Anak Sungai Derhaka |
- Ustaz Azizan dilaporkan kritikal..
- Siapa Mahathir maksudkan sebagai 'Orang Bodoh' dalam UMNO nie?
- Akhirnya.. Mukhriz akui Ahli UMNO memang kurang cerdik...
Ustaz Azizan dilaporkan kritikal.. Posted: 25 Sep 2013 05:01 AM PDT Keadaan kesihatan bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak dilaporkan kritikal kerana menghadapi masalah jantung yang serius. Beliau yang masih dirawat di Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar sejak dipindahkan dari Hospital Pulau Pinang bulan lepas terpaksa diberi bantuan kecemasan pukul 3 pagi Rabu. Menurut Ketua Penerangan Pas Kedah yang juga bekas setiausaha politik beliau, Muhammad Sanusi Md Nor, jantung Azizan kembali stabil selepas dua kali diberi bantuan. "Bagaimanapun keadaan Azizan kembali kritikal. Saya mengajak seluruh ahli Pas Kedah membuat solat hajat, bacaan Yasin dan berdoa memohon kepada Allah swt agar Azizan kembali sihat," katanya semasa dihubungi Rabu. Menurut Muhammad Sanusi keadaan kesihatan Azizan telah dimaklumkan kepada pemimpin Pas pusat. Azizan dimasukkan ke Hospital Pulau Pinang Mei lepas kerana komplikasi akibat kencing manis dan kedua-dua kakinya dipotong dari aras lutut. - BERNAMA |
Siapa Mahathir maksudkan sebagai 'Orang Bodoh' dalam UMNO nie? Posted: 24 Sep 2013 11:57 PM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai "orang bodoh". Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa. "Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa. "Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini. Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas. "Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya ~ The Malaysian Insider ... Tadi anak kata ahli UMNO lantik yang bodoh sebagai pemimpin... ni bapak dia pulak... kah..kah..kah... Apa Mukhriz kata tu sila baca di SINI |
Akhirnya.. Mukhriz akui Ahli UMNO memang kurang cerdik... Posted: 24 Sep 2013 09:01 PM PDT Dulu aku pernah tulis mengenai sebab-sebab UMNO dipimpin oleh pemimpin yang terdiri dari orang-orang kurang cerdik atau bodoh.. kat mana aku letak aku pun dah lupa.. Antara sebabnya ialah pemimpin-pemimpin UMNO diakar umbi akan memastikan pemimpin yang mereka lantik sebagai Ketua mereka ialah individu yang lebih kuurang cerdik dari mereka. Tujuannya ialah supaya mudah untuk mereka perbodohkan.. begitu juga pemimpin yang telah dilantik itu.. beliau juga akan memilih individu yang lebih bodoh dari mereka sebagai ketua mereka pula.. maka hasilnya kita boleh lihat pada Menteri-menteri yang datangnya dari UMNO.. Sepertimana bapanya yang menegaskan bahawa UMNO kini dipenuhi oleh orang-orang yang bodoh ( SINI ) dan juga tak waras ( SINI ).. ini pula anak Mahathir menegaskan perkara yang sama... Umno perlu memberi lebih ruang kepada generasi baru turut serta bergiat aktif dalam politik. Menteri Besar Kedah Datuk Mukhriz Mahathir berkata, pelapis muda yang terdiri daripada golongan terpelajar perlu diberikan peluang menerajui Umno. Namun menurut Mukhriz, perkara ini tidak berlaku memandangkan mengikut budaya parti itu, kuasa pemilihan ditentukan oleh Umno peringkat Cawangan atau Bahagian. "Kita mesti buka ruang..jangan halang. "Kalau yang tak berapa cerdik memimpin maka dia akan pilih pemimpin pelapisnya yang kurang berapa cerdik "Kalau itu berlaku setiap generasi sehingga semakin berkurang IQ pemimpin jadi satu digit maka Umno akan jadi makin tak relevan," katanya dalam satu program wacana di Kompleks Karangkraf di sini hari ini. Bekas Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri itu berkata, pemimpin lama perlu berani membawa perubahan dengan membenarkan generasi baru menerajui Umno kerana parti itu punya ramai generasi golongan terpelajar berkelulusan luar mahupun tempatan. Sementara itu, beliau berkata kerajaan negeri kini tidak akan melayan sebarang permintaan daripada sekolah cina dan mahu menumpukan bantuan sekolah kebangsaan. Ini berikutan perubahan undi Cina semasa Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) Mei lalu yang membelakangkan MCA dan Barisan Nasional (BN). Beliau berkata pihaknya tidak boleh mengabaikan pengundi yang menyokongnya sebelum ini, malahan Kedah juga penduduknya majoriti terdiri daripada Melayu. "Saya nak bersifat adil tapi saya pun manusia juga. "Akhirnya saya terpaksa membantu orang yang bantu saya dulu. "Jadi kalau ada yang lebih-lebih tu barulah saya bantu orang lain," katanya ~ Free Malaysia Today |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan