Addin |
- Bekas Pegawai Tinggi Polis Sahkan Adegan Kencing Depan Rumah MB Hanya Rekaan
- Dr. Asri Sekolahkan Ustaz Fathul Bari
- Rakyat Makin Tertekan, Najib Pertahan Tindakan Kejam Bank Negara
- Karpal Singh Bawa Video Lucah Ke Dalam Parlimen
- Bongkar!! Dr. Asri Dedah Gaji Fathul Bari Yang Di Bayar Umno?
- Kantoi!! Pemimpin Sabah Dedah Mahathir Menipu Dalam RCI
Bekas Pegawai Tinggi Polis Sahkan Adegan Kencing Depan Rumah MB Hanya Rekaan Posted: 12 Sep 2013 10:00 AM PDT Bekas pegawai atasan polis, Tan Sri Yuen Yuet Leng mengesahkan bahawa insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata. Malah, kata Lim Kit Siang, Yuen mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa. Demikian kata Penasihat DAP Kebangsaan itu dalam satu kenyataan, sebagaimana di bawah. Saya berterima kasih kepada bekas pegawai atasan polis Tan Sri Yuen Yuet Leng atas dua catatan beliau terhadap kenyataan blog saya kelmarin: "Yuen Yuet Leng is wrong – as the 1969 general election result was a greater blow to the MCP although it was a set back for the Alliance". Saya telah meluahkan bantahan saya terhadap laporan yang diterbitkan dalam akhbar Sun berjudul "'Communists helped opposition win seats' in 1969" yang memetik Yuen sebagai berkata bahawa "komunis telah membantu parti-parti pembangkang, termasuk DAP, untuk memenangi sejumlah besar kerusi dalam pilihanraya tahun 1969." Saya telah menyebut bahawa dakwaan Yuen tentang komunis yang telah membantu pembangkang memenangi kerusi dalam pilihanraya umum 1969 itu suatu perkara baru bagi saya dan ia bertentangan dengan apa yang sebenarnya telah berlaku menjelang pilihanraya umum 1969 dan kajian-kajian serta bertentangan dengan hasil kajian para sarjana ke atas pilihanraya umum tersebut. Ini kerana ketika itu komunis menyeru rakyat supaya memboikot pilihanraya umum 1969, manakala parti-parti pembangkang yang ikut-serta dalam pilihanraya tersebut telah dikecam oleh puak komunis sebagai "juak" dan "boneka" Perikatan kerana tidak menyambut seruan mereka untuk "menghancurkan jalan berparlimen" dan memilih "pergelutan massa." Tetapi kempen komunis yang menyeru pengundi memboikot pilihanraya tahun 1969 itu gagal kerana peratusan keluar mengundi tetap tinggi, iaitu pada kadar 72%. Meski pun angka ini lebih rendah daripada kadar keluar mengundi sebanyak 79% yang dicatatkan pada pilihanraya umum tahun 1964 dan 73% pada tahun 1959, ia lebih tinggi daripada peratusan keluar mengundi sebanyak 70% pada pilihanraya umum tahun 1986 dan 71% pada tahun 1999. Atas sebab itulah dalam tulisan saya sewaktu berada dalam tahanan ISA pada tahun 1969 dan dalam ucapan-ucapan yang saya sampaikan sejurus setelah pembebasan saya pada tahun 1970, saya telah menyatakan keluhan kerana kita terlepas peluang besar untuk memartabatkan perjuangan demokrasi di negara ini. Sebagai contoh, dalam ucapan di Pulau Pinang pada 22 November 1970, bersempena pembebasan saya daripada tahanan, saya telah menyebut: • "Pilihanraya umum 10 Mei 1969 adalah mercu tanda demokrasi di Malaysia" yang telah "dihancurkan oleh keganasan dan pertumpahan darah" rusuhan 13 Mei 1969. • Bahawa walaupun Perikatan telah kecewa besar, pihak yang paling teruk menanggung kekalahan berikutan pilihanraya umum 10 Mei itu adalah mereka yang giat berkempen menyeru orang ramai untuk memboikot pilihanraya umum atas alasan "demokrasi di Malaysia adalah palsu dan satu helah untuk memperdayakan rakyat." • Bahawa 10 Mei 1969 adalah perisytiharan oleh rakyat Malaysia bahawa mereka lebih memilih proses demokratik daripada kaedah-kaedah perjuangan politik yang tidak demokratik, dan bahawa untuk membawa perubahan sosial, ekonomi, dan politik yang mereka kehendaki, mereka lebih memilih penggunaan akal di Parlimen dan Dewan Undangan Negeri daripada penggunaan kekerasan dan keganasan. Yuen dan saya (beliau dalam Cawangan Khas dan saya dalam DAP) mungkin tidak akan bersetuju tentang semua perkara yang berlaku 44 tahun yang lalu, kerana kami mempunyai sudut pandang yang amat berlainan tentang latar politik di tahun 1969, namun kami tidak saling meragui integriti dan semangat patriotik masing-masing. Kerana itu sesuatu yang jijik, jelik, dan melampau apabila sebahagian juru propaganda dan cybertrooper Umno/BN mempergunakan laporan akhbar Sun itu untuk menyatakan secara tersirat bahawa saya adalah seorang komunis! Semoga rakyat Malaysia belajar daripada tragedi di masa lalu, termasuk rusuhan kaum 13 Mei 1969, untuk tidak menuding jari menuduh sesiapa saja sebagai dalang kerana 44 tahun telah berlalu. Sebaliknya sampai masa untuk negara ini mengetahui perkara yang sebenarnya terjadi di masa lalu untuk membolehkan kita membina negara Malaysia yang bersatu-padu, harmoni, adil, dan makmur untuk semua bangsa Malaysia. Kebelakangan ini, banyak pembohongan dan kepalsuan telah disebarkan tentang rusuhan kaum 13 Mei 1969, antaranya menuduh saya sebagai pencetus rusuhan kerana melaungkan slogan-slogan anti-Melayu dalam perarakan di jalanan Kuala Lumpur selepas pilihanraya umum 10 Mei 1969, sedangkan saya tidak berada di Kuala Lumpur ketika itu, selain pembohongan tentang insiden "kencing". Baru tadi saya bertanya kepada bekas Timbalan Pengarah Cawangan Khas tersebut menerusi telefon sama ada beliau pernah mendengar tentang insiden "kencing" pada tiang bendera di depan kediaman Menteri Besar Selangor, memandangkan beliau bertugas di Kuala Lumpur di hari-hari hitam 13 Mei 1969 dan kerana beliau sendiri mengakui dalam autobiografinya, Nation Before Self, bahawa "Saya bangga bertugas sebagai anggota polis pada 13 Mei 1969". Yuen bukan sekadar mengesahkan bahawa insiden kencing di depan kediaman Menteri Besar Selangor pada 13 Mei 1969 itu adalah rekaan semata-mata, malah beliau mengatakan bahawa kalau memang ada orang yang berani berbuat demikian, tidak mungkin dia dapat meninggalkan kediaman Menteri Besar Selangor dalam keadaan bernyawa! ~harakahdaily Iklan C (ii) |
Dr. Asri Sekolahkan Ustaz Fathul Bari Posted: 12 Sep 2013 08:01 AM PDT Bekas Mufti Perlis Prof Datuk Dr Mohd Asri Zainul Abidin menegaskan sebagai umat Islam, menggunakan alasan "ini semua takdir" tidak seharusnya diguna pakai tanpa sebarang usaha. Menurut Mohd Asri, Nabi Muhammad S.A.W mengajar kita tentang takdir dan berusaha pada masa yang sama. "Apabila manusia berusaha, namun gagal disebabkan aturan perjalanan alam yang membabit pelbagai pihak seperti iklim, manusia, masa dan lain-lain, maka manusia hendaklah akur dengan kehendak Allah dalam hal itu. "Tiada apapun yang boleh berlaku tanpa izin Allah. Namun, apa yang Allah izinkan, bukan semestinya DIA redha. Demikian, apa yang DIA redha bukan semestinya DIA izinkan," kata Mohd Asri. Mohd Asri berkata manusia disuruh berusaha kerana keizinan Allah itu sering berkaitan dengan usaha yang menuruti sunnah ataupun tabiat ciptaan alam. "Jika anda masuk ke kedai, anda dapati pekedai menaikkan harga barang dan bila anda tanya kenapa lalu dia jawab "Allah menaikkan harga barang". Apakah anda akan berkata: 'MasyaAllah, akidah awak terlalu teguh, awak sangat beriman'. Ataupun, 'awak menggunakan nama Tuhan untuk ketamakan awak!'. "Namun, jika naik turun harga tidak semulajadi, ada unsur permainan harga maka seperti mana peniaga tidak boleh dizalimi, demikian pembeli juga tidak boleh dizalimi," kata Asri. Justeru Islam kata Asri melarang monopoli yang zalim seperti menyembunyikan barangan, dan pemerintah boleh masuk campur dengan menetapkan harga barang. "Dalam negara ini, ada berbillion projek yang dipersoalkan. Ada istana yang dibina dengan harga berbillion ringgit. Ada projek harta awam yang tersangkut atas pelbagai alasan berbillion harganya. Apakah jawapannya: 'semua itu takdir Allah?!'. "Saya juga lebih tertarik dengan kerajaan sekarang, lebih dari pembangkang, tapi bukan itu cara berhujah yang betul untuk membela." Ulama Umno, Fathul Bari Mat Jahya semalam mempertahankan kenyataannya mengaitkan kenaikan harga barang merupakan ketentuan Allah, serta menegaskan konsep "subsidi" tidak digunapakai di dalam ekonomi Islam. Fathul Bari mendakwa Ketua Pemuda PAS yang juga Ahli Parlimen Temerloh Nasrudin Hassan dan bekas Mufti Perlis itu memutar-belit kenyataannya dan menegaskan tujuan asal artikel beliau ditulis dalam sebuah akhbar berbahasa Melayu adalah untuki memberi kefahaman kepada masyarakat. "Mereka sebenarnya telah memutar belitkan kenyataan saya, saya sebenarnya bercakap tentang kenaikan harga minyak menurut perspektif akidah. Bagaimana kita nak mendekati isu ini. "Saya bercakap dalam konteks sabar, saya bukan bercakap dalam konteks melarang kita dalam mempersoalkan perkara itu secara berhemah," katanya ketika ditemui The Malaysian Insider. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Rakyat Makin Tertekan, Najib Pertahan Tindakan Kejam Bank Negara Posted: 12 Sep 2013 04:44 AM PDT Datuk Seri Mohd Najib Razak mempertahankan langkah kontroversi Bank Negara Malaysia (BNM) memendekkan tempoh pinjaman, menegaskan rakyat Malaysia perlu menguruskan kewangan mengikut kemampuan. Najib (gambar) yang juga menteri kewangan, semasa berucap di Forum Alliance for Financial Inclusion (AFI) kali kelima di ibu kota, berkata misi kerajaan adalah bagi memastikan kefahaman kepada rakyat dalam melibatkan pengurusan kewangan. "Misi kami adalah untuk melengkapkan semua rakyat Malaysia dengan kefahaman asas dalam pengurusan kewangan. "Memberi mereka faham dan peluang untuk mengukuhkan kedudukan kewangan mereka," kata Najib. Perdana Menteri juga berkata langkah tersebut juga bagi memastikan rakyat menguruskan kewangan berdasarkan kemampuan mereka dan tidak berlebihan. "Hal ini kerana sesetengah orang hidup lebih daripada kemampuan mereka," kata Najib lagi. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Karpal Singh Bawa Video Lucah Ke Dalam Parlimen Posted: 12 Sep 2013 03:15 AM PDT Rahsia terbesar mengenai pita video lucah yang dibentangkan peguam Karpal Singh (gambar) dalam Dewan Rakyat pada tahun 1992 akhirnya terbongkar. Bimbang pita tersebut tidak akan diterima dan kemungkinan didakwa kerana memiliki bahan lucah, Karpal merencana pelan bantuan. Beliau membawa masuk ke Dewan dengan sebotol petrol dan disimpan dalam bekas logam dibina khas yang dipasang dengan kemas dalam beg peribadinya. Pelan ini adalah untuk menggunakan bekas tersebut untuk memusnahkan bukti di dalam dewan parlimen ketika ia dibahaskan jika Speaker, atau salah satu timbalan beliau mempengerusikan sesi, enggan membenarkan pembentangan pita video itu. "Saya pada awalnya melakukan ujian ringkas di dalam pejabat saya untuk memastikan pita video tersebut boleh dimusnahkan serta-merta jika ia dikembalikan kepada saya," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Cerita itu yang tidak diketahui umum didedahkan oleh Karpal dalam buku biografinya setebal 325 muka surat, yang dikarang oleh wartawan New Zealand, Tim Donoghue. Buku berjudul "Karpal - The Tiger of Jelutong" telah dilancarkan di sebuah hotel ibu kota Sabtu lepas oleh Penasihat DAP Lim Kit Siang. Ahli politik berusia 73 tahun itu yang terpaksa menggunakan bantuan kerusi roda akibat kemalangan jalan raya pada 2005 berkata beliau mengetahui pihak polis akan menunggunya di luar Parlimen untuk merampas pita dan kemudiaan mendakwanya. "Saya tidak mempunyai pembelaan. Saya mungkin didapati bersalah di bawah Akta Penapisan Filem yang membawa kepada denda hampir RM10,000," kata beliau, serta menambah kemungkinan hilang pekerjaannya sebagai peguam dan dilucutkan jawatan sebagai ahli Parlimen. Pada 20 Julai 1992, beliau mengambil peluang untuk menyerahkan pita tersebut kepada Timbalan Speaker Datuk Seri Ong Tee Keat yang sedang mempengerusikan sidang dewan ketika perbahasan Akta Syarikat. Semasa perbahasan berlangsung, beliau mengeluarkan pita video daripada beg peribadinya dan berjalan ke arah Ong. Dengan mengatakan pita video itu adalah hadiah kepada rakan-rakan ahli Parlimen, Karpal lega kerana menjangka Ong sedia menerima dan menyifatkannya sebagai sebahagian daripada prosiding Parlimen. Beliau berkata mendiang Speaker Tun Mohamed Zahir Ismail kemudiannya telah meminta beliau untuk mengambil kembali pita itu tetapi ditolaknya. "Seorang pegawai polis juga datang untuk merekodkan kenyataan saya tetapi saya enggan kerana kejadian itu berlaku di dalam rumah, " katanya merujuk kepada hak istimewa yang dimilikinya dalam Parlimen. Karpal berkata beg peribadinya tersebut kekal di dalam kawasan Parlimen sehingga ia diserahkan kepada pihak polis. Pada Disember 1989, Karpal menuduh bekas Timbalan Speaker Dewan Rakyat D.P. Vijandran terlibat dalam video lucah sehingga menyebabkan beliau digantung daripada menghadiri sidang Parlimen atas dakwaan melakukan pembunuhan watak. Setahun sebelum itu, satu laporan polis telah dibuat berikutan penemuan 11 pita video dan empat sampul surat mengandungi 2,000 gambar-gambar yang dicuri daripada peti simpanan rahsia Vijandran selepas rumah disamun. Pada bulan Januari tahun 1990, pengarah CID Tan Sri Zaman Khan mendedahkan pihak pendakwa raya telah mengarahkan pita video dan gambar-gambar tersebut dimusnahkan. Karpal berkata malahan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad juga bertanya dimana beliau memperolehi pita tersebut. Pita video tersebut yang diserahkan Karpal kepada Dewan Rakyat kemudiannya menjadi asas kepada suatu penyiasatan polis yang akhirnya membawa kepada sabitan Vijandran ini dalam satu kes saman sivil kerana menghasilkan bukti pada tahun 1994. Karpal, yang merupakan saksi pendakwaan, akhirnya mendedahkan individu tidak dikenali telah menelefonnya ketika beliau berada dipejabat guamannya di Pulau Pinang dan memintanya untuk mengutip pita video yang ditinggalkan di depan pintu pejabatnya. Vijandran didapati bersalah di Mahkamah Sesyen Ipoh tetapi Mahkamah Rayuan pada tahun 1999 dia membebaskannya kerana kekurangan bahan bukti dalam pendakwaan kes tersebut. Pada majlis pelancaran itu, Donoghue menggambarkan Karpal adalah seorang individu yang lurus dan suka berjenaka. Beliau berkata ketika sedang mencari penamat kepada buku tersebut, Karpal terlibat dalam satu kemalangan menyebabkan tulang belakangnya patah ketika beliau di dalam sebuah teksi di Pulau Pinang. Donoghue berkata selepas mendengar tentang kemalangan tersebut, beliau mengganggap buku itu tidak akan diterbitkan. Buku tersebut dijadualkan keluar pada 1999 tetapi ia ditangguhkan selepas Karpal tewas di kerusi Parlimen Jelutong dalam pilihan raya umum pada tahun itu. Buku biografi tersebut menceritakan pertarungan perundangan serta politik yang dihadapinya selama 40 tahun. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Bongkar!! Dr. Asri Dedah Gaji Fathul Bari Yang Di Bayar Umno? Posted: 11 Sep 2013 09:38 PM PDT Dr. Asri telah mendakwa dalam tweeternya berkenaan gaji individu yang di katakan Fathul Bari. Jikalau benar dakwaan Dr. Asri, maka terjawablah kenapa Fathul Bari beria-ria benar mempertahankan Umno dan pemimpinnya dalam isu-isu yang membangkitkan kemarahan rakyat. Terbaru, Fathul Bari mengeluarkan 'fatwa' kenaikan harga barang adalah ketentuan Allah ekoran pengumuman kerajaan memotong subsidi 20 sen petrol RON95 dan diesel. 'Fatwa' tersebut telah mengundang kritikan hebat dari ahli akademik, pemimpin politik dan orang ramai.. Iklan C (ii) |
Kantoi!! Pemimpin Sabah Dedah Mahathir Menipu Dalam RCI Posted: 11 Sep 2013 05:51 PM PDT Pemimpin politik Sabah membidas keterangan Tun Dr Mahathir Mohamad dalam Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) berhubung pendatang asing di Sabah hari ini dan menyifatkannya satu penipuan kerana bekas perdana menteri paling lama berkhidmat itu pernah membuat kenyataan sebaliknya sebelum ini. Pengerusi Parti Reformasi Negeri Sabah (STAR) Datuk Dr Jeffrey Kitingan berkata beliau tidak terkejut dengan kenyataan Dr Mahathir yang sering meletak kesalahan kepada pihak lain. "Beliau tidak menafikan kad pengenalan diberikan secara haram. Beliau hanya tidak tahu tentang Projek IC yang diberikan namanya oleh pihak lain," katanya apabila dihubungi The Malaysian Insider. Jeffrey menjelaskan kenyataan Dr Mahathir itu tidak konsisten apabila sebelum ini mantan perdana menteri itu pernah menyatakan bukan satu kesalahan memberi kad pengenalan kepada penduduk yang telah lama tinggal di negara ini. Pengerusi PKR Sabah Datuk Seri Lajim Ukin menggesa kerajaan Barisan Nasional (BN) agar segera mencari dalang dalam Projek IC kerana hanya Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) yang boleh mengeluarkan kad pengenalan. "Ini satu penipuan oleh Dr Mahathir. Beliau telah berdusta. Sebelum pilihan raya umum ke-13 (PRU13), beliau telah mengakui sebanyak 200,000 pendatang asing dari Filipina dan Indonesia yang beragama Islam telah diberikan kerakyatan. "Semasa menjawab pertanyaan daripada pemimpin Pakatan Rakyat (PR) dan beberapa NGO pada satu majlis sebelum PRU13, Dr Mahathir turut menjelaskan ada dalang di sebalik Projek IC tersebut. "Kerajaan BN lambat bertindak dalam isu ini. Mereka seharusnya menangkap dalang projek ini lebih awal. Projek ini jelas memberi kewarganegaraan kepada warga asing yang yang belum layak menjadi warganegara," katanya kepada The Malaysian Insider. Beliau turut menggesa parti komponen BN Sabah seperti Parti Bersatu Sabah (PBS), United Pasokmomogun Kadazandusun Murut Organisation (UPKO) dan beberapa badan bukan kerajaan (NGO) lain yang menafikan berlakunya Projek IC di negeri di bawah bayu itu agar segera membuat laporan polis. Katanya, Projek IC telah mencetuskan pelbagai persoalan seperti nama mereka yang memperoleh kad pengenalan menerusi projek tersebut muncul dalam daftar undi beberapa PRU lepas. "Sebelum ini, banyak nama yang telah disebut berkait dengan Projek IC. Kita harus selesaikan kes ini dengan menangkap mereka seperti bekas Menteri Kemajuan Bandar dan Wilayah Tan Sri Abdul Aziz Shamsuddin untuk menjalankan siasatan lanjut. "Kebanjiran pendatang asing di Sabah bukan sahaja memberi kesan buruk kepada negeri itu tetapi nama baik Malaysia secara umumnya. Perniagaan di negeri Sabah kini banyak dimonopoli pendatang asing ini kerana mereka mampu menawarkan harga dengan lebih murah." katanya. Sementara itu, Pengerusi DAP Sabah Jimmy Wong turut mengecam Dr Mahathir kerana tidak berkata jujur dalam RCI berkenaan. Katanya, Dr. Mahathir jelas terlibat dalam kontroversi itu sejak bekas Pengarah JPN Tamparuli Yakup Damsa mendakwa Abdul Aziz membenarkan rumahnya digunakan sebagai pusat tandatangan kad pengenalan biru untuk pendatang asing di bawah Projek IC. "Sejak Abdul Aziz mendakwa tidak mengetahui hal ini, maka jawablah dengan tuhan nanti. Dia boleh nafi apa sahaja tetapi tidak pada tuhan," katanya. Katanya, tidak boleh dibayangkan terlalu ramai pendatang asing boleh mendapatkan kad pengenalan di Sabah meskipun ada warga asing yang berkahwin dengan warganegara Malaysia masih sukar mendapatkan status penduduk tetap. Dr Mahathir semasa RCI semalam berkata tidak pernah mendengar mengenai Projek IC sehingga pendedahan baru-baru ini dan katanya tidak pernah mengeluarkan mana-mana perintah berkaitan pemberian kad pengenalan secara sembarangan kepada pendatang asing di Sabah. Beliau menjelaskan proses pemberian kad pengenalan kepada pendatang haram sudah pun dijalankan sebelum PBS berkuasa di negeri itu dan berdasarkan perlembagaan, kewarganegaraan boleh diberikan kepada pendatang jika mereka layak dan menepati semua syarat ditetapkan. Pemimpin paling lama menerajui kerajaan itu berkata tiada keperluan untuknya mengeluarkan arahan supaya pendatang asing diberikan kad pengenalan kerana ia dilakukan mengikut undang-undang sedia ada dan tidak memerlukan arahan kerana ia adalah proses biasa. Ketika ditanya sama ada bekas Ketua Menteri Sabah, Tun Mustapha Harun ada meminta kebenarannya mengenai pemberian kad pengenalan kepada pendatang asing, Dr Mahathir berkata, beliau tidak ingat ada memberi sebarang arahan tertentu tetapi ada menasihati Mustapha supaya mengikut undang-undang. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan