ANAK SENGAT |
CUKUP SUDAH .... BERSIMPUL URAT OTAK Posted: 31 Aug 2013 07:16 PM PDT Suhu politik negara masih tak menentu. Namun suhu politik dalaman kian bergelora. Saya seringkali terlepas masa untuk berkongsi pandangan pelbagai situasi lantaran kesibukan dengan pelbagai tugasan dan halangan mendatang. Kalau ada posting pun sekadar perkongsian berita yang boleh mencetuskan idea namun tak sempat saya kongsikan. Semakin hari kin terasa betapa tak mampu mengendalikan blog ini. Teman teman kian ramai bertanya kenapa kian sunyi. Apalah yang mampu saya beri selain sibuk sebagai alasan standart. Hari ini saya mengambil keputusan untuk menyerahkan blog ini untuk diurus oleh sahabat.Namun mungkin jika ada kelapangan saya akan berkongsi pandangan. Ini mungkin pandangan terakhir sebagai pemilik blog ini... Sejak dihidupkan 2007, berbagai detik dilalui. Bermula dengan suka suka untuk berkongsi idea, berkembang sebagai media politik. Ramai kawan kawan yang dah syahid di pertengahan jalan. Saya terus hidup dengan semangat dan dorongan rakan rakan pembaca. Ramai yang memilih berubah kecenderungan namun saya tetap memilih politik sebagai landasan. saya bukan mengejar hits kerana tiada iklan yang saya jadikan sumber. saya sekadar memilih wadah politik. sebagai medan berkongsi berita. Kemenangan luar jangka Pakatan Rakyat yang akhirnya menjadi sebuah kerajaan menjadikan blog ini berada di persada medan politik. Blog politik di Perak menjadi rujukan terutama ketika krisis politik . Malah kerajaan Perak pimpinan DS Nizar secara serius membuat pertemuan dengan inisiatif YB Idham ketika itu bersama Hj Anuar yang merupakan setiausaha akhbar MB. tentulah watak di belakangnya Al Banjari.... Juga di susuli dengan permukiman Blogger Perak di Gopeng... sangat mengujakan Perubahan secara kudeta menjadikan ianya semakin hangat. Namun suhu politik mula menurun lantaran sikap rakyat Malaysia yang lebih suka berserah dari mempertahankan haknya. Rakyat Malaysia lebih suka berlunjur kaki dengan mengadah langit dari berlumba mencari rezki. benarlah luahan sasterawan negara almarhum Dr Usman Awang; Melayu itu orang yang bijaksana Nakalnya bersulam jenaka Budi bahasanya tidak terkira Kurang ajarnya tetap santun Jika menipu pun masih bersopan Bila mengampu bijak beralas tangan Melayu itu berani jika bersalah Kecut takut kerana benar Janji simpan di perut Selalu pecah di mulut Biar mati adat Jangan mati anak Dalam sejarahnya Melayu itu pengembara lautan Melorongkan jalur sejarah zaman Begitu luas daerah sempadan Sayangnya kini segala kehilangan Melayu itu kaya falsafahnya Kias kata bidal pusaka Akar budi bersulamkan daya Gedung akal laut bicara Malangnya Melayu itu kuat bersorak Terlalu ghairah pesta temasya Sedangkan kampung telah tergadai Sawah sejalur tinggal sejengkal Tanah sebidang mudah terjual Meski telah memiliki telaga Tangan masih memegang tali Sedang orang mencapai timba Berbuahlah pisang tiga kali Melayu itu masih bermimpi Walaupun sudah mengenal universiti Masih berdagang di rumah sendiri Berkelahi cara Melayu Menikam dengan pantun Menyanggah dengan senyum Marahnya dengan diam Merendah bukan menyembah Meninggi bukan melonjak Watak Melayu menolak permusuhan Setia dan sabar tiada sempadan Tapi jika marah tak nampak telinga Musuh dicari ke lubang cacing Tak dapat tanduk telinga dijinjing Maruah dan agama dihina jangan Hebat amuknya tak kenal lawan Berdamai cara Melayu indah sekali Silaturrahim hati yang murni Maaf diungkap senantiasa bersahut Tangan diulur sentiasa bersambut Luka pun tidak lagi berparut Baiknya hati Melayu itu tak terbandingkan Segala yang ada sanggup diberikan Sehingga tercipta sebuah kiasan: "Dagang lalu nasi ditanakkan Suami pulang lapar tak makan Kera di hutan disusu-susukan Anak di pangkuan mati kebuluran" Bagaimanakah Melayu abad dua puluh satu Masihkan tunduk tersipu-sipu ? Jangan takut melanggar pantang Jika pantang menghalang kemajuan; Jangan segan menentang larangan Jika yakin kepada kebenaran; Jangan malu mengucapkan keyakinan Jika percaya kepada keadilan Jadilah bangsa yang bijaksana Memegang tali memegang timba Memiliki ekonomi mencipta budaya Menjadi tuan di negara Merdeka! ---------------------------------------------------------------------------------------------------------- Perjuangan PAS yang saya dokongi berlandaskan parti dakwah bersendikan siasah sebagai wadah. Perjuangan Pas yang saya dokongi berlandaskan Quran dan Sunnah berteraskan Kepimpinan Ulama. Syariat Islam adalah cita cita perjuangan PAS yang saya junjungi untuk ditegakkan di bumi Malaysia. ITu prinsip yang saya terima sejak aku mengenali PAS sekitar 1982. Perkembangan PAS dari parti "tok Lebai" menjadi parti di persada antarabangsa sangat mengujakan. Berduyun duyun menyertai PAS sejak krisis 1998 menempatkan PAS sebagai harapan terutama Melayu walaupun jelas PAS adalah parti Islam. Saya melihat surah "annasr" sebagai janji Allah. Pas yang hidup di celah pokok getah dengan ceramahnya, Bergerak dari rumah ke rumah dengan usrahnya mula berkembang di dewan seminar. Usrah bukan lagi keutamaan. Jika adapun... sudah mula melupakan asas perbincangannya... lebih kepada strategi, bukan teras al Quran, hadits, sirah dan pemahaman perjuangan parti.. maka wujudlah kecelaruan fikrah.. seperti yang kini kita hadapi.. Dulunya kepimpinan menumpang tidur di makas dan rumah rakan rakan, kini hotel yang selesa dan jauh dari ummat. Bukan salah... namun apabila ada yang meminta... itu yang salahnya. Orang Pas dulunya teruja dengan ilmu seorang pemimpin memimpin ummah, kini mereka teruja dengan pelbagai projek dan sasaran ekonomi yang di cetuskan pemimpin. Dulunya pemimpin didampingi oleh orang yang ikhlas mencari ruang ilmu, kini mereka didampingi oleh mereka yang mencari peluang kebendaan. Lantaran itu, ulama yang kaya dengan ilmu di pinggirkan, maka muncullah karektor pengampu dan melebelkan ulama sebagai ketingalan zaman, tak berstrategi dan sebagainya... Lebih malang lagi label dan idea ini datangnya dari mereka yang tercicir dalam usrah dan halaqah, menyebarkan idea di media internet dengan bahasa yang sangat sumbang dan diterima oleh mereka yang ikhlas berjuang... aahhhh.. malangnya... sebahagiannya datang dari mereka yang dididik oleh jamaah lain yang pernah menentang PAS... kini menumpang dengan wajah hebat mengambil kesempatan di atas keihklasan pendokong PAS... Mereka tampil dengan istilah PAS baru... reform Pas... demi kelangsungan kononnya... sedangkan bagaimana boleh meneruskan kelangsungan perjuangan jika asas tarbiah hanya dijadikan penghias gambar di permulaan dan kemudiaan majlis ditinggalkan.??? matlamatnya ialah kemenangan roadmap Putrajaya kononnya sebagai keutamaan...walau terpaksa menggadaikan kerusi kepada rakan... sama saja..alsannya... sedangkan PAS punya prinsip..punya matlamat yang jauh lebih besar dari menguasai Putrajaya.. iaitu pengisian di Putrajaya... jawab mereka...itu boleh dikemudiankan... adussss.... Politik sudah jadi akidah... Al Quran tidak lagi basah di lidah.. malah yang mengkritik Ulama... sebahagiannya... baca al Quran pun cacamerba... nak jadi pemimpin besar... malangnya jamaah islam jika itulah karektor pemimpinnya... mungkin kerana ini sebahagian mereka tak selesa berada dalam majlis usrah... Semua itu bukan tuduhan umum... namun itulah yang sedang berlaku di sebahagian peringkat.. Apapun.. ia jauh lebih baik dari umNO yang sudah cacat seluruh anggotanya... berselirat urat otaknya... malah bersimpul segala sarafnya... tanpa ideologi, tanpa prinsip, tanpa halatuju... hanya hidup dengan saki baki gula gula yang di tampal kepada sebahagian generasi yang tumpul akal mereka. Juga lebih baik dari rakannya PKR yang tidak punyai program pembinaan tarbiah yang melahirkan insan ikhlas dalam berjuang kerana Allah dan hanya bersandarkan isu dan kreativiti menggerakkan massa. Semoga sahabat yang meneruskan blog ini dapat merasai denyut nadi dan inspirasi yang pernah wujud di sini... terima kasih buat semua yang memberi dokongan... saya bukan berhenti... cuma mengalih tumpuan.... |
You are subscribed to email updates from NAAK SANGAT To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan