Addin |
- Demokrasi Ala Umno.. Calon MT Tidak Layak Bertanding Hanya Tahu Melalui Media
- Ku Li Cabar Najib
- Malaysia Antara Negara Tertinggi Di Dunia Amal Rasuah - Kajian
- (Iklan Advertorial) Inilah Rahsia Anak Kunci Rezeki Langit Dan Bumi
- Astro Awani Mohon Maaf Pada Keluarga Allahyarham Ustaz Azizan
- Patutlah Mat Sabu Dan Rakan-Rakan Melawat Negara Iran.. Ini Sebabnya
- Kempen Paling Teruk Sepanjang 35 Tahun - Mat Sabu
Demokrasi Ala Umno.. Calon MT Tidak Layak Bertanding Hanya Tahu Melalui Media Posted: 27 Sep 2013 10:42 AM PDT Kedua-dua calon Majlis Tertinggi (MT) Umno, Tun Faisal Ismail dan Prof Dato Dr Mohd Zainal mengakui mengetahui tidak layak bertanding hanya melalui media. Tun Faizal yang mengetahui melalui media Bernama mengakui agak terkejut sebaik saja membaca berita tersebut. "Saya mengetahui hanya melalui Bernama dan sehingga kini saya masih belum menerima sebarang kenyataan rasmi dari anggota Jawatankuasa pemilihan Umno,"kata Tun Faisal ketika dihubungi The Malaysian Insider. Ura-ura mengenai pengguguran nama dua calon bagi MT Umno itu pada Rabu lalu menimbulkan tanda tanya kerana tiada sebarang kenyataan rasmi dibuat dari pihak rasmi parti itu. Bagaimanapun semalam Setiausaha Kerja Umno Datuk Ab Rauf Yusoh mengesahkan Tun Faisal dan Dr Zainul tidak layak bertanding kerana tidak memenuhi syarat minimum pertandingan bagi jawatan itu. "Syarat yang ditetapkan untuk bertanding jawatan MT ialah pernah menjadi AJK Bahagian sekurang-kurangnya sepenggal atau pernah menjadi anggota MT sekali (sepenggal)...sekurang-kurangnya sekali. "Tetapi kedua-dua Tun Faisal dan Dr Zainul tidak ada dalam kedua-duanya," katanya kepada Bernama di sini, Khamis.Mengulas mengenai hal itu, Dr Zainul berkata kegagalan kerana tidak memenuhi terma "AJK Bahagian " merupakan alasan yang mengelirukan. "Terma AJK Bahagian itu tidak jelas pengertiannya... sepatutnya terma itu perlu diperjelas lebih awal, iaitu merujuk kepada AJK Bahagian induk dan bukannya AJK sayap," kata Dr Zainul. Beliau bagaimanapun telah membuat rayuan yang dihantar kepada Setiausaha Agung Umno Tengku Adnan Mansor dan berharap jawatankuasa pemilih akan mempertimbangkan keputusan itu semula. "Atas dasar peremajaan Umno saya berharap ajk pemilihan membenarkan saya bertanding, kita sedia maklum ini pertama kali pemilihan terbuka dilakukan saya harap mereka boleh melonggarkan syarat tersebut, untuk memberi ruang kepada muka baru,"kata Dr Zainul lagi. Sementara itu Tun Faisal turut menyuarakan kehairanan apabila pembatalan dalam pemilihan tidak diberitahu secara rasmi.Menolak pembatalannya ada kemungkinan wujudnya unsur sabotaj, Tun Faisal menyifatkan beliau hanya merupakan calon "underdog". Menurut Exco Pergerakan Pemuda Pusat itu surat rayuan beliau juga telah dihantar.Ditanya apakah tindakan susulan sekira rayuannya ditolak beliau menjawab akan akur dengan keputusan yang diputuskan oleh parti. "Kalau kata tidak boleh maka kita terpaksa akur namun biarlah penolakan itu disertai dengan alasan yang wajar dan kita berharap undang-undang seperti ini boleh dipinda dalam pemilihan tahun depan kerana amat tidak masuk akal apabila isunya cuma tafsiran perlembagaan saja,"kata Tun Faisal. Umno mengedarkan senarai nama calon MT yang disahkan bertanding, pada pemilihan Oktober ini yang mengandungi nombor calon 1 sehingga 64.Namun, nama mereka tidak tersenarai, dengan nombor 11 dan 60 dibiarkan kosong dalam senarai itu. ~the malaysian insider |
Posted: 27 Sep 2013 07:57 AM PDT Ia sekaligus menjadikan cabaran Ahli Parlimen Gua Musang itu bukan saja terlihat sangat relevan tetapi sesuatu yang tidak seharusnya dielakkan oleh Najib jika benar beliau mahu melihat Umno dan pemimpinnya dipulihkan imejnya dan seterusnya diyakini rakyat untuk suatu tempoh lebih lama lagi. Pemimpin Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Chegu Bard semalam mendedahkan maklumat serta gambar anak Menteri Pelancongan dan Kebudayaan, Nazri Aziz yang bernama Nedim didapati membeli sebuah banglo mewah di Glenmarie, Shah Alam dengan harga lebih RM7 juta yang diragui keupayaan memiliki hartanah itu memandangkan usianya yang masih muda. SAMM juga segera menuntut penjelasan Nazri mengenai pembelian hartanah itu serta kemampuan kewangan anaknya yang begitu muda tetapi sudah boleh membeli sebuah banglo mewah. Selain dilanda berbagai kontroversi sebelum ini, tindakan Nazri melantik anaknya sebagai pegawai khas di kementeriannya juga ditegur Perdana Menteri yang menyifatkan anak dan ahli keluarga menteri secara prinsipnya tidak boleh bekerja di kementerian tetapi hanya dibenarkan di kawasan Parlimen sahaja. Lantaran itu, Nedim kemudian ditugarkan sebagai pegawai khas di Parlimen Padang Rengas dengan dengan tugas khusus berkaitan generasi muda atau Gen Y. Dan sepertimana biasa, Nazri tetap menjawab sebarang kontroversi dengan caranya yang tersendiri. "Itu bukan masalah saya," tegasnya. Memanglah Nazri boleh berdalih dengan mengatakan urusan anaknya yang sudah dewasa itu bukan lagi urusannya tetapi bolehkah rakyat mempercayainya? Sebagai pemimpin, seseorang itu bukan sekadar bertanggungjawab terhadap partinya tetapi juga kepada rakyat yang membayar cukai dan mengharapkan seseorang pemimpin itu benar-benar seorang yang amanah dan berwibawa. Rakyat tentunya meragui jika ada anak atau ahli keluarga seorang menteri dilihat bergaya mewah dan berbelanja di luar kemampuan yang sewajarnya. Sebenarnya tidak sahaja Nazri yang terkait dengan gaya mewah dan berbelanja di luar kemampuan itu, perlakuan anak isteri beberapa menteri dan timbalan menteri yang lain juga turut menjadi perbualan umum. Ada yang sering kelihatan ke sana-sini dengan kereta mewah, ada yang gila berparti, ada yang terlibat dengan pelbagai jenis perniagaan dan pemilikan saham, gemar membeli-belah di luar negara dan berbagai lagi. Kedengaran juga ada anak seorang menteri yang menaiki kereta Mini Cooper untuk ke kelas tuisyen. Anak isteri Najib sendiri tidak putus-putus terpalit dengan isu sama. Daripada beg tangan mewah, perhiasan mahal, baju bersilih-ganti, percutian mewah sehinggalah kepada cincin bernilai RM24 juta, semuanya memberi gambaran buruk wajah sebenar pemimpin yang ada di negara ini. Kepada rakyat, kekayaan dan kemewahan keluarga pemimpin akan segera dikaitkan dengan perbuatan rasuah. Ini kerana rasuah adalah cara paling mudah untuk memperolehi wang dan kekayaan bagi mereka yang mempunyai kuasa. Rasuah juga memburukkan imej parti dan kerajaan. Jika tidak ditangani, rasuah adalah barah yang akan membunuh seluruh nilai murni dalam kehidupan. Lantaran itu, sebagai pemimpin veteran yang penuh pengalaman, Tengku Razaleigh sedar bahaya dan impak buruk daripada rasuah itu. Kalau pun ia tidak menghancurkan Umno dan kerajaan dalam waktu yang terdekat ini, lambat-laun bala daripadanya pasti akan tiba. Dengan kenaikan harga barang, kos sara hidup makin meningkat serta pelbagai bebanan lain yang ditanggung rakyat tetapi dalam masa sama kerap pula timbul cerita negatif tentang kemewahan dan kekayaan pemimpin dan keluarganya, persepsi rakyat terhadap golongan pemimpin turut bertambah buruk. Untuk mengembalikan keyakinan rakyat serta membuang persepsi rasuah itu, Tengku Razaleigh mencabar Najib dan semua pemimpin dan bekas pemimpin, termasuk dirinya mengisytiharkan harta masing-masing supaya rakyat akhirnya boleh membuat penilaian. Dalam hal ini adalah wajar Najib menyahut cabaran Ku Li itu bagi membuktikan dirinya serta pasukannya dalam kerajaan terdiri daripada mereka yang benar-benar berwibawa, berintergeriti dan diyakini rakyat. Dalam dunia moden yang menuntut ketelusan, pengisytiharan harta secara terbuka adalah kaedah paling baik menentukan bersih atau tidaknya seseorang pemimpin itu. Tidak diragui lagi, kes terbaru melibatkan anak Nazri yang membeli hartanah mewah yang di luar kemampuan seorang anak muda sepertinya adalah umpama mendalam dan membesarkan lagi kubur Umno. Kes ini menambahkan lagi keraguan dan kecurigaan rakyat terhadap Umno dan kerajaan. Mungkin ia tidak menyebabkan kerajaan tumbang atau kedudukan Najib tergugat dalam waktu yang dekat ini tetapi dalam jangka masa panjang, itulah sebenarnya penyebab utama kejatuhan banyak kerajaan di dunia ini. Sekiranya Najib masih sayangkan Umno, ingin melihatnya bersih dan terus berkuasa, beliau tidak harus berlengah lagi untuk menyahut cabaran Ku Li itu. Ayuh, segera arahkan semua pemimpin, bekas pemimpin dan keluarganya untuk mengisytiharkan harta masing-masing. Najib mestilah menjadi orang yang pertama mendedahkan nilai hartanya kepada umum, kemudian diikuti oleh semua menterinya. Ku Li yang sudah menyatakan kesediaan untuk berbuat demikian, harus juga menuruti langkah itu. Mahathir dan semua bekas pemimpin juga mesti menyokong langkah ini. Walaupun tidak lagi bergelar pemimpin, anggaplah tindakan itu sebagai pengorbanan kepada parti yang menjadikan mereka pemimpin sebelum ini. Cabaran Ku Li kepada Najib adalah relevan untuk membersihkan imej Umno dan kerajaan supaya ia diterima rakyat sepanjang masa. Selebihnya terserahlah kepada Najib. Sebab itu, walaupun Tengku Razaleigh yang sebelum ini diura-urakan bakal mencabar Najib bagi jawatan Presiden Umno, masih tidak bersedia berbuat demikian lantaran wujudnya beberapa kekangan, selain mendapati ahli Umno belum benar-benar sedia kepada perubahan, cabarannya berkaitan pengisytiharan harta ini tidak lain menunjukkan kasih dan sayangnya yang berterusan kepada parti. Walaupun tanpa jawatan dan kedudukan, Ku Li merasakan beliau masih bertanggungjawab mengutarakan perubahan. ~shahbudindotcom |
Malaysia Antara Negara Tertinggi Di Dunia Amal Rasuah - Kajian Posted: 27 Sep 2013 02:40 AM PDT Malaysia disenaraikan sebagai salah sebuah negara yang kerap mengamalkan rasuah dan mengambil jalan pintas bagi mencapai sesuatu sasaran sewaktu dalam kegawatan ekonomi, kata satu kajian baru-baru ini. Kajian yang dibuat Ernst & Young itu sekali gus menunjukkan Unit Penyampaian dan Pengurusan Prestasi (Pemandu) kerajaan gagal dalam peranannya mentransformasikan bidang ekonomi. Malaysia dan China berada pada paras teratas dalam skala rasuah menurut penemuan terbaru Laporan Kajian Penipuan Asia Pasifik 2013. Kajian itu dijalankan kepada 681 eksekutif di China, Singapura, Australia, New Zealand, Indonesia, Vietnam, Malaysia dan Korea Selatan. Separuh daripada eksekutif itu berpendapat China, Indonesia, Malaysia dan Vietnam paling banyak terlibat dalam rasuah. Eksekutif yang terlibat dalam kajian ini mempunyai latar belakang dalam sektor industri, perbankan, peruncitan dan sumber asli. "Kegiatan penipuan mencatatkan peningkatan dan hal ini tidak berkait di antara polisi ditetapkan dengan pematuhan polisi itu,"kata rakan pengurusan dalam laporan tersebut, Chris Fordham. Kira-kira 39 peratus mendapati rasuah diamalkan secara meluas di Malaysia, dua kali ganda daripada purata Asia Pasifik iaitu sebanyak 21 peratus. Malah, 29 peratus responden mendapati rasuah yang diamalkan di sini meningkat berikutan keadaan ekonomi yang semakin mendesak dan peningkatan dalam persaingan yang merupakan negara ketiga tertinggi dalam kajian itu. Laporan itu mendapati sewaktu negara di Asia mengenengahkan polisi anti rasuahnya, pendekatan itu tidak dilaksanakan dengan berkesan. Kira-kira 40 peratus responden mendedahkan syarikat mereka mempunyai etika anti rasuah dan 35 peratus lagi mengesahkan pegawai atasan mereka menyatakan komitmen terhadap polisi tersebut. "Kajian juga mendapati risiko rasuah meningkat dalam pasaran negara membangun disebabkan kawalan persekitaran lemah dalam pelaksanaan polisi yang berbeza dengan kerangka kerja pematuhan global," katanya. Kajian berkenaan turut menunjukkan empat peratus responden bersetuju atau sangat bersetuju di mana bukan sesuatu yang salah menawarkan ganjaran wang dalam perniagaan. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak (gambar) membentangkan enam Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) yang salah satunya mengurangkan amalan rasuah. ~the malaysian insider |
(Iklan Advertorial) Inilah Rahsia Anak Kunci Rezeki Langit Dan Bumi Posted: 27 Sep 2013 01:41 AM PDT Pernah seorang yang muflis mendapat keajaiban dalam masa 4 bulan. Keajaiban bagaimana dia mendapat sesuatu yang sangat diinginkan dan tak mungkin mampu diperolehnya. Selepas menghadiri Bengkel Rezeki Agung Kubra. Beliau mengaku yang rezekinya tidak putus-putus dan sekarang telah menjadi peniaga makanan. Seorang lelaki lain yang muflis, dalam tempoh setahun masalahnya selasai dan tidak muflis lagi. Beliau mempunyai perniagaan sendiri di Ampang. Kalau diizinkan anda akan berjumpa dengan lelaki ini sewaktu bengkel nanti. Benar, ini adalah kisah benar yang berlaku. Anda juga mampu mendapat apa yang anda hendak, dengan izin Allah..dalam Bengkel Rezeki Agung Kubra anda akan diberikan kaedah mustajab ulama silam dan guru-guru pondok. InsyaAllah, hajat akan mudah tercapai dan rezeki akan mengalir tanpa putus. layari www.seminar2u.net |
Astro Awani Mohon Maaf Pada Keluarga Allahyarham Ustaz Azizan Posted: 27 Sep 2013 12:58 AM PDT Susulan kesilapan ejaan ucapan takziah Tan Sri Muhyiddin Yassin kepada keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul Razak, stesen televisyen Astro Awani terpaksa membuat permohonan maaf secara terbuka. Astro Awani dilaporkan membuat kesilapan itu pada info laporan berita itu petang semalam hingga menyebabkan kekeliruan. Dalam beritanya petang semalam, info berita Awani menulis; "Muhyiddin ucap tahniah kepada keluarga Azizan." Ekoran itu, gambar mengenai berita itu menjadi hangat dalam media sosial khasnya Facebook. Pelbagai pihak berkongsi mengenainya dan mengutuk stesen televisyen itu. "Kami ingin memohon maaf kepada Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dan keluarga Allahyarham Tan Sri Azizan Abdul berhubung info laporan petang tadi. "Kekeliruan berlaku akibat kesilapan taip itu amat kami kesali, sekali lagi kami meminta maaf," dipetik daripada berita Awani. Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Razak kembali kerahmatullah pagi semalam. Jenazah allahyarham selamat disemadikan bersebelahan dengan jenazah allahyarham Datuk Fadzil Noor, bekas Presiden PAS di Muassasah Darul Ulum, Pokok Sena, Kedah selepas solat Asar petang semalam. Pelbagai pihak memenuhi kawasan itu termasuk Yang Dipertuan Agong yang turut menziarahi jenazahnya. ~the malaysian insider |
Patutlah Mat Sabu Dan Rakan-Rakan Melawat Negara Iran.. Ini Sebabnya Posted: 27 Sep 2013 12:09 AM PDT Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu (gambar) menegaskan untuk kesekian kalinya beliau bukan Syiah tetapi hanya membawa nilai-nilai baik dari Iran untuk diamalkan di negara ini. Mohamad berkata, beliau dan rakan-rakannya yang membawa konsep kepimpinan ulama, Unit Amal bahkan lagu Unit Amal dari Iran ke dalam PAS."Adakah kesemua mereka menjadi Syiah kerana saya membawanya dari Iran. Sudah tentu tidak," katanya dalam wawancara khasnya dengan The Malaysian Insider sambil bercerita, kurma dari Iran pun dilarang makan kerana takut dituduh Syiah. Katanya, setiap dua tahun sekali iaitu menjelang muktamar yang ada pemilihan dalam PAS, isu Syiah akan bergema. Kali ini bukan di kalangan PAS sahaja, isu ini juga dimainkan juga oleh pemimpin kerajaan, agensinya dan media yang dikawal mereka. Mohamad yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu menjadi salah satu sasaran mereka apabila isu ini dimainkan. Isu Syiah menjadi sangat hangat apabila perang saudara meletus di Syria dan Iran serta Hizbollah (gerakan Islam di Lubnan) menyokong kerajaan Syria pimpinan Bashar Al-Assad. Mohamad diserang apabila beliau melawat negara tersebut ketika meletusnya perang saudara di sana. "Sebenarnya perang di sana adalah agenda perebutan kuasa dan tidak ada kaitan dengan perang antara Sunnah dengan Syiah sebagaimana yang digembar-gemburkan. "Presiden PAS, Hadi Awang telah menjelaskan perkara ini," katanya kesal dengan apa yang berlaku. Mohamad menceritakan kembali bagaimana beliau boleh tertarik dengan perjuangan Islam di Iran yang dipimpin oleh Ayatullah Khomeine. "Semasa saya belajar di ITM dulu, awal 1970-an, kampus ketika itu dipengaruhi oleh Abim dan PKPIM. Idola kami adalah gerakan Ikhwanul Muslimin di Mesir pimpinan Hassan Al-Banna dan Syed Qutb. "Apabila dunia dikejutkan dengan revolusi Iran pada 1978, saya yang berada dalam Pemuda PAS ketika itu dipimpin Mustafa Ali (sekarang Datuk) dan Haji Subky Latif selaku setiausaha, kami pergi ke sana," katanya. "Apabila kita melawat Iran di awal revolusi, kami melihat kehebatan ulamanya apabila mereka bercakap hal revolusi dan perjuangan. Kami rasa kagum dengan ketrampilan mereka kerana selama ini di Malaysia, ulama hanya tukang baca doa dan seumpamanya saja," katanya. Dari situ, apabila pulang, Mohamad dan rakan-rakannya membawa konsep kepimpinan ulama yang diamalkan dalam PAS sekarang. "Kami bawa usul kepimpinan ulama ini dalam Muktamar Pemuda 1982 di Bukit Mertajam. Selepas diluluskan kami bawa ke Muktamar Pusat dan diluluskan dalam Muktamar di Dewan Bahasa dan Pustaka tahun itu. "Pada 1983, usul ini dibawa ke dalam Perlembagaan PAS, maka terbentuklah Majlis Syura Ulama, badan tertinggi dalam PAS sekarang," katanya. Sebab itu, katanya, konsep kepimpinan ulama ini bukan datangnya dari Mesir atau Turki, tetapi datangnya dari Iran, kata Mohamad yang cuba mengaitkan ramai pemimpin PAS yang terpengaruh dengan gerakan Islam di Mesir (Ikhwanul Muslimin) dan Turki (AKP pimpinan Tayyib Erdogan dan Saadet pimpinan Necmetin Erbakan). Mohamad mengimbau kembali bagaimana beliau diseretkan dengan Syiah. "Orang tuduh saya Syiah kerana saya kagum dengan perjuangan Hassan Nasrallah, pemimpin Hizbullah, Lubnan. "Saya suka dia kerana, bila dia bercakap soal perjuangan, anaknya mati di medan perang melawan Israel ketika umurnya 17 tahun, rumah kena bom hancur berkecai. "Bila dia cakap Islam dalam keadaan dagang, dia sendiri dagang bila terpaksa bersembunyi ke sana kemari daripada pengeboman dan pembunuhan oleh agen Isreal. "Maka orang seperti Hasan Nasralah datanglah penghormatan kepadanya dari penyanyi, pemain bola, orang awam, orang Kristian bahkan orang tiada agama menerima kepimpinan Hassan Nasrallah sehingga kain jubahnya itu diambil dan dipakai oleh anak-anak muda dan artis kononnya nak ambil keberkatan... inilah contoh kepimpinan yang saya terima," katanya. Katanya, kefahaman beliau dan rakan-rakannya ketika itu, kepimpinan ulama ini bukan bermakna semua jawatan dalam PAS mesti dipimpin ulama. "Kefahaman kita, presiden dan ke bawah boleh di isi sesiapa saja yang layak dan mampu tetapi Majlis Syura Ulama hendaklah di isi oleh orang yang ada latar belakang pendidikan agama secara formal. "Ini kefahaman kami ketika meletak Majlis Syura Ulama sebagai badan tertinggi dalam parti," katanya. Bagi beliau, pada peringkat awal konsep ini diamalkan, gandingan yang baik berlaku antara Yusof Rawa dengan Datuk Fadzil Noor dan Datuk Fadzil dengan Datuk Seri Abdul Hadi Awang yang kebetulan semuanya dari aliran agama. "Bagi saya siapa saja boleh pegang presiden dan lain-lain jawatan. Kalau ulama yang mahu memegang jawatan itu, bukan melalui title atau bertenggek atas nama ulama saja, mesti memenuhi syarat kepimpinan," katanya. Katanya, beliau menerima orang seperti Datuk Nik Aziz Nik Mat, Datuk Fadzil Noor dan Datuk Seri Abdul Hadi untuk memimpin PAS kerana kelebihan yang mereka ada. "Mereka ada kelemahan tetapi kelebihan yang ada pada mereka mengatasi semua yang lain, maka orang seperti itu layak untuk memimpin," katanya. Beliau berkata, apabila dia dan rakan-rakannya melawat Iran selepas revolusi Iran pada 1978, mereka tertarik dengan gerakan sukarela di sana yang dinamakan Jihad Sizendagi. Kumpulan inilah yang berjaya membawa keluar rakyat Iran dari buta huruf yang tinggi di samping masalah bekalan elektrik luar bandar yang rendah. "Bila kita balik, kami ambil semangat itu maka tertubuhlah Unit Amal, bahkan lagu Unit Amal adalah inspirasi dari lagu itu yang dinyanyikan oleh anak muda di sana," katanya yang menjelaskan dari manakah asal usul Unit Amal, badan kebajikan dan kawalan yang sangat berpengaruh dalam PAS sekarang. Katanya, langkah ini diambil sesuai dengan konsep hikmah dalam Islam iaitu hikmah itu benda yang tercicir dan jika diambil ia akan menjadi hak orang yang mengamalkannya. "Kita tidak pun menyeru orang mengambil syiahnya tetapi mengambil sistem, cara dan bagaimana mereka boleh gerakkan rakyat menumbangkan satu regim yang zalim," katanya. Beliau berkata, kunjungannya ke Syria dua tahun lalu dimainkan daripada perspektif mazhab terutama menjelang muktamar kali ini. "Tahun ini lebih dahsyat bila saya kunjungi Syria sebelum ini. Yang saya jumpa semuanya ahli Sunnah wal Jamaah. Muftinya, Dr Said Ramadhan Albutti, Menteri Wakaf, Menteri Perpaduan... semuanya sunnah... sebenarnya di sana tidak timbul isu Sunni dan Syiah ni, ia adalah pertarungan merebut kuasa," katanya. ~the malaysian insider |
Kempen Paling Teruk Sepanjang 35 Tahun - Mat Sabu Posted: 26 Sep 2013 06:00 PM PDT "Sepanjang 35 tahun saya berada dalam PAS iaitu sejak 1978, inilah kempen paling teruk pernah saya lihat," kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Katanya, apa yang berlaku dalam PAS sekarang amat mengejutkan terutama mengenai perubahan minda di kalangan ahli PAS. "Saya terkejut dan hairan dengan perubahan minda ahli PAS terhadap muktamar dan kepimpinan parti," katanya dalam satu wawancara khas dengan The Malaysian Insider. Mohamad berkata demikian sebagai mengulas pendekatan kempen yang dibuat sesetengah ahli dan pemimpin PAS bagi menghadapi Muktamar ke-59 November ini di Shah Alam, Selangor. Pelbagai kempen dijalankan oleh ahli PAS termasuk dengan cara menyerang dan melabelkan pihak yang tidak dipersetujui oleh masing-masing dengan menjadikan Facebook, sms dan blog sebagai medan utama. Mohamad atau lebih dikenali dengan panggilan Mat Sabu berkata, dalam PAS ada tatacara pemilihan walaupun tidak dilembagakan. Katanya, ia menjadi satu kefahaman umum bahawa kempen terbuka tidak digemari dan tidak dizinkan walaupun tidak dilembagakan. Tetapi kini, katanya, ia sudah menjadi trend baru di kalangan ahli PAS. "Saya sendiri sebagai ahli veteran kadang-kadang terpinga-pinga melihat perkembangan terbaru dalam parti ini," katanya. Bagaimanapun, katanya, beliau berharap perkembangan ini bukan berpunca daripada unsur luar yang masuk menyerap ke dalam PAS atau cuba diambil kesempatan oleh pihak luar atas keterbukaan PAS selama ini. Beliau berkata, perkara ini boleh dilihat sejak sebelum pilihan raya umum ke 13 Mei lalu lagi. Ketika itu, katanya, sudah disebut di kalangan pimpinan dan ahli PAS orang ini layak memimpin, orang ini tidak layak, malah label juga diberikan kepada kepimpinan parti. Mohamad berkata, "penyakit" sebegini sebelum ini dihadapi oleh Umno pada 1980-an iaitu label komunis diberikan kepada tokoh kepimpinan mereka. "Abdullah Ahmad, Abdullah Majid dan Samad Ismail dilebelkan sebagai komunis. Tun Dr Mahathir pun nyaris ditangkap oleh Menteri Dalam Negeri ketika itu, Ghazali Shafie," katanya. Kisah itu turut dinyatakan oleh bekas Timbalan Presiden PKR, Dr Syed Husin Ali melalui bukunya yang antara lain menyatakan soal siasat terhadap beliau menyelamatkan Dr Mahathir. "Betul atau tidak hal kedua kerana yang penting label komunis boleh jejaskan seseorang untuk dipilih sebagai kepimpinan Umno," kata Mohamad. Sekarang ini, katanya, "penyakit" itu melanda PAS pula. "Untuk menjatuhkan sesaorang pemimpin PAS, pelbagai label diberikan. Paling popular ialah Syiah dan yang kedua liberal," katanya. Beliau berkata, tuduhan itu bukan hanya menerusi laman web atau Facebook sahaja tetapi dalam pertemuan yang dinamakan Liqa' Fikri. "Saya rasa trend ini kurang sihat dan kami kepimpinan parti sedang memerhatikan perkara ini dan bagaimana langkah hendak diambil bagi mengatasinya," katanya. Mohamad berkata, ketika beliau dalam Pemuda PAS dahulu, perbezaan pendapat sebegini juga berlaku tetapi tidak seteruk sekarang. "Saya dahulu berbeza pendapat dengan (Datuk) Abu Bakar Chik dan Halim Arshat tetapi kami boleh duduk bersama dan membuat program menghadapi Umno," katanya. Katanya, pertandingan dalam parti sepatutnya untuk dinilai bukan saling menyingkirkan dan melabelkan antara satu sama lain. "Ini trendnya dan saya hairan bagimana ia muncul. Jika tidak ditangani dengan baik dalam masa terdekat kita bimbang masa depan PAS yang dilihat cemerlang sekarang ini akan kabur di masa depan," katanya. ~the malaysian insider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan