Addin |
- Utusan Serang Portal Berita Malaysian Insider
- Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno
- RM2,000 Untuk Tebus Dosa Lampau
- Punca Sebenar Abu Mayat Mayat Chin Peng Tidak Di Benar Pulang Tersebar
- Ustaz Azhar Idrus Di Tuduh Gatal
- Saat Yang Di Nanti-Nanti Oleh Pemimpin Umno Kini Telah Tiba
- Dr. Mujahid Belasah Penulis Murahan, Atiullah Othman
Utusan Serang Portal Berita Malaysian Insider Posted: 22 Sep 2013 09:43 AM PDT Akhbar milik Umno Utusan Malaysia dalam edisi Ahad Mingguan Malaysia hari menyelar The Malaysian Insider, mengatakan portal berita itu biadab dan mesra kepada fahaman komunisme. Kolumnis Ku Seman Ku Hussain hari ini mempersoalkan mengapa kerajaan tidak mengambil tindakan kepada The Malaysian Insider yang diluluskan "permit penerbitannya" dan seakan-akan "diberi keistimewaan" untuk bertindak biadab dan menjadi petualang menggugat aspirasi kebangsaan. "Dalam rencana yang disiarkan pada 20 September ini di bawah tajuk Chin Peng as hero, say former Thai general, Malaysian Insider mewirakan Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM), Chin Peng yang membunuh beribu orang awam dan anggota pasukan keselamatan," tulis Ku Seman dalam artikelnya bertajuk Malaysian Insider diberi keistimewaan?. "Portal ini mesti diambil tindakan bukan kerana menyokong pembangkang. Mereka bebas untuk menyokong fahaman politik tertentu dan kerajaan telah membuktikan sikap yang adil apabila meluluskan permit penerbitannya," tambahnya. Menurut Ku Seman, The Malaysian Insider melakukan pembohongan dengan memutarbelitkan ucapan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak semasa merasmikan bangunan baharu Ibu Pejabat Korporat Kumpulan Utusan 13 September lalu. "Najib menyeru supaya syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan agensi kerajaan berlaku adil kepada Kumpulan Utusan dari segi pembelian iklan. "Tetapi Malaysian Insider melaporkan Najib meminta GLC membantu membayar saman-saman fitnah terhadap Kumpulan Utusan," katanya. Menurut Ku Seman, The Malaysian Insider menyalahgunakan dasar kerajaan yang lebih terbuka kepada media. "Hingga kini janji pihak berkuasa seperti Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia dan Kementerian Dalam Negeri untuk menyiasat belum ditunjukkan. "Kalau menyiasat apakah hasil siasatan itu? Kenapa mengambil masa yang terlalu lama seolah-olah menunggu kucing bertanduk baru hendak tampil dengan hasil siasatan?" soal beliau. Ku Seman turut mempersoalkan liputan The Malaysian Insider semasa tercetusnya kontroversi kalimah Arab Allah dan mendakwa portal berita itu melaga-lagakan umat Islam dan Kristian. "Ketika tercetusnya isu kalimah Allah yang mahu digunakan dalam Bible bahasa Melayu, pihak Jabatan Agama Islam mengeluarkan khutbah Jumaat yang menyeru supaya umat Islam memelihara kesucian kalimah itu. "Tetapi Malaysian Insider bertindak biadab dengan menyiarkan bantahan daripada paderi Kristian terhadap khutbah Jumaat berkenaan. Bukankah ini bertujuan melaga-lagakan antara Islam dan bukan Islam di negara ini?" katanya. Ku Seman turut mengatakan The Malaysian Insider tidak pernah menghentam dasar-dasar cauvinis Cina dalam pembangkang. "Malaysian Insider mesti membezakan antara sokongan kepada fahaman politik tertentu dengan aspirasi kebangsaan. "Yang ditunjukkan oleh Malaysian Insider selama ini adalah bertentangan dengan aspirasi kebangsaan terutama dalam isu orang Melayu dan agama Islam," katanya. ~the malaysian insider |
Berita Dari Pulau Pinang Yang Tidak Di Siarkan Oleh Media Pencacai Umno Posted: 22 Sep 2013 06:43 AM PDT Sepuluh Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) pembangkang di Pulau Pinang akan diberikan peruntukan untuk projek pembangunan kecil sebanyak RM40,000 setahun mulai tahun depan menurut Ketua Menteri Lim Guan Eng (gambar). Menurut Lim, keputusan itu telah dibincangkan dalam mesyuarat Exco kerajaan negeri itu pada Rabu dan telah diluluskan secara prinsip. "Selepas kemenangan Pakatan Rakyat (PR) di Pulau Pinang dengan tambahan undi popular sebanyak 10% dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) pada Mei lalu, Adun PR terdiri daripada 30 orang ahli dan Adun Umno seramai 10 orang. "Kerajaan negeri telah cuba menjemput Adun Umno untuk menyertai keahlian jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri agar mereka melakukan kerja sambil menerima peruntukan tetapi tawaran ikhlas kerajaan negeri telah ditolak dengan begitu angkuh oleh Adun Umno kerana tidak mahu bekerjasama dengan kerajaan PR," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Lim menggesa Adun Umno menjadi ahli jawatankuasa Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri kerana bimbang mereka tidak mengikut standard operasi yang ditetapkan seperti tender terbuka secara kompetitif, berintegriti dan melarang penglibatan ahli keluarga pemimpin daripada melibatkan diri dalam urusniaga dengan kerajaan. Katanya, keengganan Adun Umno bekerjasama dengan kerajaan PR melihatkan sikap lepas tangan pemimpin tersebut. "Kelakuan mereka selari dengan sikap konfrontasi yang diamalkan oleh Barisan Nasional (BN) dan Umno terhadap PR sungguhpun Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak melaung-laungkan semangat pendamaian nasional. "PR mengamalkan sikap terbuka menghormati prinsip semangat demokrasi yang bertindak adil kepada semua bangsa dan agama tanpa berdiskriminasi di antara penyokong BN dan PR. Bantuan kerajaan negeri PR diberikan kepada semua berdasarkan keperluan.Oleh itu sebagai perbezaan dengan konfrontasi kebangsaan yang diamalkan oleh BN, PR memutuskan untuk membenarkan RM40,000 pembangunan projek kecil setahun kepada 10 Adun pembangkang Umno di Pulau Pinang mulai 2014 mengikut mekanisma ketat yang ditetapkan, tambah setiausaha agung DAP itu lagi. ~the malaysian insider |
RM2,000 Untuk Tebus Dosa Lampau Posted: 22 Sep 2013 02:44 AM PDT Disebabkan keinginan mendalam mereka untuk mendapatkan ganjaran syurga, tiga individu yang dipercayai anggota kumpulan kongsi gelap, memberi sumbangan RM2,000 masing-masing kepada beberapa maahad tahfiz di sekitar Kodiang dengan harapan menebus dosa yang mereka lakukan masa lampau. Kisah menarik itu disampaikan oleh Husam Baderuddin, anak Mufti Kedah, di pekarangan Maahad Tahfiz Ar-Riadah, Kodiang, beberapa hari selepas umat Islam menyambut Aidilfitri. Dua lagi hanya menanti di dalam kenderaan itu. Beliau berkata, sebaik sahaja mendengar perkataan kongsi gelap, beliau berasa gerun dan ketika itu hanya berserah kepada ALLAH tentang perkara tidak diingini yang mungkin berlaku ke atas dirinya. Sebaliknya, dia menjadi hairan apabila lelaki itu menyatakan hasrat mereka bertiga hendak menyumbang wang kepada maahad tahfiz itu untuk menebus dosa yang mereka telah lakukan dan dan bagi mendapatkan syurga sebagai ganti. Katanya, lelaki itu membuat pengakuan mereka banyak kekurangan dalam amal ibadat, termasuk gagal menunaikan solat lima waktu dan mengambil jalan mudah untuk mendapat ganjaran syurga. Tidak jahil agama Husam berkata, daripada percakapannya, beliau percaya lelaki yang menemuinya itu tidak menggambarkan seorang yang jahil dari segi agama, dan mempunyai kesedaran berkaitan agama sehingga sanggup berbuat demikian untuk mendapatkan pahala. "Saya diberitahu bahawa mereka (bertiga) berasal dari Changloon dan dibesarkan di situ selama 10 tahun, sebelum berpindah ke Thailand lebih 30 tahun. Selain aktiviti kongsi gelap, lelaki itu turut menjalankan perniagaan menjual tayar di negara jiran. "Lelaki itu memberitahu bahawa wang itu adalah sebagai sumbangan atau infak kepada maahad tahfiz. "Katanya, wang yang hendak disumbangkan itu adalah hasil keuntungan daripada penjualan tayar dan bukan wang daripada aktiviti kongsi gelap," katanya kepada Sinar Harian semalam. Beliau, yang juga Yang Dipertua Yayasan Ar-Riadah berkata, tindakan lelaki itu menyumbang kepada maahad tahfiz di Kodiang itu bersama rakan-rakannya, bukan perkara baru. Mereka sering memberi sumbangan kepada beberapa maahad tahfiz di tempat lain setiap bulan ketika keluar dari Thailand. Bagaimanapun, beliau terkejut dan tergamam apabila lelaki itu mengeluarkan sepucuk pistol secara tiba-tiba dari jaketnya. "Waktu itu saya sudah pun setuju untuk menerima sumbangan itu. Tetapi, saya jadi terkejut apabila dia keluarkan sepucuk pistol dan letakkan di atas meja. "Saya bertanyakan kepada dia, untuk apa dia keluarkan pistol. Dia kata, dia sebenarnya, ingin keluarkan wang yang disimpan dalam poket yang sama," katanya. "Dia tidak mengancam saya. Dia bercakap baik-baik sahaja. Cuma saya yang terkejut apabila dia keluarkan pistol secara tiba-tiba. "Mana tidaknya. Selalunya saya hanya tengok pistol dalam televisyen, tetapi masa itu saya melihat pistol dengan mata kepala sendiri. Memang menggerunkan," katanya. Tidak bunuh orang awam Husam berkata, beliau mengambil peluang dalam pertemuan kira-kira 30 minit itu untuk bertanya beberapa perkara kepada lelaki itu, termasuk berkaitan aktiviti kumpulan kongsi gelap yang semakin hangat diperkatakan di akhir-akhir ini. "Dia memberitahu bahawa kebanyakan kes pembunuhan yang berlaku adalah melibatkan sesama ahli kumpulan kongsi gelap dan bukan orang awam. Ia berlaku disebabkan oleh perasaan marah, dendam, dengki dan sebagainya. "Meskipun menyertai kumpulan itu, dia mendakwa dia tidak pernah membunuh orang. Dia mungkin menyimpan senjata api itu untuk keselamatan diri sendiri sahaja," katanya. Dalam perbualan itu, lelaki itu memberitahunya, bahawa pembunuh upahan yang berjaya membunuh seorang individu yang dikehendaki akan menerima upah antara RM500 dan RM1,500. "Saya amat terkejut dengan kenyataan ini. Rupanya beginilah nilainya harga manusia sekarang, sedangkan kerajaan meletakkan begitu banyak papan tanda (di tepi jalan raya) supaya rakyat menghargai nyawa masing-masing," katanya. Berdasarkan peristiwa tiga anggota kongsi gelap yang dilihatnya itu, Husam menasihatkan masyarakat supaya tidak menilai seseorang itu dari segi zahir semata-mata. Beliau menyebut sabda Nabi SAW, yang bermaksud: "ALLAH tidak pandang gambaran luaran kamu, ALLAH pandang hati kamu". "Jadi, jangan menilai dia dan anggota geng yang lain dengan gambaran buruk. Memang secara fahaman kita, mereka ini adalah samseng dan sebagainya. Mereka juga manusia yang tidak terlepas daripada melakukan kesilapan. Setiap anak Adam ada salahnya. "Cuma kita mendoakan agar mereka ini kembali ke jalan sebenar. Kesedaran mereka mengenai agama itu ada. Mereka juga manusia seperti kita," katanya ~sinar harian |
Punca Sebenar Abu Mayat Mayat Chin Peng Tidak Di Benar Pulang Tersebar Posted: 22 Sep 2013 02:16 AM PDT Keputusan kerajaan tidak membenarkan mayat atau abu Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya Chin Peng dibawa pulang ke negara ini adalah tindakan tepat memandangkan dia bukan warganegara Malaysia. Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Razali Ibrahim menegaskan ini berbeza dengan langkah kerajaan membenarkan jenazah dua suspek pengganas, Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dikebumikan di negara ini setelah ditembak mati pasukan keselamatan Indonesia. Beliau berkata, Allahyarham Azahari dan Nordin adalah rakyat Malaysia, sebab itu kerajaan tidak membantah apabila keluarga mereka mengebumikannya di Melaka dan Pontian. "Berbeza dengan Chin Peng, selain daripada bukan rakyat negara ini, dia juga adalah orang bertanggungjawab menyebabkan ribuan anggota pasukan keselamatan termasuk Askar Melayu Diraja terbunuh ketika darurat dahulu," katanya kepada pemberita di sini hari ini. Razali mengulas mengenai gesaan Naib Presiden MCA Gan Ping Siew yang mahukan kerajaan membenarkan mayat atau abu pemimpin komunis itu dibawa masuk ke Malaysia demi menghormati Perjanjian Hatyai. Malah katanya, semasa bersetuju meletakkan senjata dalam perjanjian di Selatan Thailand pada tahun 1989, pemimpin komunis itu tetap memperjuangkan ideologinya dan tidak segera mengemukakan permohonan untuk menjadi warganegara Malaysia. "Ini menunjukkan Chin Peng tidak menghormati Yang di-Pertuan Agong dan tidak mengakui sistem demokrasi yang diamalkan di negara ini," katanya. ~sinar harian |
Ustaz Azhar Idrus Di Tuduh Gatal Posted: 21 Sep 2013 10:07 PM PDT Punyalah nak mengutuk juga. Siap email dan tag kat twitter wa cakap sama lue. Ingatkan isu penting sangat. Rupa2nya isu bergambar yang jadi pertikaian. Anti betul dorang kat Ustaz Azhar Idrus ek. Anti kaw2. Perempuan tue yang tak bertudung, Ustaz plak yang kena tuduh. Entah2 dah dinasihatkan pakai tudung. Mana kita nak tahu kan. Bukan ada kat situ pun. Apa pun perempuan neh tak pasal2 glamer. Kesian la budak perempuan dalam gambar neh. Jadi modal oleh bloggers umno untuk kutuk UAI kaw2. Lainkali cuba set privacy facebook masing2. Jangan main share aje. Dah jadi macam neh nak buat macam mana lagi. UAI tue pula dah memang di anti sangat2 oleh puak sebelah sana. Macam tak biasa pula. Semua benda yang dia buat hatta orang guna gambar dia untuk kempen pru pun jadi kontroversi. Padahal dia tak terlibat pun dengan sebarang kempen2 pru. Tak tahu menahu langsung. Sampai bn fail petisyen. PAS langgar peraturan PRU sebab guna gambar UAI. Kes macam neh pun ada weh. So boleh nampakla betapa kemaruknya depa serang UAI walaupun aku tak nampak apa kerelevantnya dengan politik. Macam la PR terjejas kalau ko serang UAI kaw2. Sengal!!! Kah Kah Kah.. Baca di SINI. Addin : Addin pun ada terima e-mel dari pencacai Umno ni sebastianphiu |
Saat Yang Di Nanti-Nanti Oleh Pemimpin Umno Kini Telah Tiba Posted: 21 Sep 2013 05:43 PM PDT ALOR SETAR - Pas sedia bekerjasama dengan Umno termasuk berdialog bagi membincangkan pelbagai isu jika parti itu dipelawa, kata Presidennya Datuk Seri Abdul Hadi Awang. Katanya, Pas boleh berbincang mengenai apa sahaja isu dan sejarah membuktikan pemimpin-pemimpin Pas dan Umno boleh berada bersama di atas satu pentas. Beliau berkata, bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas Presiden Pas, Allahyarham Datuk Fadzil Noor pernah bersama dalam satu forum suatu ketika dahulu. "Dasar kita boleh berbincang apa sahaja isu seperti jenayah, rasuah dan ekonomi. Kalau kita diajak kita boleh pergi, kita boleh bincang," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan ucaptama pada Konvokesyen Kolej Islam Darul Ulum di Pokok Sena, dekat sini hari ini. Abdul Hadi berkata, jika perbincangan itu melibatkan soal Islam, Pas akan berpegang kepada dasarnya iaitu berlandaskan al-Quran, hadis, ijmak ulama dan qiyas. "Pas pernah membuka pintu mengajak Umno bermuzakarah pada 1980-an dengan berdasarkan perkara-perkara berkenaan," katanya. Baru-baru ini Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dilapor sebagai berkata, kerjasama antara Umno dan Pas untuk menyatukan orang Melayu serta umat Islam di negara ini bukan perkara mustahil. Mengenai cadangan Dewan Ulama Pas supaya tahaaluf siyaasi (kerjasama politik) antara parti itu dengan sekutunya dalam pakatan pembangkang dikaji semula, Abdul Hadi berkata, Dewan Ulama Pas berhak mengemukakan usul ke muktamar Pas akhir tahun ini yang kemudian akan dibawa ke sebuah jawatankuasa untuk ditapis. "Terpulang kepada Dewan Ulama Pas, bukan hak kita dan jawatankuasa usul akan melihatnya. Kadang-kadang usul ini tak perlu dibahas tetapi diselesaikan secara peringkat dalaman parti," katanya. ~sinar harian |
Dr. Mujahid Belasah Penulis Murahan, Atiullah Othman Posted: 21 Sep 2013 04:25 PM PDT Tulisan Atiullah Othman bertajuk Pecah dan perintah Mujahid didedikasikan untuk menjawab tulisan saya sebelumnya yang tersiar dalam drmujahid.com dan dalam The Malaysian Insider bertajuk Ulama dan bukan ulama lagi? Saya ucapkan terima kasih kepadanya kerana sudi menitipkan penanya untuk memberi komen terhadap penulisan saya. Apabila saya melihat tulisan Atiullah Othman dalam The Malaysian Insider, saya merasakan perlu dimuat turunkan dalam blog saya supaya pembaca dapat membuat penilaian terhadap komentarnya kepada tulisan asal saya. Dalam penulisan beliau kita dapat membaca corak pemikiran yang menguasai penulis. Saya mengharapkan ada sesuatu yang menyentuh intipati rencana saya untuk dikomen tetapi malangnya apa yang saya dapati ialah tulisan yang hanya bertujuan menyatakan bahawa saya anti-ulamak bahkan mempunyai game-plan atau caturan untuk 'menamatkan' kepimpinan ulamak. Saya juga tidak mengerti apa tujuannya menegaskan frasa 'yang diasaskan oleh ayahnya sendiri iaitu Ustaz Yusof Rawa'. Dari awal hingga akhir penulisannya, saya cuba mencari idea pemikirannya dalam menulis tetapi tidak saya temui melainkan ianya mirip gaya penulisan picisan oleh seorang ahli politik yang baru belajar bertatih. Jikalaupun ada pun idea yang cuba hendak disampaikan, ia adalah tentang idea konspirasi untuk menjatuhkan kepimpinan ulamak. Lebih mengejutkan saya ialah apabila saya sampai di hujung penulisannya, terpapar pengenalan diri penulis iaitu 'Penulis ialah pensyarah di sebuah universiti tempatan dan banyak menulis mengenai PAS termasuk mengenai Islam Liberal dalam PAS' . Tanpa pengenalan ini saya akan mengandaikan Atiullah adalah seorang ahli politik kerana jikalau dia adalah seorang ahli akademik penulisannya adalah lebih konstruktif dan pemikirannya lebih tersusun. Saya tidak tahu apakah Atiullah ahli akademik yang mahu jadi ahli politik atau dia ahli politik yang mahu dikenali sebagai ahli akademik, yang pasti penulis tidak amanah kepada komennya sendiri kerana dia bersikap selektif memilih ayat saya tanpa konteks menyeluruh kepada pemikiran yang saya cuba bawa dalam rencana saya. Isunya adalah merit Merit adalah perkataan yang tepat untuk semua kelompok yang bersaing dalam menempatkan diri masing-masing di hirarki parti. Merit diperlukan pada waktu persaingan berlaku bukan sahaja dalam parti tetapi dalam kehidupan biasa pun merit menjadi kayu pengukur kepada kelayakan yang dicari. Tidak ada apa yang taboo apabila kita menyatakan merit adalah keutamaan dalam menentukan kelayakan. Merit adalah sesuatu yang baik kerana ia menggambarkan kelayakan semua pihak yang bersaing , cumanya posisi yang dicari terhad dan kerana itu ia memerlukan satu lagi tahap kelayakan iaitu berpandukan merit. Kelayakan mungkin terlalu umum untuk diungkapkan, tetapi merit adalah lebih khusus apabila persaingan itu sengit dan ramai yang layak sedangkan tempatnya terhad. Layak dan merit Layak adalah keupayaan yang ada pada seseorang untuk menjalankan sesuatu tugas yang ditawarkan manakala kelayakan adalah proses mencari seseorang yang mampu memenuhi ciri ditetapkan. Kelayakan membawa konotasi kesesuaian seseorang berada di sesuatu tempat. Merit pula adalah sesuatu yang seseorang itu berhak mendapatnya kerana ciri yang jauh lebih layak daripada yang diharapkan, oleh itu merit membawa konotasi kelebihan dan pencapaian jauh dari sekadar layak. Merit tidak melihat kepada 'siapa' tetapi kepada keupayaan, kemampuan, dan kebolehan kepada sesuatu tugas atau tempat yang ditawarkan. Saya membawa konsep merit dalam Islam iaitu al-Qawi dan al-Amin. Sebenarnya ia adalah dari ayat al-Quran Surah al-Qasas ayat 26. Bagaimana penulis boleh tersasar jauh dengan tuduhan liar terhadap saya kononnya untuk menamatkan kepimpinan ulamak? Ulama dan siyasah Sebenarnya isu penglibatan ulama dalam siyasah atau politik bukanlah perkara baru. Ulama sebagai anggota masyarakat berhak memilih untuk menyertai politik samada secara politik kepartian ataupun politik secara umum. Ini adalah kerana institusi ulamak dalam Islam bukan seperti institusi kepaderian yang mengelak dari melibatkan diri dalam politik kepartian. Lagipun konsep kepaderian melihatkan diri mereka sebagai suci dari 'kekotoran dunia' di mana mengikut tanggapan mereka politik adalah sebahagian 'kekotoran dunia'. Islam tidak pula sedemikian di mana ulamak adalah mereka yang berpengetahuan dalam bidang agama dan ia tidak melambangkan 'kesucian' melainkan ulamak juga adalah manusia biasa tetapi dengan kelebihan ilmu yang mereka ada manakala dari sudut penilaian, Allah menilai mereka sama dengan manusia lain dari segi keimanan dan amalan serta keihklasannya. Berdasarkan atas kefahaman ini, apabila ulama menyertai politik kepartian dia tetap terikat dengan kaedah merit al-Qawi, al-Amin dalam melaksanakan tugasannya sebagai ahli atau kepimpinan parti, tiada pasport jaminan hanya bergelarkan ulama ia tentunya berkelayakan dalam politik kepartian. Konsep merit al-Qawi , al-Amin perlu diperjuangkan oleh ulama dalam PAS kerana mereka lebih arif kepada ruh dan makna ayat ini untuk melonjakkan PAS ke hadapan. Isunya adalah persaingan Dalam artikel saya, saya menolak tanggapan bahawa isu persaingan ialah antara ulamak dan bukan ulamak. Saya menyebut bahawa istilah 'profesional' adalah sebagai label ganti kepada non-ulama maka lahirlah istilah Ulama vs Profesional. Saya jelas bahawa label untuk persaingan lebih pantas disebut sebagai persaingan kumpulan yang mahu kekal status-quo dan kumpulan yang mahukan pembaharuan kerana di kalangan kelompok status-quo tidak semuanya ulama dan di kalangan mahukan pembaharuan ada juga di kalangan ulama. Adapun istilah gabungan Ulama dan Profesional sebagai jalan tengah ia lebih kepada jalan keluar yang selamat untuk meredakan keadaan walaupun isu pokok masih tidak digarap iaitu merit al-Qawi dan al-Amin. Saya menulis dalam rencana saya tentang dinamika persaingan ini dengan satu andaian yang positif kerana kedua kelompok yang bersaing mahukan kebaikan untuk parti. Fakta ini sengaja dikesampingkan oleh penulis dan beliau hanya tertumou fokus untuk menggambarkan seolah-olah saya memandang serong terhadap ulama. Menguruskan konflik Konflik organisasi adalah satu kajian ilmiah yang asasnya ialah bagaimana konflik diuruskan. Keperluan mengurus konflik adalah supaya tercipta peluang di sebalik konflik untuk melakukan perubahan yang lebih baik untuk sesebuah organisasi. Ilmu dan disiplinnya memerlukan pengetahuan tertentu. Saya tidak menyatakan ulama tidak berperanan sepertimana yang didakwa, saya hanya menyatakan ia memerlukan kemahiran yang boleh dipelajari oleh sesiapa pun, jadi ia bukan persoalan ulama atau tidak ulama. Kita hanya perlu berendah diri untuk membina budaya belajar dan terus belajar selagi ilmu itu membantu kita untuk memperkukuhkan parti. Saya tidak berminat untuk menjawab respons seterusnya walaupun setelah membaca artikel ini saya percaya Atiullah dan mereka seumpamanya akan respon. Saya tetap menyatakan piawaian al-Quran dalam merit al-Qawi dan al-Amin adalah jawapan kepada isu persaingan yang sihat dalam PAS. Mungkin juga dalam fikiran Atiullah dan seumpamanya sedang mencari-cari apa pula game-plan Mujahid selepas ini. ~the malaysian insider |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan