteri.. patutlah kebanyakkan kenyataan yang dikeluarkan oleh Menteri-menteri merupakan kenyataan bodoh-bodoh belaka..


Tiada ulasan: