Khamis, 12 September 2013

Anak Sungai Derhaka

Anak Sungai Derhaka


Gara-gara cuba perbodohkan rakyat , Ahmad Maslan jadi sasaran kecaman di FaceBook..

Posted: 12 Sep 2013 07:46 AM PDT


Mungkin kerana beliau menyangka rakyat Malaysia kebanyakkannya bodoh-bodoh belaka, beliau cuba untuk memperbodohkan rakyat dengan satu statistik..

Statistik itu menunjukkan kononnya rakyat Malaysia menggunakan hanya sejumlah kecil dari pendapatan mereka untuk mengisi petrol.

Menurut beliau Penggunaan RON 95 mengikut pendapatan isi rumah bagi yang berpendapatan  RM3,000 ke bawah ialah hanya RM132 sebulan.

Manakala bagi yang berpendapatan  RM5,000 dan ke atas pula ialah hanya RM375 sebulan iaitu sekitar 13 peratus dari pendapatan.

Bagaimanapun tidak dijelaskan, statistik penggunaan petrol RON95 itu dikeluarkan olehnya berdasarkan apa..

Tidak dijelaskan purata jarak perjalanan, jenis kenderaan yang digunakan dan tujuan perjalanan.

Berikutan itu Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan UMNO kalau tak silap aku, menjadi sasaran kecaman ramai dilaman sosial FaceBook..

Berikut adalah sebahagian komen..

Zaimi Zakaria: Org tua aku cakap orang sekolah tinggi sangat makin bodo bukan makin cerdik

Dimitriy Mirovsky: Umno pepel STUPID MATH...... Pengiraan failed..... masalah genetik bodoh ni umno ni......

Hamba Abadi: autar punya fakta..... Mohamad Nazim Nazim: Aduhai bangang toi Mohd Ariffin Rahman: punah malaysis dapat menteri bodoh lagi tongong Naza Nadzir: Sapa la bodoh lantik menteri bodoh ni jadi menteri.

Muspirah Irama Ibrahim: Oh...pandainya pak menteri ni wat kira2. Keta aku penuh tank rm80 aku pakai g balik keja yg jauhnya 3km je dr umah. Keta cap ayam denak ko dia ni cakap 132 sebulan pakai minyak?

Estima Malaya: otak ada akai x ada....cakap cm haram jadah....

Zainol Abidin: Kepala dia kira cam tu , habis yang duk p hantar anak2 p sklh 3org tiap2 hari nak naik moto gak ke ? apa BENGAI menteri ni hah tuiii

Johari Abdullah: weyy!hamat maselan.,petrol aku sebln koman2 pun rm250 +((4.4*26)=(p kja sj) = 364.3 Mohdfuzairi Ismail: apa ke kayu dia nie.... bodo piang.. jenis mngaji bawah pokok nie...

PakLang Ary Aziz: Dia kira betulah tu..rm132 utk gaji bwh 3k...kan bung mokta ckp org kaya shj ada keta..org miskin n kg mana mmpu pkai keta...rm132 tu minyak moto utk c70 jee...kahkahkah...adehhh...sapalah yg undi dia ni..sanggap aje..

Hamzah Asadullah: WOI BODOH.... PETROL BUKAN IKUT GAJI.... DIA IKUT JARAK PERJALANAN.... ISH BODOH TAK SUDAH2 PUAK UMNGOK. ADA ORG GAJI RM15K, TP JARAK TEMPAT KERJA DGN RUMAH CUMA 2KM SAJA.... TAKKAN GUNA PETROL RM1000 SEBULAN, AKU GULAI MACAI NI BARU DIA KETAHUAN HALA.

Hashan Ismail: Camanalah leh jdi dpti meteri kewangan..hrp dahi je luas..hampeh..


Lagi komen-komen bernas buat Ahmad Maslan sila lihat di ( SINI )

Projek IC: Semalam salahkan Pegawai Kerajaan.. Hari ini Mahathir salahkan Anwar Ibrahim pulak..

Posted: 12 Sep 2013 02:15 AM PDT


Nampaknya dah sama tarafnya bekas Perdana Menteri kita ni dengan macai-macai UMNO.. apa saja bala bencana yang menimpa negara diletakkan kesalahan kepada Anwar Ibrahim..

Malah semalam ada macai UMNO yang meletakkan punca ranking Universiti di Malaysia merudum kepada Anwar Ibrahim... malang sungguh insan yang bernama Anwar Ibrahim ni..

Jika semalam dilaporkan Dr Mahathir ketika memberi keterangan di hadapan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah,menyalahkan "pegawai kerajaan".

Malah beliau juga menafikan pernah memberi sebarang arahan kepada Allahyarham Tan Sri Megat Junid untuk mengeluarkan kad pengenalan kepada pendatang asing pada ketika itu.

Sedangkan pada awal tahun ini sekitar 17 Januari 2013, beliau telah mengaku bertanggungjawab memberi taraf kewarganegaraan kepada warga asing pasa zaman pentadbirannya.. lihat videonya di ( SINI )

Hari ini pula beliau menuding ke arah Anwar Ibrahim...

Jika Projek IC polisi kerajaan, Anwar patut tahu, kata Dr Mahathir 
Sekiranya "Projek IC" menjadi agenda kerajaan ketika zaman pemerintahannya, Tun Dr Mahathir Mohamad menegaskan timbalannya yang ketika itu Datuk Seri Anwar Ibrahim sudah pasti akan menghentikan projek berkenaan. 
Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah kerana mereka mengetahui polisi kerajaan. 
"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya kepada pemberita, di Kuala Lumpur hari ini. 
"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah. 
Dr Mahathir, 88, semalam berkata beliau tidak pernanh mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya telah disalah guna. 
"Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini," katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI. 
Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra. 
"Saya tidak pernah peduli dan kisah mengenai perkara itu," katanya dan menambah tidak pernah memberi sebarang arahan kepada bekas Ketua Menteri Sabah, Tan Sri Harris Salleh atau mana-mana individu merujuk kepada pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing. 
Dr Mahathir berkata, tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak perlu arahan berikutan ia adalah proses biasa. 
Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang. 
Beliau bagaimanapun berkata sering terjadi arahannya disalahertikan oleh menteri dan pegawai kanan kerajaan. 
Katanya, beliau selalu mengadakan mesyuarat selepas mesyuarat pasca Kabinet untuk menjelaskan lagi arahannya bagi memastikan arahannya itu jelas dan difahami ~ The Malaysian Insider


"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?".. kah.. kah.. kah... bolehke Timbalan Perdana Menteri overwrite arahan Perdana Menteri?

Komen macai yang salahkan Anwar Ibrahim tentang taraf Universiti yang merudum tu sila baca di ( SINI )

Patutlah bersungguh pertahan UMNO.. banyak upah dia dapat rupanya.. tengok nih!!

Posted: 11 Sep 2013 09:25 PM PDT


Jika benar apa yang didedahkan oleh bekas Mufti Perlis, Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin mengenai jumlah imbuhan atau habuan yang dibayar oleh UMNO kepada Ulama Muda UMNO ini maka tak hairanlah selama ini kita menyaksikan beliau bersusah payah memutar belit berbagai isu demi tuannya..

Bagaimanapun aku kurang setuju dengan pendedahan oleh Dr. Asri atau yang lebih dikenali dengan nama Dr. Maza ini..

Bukan kerana jumlahnya yang tinggi atau ianya akan meletakkan Ulama Muda UMNO ini sebagai sasaran penjenayah yang seterusnya..

Tetapi kerana, ianya pasti akan mencetuskan rasa tak puas hati dikalangan macai-macai UMNO yang selama ini bermati-matian mempertahankan UMNO..

Walaupun jelas apa yang dilakukan oleh pemimpin mereka itu adalah salah bersungguh-sungguh juga mereka menafikannya..

Mana tak jealousnya.. Ulama Muda UMNO ni dapat banyak.. depa dapat sikit.. padahal yang kerja keras menyebar fitnah tu depa...

Tengok berapa Ulama Muda UMNO ini dapat sebulan...


Kantoi ciplak dari Mongolia, Najib tangguh lancar 'Endless Possibilities'..

Posted: 11 Sep 2013 07:40 PM PDT


Pelancaran kempen baru Putrajaya "Endless Possibilities" dalam negara telah ditangguhkan dari tarikh asal 17 September kepada satu tempoh yang belum pasti selepas mendapati Mongolia menggunakan slogan sama 19 bulan sebelum Malaysia.

The Malaysian Insider difahamkan, pegawai-pegawai yang menguruskan kempen panik kerana Mongolia merupakan satu subjek sensitif selepas dua anggota polis Malaysia didakwa dan kemudian dibebaskan di atas tuduhan membunuh warga Mongolia Altantuya Shaariibuu.

"Pelancaran di Malaysia dibatalkan, masih belum ada tarikh baru," kata satu sumber kepada The Malaysian Insider.

Slogan kempen itu secara rasmi digunakan buat pertama kali di Davos Januari lepas semasa Forum Ekonomi Dunia (WEF) walaupun Kementerian Pelancongan sudah memperkenalkannya di Dubai pada Oktober 2012.

Blogger pro kerajaan telah mengkritik kempen itu mengatakan ianya meniru kempen sama Israel yang bermula April lepas.

Akan tetapi kemudiannya mereka mendapati Mongolia telah menerbitkan video dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN menggunakan slogan sama.

Akan tetapi jurucakap kempen mengatakan ia tetap akan dilancarkan tetapi tidak memberikan tarikh pasti. "Inisiatif ini tetap akan dilancarkan, 17 merupakan salah satu tarikh dipertimbangkan," kata seorang jurucakap yang enggan dinamakan.

Tarikh 17 September dipilih kerana ia merupakan sehari selepas Malaysia menyambut ulangtahun ke-50 penubuhannya apabila Malaya, Singapura, Sabah dan Sarawak bersetuju menjadi satu negara pada tahun 1963.

Singapura meninggalkan Malaysia pada Ogos 1965. The Malaysian Insider difahamkan slogan kempen dicadangkan oleh dua perunding asing dan syarikat kajian pasaran selepas perbincangan dengan pegawai-pegawai dari Jabatan Perdana Menteri.

"Perunding-perunding memperhalusinya dari prosa 'Endless Opportunites' yang digunakan dalam ucapan kepada 'Endless Possiblities'," katanya dan menambah tidak pasti sama ada perunding-perunding itu menyemak jika ada negara lain menggunakan slogan itu.

Firma pengiklanan dipanggil selepas itu untuk mencipta logo yang kemudiannya digunakan Kementerian Pelancongan bersama slogan sebelum digunakan di Davos.

The Malaysian Insider pertama kali melaporkan berita tentang pelancaran kempen pada 21 Ogos dan disahkan pada hari sama oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, mengatakan kempen ini melengkapkan dan bukan menggantikan slogan 1Malaysia yang diperkenalkan pada 2009.

Najib berkata, ia adalah "kempen komplementari" dan kempen terkini itu adalah sebahagian daripada pelan menjenamakan negara.

"Ini akan mempromosikan Malaysia," katanya yang dilihat menggunakan lencana baru kempen itu termasuk logo 1Malaysia.

Sumber memberitahu The Malaysian Insider slogan "Endless Possibilities" sebenarnya mahu dilancarkan sebelum hari mengundi, tetapi kerajaan menangguhkannya bagi mencegah kemungkinan berlaku kekeliruan.

Pos Malaysia sudah merancang untuk melancarkan setem baru bertajuk Malaysia: Endless Possibilities pada 30 Mei 2013 tetapi tidak ada tanda set setem itu.

Sumber berkata, kempen baru itu sebenarnya bermula pada awal tahun ini di majlis berprestij Forum Eknomi Dunia (WEF) di Davos, Switzerland dan dalam beberapa program Pelancongan Malaysia.

Klip video berdurasi 60 saat yang memaparkan Najib juga dilancarkan dan disiarkan oleh penyiar berita global CNN.

Terdapat juga beberapa pengiklanan bercetak dengan slogan baru itu dalam majalah antarabangsa untuk tujuan perniagaan dan pelancongan sepanjang tempoh lapan bulan lalu.

Tetapi sumber berkata, penggunaan secara meluas akan hanya berlaku selepas pelancaran pada 17 September ini..

~ The Malaysian Insider

Tiada ulasan: