Jumaat, 6 September 2013

Addin

Addin


Berita Memeranjatkan Buat Warga Pendidik Dan Pelajar

Posted: 06 Sep 2013 04:00 PM PDT

Ramai pelajar yang gagal SPM nanti gara-gara gagal subjek Bahasa Inggeris jadi subjek wajib lulus terutamanya pelajar melayu. Akhirnya pelajar melayu yang bakal terpinggir.

Kenapa subjek Agama Islam tidak di jadikan subjek wajib lulus SPM, bukankah itu lebih bagus. Zaman Addin bersekolah dulu, subjek Pendidikan Islam jadi mata pelajaran pilihan bersama Pendidikan Seni.

Betapa rendahnya kesedaran beragama di kalangan pemimpin Umno. Dan akibatnya gejala jenayah dan sosial di kalangan rakyat makin meningkat.

Bahasa Inggeris Subjek Wajib Lulus SPM 2016 
Inggeris akan dijadikan mata pelajaran wajib lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) menjelang 2016. Pengumuman itu dibuat Menteri Pendidikan,Tan Sri Muhyiddin Yassin (gambar) sempena pelancaran Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 di Kuala Lumpur hari ini. 
"Dalam melaksanakan hasrat ini, kementerian sedang dalam usaha menambah masa pembelajaran di dalam kelas supaya murid menerima pendedahan yang lebih untuk subjek itu," katanya. 
Muhyiddin berkata, bagi melaksanakan tujuan itu, PPPM menggariskan beberapa inisiatif seperti guru Bahasa Inggeris diuji kemahiran mereka melalui Ujian Penempatan Cambridge (CPT).

Beliau berkata, kohort pertama seramai 5,000 pelajar sudah mengikuti latihan lanjutan oleh British Council, manakala 9,000 guru Bahasa Inggeris akan mengikuti latihan pada Oktober nanti. 
Katanya, bagi menambah baik kualiti guru sedia ada, PPPM turut memperkukuh Pejabat Pendidikan Daerah (PPD) dengan menempatkan pembimbing pakar untuk guru dan pemimpin sekolah dengan program yang dikenali sebagai SISC+ dan SIPartner+. 
"Mereka bukan sahaja dapat membimbing daripada segi pengajaran dan pembelajaran tetapi juga dalam aspek penilaian seperti Pentaksiran Berasaskan Sekolah (PBS). 
"Harapan saya melalui bimbingan ini, guru dan semua pengetua dan guru besar dapat melaksanakan tugas dan tanggungjawab dengan lebih berkesan. 
"Bagi memartabatkan profesion perguruan, syarat kemasukan guru iaitu 30 peratus diperuntukkan daripada graduan terbaik untuk memasuki profesion ini. 
"Bagi pengetua dan guru besar, kriteria pelantikan tidak berdasarkan kepada jangka masa perkhidmatan. Dalam masa lima tahun akan datang, 4,000 pengetua dan guru besar akan menamatkan perkhidmatan dan ini membuka peluang kepada calon berkelayakan dan berprestasi tinggi mengisi kekosongan," katanya. 
PPPM yang dilancarkan Muhyiddin hari ini berhasrat untuk mencapai lima keberhasilan bagi sistem pendidikan Malaysia secara keseluruhan merangkumi akses, kualiti, ekuiti, perpaduan dan kecekapan. 
Pelan itu dilancarkan dalam tiga gelombang iaitu Gelombang 1 (2013-2015) memberi penekanan kepada menambah baik sistem dengan mempercepat perubahan kaedah pelaksanaan program. 
Dalam tempoh pelaksanaan itu, tumpuan diberikan kepada kaedah peningkatan kualiti pengajaran dengan meningkatkan kualiti guru sedia ada, meningkatan kualiti kepimpinan sekolah dan meningkatkan kadar literasi Bahasa Melayu, Bahasa Inggeris dan numerasi. 
Dalam Gelombang 2 (2016-2020), kementerian akan melaksana perubahan struktur pendidikan negara untuk mempercepat perjalanan perubahan kepada semua inisiatif yang bermula semasa Gelombang 1, antaranya pergerakan semua 410,000 guru dan 10,000 pengetua/guru besar kepada pakej kerjaya baharu dan penstrukturan semula kementerian. 
Gelombang 3 (2012-2025) akan memfokus kepada anjakan ke arah kecemerlangan dengan peningkatan keluwesan operasi, di mana pada permulaan gelombang ini, semua sekolah, guru dan pengetua/guru besar perlu menunjukkan prestasi melebihi standard minimum. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Panas!! Blogger Terkenal Umno Gelar Najib "Sewel"

Posted: 06 Sep 2013 08:12 AM PDT

Himpunan agung Umno tidak lama lagi, serangan atas Datuk Seri Najib Razak (gambar) semakin ketara oleh para blogger Umno sehingga ada yang menggelarkannya sebagai "sewel".

Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk "Sewel" Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu.Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman.

Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk "The PM's Screwup Team - Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara.

Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka.Selain itu, mereka mempertikaikan gaji tinggi diberikan kepada staf Pemandu walaupun mereka gagal dalam memacukan ekonomi hingga keadaan ekonomi negara semakin teruk yang menyebabkan kerajaan terpaksa menaikkan harga petrol RON95 dan diesel sebanyak 20 sen seliter baru-baru ini.

Menurut Ahirudin, sejak ditubuhkan, Pemandu tidak disenangi oleh para blogger pro-Barisan Nasional (BN).

Secara sulit, para menteri di dalam Kabinet Najib sendiri juga tidak senang dengan Datuk Seri Idris Jala, Menteri di Jabatan Perdana Menteri, yang mengetuai Pemandu, kata Ahirudin bekas pengarang di beberapa akhbar pro-BN.Syed Akbar pula melalui pengiraannya, Pemandu sudah membelanjakan RM337 juta dalam masa empat tahun ini.

Beliau mendakwa, sekumpulan orang muda dalam Pemandu ini yang memerintah negara bagi pihak perdana menteri.Sebahagian dari mereka pula adalah penyokong Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih), dakwa beliau dalam blognya.

"Mereka adalah dari firma Zaid Ibrahm and Co, Pricewaterhousecooper Singapura dan dari pelbagai tempat," katanya.Menurut seorang pemimpin PKR, yang tidak mahu namanya dikenali, mengatakan kumpulan yang berkiblat kepada Dr Mahathir menjadikan isu Pemandu sebagai salah satu bahan serangan mereka.

Selain itu, mereka juga menyerang Perjanjian Persahabatan Trans Pasifik (TPPA), kegagalan Najib dalam pilihan raya umum lalu, pemansuhan Ordinan Darurat (EO)  dan beberapa isu lagi."Saya berpendapat, mereka akan membiarkan Najib kekal dalam pemilihan Umno akan datang ini.

"Namun selepas beberapa bulan, mereka akan menekan Najib agar meletakkan jawatan sebagaimana Pak Lah (Tun Abdullah Ahmad Badawi) ditekan sehingga meletakkan jawatan sebelum ini," kata pemimpin itu.

Menurutnya, tindakan tidak mencabar Najib dalam pemilihan akan datang adalah untuk mengelakkan Umno berpecah.Bagi beliau, inilah asasnya mengapa Najib begitu ketara sekali mahukan kerjasama dengan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk membentuk kerajaan perpaduan.

"Najib mahu memberikan signal kepada Mahathir dan gengnya, beliau mempunyai 'option' lain iaitu Anwar," kata beliau kepada The Malaysian Insider.Beberapa hari lalu, wakil Najib menghubungi Anwar lagi bertanyakan kerjasama antara mereka.

Anwar menolaknya dengan alasan tidak akan meninggalkan rakan-rakannya dalam Pakatan Rakyat (PR).Menurut mesej terbaru itu, Najib sedia mempertimbangkan jika Anwar mahu membawa PAS bersama namun tidak berapa senang dengan DAP.

"Selain memberikan mesej kepada Dr Mahathir, kita bimbang isu ini juga bertujuan untuk memecahbelahkan perpaduan dalam PR," katanya.Semasa perutusan Hari Kemerdekaan ke-56 baru-baru ini, Anwar mengumumkan kesediaan mengadakan dialog secara terbuka dengan BN untuk membincangkan isu-isu yang melibatkan kepentingan negara tetapi menolak agenda kerajaan perpaduan.

Tiga isu yang disebutkan Anwar adalah kemerosotan ekonomi, jenayah dan hubungan antara kaum yang beliau sifatkan sebagai masalah ketara negara masa kini. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Ku Li Menongkah Arus Lagi..

Posted: 06 Sep 2013 05:05 AM PDT

Walaupun majoriti pemimpin Umno menolak tawaran dialog Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, pemimpin veteran Tengku Razaleigh Hamzah menyatakan tawaran itu perlu dipertimbangkan.

Beliau yang lebih dikenali sebagai Ku Li berkata, sekiranya ia mendatangkan manfaat tidak salah untuk Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Razak merebut peluang tersebut.

"Mengenai dialog tersebut, ia terpulang kepada kerajaan untuk menentukannya.

"Jangan fikir siapa kalah atau menang, kerana pada akhirnya jika ia bermanfaat untuk rakyat terutama bagi yang miskin, saya rasa peluang itu perlu direbut," katanya pada sidang media dirumahnya di Langgak Golf, Kuala Lumpur.

Beliau juga menggesa sebarang tawaran yang melibatkan kepentingan rakyat perlu dipertimbangkan secara serius bagi memastikan nasib rakyat terbela dan tidak diabaikan.

"Apa pun, jika ia melibatkan kepentingan rakyat, pertimbangan serius perlu diambil kira," katanya.

Anwar semasa perutusan sehari sebelum hari kemerdekaan negara ke-56 menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Bagaimanapun, pemimpin Umno secara jelas menolak rundingan damai antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat (PR).

Beberapa pemimpin Umno melahirkan kecurigaan terhadap Anwar yang mengajak dua parti terbesar negara itu untuk berunding.

Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar dan Menteri Besar Kedah, Datuk Mukhriz Mahathir melihat cadangan pemimpin pembangkang itu sebagai usul terdesak.

Seorang ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno mendedahkan kepada The Malaysian Insider pada Isnin, jika keputusan diserahkan sepenuhnya kepada ahli MT Umno, jemputan Anwar untuk mengadakan dialog pastinya ditolak secara terang-terangan.

Kebanyakan ahli MT menolak cadangan ketua pembangkang itu namun Presiden Umno, Najib membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuarat Jumaat lalu.

Sumber itu menjelaskan Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog.

Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah untuk memastikan perjuangan Anwar terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah.

Anwar menjelaskan antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

Katanya, perbincangan juga harus menyentuh aspek urus tadbir kerajaan bagi membasmi rasuah dan keadilan dalam pemberian tender. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Ku Li Bidas Najib, Cabar Semua Menteri Isytihar Harta

Posted: 06 Sep 2013 01:52 AM PDT

Tengku Razaleigh Hamzah membidas langkah Putrajaya menaikkan harga minyak, sebaliknya menggesa Datuk Seri Najib Razak menangani isu rasuah yang disifatkan lebih utama untuk mengatasi defisit fiskal negara.

Pemimpin veteran Umno tersebut berkata kesan rasuah adalah lebih buruk kerana ia juga melibatkan pengguna yang lebih terkena tempias.

"Kesan rasuah akan terkena kepada pengguna, wang akan mengalami kesan buruk.

"Sepatutnya mereka yang rasuah perlu ditangani dahulu," katanya dalam sidang media di kediamannya di Langgak Golf hari ini.

"Rasuah adalah perkara utama kita hadapi," tambahnya.

Beliau juga mencabar semua menteri dan timbalan menteri, termasuk dirinya untuk mengisytiharkan aset supaya orang ramai boleh membuat penilaian.

"Menteri, bekas menteri termasuk saya, ayuh isytiharkan harta masing-masing," cabar beliau. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Prof Agus Sahkan Menteri Lantikan Najib Adalah Seorang Pembohong

Posted: 06 Sep 2013 12:17 AM PDT

Mulai 3 September 2013, harga petrol RON 95 dinaikkan sebanyak 20 sen dan harga minyak diesel pula dinaikkan sebanyak 20 sen.

PM menyatakan kenaikan harga petrol tersebut adalah untuk mengelakkan masalah kepada kedudukan kewangan negara. Kata PM: "Ini mungkin akan jadi bebanan sikit kepada rakyat, tetapi kalau kedudukan kewangan (negara) keseluruhan terjejas, ia akan merosakkan seluruh negara."

Saya tidak segera mengulas kenaikan harga minyak tersebut kerana mahu melupakan sementara hal-hal negara untuk memberi tumpuan kepada tugasan akademik yang banyak tertangguh.

Namun, apabila kelmarin Timbalan Menteri (TM) Kewangan menyatakan harga minyak Malaysia adalah yang kelapan termurah di dunia selepas Venezuela, Arab Saudi, Kuwait, Mesir, UAE, Iran dan Nigeria, hati saya segera terpanggil untuk memberikan sedikit ulasan. Ini kerana jiwa saya menolak pemberian fakta yang tidak tepat dan kenyataan yang menafikan intelek rakyat.

Jika setakat tujuh negara di atas, apakah kita hendak menafikan fakta bahawasanya harga minyak petrol di Brunei, Qatar, Bahrain, Algeria, Sudan, Libya dan Oman adalah lebih murah dari Malaysia? Kenapa TM Kewangan tidak menyatakan juga harga minyak di negara tersebut? Mengapa memberikan hujah yang salah atau berhujah dengan menyembunyikan fakta yang nyata?

Bagi membuktikan harga minyak di Malaysia adalah kelapan termurah di dunia, maka TM Kewangan pun mengumumkan harga RON 95 dan diesel di negara jiran kita. Antaranya ialah Thailand RM4.74 dan RM3.06, Singapura (RM5.56 dan RM4.32), Indonesia (RM3.05 dan RM3.43) dan Filipina (RM5.44 dan RM4.32). Kenapa kita bandingkan dengan negara kita yang tidak ada minyak ata sedikit sumber petroleumnya? Kenapa tidak kita bandingkan dengan harga minyak petrol di Brunei, UAE, Libya, Bahrain, Qatar, Oman dan lainnya yang harga minyak mereka jauh lebih murah daripada negara kita? Inilah yang saya katakan sebagai kenyataan yang menyembunyikan fakta untuk mengelirukan rakyat, jikapun tidak untuk membodohkan rakyat.

Untuk pengetahuan TM Kewangan, dalam konteks harga barangan ini, ada aspek yang kita boleh bandingkan dengan negara lain dan ada perkara yang kita tidak boleh bandingkan dengan negara lain. Misalnya, kenapa tidak kita bandingkan harga kereta di Malaysia dengan di Singapura atau Indonesia? Di Indonesia misalnya, jika setakat kereta Toyota Vios, mereka buat teksi sahaja. Jika di Finland dan Sweden, teksi mereka semuanya terdiri dari kereta mewah—lebih dari separuh teksi mereka menggunakan kereta Mercedes dan selebihnya BMW, Audi dan Volkswagen.

Itu belum lagi kita bincangkan tentang harga rumah. Dengan kos harga rumah kita yang 'over priced' dan kenaikannya tidak terkawal, apakah harga rumah di negara kita masih yang termurah di dunia? Begitu juga dengan hutang isi rumah rakyat di negara kita. Data menunjukkan lebih enam juta isi rumah rakyat di negara ini kini menanggung hutang berjumlah RM653 bilion. Secara purata, ini bermakna setiap isi rumah di negara ini tidak kira pangkat, status dan usia mempunyai hutang kira-kira RM108,000 seorang.

Kadar hutang ini adalah amat membimbangkan, apatah lagi peningkatan nisbah hutang isi rumah Malaysia kepada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) meningkat setiap tahun dari 63.9% pada tahun 2008 kepada 76.6% tahun 2009, 75.8% tahun 2010, 76.6% tahun 2011 dan 80.5% pada tahun 2012. Rekod terkini hutang isi rumah Malaysia untuk tahun 2013 berada pada kadar 83.0% dari KDNK yang menyebabkan amaran untuk berwaspada daripada penganalisis kewangan di rantau ini.

Melihat kepada data hutang isi rumah di atas, apakah kita hendak menyatakan kadar hutang isi rumah rakyat di negara kita adalah antara kelapan terendah di dunia atau harga kereta dan rumah kita juga antara terendah di dunia? Saya berhujah begini untuk menunjukkan saya menolak data tidak masuk akal yang diberikan oleh TM Kewangan kita tentang harga minyak kita yang kelapan termurah di dunia.

Saya juga tertarik dengan alasan yang diberikan oleh TM Kewangan yang menyatakan kenaikan harga minyak adalah untuk membolehkan kerajaan memberikan BRIM kepada rakyat. Katanya: "Bantuan subsidi seharusnya disalurkan kepada yang benar-benar memerlukan dan melalui pemotongan subsidi (kenaikan harga petrol) ini kerajaan kemudian menyalurkan Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) untuk rakyat yang berpendapatan rendah."

Saya tidak faham kaitan antara kenaikan harga minyak dengan bantuan BRIM yang diberi oleh kerajaan kepada rakyat. Pemberian BR1M ini untuk apa? Sebagai umpan untuk menggula-gulakan rakyat atau benar-benar untuk menolong rakyat? Jika untuk menolong rakyat miskin, kenapa pula BR1M yang diberikan itu diambil semula dalam bentuk menaikkan harga minyak petrol? Tidakkah kerajaan sedar dengan kenaikan harga petrol ini, BRIM yang diberikan kepada rakyat tidak dapat menampung beban kehidupan mereka kerana kenaikan harga petrol tersebut tentulah datangnya bersama dengan kenaikan kos hidup dan kos barangan keperluan harian? Tidakkah ini tidak boleh difikirkan oleh kerajaan?

Oleh sebab itulah, saya menolak kenyataan TM Kewangan ini sebab hujahnya tidak tepat dan hujah inilah yang sentiasa diberikan secara berulang-ulang setiap kali harga minyak naik. Carilah alasan yang boleh diterima umum seperti demi kesihatan ekonomi negara, bagi mengurangkan defisit fiskal, kita terbeban dengan hutang luar, bagi faedah ekonomi negara jangka masa panjang, bagi mengurangkan jumlah subsidi kerajaan yang semakin meningkat, akibat kenaikan harga minyak di pasaran dunia ataupun sebahagian daripada proses rasionalisasi bagi membantu menstabilkan ekonomi negara.

Jikapun hendak memberikan analisis perbandingan dengan negara lain, berilah analisis perbandingan yang sesuai, bukannya untuk sesuaikan data dengan keperluan dan hujah kita. Analisis akademik menuntut kejujuran kita memberikan data yang tepat. Begitulah! ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Lim Kit Siang Buat Onar Lagi

Posted: 05 Sep 2013 06:15 PM PDT


Cadangan mewujudkan institusi pendidikan untuk bukan Melayu ala Universiti Teknologi Mara (UiTM) oleh Dyana Sofya Mohd Daud, setiausaha politik kepada Lim Kit Siang mendapat kritikan hebat daripada pelbagai pihak.

Melihat cadangan kritikal yang dikemukakan oleh graduan UiTM itu, Pengerusi Umno Selangor Datuk Seri Noh Omar melabelkan Dyana sebagai Melayu yang tidak kenal sejarah dan menjadi mangsa diperalat DAP.

Beliau berkata, Dyana seharusnya memahami falsafah penubuhan UiTM yang diasaskan oleh Majlis Amanah Rakyat (Mara) sambil menggesa gadis itu menelusuri sejarah penubuhan DAP yang diasaskan oleh PAP di Singapura.

"Dia harus faham asal-usul DAP. Tunku Abdul Rahman sendiri sanggup keluarkan Singapura dari Malaysia. Slogan 'Malaysian Malaysia' yang dilaungkan PAP jelas bertentangan dengan prinsip negara kita.

"Kenyataan sebegini berbentuk perkauman. Dia tidak faham sejarah, sebab itu tiada semangat patriotik. UiTM jelas dilindungi Perlembagaan dalam Perkara 153. Ini hak kita dan jangan pertikaikan," katanya kepada The Malaysian Insider mengulas cadangan setiausaha politik Penasihat DAP itu.

Katanya, kaum Melayu banyak berkorban untuk kaum lain sebagai contoh kuota Maktab Rendah Sains Mara (MRSM) turut diberikan kepada pelajar bukan Melayu.

Sementara itu, Ahlis Majlis Tertinggi Umno yang juga bekas timbalan menteri pengajian tinggi, Datuk Saifuddin Abdullah turut senada dengan Noh sambil menjelaskan objektif penubuhan UiTM bagi membantu pelajar Bumiputera khususnya dari luar bandar.

Beliau berkata, keistimewaan UiTM tidak perlu dipertikaikan kerana masih ada 19 institut pengajian tinggi awam (IPTA) yang terbuka kepada semua kaum dan tidak dihadkan kuota kemasukannya.

"Biarkan UiTM seperti sekarang. Universiti itu perlu terus memainkan peranannya bagi membantu anak bumiputera. Kita tidak lihat ada keperluan untuk membuka UiTM kepada kaum lain.

"Hujah sesetengah pihak yang mengatakan kemasukan sebilangan kecil pelajar bukan Bumiputera ke dalam UiTM dapat mempengaruhi kecemerlangan pelajar Melayu tidak disandarkan kepada bukti saintifik.

"Banyak institusi yang tertumpu kepada satu kaum sahaja namun boleh berjaya. Sebagai contoh, Kolej Melayu Kuala Kangsar dan Kolej Tunku Kursiah banyak menempa kejayaan meskipun didominasi pelajar Melayu," katanya yang menyangkal dakwaan dangkal sesetengah pihak berhubung teori itu.

Beliau berkata, pihak yang mendakwa UiTM terdiri daripada pelbagai kampus cawangan perlu melihat isu itu secara rasional kerana kaum Melayu tidak pernah mempertikaikan parti bukan Melayu menubuhkan kolej atau universiti mereka sendiri.

Bekas Naib Canselor UiTM, Tan Sri Ibrahim Abu Shah pula dengan lantang membangkang cadangan yang dikemukakan Dyana sambil meminta pihak yang masih mempertikaikan isu tersebut melihatnya secara rasional.

Beliau berkata, pelajar Bumiputera masih menjadi kumpulan yang ketinggalan di belakang jika dibandingkan dengan pencapaian kaum lain.

Katanya, nisbah pelajar Melayu yang mengikuti bidang pengajian kritikal juga masih berada pada tahap rendah maka UiTM adalah institusi bagi mewujudkan keseimbangan tenaga pakar di Malaysia.

"Jika UiTM menerima kemasukan pelajar bukan Bumiputera, keadaan negara akan menjadi semakin meruncing kerana tiada lagi persefahaman yang akan terjalin antara kaum di Malaysia.

"Kaum lain juga ada institusi mereka sendiri maka tidak perlu diganggu UiTM. Justeru, saya melihat perkara berkenaan bukan satu keperluan dan saya minta bidang pendidikan, jangan dipolitikkan," katanya.

Beliau mahu pihak yang masih mempersoalkan isu tersebut melihat kejayaan graduan UiTM yang berjaya menerajui syarikat swasta di Malaysia sambil menafikan istilah bodoh dan malas bukan 'pakaian' pelajar UiTM.

Sementara itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) menyifatkan Dyana sebagai budak muda yang masih mentah.

Setiausaha Agungnya, Syed Hasan Syed Ali, berkata jika tanpa polisi UiTM yang mengangkat martabat orang Melayu, maka pastinya Dyana tidak akan bergraduasi di sana.

"Langkah mayat kami dulu. Falsafah pendidikan UiTM yang mengutamakan orang Melayu menjadikan dia berjaya hingga ke hari ini," katanya kepada The Malaysian Insider.

Gadis yang berasal dari Ipoh, Perak itu ialah graduan undang-undang UiTM dan kemasukannya ke dalam DAP diumumkan sendiri oleh Lim yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah dalam satu sidang media khas.

Dyana yang ditemui media pada Ahad lalu menggesa satu IPTA seperti UiTM diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Beliau kesal melihat sebahagian rakan bukan Melayunya dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke IPTA.

Katanya, sudah sampai masa, sistem pendidikan Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan dipacu berasaskan keperluan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Betul Ke Ni? Najib Pernah Tawar Anwar Jawatan Timbalan Perdana Menteri..

Posted: 05 Sep 2013 05:50 PM PDT


Naib Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Mohd Nazree Mohd Yunus berkata ada usaha daripada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak untuk bertemu dengan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung agenda pendamaian nasional (National Reconciliation) dan difahamkan ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri (TPM) kepada Anwar.

"Walaupun setakat hari ini tidak ada perjumpaan 'direct' diantara Najib dan Anwar tetapi ada usaha daripada Najib untuk bertemu dengan Anwar melalui orang ketiga," kata beliau dalam satu kenyataan khas kepada FMT.

Malah beliau mendakwa ada tawaran jawatan Timbalan Perdana Menteri kepada Anwar dan empat jawatan Menteri Kabinet kepada Pakatan Rakyat.

Tetapi katanya, perkara ini tidak mendapat liputan meluas media arus perdana.

"AMK menyokong usaha rundingan tersebut diteruskan dalam membincangkan isu-isu rakyat," tegasnya..
Walaubagaimanapun, tambah beliau, AMK berpendapat rundingan tersebut perlu mendapat persetujuan PAS dan DAP juga dan rundingan tersebut perlu diadakan secara terbuka.

"Isu-isu yang harus dibincangkan dalam rundingan tersebut ialah kenaikan harga minyak, kenaikan harga barang, isu hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN), sistem pendidikan negara, ekonomi, pembangunan dan keselamatan, "katanya.

Beliau berpendirian menyokong rundingan ini tetapi rundingan tersebut haruslah bersifat terbuka, berkaitan dengan isu rakyat dan bukannya rundingan sulit.

Mohd Nazree juga menempelak kenyataan beberapa menteri Umno yang tidak bersetuju dengan rundingan tersebut. Sebaliknya Mohd Nazree berkata ianya perlu kerana ianya melibatkan pelbagai isu yang membelenggu rakyat. ~free malaysia today



Iklan C (ii)


Tiada ulasan: