Sabtu, 28 September 2013

Addin

Addin


Lagi Projek Mega Untuk Kroni.. Saksikanlah

Posted: 28 Sep 2013 10:09 AM PDT


Projek Lebuhraya Kinrara-Damansara (Kidex) yang dianugerahkan kepada dua konsesi dipercayai rapat dengan Umno menimbulkan kebimbangan penduduk setempat di Petaling Jaya dan mendakwa Putrajaya menyembunyikan sesuatu daripada mereka.

Sehubungan itu, penduduk sekitar Seksyen 19, Petaling Jaya mengadakan protes kecil menuntut Putrajaya menjelaskan kepada mereka peta sebenar projek Kidex yang bakal dijalankan bagi mengelakkan kekeliruan.

Projek menelan belanja RM2.2 bilion itu sebelum ini dikritik oleh pembangkang Pakatan Rakyat (PR) kerana diberikan kepada dua konsesi milik dua tokoh yang terlibat dengan rampasan kuasa oleh Umno di Perak pada 2009.

Dua tokoh itu ialah bekas Ketua Hakim Negara, Tun Zaki Azmi dan penasihat undang-undang Umno, Datuk Hafarizam Harun.

Kontroversi kembali mendapat perhatian, selepas penduduk di Seksyen 19 melahirkan kebimbangan dipaksa berpindah bagi memberi laluan kepada pembinaan lebuh raya itu.

Pengerusi Persatuan Penduduk Jalan 19/20, Tan Yew Leong, berkata hanya menyedari mengenai kemungkinan akan diarahkan berpindah selepas menemui Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) untuk menyemak projek Kidex itu.

"Saya pergi ke MBPJ untuk menyemak mengenai Lebuhraya Kidex yang dikatakan akan dibina di sini dan saya terkejut apabila diberitahu bahawa beberapa lot rumah mungkin menerima kesan daripada projek itu.

"Ini bukan hanya rumah saya, tetapi hampir 3,000 penduduk sekitar akan menerima kesan daripada projek tersebut," katanya ketika ditemui pagi ini.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Bukit Gasing, Rajiv Risyakara yang hadir sama dalam protes itu, turut menunjukkan surat daripada Jabatan Ketua Pengarah Tanan dan Galian (Persekutuan) yang menyatakan terdapat kemungkinan pampasan akan diberikan kepada penduduk sekiranya projek tersebut dilaksanakan.

"Surat bertarikh 31 Julai dihantar kepada MBPJ menjelaskan lokasi yang mungkin menerima kesan daripada pembinaan lebuh raya tersebut.

"Surat itujuga menerangkan pampasan akan diberikan sekiranya terkena kawasan yang diperlukan untuk membina lebuh raya tersebut," kata Rajiv.

Pengerusi Penduduk rumah pangsa Damansara Bistari, Abdul Samad Abdul Rashid, berkata mereka mendesak Putrajaya tampil secara telus untuk beri penjelasan dan bukan hanya berdiam diri.

"Kerajaan kena beri penjelasan kepada kami apa yang sebenarnya di sebalik projek lebuh raya ini.

"Jangan sampai sudah hendak bina baru beritahu kepada penduduk," kata Abdul Rashid yang sudah menetap selama hampir enam tahun di rumah pangsa tersebut.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua, berkata sehingga sekarang cubaan pihak pembangkang untuk mendapatkan butiran mengenai projek lebuh raya tersebut gagal, malah menteri juga enggan bekerjasama untuk mendedahkan mengenai projek tersebut.

"Apa yang kami mahu sekarang ialah maklumat dan ketelusan. Kerajaan mesti dedahkan dan terangkan butiran projek ini," kata Pua.

Minggu lalu, Menteri Di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Abdul Wahid Omar, berkata kerajaan tidak dapat memberikan sebarang maklum balas mengenai projek tersebut kerana rundingan masih belum dimuktamadkan dan perjanjian konsesi belum ditandatangani.

"Terlalu awal bagi kerajaan untuk memberi maklum balas berhubung projek ini.

"Pada masa kini, kerajaan sedang menjalankan kajian terperinci dan rundingan dengan syarikat konsesi berkenaan," kata Abdul Wahid di Dewan Rakyat baru-baru ini.

Bagaimanapun, jawapan itu berbeza dengan apa yang sedang berlaku apabila MBPJ secara tiba-tiba menerima notis daripada Jabatan Tanah dan Galian tanpa sebarang perbincangan ataupun rundingan dilakukan dengan pihak majlis.

Lebuhraya Kidex sedang dalam perancangan pembinaan di Lembah Klang dan dianggarkan berjarak 13 kilometer akan menghubungkan persimpangan bertingkat Damansara dengan Lebuhraya Baru Lembah Klang (NKVE) di utara ke Bandar Kinrara yang terletak di selatan.

Lebuhraya ini berkemungkinan akan dibina secara bertingkat ataupun menerusi bawah tanah. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)




Ketua Polis Negara Naik Minyak.. Ini Puncanya

Posted: 28 Sep 2013 08:21 AM PDT

Polis dilaporkan memberi amaran kepada portal-portal berita online yang masih menyiarkan kenyataan serta laporan yang dilihat mempertahankan pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar dilaporkan berkata polis tidak akan teragak-agak menahan pihak berkenaan mengikut Seksyen 124 Kanun Keseksaan dan Akta Kesalahan Keselamatan (Langkah-Langkah Khas) 2012 (SOSMA) sekiranya meneruskan perbuatan tersebut yang boleh mengancam demokrasi berparlimen negara ini.

"Saya mengingatkan mereka di bawah Seksyen 124 Kanun Keseksaan, apa juga tindakan yang boleh mengancam demokrasi berparlimen kita boleh ambil tindakan di bawah seksyen itu dan siasatan juga boleh dibuat di bawah SOSMA.. Jangan bagi salah nasihat kepada orang ramai kerana ini perkara serius.

"Saya ambil berat perkara ini dan menasihatkan orang ramai supaya jangan terpedaya dengan nasihat portal berita online tersebut kerana mereka adalah daripada kalangan orang yang kurang cerdik memberi nasihat," katanya. dipetik dalam laporan Utusan Malaysia hari ini

Laporan itu tidak menamakan portal berita terbabit, tetapi melaporkan bahawa Khalid mengulas laporan yang mempertikaikan halangan membawa masuk abu mayat Chin Peng yang meninggal dunia di Bangkok pada 16 September lalu ke negara ini.

Menurut Khalid, membawa masuk abu atau mayat tanpa permit telah termaktub dalam Akta Kawalan Penyakit Berjangkit di bawah Peraturan-peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit (Pengimportan dan Pengeksportan Mayat, Tisu Manusia dan Organisma Atau Bahan Patogenik) 2006.

"Sesiapa yang nak membawa apa juga remains atau abu mayat masuk ke negara ini tanpa permit itu akan menjadi satu kesalahan. Kita takut abu mayat ini ada penyakit berjangkit," katanya. ~malaysiakini






Iklan C (ii)


MB Terengganu, Mat Said Bakal Di Kejutkan Oleh Mat Dalam

Posted: 28 Sep 2013 01:47 AM PDT

KEMAMAN: Setiausaha Politik Menteri Besar Terengganu, Datuk Wan Ahmad Nizam Wan Hamid (gambar) menyeru perwakilan Umno Bahagian Kemaman mempastikan pencabar Ketua Bahagian, Mat Dalam Awang tidak mendapat lebih dari satu undi pada pemilihan 19 Oktober ini.

Katanya, Datuk Seri Ahmad Said selaku Menteri Besar sudah banyak berjasa di Kemaman ini."Oleh itu pastikan Mat Dalam tidak mendapat lebih dari satu undi pada 19 Oktober," katanya dalam pertemuan dengan jenteranya di sebuah hotel di sini baru-baru ini.

Pada 19 Oktober, Ahmad Said ditentang bekas penghulu, Mat Dalam Awang bagi jawatan Ketua Bahagian.Pada 19 Oktober, seramai hampir 1,000 orang perwakilan akan menentukan nasib Ahmad Said atau Mat Dalam Awang sebagai Ketua Bahagian.

Manakala bagi jawatan timbalan pula, Menteri Multimedia dan Komunikasi, Datuk Ahmad Shabery Cheek menang tanpa bertanding. Bagi jawatan Naib Ketua, Wan Ahmad Nizam ditentang ADUN Air Putih, Wan Hakim Wan Mokhtar.

"Saya adalah Setiausaha Politik. Kalau saya kalah, maknanya imej Menteri Besar tercemar. Oleh itu pastikan Wan Hakim kalah," pesan beliau lagi.

Beliau yang kalah dalam pilihanraya umum lalu di DUN Chukai ditentang Wan Hakim setelah Wan Ahmad Nizam memenanginya jawatan Naib Ketua Bahagian pada tahun 2008 mengalahkan Datuk Mohd. Rahim Husin.

Pertandingan ini menarik kerana ia adalah perlawanan di antara wakil rakyat Air Putih dengan bekas wakil rakyat Air Putih (Wan Ahmad Nizam pernah menjadi ADUN Air Putih dari tahun 2004 hingga 2008).

Dalam pertemuan itu, beliau yakin Ahmad Said akan menang kerana berbanding Mat Dalam dengan Ahmad Said, apa jasa Mat Dalam kepada ahli-ahli Umno Kemaman. "Apa yang Mat Dalam dapat beri kepada perwakilan?' soal beliau.

Mat Dalam permah emngejutkan perwakilan Umno tahun 2000 apabila beliau mengalahkan bekas ahli parlimen Kemaman, Datuk Ismail Said bagi jawatan Pengerusi Tetap dengan majoriti satu undi. ~free malaysia today




Iklan C (ii)

(Gambar) Bekas Imam Masjid Al-Aqsa Turut Beri Penghormatan Pada Allahyarham Ustaz Azizan

Posted: 28 Sep 2013 12:33 AM PDT


Sheikh Mohd Mahmood Siyam adalah Bekas Rektor Universiti Islam Gaza Palestine, Bekas Imam dan Khatib Masjid Al-Aqsa, Palestine tidak ketinggalan memberi penghormatan terakhir kepada rakan seperjuangan menegakkan islam di bumi Allah.

Beliau sekarang hidup dalam buangan dan menetap di Yaman, merupakan salah seorang Ahli Majlis Syura' Al-Quds (Yayasan Pembebasan Al-Quds) yang diketuai oleh Ulama' besar Sheikh Yusof Qhardawi.Beliau juga adalah ketua dewan ulamak palestine.

Kucupan sahabat seperjuangan Tuan Hj Salleh Musa
Sementara itu musrsyidul am PAS Tuan Guru Haji Nik Aziz pula mengucapkan takziah kepada keluarga almarhum.

"Beliau seorang pemimpin yang banyak berjasa kepada rakyat dan negara," ujarnya dalam satu kenyataan.

"Saya berhajat benar untuk menziarahi beliau sebelum ini, tetapi disebabkan masalah kesihatan, niat itu tertangguh. Termasuklah ketika Multaqa Ulamak baru-baru ini saya berhasrat hadir dan berniat untuk menziarahinya.

Dia saudaraku - Dr Harun Din turut mengusung keranda jenazah almarhum Tan Sri Azizan

"Namun, Allah mentakdirkan ia tidak berlaku disebabkan kesihatan saya. Saya mendoakan semoga rohnya dirahmati Allah SWT dan ditempatkan bersama orang yang beriman dan para solihin," ujarnya. ~waksukalu





Iklan C (ii)


Allahyarham Ustaz Azizan Pandai Masak KFC

Posted: 27 Sep 2013 10:05 PM PDT

Di sebalik tokoh kepimpinan yang jelas, hakikatnya Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak seorang yang pandai memasak termasuk menyediakan resepi ayam goreng popular, KFC.

Presiden Pertubuhan Setiakawan Ummah Malaysia (Setiakawan), Datuk Mat Nanyan Saad berkata,  keistimewaan Allahyarham itulah menjadi antara kenangan manis yang tidak dapat dilupakan apabila mengenang Azizan yang kembali ke rahmatullah, kelmarin.

"Sewaktu saya bekerja sebagai pegawai bimbingan agama dan akhlak di London, secara kebetulan Azizan juga bekerja di sana.

"Azizan bekerja di bahagian dapur restoran KFC di London dan beliau memang pandai memasak. 

Beliau pernah datang ke rumah dan mengajar isteri saya memasak resipi KFC," katanya.

Mat Nanyan berkata, pemergian Azizan sesungguhnya menyebabkan Pas Kedah dan rakyat negeri ini kehilangan seorang pejuang Islam yang tulen kerana Azizan adalah seorang pemimpin cukup sederhana.

"Sepanjang mentadbir Kedah, saya lihat beliau tidak ada kepentingan diri. Tetapi sebagai manusia, tidak ada seorang pun yang sempurna 100 peratus."Memang lumrah kadang-kadang ada orang suka dan ada yang tidak suka dengan caranya mentadbir. 

Bukan senang nak tadbir negeri dengan keputusan yang boleh diterima semua, tetapi pendekatan yang dibuat amat bijak," katanya.Katanya, ketokohan Azizan juga tidak ada pengganti atau yang setanding dengannya.

"Kalau nak cari orang sepertinya memang susah sebab beliau seorang yang tidak mengejar kekayaan dunia dan hanya bersikap sederhana sewaktu mentadbir," katanya. ~bernama






Iklan C (ii)


Kaji Balik Hubungan Pakatan Rakyat Kerja Kurang Bijak - Mat Sabu

Posted: 27 Sep 2013 08:52 PM PDT

Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu menyifatkan tindakan untuk mengkaji balik hubungan dengan parti dalam Pakatan Rakyat sebagai satu tindakan 'kurang bijak'.

"Bagi saya bercerai dengan parti-parti dalam Pakatan Rakyat sekarang satu perkara yang tidak baik. Istana yang kita bina sejak sekian lama, tiba-tiba kita nak runtuhkan begitu saja. Ini tindakan paling kurang bijak," katanya.

Mohamad berkata demikian dalam wawancara khas dengan The Malaysian Insider baru-baru ini.

Beliau mengulas cadangan Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib yang mencadangkan PAS mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan parti dalam Pakatan khasnya dengan PKR.

Cadangan Haron itu kemudiannya dijadikan resolusi dalam Multaqa Ulama Se-Malaysia yang diadakan di Alor Setar baru-baru ini.

Mohamad berkata, PAS sudah bekerja sejak sekian lama untuk mendapatkan undi orang bukan Islam khasnya Cina dan India di negara ini.

Ini kerana, katanya, PAS memerlukan undi mereka bagi membolehkan PAS menang dalam pilihan raya kerana ia berdasarkan undi popular.

"Kita sakit kepala setiap kali pilihan raya untuk menang kerana ia berdasarkan undi popular atau undi orang ramai.

"Jadi, kita akan tolak kawasan pilihan raya yang mempunyai peratusan orang bukan Melayu lebih 20 peratus kerana tahu tidak akan menang," katanya bercerita mengenai bagaimana PAS berjuang untuk mendapatkan undi mereka sebelum ini.

Katanya, sejak 2008, suasana itu sudah berubah iaitu orang Cina dan India sudah tidak takut menyokong PAS hasil kerjasama PAS dengan parti dalam Pakatan Rakyat dan pendekatan lain yang dibuat oleh PAS.

"Bagi saya ini satu rahmat. Kita sudah exhausted (keletihan) untuk mendapatkan sokongan mereka sebelum ini. Tiba-tiba kita dapat," katanya.

Beliau berkata, pelbagai usaha cuba dibuat oleh MCA dan Umno sendiri untuk menjauhkan semula orang Cina dan India dari PAS tetapi tidak berjaya selepas 2008.

"Masa pilihan raya 1999 lalu, MCA letakkan serban di atas kepala Karpal Singh dan Lim Kit Siang, mereka kalah di Pulau Pinang.

"Tetapi menjelang pilihan raya umum ke 13 baru-baru ini, MCA kempen menggunakan Hudud, kononnya sokong DAP bermakna sokong PAS bermakna sokong hudud, tetapi orang Cina tetap tolak mereka.

"Bagi saya ini satu perubahan minda yang sangat mahal, ini satu anugerah Allah," katanya.

Bagaimanapun, katanya, beliau mengaku, sokongan Melayu berkurangan dalam pilihan raya umum lalu tetapi itu bukan kerana kerjasama dengan Pakatan Rakyat.

"Kita diperangkap isu perkauman oleh BN. Kalau Pakatan menang, DAP akan perintah, Cina akan kuasai negara ini yang dimainkan oleh BTN (Biro Tata negara), Jabatan Penerangan, media BN dan sebagainya.

"Itu yang kita kena perbetulkan.

"Menjadi tugas PAS tiga hingga empat tahun ini untuk memberikan tumpuan kepada orang Melayu bagi memberikan keyakinan kepada mereka bahawa mereka tidak akan terjejas bahkan akan terlebih baik di bawah Pakatan Rakyat," katanya.

Mohamad berkata, Tun Dr Mahathir sendiri mengakui bahawa BN ini bukan hebat tetapi menang kerana berjaya memerangkap rakyat dengan isu ini.

Oleh itu, katanya, ulama dan bukan ulama kena bekerja keras ke arah itu bukannya bercerai dengan parti dalam Pakatan.

Katanya, negeri yang paling berpotensi dalam pilihan raya umum ke-14 nanti ialah Johor.

"Selama ini Johor adalah kubu BN. Umno sangat nervous sekarang apabila Cina dan India tidak takut lagi kepada PAS.

"Usaha yang dibuat pakar strategi mereka sekarang adalah bagaimana nak buat supaya Cina dan India takut kepada PAS semula.

"Kenapa kita pula hendak masuk perangkap Umno," katanya. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)


Pusara Ustaz Azizan Terus Di Ziarahi

Posted: 27 Sep 2013 06:06 PM PDT

POKOK SENA - Selepas dikebumikan petang kelmarin, pusara Allahyarham bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, terus diziarahi orang ramai termasuk ahli keluarga terdekat.

Tinjauan Sinar Harian petang semalam, mendapati beberapa ahli keluarga yang datang dari luar Kedah menziarahi kubur Allahyarham di Tanah Perkuburan Muasassah Darul Ulum, dekat sini.

Antara ahli keluarga Ustaz Azizan yang hadir adiknya, Azizah Abdul Razak, 67; adik bongsu, Che Aini Abdul Razak, 62; bapa saudara, Ahmad Shamsuddin, 87; sepupu, Pishal Ahmad, 61, dan adik ipar Allahyarham yang juga bekas Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Abdul Manan Alwi, 61.

Ahmad berkata, dia dan keluarga sempat menziarahi Ustaz Azizan sebanyak dua kali semasa Allahyarham dirawat di Hospital Pulau Pinang."Kami sekeluarga selalu berhubung, bertanya khabar walaupun masing-masing tinggal berjauhan.

"Saya sangat terasa dengan pemergiannya, sememangnya kami rapat dan banyak kenangan bersama sejak arwah kecil lagi," katanya yang tiba dari Johor Bharu, pagi semalam.Bagi Che Aini, arwah abangnya seorang yang penyayang terhadap adik-adiknya.

"Dia memang seorang yang tegas, sebab dia sayang. Allahyarham memang sangat prihatin kepada kami adik-beradik," katanya.

Sementara itu, Abdul Manan berkata, Allahyarham Azizan bukan sahaja abang iparnya, malah turut ditakdirkan sebagai gurunya semasa menuntut di Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM).

"Saya sangat bertuah menjadi adik ipar arwah sekali gus pernah menjadi anak didiknya di UIAM pada tahun 1988 hingga 1992."Sebagai seorang pensyarah, beliau mengajar saya dalam bidang Perundangan Islam (syariah). 

Beliau seorang pendidik yang tegas dan baik. Setiap tunjuk ajarnya pasti disusuli dengan penjelasan yang baik, ia memudahkan kami untuk memahaminya" katanya. ~sinar harian




Iklan C (ii)


Zahid Hamidi Dah Dapat Modal Kempen Untuk Pemilihan Umno

Posted: 27 Sep 2013 04:36 PM PDT

Pindaan Akta Pencegahan Jenayah (PCA) 1959 dilihat bahan kempen Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Zahid Hamidi untuk pemilihan Umno, kata ahli parlimen Bukit Katil, Shamsul Iskandar Mohd Akin.

"PCA seolah menjadi alat kempen untuk Zahid Hamidi. Cuma saya nak beritahu. Tanpa PCA pun Zahid boleh menang," kata Shamsul kepada Keadilandaly.

Justeru, Shamsul bercadang 'menaikkan populariti' naib presiden Umno itu melalui dialog atau debat dengannya berhubung pindaan undang-undang tersebut."Kalau Zahid bersedia, kita boleh buat secara langsung.

Di Bernama atau Sinar HarianatauAstro. Kerana isu ini melibatkan semua pihak," kata Shamsul yang juga ketua Angkatan Muda KEADILAN.

Kata Shamsul, Zahid tidak perlu mencadangkan undang-undang yang bercanggah dengan hak asasi, sedangkan hak seseorang yang dibicarakan atas kesalahan tertentu terjamin dibawah perlembagaan Persekutuan.

"Berbanding dulu, rakyat berasa selamat jika dia tidak tahu (ada penahanan tanpa bicara). Tapi, konteks hari ini berubah. Rakyat lebih selamat jika mengetahui perkara sebenar kenapa (seseorang) ditangkap dan ditahan.

Beliau memberikan contoh pewartaan akta ISA pada 1960 yang bertujuan mengekang pengaruh komunis meresap ke dalam masyarakat Malaya yang ketika itu baru mencapai kemerdekaan.

"Tapi itu konteks 50 tahun dulu. Tapi masyarakat hari ini berkembang. Yang penting ialah pendidikan mencegah jenayah selain pemerkasaan badan penguatkuasaan seperti Polis."Kita bimbang. 

Dalam masa kerajaan mahu menghapuskan ancaman, kerajaan pula yang menjadi ancaman," kata Shamsul.~keadilandaily






Iklan C (ii)


Tiada ulasan: