Anak Sungai Derhaka |
- Gara-gara naikkan harga minyak, Rakyat belasah Najib dalam FB miliknya..
- Nak Jadi Duta Besar?.. Maki Hamunlah Anwar Ibrahim..
- PEMANDU hanya menghabiskan beras kata Ibrahim Ali..
- Ketua Gangster itu dari MCA rupanya.. bukan DAP..
Gara-gara naikkan harga minyak, Rakyat belasah Najib dalam FB miliknya.. Posted: 05 Sep 2013 09:34 PM PDT Langkah terbaru kerajaan Datuk Seri Najib Razak menaikkan harga minyak RON 95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter, terus mendapat kecaman dari rakyat Malaysia yang berang dengan keputusan tersebut, lapor Keadilandaily. Terbaru, di laman Facebooknya, orang ramai meluahkan rasa marah dan kesal di atas kenaikan harga bahan bakar tersebut yang dilihat menjerut leher mereka. Malah ramai antara mereka meminta perdana menteri itu meletak jawatan kerana gagal menguruskan ekonomi ketika negara kini menanggung hutang lebih RM 622 bilion. Tidak kurang yang mencadangkan agar gaji dan elaun beliau dan barisan kabinet dipotong, selain mengurangkan perbelanjaan untuk isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor. Pengendali laman tersebut pada awalnya meminta rakyat Malaysia menyampaikan idea bagi pembentangan Belanjawan 2012 dengan menghantar idea berkenaan di laman 1Malaysia.com. Bagaimanapun, kiriman status itu menerima kritikan orang ramai yang tidak berpuas hati dengan keputusan diambil kerajaan, Isnin lalu. Ada antaranya juga menyesal kerana memilih BN pada Pilihan Raya Umum, selain tidak kurang juga yang menyindir pengundi BN kerana memilih parti itu, pada PRU lalu. Sehingga berita ini ditulis, lebih 3200 menulis komen di ruangan tersebut dengan 99 peratus mengecam keputusan kerajaan. Berikut sebahagian daripada komen pengguna FB berkenaan yang sempat dipetik: Azahar Md Said: Najib Razak PM xguna… Selagi kau jadi PM dkt Malaysia ni mmg rakyat susah smpai bila2.. Yg hidup senang kroni2 kau je bukan nye rakyat… Puih!!! Mohd Talha: Bayar hutang negara la Najib, malukan Malaysia je" Jibam Jb: Kurangkan gaji dan elaun perdana menteri serta menteri2 kabinet malaysia…minyak isi pakaiduit poket sendiri…..ini minyak free jer rakyat plak yg kena tanggung kos korang Mohd Ridhuan: Najib penipu! perompak! mu ingat semo rakyat mcm mu ko ??? mu ingat rakyat semua kaya mcm kroni2 mu ko??? mcm ni ko jnji ditepati dan rakyat didahulukan??? mu meme gilo Najib Carrot Susu: Kurangkan perbelanjaan Rosmah Mansor Muhammad Ezwan Hj Masuri: Turunkan harga minyak dan semua brg akan turun… Naik 20sen trun 15sen sama je tetap naik… Malaysia ade minyak sendiri… Knp harga minyak masih mahal? Zaini Jai: Jgn la bebankn rakyat….kami dr BN akn sokong PR Mohd Faizal Zali: Naikkan gaji pekerja swasta minima 1200 bkn 900 , kata nk jd negara berpendapatan tggi! Hrga myk naik brg nik sume naik, gaji kecik!! Koo Cai: Mohon letak jawatan segera… Juliana Adila: Mls nk layan bg cdgan pun bkn nk dgr… p duk naik lg hrga….. rasa tertipu sbg rakyat… sedihhhh sedih… semga ALLAH membalasnya. .. Cik Ida Damia Isabella: Agak terkilan dengan keadaan skrg..rmai lagi yang susah..negara je maju..rakyat sengsara..harap dapat menyelami kehidupan kami rakyat biasa.. Puteri Joy Lim: Sila naikkan lagi harga minyak, harga barang runcit dan apa lagi mahu naik, naik la. 5 yrs later u tarak chance lagi dah. Sekian terima kasih. Rabani Abd Rahman: korang semua letak jawatan.. idea korang semua dah lapuk x boleh pakai.. menyusahkan rakyat je Al Fatah: dato, tlg naikan harga minyak 10 ringgit... barulah umno untung banyak Zaini Saad; kenapa maki hamun pm kite kesian sama dia....doa bg cpt pergi lg bagos huh menyampah aku. Lagi komen-komen tu sila lihat di ( SINI ) |
Nak Jadi Duta Besar?.. Maki Hamunlah Anwar Ibrahim.. Posted: 05 Sep 2013 05:30 PM PDT Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman mengesahkan bahawa bekas Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim telah dinamakan sebagai Duta Besar Malaysia ke Indonesia. "Kami telah memutuskan untuk melantik beliau sebagai Duta Besar Malaysia yang baharu ke Indonesia dan kini dalam proses memaklumkan kepada kerajaan Indonesia. "Bagaimanapun, tarikh memulakan tugas rasmi belum dimuktamadkan kerana menunggu kelulusan daripada kerajaan Indonesia," katanya kepada pemberita dalam majlis rumah terbuka Aidilfitri Kementerian Luar di Putrajaya hari ini. Ditanya kriteria pemilihan Zahrain, Anifah berkata: "Kami tidak pernah melihat latar belakang beliau... latar belakang politik dan fahaman politik. Bagi Wisma Putra, kami cuba meletakkan orang yang terbaik yang ada untuk jawatan (duta) di mana-mana negara tertentu." Sebelum ini The Malaysian Insider telah mendedahkan.. Pemberontak PKR Zahrain dapat tugas hebat di Indonesia Kesimpulannya.. kalau nak jadi Duta atau paling tidakpun Senator, sertailah PKR kemudian lompat keluar dan jajalah cerita kononnya aku adalah teman rapat Anwar Ibrahim walaupun hakikatnya berjumpa cuma dua kali setahun.. Kemudian maki hamunlah Anwar Ibrahim sebulan sekali atau lebih afdal rasanya kalau memaki Anwar Ibrahim dilakukan setiap hari.. Secara tak langsung apa yang tersirat disebalik lantikan ini ialah.. UMNO memang ketandusan pemimpin, hinggakan terpaksa mengutip pemimpin yang sudah tiada nilai dari PKR.. Ianya juga membuktikan walaupun ramai ahli-ahli UMNO yang telah bersama UMNO dari dulu, kini dan selamanya.. namun penat lelah mereka itu langsung tak dipandang Najib.. Yang dipandangnya ialah individu yang lantang memaki hamun Anwar Ibrahim.. |
PEMANDU hanya menghabiskan beras kata Ibrahim Ali.. Posted: 05 Sep 2013 03:30 PM PDT Badan Pertubuhan Peribumi Perkasa (Perkasa) mencadangkan supaya Unit Pengurusan Prestasi dan Perlaksanaan (Pemandu) yang ditubuhkan di bawah Jabatan Perdana Menteri (JPM) ditutup. Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berkata, menggajikan pegawai, pakar dan penasihat untuk bekerja secara kontrak sehingga berpuluh ribu ringgit sebulan adalah satu pembaziran. Katanya, ia sebagai satu langkah adil kerajaan mengatasi masalah defisit negara tanpa perlu membebankan rakyat yang terpaksa menanggung pengurangan subsidi petrol dan diesel. "Dr Mahathir (Tun Dr Mahathir Mohamad) dulu tak ada pakai Pemandu pun, Unit Perancang Ekonomi yang ada sekarang dah cukup," katanya dalam sidang media hari ini. Katanya, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak perlu mempertimbangkannya kerana percaya EPU dan agensi kerajaan lain mampu menjalankan fungsi yang sama seperti Pemandu tanpa melibatkan kos yang banyak. Manakala pakar dan penasihat tempatan perlu diberi kepercayaan menerajuinya lebih ramai berbanding mengambil tenaga pakar daripada luar negara. "Kita semua tahu kakitangan kerajaan lain pun tak senang hati dengan Pemandu yang diberikan gaji berpuluh ribu. Ini semua tak perlu, perkasakan saja EPU. "Boleh ambil pakar luar negara tapi satu dua sajalah sebab kita ada beribu profesor di universiti tempatan," katanya. Langkah alternatif Ibrahim berkata, Perdana Menteri perlu bijak mengemukakan langkah alternatif sekiranya benar-benar mahu mengurangkan kadar defisit negara dan bukan hanya mengurangkan kadar subsidi minyak semata-mata. Langkah itu termasuk memotong gaji menteri, pegawai kakitangan awam berpangkat tinggi berpangkat Jawatan Gred Utama Sektor Awam (Jusa) termasuk ketua syarikat berkaitan kerajaan (GLC) antara lima sehingga 10% selain mengurangkan perbelanjaan penganjuran majlis rasmi. "Kalau nak kurangkan defisit maka sepatutya secara serentak kena tengok belanja negara yang kita rasa tak produktif atau yang perlu dikorbankan. "Tentu rakyat akan rasa lega tengok gaji menteri dipotong 5-10%…kena serentak maka rakyat tentu rasa ini tindakan betul dan mereka boleh terima," katanya. Pemandu ditubuhkan pada 16 September 2009 bertujuan menyelia pelaksanaan, menilai kemajuan, memudah cara serta menyokong penyampaian program transformasi kerajaan selain menyelia Indeks Prestasi Utama (KPI) semua Menteri. Pengerusinya adalah Senator Tan Sri Dr Koh Tsu Koon manakala jawatan Naib Pengerusi dan Ketua Eksekutif disandang oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Idris Jala. Selain itu, beliau juga mahu Najib mendedahkan senarai nama individu yang menerima projek Bumiputera melalui bantuan berjumlah RM4.2 bilion. Katanya, Najib perlu menyenaraikan secara terperinci saiz projek termasuk nama syarikat yang menerima bantuan tersebut. "Sekarang ni ada cerita Bumiputera tak dapat projek. Cakap kat luar tak dapat tapi sebenarnya dia dapat banyak faedah. "Bagi lebih mendalam, jadi kurang sikit orang merungut," katanya ~ Free Malaysia Today |
Ketua Gangster itu dari MCA rupanya.. bukan DAP.. Posted: 05 Sep 2013 09:59 AM PDT Kalaulah bekas ketua gangster ni ahli atau pemimpin DAP sudah tentu 7 hari 7 malam media-media tunggangan UMNO/BN termasuk blog-blog Pro UMNO akan memainkan perkara ini.. Tapi sayangnya bekas ketua gangster yang didedahkan terlibat dalam politik oleh Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan bukan ahli atau pemimpin DAP tapi MCA.. Maka macai-macai UMNO pun tak berani nak mainkan isu ini... Ketua gangster bukan lagi ahli politik MCA Macai-macai UMNO yang sibuk menuduh DAP dipengaruhi gangster nak kata apa pulak sekarang? Yang sahih menerima gangster sebagai ahlinya ialah MCA bukannya DAP..... |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan