Rabu, 25 September 2013

Addin

Addin


Memalukan!! Cek Tendang Buat FC Barcelona

Posted: 25 Sep 2013 10:26 AM PDT

Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) kerugian RM322,471 berikutan penganjur perlawanan persahabatan bola sepak antara Malaysia dengan FC Barcelona menggunakan cek tendang.

Cek itu adalah bayaran penyewaan Stadium Shah Alam daripada penganjur BSC Soccer (M) Sdn Bhd pada perlawanan 10 Ogos lalu.Hal itu disedari 20 Ogos lalu apabila bank memaklumkan cek yang dideposit MBSA tidak boleh ditunaikan kerana memerlukan tandatangan pihak kedua dari penganjur.

Datuk Bandar Shah Alam, Datuk Mohd Jaafar Mohd Atan, berkata MBSA sudah membuat laporan polis selain membawa perkara itu kepada Persekutuan Persatuan Bola Sepak Antarabangsa (Fifa) dan Persekutuan Bola Sepak Malaysia (FAM).

Bercakap pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat MBSA hari ini, beliau berkata, penganjur juga boleh disenarai hitam dari menganjurkan sebarang acara khususnya membabitkan sukan bola sepak di Selangor.

"Penganjur dikenakan bayaran sewaan penggunaan Stadium Shah Alam RM300,000 untuk perlawanan sebenar dan RM42,471 untuk latihan pasukan Barcelona.

"Penganjur hanya bayar RM20,000 untuk penyewaan stadium untuk latihan dan cek tendang bernilai RM300,000 pula diberi kepada MBSA sebaik sahaja perlawanan persahabatan berakhir," katanya.

Selain kerugian hasil sewaan, Mohd Jaafar berkata, MBSA juga terpaksa menanggung kos kerja pembersihan dan lampu sorot stadium. ~harakahdaily





Iklan C (ii)


Penjara 15 Tahun Hina Jalur Gemilang, Hina Islam Apa Umno Buat?

Posted: 25 Sep 2013 03:43 AM PDT

Pindaan yang ingin dibuat terhadap Kanun Keseksaan memperuntukkan hukuman penjara maksimum 15 tahun termasuk didenda sekiranya ada individu yang menghina Jalur Gemilang.

Peruntukan pindaan yang ingin memasukkan Seksyen 12 E dalam Kanun Keseksaan yang dibacakan untuk kali pertama di Parlimen hari ini turut memberi peruntukan sama terhadap penggunaan logo atau simbol yang berlainan selain bendera bagi memperkenalkan negara.

"Mana-mana pihak yang cuba menukar, mengubahsuai, mengoyak, membakar, atau meletakkan, mempersoalkan untuk menghina sebarang logo nasional atau bendera, atau negara lain boleh dihukum penjara bagi tempoh tidak kurang lima tahun dan tidak lebih 15 tahun, dan juga boleh didenda," kata pindaan berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi hari ini membacakan untuk kali pertama pindaan untuk Kanun Keseksaan termasuk 10 akta lain beserta Akta Kesalahan Jenayah.

Beberapa aktivis seperti Adam Adli Abdul Halim, Hishamuddin Rais dan Sasterawan Negara Datuk A Samad Said telah dipanggil bagi memberi keterangan berhubung tindakan mengibarkan bendera Sang Saka Malaya ketika sambutan ambang Kemerdekaan lalu.Ketiga-tiga mereka ditahan disoal siasat di bawah Akta Hasutan 1948. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Dr. Seri Azizan Kena Serangan Jantung, Masuk ICU

Posted: 25 Sep 2013 02:00 AM PDT


Bekas Menteri Besar Kedah, Tan Sri Azizan Abdul Razak, dilapor kritikal selepas mengalami komplikasi pada denyutan jantung sejak awal pagi tadi.

Perkara itu disahkan bekas Setiausaha Politik beliau, Muhammad Sanusi Mohd Nor,ketika mengulas komen yang dimuat naik melalui status akaun Facebook miliknya yang dikemas kini kira-kira sejam lalu.

Bagaimanapun, katanya keadaan Azizan yang kini dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) Hospital Sultanah Bahiyah (HSB). ~berita harian







Iklan C (ii)


Mahathir Mengakui Umno Di Penuhi Orang Bodoh

Posted: 25 Sep 2013 12:40 AM PDT

Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menasihati pemimpin Umno supaya tidak memegang kuasa terlalu lama bagi mengelakkan parti Melayu terbesar itu dipenuhi dengan lebih ramai "orang bodoh".

Bekas Perdana Menteri paling lama berkhidmat itu berkata, seseorang pemimpin perlu mengetahui had masanya semasa berkuasa."Pemimpin perlu tahu hadnya, jangan terlalu lama memegang kuasa.

"Sebaliknya akan berlaku, kamu (parti) akan mempunyai lebih ramai orang bodoh dalam parti," kata Dr Mahathir dalam satu majlis di International Youth Centre (IYC) hari ini.

Beliau berkata, pemimpin Umno perlu bersikap terbuka untuk menerima mereka yang lebih bijak daripada mereka untuk menjadi pemimpin, bukannya mengamalkan sikap suka mencantas.

"Pemimpin yang teruk adalah apabila mereka menyekat pemimpin yang lebih pandai kerana takut tergugat," katanya. ~the malaysia insider






Iklan C (ii)


Ahli Parlimen PKR Di Tendang Keluar Dari Parlimen

Posted: 24 Sep 2013 10:43 PM PDT

Ahli Parlimen Padang Serai dari PKR, N Surendran (gambar) diarah keluar sidang Dewan Rakyat oleh speaker kerana membangkitkan pertanyaan berkenaan kes kematian dalam tahanan sebelum bermulanya sesi sidang Dewan Rakyat.

Naib Presiden PKR itu diarahkan keluar serta-merta oleh Tan Sri Pandikar Amin Mulia.Surendran ketika sidang media sejurus dihalau keluar berkata, beliau menggunakan Peruntukan 14 F yang membenarkan petisyen dibawa ke Dewan Rakyat sebelum sesi soal jawab.

"Mengikut Peruntukan 14 F, petisyen boleh dibawa sebelum sesi soal jawab. Tapi speaker halau saya sebab bangkitkan perkara ini," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen.

Sebelum itu, kekecohan berlaku apabila keluarga Karuna Nithi Palani Velu, individu yang terlibat dalam kes kematian dalam tahanan di Negeri Sembilan cuba memasuki kawasan sidang media namun dihalang pegawai keselamatan Parlimen.

"Tengok bahasa yang digunakan Ahli Parlimen BN, seperti 'biadap', dan itu ini. Umno menghancurkan negara ini," kata Surendran."Ini peringkat tertinggi kesombongan speaker yang dilantik oleh BN (Barisan Nasional)," katanya.

Surendran berkata, rayuan petisyen berkenaan dibangkitkan beliau selepas Karuna meninggal dunia dalam tahanan polis pada 1 Jun lalu dan doktor mengesahkan terdapatnya 49 kesan pukulan di badan mangsa.

Disebabkan tiada pembelaan, Surendran cuba membawa isu berkenaan ke Parlimen, namun ditolak speaker.Pandikar bagaimanapun sejurus Surendran meninggalkan sidang berkata, tindakan itu terpaksa dilakukannya kerana tidak menghormati ahli Parlimen yang lebih senior.

"Ini bukan soal baru, ini pernah dibangkitkan ahli Parlimen yang lebih lama."Dalam keadaan seperti ini, suara-suara itu walaupun tidak berdiri saya dengar juga, jangan suatu hari nanti saya halau juga, jangan," katanya memberi amaran. ~the malaysia today






Iklan C (ii)


Berita Memeranjatkan Buat Seluruh Rakyat Malaysia

Posted: 24 Sep 2013 08:15 PM PDT

Sebanyak RM2.88 juta kos yang dibelanjakan bagi menjamu 80,000 tetamu yang melawat kediaman Perdana Menteri semasa sambutan rumah terbuka Aidilfitri lalu, dedah Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Shahidan Kassim.

Perbelanjaan itu didedahkan dalam sidang Parlimen hari ini.Dalam jawapan bertulis, Shahidan juga mendedahkan, katerer Kuzie Catering telah menyediakan makanan untuk tetamu dengan kos RM36 seorang.

Ahli Parlimen Seremban, Anthoney Loke yang bertanya soalan itu kemudian berkata, beliau tidak dapat memberikan komen yang adil kerana tidak tahu sama ada jumlah itu berbaloi atau tidak.

"Bagaimanapun, saya mahu umumkan angka yang saya peroleh ini, jadi rakyat, terutama yang berkunjung ke rumah Perdana Menteri dan isterinya, sebelum makan, mereka tahu sama ada RM36 itu berbaloi atau tidak," katanya, dipetik Malaysiakini. ~keadilandaily





Iklan C (ii)


Analisis Terkini Pemilihan PAS

Posted: 24 Sep 2013 06:20 PM PDT

Menjelang Muktamar PAS ke-59, belajar daripada kekalahan mereka pada muktamar ke-57 lalu, ulama PAS kali ini lebih bersedia untuk memastikan calon mereka mendapat kedudukan lebih baik.

Untuk itu, usaha sedang dibuat bagi memastikan calon mereka akan berhadapan satu lawan satu dengan calon bukan ulama khasnya untuk kerusi timbalan presiden.

Inilah pandangan blogger yang juga penganalisis politik Melayu, Mohd Sayuti Omar.Fakta hampir keseluruhan tokoh utama kepimpinan PAS kini dikuasai bukan ulama, kecuali presiden, tidak disenangi ulama kerana parti itu sendiri mengamalkan konsep kepimpinan ulama.

Dalam muktamar ke-57 lalu, semua calon ulama tewas untuk jawatan timbalan presiden dan ketiga-tiga kerusi naib presiden.Mohamad Sabu mendapat 420 undi mengalahkan dua calon ulama Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (399 undi) dan Nasharuddin Mat Isa (224 undi).

Sementara Idris Ahmad yang mewakili ulama juga tewas di kerusi naib presiden. Salahudin Ayub, Datuk Husam Musa dan Datuk Mahfuz Omar (ketiga-tiganya bukan ulama) pula menang kerusi naib presiden.

Bagi muktamar kali ini, pada peringkat awalnya, nama Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohd Amar Nik Abdullah dicalonkan ulama untuk berhadapan dengan Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.

Nik Mohd Amar mendapat pencalonan pertama untuk timbalan presiden dari Besut, Terengganu.Bagi Sayuti, Nik Mohd Amar bukan calon akhir, ia hanya permulaan sahaja. 

Ia bergantung kepada siapakah calon yang paling popular di kalangan ulama.Jika seorang lagi calon ulama iaitu Tuan Ibrahim mendapat pencalonan yang lebih tinggi daripada Nik Amar, maka ketua penerangan PAS itu akan dipilih mewakili ulama.

Inilah strategi dan pendekatan bagi memastikan kerusi timbalan presiden dimenangi oleh golongan ulama sebagaimana yang diputuskan oleh Multaqa Ulama Se-Malaysia yang dianjurkan oleh Dewan Ulama PAS di Alor Setar baru-baru ini.

Dalam multaqa itu, dua resolusi penting yang dibuat. Mengkaji semula tahaluf siasi (kerjasama politik) dengan Pakatan Rakyat (PR) khasnya PKR dan mencadangkan kedua-dua jawatan utama, presiden dan timbalan presiden daripada kalangan ulama.

Semasa Muktamar PAS ke-57 dahulu, ramai beranggapan Mohamad menang sebagai timbalan presiden kerana berlaku perpecahan undi di kalangan ulama.Belajar daripada kekalahan inilah, ulama dikatakan akan memastikan hanya satu calon sahaja bertanding kali ini untuk jawatan itu.

"Saya yakin, Tuan Ibrahim mempunyai peluang paling cerah untuk menang jika strategi ini dilakukan," kata Sayuti.Ketika Mohamad menegaskan beberapa kali beliau akan mempertahankan jawatannya, nama Husam yang paling banyak mendapat pencalonan untuk jawatan timbalan presiden pada ketika ini.

Empat pencalonan untuk bekas Exco Kelantan itu datang dari Segamat (Johor), Shah Alam (Selangor), Lembah Pantai (Wilayah Persekutuan) dan Kota Bharu (Kelantan).

Apakah golongan bukan ulama yang digelar kumpulan Edorgan juga akan melakukan pendekatan yang sama dengan meletakkan satu calon mereka bagi jawatan timbalan presiden?Masih belum ada sebarang usaha ke arah itu boleh dikesan hingga kini.

Tokoh kumpulan ini kelihatan lebih berminat untuk tidak memperkatakannya, berbanding kumpulan ulama menjelang muktamar ke 58 kali ini. ~the malaysia today






Iklan C (ii)


Tiada ulasan: