Anak Sungai Derhaka |
- Dah pencen pun Mahathir masih guna Jet Kerajaan?
- Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib? tanya Hishamuddin Rais
- Kegilaan Apa Ini?.. Pulang Mengandung Setelah Berjaya Jalankan 'Jihad Sex' Di Syria..
- RM2,000 untuk tebus dosa?.. Biar betul...
- Nik Zawawi buat lawak ke ni?
Dah pencen pun Mahathir masih guna Jet Kerajaan? Posted: 22 Sep 2013 08:47 AM PDT Selama ini aku sangka hanya macai-macai UMNO yang sering menjadikan harta-harta Kerajaan sebagai harta Mak Bapak mereka.. rupa-rupanya sangkaan aku meleset.. Bukan sahaja macai-macai UMNO yang besikap begitu rupanya.. tetapi pemimpin mereka juga sama.. Kurang pasti adakah ini satu keistimewaan yang diberikan terhadap individu yang telah dianugerahkan gelaran Tun atau kerana sudah biasa menggunakan harta Kerajaan sebagai harta sendiri. Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini, ianya telah dirakam di Ipoh, Perak semalam (21/9/2013). Tun Mahathir yang telah bersara dari jawatan Perdana Menteri telah mendarat di Perak bersama isterinya Tun Siti Hasmah bagi menghadiri kenduri kahwin. Oleh kerana jet tersebut milik Kerajaan Malaysia, sudah tentu segala kos yang terlibat untuk menerbangkan Tun bersama isterinya ditanggung sepenuhnya oleh pembayar cukai. Malah untuk menyambut ketibaan mereka berdua, kakitangan kerajaan yang terdiri dari Pegawai PTD telah dikerah untuk hadir beramai-ramai menyambut ketibaannya.. Mungkin benar telahan orang ramai bahawa Tun Mahathir telah dilantik sebagai '"Senior Minister" sepertimana yang telah dilakukan oleh pihak SIngapura terhadap Lee Kwan Yew secara senyap... Menurut sahabat yang mengirimkan gambar-gambar ini lagi.. Layanan yang sama tidak diberikan kepada Pak Lah tetapi hana Tun Mahathir dan Siti Hasmah saja yang diberi keistimewaan ini.. Sikit info mengenai gelaran 'Tun'.. Tun ialah anugerah gelaran tertinggi di Malaysia yang hanya boleh dikurniakan oleh Yang di-Pertuan Agong yang setaraf dengan gelaran "Lord" di United Kingdom. Penerima anugerah ini akan menerima Darjah Seri Maharaja Mangku Negara (SMN) atau Darjah Seri Setia Mahkota (SSM). Anugerah ini dihadkan hanya kepada 25 orang penerima sahaja, tidak termasuk warganegara asing yang dikurniakan sebagai anugerah kehormat. Kebanyakan penerima anuegrah ini adalah pemimpin negara yang telah banyak menaburkan jasa kepada negara seperi Perdana Menteri. Penerima kedua-dua anugerah tersebut membawa gelaran 'Tun' dan isteri penyandang bergelar 'Toh Puan'. |
Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib? tanya Hishamuddin Rais Posted: 22 Sep 2013 04:48 AM PDT Selepas mengeluarkan kenyataan bahawa Pas terbuka untuk bekerjasama dengan Umno, Presiden Pas, Datuk Seri Hadi Awang nampaknya terus mendapat perhatian blogger terkenal, tukartiub.blogspot.com. Pemilik blog berkenaan yang juga aktivis politik, Hishamuddin Rais dilihat seolah-olah mempersendakan kenyataan Hadi dan menganggap pemimpin itu "meroyan". "Kenapa tiba-tiba Hadi meroyan nak jumpa Najib. "Tahukah Hadi di mana Najib sekarang," tulisnya dalam laman mikro Twitter seperti mengajuk Pas kerana berulang kali mengutarakan perkara ini tanpa sebarang hasil. Abdul Hadi semalam dipetik sebagai berkata, Pas sedia untuk bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa. Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. "Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya. Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. "Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil. ~ Sinar Harian |
Kegilaan Apa Ini?.. Pulang Mengandung Setelah Berjaya Jalankan 'Jihad Sex' Di Syria.. Posted: 21 Sep 2013 09:13 PM PDT Bila aku siarkan sebuah laporan yang dipetik dari portal berita luar negara 'Russia Today' yang memetik sebuah laporan dari Iran tentang tawaran untuk menyertai 'Jihad Sex' di Syria suatu masa dulu, e-mail aku dihujani dengan serangan dari penyokong-penyokong Syiah dinegara ini.. Ramai dari mereka memarahi aku kerana laporan itu, malah ada yang mendakwa aku akan keneraka kerana menyebarkan apa yang didakwa oleh mereka itu sebagai fitnah. Malah mereka turut mempertikaikan kredibiliti 'Russia Today' yang menurut mereka dikuasai oleh kaum kuffar maka sudah tentulah mereka akan memburukkan 'Syiah' dan dalam masa yang sama memburukkan Islam.. Bagi aku.. 'Russia Today' itu adalah antara beberapa portal berita yang sering melaporkan apa yang tidak dilaporkan oleh BBC, CNN ataupun Reuters dan aku percaya sebab kebanyakkannya disertai dengan video.. Berikut pula adalah satu lagi laporan tentang 'Jihad Sex' yang dilaporkan oleh Al-Arabiya... Antara terjemahannya... Menteri Dalam Negeri Tunisia Lotfi Bin Jeddo berkata pada khamis lalu mendakwa beberapa orang gadis Tunisia yang telah ke Syria untuk melaksanakan 'Jihad Sex' telah pulang dalam keadaan mengandung. Gadis-gadis Tunisia itu menurutnya telah bertukar pasangan sex antara 20 hingga ke 100 orang pasangan yang merupakan pejuang di Syria dan mereka telah membawa pulang hasil 'Jihad Sex' itu.. Lotfi juga mendakwa Menteri Dalam Negeri telah mengharamkan perjalanan 6,000 warga Tunisia ke Syria sejak Mac 2013 dan menahan 86 individu yang disyaki terlibat dalam rangkaian yang menghantar warga Tunsia untuk menyertai jihad di Syria.. Here are the report.. Tunisian girls return home pregnant after 'sexual jihad' in Syria |
RM2,000 untuk tebus dosa?.. Biar betul... Posted: 21 Sep 2013 03:30 PM PDT Disebabkan keinginan mendalam mereka untuk mendapatkan ganjaran syurga, tiga individu yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, memberi sumbangan RM2,000 masing-masing kepada beberapa maahad tahfiz di sekitar Kodiang dengan harapan menebus dosa yang mereka lakukan masa lampau. Kisah menarik itu disampaikan oleh Husam Baderuddin, anak Mufti Kedah, di pekarangan Maahad Tahfiz Ar-Riadah, Kodiang, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Beliau berkata, kejadian itu bermula apabila sebuah kenderaan pacuan empat roda jenis Toyota Hilux menghampirinya dan seorang lelaki berusia dalam lingkungan 40-an memperkenalkan diri sebagai anggota kumpulan kongsi gelap. Dua lagi hanya menanti di dalam kenderaan itu. Beliau berkata, sebaik sahaja mendengar perkataan kongsi gelap, beliau berasa gerun dan ketika itu hanya berserah kepada ALLAH tentang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku ke atas dirinya. Sebaliknya, dia menjadi hairan apabila lelaki itu menyatakan hasrat mereka bertiga hendak menyumbang wang kepada maahad tahfiz itu untuk menebus dosa yang mereka telah lakukan dan dan bagi mendapatkan syurga sebagai ganti. Katanya, lelaki itu membuat pengakuan mereka banyak kekurangan dalam amal ibadat, termasuk gagal menunaikan solat lima waktu dan mengambil jalan mudah untuk mendapat ganjaran syurga. Tidak jahil agama Husam berkata, daripada percakapannya, beliau percaya lelaki yang menemuinya itu tidak menggambarkan seorang yang jahil dari segi agama, dan mempunyai kesedaran berkaitan agama sehingga sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan pahala. "Saya diberitahu bahawa mereka (bertiga) berasal dari Changloon dan dibesarkan di situ selama 10 tahun, sebelum berpindah ke Thailand lebih 30 tahun. Selain aktiviti kongsi gelap, lelaki itu turut menjalankan perniagaan menjual tayar di negara jiran. "Lelaki itu memberitahu bahawa wang itu adalah sebagai sumbangan atau infak kepada maahad tahfiz. "Katanya, wang yang hendak disumbangkan itu adalah hasil keuntungan daripada penjualan tayar dan bukan wang daripada aktiviti kongsi gelap," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau, yang juga Yang Dipertua Yayasan Ar-Riadah berkata, tindakan lelaki itu menyumbang kepada maahad tahfiz di Kodiang itu bersama rakan-rakannya, bukan perkara baru. Mereka sering memberi sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz di tempat lain setiap bulan ketika keluar dari Thailand. Bagaimanapun, beliau terkejut dan tergamam apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol secara tiba-tiba dari jaketnya. "Waktu itu saya sudah pun setuju untuk menerima sumbangan itu. Tetapi, saya jadi terkejut apabila dia keluarkan sepucuk pistol dan letakkan di atas meja. "Saya bertanyakan kepada dia, untuk apa dia keluarkan pistol. Dia kata, dia sebenarnya, ingin keluarkan wang yang disimpan dalam poket yang sama," katanya. "Dia tidak mengancam saya. Dia bercakap baik-baik sahaja. Cuma saya yang terkejut apabila dia keluarkan pistol secara tiba-tiba. "Mana tidaknya. Selalunya saya hanya tengok pistol dalam televisyen, tetapi masa itu saya melihat pistol dengan mata kepala sendiri. Memang menggerunkan," katanya. Tidak bunuh orang awam Husam berkata, beliau mengambil peluang dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu untuk bertanya beberapa perkara kepada lelaki itu, termasuk berkaitan aktiviti kumpulan kongsi gelap yang semakin hangat diperkatakan di akhir-akhir ini. "Dia memberitahu bahawa kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku adalah melibatkan sesama ahli kumpulan kongsi gelap dan bukan orang awam. Ia berlaku disebabkan oleh perasaan marah, dendam, dengki dan sebagainya. "Meskipun menyertai kumpulan itu, dia mendakwa dia tidak pernah membunuh orang. Dia mungkin menyimpan senjata api itu untuk keselamatan diri sendiri sahaja," katanya. Dalam perbualan itu, lelaki itu memberitahunya, bahawa pembunuh upahan yang berjaya membunuh seorang individu yang dikehendaki akan menerima upah antara RM500 dan RM1,500. "Saya amat terkejut dengan kenyataan ini. Rupanya beginilah nilainya harga manusia sekarang, sedangkan kerajaan meletakkan begitu banyak papan tanda (di tepi jalan raya) supaya rakyat menghargai nyawa masing-masing," katanya. Berdasarkan peristiwa tiga anggota kongsi gelap yang dilihatnya itu, Husam menasihatkan masyarakat supaya tidak menilai seseorang itu dari segi zahir semata-mata. Beliau menyebut sabda Nabi SAW, yang bermaksud: "ALLAH tidak pandang gambaran luaran kamu, ALLAH pandang hati kamu". "Jadi, jangan menilai dia dan anggota geng yang lain dengan gambaran buruk. Memang secara fahaman kita, mereka ini adalah samseng dan sebagainya. Mereka juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap anak Adam ada salahnya. "Cuma kita mendoakan agar mereka ini kembali ke jalan sebenar. Kesedaran mereka mengenai agama itu ada. Mereka juga manusia seperti kita," katanya ~ Sinar Harian |
Posted: 21 Sep 2013 09:48 AM PDT Dewan Ulama Pas menegaskan kajian semula tahaaluf siyaasi di antara parti itu dan PKR adalah bertujuan untuk memberi amaran supaya perbincangan diadakan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa keputusan. Ketua Penerangannya, Datuk Nik Zawawi Nik Salleh berkata, Pas mempunyai pendirian yang jelas dalam menjalinkan kerjasama di antara parti itu dengan dua lagi sekutu politiknya. "Kita guna kaedah tahaaluf siyaasi, apa masalah yang berlaku, DAP senang berbincang dengan kita berbanding PKR sebabnya kita berpegang kepada prinsip Islam apa yang kita cakap ia benar," katanya pada 'Forum Tahaaluf Siyaasi', di Kolej Universiti Islam Zulkifli Muhammad (KUIZM), di sini, malam tadi. Tegas Nik Zawawi lagi, tahaaluf siyaasi yang dijalin Pas bertunjangkan Islam dan ia tertakluk kepada garis panduan yang sudah pun ditetapkan sehingga ada perkara di mana Pas tidak boleh bertolak ansur. "Kita jalankan tahaaluf untuk menguntungkan Islam, jika ada ia akan kekal tetapi kalau tidak penuhi syarak kita tegas dan kita sudah beritahu rakan-rakan Pakatan Rakyat yang lain Pas ada prinsip. "Ada benda yang tak boleh bertolak ansur, yang akan membatalkan perjuangan kita. Ini yang kita nak jaga. "Kita kaji tahaaluf siyaasi ini bukan kita nak tolak secara total, kita hanya nak bagi sedikit 'warning' kepada rakan tahaaluf siyaasi kita pakati bersama, apa perkara nak buat kena bincang dulu," katanya. Nik Zawawi yang juga Setiausaha Majlis Syura Ulama bagaimanapun berkata, rakan perikatan DAP dilihat selesa dengan kaedah tahaaluf siayaasi yang digunapakai Pas. Beliau juga turut memberi jaminan, Pas sama sekali tidak akan mengkhianati PKR dan DAP selagi garis panduan talaaluf siyaasi yang ditekankan parti itu diikuti. "Saya jamin tahaaluf siyaasi kalau tak merugikan Islam, kita tak akan pernah khianat, jangan bimbang," ujarnya ~ Sinar Harian.. ... Ooo "Kita tak akan pernah khianat" katanya.. nak tergelak aku bacanya.. nak hentam lebih-lebih nanti penuh pulak e-mail aku dengan e-mail sumpah seranah sebab hentam ulama ni.. Mungkin dia dah lupa apa yang dah jadi masa PRU13, Mei lalu.. cuba korang lihat di ( SINI ) dan nilaikan adakah ianya khianat atau tidak? |
You are subscribed to email updates from Anak Sungai Derhaka To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan