Addin |
- Ketua Pemuda MIC Desak Setiausaha Agung Umno Letak Jawatan
- Melayu DAP Tak Setuju Tanda Putera Di Sekat, Biar Rakyat Nilai
- Kenyataan Mahathir Yang Tidak Di Siarkan Mana-Mana Media Pro Umno
- Panas!! Bekas Ketua Pengarah Utusan Dakwa Parti Komunis Malaya Adalah Pejuang Kemerdekaan
- Nazri Aziz Mengakui Kaum Cina Pencetus Tragedi 13 Mei
Ketua Pemuda MIC Desak Setiausaha Agung Umno Letak Jawatan Posted: 01 Sep 2013 10:01 AM PDT Ketua Pemuda MIC, T. Mohan yang ditahan polis hari ini kerana membantah perobohan kuil hindu di jalan P Ramlee menuntut Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Seri Tengku Adnan Mansor meletakkan jawatan. Katanya Tengku Adnan langsung tidak mencerminkan kredibilitinya sebagai Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar apabila membenarkan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) membina dinding dalam kuil tersebut sekaligus merobohkan tempat sembayang kaum itu. "Kita mahu ( Tengku Adnan) letak jawatan, beliau langsung tidak layak jadi menteri, beliau seorang yang kejam kerana tidak mengendahkan permintaan kaum India untuk tidak menyentuh kuil ini dia tidak hormat kepada kita," katanya kepada pemberita sebaik saja beliau dibebaskan di Ibu Pejabat Polis Daerah Dang Wangi sebentar tadi. Ketua Pemuda MIC itu juga turut meluahkan kekesalan kerana insiden ini berlaku selepas negara menyambut kemerdekaan dan berbeza dengan apa yang diseru Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dalam gagasan "1 Malaysia." Pagi tadi , keadaan di Kuil Hindu Sri Muneswarar Kaliyaman di Jalan P.Ramlee yang terletak di ibu negara bertukar kecoh apabila DBKL dilaporkan cuba merobohkan kuil tersebut. Bagaimanapun salah faham tersebut dijelaskan oleh pegawai khas Tengku Adnan yang berkata DBKL cuma ingin membina tembok bagi memberi laluan kerja pembinaan di bangunan Hap Seng. Menurut Ramakrishnan, kerja pembinaan bangunan Hap Seng membabitkan keluasan lapan kaki dalam kawasan kuil yang dibina atas tanah kerajaan itu. Keadaan bertukar tegang apabila pegawai khas Tengku Adnan itu gagal mengemukakan notis selain pembinaan tembok atau dinding turut menyebabkan tempat sembayang kuil tersebut dirobohkan. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Melayu DAP Tak Setuju Tanda Putera Di Sekat, Biar Rakyat Nilai Posted: 01 Sep 2013 06:28 AM PDT Pemimpin Melayu DAP, Zairil Khir Johari membidas filem kontroversi Tanda Putera sebagai sebuah filem propaganda kerajaan Barisan Nasional (BN), menyifatkannya sebagai sejarah versi berat sebelah yang dibuat oleh pemerintah. Ahli Parlimen DAP Bukit Bendera itu berkata peranan kerajaan dalam mewujudkan propaganda sememangnya sudah diketahui, serta menyeru agar pemimpin dalam DAP agar tidak cepat melatah mengkritik filem tersebut. "Ini adalah satu lagi cara mereka wujudkan propaganda, versi sejarah mereka sendiri," kata beliau kepada The Malaysian Insider. Bagaimanapun, Zairil berkata filem tersebut adalah sebuah produk budaya dan sekiranya wujud kesilapan ataupun ketidakpuashatian ianya mestilah didebat secara sihat untuk memberi kefahaman kepada masyarakat. "Saya rasa apa-apa pun, filem ini adalah satu produk budaya... jadi janganlah haramkannya, jangan kita larang, kita boleh balasnya dengan naratif kita sendiri. Maksudnya, kalau kita nak lawan kita kenalah guna hujah. "Ini mungkin versi mereka, kita boleh terangkan ini pula versi kita. Kemudiaan, masyarakat boleh berdebat, berhujah dan membuat keputusan sendiri," ujarnya lagi. Zairil juga menyatakan pendirian tidak bersetuju dengan langkah kerajaan Pulau Pinang yang menasihati pawagam-pawagam di negeri yang ditadbir DAP baru-baru sehingga menimbulkan kritikan terutamanya di kalangan pemimpin BN. "Bagi saya, saya secara peribadi tidak menyokong apa-apa usaha untuk menyekat ataupun mengharamkan apa-apa output budaya. "Biarlah, biar rakyat sendiri yang menghakimi dan menilai produk itu... jangan kita sebagai kerajaan mengongkong output ekspresi budaya," tegasnya lagi. Minggu lepas, kerajaan negeri Pulau Pinang menyeru pengusaha pawagam di negeri itu tidak menayangkan Tanda Putera atas penyebaran maklumat yang tidak tepat berhubung tragedi rusuhan kaum 13 Mei 1969. Namun, pemimpin utama PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak setuju dengan tindakan kerajaan Pulau Pinang tersebut. DAP telah mengkritik filem berkenaan yang kemudiannya disambut oleh MCA menyuaraksn kebimbangan berhubung babak dan dialog dalam filem berkenaan yang boleh mencetus ketegangan kaum. Penasihat DAP Lim Kit Siang kesal dengan filem Tanda Putera yang masih menayangkan babak beberapa pemuda Cina kencing di tiang bendera laman bekas Menteri Besar Selangor Datuk Idris Harun meskipun filem itu telah dittangguhkan oleh kerajaan BN bagi mengelak musim Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13). Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek menggelar tindakan Lim sebagai satu perbuatan bodoh kerana Lembaga Penapisan Filem di bawah Kementerian Dalam Negeri sahaja yang berhak membatalkan tayangan sesebuah filem dan bukannya kerajaan negeri. Ahmad Shabery berkata beliau mahu penjelasan daripada kerajaan negeri Pulau Pinang atas usaha mereka untuk menahan penyangan filem Tanda Putera di negeri itu. Beliau menambah usaha kerajaan negeri yang dikuasai DAP itu hanyalah satu gerakan yang mahu menghancurkan seni filem tempatan. Katanya, agensi di bawah kementeriannya akan meneliti terlebih dahulu sejauh mana kuasa kerajaan negeri dan kerajaan tempatan bagi menghalang tayangan sesebuah filem di tempat mereka. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Kenyataan Mahathir Yang Tidak Di Siarkan Mana-Mana Media Pro Umno Posted: 01 Sep 2013 04:50 AM PDT Tun Dr Mahathir Mohamad (gambar) menggesa supaya Umno dibersihkan menjelang pemilihan parti nanti kerana ramai yang memasuki parti tersebut semata-mata mahu menjadi kaya. Bekas perdana menteri paling lama tersebut menggesa supaya pemimpin baru dan muda supaya diberikan peluang kerana hanya dengan langkah tersebut Umno akan dibersihkan. "Bahkan pemimpin Umno di semua peringkat dianggap menyertai Umno bukan kerana bangsa, agama dan negara tetapi ingin memperkayakan diri. "Hanya dengan memberi kepimpinan Umno kepada orang muda dan belum tercemar barulah pembersihan Umno boleh menjadi kenyataan dan diterima oleh masyarakat," kata Dr Mahathir yang dipetik dalam satu wawancara akhbar Mingguan Malaysia hari ini. Dalam wawancara itu lagi, Dr Mahathir turut membidas golongan muda zaman ini yang dilihatnya terlalu mengagumi barat serta corak politik liberal barat tetapi pada masa sama masih bergantung kepada bantuan kerajaan. "Kita dapati ada di antara mereka, termasuk yang terpelajar, yang berpendapat perjuangan Umno untuk bangsa, agama dan negara tidak lagi relevan. Mereka berpendapat perjuangan untuk bangsa Melayu adalah lapuk dan ketinggalan zaman. "Yang anehnya ialah mereka sendiri berjaya kerana menikmati dasar kerajaan untuk menolong mereka," kata beliau lagi. Walaupun golongan muda dilihat penting demi masa depan Umno, Dr Mahathir berkata parti tersebut masih perlu berhati-hati dengan golongan terpelajar yang berpandangan politik liberal kerana bimbang ia akan memesongkan matlamat parti utama kaum Melayu tersebut. "Kalau mereka ini menyertai Umno, besar kemungkinan Umno aan bertukar menjadi parti yang tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan negara, tetapi parti liberal ala barat. "Mereka perlu diberi kursus politik Melayu dan perjuangan Umno mesti diadakan. Walaubagaimanapun, kemasukan mereka adalah penting jika Umno ingin membersihkan imej mereka," ujarnya lagi. Dr Mahathir mengulangi pendiriannya supaya semua jawatan dalam Umno dipertandingkan, tetapi memberikan alasan jawatan Presiden dan Timbalan Presiden tidak perlu dipertandingkan bagi menjaga keharmonian dalam parti. Pemilihan Umno yang akan diadakan secara serentak pada 19 Oktober depan untuk memilih pemimpin di peringkat bahagian dan pusat bukan saja penting untuk kelangsungannya menghadapi pilihan raya akan datang, bahkan juga merupakan ujian kepada ahli peringkat akar umbi yang pertama kali diberi peluang memilih pemimpin serta mencorakkan parti itu. Jika dulu hanya kira-kira 2,500 perwakilan terpilih yang akan menentukan pemimpin di peringkat atasan tetapi kini peluang itu sudah diperluaskan kepada kira-kira 150,000 perwakilan daripada lebih 20,000 cawangan Umno di seluruh negara. Perhimpunan Agung Khas Umno pada Oktober 2009 meluluskan pindaan iaitu perwakilan bakal menentukan kepemimpinan Umno dengan menghapus sistem kuota, persidangan mesyuarat perwakilan secara serentak dan menambah bilangan ahli jawatankuasa lantikan Wanita. Makanya, peluang ini perlu digunakan dengan sebaik-baiknya dan mereka yang berjumlah lebih 150,000 ini seharusnya tidak lagi mengikut acuan yang pernah digunakan oleh 2,500 perwakilan sebelum ini yang begitu mudah diatur serta ditentukan telunjuknya. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Panas!! Bekas Ketua Pengarah Utusan Dakwa Parti Komunis Malaya Adalah Pejuang Kemerdekaan Posted: 01 Sep 2013 12:05 AM PDT Bekas Ketua Pengarang Utusan Said Zahari mengatakan tragedi berdarah yang berlaku dalam negara pada 13 Mei 1969 lebih besar dari sekadar pergaduhan antara kaum Melayu dan Cina. Beliau mengulas filem Tanda Putera arahan Datin Paduka Shuhaimi Baba yang mempunyai latarbelakang peristiwa itu. "13 Mei bukanlah mengenai kaum Melayu bergaduh dengan kaum Cina tapi ia lebih dari itu, ia akibat dari golongan tidak senang melihat keharmonian bangsa dinegara ini," katanya dalam satu wawancara bersama The Malaysian Insider sempena ulangtahun Hari Merdeka ke-56. "Sewajarnya sejarah harus dinilai dari keseluruhannya dan dilihat dari perkembangannya," katanya ketika ditemui dirumahnya Puncak Alam, Selangor. Dakwa beliau rusuhan kaum ketika itu terjadi kerana bekas penjajah akan menghalang segala usaha penyatuan kaum di negara ini dengan harapan dapat kembali menjajah. "Ketika berada dalam tahanan saya bersama rakan-rakan berbincang mengenai insiden itu dan kami merasakan timbul perkara tidak sihat dalam isu itu," kata Said merujuk kepada penahanannya di bawah ISA di Singapura. Katanya British sebenarnya tidak mahu memberi kemerdekaan di negara ini namun mereka terpaksa akur dengan kebangkitan rakyat bukan saja di Malaya pada ketika itu termasuk di seluruh Nusantara selepas tamatnya Perang Dunia Kedua. Kerana itu katanya, para sejarawan negara perlu kembali kepada sejarah dahulu dan meneliti unsur-unsur yang mahu memecah belahkan perpaduan rakyat. Mengulas cadangan Lim Kit Siang yang mahu kerajaan menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat semula peristiwa 13 Mei, Said menyifatkan ia cuma permainan politik dari seorang ahli politik. "Tidak ada salah untuk mengkali semula insiden tersebut namun hakikatnya kita kenal siapa Lim Kit Siang, beliau seorang ahli politik hanya mengambil kesempatan atas tragedi tersebut," kata Said. Bekas ketua pengarang Utusan itu mengatakan Umno tidak mampu bertahan lama sekiranya parti nasionalis itu tidak keluar dari kepompong kemelayuannya. Said yang pernah memimpin akhbar itu sebelum diambil alih Umno pada tahun tahun 1961 berkata parti Melayu itu kini sudah semakin lemah dan perjuangannya boleh dianggap lesu. "Umno itu sekiranya masih sama tidak keluar dari kepompong kemelayuannya maka ia cuma menunggu masa rebah, sekiranya masih wujud, ia hanyalah tinggal pada nama dan isinya kosong tiada perjuangan hanya kepentingan," katanya. Pada 1961, Said memimpin wartawan Utusan mogok kerana membantah tindakan Umno untuk menguasai akhbar itu. Bagi lelaki berumur 85 tahun itu, Utusan harus kekal bebas dari penguasaan mana-mana parti politik selari dengan prinsip kewartawanan yang baik. Akibatnya beliau dilarang masuk ke Malaya pada ketika itu oleh bekas Perdana Menteri Tunku Abdul Rahman yang juga Menteri Dalam Negeri. Said yang kini sedang menyiarkan memoir ketiganya berjudul "Menggegam Segumpal Harapan" ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) di Singapura selama 27 tahun oleh bekas Perdana Menteri Lee Kuan Yew. "Ramai yang tidak tahu penentang penjajah ialah mereka dari Parti Komunis Malaya (PKM) mereka inilah yang bertempur malah ramai yang terkorban demi menuntut kemerdekaan. Kerana mereka ini lantang dan bersifat radikal tidak seperti pihak tertentu yang kononnya memperjuangkan kemerdekaan namun didepan penjajah tunduk pada kuasa asing itu PKM digambarkan sebagai pemberontak cuba menghancurkan negara walhal kenyataannya bukan begitu," katanya mengulas mengenai peristiwa di ambang kemerdekaan sebelum 31 Ogos, 1957. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
Nazri Aziz Mengakui Kaum Cina Pencetus Tragedi 13 Mei Posted: 31 Aug 2013 07:40 PM PDT Datuk Seri Nazri Aziz (gambar) mengakui kaum Cina merupakan pencetus 13 Mei 1969 namun ia cuma dilakukan oleh individu tertentu bukan Cina sekarang. Beliau berkata demikian ketika mengulas filem kontroversi Tanda Putera yang dikatakan mempunyai unsur yang boleh mencetuskan ketegangan kaum termasuk adegan kencing di tiang bendera oleh Penasihat DAP Lim Kiat Siang. Nazri yang mengakui telah menonton filem tersebut berkata, tidak ada unsur yang menganggu seperti yang digembar gemburkan pihak tertentu. "Sejarah ialah sejarah, jadi kenapa kita mahu terasa dengan sejarah itu kisah yang dulu kenapa mahu samakan dengan sekarang," kata Nazri yang berbeza dengan pandangan pengarah filem itu sendiri. Shuhaimi Baba ketika membuat kenyataan mengenainya berkata, ia bukan cerita sejarah namun fiksyen sahaja. "Saya telah menonton ia sebuah filem sejarah, kalau kata kononnya filem itu menyalahkah kaum Cina kerana mencetuskan rusuhan maka ia dibuat berdasarkan sejarah samalah seperti fakta sejarah tentang Nazi yang dulunya membunuh beribu-ribu orang Yahudi kita tidak boleh menidakkan sejarah,"kata Nazri kepada media selepas merasmikan pelancaran ulangtahun sambutan 50 tahun Muzium Negara. Malah tegas beliau, kaum Cina pada masa kini juga tidak harus menanggung kesalahan yang dilakukan individu terdahulu. Kata beliau yang merujuk kepada adegan kencing oleh satu kumpulan belia Cina pada tiang bendera Selangor di kediaman Menteri Besar Selangor ketika itu yang turut mengaitkan dengan Lim Kit Siang. "Kalau itu sejarah maka itulah sejarahnya, kerana itu kita perlu bersifat terbuka dan telus, ia dibuat individu generasi lepas jadi ia sudah tidak ada kena mengena dengan zaman ini,"katanya Penayangan filem Tanda Putera arahan pengarah Shuhaimi Baba mencetus konterversi dan mendapat kritikan hebat dari DAP menuduh filem tersebut menggambarkan kaum cina kepada pencetus rusuhan 13 Mei. Filem ini mendapat tentangan hebat dari Lim kit Siang apabila filem itu cuba menfitnah pemimpin itu. Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pernah mengeluarkan kenyataan menggesa filem tersebut diharamkan tayangannya di Pulau Pinang. Bagaimanapun arahan itu kemudiannya ditarik balik apabila Ketua Menteri itu menegaskan itu hanyalah saranan dari beliau dan bukannya arahan yang wajib. Bagaimanapun filem tersebut mula ditayangkan secara umum pada khamis lalu dan setakat ini menerima reaksi memberangsangkan dari penonton. ~the malaysian insider Iklan C (ii) |
You are subscribed to email updates from Addin To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan