Isnin, 30 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Azmin dah mula ‘kempen’ untuk Kerusi Presiden PKR..

Posted: 30 Sep 2013 08:47 AM PDT


Dengan kurang daripada tiga bulan untuk pilihan raya PKR, nampaknya timbalan presiden parti Azmin Ali, telahpun mula berkempen untuk menghadapi pemilihan yang akan datang.

Menurut sumber dalaman parti, sebuah kumpulan yang menyokong Azmin menjadi Presiden PKR telah memulakan program yang dikenali 'Bertemu Pemimpin Akar Umbi' bermula di Perak minggu lepas.

Perak mempunyai paling banyak cabang dengan jumlah 24 cabang yang mempunyai ahli antara kira 70,000 hingga 80,000 orang.

Turut kelihatan dalam program jelajah Perak itu ialah Dr Xavier Jayakumar, Adun Seri Andalas (dijangka bertanding jawatan Naib Presiden); Amiruddin Shaari, Adun Batu Caves (jawatan Ketua AMK); Suhaimi Shafiei, Adun Sri Muda (ahli MPP); Hee Loy Sian, MP Petaling Jaya Selatan (MPP) dan Khalid Jaafar (MPP) serta beberapa pemimpin pusat dan negeri.

Pemimpin-pemimpin cabang di Perak dari Bagan Datoh, Lumut, Parit, Pasir Salak, Beruas, Batu Gajah, Gopeng, Kampar telah kelihatan dalam program tersebut.

Beberapa program yang sama juga sedang diatur ke beberapa buah negeri lain menjelang pemilihan parti yang dijangka akan diadakan pada bulan April atau Mei tahun hadapan.

Sebelum ini Azmin telah bergerak dengan mengadakan beberapa program wacana 'Laksana Satu Nyawa' dalam usaha mendekati golongan muda dalam parti dan sayap AMK di Lembah Klang.

Pemilihan kali bakal menyaksikan Azmin mencabar Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bagi jawatan Presiden PKR sekiranya Wan Azizah mengambil keputusan untuk tidak melepaskan jawatan yang disandangnya sejak 14 tahun yang lalu.

Ada desas desus mengatakan bahawa Datuk Seri Anwar Ibrahim, Ketua Umum sendiri akan menawar diri bagi jawatan Presiden bagi menghalang Azmin mencabar jawatan tersebut.

Sekiranya ini berlaku, 'game play' akan berubah dan ramai 'orang-Azmin' dijangka memenangi jawatan-jawatan penting parti bagi 'menghalang Anwar dari membuat keputusan secara bersendirian' tanpa terlebih dahulu merujuk kepada keputusan majoriti Biro Politik dan MPP parti.

Dalam apa jua situasi, empat jawatan Naib Presiden dan 20 jawatan MPP akan menyaksi pertembungan hebat kumpulan Azmin dengan kumpulan pro Nurul Izzah, Naib Presiden PKR yang juga anak Anwar.

Walaubagaimanapun kumpulan pro Nurul lzzah tidaklah se-agresif turun padang berbanding kumpulan Azmin, lantaran hanya banyak berkempen melalui media sosial dan internet dan program-program Anwar.

Untuk kali ketiganya.. siling Hospital Serdang runtuh lagi..

Posted: 29 Sep 2013 11:55 PM PDT


Semalam siling Masjid di Terengganu dilaporkan runtuh, hari ini pula siling Hospital pula dilaporkan runtuh..

Jika siling Masjid yang telah runtuh itu dikatakan insiden kali kedua, siling bagi Hospital ini pula bukanlah kali kedua tetapi buat kali ketiga..

Inilah yang akan kita rakyat Malaysia baca dan hadapi selagi budaya rasuah atau lebih dikenali sebagai komisyen sebati dengan semua projek-projek Kerajaan.

Kerana rasuah atau komisyen itu.. kualiti bahan terpaksa dikurangkan demi mengejar keuntungan, keuntungannya pula bukanlah sebanyak yang diperolehi oleh pihak yang mengambil komisyen..

Tetapi hanya cukup untuk membayar gaji pekerja dan cukup untuk menanggung kos operasi syarikat yang menjalankan kerja-kerja pembinaan..

Sebahagian daripada siling berhampiran wad bersalin Hospital Serdang dilaporkan runtuh pagi tadi. 
Menurut sumber di hospital kerajaan tersebut, tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian yang berlaku pada jam 2.55 pagi itu.  
Ini merupakan kejadian runtuhan kali ketiga sejak 2011 dengan empat orang dilaporkan cedera dan seorang cedera teruk pada 2012.  
Walaubagaimanapun, menurut sumber berkenaan, terdapat "lebih daripada 10 kejadian" yang tidak dilaporkan kepada umum dan dirahsiakan.  
Apabila dihubungi, pengarah hospital berkenaan, Datuk Dr Ardi Awang mengesahkan kejadian hari ini namun mengecilkan tahap keseriusan isu tersebut.  
"Ya, memang ada terjadi, tetapi hanya serpihan siling sahaja jadi saya rasa tak perlu kamu semua dari pihak media mahu melaporkan perkara ini," Ardi memberitahu Astro AWANI.  
Tambah beliau, tiada kecederaan dilaporkan. Pada 13 Ogos 2013, tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dilaporkan cedera apabila 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi.  
Ardi kemudiannya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak.

Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan.  
Kejadian pertama dilaporkan pada Januari 2011 sekitar tengah malam yang melibatkan lobi utama dimana tiada kecederaan dilaporkan.  
Hospital tersebut mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi.  
Hospital yang menelan belanja sebanyak RM690 juta ini merupakan antara matlamat kerajaan dalam menjadikannya salah satu rangkaian e-hospital ~ www.astroawani.com

Hempas Anak Kerana 'Game'?.. Gila apa dia ni?

Posted: 29 Sep 2013 10:04 PM PDT


Seorang bapa tergamak menghempas anak lelakinya berusia enam tahun ke lantai selain membelasahnya hanya kerana kanak-kanak itu tertutup permainan dalam talian yang dimuat turun dalam tablet milik lelaki itu di rumah mereka di Selayang, kelmarin.

Malah, isterinya yang cuba menghalang perbuatan kejam suaminya turut menerima tempias apabila dihambur dengan kata-kata kesat selain turut dibelasah menyebabkan anak beranak itu cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Sumber berkata, lelaki berusia 40-an itu meninggalkan rumah kira-kira jam 5 petang dengan tablet yang terpasang.

Sebaik pulang semula ke rumah jam 6.30 petang, lelaki itu melihat anaknya sedang bermain dengan tablet berkenaan.

Dia bertambah marah apabila anak tunggalnya itu menutup permainan dalam talian yang sedang dimuat turun menyebabkan lelaki itu mengamuk.

Sumber berkata, suspek yang bagaikan dirasuk bertindak ganas dengan menampar dan mengangkat anaknya itu sebelum menghempasnya menyebabkan kanak-kanak itu meraung kesakitan.

"Isterinya yang cuba menghalang perbuatan suaminya dan meminta lelaki itu bertenang, namun gagal apabila suspek turut memukul isterinya beberapa minit.

"Tidak cukup dengan itu, dia yang gagal mengawal kemarahan turut menendang kipas angin sehingga rosak sebelum cuba memijak anaknya, namun berjaya diselamatkan isterinya," katanya.

Menurut sumber, selepas puas membelasah anak beranak itu, suspek terus keluar dari rumah dan akibat kejadian itu mangsa cedera di kepala dan lebam seluruh badan.

Isteri mangsa berusia 38 tahun membuat laporan di Balai Polis Selayang kelmarin.

Sementara itu, Ketua Polis Daerah Gombak Asisten Komisioner Abdul Rahim mengesahkan menerima laporan dan siasatan lanjut sedang dijalankan ~ myMetro

Ketandusan pemimpin memaksa UMNO kitar semula mantan TKM1 sebagai Ketua Pemuda Bahagian..

Posted: 29 Sep 2013 05:00 PM PDT


Kerana ketandusan ahli-ahli yang boleh diketengahkan sebagai pemimpin, UMNO sekali lagi terpaksa mengitar semula pemimpin yang melompat keluar dari PKR.

Jika sebelum ini Lokman Noor Adam telah dilaporkan dikitar semula oleh UMNO untuk turut bertanding dalam pemilihan kerusi Naib Ketua Pemuda UMNO Malaysia, ini pula mengenai Mantan TKM1 Pulau Pinang.

Beliau yang kini bergelar YM Orang Kaya Laksamana Dato' Seri Amar DiRaja Sulu atau YM Professor Dato' Seri Laksamana Amar DiRaja Dr. Mohammad Fairus Bin Khairuddin dilaporkan telah dicalonkan sebagai Ketua Pemuda UMNO Selayang.

Sumber dari SINI

Bagi membolehkan beliau dicalonkan kejawatan itu, rayuan telah dilakukan oleh Ketua UMNO Cawangan Selayang Pandang yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang Haji Saiful Bahari, kerana tempoh beliau belum mencukupi untuk membolehkannya diterima sebagai calon.

Kerana mengikut fasa 15.5 perlembagaan UMNO calon-calon yang ingin bertanding mana-mana jawatan Ahli Jawatankuasa Bahagian hendaklah mendaftarkan dirinya dan telah menjadi ahli sekurang-kurangnya tiga tahun.

Fairus telah mendaftarkan dirinya sebagai ahli UMNO pada 1hb March 2010, jika mengikut fasa 15.5 Perlembagaan UMNO dan senarai berakhir 30hb Disember 2012 keahlian beliau kekurangan tiga bulan untuk melayakkan beliau bertanding.

Oleh yang demikian Haji Saiful Bahari telah mengirim surat rayuan memohon pertimbangan Setiausaha UMNO Malaysia untuk memberi pelepasan dan pengecualian keatas beliau untuk membolehkan beliau dicalonkan kejawatan diperingkat Cawangan dan Bahagian.

Menurut Haji Saiful Bahari ini adalah perlu kerana UMNO khususnya UMNO Bahagian Selayang ketandusan pemimpin baik untuk peringkat Cawangan mahupun peringkat Bahagian.. bukan aku kata ni.. Ketua UMNO Cawangan Selayang Pandang yang juga Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Selayang yang mengakuinya..

Nih sebahagian dari suratnya…


Berikutan rayuan itu Fairus telah mendaftarkan dirinya sebagai calon untuk Ketua Pemuda Umno Bahagian Selayang pada 22 September lalu..


... Kaca buat PKR rupa-rupanya intan buat UMNO..

Yang tak cukup tempoh dirayu supaya boleh bertanding.. yang dah lebih 20 tahun pulak digantung hak keahliannya supaya tak boleh bertanding... baca di ( SINI )

Tiada ulasan: