Ahad, 15 September 2013

Addin

Addin


Tuan Guru Nik Aziz Bidas Dewan Ulamak

Posted: 15 Sep 2013 09:33 AM PDT

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat bersetuju dikaji kedudukan PAS di dalam Pakatan Rakyat, tetapi kaji hanya untuk penambahaikan, bukan kaji untuk mengundur ke belakang.

"Kaji untuk berundur ke belakang hanyalah memberikan pelampung kepada Umno yang sedang kelemasan," katanya.Beliau dipercayai mengulas resolusi Multaqa Ulama Semalaysia yang dianjurkan Dewan Ulama PAS semalam.

Bagi Nik Aziz (gambar), kerjasama politik PAS  dalam Pakatan Rakyat bukannya diputuskan oleh beberapa individu malah ia merupakan keputusan kolektif pimpinan PAS dan diperkuatkan melalui Muktamar Tahunan PAS yang berlangsung selepas pilihan raya umum (PRU) 2008.

Menurut beliau, PAS tidak merasa kesal apabila menyertai Pakatan Rakyat dan keputusan parti tersebut untuk bergabung merupakan satu tindakan tepat."Saya melihat keputusan ini tidak sekali-kali silap bahkan ia lebih membawa PAS ke hadapan pentas politik di Malaysia. 

Lebih bermakna daripada itu, PAS berjaya mempersembahkan Islam kepada bukan Islam dengan cara yang tidak pernah dilakukan oleh Umno kerana parti itu bukan setakat menjauhkan bukan Islam daripada Islam bahkan menjauhkan orang Islam sendiri dari memahami agama mereka," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Tambah  beliau, pendekatan Islam yang dibawa oleh PAS  selama ini tidak pernah ditentang malah pemimpin-pemimpin DAP khususnya  sentiasa berbincang tentang nilai-nilai Islam.

"Ada yang datang mengungkapkan istilah-istilah perundangan syarak yang kadang-kadang pemimpin Umno sendiri pun barangkali tidak pernah bersua dengan istilah sebegini," katanya lagi.

Ekoran itu beliau menggesa PAS untuk segera membuat perubahan terutama dalam memahami selok belok suasana politik agar parti yang bertunjangkan gerakan Islam akan terus kekal relevan di pentas politik negara.

"Selagi tidak bertentangan dengan prinsip asas syariat, jangan mengurung PAS di dalam kandang pemikiran yang kita sendiri cipta. PAS membawa nama Islam di dalam perjuangannya, maka wajiblah ke atas PAS untuk mempersembahkan Islam dengan wajah terbaik kepada masyarakat Malaysia," katanya.

Nik Aziz turut mengulas mengenai pandangan dibangkitkan Yang Berhormat Speaker Dewan Undangan Negeri Kelantan ketika di Johannesburg, Afrika Selatan apabila dinegara itu zakat diberikan oleh orang Islam kepada bukan Islam.

"Di Malaysia, di bawah asnaf muallaf, hanya orang yang baru memeluk agama Islam menerima zakat sedangkan muallaf juga boleh jadi seorang bukan Islam yang hampir lembut hatinya untuk memeluk Islam dan juga seorang non muslim yang sangat tegar memusuhi Islam namun jika diberikan zakat, permusuhannya itu kendur," Nik Aziz berkata.

Jelasnya ia sebagai satu lagi contoh bagaimana aspek pengamalan Islam secara praktikal di Malaysia masih belum tepat dengan wajahnya yang sebenar dan ia perlu diperbaiki oleh PAS.

Malah ia turut menandakan misi sebenar PAS di dalam Pakatan Rakyat biarpun ingin memburu kemenangan di dalam pilihanraya namun turut memikul tanggungjawab dakwah yang besar di pentas politik.

"Harapan saya agar ia dapat menguatkan iltizam kita semua di dalam memperkukuhkan PAS sebagai parti politik yang berdasarkan Islam," katanya.

Semalam Ketua Dewan Ulama PAS, Datuk Harun Taib mencadangkan agar parti Islam itu mengkaji balik tahaluf siasi (kerjasama politik) yang dibuatnya dengan PKR.

"Amat wajar sekali tahaluf siasi bersama PKR ini dikaji setelah berlaku perkara-perkara yang boleh melemahkan PAS dan merosakkan hubungan di dalam tahaluf siasi," kata Harun.

Cadangan itu dikemukakan beliau melalui ucaptama kepada Multaqa Ulama Semalaysia yang diadakan di Kota Sarang Semut, Alor Setar hari ini.Ekoran itu multaqa itu membuat resolusi agar Majlis Syura dan AJK PAS Pusat mengkajinya.

Dalam pilihan raya lalu PAS menang 21 kerusi Parlimen dan hilang kerajaan negeri Kedah berbanding PRU-12 menang 23 kerusi Parlimen dan menang di Kedah.

Bagi melaksanakan kajian ini Harun dalam kertasnya itu mencadangkan agar satu jawatankuasa khas ditubuhkan untuk mengkaji dan menilai kemerosotan sokongan pengundi Melayu ekoran tahaluf siasi dengan PKR.

"Pertukaran, perebutan dan penyerahan kerusi potensi PAS kepada PKR juga antara faktor yang perlu dikaji kembali dan ia antara faktor utama yang perlu diberi perhatian," kata Harun. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)


Ulamak-Ulamak PAS,Hang Mai Sini Jap.. Baca Ni

Posted: 15 Sep 2013 06:31 AM PDT

Ketua Dewan Urusan Ulama PAS Datuk Harun Taib membuat cadangan supaya PAS mengkaji semula kerjasama (tahalus syiasi) dengan PKR.Beliau dilaporkan mengemukakan cadangan itu semasa merasmi Mutlaqa Ulamak se-Malaysia yang berlangsung sehari suntuk di Kedah hari ini.

Alasan itu katanya kerana banyak perkara menerusi tahalus syiasi itu boleh melemahkan PAS.Beliau tidak menyebut apakah bentuk kelemahan-kelemahan secara specifik dan ilmiah, hanya menyebut salah satu kelemahannya menyebabkan sokongan Melayu terhadap PAS berkurangan berdasarkan kepada pilihan raya lepas.

Tentunya andai ini silap sebab tahalus syiasi itu bukan bersifat macam ayam mengawan tetapi bersifat angin berjimak (lama).Pandangan Harun ini adalah subjek yang akan menggemakan muktamar PAS yang akan berlangsung di Shah Alam pada November depan.

Sudah tentu muktamar akan datang akan memberi fokus kepada cadangan itu dan ia akan menjadi agenda utama muktamar. Apabila Harun melontarkan isu itu, ia menjadi isyarat kepada ahli-ahli PAS terutamanya golongan merasakan diri mereka 'ustaz, hafiz atau mendapat pendidikan Timur Tengah dan lebih bangsa 'Melayu' akan membahas perkara berkenaan.

Apa yang dapat dibayangkan di sini, sekiranya agenda itu dibahas dan diterima sudah tentu PAS akan mempamerkan satu langkah baru yang lama dan sekaligus PAS akan menunjukkan ia dikuasai oleh 'pedagang-pedagangan' politik Islam.

Kemungkinan yang boleh disuluh di sini PAS akan mencari rakan politik baru dalam projek 'tahalul syiasinya' untuk masa depan bagi meletakkan PAS sebagai sebuah parti dominan seperti diharap Harun.

Bolehkah PAS menjadi dominan dengan pendekatannya tanpa menuruti sungai peralihan kerana politik itu sendiri bersifat pragmatik?Mungkin di sini PAS akan berpaling tadah bekerjasama dengan Umno atas alasan untuk memperkuatkan Melayu dan Islam. 

Tetapi selalu yang disoalkan, apakah Umno akan bersikap jujur dan ikhlas dengan PAS? Dan sejauh manakah PAS menyakin Umno memperjuangkan Islam dan Melayu sedangkan dasar-dasarnya yang jelas bertentangan dengan kehendak dasar perlembagaan PAS.

Cadangan untuk mendekati Umno ini tidak menghairankan kerana agenda Unity Government masih berjalan tetapi dengan sedikit perubahan dan bertukar pemainnya. 

Kalau dahulu ia dimainkan oleh bekas timbalan presiden PAS, Nasharuddin Mat Isa dan beberapa yang lain, tetapi kini ada watak lain yang mengambil alih baton kerajaan perpaduan itu dengan melarikannya dalam kabus.Sekiranya muktamar menerima cadangan itu; PAS memutuskan kerjasama dengan PKR khasnya Datuk Seri Anwar Ibrahim sedikit sebanyak ia akan menjejaskan PAS dari segi kepercayaan umum.

Orang akan melihat PAS tidak konsisten didalam akidah politiknya (kerjasama) atau berbuat sesuatu tanpa berfikir. Golongan muda profesional tentu akan tergencat menyebabkan mereka menarik diri dari PAS.

Pemansuhan kerjasama itu juga boleh menyebabkan orang Cina konfius dengan PAS dan hilang kepercayaan. Kerusi-kerusi bandar yang dimenangi PAS atas sokongan pengundi Cina akan hilang. 

Implikasi ini kena diterima, sumbangan orang Cina juga dalam hubungan kerjasama ini tidak banyak sikit menguntungkan PAS.Secara umumnya cadangan Harun agar dikaji semula kerjasama itu tidak boleh dikesampingkan begitu saja dengan syarat ia dibuat secara menyeluruh. 

Kajian itu bukan saja melihat kelemahan atau pun kenegatifan PAS dengan kerjasama itu sahaja, sebaliknya kaji juga mengenai kesan positifnya seperti salah satu dinyatakan di atas tadi.

Kalau hendak buat kajian jangan melihat cemarnya PKR sahaja, tetapi kena juga lihat kelemahan PAS itu sendiri serta kesalahan-kesalahan dilakukan PAS disepanjang tahalul syiasi itu sendiri.Sebab PAS juga parti yang tidak sesuci namanya dari segi amlinya. 

Bila ditengok memang PAS menjadi terlalu toleransi dan anjal dalam aspek-aspek yang perlu dipetegakkan, misalnya mengenai soal agama dan bangsa, tetapi siapa yang salah. Apakah PKR yang menekan PAS agar bersikap begitu atau siapa?

Misalnya dalam layanan liberalisasi keagamaan PAS menjadi tersangat baik dan terbuka sampai Presiden dan Mursyidul Am sendiri sanggup masuk ke gereja demi menarik perhatian dan simpatis politik? 

Apakah pemergian presiden dan mursyidul am itu atas paksaan PKR atau Anwar? Jawabnya tidak. Ia adalah kehendak dan ijtihad mereka sendiri. Jadi dalam hal ini PKR atau DAP tidak boleh disalahkan atas toleransi keterlaluan itu sehingga menyebabkan Pas rugi melainkan kesalahan kepada PAS juga.

Bagaimana pun, cadangan Harun itu juga dilihat bakal menjadi polemik baru didalam PAS. Cadangan itu sudah tentu akan bertentangan dengan pandangan (pola fikir politik) Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat yang melihat tahalus syiasi dengan PKR itu memberi ruang baru kepada PAS sendiri untuk memperkenalkan Islam kepada orang bukan Islam. 

Perwujudan Dewan Himpunan Penyokong (DHPP) PAS sedikit sebanyak ia bertolak dari roh tahalu syiasi. Sebelum mengkaji kebehasilan tahalus syiasi itu kaji dulu apakah untung dan rugi DHPP PAS itu.

Boleh jadi juga isu itu akan digunakan untuk muktamar November nanti untuk menyingkir mereka yang tidak sebulu dan sepasukan dengan mereka, iaini golong merasakan mereka alim ulamak. 

Golongan profesional yang selama ini membawa anjakan baru dalam politik PAS; mempolitikan ulama dan mengulamakan politik, telah membawa perubahan besar kepada pentadbiran dan sistem politik PAS serta memecahkan 'bongol-bongol' pejal dalam rangka kepelbagaian citarasa politik berversiasi negara ini.

Seharus dikaji dengan mendalam dan panjang lebar. Penolakan kerjasama dengan PKR itu sudah tentu ia akan membawa kepada penolakan kerjasama dengan DAP juga dan menolak kerjasama dengan mereka yang benci kepada UBN. 

Penerimaan itu nanti menyebabkan orang ramai khasnya generasi baru merasakan PAS mundur ke belakang semula. Pandangan itulah yang dimahui Umno bagi melihat Pakatan Rakyat yang kini menguasai suara majoriti menjadi lemah 'kumbali'. 

Umno sedang berdoa siang dan malam dengan mendupakan asap kemeyen Islam dan bangsa bagi mempengaruhi PAS.Apakah langkah dewan ulamak yang ingin membawa PAS kembali ke belakang dalam tribulasi ini kerana mereka sudah termakan cacing dalam mee Umno? 

Nauzubaliah. Paling menakut dan membimbangkan gara-gara cadangan Harun Taib dan begitu ghairahnya golongan merasakan mereka alim itu menyebabkan PAS akan berpecah dua.

Peristiwa yang berlaku penghujung 1982 menyebabkan Mohd Asri Muda dan rakan-rakan meninggalkan PAS kemudian menubuh Hamim tahun 1986 disebabkan diperlakukan demikian rupa dan kejinya, perlulah disedari dan diambil iktibar. 

Tempoh untuk PAS berpecah juga sebenarnya sudah sampai selepas, iaini PAS tenang selama 30 tahun. Perhatilah PAS sudah tidak berpecah dan kalut sudah 30 tahun setelah kekalutan terakhirnya 1982. ~mso




Iklan C (ii)



Artikel Terbaru Utusan Melayakkannya Ke Tong Sampah.. Saksikanlah

Posted: 15 Sep 2013 01:44 AM PDT

Kolumnis Utusan Malaysia, Awang Selamat hari ini menyifatkan kaum Cina telah lama menguasai kekayaan negara sambil menegaskan p pengumuman pemerkasaan ekonomi Bumiputera oleh Datuk Seri Najib Razak semalam tidak mengambil hak kaum lain.

Beliau menjelaskan sokongan pengundi kaum Bumiputera semasa pilihan raya umum ke-13 (PRU13) lalu terbalas setelah pengumuman Perdana Menteri meredakan keresahan golongan itu yang merupakan faktor penentu kejayaan Barisan Nasional (BN)."Memperkasakan ekonomi Bumiputera yang merupakan kaum teras lebih 60 peratus meliputi Sabah dan Sarawak bukan satu dosa. 

Bumiputera masih jauh ketinggalan dalam hampir semua bidang terutama sektor korporat, perniagaan dan pemilikan aset."Seperti kata Perdana Menteri, jika kaum majoriti tidak dibela dan merasa diri terancam atau dipinggirkan, negara tidak akan menikmati keamanan serta kestabilan berpanjangan," katanya melalui akhbar edisi Ahad, Mingguan Malaysia.

Dalam ruangan itu, kolumnis tersebut sempat menyelar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dengan menyifatkan mereka telah lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhannya.

"Awang setuju sangat kerana ramai peneraju GLC makin lupa diri dan tersasar daripada matlamat penubuhan GLC," katanya.Sementara itu, Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata inisiatif terbaru itu perlu dijadikan lonjakan untuk golongan wanita menjana pendapatan.

Beliau berkata dasar yang diumumkan Perdana Menteri itu selari dengan perjuangan Wanita Umno serta memperjuangkan golongan itu dalam bidang politik dan ekonomi.

"Semua peluang yang diumumkan Perdana Menteri perlu direbut usahawan wanita kerana mereka juga tonggak kepada pendapatan isi rumah. Saya minta golongan wanita jangan mengehadkan diri kepada sektor tradisional sahaja kerana peluang yang diberikan begitu banyak untuk mereka terokai," katanya.

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa) Datuk Ibrahim Ali pula gembira dengan pengumuman Perdana Menteri kerana sebahagian besar yang disebut Najib merupakan hasil cadangan yang dikemukakan Perkasa sebelum ini.

Katanya, Perkasa telah memperjuangkan agenda Bumiputera sebagai agenda nasional yang mengambil kira keperluan kaum majoriti."Jika yang majoriti tidak dapat menikmati 'kek' ekonomi yang adil, sudah tentu akan menjejaskan masa depan negara. 

Antara pengumuman yang saya sambut baik adalah mewujudkan kembali Unit Pembangunan Bumiputera (UPB) di semua kementerian yang dahulu telah dihapuskan kerana ini merupakan resolusi meja bulat Perkasa lima tahun lalu," katanya.

Dalam pada itu, Ibrahim turut mengingatkan Majlis Ekonomi Bumiputera (MEB) hanya mampu berperanan secara optimum dalam pembangunan ekonomi jika ahlinya mempunyai jati diri Melayu-Bumiputera yang tulen.Katanya, Perdana Menteri diminta lebih teliti memilih individu yang berwibawa untuk berada dalam MEB tanpa menggunakan khidmat pakar asing.

"Malaysia tidak ketandusan anak Bumiputera yang ada kepakaran, kelayakan dan sifat jujur serta semangat jati diri untuk membincangkan hala tuju pembangunan ekonomi Bumiputera.

"Selaku badan bukan kerajaan, Perkasa sedia memainkan peranan jika diberi kepercayaan untuk berada dalam MEB. Jika Perdana Menteri boleh memberi kepercayaan kepada Hindraf, saya harap beliau juga boleh memberi kepercayaan kepada Perkasa," katanya seperti disiar akhbar Berita Harian hari ini.

Ahli Parlimen Kepala Batas, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican pula berkata tidak ada lagi ruang untuk membuat silap oleh pelaksana dasar supaya ianya mampu direalisasikan dan tidak diperlekeh orang lain.

Beliau berkata komitmen kerajaan untuk memberikan tumpuan dan fokus kepada isu ekonomi Bumiputera perlu dilaksanakan oleh penggubal dasar, penjawat awam, kumpulan pengusaha dan usahawan Melayu-Bumiputera dengan amanah bagi mengelak ketirisan.

"Kita mengalu-alukan pewujudan semula Unit Penyertaan Bumiputera namun semua yang diberikan tanggungjawab menjaga unit ini perlu menandatangani Ikrar Integriti supaya tidak malas dalam melaksanakan tanggungjawab.

"Jika boleh, UPB dianggotai kumpulan penjawat awam yang mempunyai semangat dan komitmen tegas mengenai agenda Bumiputera," katanya seperti dilapor akhbar Mingguan Malaysia.

Katanya, kerajaan dipinta agar mengkaji kaedah memperkenalkan Pinjaman Modal Tunai Mudah untuk usahawan kecil Bumiputera tanpa penjamin dan cagaran."Pinjaman itu khusus untuk usahawan yang memerlukan modal yang kecil (bawah RM10,000). 

Berdasarkan maklum balas diterima, modal tunai mudah ini menjadi sangat penting kepada usahawan kecil Bumiputera."Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) juga perlukan dana dan suntikan sumber manusia yang lebih baik. Berdasarkan maklumat, SL1M tidak mendapat bantuan syarikat gergasi bukan Bumiputera," jelasnya. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)


Umno Tak Pernah Terfikir Pemimpin PAS Bergeliga Sebegini.. Sebab Tu Mereka Meroyan

Posted: 14 Sep 2013 10:54 PM PDT

Sekumpulan NGO pro-Melayu membantah penganjuran majlis dialog anjuran MP Parit Buntar Datuk Mujahid Yusof Rawa bersama sekumpulan penganut Kristian yang dijadualkan berlangsung esok di Pulau Pinang.

Laporan Mingguan Malaysia hari ini memetik kenyataan jurucakap kumpulan aktivis tersebut, Azmi Jaafar yang berkata dialog tersebut sepatutnya menampilkan tokoh yang arif mengenai Islam dan bukannya pemimpin politik seperti Mujahid.

"Kita bimbang ada pihak menggunakan dialog tersebut untuk agenda politik sehingga sanggup menggadaikan maruah Islam.

"Kita tidak menghalangnya tetapi sepatutnya dialog itu diberi peranan kepada orang yang fasih tentang Islam seperti mufti," katanya yang mewakili Gabungan Bela Hak Insan Pulau Pinang (GABUNGAN).

Menurut laporan Utusan, NGO terbabit turut membuat laporan polis ke atas majlis dialog yang dijadualkan berlangsung di Gereja St Mark, Butterworth, malam esok.~malaysiakini






Iklan C (ii)


Insiden Memalukan Ini Pasti Tidak Terpampang Di Muka Depan Utusan

Posted: 14 Sep 2013 07:05 PM PDT

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia tidak menjadi pilihan hari ini kepada tetamu yang hadir pada Majlis Pemerkasaan Ekonomi Bumiputera 2013 walaupun ianya diberikan secara percuma.

Majlis yang diadakan di Universiti Teknologi Mara (UiTM) itu mula dibanjiri pengunjung seawal 7 pagi lagi namun setelah jam 5 petang, kira-kira 2,000 naskhah masih tidak diambil pengunjung.

Akhbar dengan muka hadapan bertajuk 'Ekonomi Bumiputera diperkasa' berharga RM1.50 senaskhah dan bertarikh hari ini berbanding akhbar berbahasa Inggeris edisi semalam yang turut diedarkan percuma  pada majlis sama.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam ucapan perasmian bangunan Utusan baru semalam menggesa syarikat berkaitan kerajaan (GLC), syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan Utusan.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC dan syarikat Bumiputera menghargai Utusan dengan memberikan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu. 

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)



Tiada ulasan: