Isnin, 2 September 2013

Addin

Addin


Gambar Kemalangan Di Stesen Minyak Angkara Kenaikan Harga

Posted: 02 Sep 2013 09:21 AM PDT


Bahana minyak naik sampai accident berlaku di Stesyen Minyak Shell Durian Tunggal Melaka. Rakyat jadi mangsa ...

Bila mengenangkan semua, kita tidak marah kepada kerajaan BN tetapi geram dan kesal dengan rakyat yang mengundi BN

SPR yang menjalankan PRU tidak telus dan .....rakyat yang makan rasuah politik.





~mutaligat





Iklan C (ii)


Adam Adli Dan Hishamuddin Rais Di Tahan Polis

Posted: 02 Sep 2013 07:42 AM PDT

Aktivis Adam Adli Abdul Halim dan Hishamuddin Rais telah ditahan polis kira-kira jam 8.50 malam tadi dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi.

The Malaysian Insider berjaya menghubungi dua aktivis itu dan mereka telah mengesahkan ditahan di bawah Akta Hasutan 1948 dipercayai kerana mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada malam sambutan kemerdekaan pada Jumaat.

"Kami ditahan kira-kira jam 9 malam tadi sewaktu sedang menikmati makan malam di Kampung Baru.

"Kami kini masih berada di IPD Dang Wangi dan dibenarkan menghubungi peguam. Kami masih menunggu kehadiran peguam, namun masih belum pasti siapakah yang akan mewakili kami," kata Hishamuddin apabila dihubungi The Malaysian Insider.

Agensi berita nasional, Bernama melaporkan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamid berkata polis sedia menyiasat pihak yang mengibar bendera "Sang Saka Malaya" jika ada laporan dibuat mengenainya.

Beliau menegaskan tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap kumpulan yang mempertikaikan status Jalur Gemilang sebagai bendera Malaysia.

Mengulas mengenai kumpulan yang mengibarkan bendera "Sang Saka Malaya" pada sambutan ambang Merdeka di Dataran Merdeka Jumaat lalu, beliau berkata, pihak yang tidak berpuas hati dengan insiden itu harus membuat laporan polis.

Katanya, sebagai rakyat Malaysia yang mengaku taat setia kepada negara, soal mempertikai bendera kebangsaan harus dielakkan. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Najib Mungkin Adakan Dialog BN, PKR?

Posted: 02 Sep 2013 07:03 AM PDT

Jika ia terserah kepada ahli majlis tertinggi Umno untuk membuat keputusan, jemputan Datuk Seri Anwar Ibrahim mengadakan dialog antara Pakatan Rakyat (PR) dan Barisan Nasional (BN) mengenai isu yang melanda negara, pastinya akan ditolak secara terang-terangan.

The Malaysian Insider difahamkan bahawa kebanyakan ahli majlis tertinggi menolak cadangan ketua pembangkang itu untuk membincangkan isu yang menekan negara sekarang selepas Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak yang membangkitkan isu itu untuk dibincangkan dalam mesyuaratnya Jumaat lalu.

Majoriti ahli majlis tertinggi berkata, Anwar `terdesak' dan `tidak boleh dipercayai'. Seorang ahli tertinggi Umno yang enggan namanya didedahkan, memberitahu The Malaysian Insider, bahawa perdana menteri sendiri yang membangkitkan cadangan Anwar pada permulaan mesyuarat.

"Ramai juga yang hadir menentang idea itu. Kebanyakannya berpendapat Anwar terdesak dan mahu kekal relevan selepas kalah dalam petisyen pilihan raya," kata sumber itu.

Datuk seri Nazri Aziz dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam kelihatan paling meragui tawaran Anwar untuk mengadakan dialog itu.

Mereka menuduh Anwar tidak jujur dan menyatakan bahawa satu-satunya alasan untuk tawaran berdialog itu ialah Anwar berjuang untuk terus relevan, terutama sejak petisyen yang difailkan parti pembangkang ditolak oleh mahkamah.

"Ada beberapa ahli majlis tertinggi seperti Datuk Dr Awang Adek Hussin dan Datuk Saifuddin Abdullah yang memberikan pandangan lebih sederhana dan munasabah," katanya.

Awang menyatakan mengenai orang Melayu mahu melihat perpaduan, sementara Saifuddin berkata, majlis perlu memberi maklum balas terhadap tawaran itu secara berstrategi, terutama sejak Najib ada bercakap mengenai perdamaian kebangsaan pasca PRU13.

Perdana menteri, kata sumber itu, hanya mendengar tanpa memberikan pandangannya.

Anwar menganjurkan beberapa siri rapat umum dengan nama Black 505 selepas membantah keputusan pilihan raya umum 5 Mei lalu.

"Walaupun kami membantah kesahihan keputusan pilihan raya lalu, kami bersedia untuk meletakkan ke tepi perbezaan demi negara," katanya.

"Kita percaya adalah sangat mustahak untuk perdana menteri mengadakan mesyuarat meja bulat antara kerajaan BN dengan PR untuk membincangkan isu yang dibankitkan dan menghasilkan penyelesaian yang komprehensif," katanya.

Anwar dalam ucapan Hari Kemerdekaan, berkata beliau meminta pertemuan segera diadakan antara kedua-dua parti untuk menyelesaikan masalah yang melanda negara.

"Pertemuan antara kedua-dua pihak PR dan BN perlu diadakan serta merta untuk menyelamatkan Malaysia," katanya.

Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein mengesahkan majlis tertinggi sudah mencapai kata sepakat mengenai perkara itu, tetapi menyerahkan kepada Najib untuk mengumumkannya. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)

Sah!! Minyak RON 95 Naik Tengah Malam Ini

Posted: 02 Sep 2013 05:55 AM PDT


Putrajaya hari ini mengumumkan langkah untuk menaikkan minyak petrol RON95 kepada 20 sen seliter, kata Datuk Seri Mohd Najib Razak hari ini.

Najib, yang juga merupakan Menteri Kewangan, berkata kenaikkan tersebut akan berkuatkuasa mulai tengah malam ini.

"Selepas berbincang, saya mengumumkan kenaikkan RON95 sebanyak 20 sen seliter," kata Najib.

Pada ketika ini, harga seliter RON95 adalah RM1.90 seliter.



Iklan C (ii)

Rumak Adik Tuan Guru Nik Aziz Terbakar

Posted: 02 Sep 2013 03:50 AM PDT


Rumah Jiran Tok Guru Terbakar.. Dimaklumkan Sebelah Rumah Tok Guru Yang Juga Adik Kepada TGNA, Iaitu Nik Din Nik Mat..  

Rumahnya berdekatan dgn rumah TGNA.. dekat Kg Pulau Melaka... Telah Terbakar.Semoga Tiada Kemalangan Jiwa !!!





Iklan C (ii)


Ini Kenyataan Rasmi Kesatuan Ulama Sedunia Mengenai Konflik Mesir

Posted: 02 Sep 2013 02:29 AM PDT


Kenyataan Rasmi Pada 29 Ogos 2013 :: 22 Syawal 1434

Kenyataan terbaru yang dikeluarkan oleh Kesatuan Ulama Islam Se-Dunia mengenai isu Mesir iaitu :

1- Wajib memberikan bantu ke atas rakyat yang dizalimi dan haram bersetongkol bahkan cenderung kepada kezaliman yang berlaku.

2- Pihak media, wartawan dan segala saluran informasi dituntut melaporkan perkara yang benar dan tidak menyembunyikan hak dengan mengada-adakan pendustaan dan penipuan atas apa yang berlaku.

3- Para mufti dan alim ulama digesa agar kembali bertakwa kepada Allah dalam mengeluarkan sebarang fatwa. Fatwa yang berbentuk memberikan keizinan dan keharusan dalam menumpahkan darah adalah fatwa yang dikeluarkan oleh orang yang menjual agama dan mengundang kemurkaan Allah.

4- Umat Islam di seluruh dunia digesa untuk memberikan sebarang bantuan yang termampu dalam bentuk doa, qunut nazilah dan sebagainya terhadap umat Islam dan rakyat Mesir yang dizalimi lagi ditindas.

sumber : qaradawi.net



Iklan C (ii)

Menantu Ketua Menteri Sarawak, Di Tumbuk, Di Tendang Oleh Suami

Posted: 02 Sep 2013 02:03 AM PDT

Shahnaz A Majid (gambar) menitiskan air mata di mahkamah hari ini ketika mengenang kembali trauma fizikal, emosi dan mental yang dideritainya sepanjang perkahwinan dengan anak ketua menteri Sarawak, Datuk Seri Mahmud Abu Bekir Abdul Taib.

Dengan teresak-esak, Shahnaz mengaitkan bagaimana beliau dipukul, ditumbuk, ditendang dan diserang dari 1994 hingga 1998 dengan alasan mengapa beliau masih terus kekal bersama suaminya walaupun didera.

"Biasanya, tidak ada sebab tertentu yang menyebabkan sikap ganasnya. Kami mungkin sedang berbual, saya mungkin tidak bersetuju dengannya dan dia boleh memukul saya," katanya ketika disoal peguamnya, Akbardin Abdul Kader di Mahkamah Tinggi Syariah Kuala Lumpur, hari ini.

"Dia pukul saya di kepala, bahu dan juga tendang perut saya," katanya.

Di sebalik semua itu, Shahnaz mengaku beliau tidak membuat laporan polis atau mendapatkan rawatan perubatan.

"Bagaimana saya hendak berbuat begitu? Keluarganya sangat berpengaruh di Sarawak. Bapanya ialah ketua menteri (Tan Sri Abdul Taib Mahmud) negeri. Saya tidak boleh memalukannya. Saya perlu melindungi nama baik bekas suami.

"Pernah sekali saya beritahu kakaknya tetapi tiada perubahan. Jadi apa lagi yang boleh saya buat? Hanya telan semuanya, berdoa dan bersabar," katanya.

Shahnaz, yang juga kakak kepada penyanyi jazz Datuk Sheila Majid, memberi keterangan dalam perbicaraan terhadap permohonannya menuntut harta sepencarian bernilai RM300 juta dan RM100 juta tuntutan mutaah bagi penyelesaian perceraiannya.

Shahnaz, 50, mendakwa 50 peratus daripada keseluruhan aset dimiliki oleh Mahmud Abu Bekir. Ini adalah termasuk kereta mewah, rumah di beberapa lokasi, tanah di Sarawak dan saham.

Prosiding penyelesaian perceraian itu mendapat perhatian kerana ia menunjukkan kekayaan keluarga ketua menteri Sarawak itu.

Dalam permohonan yang difailkan ketika permohonan cerai, Shahnaz menyenaraikan aset Mahmud Abu Bekir dan antaranya ialah tujuh kereta mewah, ribuan hektar tanah di Sarawak dan saham dalam 15 syarikat – diisytiharkan sebagai harta sepencarian yang boleh dibahagikan.

Shahnaz dan Mahmud Abu Bekir berkahwin pada 9 Januari, 1992 dan mempunyai seorang anak lelaki, Raden Myura Abdul Taib Mahmud, 20.

Mereka berkahwin selama 19 tahun dan empat bulan sebelum Mahmud memfailkan perceraian pada 11 Mei, 2011.

Dalam keterangannya hari ini, beliau berkata, pernah diserang di rumahnya, dalam kereta dan juga dalam bilik air.

Beliau mengalami lebam di tubuhnya dan ada satu ketika, beliau lebam di bahagian mata selama seminggu.

"Saya tidak boleh membaca atau menonton televisyen," katanya dan menambah beliau trauma dan hidup dalam ketakutan.

"Pada 1997, saya mengalami keguguran kerana tertekan dengan perkahwinan kami dan kerja. Walaupun Mahmud membawa saya ke hospital, dia menyalahkan saya kerana keguguran itu," katanya.

Shahnaz menangis lagi ketika memberitahu mahkamah bagaimana beliau menderita secara mental dan emosi apabila bekas suaminya menderanya secara lisan.

"Dia suka menggunakan kata-kata kasar. Dia akan memaki hamun saya, panggil saya jalang, terdesak, tua dan gila.

"Pernah sekali dia tanya mengapa saya tidak bunuh diri," katanya sambil mengesat air matanya.

"Itu adalah kata-kata daripada suami saya, tempat saya bergantung."

Shahnaz berkata, pada ketika itu, beliau tahu bahawa tidak ada apa-apa lagi yang tinggal dalam perkahwinannya.

Beliau memberitahu mahkamah bahawa selain dihina dan dicederakan secara fizikal, suaminya membawa seorang perempuan Australia ketika menghadiri majlis perkahwinan adiknya pada Ogos, 2000.

"Dia tidak menghiraukan saya langsung. Dia memalukan saya dan keluarga di hadapan jiran kami, kenalan perniagaan…malah sebenarnya di hadapan semua orang di Kuching," katanya.

"Kira-kira dua minggu selepas kejadian itu, dia menghubungi saya dan bertanya bila saya mahu keluar dari rumah itu. Saya terkejut dan bertanya apa maksud dia.

"Dia beritahu perempuan Australia itu tidak mempunyai almari baju yang mencukupi. Saya tidak tahu bagaimana hendak menggambarkan apa saya rasa pada ketika itu. Saya tidak tanya langsung siapa perempuan itu, sama ada mereka sudah berkahwin. Saya hanya terkedu."

Shahnaz akhirnya keluar dari rumah itu dan pergi ke Kuala Lumpur bersama anak mereka.

Perbicaraan di hadapan Hakim Muhamad Abdul Karim Wahab bersambung petang ini.

Terdahulu, dalam kenyataannya, Shahnaz, yang juga pengarah syarikat milik keluarga Cahaya Mata Sarawak Berhad, memberitahu mahkamah bahawa bekas suaminya mengabaikan nafkah batinnya selama 10 tahun sepanjang perkahwinan mereka.

Perbicaraan itu sepatutnya bermula pada 24 September hingga 24 Disember tahun lalu, membabitkan beberapa testimoni aset dan akaun Mahmud yang dikatakan mencecah billion ringgit, didedahkan.

Pada Mac tahun ini, Mahkamah Syariah Rayuan yang membenarkan permohonan Mahmud memerintahkan perbicaraan semula bagi kes perceraian bernilai RM400 juta itu, sebelum seorang lagi hakim mahkamah syariah tertinggi mendapati perbicaraan mutaah itu tidak dikendalikan mengikut prosedur.

Mahkamah memerintahkan perkara itu didengar semula. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Shafie Afdal Cakap Tidak Afdal Berdialog Dengan Anwar

Posted: 01 Sep 2013 11:43 PM PDT

Tawaran rundingan oleh Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya "buang masa", kata Naib Presiden Umno, Datuk Seri Shafie Afdal hari ini.

Shafie bekrata, kerajaan tidak perlu menghiraukan sebarang tawaran yang dibuat Anwar kerana pilihan raya sudah berakhir, sebaliknya kerajaan perlu memfokuskan untuk memerintah negara selepas mendapat mandat baru pada 5 Mei lalu.

"Pilihan raya sudah berakhir, tidak perlu kita beri platform kepadanya lagi. Bagi kita, apa yang penting sekarang ialah kita teruskan memerintah negara dan bangunkan negara, satukan rakyat.

"Pandangan saya ialah ia membazirkan masa sahaja dialog dengan Anwar," katanya dalam sidang media selepas menghadiri majlis perasmian Karnival Usahawan Luar Bandar 2013 di Seri Pentas pagi ini.

Beliau berkata, rundingan itu tidak mendatangkan sebarang faedah dan tidak akan membantu kerajaan dalam meningkatkan khidmat kepada rakyat.

"Tidak ada manfaat untuk berdebat dan manfaat," katanya.

Selain Shafie, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin Abu Bakar turut menolak tawaran rundingan itu serta mengganggapnya sebagai satu tindakan terdesak.

Menteri Belia dan Sukan itu berkata, Anwar mengambil tindakan itu selepas Pakatan Rakyat (PR) kalah dalam hampir semua petisyen pilihan raya di seluruh negara.

Ahli Majlis Tertinggi (MT) Umno, Datuk Muhkriz Mahathir turut mempersoalkan motif Anwar untuk menggesa perbincangan di antara dua gabungan politik yang bertelagah itu.

Minggu lalu, seorang lagi Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein, berkata mesyuarat Majlis Tertinggi membincangkan tawaran tersebut tetapi hanya Datuk Seri Najib Razak yang layak mengumumkannya.

Anwar dalam perutusan sempena Hari Kemerdekaan negara ke-56 baru-baru ini menyatakan kesediaan untuk bertemu dengan kerajaan bagi menyelesaikan masalah negara.

Anwar turut menggesa pertemuan segera diadakan antara PR dan BN.

"Titik pertemuan BN dan PR perlu segera dicari bagi menyelamatkan negara di samping menyeru melupakan kesalahan masing-masing sempena hari kemerdekaan negara esok," katanya dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR di Petaling Jaya, minggu lalu.

Ketua Umum PKR itu berkata, meskipun PR mendapat undi majoriti rakyat, namun mereka bersedia melupakan ketegangan dan penyelewengan yang dilakukan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) semasa pilihan raya 5 Mei lalu.

Beliau berkata, antara topik yang boleh dibincangkan bersama ialah membabitkan isu kaum dan agama yang mencetuskan ketegangan akhir-akhir ini; masalah ekonomi negara yang semakin merudum dan masalah jenayah yang semakin membimbangkan rakyat di seluruh negara.

"Datuk Seri Najib Razak harus terbuka untuk berbincang kerana banyak dasar dan program yang boleh disepakati bersama. Pendekatan PR untuk mengajak BN berbincang bukan bagi membentuk sebuah kerajaan perpaduan tetapi perbincangan terbuka yang biasa diamalkan kerajaan demokrasi.

"Kami mahu perubahan yang adil bagi memastikan negara mengamalkan prinsip demokrasi. Ini kerana pendedahan Fitch Ratings baru-baru ini perlu dipandang serius oleh kerajaan kerana kira-kira RM20 billion setahun dapat dijimatkan jika urus tadbir ekonomi negara dilakukan dengan cara yang baik," katanya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Gambar Santai Terbaru Ustaz Azhar Idrus..

Posted: 01 Sep 2013 08:36 PM PDT















Ustaz Azhar Idrus di sidang Media selepas kayuahan Amal ..Mercy untuk tabung Keamanan Syiria.






Iklan C (ii)


Punca Sebenar-Benar Melayu Sertai DAP Tersebar

Posted: 01 Sep 2013 05:52 PM PDT

Bertempat di lobi sebuah hotel, Dyana Sofya Mohd Daud bersiap sedia untuk diwawancara selepas seharian berkunjung ke rumah-rumah terbuka Hari Raya Aidilfitri di sekitar Johor Bahru.

Mengenakan baju kurung merah hati dihiasi kerongsang berwarna keemasan, Dyana sebenarnya baru selesai memenuhi jemputan rumah terbuka mewakili majikannya, Anggota Parlimen Gelang Patah, Lim Kit Siang.

Berasal dari Ipoh, beliau kini bertugas sepenuh masa di kawasan parlimen Gelang Patah sebagai setiausaha politik pemimpin veteran DAP itu selepas pilihan raya umum yang lalu.

Awal tahun 2012, graduan undang-undang Universiti Teknologi Mara (UiTM) ini mencuri tumpuan ramai apabila kemasukannya ke dalam DAP diumumkan Kit Siang sendiri pada satu sidang media khas.

Mengimbau kembali pengalamannya di UiTM, Dyana kini berpendirian satu institusi pengajian tinggi awam seperti UiTM perlu diwujudkan untuk orang bukan Melayu.

Dyana kesal melihat sebahagian rakan-rakan bukan Melayunya, baik yang mendapat keputusan peperiksaan cemerlang atau pun tidak, dinafikan peluang melanjutkan pelajaran ke institut pengajian tinggi awam.

"Golongan bukan Melayu perlu ada peluang sama seperti orang Melayu.

"Sebuah institusi pengajian tinggi yang menerima kemasukan golongan bukan Melayu dan pada masa yang sama mereka hanya perlu membayar yuran yang sama seperti yang kita bayar di UiTM," katanya dalam wawancara dengan Malaysiakini baru-baru ini.

'Emak saya masih Umno'

Beliau percaya sudah sampai masanya sistem pendidikan di Malaysia bergerak melangkaui garis perkauman dan diacu berasaskan keperluan.

Walaupun kini bergerak bersama DAP, Dyana sebenarnya datang daripada sebuah keluarga yang aktif di dalam Umno.

"Emak saya masih lagi ahli Umno sehingga sekarang. Beliau adalah setiausaha bahagian wanita yang pertama di Malaysia. Malah, bapa saudara-bapa saudara saya juga terlibat dalam politik (Umno).

"Mereka akan berbincang tentang politik sewaktu perjumpaan keluarga. Saya dengar cerita-cerita mereka dan saya membesar dengan cerita-cerita itu," katanya.

Ditanya tentang reaksi ibunya sewaktu beliau melahirkan hasrat menjadi ahli DAP, Dyana berkata ibunya bersikap memahami dan merestui pilihan beliau.

"Kata ibu kalau itu perkara yang kita percaya, lakukan sahaja kerana kadang-kala elok juga untuk kita melawan arus bagi membuat satu kenyataan," kata peguam muda itu yang mempunyai firma guaman di Cyberjaya.

Stigma curiga DAP

Walaupun percaya politik adalah satu wadah untuk berkhidmat kepada masyarakat, tanggungjawab Dyana di kawasan Gelang Patah tidak sunyi daripada cabaran menguruskan stigma sebahagian orang Melayu Johor yang masih curiga dengan DAP.

Beliau dan dua lagi staf pejabat anggota parlimen Gelang Patah pernah dihalau dari sebuah kampung awal Jun lalu walaupun mereka ke situ untuk mendapatkan butiran masalah penduduk setempat bagi pihak Kit Siang.

"Selepas menang, kami ada menerima panggilan dari penduduk sebuah kampung yang mahu mengadu masalah status tanah yang mereka duduki.

"Sampai di sana ketua kampung datang bertemu kami dan menarik tangan saya dan menyuruh saya balik. Dengan telunjuk betul-betul di depan muka saya dia kata: Kami ada menteri besar kami dan tak perlukan kamu," katanya.

Insiden seperti itu kata Dyana, tidak sama sekali akan menggentarkan semangatnya.

"Walaupun ada risikonya, saya tetap akan terus ke kampung-kampung Melayu ini kerana mereka perlukan saya. Saya akan rasa bersalah jika saya tidak pergi menemui mereka.

"Kesediaan mereka untuk memanggil kami ke sana juga satu kemajuan yang bagus. Sedikit demi sedikit mereka semua pastinya akan tampil ke hadapan untuk berbincang dengan kami," kata Dyana. ~malaysiakini




Iklan C (ii)


Selepas 15 Tahun Di Pecat, Anwar Positif Pandang Masa Depan

Posted: 01 Sep 2013 05:49 PM PDT


PKR tertubuh sebagai parti politik di Malaysia selepas kejadian 2 September 1998

Pada 2 September 1998, kira-kira 15 tahun lalu, Datuk Seri Anwar Ibrahim (gambar) masuk ke pejabat sebagai orang nombor dua paling berkuasa di Malaysia, tetapi pulang beberapa jam kemudian selepas dipecat daripada jawatan timbalan perdana menteri dan menteri kewangan.

Selepas bebas seketika, Anwar ditangkap, dilokap, dibicara dan seterusnya dipenjarakan.

Pada hari beliau dipecat, pelbagai golongan termasuk presiden PAS pada ketika itu, Datuk Dr Fadzil Mohd Nor berkunjung ke rumahnya di Bukit Damansara untuk memberikan sokongan moral.

Hampir setiap hari sejak hari itu, rumah beliau penuh dengan pelbagai jenis manusia. Peguam, wartawan, diplomat asing dan rakyat biasa berkumpul di rumah itu.

Masih teringat, beberapa hari selepas itu pada 20 September, rumah beliau dipecahkan oleh polis untuk menangkapnya.

Selepas ditangkap, timbul kisah mata lebam yang kemudiannya disahkan oleh suruhanjaya siasatan bahawa ia dilakukan oleh Ketua Polis Negara pada ketika itu, Tan Sri Abdul Rahim Noor.

Anwar kemudiannya diajukan dengan pelbagai penghinaan dan siksaan kepada dirinya, keluarga dan anak sama ada melalui ucapan pemimpin negara dan laporan media.

Akibat rentetan kejadian itu, pemimpin politik khasnya daripada pembangkang dan NGO bergabung tenaga di bawah kepimpinan Fadzil Noor dan seterusnya menubuhkan Gerakan Rakyat Malaysia yang dikenali sebagai Gerak.

Sejak hari itu sehingga hari ini politik Malaysia tidak pernah sunyi . Apa yang berlaku hari ini adalah kesan daripada apa yang terjadi pada 2 September, 15 tahun lalu.

Sudah dua penggal berturut-turut kerajaan Barisan Nasional (BN) hilang kuasa dua pertiga undi dalam Dewan Rakyat. Dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13) baru-baru ini, 52 peratus rakyat menyokong Pakatan Rakyat (PR) berbanding BN yang disokong 47 peratus pengundi negara ini.

Kerajaan BN yang dibentuk juga dilihat tidak stabil. Ada sahaja isu yang melanda. Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan bekas menteri kewangan Tun Daim Zainudin dilihat mempunyai pengaruh besar walaupun tidak berkuasa.

Ekoran itu timbul cerita cadangan pembentukan kerajaan perpaduan antara BN dengan PR sebagai jalan penyelesaian konflik ini.

Wartawan The Malaysian Insider menemui Anwar untuk mengimbas kembali saat itu dan kesannya ke atas politik Malaysia sehingga hari ini. Berikut adalah sedutan daripada temubual itu.

The Malaysian Insider: Pada 2 September ini genaplah 15 tahun Datuk Seri dipecat daripada kerajaan. Apa yang berlaku hari ini hasil dari kejadian 15 tahun lalu. Apa komen Datuk Seri terhadap apa yang berlaku sekarang?

Anwar: Saya Alhamdulillah. Saya ingat saat derita itu ke atas saya, Azizah dan keluarga serta teman-teman. Saya syukur Alhamdulillah kerana ia tidak mengganggu ketenteraman jiwa saya dan tidak rasa benci kepada orang yang menganiaya saya.

Saya bersyukur kerana Allah beri ruang kepada saya untuk melakar sesuatu dan memilih teman yang setia, khasnya arwah Datuk Fadzil Noor, dan sekarang PAS dengan Ustaz Hadi dan Kit Siang bersama DAP serta Dr Syed Husin serta teman lain. Saya kira saya mahu melihat ke depan.

The Malaysian Insider: Selepas 15 tahun mencuba, Datuk Seri belum berjaya mengubah kerajaan. Apa ini menjadi faktor cakap-cakap mengenai kerajaan perpaduan?

Anwar: Pertama tidak benar ia tidak berjaya. Bulan lalu saya ke Istanbul, Turki dan berjumpa dengan pemimpin dari Syria, Mesir termasuk Sheikh Ghanusi dari An Nahdah Tunisia. Kata Ghanusi:"Anwar, tidak ada dalam mana-mana negara berhadapan dengan sistem yang menekan, mencatatkan satu kejayaan, tidak ada. Kalau ada pilihan raya semuanya ranap." Daripada segi itu, Alhamdulillah saya capai satu kejayaan besar. Ya kita tidak berjaya mengambil alih kerajaan tetapi mengambil alih dengan cara yang kotor dan curang juga tidak menyenangkan.

Soal kerajaan perpaduan tidak berbangkit sama sekali. Orang membicarakan, jadi bagi saya yang perlu ada adalah muafakat untuk bersetuju untuk beberapa dasar yang sama. Ini yang kita suarakan. Saya suarakan ini sejak 2008. Saya masih ingat ucapan pertama saya selaku ketua pembangkang adalah menyuarakan supaya diadakan dialog berterusan untuk isu dasar, ekonomi, pencegahan jenayah dan sebagainya kerana ini amat diperlukan.

Saya tidak faham kenapa pimpinan Umno boleh hidup dalam keselesaan dan merasakan semuanya baik tetapi angka berada di sebaliknya.

Saya juga lihat ada yang mentafsirkan ini fatiq atau seolah-olah kita sudah keletihan. Bagi saya ini tidak berbangkit.

The Malaysian Insider: Apa perkembangan dalam Pakatan Rakyat sekarang? Adakah Datuk Seri puas hati dengan apa yang ada?

Anwar: Ada pandangan yang menyatakan, setelah selesai pilihan raya, Pakatan harus melonjak jangan nampak terlalu tenang. Saya setuju, kita harus tingkatkan kerjasama. Ada pandangan menyatakan DAP selesa kerana sokongan Cina kuat, PAS harus tumpukan kepada soal pengundi Melayu. Bagi saya, ini semua tidak mempersulitkan atau menghalang kerjasama ini tetapi muafakat di kalangan Pakatan Rakyat itu satu yang sangat kritikal bukan sahaja kepada Pakatan Rakyat tetapi juga kepada negara.

The Malaysian Insider: Tahun depan bakal di adakan persempadanan kawasan pilihan raya. Apa pandangan Datuk Seri mengenainya?

Anwar: Kita menentang keras kerana tidak wajar SPR (Suruhanjaya Pilihan Raya) yang curang dengan rekod kotor dan jijik itu diamanahkan untuk melakukan sesuatu perubahan besar. Tidak munasabah dan kita akan tentang keras dan kita beri ingatan jangan sekali-kali mengadakan persempadanan ini oleh SPR yang ada.

Bukan soal dua pertiga tetapi soal kredibiliti SPR itu sendiri yang mesti diselesaikan. Soal pendaftar undi pun tidak berjaya diselesaikan lagi sampai sekarang. Selesaikan itu dahulu.

Penyelesaian ini tidak boleh selesai dengan penukaran setiausaha yang bersara diganti dengan yang baru tetapi penukaran orang kanan mereka.

Sudah-sudahlah kepada yang berkhidmat, terima kasihlah. Bagilah kepada mereka pingat dan ganjaran kerana mereka berjasa kepada Umno, bagilah. Tetapi jangan korbankan prinsip kebebasan dan ketelusan ini. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Tiada ulasan: