Jumaat, 13 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Perdana Menteriku jadi jurujual Utusan pulakdah...

Posted: 13 Sep 2013 05:48 AM PDT


Alahai Najib.. kalau belajar jadi jurujual sekalipun, belajarlah menjual benda lain.. ini tidak dipromosinya media cetak yang dah berkali-kali disahkan oleh Mahkamah sebagai penyebar fitnah..

Baca apa Najib kata ni dulu..

..... Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak. 
Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu. 
"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini. 
Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu. 
"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno. 
Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu. 
Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka. 
"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya. 
Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa. 
Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013. 
Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan. 
Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. 
Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut ~ The Malaysian Insider

Sepetutnya Najib kata Utusan adalah lidah kera mat UMNO.. bukannya lidah keramat Melayu.. sebabnya fitnah adalah ditegah terhadap oreng Melayu yang berugama Islam..

Lagipun orang Melayu tak mungkin berbangga dengan pencapaian Utusan yang dah berkali-kali kena bayar saman sebab fitnah pemimpin Pakatan.. macai-macai UMNO mungkin berbangga..

Papagomo akan berhadapan prosiding menghina Mahkamah pada 21 Oktober..

Posted: 13 Sep 2013 02:30 AM PDT


Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini memutuskan bahawa Wan Muhammad Azri Wan Deris memang penulis blog pro-Umno, Papagomo, dan dia juga berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya.

Selain diperintah membayar RM500,000 dalam satu kes fitnah, Wan Muhammad turut berdepan dengan prosiding menghina mahkamah berhubung tulisannya yang mengaitkan hakim yang mendengar kes dan dianggap memudaratkan badan kehakiman.

Wan Muhammad Azri sebelum ini menafikan bahawa beliau adalah penulis blog kontroversi itu. 

Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera berkata Wan Mohammad Azri berbohong kerana walaupun membuat penafian tersebut ketika memberi keterangan, tetapi penulis blog berusia 30 tahun itu, dalam pernyataan pembelaannya, mengaku dia adalah Papagomo dan membela diri atas alasan membuat komen yang adil.

Beliau memutuskan bahawa penulis blog itu tidak menyesal dengan tindakannya seperti yang dipaparkannya dalam perbicaraan kes fitnah itu.

Di samping itu, semasa perbicaraan, seorang penulis blog, yang memberi keterangan sebagai saksi, mengaku mengenali Wan Muhammad Azri sebagai Papagomo apabila mereka bertemu dalam satu sidang penulis blog pada tahun 2009.

Sementara itu, Bernama melaporkan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar ganti rugi RM500,000 kepada ahli perniagaan Abdul Razak Mohd Noor berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blognya.

Pesuruhjaya Kehakiman Vazeer Alam membuat keputusan itu selepas mendapati Abdul Razak berjaya membuktikan perkataan-perkataan fitnah dalam artikel yang ditulis oleh Wan Muhammad Azri itu merujuk kepadanya, dan sebenarnya memfitnah beliau.

Vazeer Alam memerintahkan Wan Muhammad Azri membayar gantirugi am sebanyak RM200,000 dan gantirugi teladan RM300,000 kepada Abdul Razak, serta menetapkan kos guaman sebanyak RM50,000, selain membenarkan permohonan injunksi supaya Wan Muhammad Azri dihalang daripada terus menyiarkan kata-kata fitnah itu.

Dalam penghakimannya, Vazeer Alam berkata Abdul Razak selaku plaintif berjaya membuktikan Wan Muhammad Azri yang menerbitkan artikel itu, meskipun defendan dalam keterangannya menafikan beliau adalah pemilik blog yang dikenali sebagai 'Papa Gomo'.

Beliau berkata dalam kes ini, plaintif telah memanggil saksi pertamanya iaitu Mohd Fauzi Mohd Azmi yang mempunyai blog dikenali sebagai 'Perisik Rakyat' dan dalam keterangan saksi itu menyatakan beliau dapat mengecam defendan setelah defendan sendiri memperkenalkan dirinya sebagai 'Papa Gomo' ketika menghadiri satu persidangan bloggers di Lake View Garden, Subang Jaya pada 16 Mei 2009. 

"Saksi itu, yang turut diperkenalkan kepada seorang blogger lain yang dikenali sebagai 'Parpukari' semasa persidangan itu berkata beliau telah mengambil gambar defendan dan 'Parpukari' dan gambar itu dikemukakan sebagai bahan bukti dalam kes ini," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah percaya gambar yang diambil adalah gambar mereka walaupun muka mereka tidak dapat dilihat dengan jelas kerana mereka cuba melindung separuh daripada wajah mereka dengan tangan.

"Apabila mahkamah membandingkan ciri-ciri wajah muka dalam gambar itu dengan ciri-ciri defendan semasa hadir di mahkamah, saya dapati ianya sama dan jelas menunjukkan bahawa defendan yang dipaparkan dalam gambar itu," katanya.

Beliau berkata walaupun defendan menafikan beliau merupakan orang di dalam gambar itu, mahkamah mendapati penafian defendan adalah satu pembohongan kerana keterangan Mohd Fauzi bahawa beliau telah berjumpa dengan defendan dan 'Parpukari' di persidangan itu tidak dicabar oleh peguam yang mewakili defendan.

Vazeer Alam berkata keterangan Mohd Fauzi bahawa terdapat nama, gambar serta nombor telefon defendan yang dimuatkan dalam blog isterinya adalah sama dengan nombor telefon yang digunakan saksi itu untuk menghubungi blogger yang dikenalinya sebagai 'Papa Gomo' dan keterangan itu juga tidak dicabar oleh peguam.

Katanya, mahkamah juga mendapati kata-kata yang diterbitkan defendan dalam artikelnya bukan komen sebaliknya merupakan kata-kata fakta yang tidak berasas.

"Dalam kes ini plaintif adalah seorang ahli perniagaan yang dikenali ramai dan kata-kata defendan bahawa plaintif seorang penipu yang telah keuntungan berjuta-juta ringgit semasa Sukan Komanwel berkecenderungan merendahkan plaintif dalam pandangan mata umum," katanya.

Vazeer Alam berkata mahkamah mendapati perkara memuatkan artikel yang berunsur fitnah dalam sesawang internet telah berleluasa dan ada beberapa pihak yang tidak bertanggungjawab seperti defendan yang bersembunyi di belakang tirai nama samaran atau 'anonymity' untuk menulis apa sahaja yang mereka mahu tanpa mempedulikan kesan akibat penulisan mereka.

Katanya, mahkamah mengambil serius terhadap gejala negatif ini yang telah menular tanpa batasan sejak akhir-akhir ini dan sekiranya tidak dibendung dan dibanteras akan merosakkan 'social fabric' masyarakat yang berpotensi menggugat ketenteraman awam dan keselamatan negara.

"Dengan ini, saya mahu penghakiman yang diberikan diambil sebagai satu teladan kepada defendan dan juga semua pengguna internet supaya mereka tidak menyalahgunakan kemudahan ini.

"Sekiranya disalahgunakan, mahkamah akan mengambil pandangan yang amat serius, seperti pepatah "sepandai-pandai tupai melompat, akhirnya jatuh ke tanah juga" dan sepandai-pandainya defendan menyembunyikan diri dengan nama samaran, akhirnya telah didedahkan melalui 'footprint' yang beliau tinggalkan di alam siber," tegasnya.

Sementara itu, Abdul Razak ketika ditemui pemberita berkata berkata beliau gembira dengan keputusan mahkamah. "Ini bukan untuk kebaikan diri saya sahaja. Saya telah difitnah oleh blogger," katanya.

Pada 26 Jan, 2012, Abdul Razak, 59, memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri, 30, berhubung penerbitan artikel berunsur fitnah dalam blog 'Papa Gomo' pada 11 Disember 2011.

Dalam pernyataan tuntutan itu, Abdul Razak mendakwa Wan Muhammad Azri telah mengeluarkan kenyataan fitnah bahawa beliau merupakan seorang penipu yang telah mengaut keuntungan berjuta-juta ringgit setelah mendapat kontrak semasa Sukan Komanwel yang berlangsung di negara ini yang menyebabkan reputasinya terjejas.

Abdul Razak diwakili peguam Reuben Netto dan Malik Imtiaz Sarwar. Sementara itu, Reuben ketika dihubungi Malaysiakini mengesahkan penghakiman mahkamah hari ini dan berkata hakim itu telah menolak pembelaan Wan Muhammad Azri atas alasan membuat komen yang adil .

"Perkara yang paling besar adalah mahkamah mengakui bahawa Wan Muhammad Azri adalah Papagomo," katanya.

Selain itu, Ruben berkata, mahkamah membenarkan permohonan mereka untuk prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri berhubung tulisannya yang lain dalam blognya.

Katanya, prosiding menghina terhadap Wan Muhammad Azri akan berlangsung pada 21 Oktober.

Selain Abdul Razak, Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Pengarah Strategik PKR, Rafizi Ramli turut memfailkan saman fitnah terhadap penulis blog tersebut.

Turut memfailkan saman terhadap Wan Muhammad Azri termasuk Naib Presiden PAS Datuk Husam Musa dan Setiausaha Agung DAP yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng.

Penulis blog tersebut adalah seorang bekas anggota polis yang telah menjalani hukuman lapan bulan penjara selepas disabitkan dengan kesalahan rasuah.

13 Penyokong PR dipenjara dua tahun dan denda RM5,000 kerana demo di Perak

Posted: 12 Sep 2013 11:39 PM PDT


Kejadian ini berlaku pada awal tahun 2009, ketika penyokong PR cuba menghalang pemimpin BN mengangkat sumpah membentuk kerajaan di Perak selepas tiga ADUN PR bertindak menjadi katak yang mesra BN.

Bagi menghalang proses peralihan kuasa, segelintir penyokong PR telah mengadakan perhimpunan selain cuba menghalang kereta Raja Muda Perak Raja Nazrin Shah dari menghadiri upacara mengangkat sumpah bakal MB Perak yang baru.

Berikutan itu, selepas dibicarakan Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar hari ini menjatuhkan hukuman dua tahun penjara dan denda RM5,000 ke atas setiap 13 individu, termasuk seorang wanita yang terbabit dalam perhimpunan di hadapan Masjid Ubudiah, Bukit Chandan, Kuala Kangsar pada 6 Februari 2009.

Hukuman tambahan lima bulan penjara turut dikenakan jika setiap tertuduh gagal membayar denda berkenaan.

Hakim Norsalha Hamzah membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah terhadap pertuduhan yang dihadapi semua tertuduh.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat selepas beliau meneliti hujah dan keterangan saksi serta rayuan hukuman daripada kesemua tertuduh sekaligus pendakwaan berjaya membuktikan prima facie terhadap kes itu.

Buat yang dah lupa ini video insidennya..

Papagomo diperintah bayar RM500,000 kerana fitnah..

Posted: 12 Sep 2013 08:13 PM PDT


Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris.

Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak. Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu. 

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity) ~ The Malaysian Insider


Laporan lebih lengkap sila baca di ( SINI )

Tiada ulasan: