Isnin, 23 September 2013

Addin

Addin


Fitnah Dahsyat Dari Pencacai Umno.. Saksikanlah

Posted: 23 Sep 2013 10:08 AM PDT

Timbalan Pesuruhjaya Pas Negeri, Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin menafikan tuduhan yang mengaitkan dirinya mempunyai hubungan kekeluargaan dengan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng.

Menyifatkan tuduhan itu sebagai fitnah yang amat dahsyat, Mohammad Nizar secara berseloroh menawarkan DNA miliknya untuk dibandingkan dengan DNA milik bekas pemimpin PKM itu bagi membuktikan kesahihan penafiannya.

"Ini merupakan satu fitnah yang amat dahsyat kepada diri saya. Ambillah DNA saya dan periksalah daripada debu-debu Chin Peng sama ada saya ada hubungan tali kekeluargaan, saya pun nak tahu juga, kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula.

"Sebenarnya kita semua ini satu keturunan, itu sahaja. Saya menafikan sekeras-kerasnya.. Kalau mereka buktikan dengan DNA, saya boleh buat pertimbangan semula" katanya tersenyum.


Sebelum ini, beberapa buah blog mendakwa Adun Changkat Jering itu mempunyai hubungan kekeluargaan dengan Chin Peng, di mana ibunya dikatakan merupakan sepupu kepada bekas pemimpin pengganas itu.

Memetik dakwaan sebuah blog, Kulaan Niring (http://kulaanniring.blogspot.com), Chin Peng juga adalah bapa saudara kepada Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dan Setiausaha DAP Perak, Nga Kor Ming.

Kor Ming sebelum ini turut menafikan dakwaan tersebut. ~sinar harian



Addin :

Cukup terdesak pencacai Umno.. sanggup melakukan apa sahaja demi kelangsungan politik mereka. Fitnah adalah makanan harian mereka..




Iklan C (ii)


Menteri Umno Cakap Kerajaan Tidak Pernah Naikkan Harga Minyak

Posted: 23 Sep 2013 09:08 AM PDT

Putrajaya tidak pernah menaikkan harga minyak sebaliknya ia adalah berdasarkan pasaran global semasa kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Ahmad Maslan (gambar).

Ahmad ketika sesi soal jawab Dewan Rakyat di Parlimen hari ini menegaskan, kerajaan hanya mengurangkan jumlah subsidi sedia ada kerana majoriti yang mendapat manfaat daripada subsidi bahan api adalah golongan berpendapatan tinggi.

"Sebenarnya kerajaan tidak menaikkan harga minyak. Harga minyak ditentukan oleh pasaran dunia. Kerajaan cuma mengurangkan subsidi.

"Lain...mana sama daripada RM1 subsidi untuk diesel kita kurangkan RM0.80, daripada RM0.83 subsidi untuk RON95, kita kurangkan kepada RM0.63, itu fakta dan hakikat yang sebenar, harga minyak ditentukan oleh turun naik harga pasaran dunia," katanya menjawab soalan ahli Parlimen Kangar Shaharuddin Ismail.

Jelas ahli Parlimen Pontian itu lagi, selain mereka berpendapatan tinggi, warga asing turut menikmati kadar subsidi bahan api.

"RM2,000 juta sebulan wang rakyat telah hangus, dan satu lagi mengikut kajian IMF 80% subsidi ini dinikmati oleh mereka yang berpendapatan tinggi, kita bagi subsidi kepada orang kaya," katanya.

"Struktur subsidi sekarang adalah banyak dinikmati oleh golongan berpendapatan tinggi yang berkemampuan serta warga asing, mereka menggunakan kenderaan berkuasa tinggi berbanding dengan golongan sasar yang hanya menggunakan kereta berkuasa kecil dan bermotosikal," katanya lagi.

Justeru Ahmad Maslan menegaskan Putrajaya perlu menstruktur semula subsidi agar kumpulan sasar benar-benar mendapat manfaat daripada perbelanjaan kerajaan menanggung subsidi berkenaan.

"Sehubungan itu kaedah pemberian subsidi di Malaysia perlu distruktur semula agar pemberian subsidi lebih fokus dan menepati kumpulan sasar. Subsidi bersasar bukan subsidi tersasar," katanya.

Pakar ekonomi Putrajaya, Datuk Seri Abdul Wahid Omar sebelum ini berkata inflasi Malaysia dijangka meningkat kepada 2.3 peratus tahun ini selepas kenaikan harga minyak.

Ramalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu selari dengan beberapa kajian kewangan yang menyatakan kadar semasa inflasi Malaysia pada 2 peratus akan meningkat berikutan harga bahan bakar lebih mahal.

Putrajaya sebelum ini mengumumkan pemotongan subsidi bahan api dn menyaksikan kenaikan harga minyak sebanyak RM0.20 sen bagi petrol RON95 menjadi RM2.10 seliter manakala diesel kepada RM2 seliter itu boleh menjimatkan kerajaan sebanyak RM3.3 bilion setahun.

Petrol berkualiti tinggi RON97 bagaimanapun kekal berdasarkan kepada harga pasaran. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Bung Mokhtar Radin Puji Karpal Singh

Posted: 23 Sep 2013 07:25 AM PDT

Ahli Parlimen Kinabatangan Datuk Bung Mokhtar Radin (gambar) dalam kenyataan yang agak mengejutkan hari ini memuji Karpal Singh dan anaknya Gobind Singh sebagai peguam yang hebat sehingga pemimpin Umno sendiri menggunakan khidmat mereka ketika di mahkamah.

Ahli Parlimen Kinabatangan itu turut berkata ketika perbahasan Rang Undang-undang Akta Profession Undang-undang (Pindaan) 2012 berkata, Datuk Seri Muhammad Shafee Abdullah juga merupakan seorang peguam yang hebat.

"Kita tengok hari ini Puchong tiada di sini kerana dia di luar berjumpa pelanggan. Ini perkara bagus. Bukit Gelugor juga peguam yang bagus dengan 100 kemenangan, jika tidak mesti ada yang dipenjarakan," katanya merujuk Karpal yang merupakan ahli Parlimen Bukit Gelugor dan Gobind yang merupakan ahli Parlimen Puchong.

"Bukit Gelugor bagus, ada orang Umno pun menggunakan khidmatnya," kata Bung Mokhtar.

Ahli Parlimen Beruas Datuk Ngeh Koo Ham bagaimanapun mengingatkan Bung Mokhtar agar tidak menghina mahkamah kerana mendakwa kemenangan sesuatu kes bukan disebabkan keputusan mahkamah tetapi peguam.

"Mana lagi kita jumpa ahli Parlimen pembangkang yang merupakan peguam yang hebat seperti mereka berdua," kata Bung Mokhtar.

Beliau juga berkata Muhammad Shafee juga boleh dijadikan contoh kepada pelajar jurusan undang-undang.

"Muhammad Shafee juga hebat hinggakan orang asing juga menggunakan khidmatnya," katanya lagi.

Jelas pemimpin yang lantang itu lagi, akta berkenaan juga suatu peruntukan undang-undang yang baik, namun memerlukan pindaan untuk mengukuhkannya.

"Saya bukan peguam tetapi saya suka tengok cerita peguam di televisyen," katanya sebelum mengakhiri ucapan perbahasannya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Kenapa Perkasa Meroyan Tak Tentu Pasal Ni?

Posted: 23 Sep 2013 06:06 AM PDT

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) mengecam pemimpin PAS yang hadir ke Bangkok, Thailand untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng dan menyifatkan tindakan ini hanya untuk memenangi undi Cina.

Menurut Datuk Ibrahim Ali (gambar), tindakan pemimpin PAS itu bertujuan mengukuhkan kedudukan politik mereka."Ini semua politik dan untuk meraih undi pengundi Cina terutama bekas ahli PKM. 

Chin Peng ini manusia kufur."Bagaimana pemimpin PAS yang beragama Islam ini boleh memberi penghormatan kepada pemimpin kafir seperti Chin Peng?" katanya dalam satu kiriman pesanan ringkas kepada The Malaysian Insider hari ini.

Bekas Ahli Parlimen Pasir Mas itu turut menyelar kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu yang menyamakan isu Chin Peng dengan Abu Jahal pada zaman Nabi Muhammad dan Firaun di Mesir.

"Sejarah Abu Jahal di Mekah dan Firaun di Mesir berbeza dengan Chin Peng. Apakah Mat Sabu tidak mengetahui sejarah Islam? Chin Peng bukan warganegara Malaysia dan telah membunuh ramai askar Melayu Islam.

"Selepas peristiwa pembukaan Mekah, Allah dan Rasul melarang orang kafir memasuki Mekah. Besar implikasinya. Ramai lagi orang kafir mati di Mekah tetapi Rasullulah SAW tidak memberi penghormatan malah berdoa untuk orang kafir," katanya.

The Malaysian Insider melaporkan Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.Sementara itu, Mohamad tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu.

Timbalan Presiden PAS itu berkata, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah.

Kematian Chin Peng menimbulkan kontroversi setelah keengganan Putrajaya untuk membenarkan abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Pendirian kerajaan itu di atas alasan ribuan rakyat Malaysia terkorban dan tercedera di tangan komunis.Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa semalam tarikh kematian Chin Peng sengaja diubah bagi membolehkan ia diselarikan dengan sambutan Hari Malaysia.

Akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengatakan Chin Peng meninggal dunia pada petang 15 September dan bukannya 16 September seperti dilaporkan.Ahli keluarga Chin Peng menyangkal dakwaan itu dan mendakwa akhbar itu berniat jahat dan biadap.

Jurucakap keluarga mendiang, Lee Chong berkata: "Dia dah mati. Kenapa tak boleh biarkan mendiang bersemadi dengan aman?"Sehari sebelum jasadnya hendak dibakar, kerajaan Malaysia masih mahu memutar-belit fakta.

"Mendiang Chin Peng kini masih berada di Tokong Wat That Thong di Jalan Sikhumvit, Bangkok dan mayatnya akan dibakar jam 5 petang ini. ~the malaysia insider






Iklan C (ii)




Ahli Parlimen PAS Sokong Agar Abu Mayat Chin Peng Masuk Malaysia

Posted: 23 Sep 2013 03:46 AM PDT

Ahli Parlimen PAS hari ini menyokong agar abu mayat Chin Peng dibawa masuk negara apabila menyeru agar Ketua Polis Negara (KPN) disarankan jangan menjadi "seperti Perkasa" apabila bercakap soal perundangan.

Tanpa merujuk kepada mana-mana perundangan, Ahli Parlimen Sepang Mohamed Hanipa Maidin (gambar) membidas kenyataan Tan Sri Khalid Abu Bakar yang berkata abu mayat Chin Peng tidak boleh dibawa masuk ke dalam negara dan semakan akan dibuat untuk menghalangnya.

Mohamed Hanipa berkata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Wan Junaidi Tuanku Jaafar telah jelaskan tiada sebarang peruntukan undang-undang boleh digunakan bagi menghalang abu mayat Chin Peng di bawa masuk.

"Jangan keluarkan kenyataan seperti Perkasa, menggunakan emosi. Gunakan fakta undang-undang," katanya di Dewan Rakyat hari ini ketika membahaskan usul Rang Undang-undang Profession Undang-undang (Pindaan) 2012 hari ini.

Memuji kenyataan bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Rahim Noor, yang menyeru sumbangan Chin Peng kepada kemerdekaan negara dikaji semula, Mohamed Hanipa menegaskan bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu juga turut membantu kemerdekaan negara.

"Nasib baik Rahim Noor yang kata, kalau Mohd Sabu sudah tentu banyak laporan polis dibuat terhadapnya," katanya merujuk kepada Timbalan Presiden PAS.

Kenyataannya itu selari dengan perbahasan hari ini yang mana mereka tanpa kepakaran perundangan tidak seharusnya mengeluarkan nasihat perundangan.

"Ia perlu diperluas kepada individu seperi KPN, Pengerusi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk menghalang mereka mengeluarkan kenyataan membabitkan isu perundangan," katanya, menambah kenyataan KPN itu prejudis terhadap Chin Peng.

Selepas kematiannya, pertikaian antara penyokong dan penentang komunis mula berbangkit apabila Putrajaya menghalang abu mayat bekas pemimpin PKM itu di bawa masuk ke dalam negara.

Tinggal beberapa jam sahaja lagi mayat Chin Peng akan dibakar, keluarganya masih tidak pasti apa yang akan dilakukan terhadap abu berkenaan.

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat itu di bawa masuk adalah disebabkan khuatir akan wujudnya "penghargaan" sesetengah pihak terhadap bekas pemimpin berkenaan. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Kantoi!! Pembohongan Zahid Hamidi Terbongkar..

Posted: 23 Sep 2013 02:04 AM PDT

Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi (gambar) membuat kenyataan bercanggah di Parlimen hari ini apabila mengatakan keadaan jenayah dalam negara masih terkawal.

Katanya keadaan jenayah negara turun dengan drastik selepas penahanan 7,200 individu yang dipercayai anggota kongsi gelap dari 17 Ogos hingga sekarang.

Bulan lalu pada 20 Ogos semasa mengumumkan Ops Cantas dan dua pasukan khas untuk memerangi jenayah Ahmad Zahid mengatakan, "Saya ada bukti peningkatan kadar jenayah terutamanya di kawasan merah".

Dalam reaksi serta-mertanya Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara dari DAP Tony Pua mengatakan kata-katanya menteri itu tidak mempunyai kredibiliti.

"JIka keadaan jenayah terkawal, mengapa dia heboh tentang undang-undang Ordinan Darurat (EO)? soal Pua.

"EO dan kadar jenayah tidak eksklusif. Jadi dia kena buat keputusan pindaan EO bermasalah atau kadar jenayah. Kenyataan beliau bercanggah," katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)



Pemimpin PAS Beri Penghormatan Terakhir Kepada Chin Peng Di Bangkok

Posted: 22 Sep 2013 09:29 PM PDT

Pemimpin PAS Kedah Fadzil Baharom hadir ke tokong Wat That Thong di Bangkok bagi memberi penghormatan terakhir kepada mendiang Chin Peng kira-kira jam 7 petang semalam.

Fadzil menegaskan kehadirannya bukanlah mewakili PAS atau PKR tetapi atas keinginannya sendiri. Menurutnya, beliau mengenali ahli keluarga Chin Peng kira-kira lima tahun lalu dan berasa ada keperluan untuk memberi penghormatan terakhir di sana.

"Saya tidak akan hadir majlis pembakaran mayat pada Isnin kerana perlu pulang ke Kedah," katanya yang telah lama mahu menemui Chin Peng secara peribadi tetapi tidak kesempatan.

Katanya, meskipun kerajaan Malaysia memberi tanggapan negatif kepada mendiang, beliau tetap menggelar pemimpin komunis itu sebagai pejuang.

"Sejarah Malaysia telah diubah. Saya merujuk kepada kisah sebenar.

"Dalam PAS sendiri, tidak ramai yang benar-benar faham tentang sejarah negara dan bagaimana fakta telah diubah.

"Meskipun kehadiran saya pada hari ini tiada apa yang memeranjatkan, tetapi saya yakin dalam lima atau 10 tahun lagi akan dikira sebagai detik bersejarah kerana memberi penghormatan terakhir kepada Chin Peng," katanya tertawa kecil.

Beliau berkata sejak kematian Chin Peng pada Isnin lalu, ramai yang membuka kisah lama 88 tahun lalu di Internet.

Katanya, pendedahan sedemikian satu peluang kepada generasi muda untuk memahami sejarah.

Ketika ditanya, adakah pemimpin Pakatan Rakyat lain akan berbuat sepertinya, Fadzil mengangkat bahu berkata kehadirannya bukanlah satu masalah dan beliau tidak mengambil kira pandangan orang lain.

Menurutnya, memberi penghormatan terakhir bukanlah bermakna dirinya komunis atau mengikut ideologi fahaman itu tetapi sekadar minatnya terhadap sejarah dan Chin Peng adalah salah satu lembaran sejarah Malaysia.

Bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya itu atau nama sebenarnya Ong Boon Hua dilahirkan di Sitiawan, Perak pada tahun 1924.

Fadzil bertanding semasa pilihan raya umum lalu untuk kerusi Dewan Undangan Negeri Sungai Tiang tetapi kalah kepada calon Barisan Nasional, Suraya Yaacob. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Abu Mayat Chin Peng Diagih Kepada Keluarga Dan Rakan Seperjuangan

Posted: 22 Sep 2013 07:40 PM PDT

Keengganan Putrajaya membenarkan abu mayat bekas pemimpin Parti Komunis Malaya (PKM) Chin Peng pulang ke Malaysia, menyebabkan ianya akan diagihkan kepada anak, cucu dan rakan seperjuangannya di Bangkok hari ini.

Bekas pemimpin komunis itu meninggal dunia di Hospital Bangkok pada 16 September lalu ketika berumur 89 tahun. Mendiang akan disemadikan di Wat That Thong, Jalan Sikhumvit menurut laporan Bangkok Post.

Portal itu tidak menyatakan dengan lengkap di mana abu itu akan disimpan kerana Putrajaya dalam kenyataannya tidak membenarkan abu itu memasuki Malaysia.

"Abu itu akan diagihkan kepada rakan seperjuangan Chin Peng yang tinggal di empat kampung berasingan di Selatan Thailand," memetik laporan itu.

Laporan itu menyatakan bekas Perdana Menteri Thailand Jeneral Chavalit Yongchaiyudh akan menjadi tetamu kehormat semasa upacara pembakaran mendiang itu.

Chavalit yang juga merupakan panglima tentera darat ketika pemberontakan PKM di selatan negara itu dihormati bukan hanya dari kalangan keluarga Chin Peng tetapi ahli PKM sendiri.

Akhbar tempatan melaporkan bekas pemimpin Parti Komunis Thailand Thong Chamsri, 90, dan Vichai Chutnam hadir memberi penghormatan terakhir pada Jumaat.

Sebahagian dari 40 bekas ahli PKM turut hadir ke majlis tersebut.

Kematian Chin Peng menimbulkan kontroversi setelah keengganan Putrajaya untuk membenarkan abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak.

Pendirian kerajaan itu di atas alasan ribuan rakyat Malaysia terkorban dan tercedera di tangan komunis.

Akhbar milik Umno Utusan Malaysia mendakwa semalam tarikh kematian Chin Peng sengaja diubah bagi membolehkan ia diselarikan dengan sambutan Hari Malaysia.

Akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia mengatakan Chin Peng meninggal dunia pada petang 15 September dan bukannya 16 September seperti dilaporkan.

Ahli keluarga Chin Peng menyangkal dakwaan itu dan mendakwa akhbar itu berniat jahat dan biadap.

Jurucakap keluarga mendiang, Lee Chong berkata: "Dia dah mati. Kenapa tak boleh biarkan mendiang bersemadi dengan aman?

"Sehari sebelum jasadnya hendak dibakar, kerajaan Malaysia masih mahu memutar-belit fakta." ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Ini Pemilihan Umno Atau Pemilihan Kumpulan Gangster?.. Saksikanlah

Posted: 22 Sep 2013 07:35 PM PDT

SHAH ALAM - Seorang calon Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno hari ini mendedahkan kisah sebenar berhubung dakwaan beliau dipukul seorang lelaki ketika menghantar borang pencalonan di Pusat Perdagangan Dunia Putra (PWTC), semalam.

Mohd Ariff Abdul Aziz, 57, yang merupakan calon ke-24 MT itu berkata, kejadian tersebut berlaku pada jam 2 petang ketika beliau berjalan kaki menuju ke PWTC untuk menghantar borang pencalonan Ketua Bahagian Titiwangsa.

Menurutnya, borang pencalonan MT berjaya diserahkan pada sebelah pagi, manakala borang ketua bahagian mahu diserahkan di sebelah petang.

"Saya dicekik, ditendang dan pukul di dada, ketika itu saya sedang berjalan dari Wisma Perkim menuju ke Dewan Tun Razak, PWTC untuk hantar borang calon Ketua Bahagian Titiwangsa.

"Lelaki tersebut mengugut saya supaya tidak bertanding di kawasan tersebut bagi memastikan calon di kawasan itu menang tanpa bertanding. Keadaan ini berlaku di hadapan ramai ahli Umno yang ingin menghantar borang," katanya kepada Sinar Harian.

Ketua Umno Cawangan Kompleks Pejabat Jalan Gurney itu berkata, selepas kejadian itu beliau terus membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi dan mendapatkan rawatan di Hospital Kuala Lumpur (HKL).

"Selepas membuat laporan dan mendapatkan rawatan, saya kembali untuk meneruskan hasrat menghantar borang tetapi dihalang oleh empat orang," katanya.

Sementara itu, Datuk Johari Abdul Ghani menafikan dakwaan pihaknya terlibat dalam usaha untuk menghalang seseorang daripada bertanding jawatan Ketua Bahagian Titiwangsa yang dimenanginya tanpa bertanding semalam.

"Bila tiada orang nak lawan saya, jadi mereka reka cerita ada orang kena pukul. Saya rasa ini satu usaha untuk jatuhkan saya.

"Saya bukan orang seperti itu, siapa lakukan perkara seperti ini, kita akan pastikan mereka kena pecat daripada Umno," katanya. ~sinar harian






Iklan C (ii)


Video Tergempar Buat SPR

Posted: 22 Sep 2013 05:50 PM PDT

Seorang saksi di Tribunal Rakyat anjuran Bersih 2.0 hari ini mendedahkan bukti video pengundi dibayar untuk mengundi Barisan Nasional (BN) di Sabah.

Video yang didakwa diambil di Libaran itu menunjukkan ketua kampung di kawasan berkenaan menyerahkan wang tunai RM200 kepada pengundi selepas mereka mengangkat sumpah akan mengundi BN.

"Berdasarkan pengamatan saya, video ini menunjukkan ketua kampung memberi duit kepada pengundi dan meminta mereka bersumpah untuk mengundi BN," kata Akmal Nasir, Pengarah Pusat Pemerhati dan Pemberi Maklumat Kebangsaan, kepada panel tribunal yang sedang bersidang di Subang Jaya.

Video berkenaan turut menunjukkan ketua kampung berkenaan menyemak senarai nama pengundi berdaftar di kawasannya sebelum menyerahkan wang tersebut.

Akmal juga berkata, pihaknya telah menerima 1,705 rungutan berkenaan salah laku pilihan raya sepanjang mengendalikan perkara itu.

Pihaknya juga mendapati, lebih 1,000 rungutan juga diterima daripada orang awam berhubung kegagalan dakwat kekal ketika Pilihan Raya 2013 berlangsung.

"Kesemua laporan berhubung dakwat kekal lengkap dengan laporan polis yang dibuat di seluruh negara," katanya.

Tribunal Rakyat yang berlangsung 18 September lalu berkemungkinan akan berakhir hari ini.

Antara yang dijangka memberikan testimoni mereka hari ini adalah termasuk bekas ahli Parlimen Kuala Selangor Dr Dzulkefly Ahmad dan juga Pengerusi Bersama Bersih 2.0 Datuk Ambiga Sreenevasan. ~the malaysian insider






Iklan C (ii)



Tiada ulasan: