Addin |
- Menteri Kabinet Dedah Sebenarnya Tiada Undang-Undang Boleh Halang Abu Mayat Chin Peng Pulang
- Kekesalan Chin Peng Membawa Sehingga Ke Akhir Hayat
- Calon Ketua Pemuda Dedah Rahsia KJ.. Saksikanlah
- Malaysia Jadi Bahan Lawak Seluruh Dunia.. Ini Puncanya
- Patutlah Polis Ambil Alih AES.. Ini Sebabnya
Menteri Kabinet Dedah Sebenarnya Tiada Undang-Undang Boleh Halang Abu Mayat Chin Peng Pulang Posted: 21 Sep 2013 09:20 AM PDT Kerajaan tidak boleh menghalang sesiapa sahaja membawa pulang abu mayat Chin Peng ke Malaysia kata Timbalan Menteri Dalam Negeri Datuk Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar (gambar). Menurut Wan Junaidi, jika seseorang ditahan di lapangan terbang dengan abu mayat Chin Peng, beliau tidak tahu bagaimana pihak berkuasa akan menguruskan situasi berkenaan. "Tiada apa yang boleh dilakukan pihak berkuasa. Kita tidak mempunyai undang-undang untuk menghalang atau mengenakan tindakan kepada seseorang yang membawa abu masuk," katanya kepada pemberita di Kuching hari ini."Saya tidak boleh bayangkan. Saya tidak tahu undang-undang mana boleh halang mereka," tambah Wan Junaidi yang pernah memerangi komunis semasa darurat di Sarawak.Beliau mengatakan jika terdapat undang-undang sekalipun, sukar bagi kerajaan untuk menghalang seseorang untuk membawa abu masuk ke dalam negara. "Tiada apa yang kerajaan boleh buat tentangnya," kata Junaidi yang juga merupakan seorang peguam.Chin Peng atau nama sebenarnya, Ong Boon Hua, meninggal dunia di hospital di Bangkok, Thailand pada ulangtahun sambutan Hari Malaysia ke 50, sebulan sebelum hari lahirnya yang ke-89. Ketika hayatnya, beliau berulang kali menyuarakan hasratnya untuk dikebumikan di kampungnya di Sitiawan, Perak.Beliau dilantik sebagai setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) pada usia 23 tahun dan menjadi "musuh nombor satu" British di Asia Tenggara ketika pemberontakan komunis di Malaya. Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak sebelum ini berkata, kerajaan tidak akan menarik diri daripada pendirian untuk menghalang abu mayat Ching Peng dibawa balik dan mencabar mereka yang tidak berpuas hati dengan keputusan itu untuk mengambil tindakan undang-undang. Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata semua pintu masuk ke dalam negara berada dalam keadaan berjaga-jaga, kerana kerajaan bimbang abu mayat Chin Peng dibawa masuk. Parti komponen Barisan Nasional (BN), MCA juga melahirkan pendapat mayat Chin Peng patut dibenarkan pulang ke sini.Pengerusi biro publisiti MCA Datuk Heng Seai Kie berkata, jika mayat pengganas Dr Azahari Husin dan Nordin Mohamad Top dibenarkan untuk dikebumikan di Malaysia, mengapa tidak Chin Peng. Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu tidak bersetuju dengan tindakan kerajaan menghalang abu mayat Chin Peng dibawa pulang ke Malaysia kerana katanya, tiada apa yang perlu ditakutkan dengan abu mayat pemimpin komunis itu. Menurutnya, Islam sendiri tidak pernah menghalang mayat musuh agama untuk dijauhkan daripada tempat suci dan keadaan seumpama turut berlaku di Mekah. Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Noor dalam temuramah bersama stesen radio BFM semalam memberi amaran Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tidak berganjak daripada keputusan "naïf" dengan enggan membenarkan abu mayat Chin Peng dibawa masuk ke dalam negara untuk disemadikan. Menurutnya, tindakan itu juga akan menyebabkan bekas pemimpin komunis itu bertukar menjadi ikon dan ia adalah langkah terkebelakang dalam cubaan kerajaan untuk memenangi semula sokongan masyarakat Cina berikutan prestasi buruk dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) lalu. ~the malaysian insider |
Kekesalan Chin Peng Membawa Sehingga Ke Akhir Hayat Posted: 21 Sep 2013 07:25 AM PDT Salah satu perkara yang menjadi kekesalan besar Chin Peng dalam hidupnya ialah terlepas detik melihat anaknya membesar. Kekesalan itu dilahirkan dalam nota akhir yang ditinggalkan bekas setiausaha agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu yang turut dimuatkan dalam buku kenangan "In Everlasting Memory: Dare to Struggle, Dare to Sacrifice". Dalam surat itu, Chin Peng turut melahirkan kekesalannya kerana diperkenalkan kepada anaknya sebagai orang asing."Saya menyertai PKM dan menjadi setiausaha agungnya, saya korbankan tenaga dan khidmat saya berjuang untuk keadilan dan masa depan masyarakat dalam ideologi sosialis. Saya beruntung dua anak saya sanggup menjaga seorang ayah yang tidak mampu beri kasih sayang dan perlindungan sejak lahir."Saya hanya dapat mencurahkan kasih sayang selepas meletakkan fahaman dan tugas saya serta setelah tiada lagi yang dapat saya berikan sebagai seorang ayah," katanya dalam surat bertajuk 'My Last Wish'. Chin Peng berkata, beliau diminta untuk menulis surat berkenaan disebabkan media pernah melaporkan pada 2011 bahawa beliau mungkin dijatuhkan hukuman mati. Pemimpin PKM itu menghembuskan nafas terakhir di hospital awal minggu ini sebulan sebelum ulang tahun kelahirannya ke-89."Saya sedih tidak dapat hadir ke majlis pengebumian ibu bapa saya di Sitiawan dan kembali ke tanah air di mana tempat berjuang menentang penjajah dan kolonial. "Saya mahu diingati sebagai orang yang baik dan memberitahu dunia mengenai pengorbanan untuk dunia yang lebih baik," katanya.Mayatnya akan disemadikan di Bangkok petang Isnin depan. ~the malaysian insider |
Calon Ketua Pemuda Dedah Rahsia KJ.. Saksikanlah Posted: 21 Sep 2013 03:49 AM PDT Seorang daripada calon jawatan Ketua Pemuda Umno memulakan kempennya hari ini dengan mengkritik kepimpinan sedia ada pergerakan itu yang diibaratkannya seperti "warganegara Bangladesh kerana tidak pernah bersekolah di Malaysia". Penolong Setiausaha Pemuda Cawangan Pusat Bandar Taman Chempaka, Selangor, Syed Rosli Syed Harman Jamalullail tanpa menamakan sesiapa, membuat kenyataan itu selepas menyerahkan borang pencalonannya pagi tadi. Menurutnya, pemimpin pergerakan itu sekarang tidak pernah bersekolah di Malaysia menyebabkan mereka tiada asas dalam memahami perjuangan bangsa. "Untuk memahami perjuangan bangsa, kita perlu secara asasnya mengalaminya sendiri."Jikalau kita tidak pernah membesar dan bersekolah di Malaysia, bagaimana kita hendak faham perjuangan Melayu, agama, bangsa dan negara?" Di kalangan pemimpin yang ada, mereka tidak bersekolah di Malaysia pun," katanya."Dia ibarat macam Bangla datang (ke sini), umur 20 tahun datang Malaysia, nak cerita perjuangan Melayu, dia berjuang apa? "Dia tak pernah bersekolah di Malaysia pun," katanya kepada pemberita.Beliau turut mencuri perhatian ramai apabila bersumpah atas nama Allah tidak akan terlibat dengan rasuah sebaik selesai menyerahkan borang pencalonannya. "Demi Allah yang Maha Pengasih dan Maha Pemurah, saya bersumpah tidak akan terlibat atau membenarkan amalan rasuah, salahguna kuasa atau politik wang jika saya dipilih sebagai ketua pemuda," katanya kepada pemberita. Sehingga kini, jawatan ketua pemuda Umno sah akan direbut tiga orang melibatkan penyandang, Khairy Jamaluddin, Akhramsyah Sanusi Junid, dan Syed Rosli.Seorang lagi yang telah menyatakan hasratnya, Ketua Pemuda Umno Bahagian Merbok, Karim Ali masih belum menyerahkan borangnya. ~malaysiakini |
Malaysia Jadi Bahan Lawak Seluruh Dunia.. Ini Puncanya Posted: 21 Sep 2013 02:11 AM PDT Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Abdul Rahim Mohd Noor mengingatkan bahawa Malaysia akan menjadi bahan ketawa jika kerajaan tetap enggan membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang ke negara ini. "Jika kerajaan - pihak berkuasa - tunduk kepada tekanan awam tidak membenarkan abu Chin Peng dibawa pulang, saya fikir, kita menjadikan Malaysia bahan ketawa seluruh dunia ," katanya dalam satu temubual yang disiarkan di BFM semalam. Abdul Rahim, yang mengetuai rundingan damai antara pihak Malaysia dengan Parti Komunis Malaya (PKM ) pada akhir tahun 1980-an , berkata keengganan untuk membenarkan Chin Peng pulang ke negara ini, walaupun sewaktu beliau masih hidup, umpama memperolok-olokkan Perjanjian Damai Hatyai pada 1989. Beliau yang ketika itu merupakan Ketua Cawangan Khas Malaysia , berkata beliau telah dapat menyakinkan kerajaan pada masa itu untuk mengadakan perbincangan dengan pihak komunis, lebih 30 tahun selepas kegagalan rundingan Baling pada 1955. Abdul Rahim berkata walaupun tempoh darurat selama 12 tahun telah ditarik balik pada tahun 1960 , pasukan keselamatan masih berperang dengan saki baki komunis pada 1980-an, tetapi kejatuhan komunisme di rantau ini merupakan satu peluang untuk mengadakan rundingan damai yang baru. Pada masa itu, katanya, masih terdapat kira-kira 2,000 komunis di sepanjang sempadan Malaysia- Thailand, dengan dua kumpulan terbesarnya ialah Biro Malayan Utara dan Rejimen ke-10, yang sebahagian besar anggotainya adalah Melayu. Dengan sokongan perdana menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad, Abdul Rahim berkata, Cawangan Khas, secara rahsia , dimulakan rundingan dengan komunis pada akhir tahun 1987 dan pada awal tahun 1988 di Pulau Phuket, yang berlangsung selama lima pusingan. Ini, katanya, berakhir dengan perjanjian damai 1989 ditandatangani di Hatyai, dan terdiri daripada dua perjanjian, satu yang mengandungi syarat-syarat utama dan satu lagi mengenai butiran pentadbiran bagaimana syarat-syarat akan dilaksanakan. "Saya terlibat dalam menderaf kedua-dua perjanjian itu, jadi saya tahu sepenuhnya bahawa di bawah syarat-syarat perjanjian , pertama sekali, perjanjian itu mengikat semua anggota PKM , dari yang tertinggi, paling atas hingga ke bawah, yang paling rendah . "Jika anda mengatakan bahawa Chin Peng sebagai setiausaha agung parti (PKM) adalah anggota yang paling tertinggi , maka dia layak untuk mendapatkan semua keistimewaan, kelebihan atau apa sahaja janji-janji yang dibuat dalam perjanjian itu yang termasuk untuk dia dibenarkan untuk datang (ke Malaysia)," kata Abdul Rahim. Selain itu, katanya, mengikut perjanjian tersebut, sekiranya bekas anggota komunis tidak dibenarkan untuk pulang tinggal di Malaysia, mereka masih perlu dibenarkan masuk ke negara ini atas lawatan sosial."Tapi dalam kes Chin Peng, dia tidak dibenarkan kedua-duanya. Bagi saya, ia adalah tidak masuk akal, sama sekali tidak masuk akal. Ia adalah tidak adil, tidak adil..."Terdapat (bekas komunis) lain yang dibenarkan untuk pulang dan mereka kebanyakannya adalah Melayu. Abdullah CD dibenarkan untuk pulang ke Malaysia dan telah diperkenan menghadap Sultan Perak sekarang. "Rashid Maidin, saya diberitahu, mengerjakan haji melalui KL dengan bantuan pihak berkuasa Malaysia. Apa semua ini?" kata Abdul Rahim.Abdullah CD adalah pengerusi PKM manakala Rashid Maidin adalah ahli jawatankuasa pusat PKM. Ditanya sama ada ketegasan untuk tidak membenarkan Chin Peng pulang, walaupun dia telah meninggal, berasaskan garis kaum, Abdul Rahim yang teragak-agak seketika, kemudian berkata: " Saya tidak bersedia untuk membuat andaian seperti itu ". "Setakat kes Chin Peng ini, kita telah mewujudkan keadaan di mana kita memperolok-olokkan prjanjian (damai) tersebut," katanya.Beliau mengingatkan bahawa pendirian kerajaan melarang abu Chin Peng disemadikan di kampung halamannya di Sitiawan, Perak, telah menjadikan bekas pemimpin komunis sebagai satu ikon. "Secara khusus, saya fikir ia tidak baik untuk parti pemerintah, terutamanya dalam usaha mereka dalam pasca pilihan raya umum ke-13, untuk memenangi kembali sokongan kaum Cina Malaysia," katanya. Kerajaan telah menjustifikasikan keputusannya itu dengan mengatakan bahawa Chin Peng bertanggungjawab atas kematian ramai anggota pasukan keselamatan , yang kebanyakannya adalah orang Melayu. Abdul Rahim mengeluh kerana orang seolah-olah tidak memahami konteks perjuangan komunis antarabangsa dan sebaliknya melihat bahawa 40 tahun pemberontakan komunis di Malaya adalah "Chin Peng melawan seluruh jentera kerajaan". Beliau menegaskan bahawa kajian menunjukkan struktur komunis adalah secara kolektif dan ia bukan "one-man-show" di Chin Peng yang membuat semua keputusannya. "Saya tidak tahu mengapa ia perlu menjadi begini (Chin Peng lawan kerajaan). Hakikatnya adalah bahawa baik atau buruknya - siapa pun Chin Peng, latar belakangnya ialah perjanjian damai telah ditandatangani. Kita mesti menghormati terma dan syarat-syaratnya," katanya. ~malaysiakini |
Patutlah Polis Ambil Alih AES.. Ini Sebabnya Posted: 20 Sep 2013 07:56 PM PDT Operasi dan penguatkuasaan Sistem Penguatkuasaan (lalu lintas) Automatik (AES) telah diambil alih oleh Polis Diraja Malaysia (PDRM).Menteri Dalam Negeri Ahmad Zahid Hamidi dilaporkan berkata perkara itu sudah berkuatkuasa dan membabitkan semua lokasi AES yang sedia ada. Saya setuju dan terima kasih kerana menurunkan kompaun daripada RM300 kepada RM150.Tetapi apa maksudnya? Siapa yang tanggung kos pemasangan sistem itu? Adakah dua syarikat swasta yang membekalkan sistem itu (yang dicamkan sebagai Beta Tegap Sdn Bhd dan ATES Sdn Bhd) tidak lagi terbabit? Kalau tidak lagi terbabit, adakah mereka telah dibayar kos membekalkan sistem itu dan berapa pula jumlah pampasan yang dibayar kepada mereka? Atau apakah PDRM ambil alih daripada JPJ tetapi dua syarikat itu masih mendapat potongan saman yang dibayar oleh pemilik kenderaan?Pastinya tentu bukan ambil alih begitu saja. Apatah lagi dua syarikat terlibat itu dikaitkan dengan seorang budak Tingkat Empat, Pejabat Perdana Menteri (PMO), yang dikatakan sangat berpengaruh.Silap-silap lagi menguntungkan mereka. Kalau dulu kena tunggu pemandu bayar saman baru dapat "cut" (habuan) mereka, kini mereka mungkin telah dibayar "lump sum" apa yang mereka belanjakan campur "lost of future income" sekali. Kalau belum dijelaskan, tolonglah jelaskan. Ini duit rakyat dan operasinya libatkan rakyat. Jangan lupa ikrar janji ditepati. Boleh jadi juga, operasi dipindahkan daripada JPJ kepada PDRM tapi perjanjian tak berubah – maksudnya walhasil balik asal, itu pasal tak hasil. Tapi tak masuk akal sebab jumlah kompaun telah dikurangkan separuh. Wallahualam. ~kadirjasin |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan