RAKYAT MARHAEN |
- How soon will the economy collapse?
- Pro-Morsy crowd has become small town
- Defiant Morsi supporters march in Cairo
- Lensa: Tok Guru Nik Aziz Dan Cucu Cucunya Di Aidilfitri
- Falsafah Aidilfitri perlu dihayati
- Pembantu Exco Johor didakwa hina Islam guna FB
- Pemimpin Umno pertahan polisi berdasarkan kaum...
- UMNO melengkapi dan Pendedahan anasir asing dalam menguasai kita
- Kegiatan King Abdullah Raja Arab Saudi Sokong Singkirkan Mursi Terbongkar !
- Rafidah: BN mulakan kempen PRU14 sekarang..!!
- Mat Sabu: Pandangan Lee Kuan Yew ketinggalan zaman
- Set up IPCMC, says Saifuddin
- Kes tembakan: P Pinang tukar slogan, tambah CCTV
- Malaysia Kita: Warga asing beraya di ibukota
- Angkuh Dan Sombong: Pakatan akan terkubur pada PRU-14, kata Shahidan
- Kes suami didera isteri perlu perhatian serius..!!!
- Beginilah rakyat Syria diraikan pemerintah sempena Aidilfitri
- Pendukung Mursi sambut Idulfitri di lokasi demonstrasi
- Malaysia Boleh: Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam - JAKIM
How soon will the economy collapse? Posted: 09 Aug 2013 08:58 PM PDT If Najib can revive the economy and keep it blooming, the opposition is effectively finished; if he doesn't, he himself will be doomed like his predecessor. Last week an international agency downgraded our country's rating to negative and the value of the ringgit wobbled off the pedestal and dropped rolling all over the floor and across the board against all major currencies and pretty soon it is going to be hardly worth the paper it is printed on! Will investors both local and foreign be moving their capitals overseas to safe shores while our bonds and stocks practically go valueless in the next couple of weeks? With our total accumulated debts now more than RM600 billion representing more than 68% of our Gross Domestic Product, are the citizens cognizant how much of that RM600 odd billions are actually spent by the government for our benefit, or are we all as taxpayers just bequeathed that massive fortune of a debt amassed by a corrupt government pretending to live up to the public image they created for themselves masquerading as a stupendously successful one for the past 50 years but benefitting only cronies? Behind all the facades of sandiwara though the realities on the ground are very different; the Umno-led Barisan Nasional government's spending has put our country within spitting distance of going bankrupt! Because the might of the BN has faded and the invincibility of Umno is no longer infallible, the people of this country will soon realise that we have all been fooled and the transformations promised by Prime Minister Najib Tun Razak will never ever be forthcoming – and we all know why! When Najib was catapulted to the Prime Minister's chair after Abdullah Ahmad Badawi stepped down, mainstream media including national and private television stations bragged about the new Chief Executive Officer as an economist trained in Britain; and for almost 30 years of reading and marking postgraduate economics theses, when we look at the financial and economic mess created by Najib, only two possible explanations are probable: Read More / Baca Lagi >> |
Pro-Morsy crowd has become small town Posted: 09 Aug 2013 08:54 PM PDT |
Defiant Morsi supporters march in Cairo Posted: 09 Aug 2013 08:54 PM PDT |
Lensa: Tok Guru Nik Aziz Dan Cucu Cucunya Di Aidilfitri Posted: 09 Aug 2013 07:09 AM PDT |
Falsafah Aidilfitri perlu dihayati Posted: 09 Aug 2013 07:07 AM PDT Apabila Rasulullah bertanya kepada mereka apakah dua hari raya tersebut, mereka segera menjawab bahawa dua hari raya yang mereka sambut itu adalah perayaan yang telah diwarisi secara turun-temurun daripada datuk nenek mereka terdahulu. Lalu Rasulullah SAW telah menyatakan kepada masyarakat Arab Madinah bahawa Islam telah menggantikan dua hari raya yang diraikan itu dengan dua hari yang lebih bermakna iaitu Hari Raya Korban atau Aidiladha dan Hari Raya Fitrah atau disebut Aidilfitri. Konsep hari raya dalam Islam jelas menunjukkan bahawa ia adalah perayaan keagamaan. Ini bermakna jika ia disambut di atas landasan agama, maka hari raya yang diraikan itu merupakan satu ibadat. Hari Raya Aidilfitri disambut sebagai suatu kemenangan bagi orang-orang yang telah dapat mengerjakan ibadat puasa Ramadan dengan sempurna. Kemenangan itu bukan saja menang kerana telah berjaya mengawal nafsu makan dan minum selama sebulan pada siang hari sepanjang bulan Ramadan, tetapi juga kemenangan kerana seseorang yang telah mengerjakan puasa tersebut dengan sendirinya dapat menghalang diri daripada melakukan apa jua perkara yang dilarang. Sekiranya dilakukan juga maka akan terbatallah puasanya. Kerana itulah Allah menganugerahkan satu hari untuk kita sama-sama meraikan kejayaan daripada kemenangan tersebut. Kalimat 'fitri' sendiri bermaksud fitrah, iaitu dengan kejayaan manusia balik kepada fitrah yang asal, Fitrah asal ini sebenarnya suatu permulaan kejadian manusia yang sememangnya bersih daripada dosa dan noda. Oleh kerana ini dikatakan sebagai perayaan keagamaan, maka cara menyambut hari raya itu sendiri perlulah mengikut adab dan peraturan tertentu. Apabila saja diumumkan esok adalah hari raya, maka mulakanlah malamnya dengan aktiviti ibadat dengan memperbanyakkan solat sunat, bertasbih, bertakbir dan bertahmid sebagai tanda kesyukuran. Read More / Baca Lagi >> |
Pembantu Exco Johor didakwa hina Islam guna FB Posted: 09 Aug 2013 07:06 AM PDT PAGOH - Dikatakan berlaku satu lagi kes menghina masyarakat Islam di negara ini menerusi laman Facebook yang didakwa milik seorang pembantu kepada seorang wakil rakyat. Ia menggambarkan kad hari raya yang tertera kepala babi panggang yang diapit lemang di sebelah kiri dan ketupat di sebelah kanan dengan kata-kata yang menjemput umat Islam menikmati hidangan itu. Bagaimanapun carian di laman Facebook di akaun yang menggunakan nama 'Alan Tang' mendapati posting kad ucapan itu sudah tidak ada lagi. Sebaliknya Alan yang merupakan pembantu kepada Anggota Dewan Undangan Negeri Stulang, Andrew Chen Kah Eng dalam posting statusnya mendakwa terdapat individu lain yang meniru foto serta nama pengenalannya di laman Facebook itu dan memfitnahnya dengan posting sedemikian. "Saya tidak pernah berniat menghina mana-mana agama dan sebaliknya saya amat berbangga kerana berada di negara yang menerima pelbagai agama seperti Malaysia," katanya. Beliau mendakwa turut menerima panggilan ugutan menerusi telefon pada pukul 9 pagi semalam daripada pemanggil yang menggunakan nombor persendirian. Alan yang kemudiannya menyedari posting itu lalu membuat laporan di Balai Polis Taman Pelangi, Johor Bharu pada pukul 4.30 petang hari yang sama. |
Pemimpin Umno pertahan polisi berdasarkan kaum... Posted: 09 Aug 2013 07:04 AM PDT Beberapa pemimpin Umno mempertahankan polisi berdasarkan kaum dengan menjelaskan orang Melayu masih memerlukan bantuan. Ahli Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Noh Omar berkata kerajaan berada pada trek yang betul dengan mengamalkan polisi berasaskan kaum kerana orang Melayu masih ketinggalan berbanding kaum lain di Malaysia. Katanya, Dasar Ekonomi Baru diperkenalkan bagi mengenalpasti ketidaksamaan sosial dan ekonomi pada awal 1970-an. "Rusuhan kaum pada Mei 1969 akibat ketidakseimbangan ekonomi antara kaum maka orang Melayu mesti diberi peluang bagi memastikan mereka berdiri sama tinggi dengan kaum lain," kata bekas Menteri Pertanian itu hari ini. Beliau mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew dalam buku terbaharunya, "One Man's View of the World" yang menghuraikan polisi berdasarkan kaum Putrajaya menyebabkan Malaysia kehilangan tenaga pakar. "Mereka bersedia kehilangan bakat tempatan bagi mengekalkan dominasi sesuatu kaum," memetik ungkapan Lee dalam buku tersebut. Beliau menjelaskan Singapura mendapat faedah sebanyak 40 peratus pekerja yang berhijrah dari Malaysia. Noh berkata orang Melayu masih memerlukan sokongan dalam bidang pendidikan. "Maka sistem pendidikan sedia ada perlu diteruskan," ujar Ahli Parlimen Tanjung Karang itu kepada The Malaysian Insider. Read More / Baca Lagi >> |
UMNO melengkapi dan Pendedahan anasir asing dalam menguasai kita Posted: 09 Aug 2013 05:51 AM PDT Kepada rakyat Malaysia khususnya Melayu Islam yang menyokong UMNO/BN dulu,kini,selamanya,bangunlah dari pemikiran setaraf penghuni gua batu,sedarlah bahawa anda membantu secara tidak langsung melengkapkan agenda asing dalam mencapai cita-cita "menguasai" dan merampas dan mencabuli hak rakyat negara ini secara licik,terancang,terlindung dengan pelbagai nama,slogan yang indah sebagai contohnya "TRANFORMASI" Pendedahannya disini :https://www.facebook.com/photo.php?v=159049807618231&set=vb.100005396377740&type=2&theater - See more at: http://wallybandits.blogspot.com/2013/08/umno-melengkapi-dan-pendedahan-anasir.html#sthash.uSMus6Tc.dpufAntara paparan yang boleh dikongsi bersama ialah"Tranformasi" gagasan yang boleh kita katakan "Baik" sedap didengar hakikatnya ia satu penipuan besar yang berjaya dilakukan oleh UMNO/BN. Mereka telah pun menipu Ibu dan Bapa kita nama Malaysia Tanah Melayu / Semenanjung Emas tatkala Ibu dan Bapa kita mempercayai perjuangan mereka dalam menuju kemerdekaan walhal merekalah bapak segala penipu,penyamun yang diketegorikan bertauliah (berlesen).atau atas nama "tranformasi" Mereka berusaha mengkayakan segelintir golongan elit yang berkepentingan langsung dan tidak langsung dengan kerajaan dalam mencapai hasrat untuk menguasai,membawa keluar hasil kekayaan,segala sumber dalam masa yang sama kononnya memakmurkan RAKYAT. Anda boleh menonton pendedahan berikut dan membuat penilaian dengan penuh kebijaksanaan apa agenda mereka,terutamanya perancangan UMNO/BN dalam melengkapkan agenda asing tersebut Bantulah kami selamatkan negara,bangsa,agama dengan menjauhkan diri dari UMNO/BN,tanpa anda agenda asing melalui UMNO tidak akan terlaksana.saksikan pendedahannya dengan penilaian yang bijaksana |
Kegiatan King Abdullah Raja Arab Saudi Sokong Singkirkan Mursi Terbongkar ! Posted: 09 Aug 2013 03:33 AM PDT Akhbar Amerika "Washington Time" melaporkan kenyataan seorang aktivis Saudi yang lantang memperjuangkan basmi penyelewengan, Read More / Baca Lagi >>Mujtaheed bin Harith bin Humam mendakwa Raja Saudi, Raja Abdullah bin Abdul Aziz memberikan rasuah berjumlah USD 1 billion kepada Menteri Pertahanan Mesir, Abdul Fatah As-Sisi bagi menjayakan misi operasi menyingkirkan Presiden Mesir yang sah, Muhammad Mursi. Ini bermakna Raja Abdullah adalah antara manusia yang bertanggungjawab terhadap rampasan kuasa Mesir. Semalam, kenyataan dari beberapa tokoh agama dan pendakwah Arab Saudi menyebut bahawa pengambil alihan kuasa dari Presiden Mesir Muhammad Mursi adalah "sepenuhnya rampasan kuasa dari semua aspek", "diharamkan oleh Islam serta merupakan satu tindakan jenayah". |
Rafidah: BN mulakan kempen PRU14 sekarang..!! Posted: 09 Aug 2013 02:59 AM PDT BN harus memulakan kempen menarik sokongan rakyat dari sekarang dan tidak menunggu ketika hampir pilihan raya umum ke-14 (PRU14). "BN juga harus menjalankan program-program untuk menghampiri rakyat secara berterusan dan bukannya kepada ahlinya semata-mata," katanya kepada Bernama, di sini. Katanya program berbentuk kemasyarakatan harus dilaksana secara bersama dengan parti komponen bagi memperlihatkan kepada umum parti itu mewakili suara semua kaum. Beliau yang diminta berkongsi pandangan mengenai strategi yang harus diambil BN pada PRU14 nanti, juga berkata parti komponen perlu memperkemaskan jentera masing-masing dengan tumpuna kepada orang muda. Bekas Ketua Wanita Umno itu berkata BN sebagai parti yang meneraju kerajaan pusat harus melaksanakan transformasi seperti yang dilakukan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam kerajaan. Sejak meneraju kepimpinan negara pada 2009, Najib sangat jelas dengan wawasan Malaysia sebagai negara moden, progresif dan sentiasa memandang ke hadapan dalam mengamalkan demokrasi yang melindungi hak dan kebebasan rakyat, katanya. Rafidah, 70, yang memegang portfolio perdagangan antarabangsa dan industri selama 21 tahun dari 1987 hingga 2008, antara menteri yang lantang bersuara di peringkat antarabangsa. Bekas anggota parlimen Kuala Kangsar itu juga antara pemimpin Umno paling lama berkhidmat dalam parti khususnya dalam Wanita Umno. Bernama |
Mat Sabu: Pandangan Lee Kuan Yew ketinggalan zaman Posted: 09 Aug 2013 02:54 AM PDT Demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya merupakan pandangan yang salah dan tidak relevan dengan zaman kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu. Beliau menyifatkan pandangan yang dibuat Bekas perdana Menteri Singapura itu Lee Kuan Yew berdasarkan pandangan lama ketika pentadbiran Tunku Abdul Rahman dan Tun Dr Mahathir. " Beliau orang lama dan pandangan itu pandangan lama ketika Tunku Abdul Rahman dan Mahathir memerintah tapi sekarang selepas 2008 kecederungan politik negara ini berubah,"katanya ketika dihubungi The Malaysian Insider. Jelas Mohamad Sabu yang lebih dikenali sebagai Mat Sabu itu, politik selepas tahun 2008 ialah politik baru dimana rakyat mula sedar isu perkauman yang disering ditakut-takutkan Umno hanyalah demi survival parti itu. Malah kenyataan bahawa PR merupakan parti yang gemar mengambil peluang dan bakal berpecah sekiranya diberi kuasa menerajui negara juga dinafikan Mat Sabu. Menurutnya sekiranya dakwaan itu benar jadi mengapa selama dua penggal PR dipilih rakyat di beberapa negeri membawa pembaharuan dan menghapuskan pengaruh Umno. "Yang hancur itu Umno..mereka yang tidak pernah membawa negara ini kemana hanya bermain dengan isu perkauman sepanjang pemerintahan,"katanya lagi. Read More / Baca Lagi >> |
Posted: 09 Aug 2013 02:52 AM PDT Setting up the IPCMC will improve the police force, says Umno Supreme Council member Saifuddin Abdullah. The former Temerloh MP voiced his support for the commission as a response to the recent spike in shootings across the country. He also dismissed former Malacca Chief Minister Ali Rustam's claims that Pakatan Rakyat's calls for the Emergency Ordinance (EO) to be repealed had resulted in a high number of shooting cases recently, as criminals were now free to roam the streets. "I don't think we can blame the opposition. They had no hand in the shooting incidents but we are concerned about strengthening the police force," Saifuddin told FMT in an exclusive interview. "I think we should have established the proposed IPCMC much earlier to improve police policies," he added. Saifuddin said it was still not too late to establish the IPCMC and hoped the government would set up the commission. He predicted that Prime Minister Najib Tun Razak, who is also Finance Minister, would allocate a substantial amount to improve the police force in next year's budget. Don't play blame game Saifuddin said he did not agree with claims that the abolishment of the Internal Security Act (ISA) and EO had led to an increase in crime rate. "The ISA was always misused to detain political rivals. I also don't agree that if you let the crooks out under the EO, there will be more crime. Has it been proven?" he asked. "If we say that, then there must be a suspect that you know, so just catch him. "We have enough laws to arrest them. If it is hard to prove, then we can amend the criminal evidence law," he added. Read More / Baca Lagi >> |
Kes tembakan: P Pinang tukar slogan, tambah CCTV Posted: 09 Aug 2013 02:49 AM PDT Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng meluahkan kebimbangan terhadap tiga kejadian tembak membabitkan senjata api hingga meragut satu nyawa dan satu lagi cedera parah yang dilaporkan berlaku di negeri itu semalam. Katanya, kes jenayah membabitkan senjata api kini menjadi perkara utama kepada kerajaan negeri untuk membanteras keganasan yang semakin berleluasa sehingga menimbulkan panik di kalangan orang awam. Sehubungan itu, Kerajaan Negeri berhasrat menukar slogan kerajaan negeri dari Penang Bersih, Hijau, Sihat dan Selamat kepada Penang Selamat, Bersih, Hijau dan Sihat. "Saya telah bercakap dengan Ketua Polis Pulau Pinang, dia memberitahu saya polis kini sedang melakukan sebaik mungkin bagi mengawal situasi," katanya dalam satu kenyataan media hari ini. Memahami situasi polis di negeri itu yang tidak mempunyai jumlah anggota yang cukup kerajaan negeri akan bersama-sama dengan polis bergabung tenaga mencegah jenayah terus merebak dan menjadikan Penang sebagai negeri yang selamat kembali. Antaranya ialah dengan menubuhkan Unit Kawalan Rondaan Sukarelawan di setiap komuniti kawasan perumahan. Malah Kerajaan Negeri juga akan segera menambah sebanyak 125 lagi kamera pengawasan (CCTV) yang nilainya berjumlah RM 3 juta.Read More / Baca Lagi >> |
Malaysia Kita: Warga asing beraya di ibukota Posted: 09 Aug 2013 12:28 AM PDT |
Angkuh Dan Sombong: Pakatan akan terkubur pada PRU-14, kata Shahidan Posted: 09 Aug 2013 12:26 AM PDT |
Kes suami didera isteri perlu perhatian serius..!!! Posted: 08 Aug 2013 10:01 PM PDT KUALA LUMPUR - Pada awal usia bercinta Sham, 47, (bukan nama sebenar) dan isterinya berjanji untuk membina rumah tangga bahagia. Bagaimanapun, selepas tujuh tahun berkahwin, Sham mendakwa sering menjadi mangsa keganasan isterinya dan bukan setakat itu, dua daripada tiga orang anaknya yang berusia 10 dan 16 tahun didakwa turut mengikut perangai buruk ibu mereka apabila bersuhabat memukulnya jika si isteri naik angin. Tidak tahan dengan penderitaan itu, Sham akhirnya membuat pendedahan di sebuah akhbar tabloid berbahasa Melayu bertarikh 10 Feb 2010 sebelum membuat laporan polis. Naib Presiden Hal Ehwal Wanita (Helwa) Angkatan Belia Islam Malaysia (Abim) Fadlina Siddiq berkata kes Sham bukanlah satu-satunya kes penderaan suami yang dilakukan isteri di negara ini. Malah, ia telahpun meluas dalam tempoh lima tahun kebelakangan ini namun jarang diketengahkan ke pihak media dan polis atas faktor menjaga maruah suami sebagai ketua keluarga dan memikirkan anak-anak, tidak mahu mereka menjadi mangsa penceraian. Fadlina berkata dalam kebanyakan kes, suami didera anggota fizikalnya menggunakan objek keras seperti batang penyapu dan batang pengelap lantai. "Tetapi, ada kadang kalanya (si isteri) suka memainkan emosi (suami); tidak mahu bercakap berminggu-minggu, menjauhkan diri dengan anak dan tidak tidur bersama suami selama mana yang mereka mahu," kata Fadlina kepada Bernama ketika dihubungi baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >> |
Beginilah rakyat Syria diraikan pemerintah sempena Aidilfitri Posted: 08 Aug 2013 09:50 PM PDT Apakah salah si kecil ini sehingga terpaksa menahan dan meraung kesakitan sebegini rupa. Wahai saudaraku kalian yg memiliki akal fikiran yang waras dan sifat belas kasihan? Bagaimana kiranya bayi ini adalah anak anda? Atau adik anda? atau cucu anda? Ya Allah kau hancurlah kerajaan syiah pimpinan Basyar Assad dan sekutu-sekutu mereka, azablah mereka dgn azab yg pedih. Sungguh mereka menzalimi hamba-hambamu dengan kezaliman yang amat dahsyat. Pihak kami di Syria Care HANYA menghulurkan bantuan ke Syria seperti bantuan KEWANGAN dan KEPERLUAN ASAS SAHAJA (spt makanan ,pakaian & ubatan). Bagi menghulurkan bantuan , anda boleh hubungi kami di : Alamat: (SYRIA CARE OFFICE) No.38B, Jalan Bola Tampar 13/14, Seksyen 13, 40100 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan |
Pendukung Mursi sambut Idulfitri di lokasi demonstrasi Posted: 08 Aug 2013 09:49 PM PDT KUALA LUMPUR: Hari Raya Aidilfitri dirayakan para pendukung presiden yang digulingkan tentera Mesir, Muhammad Mursi dengan turun ke jalan. Read More / Baca Lagi >>Memetik tulisan blog Kelab Greenboc, mereka menuntut jawatan Mursi dikembalikan. Mereka merayakan Aidil-fitri pada hari Khamis (8/8) di lokasi demonstrasi di Nasr City. "Pendemo di sini sekarang jumlahnya ramai, mengatakan kepada pemerintah, Mursi adalah presiden yang sah, dan mereka tidak akan pergi sehingga kedudukan Mursi dikembalikan," ujar laporan Aljazeera. Kedua belah pihak, pendukung dan penentang Mursi meminta pendukung masing-masing untuk protes. Presiden sementara Mesir, Adly Mansour dalam pesanannya sempena Aidil-Fitri menyatakan Mesir dalam keadaan kritikal. Pemerintahan sementara akan menekankan rancangannya sendiri untuk membuat pemilihan baru dalam sembilan bulan. "Kereta masa depan sudah berangkat, dan setiap orang harus sadar momen dan menangkapnya, siapa saja yang gagal menyadari momen ini harus bertanggungjawab terhadap keputusannya," ujar Mansoour. |
Malaysia Boleh: Tiga kes penceraian pasangan Muslim setiap jam - JAKIM Posted: 08 Aug 2013 09:48 PM PDT Terdapat purata tiga kes penceraian bagi setiap jam dalam kalangan pasangan Muslim di negara ini. Pengerusi Majlis Perunding Wanita Islam Malaysia (MPWIM) Prof Madya Datin Noor Aziah Mohd Awal berkata maklumat itu diperoleh daripada kajiannya terhadap statistik penceraian Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) bagi tahun 2011. Ini berikutan terdapat purata 70 kes penceraian dilaporkan sehari, 2,000 kes dilaporkan sebulan dan 25,000 kes setahun di seluruh negara bagi tahun 2011. "Statistik perceraian daripada Jakim dari tahun 1990 hingga 2010 sentiasa menunjukkkan peningkatan kes penceraian setiap tahun," katanya kepada Bernama. Noor Aziah berkata situasi itu berlaku kerana kebanyakan individu yang mendirikan rumah tangga didapati tidak memahami mahupun mengetahui akan falsafah sebenar sesebuah perkahwinan itu. Justeru, beliau meminta masyarakat supaya melengkapkan diri dengan ilmu agama dan rumah tangga sebelum melangsungkan perkahwinan bagi mengurangkan kes perceraian sekali gus membentuk sebuah keluarga bahagia. "Sebenarnya institusi keluarga itu adalah asas pembangunan sesebuah negara dan kalau institusi keluarga itu berjalan dengan baik maka negara pun akan jadi lebih baik," katanya. Menyentuh mengenai belia pula, beliau meminta kerajaan memperbanyakkan penganjuran program keilmuan dan keagamaan kepada golongan belia di negara ini dalam usaha melahirkan belia berakhlak mulia, pada masa hadapan. Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan