Khamis, 5 September 2013

Addin

Addin


Rupanya Ketua Gangster Bekas Ahli MCA

Posted: 05 Sep 2013 10:32 AM PDT

Bekas ketua gangster yang didakwa kini menceburi dunia politik dalam MCA tidak lagi berada dalam parti tersebut, kata polis.

Penolong Ketua Pengarah Bahagian Kongsi Gelap dan Perjudian Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata bekas ketua bahagian parti itu juga merupakan ketua gangster Sio Sam Ong.

Polis mendedahkan nama gangster tersebut Ong King Ee @ Jackie Chan bekas Ketua Bahagian Gurney MCA, Pulau Pinang dan juga ketua gangster.

Chan ditahan dibawah Akta Ordinan Darurat (EO) pada 1990 dan kemudiannya dibebaskan dua tahun selepas itu dia kemudiannya memasuki dunia politik," kata Abdul Jalil hari ini mengulas mengenai dakwaan yang dibuat Bekas Ketua Siasatan Jenayah Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan.

Zaman memberitahu Bernama semalam bahawa beliau telah menangkap ketua gangster berkenaan di Thailand sebelum ia dibawa ke sini.

Identiti Chan dalam parti terdedah apabila terdapat satu gambar pada 2001 menunjukkan ketua gangster itu berjabat tangan dengan bekas Presiden MCA Tan Sri Ong Ka Ting sewaktu kemuncak krisis parti tersebut.

Ia selepas Ketua Pemuda pada ketika itu, Datuk Seri Ong Tee Keat mendakwa MCA dipengaruhi kongsi gelap.

Ka Ting kemudiannya mengakui mengenali Chan dan beliau juga tahu bahawa lelaki itu mempunyai rekod tahanan EO ketika menyertai MCA pada 2000.

"Chan merupakan bekas kepala naga Sio Sam Ong (Tiga Maharaja) dimana kumpulan itu aktif di kawasan utara. Ahli kumpulan mereka bercakap menggunakan dialek Hokkien.

Kumpulan itu dikehendaki pada 1992 apabila terbabit dalam kes pembunuhan di sambutan pra perkahwinan di Sunga Petani Kedah menyaksikan enam maut ditembak.

Pada Julai 2003, Chan menghantar surat perletakan jawatannya melalui kiriman fax di Ibu Pejabat MCA Pulau Pinang.

Menurut sumber parti di Pulau Pinang, berikutan dari publisiti yang diterima amat meluas, Chan telah meninggalkan negara. Difahamkan dia kini di negara jiran.

Penyokongnya yang turut menyertai MCA bersamanya dilaporkan meninggalkan parti setelah perletakan jawatan Chan.

Abdul Jalil berkata Ops Cantas yang giat dijalankan sekarang tidak mendedahkan penglibatan sebarang ahli poltik dalam kongsi gelap atau kumpulan gangster.

Dia juga berkata sesetengah yang dulunya bekas kumpulan gelap kemudiannya memasuki dunia politik adalah "bersih"

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata hari ini pihak berkuasa telah mengenal pasti ahli politik yang dulunya merupakan bekas kumpulan gangster.

Zahid menolak untuk mendedahkan nama ahli politik tersebut dengan berkata mereka merupakan bekas kumpulan, tidak terlibat dan kini berubah menjadi baik.

Abdul Jalil berkata polis akan meneruskan siasatan terhadap 49 lagi kumpulan kongsi gelap dimana ia telah didedahkan oleh Zahid minggu lalu.

Semakan menunjukkan pembabitan ahli politik dan kumpulan gangster berkerjasama bukanlah perkara baru.

Ini kerana pada 2004 pemimpin MCA di Labuan telah ditangkap kerana disyaki terlibat dalam aktiviti jahat.

Pemimpin tersebut berusia 40 tahun dikatakan menjadi ketua jenayah di Labuan. Kegiatan pemimpin tersebut telah dipantau beberapa bulan sebelum ditahan.

Satu lagi naib ketua bahagian MCA, ditembak mati di Kota Kechil, Johor pada 2004. Dia didakwa terlibat dalam kegiatan perjudian haram.

Beliau juga memegang jawatan Ketua Dewan Perdagangan Cina Kota Tinggi dan dipercayai merupakan dalang pergerakan sindiket di Johor. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Perkasa Gesa Tandas Putera Selepas Gagal Pecah Panggung

Posted: 05 Sep 2013 08:06 AM PDT

Susulan kegagalan filem kontroversi Tanda Putera mencecah status pecah panggung, Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa) mahu ia ditayangkan secara percuma.

Naib Presiden Perkasa Datuk Zulkifli Noordin berkata persoalan sama ada filem tersebut mendapat sambutan ataupun tidak bukan ukuran sebenar kualiti filem tersebut.

"Soal bagaimana ia nak ditayangkan, kita sudah pun beri pandangan sebelum ini supaya filem ini ditayangkan di sekolah, ditayangkan di tempat awam dan ditayangkan kepada semua Ahli Parlimen dan wakil rakyat.

"Kita minta itu, malahan kita minta ia ditayangkan secara berturutan di televisyen," kata Zulkifli selepas ditanya tentang filem tersebut yang tidak mendapat sambutan menggalakkan daripada orang ramai.

Zulkifli juga menegaskan filem tersebut wajib ditonton orang ramai bagi mengetahui tentang sejarah sebenar di sebalik rusuhan kaum 13 Mei 1969.

"Pada kita secara prinsip, filem Tanda Putera wajib jadi tontonan rakyat," katanya lagi.

Bagi Presidennya, Datuk Ibrahim Ali, filem tersebut sememangnya dijangka tidak mendapat sambutan memandangkan genre filem tersebut bukan diminati oleh anak muda.

"Box office di pawagam, kita lihat sekarang ini filem-filem anak muda," kata Ibrahim.

Menurut Ibrahim lagi, faktor lain filem tersebut tidak mendapat sambutan adalah kerana orang ramai telah menontonnya sebelum ini sebelum ia dilancarkan.

"Orang pun bukan tengok di pawagam, saya sendiri pun sudah bawa ia ditonton kepada orang ramai.

"Banyak kali dah saya tayangkan kepada orang ramai, tapi secara senyap-senyaplah," katanya lagi.

Filem kontroversi Tanda Putera yang menelan belanja RM4.8 juta hasil daripada geran daripada Perbadanan Kemajuan Filem Nasional dan Perbadanan Pembangunan Multimedia gagal mencapai status pecah panggung, malah telah dipindahkan ke panggung lebih kecil.

Tanda Putera mencetuskan kontroversi apabila ada adegan di dalamnya dikatakan mengandungi unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum.

Filem itu mendapat kritikan hebat daripada DAP dan MCA kerana filem itu dikatakan seolah-olah menyalahkan kaum Cina sebagai pencetus tragedi 13 Mei 1969. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Pak Samad Dedah Tembelang Polis

Posted: 05 Sep 2013 07:36 AM PDT

Sasterawan Negara, Datuk A. Samad Said (gambar) menafikan bersembunyi, mendakwa Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar sengaja mereka cerita, kononnya telah pergi ke rumahnya lebih awal pada petang Selasa untuk menangkap beliau.

Khalid hari ini dilaporkan menuduh Samad ataupun lebih dikenali sebagai Pak Samad secara senyap-senyap pulang ke rumahnya lewat malam sehingga memaksa polis menangkapnya pada lewat pagi.

"Saya ada di rumah sahaja, saya tidak bersembunyi.

"Saya memang ada di rumah sahaja, kemudian saya bersiar-siar sekitar Bangsar dan minum teh di kedai mamak berhampiran rumah saya," kata beliau apabila dihubungi The Malaysian Insider hari ini.

Samad juga berkata sepanjang hari berada di rumah pada petang Selasa, tiada seorang pun anggota polis yang datang ke rumahnya.

"Tiada, masa saya di rumah tiada polis pun yang datang," katanya lagi.

Semalam, Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Namun, orang ramai termasuk pemimpin politik dan aktivis menyelar tindakan pihak polis tersebut sebagai tidak beradab dan menghormati seorang yang telah berusia dengan menahannya lewat pagi.

Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Hasutan dan Seksyen 505, Kanun Keseksaan.

Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli di bawah Akta Hasutan 1948 semalam.

Insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya itu turut tersebar dalam laman sosial YouTube.

Selain itu, tiga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membuat laporan polis berhubung insiden itu.

Ikatan Rakyat Insan Muslim Malaysia dan Pertubuhan Martabat Jalinan Muhibbah Malaysia membuat laporan itu di Ibu Pejabat Polis Daerah Sentul manakala Gagasan Pendidikan Melayu Malaysia menggesa polis mengenakan tindakan tegas mengikut Akta Hasutan terhadap kumpulan yang mengibarkan Sang Saka Malaya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Bekas Pegawai Tertinggi Polis Dedah Bekas Ketua Kongsi Gelap Jadi Ahli Politik

Posted: 05 Sep 2013 03:03 AM PDT

Bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Tan Sri Zaman Khan Rahim Khan mendedahkan seorang bekas banduan, yang juga bekas ketua kumpulan kongsi gelap, kini menjadi pemimpin peringkat bawahan dalam sebuah parti politik di Pulau Pinang.

Katanya beliau yang ketika itu masih dalam perkhidmatan polis, telah menangkap lelaki berkenaan di Thailand sebelum didakwa dan dijatuhkan hukuman penjara di negara ini.

Katanya bekas banduan itu pernah menjadi ketua kongsi gelap di negara ini dan aktifnya dalam politik sehingga memegang jawatan penting dalam parti adalah satu perkembangan yang tidak sihat kepada politik negara.

Beliau yang ditemui Bernama di Kuala Lumpur, bagaimanapun tidak mendedahkan identity pemimpin itu tetapi berkata individu berkenaan kini merupakan ketua di peringkat bawahan sebuah parti politik di negeri itu.

Zaman Khan menggesa pihak polis menyiasat perkara itu kerana ia boleh menimbulkan pelbagai spekulasi oleh orang ramai terhadap penglibatan ahli politik dalam dunia kongsi gelap.

Sementara itu, Ketua Penolong Pengarah Bahagian Kongsi Gelap, Maksiat dan Perjudian (D7) Bukit Aman Datuk Abdul Jalil Hassan berkata pihaknya sedia menyiasat dakwaan pembabitan anggota kongsi gelap dalam arena politik mahupun memegang jawatan penting dalam sesebuah parti politik di negara ini.

Beliau berkata pihaknya tidak menerima apa-apa laporan mahupun maklumat untuk mengaitkan pembabitan anggota kongsi gelap dalam parti politik mahupun banduan yang telah dibebaskan.

"Anggota kongsi gelap jadi ketua bahagian parti politik tidak ada lagi. Kalau benar ada dakwaan seperti itu kita sedia menyiasat," katanya.

Minggu lepas, Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengumumkan sebanyak 49 kongsi gelap dikesan menjalankan kegiatan memudaratkan ketenteraman awam seperti sindiket pengedaran dadah, memeras ugut, membunuh, menimbulkan pergaduhan antara pertubuhan kongsi gelap dan huru-hara.

Dalam Ops Cantas Khas yang bermula 17 Ogos lepas bagi membanteras kongsi gelap dan individu terbabit jenayah berat di seluruh negara, polis menangkap 4,777 orang dan merampas 136 kenderaan curi, lapan senjata api, satu bom tangan, 54 peluru dan 133 senjata berbahaya.

Operasi itu dilancarkan setelah jenayah keganasan melibatkan pembunuhan, rompakan, rogol dan pergaduhan dilaporkan meningkat termasuk pembunuhan dan cubaan bunuh golongan berprofil tinggi.

Antara kes itu termasuk pada 29 Julai lepas, Pengasas Arab Malaysian Bank, Hussain Ahmad Najadi dibunuh manakala isterinya cedera parah akibat ditembak dari jarak dekat di parkir kereta selepas keluar dari sebuah tokong Cina, Kuan Yin Temple, di Lorong Ceylon, di Kuala Lumpur.

Dua hari sebelum itu, aktivis antijenayah yang juga Pengerusi MyWatch R. Sri Sanjeevan cedera ditembak di persimpangan jalan berdekatan Taman Awana Indah, Jempol, Negeri Sembilan.

Selain Sanjeevan, seorang lagi mangsa kes pembunuhan berprofil tinggi ialah Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya pada 26 April lepas.

Bernama sebelum ini melaporkan kumpulan kongsi gelap ini bergantung kepada aktiviti pengedaran dadah selain daripada aktiviti pinjaman wang haram "ah long" dan aktiviti maksiat termasuk perjudian dan pelacuran.

Dalam pada itu, Penganalisis Jenayah Datuk Akhbar Satar berkata penglibatan anggota kongsi gelap mahupun bekas banduan di dalam sesebuah parti politik di negara ini merupakan satu perkembangan yang tidak baik.

Beliau berkata sebagai sebuah parti yang berdaftar. jawatankuasa parti itu perlu menyiasat latar belakang setiap anggota mereka sebelum mereka dibenarkan bertanding di peringkat bahagian seterusnya memegang jawatan penting di dalam parti.

"Jika dibiarkan ia akan menjadi satu ancaman, kerana anggota kongsi gelap ini akan menyalahgunakan kedudukan mereka untuk melakukan aktiviti haram," katanya. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)



Menteri Buih Saran Gelaran Sasterawan Negara A. Samad Said Di Tarik Balik

Posted: 05 Sep 2013 12:17 AM PDT

Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek tidak menolak kemungkinan gelaran Sasterawan Negara, Datuk A Samad Said (gambar) boleh ditarik balik berhubung insiden kibaran bendera Sang Saka Malaya pada malam sambutan ulang tahun kemerdekaan Jumaat lalu.

Menteri Penerangan dan Komunikasi itu berkata, tindakan sedemikian hanya boleh ditentukan oleh pihak yang memberikan gelaran tersebut.

"Tidak dinafikan ia sedikit sebanyak menjejaskan gelaran itu dan tidak mustahil jika orang tidak lagi pandang tinggi kepada Sasterawan Negara," katanya kepada pemberita selepas melancarkan Kempen 'Saya Sayang Malaysia' atau #MYSyg di Petaling Jaya, malam tadi.

Samad atau nama sebenarnya Abdul Samad bin Muhammad Said dianugerahkan Sasterawan Negara pada 1985 atas sumbangan beliau memperkaya dan memartabatkan kesusasteraan Melayu.

Dalam insiden di Dataran Merdeka itu, Samad dikatakan sedang mendeklamasikan sajak berhampiran bendera merah putih dengan 12 bintang kuning disusun tiga baris dalam empat jalur yang kemudiannya dirampas seorang lelaki.

Ahmad Shabery berkata, tindakan individu yang mengibarkan bendera berkenaan disifatkan sebagai perbuatan orang yang dahagakan perhatian dan 'perlu diberikan rawatan'.

"Mungkin mereka ini rasa orang sudah lupa dan tidak pula mempunyai isteri atau anak yang sayang (pada mereka) menyebabkan mereka terkinja-kinja mengibarkan bendera lain semasa orang lain mengibarkan Jalur Gemilang," katanya dipetik dari Bernama.

Samad ditahan polis di rumahnya di Bangsar, kira-kira jam 12.40 pagi semalam dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi, Kuala Lumpur untuk membantu siasatan berhubung pengibaran bendera Sang Saka Malaya.

Sasterawan Negara itu disoal siasat selama hampir dua jam selepas tiga anggota polis mengambilnya di rumah berhubung insiden pada malam ambang kemerdekaan ke-56 di Dataran Merdeka, Kuala Lumpur.

Samad diwakili peguam, Latheefa Koya dan Eric Paulsen.

Sebelum ini, polis turut menahan dan menyoal siasat aktivis, Hishamuddin Rais dan Adam Adli Abdul Halim mengikut Akta Hasutan 1948 berhubung insiden pengibaran Sang Saka Malaya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Akhirnya Dapat Habuan.. Bekas Pengerusi PKR Penang, Zahrain Hashim Di Lantik Duta Ke Indonesia

Posted: 04 Sep 2013 11:06 PM PDT

Bekas Pengerusi PKR Pulau Pinang, Datuk Seri Mohamed Zahrain Hashim (gambar) bakal dinamakan sebagai duta Malaysia ke Indonesia yang baru, dan pelantikan itu dilihat sebagai habuan kepadanya kerana menyokong Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Sumber memberitahu The Malaysian Insider bahawa Datuk Seri Najib Razak menganugerahkan tugas hebat sebagai pemegang jawatan diplomatik ke Indonesia itu kepadanya, terutama ketika ramai diplomat yang menyatakan hubungan dengan Jakarta perlu diuruskan dengan halus dan berhati-hati.

"Zahrain dapat jawatan duta di Jakarta," kata sumber kepada The Malaysian Insider. Seorang lagi sumber berkata, pengumuman akan dibuat tidak lama lagi.

Zahrain menjadi Ahli Parlimen Bayan Baru dalam pilihan raya 2008 tetapi keluar dari PKR pada Februari 2010 selepas DAP, parti komponen Pakatan Rakyat (PR) mengkritiknya kerana mengeluarkan kenyataan menentang Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng.

Sebulan sebelum itu, pada Januari 2010, Zahrain menyerang Lim dengan berkata ketua menteri itu seorang `diktator, chauvinis dan berfikiran komunis', dan menyatakan beliau lihat kegagalan Lim menyempurnakan janji pilihan rayanya.

Zahrain yang pernah menjadi rakan rapat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu kemudiannya menubuhkan Konsensus Bebas bersama beberapa ahli PKR yang berpaling tadah dan kemudiannya menyokong BN.

Selepas meninggalkan PKR, Zahrain mendapat liputan meluas dalam stesen televisyen yang dikawal Umno iaitu TV3 apabila beliau lantang mengkritik PKR dan Anwar atas pelbagai isu.

Bagaimanapun, Zahrain tidak bertanding dalam PRU13 pada 5 Mei lalu ketika BN hanya menang 133 kerusi persekutuan, kurang tujuh daripada 140 kerusi yang dimenangi pada Pilihan Raya 2008.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa tugas ke Jakarta itu adalah langkah politik iaitu untuk menarik sokongan kalangan ahli politik Indonesia terhadap BN kerana mereka dilihat rapat dengan Anwar.

Anwar sering ke Jakarta, di mana beberapa pegawai khasnya melarikan diri ke sana selepas Anwar dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri pada 1998.

Jakarta juga baru-baru ini mendapat perhatian apabila dikatakan menjadi lokasi pertemuan damai antara Najib dan Anwar yang diatur bekas naib presiden Indonesia, Jusuf Kalla yang dinamakan sebagai orang tengah antara kedua-dua pihak sebelum dan selepas PRU13.

Ia difahamkan bahawa Indonesia mengambil berat dan menunjukkan minat terhadap senario politik Malaysia kerana kira-kira dua juta warganya bekerja di Malaysia sebagai pembantu rumah, pekerja di ladang dan dalam sektor pembinaan.

Ketegangan yang wujud antara kedua-dua negara berjiran mengenai penderaan pebantu rumah dan pendatang haram di kem tahanan menyebabkan Jakarta membiarkan jawatan dutanya di Kuala Lumpur kosong kira-kira sejak 18 bulan lalu hingga awal tahun ini.

Duta Indonesia ke Malaysia terkini ialah Datuk Syed Munshe Afdzaruddin Syed Hassan, yang pernah ditugaskan di sana pada Januari 2010 selepas selesai tugasnya sebagai duta di Iran.

Wisma Putra menggambarkan Syed Munshe sebagai seorang warga Indonesia paling berpengalaman kerana ini adalah tugas ketiganya di negara ini. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Statement Gempar Dari CUEPACS.. Saksikanlah

Posted: 04 Sep 2013 08:52 PM PDT

SEREMBAN - Kongres Kesatuan Pekerja-pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) menyokong tindakan kerajaan yang menaikkan harga petrol dan diesel sebanyak 20 sen, sekiranya memberi faedah kepada rakyat untuk masa hadapan.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, Cuepacs bersetuju sekiranya kenaikan dibuat dapat membantu rakyat, terutamanya dalam pemberian Bantuan Rakyat 1Malaysia (BRIM) yang dijangka akan dibentangkan dalam bajet pada penghujung tahun ini.

"Kita menyokong dengan kenaikan tersebut sekiranya kerajaan mengambil langkah memberi manfaat kepada rakyat dalam bentuk lain, seperti pemberian BRIM yang berganda iaitu daripada RM500 kepada RM1,000, juga bantuan lain kepada rakyat.

"Selain itu, kita juga mahu agar bantuan yang diberi kerajaan perlulah dilakukan secara berterusan, bagi memastikan rakyatnya tidak rasa terbeban dengan kenaikan tersebut, kerana kita khuatir ada barang lain pula yang akan naik nanti.

"Walau bagaimana pun, saya mengharapkan kerajaan sudah memikirkan sesuatu bagi memberi manfaat berterusan kepada rakyatnya sebelum keputusan untuk menaikkan harga petrol dan diesel dilakukan, selain memikirkan impak daripada kenaikan tersebut," katanya kepada Sinar Harian.

Tambah Omar, sekiranya kerajaan mengurangkan subsidi tersebut, ini bermakna lebihan terhadap peruntukan itu seharusnya dikembalikan semula kepada rakyat, tidak kira dalam apa jua bentuk. ~sinar harian

Addin:

Kenyataanya yang dikeluar dari pemimpin otak udang..





Iklan C (ii)



Panel Forum Setuju Hanya Di Malaysia "Allah" Bukan Milik Semua

Posted: 04 Sep 2013 06:45 PM PDT


Dalam kehangatan forum `Nama Allah eksklusif atau tidak: Hukum asal, dakwah dan siasah', ahli panel daripada pelbagai latar belakang politik tidak menolak fakta sejarah mengenai penggunaan kalimah Allah oleh bukan Islam, tetapi dibimbangi akan mendekatkan orang Islam kepada agama Kristian.

Pensyarah Pusat Kajian Lanjutan Islam Sains dan Tamadun UTM, Dr Khalif Muammar A Harris berkata, pihak Kristian mempunyai agenda apabila meminta untuk menggunakan kalimah Allah dalam kitab Injil mereka.

"Agama Kristian dikatakan berusia 2,000 tahun, oleh itu mereka sepatutnya mempunyai perkataan lain yang boleh dipilih untuk merujuk tuhan mereka," kata Khalif dalam forum anjuran Mysuara.net semalam.

"Motif mereka memilih kalimah Allah membuktikan mereka mempunyai agenda. Memang betul kalau lihat menerusi sejarah banyak yang menggunakan kalimah Allah sebelum Islam," katanya.

Katanya, kedatangan Muhammad sebagai rasul kepada umat Islam menyebabkan perkataan Arab itu mengalami Islamisasi.

"Begitu juga nama Allah, difahami maknanya berbeza semasa zaman jahilliah. Tetapi dengan kedatangan Islam yang dibawa oleh Muhammad, ia telah merubah konsep makna Allah itu," katanya.

Prof Madya Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin dalam ucapan pembukaannya sebagai moderator menerangkan penggunaan kalimah Allah di negara Arab digunakan oleh bukan Islam secara meluas dan tidak dipertikaikan.

"Dalam masyarakat Arab, mereka memanggil tuhan sebagai Allah. Abu Jahal, Abu Lahab juga bersumpah dengan nama Allah. Sehingga mereka berdoa apabila menentang nabi Muhammad SAW, 'Ya Allah, musnahkanlah Muhammad'.

"Jadi penggunaan kalimah Allah berlaku sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan daripada Nabi sebelumnya," kata bekas Mufti Perlis itu.

Mohd Asri juga menegaskan berbeza di Malaysia, isu penggunaan kalimah Allah di kalangan penganut Kristian di negara Arab bukan satu isu seperti yang berlaku di Malaysia.

"Penggunaan itu kita didapati tidak pelik dalam masyarakat Arab, justeru juga di kalangan orang Kristian. Mereka menggunakan nama kalimah Allah sejak dahulu lagi," katanya.

Pengerusi Pertubuhan-pertubuhan Pembela Islam (Pembela), Dr Yusri Mohamad mendakwa pertikaian mengenai kalimah Allah di Malaysia adalah satu rancangan "Kristianisasi" yang sedang berlaku secara diam-diam di dalam negara.

"Pihak Kristian mengambil langkah ini kerana ini adalah jalan terbaik untuk memurtadkan Muslim. Ia hilangkan fobia Muslim.

"Ini akan menjadikan Muslim lebih mesra kepada Kristian, jadi ini adalah langkah menjinakkan dahulu," katanya.

Wakil PAS, Khalid Samad, menegaskan pertikaian siapa yang lebih berhak menggunakan kalimah Allah tidak sepatutnya menjadi satu isu sebaliknya yang perlu ditekankan adalah pemahanan tentang konsep ketuhanan.

"Perkara kedua adalah pertahanan kita adalah ilmu.

"Ini bukan isu kalimah Allah tapi ianya adalah isu konsep ketuhanan, inilah perbezaannya," kata ahli Parlimen Shah Alam itu yang mengakui pimpinan PAS juga mempunyai pandangan berbeza tentang penggunaan kalimah Allah.

Khalid juga menolak hujah kedua-dua panel lain yang mengatakan wujudnya cubaan menyebarkan agama Kristian, kerana undang-undang sedia ada dan Perlembagaan Persekutuan secara jelas menyatakan sebarang penyebaran agama lain selain Islam tidak dibenarkan kepada Muslim.

"Soal isu Kristianisasi memang dilarang. Apa-apa risalah berhubung dengan kefahaman Kristian ataupun agama selain Islam tidak boleh dikembangkan.

"Ia secara jelas melindungi agama Islam di Malaysia," katanya.

Mohd Asri ketika menggulung forum itu berkata: "Saya rasa secara umumnya ada perkara yang kita bersetuju iaitu orang bukan Islam boleh memanggil tuhan yang sebenar iaitu zat tuhan yang maha esa, pencipta dengan kalimah Allah.

"Cuma yang berlaku perbezaan di kalangan pemikir ini ialah bagaimana apabila mereka ingin menggunakan perkara itu dalam buku mereka, kitab mereka, iaitu bible ataupun kitab yang lain.

"Itu ada perbezaan, maka bukan bermaksud kalimah Allah eksklusif dalam erti kata langsung bukan Muslim tidak boleh memanggil tuhan Allah adalah satu andaian tidak benar."

Isu kontroversi kalimah Allah kembali diperkatakan selepas Kementerian Dalam Negeri (KDN) mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi bertarikh 31 Disember 2009, yang membenarkan semakan kehakiman Gereja Roman Katolik bagi menarik balik larangan KDN berhubung penggunaan kalimah "Allah" dalam Herald untuk merujuk kepada Tuhan Kristian.

Pada 22 Ogos gereja Katolik gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab "Allah" sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada "God".

Perbicaraan akhir rayuan kalimah Allah yang akan berlangsung pada 10 September ini. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Tiada ulasan: