Khamis, 1 Ogos 2013

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI

WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI


ADA YANG MASIH MEROYAN .......

Posted: 01 Aug 2013 09:32 AM PDT

Pemimpin Pakatan selar Ali Rustam berhubung dakwaan peningkatan jenayah

PAS mengatakan integriti polis boleh dipersoalkan dalam menangani kes jenayah terutama membabitkan kes bunuh senjata api yang semakin kerap berlaku kebelakangan ini.
Menurut Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu, ketelusan polis yang kononnya bebas dari penyelewengan dan rasuah diragui sehingga berlakunya kes tembak terhadap Pengerusi Mywatch R Sri Sanjeevan Ramakrishan akibat dari tindakan mangsa dalam cubaan mendedahkan nama polis yang  dikaitkan dengan kegiatan kumpulan gangster dadah.
Kerana itu pentingnya untuk menubuhkan sebuah badan perisikan bebas bagi memantau kes jenayah dan badan ini tidak harus melibatkan mereka yang mempunyai kepentingan dengan polis," kata Mohamad apabila dihubungi The Malaysian Insider.
Beliau memberikan kenyataan mengulas komen bekas Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam yang menuduh Pakatan Rakyat (PR) menjadi sebab peningkatan kes bunuh senjata api kerana parti tersebut memaksa kerajaan memansuhkan Akta Ordinan Darurat (EO) dan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA).
Menyifatkan komen Ali Rustam sebagai tidak siuman beliau menegaskan kewibawaan polis boleh dipersoalkan kerana mereka mengambil masa terlalu lama menyelesaikan sesuatu kes dan belum berjaya menangkap suspek.
Dia (Ali Rustam) terlupa agaknya kes bunuh Altantuya siapa yang bunuh ? Polis.. jadi mengapa dia nak buat kenyataan sedemikian sedangkan dia tahu jenayah boleh dilakukan oleh sesiapa saja bukan sebab pemansuhan Ordinan Darurat itu tak masuk akal," tegas Mohamad yang dikenali sebagai Mat Sabu.
Sementara itu, Ahli Parlimen Kluang Liew Chin Tong berkata tuduhan dilemparkan Ali Rustam itu tidak masuk akal kerana keputusan menghapuskan undang-undang itu bukan diputuskan PR.
Beliau boleh menyalahkan Datuk Seri Najib Razak kerana Perdana Menteri itu yang menghapuskan undang-undang tersebut,"katanya lagi.
Beliau yang menolak dakwaan itu berkata masalah dari pihak polis apabila mereka kekurangan anggota dalam Jabatan Siasatan Jenayah.
Ini masalah pengagihan anggota apabila separuh dari mereka diletakkan di Jabatan Pentadbiran dan hanya 2000 pegawai penyiasat yang tinggal ini kena melakukan semua kerja kerana itu hasil siasatan forensik tidak efektif,"tambah beliau lagi.
Ini berbeza di peringkat antarbangsa, apabila setiap pegawai hanya menyiasat lima atau enam saja kes setiap bulan.
Berita Harian melaporkan hari ini , Ali Rustam  berkata PR menjadi punca peningkatan kes bunuh senjata api ekoran pembangkang itu yang mahu kerajaan memansuh EO dan ISA.
Menurut Anggota Majlis Tertinggi Umno itu, jelas pembangkang harus dipersalahkan diatas permintaan mereka itu.
Dalam hal ini, pembangkang perlu bertanggungjawab atas apa yang berlaku " katanya seperti dipetik akhbar tersebut.
Pada masa sama, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata ekoran dari penghapisan EO dan Akta Kediaman Terhad, pihaknya akan mencadangkan menubuhkan jawatankuasa kecil kabinet bagi membantu polis menangani kes seperti ini.
Katanya 90 peratus daripada jenayah berat berlaku sekarang dilakukan bekas banduan yang kembali membalas dendam terhadap saksi yang menyebabkan mereka ditahan di bawah EO
Terdahulu Pengerusi badan pemantau jenayah, Mywatch Sanjeevan ditembak oleh seorang dari dua lelaki India di persimpangan Taman Cempaka, Bahau, Jempol kira-kira  jam 3.40 petang ketika mangsa sedang memandu kereta jenis BMW bersama seorang rakannya menghala ke Pekan Bahau.
Sebelum kejadian itu, Sanjeevan membuat laporan polis mengenai ancaman nyawa terhadapnya kerana merancang membuat pendedahan berkaitan dakwaannya mengenai sebahagian pegawai polis terbabit dalam sindiket jenayah berat.
Ia disusuli dengan kejadian bunuh Pengasas Bank Islam Am Bank Hussain Ahmad Najadi  berasal dari Bahrain ditembak mati di kawasan letak kereta di Lorong Ceylon, Kuala Lumpur. April lalu Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) dilaporkan mati ditembak ketika dalam perjalanan ke pejabatnya di Putrajaya bagaimanapun sehingga kini pihak polis masih belum berjaya menangkap suspek. - 1 Ogos, 2013.

Najib sembunyi masalah kewangan bawah karpet – Anwar

Posted: 01 Aug 2013 09:29 AM PDT

Najib sembunyi masalah kewangan bawah karpet – Anwar

KUALA LUMPUR 1 Ogos: Penilaian unjuran kredit Malaysia terkini oleh agensi penarafan, Fitch adalah membimbangkan meskipun tidak memeranjatkan, kata Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Rating Fitch dilapor menyemak semula prospek Malaysia daripada "stabil" kepada "negatif", dengan mengutarakan masalah kurangnya kemajuan dalam reformasi kerajaan dalam menangani defisit fiskal.
"Kami menegaskan pengurusan ekonomi kerajaan terutama berkaitan soal pembaziran dalam perbelanjaan yang dibuat tanpa perlindungan dan ketelusan serta kebertanggungjawaban akan membawa kita ke lembah kehancuran," kata Anwar.

"Sebelum pilihan raya umum ke-13, penganalisis bebas mengumumkan paras hutang kepada pendapatan perkapita negara iaitu kira-kira 237 peratus pada tahun 2012 dan kebergantungan kita hanya kepada hasil petroleum, tetapi kawalan media oleh Umno-BN menggambarkan kritikan ini sebagai pengkhianat kepada kestabilan ekonomi," ujarnya.

Katanya, tanpa membetulkan keadaan itu, Najib menyebabkan negara mengalami defisit fiskal lebih besar.
Oleh itu, ketika hutang negara meningkat mendadak, jaminan hutang kerajaan hampir RM150 bilion pada 2012 berbanding RM96.9 bilion pada tahun 2010 tidak diambil kira dalam pengiraan defisit belanjawan negara, menunjukkan  analisis ekonomi dan kewangan berat sebelah.


"Dalam hal ini, kami menyeru kepada Najib untuk berhenti menipu rakyat dengan mengatakan kononnya 'nisbah hutang-KDNK stabil' sedangkan realitinya, ia seperti menyembunyikan masalah kewangan negara di bawah karpet," kata Anwar menunut tindakan pemulihan segera diambil  perdana menteri.

KEADILAN lancar kempen “Percaya Pada Perubahan”, pendaftaran talian

Posted: 01 Aug 2013 09:27 AM PDT

KEADILAN lancar kempen "Percaya Pada Perubahan", pendaftaran talian

KUALA LUMPUR 1 OGOS: KEADILAN hari ini melancarkan kempen pendaftaran anggota di bawah kempen "Demi Malaysia Yang Lebih Baik".
Kempen ini mempunyai dua fasa utama iaitu, fasa Kempen Dalam Talian yang bermula hari ini, dan fasa Jelajah Perubahan Rakyat yang akan bermula pada tarikh yang akan diumumkan kemudian.
Menurut Pengarah Biro Pemantapan dan Penambahan Ahli, Nurul Izzah Anwar, bagi Kempen Dalam Talian, borang permohonan keanggotaan boleh diisi secara atas talian di laman sesawang KEADILAN, DI SINI.
keadilanPemohon perlu menyediakan salinan kad pengenalan (depan dan belakang) untuk di muat-naik semasa mengisi borang atas talian tersebut. Yuran keanggotaan boleh dibayar atas talian dengan menggunakan kad kredit, paypal ataupun pemindahan dana dari akaun bank pemohon.
Nurul Izzah yang juga Naib Presiden menjelaskan, Jelajah Perubahan Rakyat akan merangkumi satu "roadshow" bersama pimpinan KEADILAN dan akan diadakan di setiap negeri bagi menerangkan prinsip-prinsip dan perjuangan parti kepada rakyat.
"Tarikh dan tempat untuk setiap roadshow ini akan diumumkan dari  masa ke semasa," katanya dalam kenyataan.
Beliau menambah, Kempen "Demi Malaysia Yang Lebih Baik" ini selari dengan kepercayaan bahawa rakyat Malaysia dahagakan sebuah Malaysia yang lebih dinamik, aman dan makmur.
"Sokongan daripada rakyat amat diperlukan untuk mencapai visi KEADILAN bagi meletakkan Malaysia sebagai negara yang disegani, baik dari aspek ekonomi, politik dan sosial.
"Kempen ini akan memerkasakan KEADILAN lagi sebagai sebuah kuasa politik yang akan terus mampu mengorak arus perubahan bagi negara ini, InsyaAllah," kata Ahli Parlimen Lembah Pantai itu.

Tiada ulasan: