Addin |
- Dewan Rakyat Gamat
- Gambar Pengebumian Mangsa Titanic Di Lelong
- Oleh Kerana Kehabisan Modal, Perkasa Makin Sasau
- Siling Hospital Serdang Runtuh Buat Kali Ke 3
- Berita Kejahatan BN Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, RTM Dan TV3
- Ali Rustam Dedah Resepi Mahu Menang Besar Pemilihan Umno
- Rupanya Ini Petua Panjang Umur Mahathir..
Posted: 30 Sep 2013 09:10 AM PDT Sesi persidangan Dewan Rakyat di Parlimen hari ini gamat apabila ahli Parlimen Sepang dari PAS Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membangkitkan isu Kertas Putih yang dijanjikan kerajaan berkaitan insiden pencerobohan di Lahad Datu. Pertanyaan daripada Hanipa kemudiannya menerima reaksi negatif daripada ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) yang mencetuskan kekecohan sebelum sesi sidang tamat jam 9.45 malam. "Kita nak tahu bila kerajaan ingin umumkan Kertas Putih Lahad Datu. Antaranya kita dengar mereka-mereka yang menyerang adalah rakyat kita, ada kad pengenalan," kata Hanipa yang kemudiannya ditemplak ahli-ahli Parlimen BN. "Itu hakikatnya, bukan orang asing," kata Hanipa, dan menambah, "kalau mereka ini bukan rakyat Malaysia, sebab itu kita minta kertas Putih." "Kalau kerajaan rasa ini bukan rakyat Malaysia bentang Kertas Putih, supaya rakyat tahu. Kalau macam tu tentera yang bunuh rakyat Malaysia, sebab itu kita nak tahu," soalnya kepada Timbalan Menteri Pertahanan Datuk Abdul Rahim Bakri ketika sesi pembentangan Rang Undang-undang Perbekalan Tambahan malam tadi. Abdul Rahim kemudiannya dilihat mengelak untuk menjawab pertanyaan berkenaan, sebaliknya berkata kes berkenaan sedang dibicarakan dan menjadi subjudis jika ianya dibincangkan di Dewan Rakyat. "Kes itu sekarang sedang dibicarakan di bawah SOSMA, menjadi subjudis jika kita bangkitkan, bila sudah selesai kita ambil tindakan jika difikirkan perlu," katanya, merujuk kepada Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012. "Apabila mempersoalkan tindakan mereka (tentera) itu umpama memperlekehkan khidmat mereka kepada negara," kata Abdul Rahim, yang juga ahli Parlimen Kudat. Jawapan Abdul Rahim itu kemudiannya dibalas oleh ahli Parlimen Subang dari PKR R. Sivarasa yang berkata kerajaan seharus menggunakan logik sebelum menggunakan istilah subjudis berkenaan. "Kalau kita ambil logik, kerajaan takkan buat apa-apa, kalau kita pakai hujah subjudis, benda ini akan berlanjutan. "Saya tanya pada menteri, kita kena pakai logik pada hujah itu, bila kita akan dapat dengar tentang Kertas Putih ini. "Kita kena faham apa prinsip subjudis. Kita takkan ganggu apa yg berlaku di mahkamah. Jadi ia tiada kena mengena dengan subjudis," kata Sivarasa. "Ia baik untuk kerajaan dan rakyat," tambahnya. Pertanyaan Sivarasa itu kemudiannya dijawab oleh Abdul Rahim, dan berkata, "Ia bergantung kepada nasihat oleh Peguam Negara." ~the malaysian insider |
Gambar Pengebumian Mangsa Titanic Di Lelong Posted: 30 Sep 2013 08:07 AM PDT Sebuah foto yang memaparkan imej majlis pengebumian besar-besaran mangsa kapal Titanic yang karam akibat melanggar bongkah ais pada tahun 1912 kini bakal dilelong dengan harga permulaan RM21,978. Lelongan itu akan diadakan pada 19 Oktober depan di Devizes, Wilts dan dikendalikan syarikat Henry Aldridge & Son. Foto itu dirakamkan beberapa hari selepas kejadian malang itu, namun baru ditunjukkan kepada orang awam pada tahun ini Ia memaparkan wajah sugul insan-insan yang memberi penghormatan terakhir kepada mangsa dalam sebuah bot besar, Rev Hind sebelum mereka dikebumikan ke dalam laut. Turut dilihat dalam imej itu ialah dua lelaki sedang menyusun mayat-mayat mangsa. Foto tersebut turut mendapat perhatian apabila dikatakan 'berhantu'. Tidak tahulah 'hantu' macam mana yang dimaksudkan, namun sesiapa yang melihat foto ini pasti dapat merasai kesedihan yang dialami pada saat itu. |
Oleh Kerana Kehabisan Modal, Perkasa Makin Sasau Posted: 30 Sep 2013 06:52 AM PDT Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) menggesa agar DAP dibubarkan setelah parti itu dengan jelas hanya dimonopoli oleh kaum Cina dan gagal memperjuangkan hak kaum lain di Malaysia. Setiausaha agung Perkasa Syed Hasan Syed Ali (gambar) berkata DAP langsung tidak memperjuangkan hak orang Melayu disebabkan perwakilan Melayu hanyalah kumpulan minoriti dalam parti tersebut. "DAP bukan parti untuk kaum Melayu dan India. Setakat Ahli Parlimen Bukit Bendera Zairil Khir Johari yang terpilih ke dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC) DAP, maka perjuangan Melayu dalam parti itu hanya kata-kata kosong. "Zairil dipilih pun setelah parti itu dikecam mengenepikan kaum lain dalam nisbah pemimpinnya. Parti ini jelas untuk kaum Cina dan kita dapat lihat semasa pemilihannya dimonopoli oleh kaum tersebut. "Kepada perwakilan Melayu yang masih berada dalam DAP, fikir-fikirkanlah apa perjuangan yang dapat diberikan melalui parti majoriti Cina itu," katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Syed Hasan berkata adalah lebih baik parti itu dibubarkan dan mengakui hanya kaum Cina sahaja yang dibenarkan menyertai DAP.Katanya, parti itu jelas menunjukkan kepimpinan nepotisme oleh kerana setiausaha agungnya Lim Guan Eng adalah anak kepada penasihat Lim Kit Siang dan ahli CEC DAP Gobind Singh Deo adalah anak kepada pengerusi parti Karpal Singh. "Berapa kerat pemimpin Melayu dan India dalam DAP? Saya sarankan pemimpin Melayu dan India dalam DAP keluar dari parti itu untuk menyertai parti berasaskan kaum seperti Umno, PAS atau MIC yang jelas memperjuang hak kaum di Malaysia," katanya. Media melaporkan Presiden Kongres Melayu Pulau Pinang (KMPP) Rahmad Isahak tidak berpuas hati dengan keputusan pemilihan semula parti itu yang menyaksikan status quo 20 anggota CEC DAP kekal. Rahmad mempersoalkan daripada tujuh calon Melayu yang bertanding dalam pemilihan parti itu, hanya Zairil Khir yang berjaya menganggotai CEC.Katanya, Zairil bukan "Melayu Asli" kerana mempunyai darah Cina daripada sebelah ibunya. "Kenyataan yang berbaur perkauman serta pembohongan yang berterusan telah membawa kesemua tujuh calon Melayu kecundang serta ditolak oleh perwakilan. "Kalau DAP mampu membantu orang Melayu bagaimana mungkin kesemua calon Melayu boleh kalah," jelas laporan berkenaan.Zairil berjaya mendapat 1,132 undi semasa pemilihan CEC semalam sekali gus meletakkannya di tangga ke-12. Calon Melayu lain yang hampir memenangi kerusi CEC itu adalah Ariffin SM Omar dengan 441 undi, Tengku Zulpuri Shah Raja Puji (441) dan Ahmad Ton (351). ~the malaysian insider |
Siling Hospital Serdang Runtuh Buat Kali Ke 3 Posted: 30 Sep 2013 03:18 AM PDT Sebahagian daripada siling berhampiran wad bersalin Hospital Serdang dilaporkan runtuh pagi tadi. Menurut sumber di hospital kerajaan tersebut, tiada kecederaan dilaporkan ekoran kejadian yang berlaku pada jam 2.55 pagi itu. Ini merupakan kejadian runtuhan kali ketiga sejak 2011 dengan empat orang dilaporkan cedera dan seorang cedera teruk pada 2012. Walaubagaimanapun, menurut sumber berkenaan, terdapat "lebih daripada 10 kejadian" yang tidak dilaporkan kepada umum dan dirahsiakan. Apabila dihubungi, pengarah hospital berkenaan, Datuk Dr Ardi Awang mengesahkan kejadian hari ini namun mengecilkan tahap keseriusan isu tersebut. "Ya, memang ada terjadi, tetapi hanya serpihan siling sahaja jadi saya rasa tak perlu kamu semua dari pihak media mahu melaporkan perkara ini," Ardi memberitahu Astro AWANI. Tambah beliau, tiada kecederaan dilaporkan. Pada 13 Ogos 2013, tiga jururawat dan seorang pegawai perubatan wanita di Jabatan Kecemasan Hospital Serdang dilaporkan cedera apabila 15 keping papan siling bersaiz 2 kali 2 kaki di jabatan itu runtuh pada 2.45 pagi. Ardi kemudiannya berkata, siasatan awal mendapati kejadian berlaku selepas satu skru yang mengikat lantai siling itu tercabut, menyebabkan siling yang bercantum antara satu sama lain runtuh serentak. Runtuhan itu menyebabkan seorang jururawat menerima jahitan di tangan manakala yang lain cedera di kepala dan belakang badan. Kejadian pertama dilaporkan pada Januari 2011 sekitar tengah malam yang melibatkan lobi utama dimana tiada kecederaan dilaporkan. Hospital tersebut mula beroperasi sejak Disember 2005 dan dibina khusus untuk menampung sekitar 570,000 penduduk Serdang, Putrajaya, Kajang dan Bangi. Hospital yang menelan belanja sebanyak RM690 juta ini merupakan antara matlamat kerajaan dalam menjadikannya salah satu rangkaian e-hospital ~astroawani |
Berita Kejahatan BN Yang Tak Di Siarkan Di Utusan, RTM Dan TV3 Posted: 30 Sep 2013 02:06 AM PDT Kerajaan Kelantan pimpinan PAS mengumumkan pembinaan Lebuh Raya Rakyat yang akan bermula awal tahun depan 2014 dan projek sejauh 73 kilometer tersebut dijangka siap dalam tempoh tiga tahun. Projek tersebut yang dirancang sejak tahun 1986 dibawah pentadbiran kerajaan Barisan Nasional (BN) bagaimanapun tidak dilaksanakan sehingga sekarang, memaksa kerajaan PAS negeri tersebut mengambil inisiatif untuk menyiapkannya sendiri. Menurut Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah (gambar), projek menelan belanja RM669 juta tersebut dengan kerjasama sebuah syarikat di Dubai diharap dapat menangani masalah kesesakan yang berlaku setiap kali musim perayaan. "Menjadi harapan kerajaan negeri Kelantan dengan siapnya lebuh raya ini dapat menyelesaikan masalah kesesakan melampau yang sudah bertahun-tahun," katanya yang dipetik berkata dalam Harakahdaily hari ini. Pembinaan Lebuhraya Kota Bharu–Kuala Krai mula dirancang seawal Rancangan Malaysia Kelima pada penghujung 1980an. Lebuh raya tersebut dirancang untuk dibina sebagai alternatif kepada Laluan Persekutuan yang sesak teruk di jajaran Kota Bharu-Kuala Krai, yang menjadi lebih parah setiap kali musim perayaan. Namun demikian, projek lebuh raya itu digugurkan, berikutan kekalahan kerajaan BN negeri Kelantan kepada gabungan PAS-Semangat 46 semasa pilihan raya umum 1990. Projek tersebut kemudian dihidupkan semula oleh Perdana Menteri kelima, Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai salah satu projek di bawah Rancangan Malaysia Kesembilan, tetapi kemudiannya digugurkan terus setelah Datuk Seri Najib Razak menjadi Perdana Menteri keenam. Akibatnya, kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS mengambil keputusan untuk membina sendiri lebuh raya itu. Majlis pecah tanah pembinaan lebuh raya tersebut dirasmikan oleh Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 28 Mei 2012. Pembinaan lebuh raya tersebut oleh kerajaan negeri Kelantan pimpinan PAS sering dikecam hebat oleh kerajaan persekutuan pimpinan BN, dengan mendakwa bahawa projek lebuh raya berkenaan hanyalah sekadar gimik politik oleh kerajaan negeri. ~tmi |
Ali Rustam Dedah Resepi Mahu Menang Besar Pemilihan Umno Posted: 29 Sep 2013 08:38 PM PDT Menghangatkan lagi pertandingan Naib Presiden Umno, Datuk Seri Mohd Ali Rustam (gambar) percaya cara terbaik menang besar dalam jawatan itu adalah menjadi "penyelamat Melayu". Bekas Ketua Menteri Melaka yang menyalahkan kaum Cina atas kekalahannya pada pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu, telah menemui perwakilan dan menggunakan sebab kekalahannya itu bagi meningkatkan peluangnya menjadi salah seorang naib presiden pada pemilihan parti 19 Oktober ini. Calon lain seperti penyandang jawatan itu Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi dan Ketua Pemuda Bendang Baru, Akramsyah Sanusi juga mahu memperjuangkan hak keistimewaan orang Melayu. Mohd Ali berkata misinya adalah bagi mengukuhkan Umno daripada serangan DAP dan kumpulan pendidikan Cina, Dong Zong supaya hak orang Melayu terpelihara. "Kumpulan seperti DAP dan Dong Zong sering mempertikai hak keistimewaan orang Melayu. Mereka mahu mengubahnya dari Perlembagaan kerana benci dengan kenyataan itu. Tetapi orang Melayu tidak pula menindas kaum lain," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider. Katanya semua pihak faham permintaan mereka tidak berlandaskan Perlembagaan. "Inilah yang ditakuti sebelum kemerdekaan dan hal itu sudah berlaku sekarang, " katanya. Ketika ditanya adakah beliau berminat menjadikan Umno seperti kumpulan pendesak Melayu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Mohd Ali menjawab: "Saya tidak mahu merujuk sesiapa tetapi kami (Umno) ada pendekatan tersendiri." Katanya, Umno tidak perlu mencontohi mana-mana kumpulan pendesak mahupun mengambil tindakan tegas kepada kumpulan anti-Melayu. "Saya percaya pada Perlembagaan dan tidak mahu menjadi seperti pihak tertentu yang mengemukan permintaan yang tidak masuk akal." "Apa yang salah dengan hak keistimewaan orang Melayu? Ia telah dibincangkan sebelum kemerdekaan untuk menggunapakai peruntukan tersebut. Kenapa mesti ada pihak yang menunjukkan sikap biadap terhadap isu ini sekarang?" tanya bekas ketua menteri itu. Katanya, ini adalah masalah utama yang dihadapi negara pada masa ini iaitu sikap tidak tolak-ansur dan ada pihak yang mencadangkan kesaksamaan dan membandingkan hak istimewa yang diperoleh kaum Melayu. "Masih ada pihak yang enggan menunjukkan rasa hormat. Perlembagaan telah menggariskan hak keistimewaan ini maka berhenti dari terus mempertikaikannya," katanya. Mohd Ali yang juga Pengerusi Barisan Nasional (BN) Melaka memberitahu pengundi Cina tidak menghargai sumbangannya dan kerajaan BN membangunkan Melaka serta menjaga kepentingan rakyat. Beliau kalah kepada Pengerusi PKR Melaka Shamsul Iskandar Mohd Akin di kerusi Dewan Undangan Negeri Bukit Katil, Melaka pada PRU13 lalu dengan majoriti 5,447 undi. ~the malaysian insider Addin : Ali Rustam pemimpin 'expired'.. |
Rupanya Ini Petua Panjang Umur Mahathir.. Posted: 29 Sep 2013 06:34 PM PDT Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) hari ini berkongsi petua untuk panjang umur iaitu dengan makan secara sederhana dan mengamalkan gaya hidup sihat. Bagaimanapun, negarawan berusia 88 ini mengaku petua itu memang mudah disebut, tetapi sukar untuk dilaksanakan kerana beliau sendiri terpaksa berusaha habis-habisan untuk makan secara sihat. "Orang selalu bertanya saya bagaimana saya boleh hidup hingga sekarang, jawapannya mudah saja... jangan terlebih makan, jangan makan terlalu banyak. "Ini sesuatu yang amat sukar bagi saya... tapi saya cuba juga untuk tidak makan terlalu banyak. Saya tidak merokok dan saya tidak minum minuman keras," katanya ketika melancarkan program "Walk-A-Mile" di Tasik Titiwangsa. Secara berjenaka, Dr Mahathir berkata beliau menghadapi masalah untuk mengawal selera makan "kerana terdapat pelbagai jenis makanan enak di negara yang aman ini". "Sekiranya anda boleh cuba mengawal cara makan anda, anda akan terus kuat pada usia 88 tahun dan berucap (macam saya)," kata beliau serta disambut dengan ketawa oleh para hadirin. Mereka termasuk isteri beliau Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali, pengerusi Yayasan Jantung Malaysia (YJM) Datuk Dr J.S. Sambhi, presiden YJM Tun Ahmad Sarji Abdul Hamid dan ketua rantau Malaysia/Singapura Nestle Alois Hofbauer. Dr Mahathir kemudian menyertai kira-kira 1,500 peserta dalam acara jalan kaki di taman tasik berkenaan, yang merupakan sebahagian daripada kempen kesedaran tentang kesihatan jantung. Acara itu adalah anjuran bersama YJM dan Nestle Malaysia. ~bernama Addin : Mungkin Mahathir mudah lupa, ajal maut adalah ketentuan Allah SWT. Mungkin jugak, Allah SWT panjangkan umur supaya dapat melihat Umno jahanam di depan matanya sendiri sepertimana yang di doakan oleh Almarhum Ustaz Fadhil Noor. |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan