Jumaat, 23 Ogos 2013

Roslan SMS Corner

Roslan SMS Corner


Meminta-minta jadi pemimpin (23/8/13)

Posted: 22 Aug 2013 09:45 PM PDT


عَنْ عَبْدُ الْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةِ رضي الله عنه أَنَّ رَسُوْلَ اللهِ صَلَي اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَقُوْلُ : يَا عَبْدَالْرَحْمَنِ بْنِ سَمُرَةَ ! لاَ تَسْأَلِ الْإِمَارَةَ , فَإِنَّكَ إِنْ أُوْتِيْتَهَا عَنْ مَسْأَلَةٍ وُكِلَتْ إِلَيْهَا وَإِنْ أُوْتِيْتَهَا مِنْ غَيْرِ مَسْأَلَةٍ أُعِنْتَ إِلَيْهَا ( رواه البخاري ومسلم(.
Terjemahan Hadis

Daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a bahawa Rasulullah SAW bersabda kepadanya :"Wahai Abdul Rahman bin Samurah Jangan engkau meminta jawatan pemimpin . Sebab jika ia diserahkan kepadamu kerana permintaanmu maka ia akan diserahkan bulat –bulat kepadamu .Sebaliknya jika ia diserahkan kepadamu tanpa permintaanmu maka engkau akan diberikan pertolongan dalam melaksanakan tugasmu . (Hadis riwayat Al-Bukhari dan Muslim).

 Keterangan mengenai perawai Hadis.
Hadis ini diriwayatkan oleh Al-Bukhari dan Muslim daripada Abdul Rahman bin Samurah r.a seorang sahabat Rasulullah SAW.

 Nilai Hadis .
Hadis ini menerangkan tentang larangan meminta – minta jawatan pemimpin kerana tidak diberkati oleh Allah SWT .

Kupasan Hadis secara terperinci .
1.Larangan meminta – minta jawatan pemimpin , kerana ia dianggap cara yang tidak bermoral, sabda Rasulullah SAW :

أنَا وَاللهِ لاَ نُوَلَّي أَحَدًا طَلَبَهُ اَوْ حَرْصِيْ عَلَيْهِ
Sesungguhnya demi Allah kami tidak memberi jawatan menjadi pemimpin, seorang yang memintanya atau terlalu berkeinginan memegangnya.

 2.Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin secara meminta –minta .

Pemimpin adalah orang yang memikul beban dan amanah bukannya kemegahan dan kemuliaan . Maka jawatan pemimpin itu adalah terbuka kepada mereka yang benar-benar layak menyandangnya , kalaulah seseorang meminta-minta jawatan pemimpin itu kurang layak , maka ia akan menutup peluang kepada mereka yang lebik layak memegangnya . Dia tidak dapat menjalankan tugas dengan baik kerana tidak ada mempunyai kelayakan .Bertanggungjawab sepenuhnya di dalam menjalankan tugas jawatan itu ,tanpa mendapat pertolongan dari pihak lain .
 3. Imaplikasi dari memegang jawatan pemimpin tidak secara meminta –minta iatu dipilih/dilantik

 a. Orang ramai akan rasa puas hati kerana dilantik/ dipilih atas pilihan mereka, maka senanglah ia menjalankan tugas kerana mendapat sokongan dan kerjasama dari mereka.
 b. Dapat menjalankan tugas dengan baik kerana ia memgang jawatan itu di atas dasar benar –benar layak memegang jawatan itu .

 c.Mendapat kerjasama dan pertolongan dari semua pihak ,baik dari pihak berkuasa atau pihak orang ramai di dalam menjalankan tugasnya.
 Pengajaran Hadis .

 1.Rasulullah SAW melarang seseorang itu meminta – minta untuk memegang jawatan pemimpin.
2.Tugas dan tanggungjawab akan dipikul sepenuhnya oleh orang memegang jawatan itu tanpa pertolongan dan kerjasama dari pihak lain .

3.Seseorang yang memegang jawatan pemimpin yang dipilih / dilantik akan mendapat pertolongan dan kerjasama dari semua pihak .

Hadis ini jelas isi dan keterangannya.
Pilihanraya Umum sudah lebih 3 bulan berlalu, kini masing-masing yang telah terpilih sedang sibuk menyusun perancangan dan melaksanakan tugas masing-masing. Bagi yang baru dipilih sudah pastilah ia pengalaman baru, maka amanah yang telah diberikan perlu digalas dan dilaksanakan dengan sempurna. Begitu juga yang dipilih lebih sepenggal, pastikan amanah yang diberikan dipelihara dan dipikul sebaik mungkin.

Saya masih ingat betapa hangatnya suasana sebelum PRU lalu. Lebih hangat lagi apabila masing-masing parti memerah otak menyenarai pendek dan memilih calon-calon untuk dikemukakan kepada rakyat. Ada yang diterima ada yang terpaksa digugur dan diganti "last minute", tetapi yang paling malang sebagaimana iktibar dari Hadis di atas adalah bagi yang melobi dan meminta-minta untuk dijadikan calon!
Jangankan dalam BN dan Umno saya tahu dalam PAS juga ada yang sedemikian. Alhamdulillah dalam PAS ada mekanisma yang menepati syarak yang digunakan dalam proses memilih dan mengenal pasti calon, namun lantaran ahli-ahli PAS bukan malaikat, maka ada juga berlaku insiden ini.

Setahu saya seorang pemimpin telah melobi diri menjadi calon dari satu kawasan ke satu kawasan akhirnya lobi beliau gagal walaupun disaat akhir dikhabarkan telah pun siap mengambil gambar untuk dijadikan poster calon. Ini jika berlaku dalam PAS perlu sangat dimuhasabahkan kerana ia menurut Rasulullah adalah satu amalan yang tidak bermoral dalam Islam.
Semalam pula saya terbaca satu laporan seorang lagi pemimpin PAS, yang walaupun kelihatan menolak perlantikkan beliau untuk beberapa jawatan dalam kerajaan, tetapi dalam waktu yang sama menonjolkan pula dirinya untuk jawatan lain. Dalam laporan itu beliau menyatakan beliau layak untuk jawatan berkenaan.

Ini pun saya kira termasuk dalam skop Hadis di atas dan wajarlah pemimpi  itu bermuhasabah.
Memang sukar apabila kita merasakan diri kita layak tetapi pihak yang bertanggungjawab seolah terlepas pandang akan kita. Maka naluri manusia dalam jiwa kita akan memberontak, mengapa lantik si anu sedangkan aku lebih layak. Akibatnya kita akan terbit dengan pelabagi tuduhan, ada konspirasi ada niat jahat, orang yang bertanggungjawab mengamalkan kronisma.

Dunia ini ibarat roda yang berputa kadangkala kita di atas dan kadangkala di bawah. Allahyarham Ustaz Fadzil Nor pernah berkata, bila kita di atas kita lihat orang di bawah kecil-kecil belaka, kita lupa bahawa orang di bawah juga lihat kita di atas itu pun kecil.
Menerima dengan rasa senang dengan apa yang diberikan oleh Allah s.w.t. baik berupa peraturan mahupun qada' atau sesuatu ketentuan daripada Allah s.w.t., itulah redha, satu sifat yang perlu ada dalam pemimpin dan pejuang Islam. Sifat redha dikatakan adalah daripada sifat makrifah dan mahabbah kepada Allah s.w.t.

Jangan kerana tidak dipilih kita menyerang mereka yang tidak memilih kita. Mereka itu buta, mereka itu bongkak, sombong, tetapi kita?
Sesungguhnya tiada seorang yang terlebih istimewa dalam perjuangan ini sehingga perjuangan tidak dapat diteruskan tanpanya. Semoga PAS terus kekal sepanjang zaman.

 

Tiada ulasan: