Jumaat, 13 September 2013

Addin

Addin


Akhirnya.. Tanda Putera Mohon Maaf Pada Lim Kit Siang

Posted: 13 Sep 2013 09:13 AM PDT

Laman Facebook rasmi filem kontroversi Tanda Putera hari ini memohon maaf secara terbuka berhubung gambar dikatakan Lim Kit Siang kencing di tiang bendera rumah bekas Menteri Besar Selangor, Datuk Harun Idris, selepas setahun kesilapan itu berlaku.

Pihak pentadbiran laman sosial itu, salah seorang daripada pengendali laman rasmi filem itu menerima sekeping gambar yang dihantar daripada pengguna internet.

"Admin masa tu, kawan kita gak, terima link dari pengunjung yang hantar gambar Lim Kit Siang dan caption salah. Admin muda kita pun bukan sengaja, dia ingat benda tu betul, dia upload," katanya di laman Facebook berkenaan.

Pentadbir laman itu berkata, gambar itu dipadam apabila menyedari berlaku kesilapan.

"Tapi didelete cepat bila penerbit sedar kesilapan itu. YB LKS ada menulis tentang kesilapan itu. Tapi semua cyber troopers marah dan serang Facebook kami. Gambar dan caption dah diturunkan," katanya merujuk kepada Penasihat DAP itu.

Pengendali akaun Facebook Tanda Putera itu juga menafikan mempunyai niat dengan sengaja untuk memuat naik dan menulis kapsyen gambar itu, tetapi ia sebenarnya dihantar oleh orang lain.

"Admin masa tu pun dah minta maaf. Penerbit pun dah minta maaf secara bertulis atas perkara tak sengaja itu. Tapi kami diminta buat ucapan mohon maaf itu dalam Facebook.

"Tak ada masalah, kami akan lakukan. Gambar serta caption tersebut bukan ciptaan kami tapi dihantar kepada kami. Ini antara episod dalam sejarah Tanda Putera yang sering menjadi bahan politik bukan atas kehendak kami. Terlalu banyak tuduhan palsu dan tanpa asas dibuat mengenai filem ini dan penerbitnya. Tetapi kami tak akan melatah dan ambil tindakan bagi setiap tohmahan – hanya yang dikira perlu sahaja," katanya.

Terdahulu bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng tampil mengesahkan insiden kencing di hadapan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata.

Menurut Lim Kit Siang, Yuen mengatakan kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor itu dalam keadaan bernyawa. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Najib Merestui Pemfitnah No. 1 Negara.. Ini Buktinya

Posted: 13 Sep 2013 07:12 AM PDT

Akhbar milik Umno, Utusan Malaysia adalah lambang kejayaan bangsa Melayu di negara ini kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.Najib menyifatkan sejak 70 tahun penubuhan akhbar berkenaan ia bertujuan untuk memperjuangkan komuniti Melayu.

"Jika Utusan sebagai suara lidah keramat Melayu, lambang imej Utusan juga lambang kejayaan orang Melayu," kata Najib dalam ucapan perasmian bangunan baru akhbar berkenaan di Kuala Lumpur hari ini.

Jelas Najib, Utusan ditubuhkan atas semangat kebangsaan yang tinggi dan sejarah membuktikan ia lahir atas jerih perih masyarakat Melayu.

"Peranan Utusan Malaysia diakui membuka minda rakyat kepada maklumat mutakhir ... memang benar jika dilihat sejarah, Utusan adalah milik Melayu yg begitu berjasa kepada negara," kata Najib, dan juga Pengerusi Umno.

Umno adalah pemegang saham majoriti Utusan Malaysia selepas diambil alih pada tahun 1961 walaupun mendapatkan bantahan termasuk mogok pekerja akhbar itu.

Najib dalam ucapan perasmiannya turut menggesa agar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dan syarikat milik Melayu dan Bumiputera untuk membeli iklan daripada akhbar berkenaan bagi membantu kelangsungan mereka.

"Saya harap kepada badan kerajaan, GLC,dan syarikat Bumiputera mereka menghargai Utusan dengan pengiklanan lebih kepada Utusan. Ini sahaja dapat letakkan Utusan di atas landasan lebih kukuh," katanya.

Najib turut menambah, sebagai ketua kerajaan, beliau yakin, peranan akhbar berkenaan akan akhirnya membawa kepada pengukuhan Malaysia sebagai negara bangsa.

Utusan sebelum ini menimbulkan kontroversi apabila laporan muka hadapan akhbar berkenaan memaparkan tajuk "Apa Lagi Cina Mahu" sejurus selepas Pilihan Raya Umum 2013.

Laporan berkenaan menimbulkan reaksi negatif pelbagai pihak yang mengkritik penerbitan berkenaan.Kenyataan Najib itu dilihat sebagai restu kerajaan kepada akhbar berhaluan kanan itu.

Perdana menteri itu juga turut berkata, pihaknya akan menukar nama Jalan Enam di hadapan bangunan baru Utusan Melayu kepada Jalan Utusan, bersempena dengan nama syarikat penerbitan tersebut. ~the malaysian insider



Iklan C (ii)


Mahathir Mungkin TerSENTAP Dengar Berita Ni..

Posted: 13 Sep 2013 05:22 AM PDT

Datuk Seri Anwar Ibrahim hanya akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan oleh bekas bosnya Tun Dr Mahathir Mohamad dalam sidang Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah.

Dalam satu kiriman pesanan ringkas (SMS) yang dikeluarkan oleh pejabatnya hari ini, Anwar memaklumkan beliau akan membuat kenyataan di RCI pada minggu hadapan.

"Datuk Seri akan beri statement beliau depan RCI minggu depan," kata SMS kepada The Malaysian Insider hari ini.

Dr Mahathir mendakwa kepada pemberita di Kuala Lumpur semalam, bekas timbalannya itu pasti tahu jika pengeluaran kad pengenalan palsu di Sabah dibuat secara rasmi oleh kerajaan.

Tanpa menamakan Anwar, bekas perdana menteri yang paling lama berkhidmat di negara ini menegaskan, pemimpin Pakatan Rakyat (PR) itu seharusnya mengetahui kejadian yang berlaku di Sabah.

"Jika ianya polisi kerajaan, kenapa dia tidak berhentikan?" soalnya.

"Adakah dia akan menipu di suruhanjaya dan mengatakan saya yang arahkan? Dia mesti tahu, kerana dia timbalan saya," katanya merujuk kepada Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung dengan pendatang haram di Sabah.

Dr Mahathir, 88, dua hari lalu berkata, beliau tidak pernah mengetahui kewujudan Projek IC dan mendakwanya disalah guna.

"Saya tidak pernah tahu mengenai Projek IC sehinggalah baru-baru ini," katanya ketika memberi keterangan di hadapan panel RCI.

Dr Mahathir mendakwa, beliau tidak kisah apabila namanya digunakan, dan berkata namanya digunakan di banyak tempat dan beliau digelar perkauman dan seorang ultra. ~the malaysian insider





Iklan C (ii)

Panas!! Mahkamah Arah Papagomo Bayar RM500,000

Posted: 12 Sep 2013 11:09 PM PDT

Mahkamah Tinggi hari ini memerintahkan blogger pro-Umno, Papagomo perlu membayar RM500,000 kepada seorang ahli perniagaan bagi bayaran ganti rugi terhadap satu tuntutan saman fitnah.

Perintah itu dibuat selepas mahkamah mengenal pasti Papagomo sebagai Wan Muhammad Azri Wan Deris. Ahli perniagaan, Abdul Razak Mohd Noor memfailkan saman RM10 juta terhadap Papagomo, mendakwa blogger itu secara tersirat menyatakan beliau penipu yang memperolehi jutaan ringgit dalam Sukan Komanwel.

Dalam keputusannya hari ini, Suruhanjaya Kehakiman Vazeer Alam Mydin Meera memerintahkan Papagomo membayar RM200,000 bagi ganti rugi am dan RM300,000 ganti rugi teladan.

Beliau juga membenarkan injunksi untuk menghentikan Papagomo daripada terus memfitnah Abdul Razak.

Vazeer juga memerintahkan Papagomo membayar kos RM50,000 kepada ahli perniagaan itu.

Dalam keputusannya, Vazeer berkata, Papagomo tidak insaf dengan tindakannya dan ia kelihatan dalam kelakuannya ketika memberi keterangan dalam perbicaraan tuntuntan saman fitnah itu.

Beliau berkata, keputusan itu akan memberi pengajaran kepada blogger yang memuat naik artikel berbentuk fitnah dalam ketanpanamaan (anonymity). ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Bekas Ketua Polis Negara Pula Dapat Habuan.. Saksikanlah

Posted: 12 Sep 2013 07:56 PM PDT

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Ismail Omar dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Perancis yang baharu.

Ismail merupakan antara enam Ketua Perwakilan Malaysia baharu yang akan menerima Watikah Tauliah Pelantikan daripada Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah di Istana Negara Jumaat.

Kementerian Luar dalam satu kenyataan di sini Khamis berkata Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Australia Datuk Salman Ahmad dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Jerman yang baharu.

Datuk Rohana Ramli pula dinamakan sebagai bakal Duta Besar Malaysia ke Republik Korea, Datuk Awang Sahak Awang Salleh (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei), Raszlan Abdul Rashid (bakal Duta Besar Malaysia ke Kemboja) dan Jilid Kuminding@Zainuddin (bakal Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Papua New Guinea).

Pemegang Ijazah Sarjana Muda Undang-Undang dari Universiti Islam Antarabangsa, Ismail mula menyertai Polis Diraja Malaysia pada tahun 1971 dan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada September 2010 sehingga persaraan beliau pada 17 Mei lepas.

Salman merupakan pegawai kanan Kementerian Luar yang berkhidmat sejak tahun 1979 dan pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Konsul Jeneral Malaysia ke Davao City, Filipina dari 1995 hingga 1998; Pesuruhjaya Tinggi Malaysia ke Brunei (2001-2003) dan Duta Besar Malaysia ke Republik Czech (2005-2009).

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk di India, Jepun dan Thailand.

Rohana pula merupakan Timbalan Ketua Setiausaha Khidmat Pengurusan di Kementerian Luar dan berkhidmat dengan kerajaan sejak tahun 1984.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Duta Besar Malaysia ke Argentina (2005-2008) dan berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk Perutusan Tetap Malaysia di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva dan Kanada.

Awang Sahak berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Gunaan (Teknologi Luar Bandar) dari Wageningen University, Netherlands merupakan bekas Pegawai Tugas-Tugas Khas kepada Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman.

Naib Presiden Persatuan Masyarakat Brunei Sabah dan Ahli Lembaga Pengarah DESA Cattle Sdn Bhd itu pernah berkhidmat sebagai Pengarah Jabatan Perkhidmatan Haiwan dan Perusahaan Ternak Negeri Sabah dari 2003 hingga 2010.

Raszlan yang menyandang jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya Tinggi di Suruhanjaya Tinggi Malaysia di India pula telah berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak tahun 1987.

Beliau pernah menyandang beberapa jawatan penting antaranya Ketua Pegawai Perhubungan di Pejabat Perhubungan Malaysia di Pristina, Kosovo dari 2002 hingga 2005 dan Konsul Jeneral Malaysia di Songkhla, Thailand (2005-2008).

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negara termasuk di Indonesia dan Venezuela.

Konsul Jeneral Malaysia di Hong Kong, Jilid, berkhidmat dengan Kementerian Luar sejak tahun 1989 dan menyandang beberapa jawatan penting antaranya Setiausaha Sulit Kanan kepada Menteri di Jabatan Perdana Menteri pada masa itu, Datuk Maximus Ongkili dari 2004 hingga 2008, Setiausaha Sulit Kanan Timbalan Menteri Luar pada masa itu Datuk Abdul Rahim Bakri (2008-2010) dan Setiausaha Bahagian Afrika dan Sub Sahara.

Beliau juga pernah berkhidmat di beberapa Perwakilan Malaysia di luar negeri termasuk di Sweden dan Namibia. ~bernama





Iklan C (ii)

Setelah Azalina Othman Tarik Diri, Kini Calon "Under Dog" Cabar Shahrizat Jalil Rebut Ketua Wanita Wanita Umno

Posted: 12 Sep 2013 04:49 PM PDT

Anggota Jawatankuasa Umno Kulim Bandar Baru, Raihan Suleiman Palestin memutuskan untuk mencabar Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil (gambar) bertanding jawatan Ketua Wanita Umno dalam pemilihan bulan depan.

Raihan, 47, dalam laman Facebook beliau berkata, niat utamanya adalah untuk menjadikan pergerakan itu mantap seiring dengan agenda parti serta memperkasakan sayap paling kuat dalam Umno itu.

"Mungkin saya bukan calon popular, saya juga mengakui perkara ini sebelum menawarkan diri, tetapi ini bukanlah satu risiko yang besar kerana saya cukup percaya, perwakilan kelak sudah bijak menentukan siapakah yang layak.

"Isu popular atau tidak bukan isu utama, mereka undi pada hemat dan pemerhatian mereka terhadap kualiti calon," katanya.

Beliau berkata, walaupun terkejut dengan penarikan diri Datuk Seri Azalina Othman Said daripada bertanding merebut jawatan Ketua Wanita, namun perkara itu tidak mempengaruhi pendiriannya untuk tetap terus bertanding.

"Saya perlu bangkit untuk bersama-sama meneruskan legasi Wanita Umno yang hebat. Saya bertanding bukan suka-suka, tetapi dengan rela hati dan jiwa.

"Apabila wujudnya pemilihan, di situlah adanya kepelbagaian, dan apabila wujudnya kepelbagaian, di situlah adanya kekuatan. Fikir positif kerana kita Wanita Umno yang terbuka," katanya.

Anggota Umno seumur hidup itu berkata, beliau juga cukup bersedia untuk memimpin Wanita Umno kembali kepada fitrah, mewasatiyyahkan saf dan jemaah Wanita dan membuktikan bahawa Wanita Umno adalah ibu rakyat.

Baru-baru ini, Azalina yang juga Anggota Parlimen Pengerang serta bekas Ketua Puteri Umno menarik diri daripada bertanding jawatan nombor satu sayap Umno itu dan hanya akan bertanding jawatan anggota Majlis Tertinggi. ~the malaysian insider




Iklan C (ii)

Tiada ulasan: