Addin |
- Anwar Belasah Idris Jusoh
- Lagi Bukti Rakyat Sudah Muak Dengan Umno..
- Ini Penjelasan PEMANDU Berkenaan "Najib Sewel"
- Laporan Memalukan Mungkin Tidak Di Siarkan Di Utusan, TV3 dan Berita Harian.. Saksikanlah
- Idris Jusoh Suruh Hantar Anak Belajar Ke Luar Negara Jika Tak Setuju Sistem Pendidikan Negara
- Dr.Mursi Dikenakan Tuduhan Baru Dan Harta Keluarganya Disita
- Akhirnya.. Guru Besar SK Seri Pristana Mohon Maaf Kepada Ibu Bapa
- (Gambar) Ribuan Berhimpun Di Mahkamah Rayuan Untuk Selamatkan Kalimah "Allah"
- Berita Tergempar Buat Seluruh Pencinta-Pencinta Keadilan..
- Azalina Othman Tarik Diri Bertanding Ketua Wanita Umno Setelah Di "Brainwash"
Posted: 10 Sep 2013 10:00 AM PDT KUALA LUMPUR: Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim membidas kenyataan Menteri Pendidikan II, Datuk Seri Idris Jusoh supaya ibu bapa yang tidak bersetuju terhadap Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM), perlu menghantar anak mereka ke luar negara. Katanya, Idris perlu menjawab isu berkenaan dengan hujah dan fakta bukan memberi kupasan angkuh berhubung perkara itu. "Jawab dengan hujah bukan angkuh," tulis Anwar sebagai maklum balas terhadap rakan twitternya yang berkongsi laporan kenyataan Idris itu. Tekan beliau, tiada sebarang tindakan dapat diambil untuk menghentikan rancangan kerajaan meneruskan pelaksanaan PPPM kerana ia telah dirasmikan. "Kalau ada kata sistem tak baik dan nak hantar anak ke luar negara kita tak halang," katanya kepada pemberita hari ini. Pelan berkenaan menerima reaksi negatif daripada pertubuhan persatuan Cina seperti Dong Zhong dan juga Pakatan Rakyat. Dong Zong yang dianggotai 77 persatuan Cina sebelum ini dilapor berkata, tidak menolak kemungkinan untuk membawa isu berkenaan ke mahkamah memandangkan pelan berkenaan dakwa mereka mengancam bahasa ibunda mereka. Pakatan pula melihat terdapat enam aspek PPPM yang dilancarkan Menteri Pendidikan, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada Jumaat lalu bukan platform menyeluruh. Jawatankuasa Pendidikan Pakatan Rakyat berkata, ketiadaan maklum balas daripada Kementerian Pendidikan terhadap pendedahan spesifik sistem pendidikan gagal memberi keyakinan bahawa PPPM akan dilaksanakan dengan berkesan dan cekap. ~keadilandaily Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Lagi Bukti Rakyat Sudah Muak Dengan Umno.. Posted: 10 Sep 2013 08:56 AM PDT Datuk A. Kadir Jasin hari ini menyatakan sokongan kepada ahli Parlimen Pulai, Datuk Nur Jazlan Mohamed bahawa rakyat sudah muak dengan Umno. Menurut bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press (NSTP) itu, Umno sedang berhadapan krisis kredibiliti yang serius. "Saya setuju (kenyataan Nur Jazlan) ... Umno hari ini ada masalah kewibawaan yang sangat teruk," kata Kadir kepada The Malaysian Insider selepas forum anjuran Sinar Harian petang ini. Umno jelasnya perlu menampilkan bukan sahaja pemimpin parti, tetapi juga dasar yang di bawa mereka untuk bertanding dalam pemilihan Umno yang dijadualkan penghujung tahun ini. "Mereka bertanding atas dasar apa, apa agenda mereka?" soal Kadir. Nur Jazlan, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Kira-kira Wang Negara (PAC) semalam menyelar Umno yang dakwanya tidak menunaikan janji pada Pilihan Raya 2013, sekaligus menjadikan rakyat muak dengan parti Melayu itu. Beliau juga kemudiannya mengumumkan akan bertanding merebut jawatan Ahli Jawatankuasa Majlis Tertinggi (MT) parti berkenaan bagi membawa pembaharuan. "Penyokong Umno curiga dengan kewibawaan pemimpin dan dasar Umno ... kalau Umno nak kuat sebagai parti induk pemerintahan negara, kembalikan kewibawaan, dan tunjukkan kewibawaan yang lebih tinggi untuk diyakini dan perlu buktikan parti itu berwibawa," kata Kadir, selepas forum di Shah Alam. Kenyataan Nur Jazlan menerima sokongan Menteri Pelancongan dan Kebudayaan Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz, akan tetapi Naib Presiden Umno, yang juga Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishamuddin Hussein mengatakan beliau "sengaja mencari perhatian." "Dalam pemilihan nanti Umno perlu tonjolkan dasar mereka," kata Kadir lagi. Umno buat pertama kalinya akan mengadakan pemilihan berdasarkan format berbeza berbanding sebelum ini, yang menyaksikan 150,000 ahli parti dominan dalam Barisan Nasional (BN) itu akan mengundi memilih kepimpinan parti. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Ini Penjelasan PEMANDU Berkenaan "Najib Sewel" Posted: 10 Sep 2013 07:47 AM PDT Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu) dari Jabatan Perdana Menteri menegaskan, semua pelantikan kakitangannya dibuat berdasarkan meritokrasi, pengalaman profesional, etika kerja dan kemampuan untuk menghasilkan kualiti kerja. Menurut satu kenyataan bertarikh 5 September akan tetapi hanya boleh diakses media semalam, Pemandu juga menjelaskan, kakitangannya yang bertugas sebagai Penganalisa Kanan, Farah Intan Burhanudin hanya mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab sahaja di Universiti Islam Antarabangsa (UIA). "Memang dia mengulang untuk mata pelajaran Bahasa Arab yang menjadi mata pelajaran wajib di UIA, tetapi dia tidak pernah mengulang untuk mata pelajaran subjek teras. "Farah menamatkan pelajarannya di UIA dengan Ijazah Penuh Kepujian Kelas Kedua," kata Penganalisis Pemandu Ashvin Khaira dalam kenyataan itu. Pemandu juga menjelaskan, denda yang dikenakan ke atas Farah oleh Majlis Peguam adalah denda pentadbiran sahaja kerana kegagalan beliau memaklumkan pertukaran kerja dari peguam kepada bertugas dengan Pemandu. Penjelasan ini dibuat Pemandu bagi menjawab segala tuduhan yang dikenakan blogger Umno terhadapnya baru-baru ini sehingga mengaitkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel". Syed Akbar Ali melalui blognya, OutSyed The Box, menggunakan nama Datuk "Sewel" Najib Tun Razak merujuk kepada presiden Umno itu. Menurut kamus Pusat Rujukan Persuratan Melayu, Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), sewel bermaksud tidak begitu waras atau tidak siuman. Serangan Syed Akbar dalam tulisannya bertajuk "The PM's Screwup Team – Senarai Pegawai Pemandu, Bersih Supporters Etc" itu disiarkan juga di blog Rocky Bru, milik Datuk Ahirudin Atan, blogger yang rapat dengan bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad. Kedua-dua mereka sepakat pembentukan Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu), badan yang ditubuhkan kerajaan untuk memantau pelaksanaan polisi kerajaan, adalah membazirkan wang negara. Mereka memaparkan bagaimana staf-staf Pemandu diberikan gaji tinggi berbanding dengan pegawai kerajaan lain yang jauh lebih lama bertugas dari mereka. Mereka turut mempertikaikan bagaimana Farah boleh dilantik sebagai pegawai kanan Pemandu sedangkan sikapnya yang suka joli, mabuk dan pernah dikenakan denda oleh Majlis Peguam. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Laporan Memalukan Mungkin Tidak Di Siarkan Di Utusan, TV3 dan Berita Harian.. Saksikanlah Posted: 10 Sep 2013 05:59 AM PDT Kedudukan 800 universiti teratas di seluruh dunia bagi tahun 2013 yang dilaporkan oleh QS World University Rankings sewajarnya menjadi isu utama negara mutakhir ini, selain dari isu kenaikan harga minyak kerana kedua-duanya mempunyai kesan besar kepada kebajikan rakyat. Laporan tersebut menunjukkan bahawa enam dari tujuh universiti awam negara yang tersenarai di dalam 800 universiti teratas telah mengalami kemorosotan seperti berikut:
Hanya UTM yang menokok sedikit kedudukannya dari tangga 358 (2012) kepada 355= (2013). Kedudukan ini dibuat berdasarkan kriteria-kriteria berikut: 1. Reputasi pencapaian akademik (40%) 2. Kemampuan mendapatkan pekerjaan dan pandangan majikan (10%) 3. Nisbah siswa kepada tenaga pengajar fakulti (20%) 4. Rujukan penyelidikan (citation) mengikut fakulti (20%) 5. Keantarabangsaan pelajar (5%) 6. Keantarabangsaan tenaga pengajar fakulti (5%) Ramai pimpinan Barisan Nasional yang masih berdolak dalih dan tidak mahu menerima hakikat bahawa persoalan mutu pendidikan tinggi dan kedudukan universiti awam negara adalah isu utama yang membawa kesan besar kepada rakyat. Kedudukan universiti awam negara yang tidak berdaya saing menyukarkan graduan mendapat kerja yang baik dengan gaji yang berpatutan. Malah, masalah pengangguran di kalangan graduan terutamanya di kalangan graduan Melayu/Bumiputra banyak berpunca dari mutu pendidikan tinggi yang merudum yang saban tahun disahkan oleh kedudukan universiti awam negara. Oleh sebab itu, hakikat bahawa enam dari tujuh universiti awam negara semakin rendah kedudukannya sewajarnya diambil serius oleh semua pihak dengan penuh keterbukaan. Apatah lagi apabila universiti terbaik Asia adalah National University of Singapore (NUS) yang menduduki tangga ke-24 menjadikannya univesiti terbaik Asia mengalahkan universiti-universiti Jepun, Korea Selatan dan China. Ramai yang tidak tahu bahawa NUS mempunyai sejarah yang sama dengan Universiti Malaya kerana kedua-duanya diwujudkan sebagai University of Malaya di Singapura dalam tahun 1949 mengikut saranan Suruhanjaya Carr- Saunders. Pada tahun 1959, University of Malaya mempunyai dua kampus yang berasingan iaitu kampus asal di Singapura dan kampus baru di Kuala Lumpur. Pada tahun 1962, kedua-dua kampus ini berpisah menjadi dua universiti berasingan iaitu Universiti Malaya (di Kuala Lumpur) dan NUS (di Singapura). Selepas 50 tahun, walaupun bermula dari titik yang sama, Universiti Malaya tidak pun berada di dalam kedudukan 100 teratas di dunia sedangkan NUS menjadi universiti terbaik di Asia. Ini adalah hakikat yang perlu ditangani secara terbuka tanpa prejudis politik atau perkauman kerana mutu dan kedudukan universiti awam negara mempengaruhi taraf hidup rakyat dan daya saing negara seluruhnya. Oleh yang demikian, saya menyarankan supaya perkara-perkara demikian dibahaskan secara terbuka dan reformasi pendidikan tinggi dijalankan secara segera seperti berikut: 1. Kembalikan kebebasan akademik kepada universiti-universiti awam dengan memberi kuasa autonomi kepada Senat Universiti tanpa campur tangan kementerian dan kerajaan 2. Pemilihan kepimpinan universiti awam mengikut merit berdasarkan kredibiliti akademik, pengalaman mengurus universiti ternama, integriti peribadi yang bebas dari pandangan partisan dan ciri-ciri lain yang ada pada kepimpinan universiti ternama dunia 3. Kembalikan kebebasan minda yang sepenuhnya kepada siswazah dan gerakan mahasiswa dengan menghentikan serta merta sebarang aktiviti atau program yang mengongkong perkembangan minda bebas siswazah, termasuklah program propaganda politik yang dianjurkan oleh BTN dan badan-badan yang serupa dengannya 4. Menilai semula sistem pemberian biasiswa yang menekankan penghantaran pelajar terbaik ke universiti-universiti luar negara dan beralih kepada sistem biasiswa yang memberi tempat terbaik kepada mereka di universiti-universiti terbaik Malaysia, dan 5. Program khusus memperkasakan kredibiliti akademik fakulti di universiti-universiti awam dengan membawa masuk tenaga pengajar dan penyelidik terbaik dari seluruh dunia Saya percaya langkah-langkah ini adalah permulaan untuk mengembalikan keunggulan universiti awam negara dengan sasaran Universiti Malaya berada di dalam tangga 100 universiti terbaik dunia dalam tempoh 10 tahun dari sekarang. Saya juga akan membuat kunjungan hormat ke NUS dalam bulan November 2013 untuk mempelajari sendiri langkah-langkah yang dilaksanakan selama ini untuk menjamin kualiti pendidikan di universiti itu. Rafizi Ramli Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Idris Jusoh Suruh Hantar Anak Belajar Ke Luar Negara Jika Tak Setuju Sistem Pendidikan Negara Posted: 09 Sep 2013 11:56 PM PDT Semalam Ku Nan, Menteri Wilayah Persekutuan menyarankan agar rakyat yang tak berpuas hati dengan kenaikan harga rumah supaya jangan memberli rumah.(baca sini). Dan hari ini pula, Menteri Pendidikan II menyarankan pula kepada rakyat supaya hantar anak belajar ke luar negara jika tidak berpuas hati dengan sistem pendidikan negara. Ini berikutan rungutan orang ramai berkenaan pelaksanaan Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 (PPPM). Sungguh sombong dan bongkak pemimpin Umno sekarang, segala rungutan rakyat tidak di hiraukan dan di bakul sampahkan. Sekiranya semua menteri bersikap begini, pemimpin Umno juga terpaksa berambus ke luar negara kerana rakyat dah naik muak dengan sikap kamu semua..
Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Dr.Mursi Dikenakan Tuduhan Baru Dan Harta Keluarganya Disita Posted: 09 Sep 2013 11:24 PM PDT Pihak berkuasa Mesir sekali lagi mencari alasan untuk mendakwa presiden yang digulingkan, Mohammad Mursi dengan satu lagi tuduhan baru. Pihak pendakwa telah mengeluarkan satu perintah baru penahanan bagi Mursi di atas komentarnya yang menyebut bahawa para hakim telah berlaku curang di dalam pemilihan parlimen 2005. Mursi yang telah ditahan tentera di satu tempat yang tidak diketahui telah menolak untuk bekerja sama dengan para pendakwa raya. "Para pendakwa penyelidik menuduh Muhammad Mursi menghina kehakiman dengan menuduh 22 hakim memalsukan hasil pemilihan parlimen 2005," kata pejabat berita MENA tanpa memberikan butiran terperincinya, Sabtu lalu (7/9). Pada 2005, Ikhawanul Muslimin merupakan satu organisasi yang dilarang. Tetapi para calonnya diizinkan menyertai pemilihan parlimen di bawah Hosni Mubarak yang ketika itu menjadi presiden. Ikhwanul Muslimin meraih seperlima dari kerusi di parlimen ketika itu. Tetapi para pemantau dan seorang hakim yang mengawasi pemungutan suara menyatakan pilihanraya itu dicemari dengan unsur kecurangan. Semalam, pihak berkuasa bertindak membekukan semua aset milik keluarga Mursi bagi memulakan siasatan berhubung tuduhan rasuah selepas pendakwa memfailkan kertas siasatan. Media Ahram Online melaporkan, siasatan itu dilakukan selepas Lembaga Siasatan Dana Awam dan pihak berkuasa kawalan pentadbiran mendakwa, Mursi menggunakan AS$285 juta (RM940 juta) ketika kempen pilihan rayanya sebagai meraih sokongan. Siasatan juga turut melibatkan harta milik isteri dan anaknya. Dipetik Al-Jazeera, Julai lalu, pendakwa raya Mesir membekukan 14 aset Ikhwanul Muslimin (IM) termasuk Musyidul Am, Muhammad Badie dan timbalannya, Khairat el- Shater. Mahkamah Jenayah sebelum ini menetapkan, Mursi akan dibicarakan terhadap tuduhan menghasut pembunuhan bersama 14 pemimpin IM pada kejadian Disember 2012 di luar istana presiden. Julai lalu, mahkamah turut mendakwa Mursi atas hubungannya dengan Hamas ketika kejadian rusuhan penjara dan serangan ke atas polis pada 2011. Namun, kesemua tarikh perbicaraan dan butiran lanjut kes itu tidak didedahkan kepada media.Sebelumnya, mantan presiden Mesir itu pun telah dikenakan berbagai tuduhan. Yang terbaru, Mursi dituduh menghina pengadilan negara ketika ia menjadi presiden. Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Akhirnya.. Guru Besar SK Seri Pristana Mohon Maaf Kepada Ibu Bapa Posted: 09 Sep 2013 09:59 PM PDT Guru besar sekolah kontroversi, SK Seri Pristana memohon maaf kepada ibu bapa atas pelbagai aduan yang dilaporkan terhadap sekolah itu berkaitan kejadian murid makan dalam bilik persalinan. Guru besar, Mohd Nasir Mohd Noor (gambar) membuat permohonan maaf itu pagi semalam dalam mesyuarat bersama Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG), pegawai jabatan pendidikan negeri dan ibu bapa murid yang diintimidasi dan dibuli berikutan kejadian itu. Sekolah itu dilanda kontroversi selepas seorang ibu yang prihatin memuat naik gambar murid bukan Islam makan dalam bilik persalinan pada bulan Ramadan atas arahan guru besar. Setiausaha Kebangsaan Malaysian Tamilan Today, K Gunasegaran memberitahu The Malaysian Insider, tujuh ibu bapa kepada murid yang terkesan daripada kejadian itu hadir pada mesyuarat yang diadakan di sekolah berkenaan semalam. Pengarah Jabatan Pendidikan Selangor, Mahmud Karim, yang berjumpa dengan Mohd Nasir dan guru sekolah berkenaan pada Rabu lalu, turut hadir di mesyuarat itu. Gunasegaran berkata, Mohd Nasir meminta maaf atas kejadian makan dalam bilik persalinan, membenarkan murid disoal siasat oleh polis tanpa kebenaran ibu bapa dan juga kerana membuli dan mengintimidasi murid yang berlanjutan selepas isu itu menjadi perhatian ramai. Selain itu, katanya, Mahmud mencadangkan supaya seorang pegawai daripada jabatan pendidikan ditempatkan di sekolah berkenaan sebagai pemerhati sekurang-kurangnya bagi tempoh sebulan. ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
(Gambar) Ribuan Berhimpun Di Mahkamah Rayuan Untuk Selamatkan Kalimah "Allah" Posted: 09 Sep 2013 08:31 PM PDT Ribuan rakyat daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu berhimpun di hadapan Mahkamah Rayuan, Putrajaya hari ini menunggu sama ada rayuan kerajaan untuk menghalang penganut Katolik menggunakan kalimah Arab "Allah" diterima. Empat bas kelihatan berhampiran dengan kawasan mahkamah membawa peserta perhimpunan ini. Pertubuhan Pribumi Perkasa Kebangsaan (Perkasa), Jalur Tiga (Jati), Ikatan Muslimin Malaysia (ISMA), Persatuan Peguam Muslim dan lain-lain berhimpun sejak pagi sambil bermunajat dan membaca al-Quran. Terdapat juga sekumpulan daripada peserta perhimpunan membaca surah Yassin sementara yang lain bertakbir secara berterusan. Pada 22 Ogos lalu gereja Katolik gagal dalam permohonan mengetepikan rayuan Putrajaya untuk mengubah keputusan Mahkamah Tinggi yang membenarkan akhbar mingguan Herald menggunakan perkataan Arab "Allah" sebagai terjemahan bahasa Melayu kepada "God". ~the malaysian insider Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Berita Tergempar Buat Seluruh Pencinta-Pencinta Keadilan.. Posted: 09 Sep 2013 07:29 PM PDT Tan Sri Khalid Abu Bakar berkata, polis tidak akan menjalankan siasatan semula kes pembunuhan warga Mongolia Altantuya Shaariibuu walaupun mahkamah sudah membebaskan dua suspek kes itu. "Saya rasa tidak perlu, Kenapa kita perlu jalankan siasatan baru?""Semua orang perlu menghormati keputusan mahkamah," kata Ketua Polis Negara itu pada satu sidang media hari ini. Pada 23 Ogos lalu, Mahkamah Rayuan membebaskan bekas anggota Unit Tindakan Khas (UTK), Cif Inspektor Azilah Hadri dan Koperal Sirul Azhar Umar, daripada pertuduhan membunuh warga Mongolia itu. Panel tiga hakim iaitu Datuk Seri Mohamed Apandi Ali, Datuk Linton Albert dan Datuk Tengku Maimun Tuan Mat membuat keputusan sebulat suara membenarkan permohonan rayuan Azilah dan Sirul. Kedua-duanya sebelum ini disabitkan bersalah di Mahkamah Tinggi Shah Alam atas tuduhan membunuh Altantuya, 28, di hutan simpan, Shah Alam pada 2006. Mereka pada ketika itu bertugas di UTK Bukit Aman dan berada dalam pasukan keselamatan Datuk Seri Najib Razak. Najib pada ketika itu adalah timbalan perdana menteri dan menteri pertahanan. Keputusan mahkamah itu turut mendapat perhatian dan menjadi topik bagi warga siber di Internet apabila rata-ratanya meluahkan kecurigaan. Antara persoalan paling kerap diutarakan ialah bagaimana rupa bekas polis Azilah Hadri dan Siru Azhar Umar? Mengapa DSP Musa Safri tidak dipanggil memberi keterangan? Dan soalan yang terus berada di ruang siber, siapa bunuh Altantuya? Kebanyakan ulasan yang dibuat di talian bernada sinis dengan salah seorang pengguna Internet, Isana berkata: "Wow! Kalau begitu, Altantuya pasti masih hidup kerana tidak ada sesiapa membunuhnya. `Endless Possibilities' hanya berlaku dalam 1Malaysia." ~the malaysian insider Addin: Keadilan sudah lama mati di negara ini.. Iklan C (ii) | ||||||||||||||||||||||||
Azalina Othman Tarik Diri Bertanding Ketua Wanita Umno Setelah Di "Brainwash" Posted: 09 Sep 2013 04:39 PM PDT Datuk Seri Azalina Othman Said akan menarik diri daripada bertanding jawatan tertinggi dalam Wanita Umno sebaliknya hanya akan mempertahankan kedudukan sebagai ahli Majlis Tertinggi (MT) pada pemilihan akan datang. The Malaysian Insider difahamkan walaupun menjadi pencabar hebat kepada penyandang jawatan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil menjelang pemilihan parti tidak lama lagi, Azalina dikatakan membuat keputusan itu selepas "dinasihatkan" berbuat demikian. Difahamkan Azalina akan diberikan jawatan kanan dalam sayap Wanita Umno dan syarikat berkait kerajaan (GLC) jika tidak bertanding. Apabila dihubungi, Azalina berkata beliau tidak akan melawan Shahrizat dan akan membuat kenyataan rasmi pada 20 September, sehari sebelum pencalonan untuk sayap Wanita Umno, Pemuda dan Puteri. "Beliau diberitahu sekarang bukan masanya untuk bertanding sebagai ketua sayap itu, jadi beliau hanya akan bertanding jawatan MT," kata satu sumber yang rapat dengan Azalina kepada The Malaysian Insider. "Beliau juga tidak akan bertanding jawatan nombor dua buat masa ini," katanya. Azalina adalah penyandang ahli MT Umno yang dilantik menyertai badan itu pada 2000 oleh bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang juga bekas presiden Umno. Azalina dikenali dengan penampilan tegas dan ahli politik wanita lantang yang memenangi kerusi Parlimen Pengerang dalam Pilihan Raya 2013 dengan pertandingan selepas dua penggal menang tanpa bertanding. Pada 5 Mei, Azalina berhadapan dengan pertandingan tiga penjuru selepas dicabar calon PKR yang juga penyanyi popular 1980aan Dayangku Intan dan calon bebas Mohd Azaman Johari, seorang guru. Satu lagi sumber memberitahu The Malaysian Insider Azalina diberikan ganjaran jawatan GLC kerana tidak menggugat karier politik Shahrizat. Ini kerana Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak baru-baru ini melantik Shahrizat sebagai penasihat khas hal ehwal wanita. Jawatan itu bertaraf menteri dan mensasarkan Shahrizat kekal memimpin Wanita Umno. Azalina yang juga bekas Ketua Puteri Umno mengisytiharkan secara terbuka untuk mencabar Shahrizat pada Jun tahun ini. Beliau juga pernah menganggotai Kabinet sebagai Menteri Pelancongan dari 2004 hingga 2008 dan Menteri Belia dan Sukan selama hanya setahun dari 2008 hingga 2009. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan