RAKYAT MARHAEN |
- Negara Aman: 4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam
- THE STORY OF AN EXTORTION: Crime wave intensifies even as IGP offers excuses
- Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin
- 'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas
- Morsi's wife in surprise show at Egypt rally Middle East
- Egyptians chant against president Morsi after Eid prayer in Cairo
- Thousands Hold Prayers At Pro-Morsi Sit-In For Eid
- Selamat Hari Raya dan Najib berpenampilan hijau pula
- Cover Line: KJ enggan ulas buku tentang bapa mertuanya
- Najib setuju dengan Pak Lah, ubah Umno akan ambil masa
- Kes tembakan: Kongsi gelap punya angkara?
- Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam?
- Demagogues and real leaders
- 'WEAKLINGS' JOIN FORCES IN UMNO: Dr M the perfect scapegoat for Pak Lah, Najib
- Egyptians continue protests on Eid holiday
- Salam Aidilfitri: Diberi Kesihatan kepada TGNA
- Salam Aidilfitri: Terus menggerakkan perjuangan
- Syria rejects Assad convoy attack claims
- Egypt struggles with ideological strife
- Perkauman bukan faktor tunggal hilang bakat tempatan, kata pemimpin BN
- Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim
- Perutusan Aidilfitri Presiden KEADILAN
- Jenayah: Kerajaan Kelantan tuntut semula pengerusi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan
- Demografi penduduk: Khalid setuju pandangan Kuan Yew
- Saya bukan Mahathir, bila bersara, bersaralah, kata Pak Lah
Negara Aman: 4 insiden tembakan senjata api di Hari Raya pertama semalam Posted: 08 Aug 2013 07:44 PM PDT Empat insiden tembakan berlaku dalam masa 24 jam semasa umat Islam menyambut hari raya semalam dengan dua di Pulau Pinang dan masing-masing satu di Kuala Lumpur dan Perak. Di Kuala Lumpur, insiden senjata api dilaporkan berlaku di sebuah restoran Pelita,Desa Seri Hartamas kira-kira 7.30 pagi semalam. Kejadian disahkan oleh Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah menyatakan dari siasatan awal mendapati ia sebagai kemalangan akibat perlakuan sendiri. Mangsa merupakan seorang lelaki India berusia 27 tahun bekerja sebagai pemandu teksi dan pengutip hutang sambilan. "Kira kira jam 7.30 pagi mangsa yang selesai kerja pergi ke restoran Pelita untuk mengutip hutang. "Mangsa kemudiannya kembali ke kereta untuk mengambil pistol lalu melepaskan dengan tidak sengaja hingga mengenai tapak tangan kiri dan peha kiri kaki mangsa," kata Ku kepada The Malaysia Insider. Mangsa dirawat di Pusat Perubahan Universiti Malaya PPUM. Insiden tersebut menjadikan ia kes keempat membabitkan senjata api yang berlaku dalam kurang 24 jam hari ini iaitu ketika umat Islam menyambut Hari Raya Pertama. Read More / Baca Lagi >> |
THE STORY OF AN EXTORTION: Crime wave intensifies even as IGP offers excuses Posted: 08 Aug 2013 07:43 PM PDT KUALA LUMPUR - Malaysia's top cop Khalid Abu Bakar may insist he's got everything under control but it looks like the criminals in the country are not ready to listen to him! Not only are gangland-style assassinations "virtually a daily occurrence" as Opposition Leader Anwar Ibrahim has warned, extortionists appear to be the next group to go on a 'free-for-all' strike at helpless victims. Affluent George Town in Penang was the latest to suffer from the recent spate of crime that has erupted across the nation. The northern island was the site of two high-profile crimes on Thursday, the first day of Hari Raya. An Indian man with suspected links to drug trafficking syndicates was shot 14 times in the head and neck when his car stopped at a traffic in busy Anson Road. He died on the spot. [ Read DRUGS LINK? Shot in the head 14 TIMES at Anson Rd traffic light on 1st day of Hari Raya] From Anson Road to Pulau Tikus Then at nearby Pulau Tikus, at least six shots were fired at a businessman's bungalow. His 29-year-old son, wife and their domestic worker were at home when a gunman struck at around 1.15am. No one was injured in the shooting. According to the Star, the man had earlier lodged a police report, claiming that he received an extortion letter together with six bullets. "Based on the CCTV footages, the gunman fired the shots randomly outside the house," police said, adding that the owner had a shock after discovering fragments of broken window panels and bullet marks on them. The owner, who is now abroad, told police that he received a text message in Chinese demanding for money to be deposited into a local bank account. "We have since frozen the telephone numbers and the bank account," police said, adding that the case is being investigated for criminal intimidation. Crime wave intensifies while IGP offers excuses |
Pegang jawatan k'jaan, Chua sedia hadapi JK disiplin Posted: 08 Aug 2013 07:40 PM PDT Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek sedia menghadap Jawatankuasa Disiplin kerana masih memegang jawatan dalam kerajaan iaitu sebagai Pengerusi Pelabuhan Pulau Pinang. Read More / Baca Lagi >>"Bukan saya seorang sahaja yang patut dihadapkan ke jawatankuasa disiplin parti, malah Ong Ka Ting, Wong Nai Chee, Ng Yen Yen dan juga semua anggota jawatankuasa kemajuan kampung juga patut turut dikenakan tindakan sama," katanya kepada pemberita ketika ditemui di majlis rumah terbuka Aidilfitri Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana, di Putrajaya semalam. Beliau mengulas demikian berhubung tindakan lapan Bahagian MCA yang tidak berpuas hati dengan Dr Chua yang masih memegang jawatan itu walaupun parti itu menerima resolusi untuk tidak menerima jawatan dalam kerajaan selepas kekalahan teruk pada Pilihan raya Umum ke-13 (PRU13), Mei lepas. Bekas Presiden MCA, Tan Sri Ong Ka Ting kini memegang jawatan sebagai 'Duta Khas Perdana Menteri ke China', anggota parti Wong Nai Chee merupakan Setiausaha Politik kepada Perdana Menteri manakala Naib Pengerusi parti Datuk Seri Dr Ng Yen Yen memegang jawatan sebagai Pengerusi Tourism Malaysia. |
'The awakening: Abdullah Badawi years in Malaysia' akan jadi panas Posted: 08 Aug 2013 07:39 PM PDT 'The Awakening: The Abdullah Badawi years in Malaysia' akan di pasaran tidak lama lagi dan ini satu penerbitan yang bakal menjadi topik hangat serta polemik besar mengikut jangkaan saya. 'The pre publication remarks' yang kita nampak melihatkan satu polemik yang hebat kerana apa sahaja yang melibatkan Dr Mahathir terutamanya dalam UMNO dan kepimpinan negara akan menjadi tumpuan ramai. Lebih-lebih lagi tentang isu perlagaan di antara Dr Mahathir dan pewaris kepimpinannya Abdullah Badawi. Dr Mahathir hanya bertahan selama setahun sahaja sebelum keluar ke depan untuk membidas pewaris kepimpinannya itu dan beliau terus menerus melemparkan segala aib kepimpinan negara kita kepada Abdullah Badawi. Segala-gala kemudharatan yang negara hadapi bermula dari Abdullah Badawi dan tidak ada sedikit pun ia bermula semasa pemerintahannya selama 22 tahun itu. Sekarang Abdullah pula memberikan pandangan dari sudut pemikirannya walaupun beliau (Abdullah) berdiam diri sahaja apabila Mahathir menyalahkan segala-galanya kepada Abdullah. Mahathir berkata yang beliau belum lagi membaca penerbitan itu tetapi beliau akan memberikan respons mengikut apa yang beliau akan baca dan sudah menjadi kepastian Dr Mahathir akan membalasnya dengan lebih sinis lagi. Saya pun belum membacanya lagi tetapi dari apa yang disebutkan oleh Abdullah dalam publisiti 'pre-launching'nya itu Abdullah telah memberikan pandangan yang bertentangan dengan Dr Mahathir dan itulah tanda-tanda ia akan menjadi topik hangat di mana-mana nanti. Abdullah selama ini berdiam diri apabila di'seksa' oleh Dr Mahathir tetapi kali ini Abdullah keluar dan waktu dan masa ini adalah waktu yang paling terbaik bagi Abdullah untuk menjawab segala tuduhan dan kata-kata penghinaan Dr Mahathir terhadap beliau. Di antara Dr Mahathir dan Abdullah ini ibarat dua orang yang sedang bermain gasing. Sudah begitu lama Dr Mahathir hanya memangkah sahaja. Nampaknya kali ini Abdullah pula mengambil giliran memangkah dan Dr Mahathir mengambil giliran memusing gasing itu pula. Gasing siapa yang pecah tidak pula kita ketahui kerana masing-masing dari hakikatnya adalah saling sandar menyandar dalam membuatkan politik negara kita menjadi sedemikian rupa. Read More / Baca Lagi >> |
Morsi's wife in surprise show at Egypt rally Middle East Posted: 08 Aug 2013 06:08 PM PDT |
Egyptians chant against president Morsi after Eid prayer in Cairo Posted: 08 Aug 2013 06:07 PM PDT |
Thousands Hold Prayers At Pro-Morsi Sit-In For Eid Posted: 08 Aug 2013 06:07 PM PDT |
Selamat Hari Raya dan Najib berpenampilan hijau pula Posted: 08 Aug 2013 05:06 PM PDT Terlebih dahulu diucapkan selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh penjenguk blog ini walau di mana juga mereka berada dan mudah-mudahkan sambutan hari lebaran tahun ini memberi lebih makna dan keinsafan kepada kita. Walaupun ramai yang menyambut Hari Raya tahun ini dengan perasaan yang bercampur-campur, mungkin bimbang terhadap rumah yang ditinggalkan dan kemungkinan dipecah masuk, meningkatnya kejadian penembak upahan di sana-sini, kakitangan kerajaan yang hanya mendapat BR1M RM500, harga ayam dan daging yang semakin mahal, barang-barang keperluan harian yang juga meningkat, bekalan diesel masih kekurangan di beberapa tempat dan pelbagai masalah lainnya, tetapi sambutlah hari kemenangan ini dengan seadanya mengikut kemampuan masing-masing. Kepelbagaian rasa ini seharusnya menginsafkan kita bahawa kehidupan ini memang penuh dengan cabaran dan dugaan serta mudah-mudahan ia memberi ruang yang lebih terbuka untuk kita mendekatkan diri kepada Allah, Tuhan pencipta alam ini. Tetapi apabila melihat Perdana Menteri, Najib Razak memberi ucapan secara langsung di tv dengan baju Melayu berwarna hijau, juga bersamping hijau sempena sambutan Hari Raya ini, perasaan sedikit terusik sambil terkenangkan penampilannya yang sebelum-sebelum ini. Sementara ramai yang sejuk mata dengannya penampilannya, ramai yang lain pula bersikap sinis. Sempena Hari Raya tahun ini, Najib telah memilih warna hijau iaitu warna Islam untuk tampil di tv dan dilihat oleh seluruh rakyat Malaysia. Mujurlah sampingnya juga hijau, kalau berwarna putih, sudah macam warna PAS jadinya. Read More / Baca Lagi >> |
Cover Line: KJ enggan ulas buku tentang bapa mertuanya Posted: 08 Aug 2013 05:03 PM PDT Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin hari ini enggan mengulas mengenai sebuah buku baru yang mengutarakan satu pandangan yang terhadap tempoh pentadbiran Tun Abdullah Ahmad Badawi sebagai perdana menteri. Antara lain, Abdullah mendakwa Khairy, yang merupakan menantunya, tidak mempunyai apa-apa pengaruh dalam pentadbirannya. Ketika ditemui ini majlis hari terbuka Aidilfitri Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak di Putrajaya, Khairy dikerumuni wartawan untuk reaksinya tentang buku tersebut. Menurutnya, beliau belum membaca buku tersebut, bagaimana beliau hendak komen. Buku baru bertajuk "Awakening: The Abdullah Badawi Years in Malaysia", Abdullah telah mempertahankan Khairy dan menafikan kumpulan yang digelar "budak tingkat empat" sewaktu pentadbirannya adalah penasihat beliau. Abdullah berkata Khairy tidak menyalahgunakan kedudukannya pada masa itu dan adalah menantunya itu telah dituduh secara tidak terhadap dalam banyak perkara. Abdullah dipetik memberitahu editor buku tersebut bahawa beliau tertanya-tanya sama ada mereka yang menyerang Khairy gembira kerana telah memecahkan periuk nasinya. |
Najib setuju dengan Pak Lah, ubah Umno akan ambil masa Posted: 08 Aug 2013 05:00 PM PDT Presiden Umno Datuk Seri Najib Razak bersetuju dengan kenyataan mantan Perdana Menteri bahawa Umno perlu melakukan perubahan seiring dengan masa namun ia merupakan tugas yang besar kerana melibatkan emosi individu. Menurut Najib kesabaran amat diperlukan sekiranya ingin melaksanakan perubahan dalam parti kerana ia tidak akan terjadi hanya semalaman. Najib berkata partinya itu sudah melakukan perubahan sebaik saja mengambil alih dari Tun Abdullah Ahmad Badawi dengan meminda perlembagaan bagi memilih pucuk pimpanan parti dimana ia bakal dilaksanakan ketika pemilihan parti pada 5 Oktober ini. Untuk pertama kalinya kira-kira 150,000 ahli Umno akan memilih pemimpin tertinggi tidak seperti pemilihan lepas dimana ia dihadkan hanya dari 2,600 delegasi. Read More / Baca Lagi >> |
Kes tembakan: Kongsi gelap punya angkara? Posted: 08 Aug 2013 04:50 PM PDT Pengeboman kereta dan kes tembakan oleh dua kumpulan dalam masa 24 jam telah menggemparkan pihak berkuasa dan orang awam. Di Pulau Pinang pagi ini, seorang lelaki ditembak tidak kurang dari 10 das tembakan oleh orang yang tidak dikenali sewaktu berhenti di lampu isyarat. Kejadian berlaku pada jam 11.30 am di Jalan Anson. Mangsa dilaporkan memandu kenderaan dengan nombor plat dari Kuala Lumpur. Di Perak, seorang lelaki bertarung nyawa selepas terkena tembakan. Mangsa ditembak oleh dua lelaki menaiki motosikal. Kejadian berlaku di kawasan perumahan di Chemor, Ipoh. Mangsa 29 tahun dikatakan berada dalam keadaan kritikal selepas menerima empat das tembakan. Seorang ahli perniagaan terkemuka pada Isnin yang memiliki beberapa buah restoran dan kelab malam turut hampir dibunuh. Ahli perniagaan itu yang sebelum ini dikawal di bawah undang-undang pencegahan sempat melarikan diri bersama pemandunya setelah kereta Jaguarnya meletop. Dipercayai kes yang berlaku sejak kebelakangan ini berkait dengan satu kuasa sindiket terbesar. Dengan pemansuhan undang-undang pencegahan, bekas tahanan kini bebas dan dahagakan kerja lama mereka dan kemewahan. |
Bagaimana Shabery Cheek yakin tiada skandal kapal selam? Posted: 08 Aug 2013 04:47 PM PDT Subky Latif Apakah urusan beli kapal selam Perancis, Scorpene suatu skandal atau tidak, boleh ditentukan oleh kenyataan seorang individu baik di luar mahkamah atau dalam mahkamah. Sekalipun Suaram menggunakan bidang undang-undang dalam dan luar negeri bagi membuktikan ia adalah satu skandal menteri pertahanan pada masa itu masih ada yang berkata mereka tidak mempercayainya, maka sudah tentu seorang individu yang mengatakan ia bebas skandal tidaklah boleh dipegang 100 peratus. Tetapi menteri Shabery Cheek membuat kenyataan bahawa dia seperti puas hati dengan kenyataan individu seperti sah urusan pembelian itu bebas skandal sekali gus mengira bahawa isu yang dipelopori Suaram dan disokong sekalian pembangkang itu adalah karut. Pada menteri itu apa yang dibangkitkan selama ini sama ada oleh pembangkang di negara ini yang cuba menggunakan saluran undang-undang dan apa yang dilakukan oleh peguam Perancis bagi memastikan syarikat di Perancis tidak terbabit dalam skandal bolehlah dimasukkan saja ke bakul sampah. Secara umum dari aspek undang-undang menteri dan mana-mana individu yang dikatakan jadi watak dalam skandal itu belum boleh dikata bersalah selagi tidak disahkan bersalah oleh mahkamah. Walaupun orang belum dijatuh hukum itu dikira bersih dari segi undang-undang, tetapi umum melihatnya tidak begitu bersih selagi mahkamah tidak membersihkannya. Oleh sebab isu skandal ini adalah benda yang tergantung, maka tidaklah semua pihak boleh berpuas hati watak-watak itu bersih atau kotor. Dia boleh bersih dan dia boleh kotor. |
Posted: 08 Aug 2013 04:39 PM PDT Malaysia has suffered enough from demagogues and political dynasties. The political culture that demagoguery breeds is to blame for most of our economic and political problems. Hence when demagoguery was resoundingly trashed in May 5, it lit a small flicker of hope in my cynical old heart. In Sabah, voters had a choice between an array of demagogues and Musa Aman. Sabah voted for Musa instead of the demagogues and poseurs who came to defeat him with their charisma and their party tricks. Musa's main rival was a very skilled demagogue called Lajim Ukin. So skilled is Lajim that he has shown himself to be undefeatable despite allegations that he made millions from lopsided agreements that the Sabah local government had signed away to his cronies when he was Minister of Local Government and Housing, and while he was busy with his slot machines. The state ministry he was heading went to pieces but Lajim thrived. After moving to a parliamentary seat, he came to Putrajaya to become a celebrated federal deputy cabinet minister despite doing little for the housing when in Sabah. He got away with his lack of administrative abilities by being such a brilliant demagogue. His demagoguery even served to conceal any sort of ability that he showed as minister. The voters of Sabah did well by making sure he failed to defend his incumbency in his Beaufort parliamentary seat. Lajim managed to win the Klias state seat by a slim majority of 342 seats. Sabahans did even better to reject the advances of a another demagogue Anwar Ibrahim. Shahrizat a demogogue? Read More / Baca Lagi >> |
'WEAKLINGS' JOIN FORCES IN UMNO: Dr M the perfect scapegoat for Pak Lah, Najib Posted: 08 Aug 2013 04:38 PM PDT KUALA LUMPUR - Umno has always been a murky party, some say downright dirty and full of political backstabbing. It is now headed for possibly its most pivotal-ever party election, where chances are high a completely unexpected and 'new' guard might sweep to power. To outsiders, the fight in Umno is basically between the party's 'liberals' and its 'hardline conservatives'. The question though is, who are the liberals and who are the conservatives?. This is why Umno politics has often been described as being "dirty" because the players themselves hardly dare to show their faces and which side of the fence they really belong to. Loyalties can switch at a moment's notice, loyalties can bought easily if not cheaply. The master at straddling two boats Take for instance, Prime Minister Najib Razak who is also the Umno president - is he a liberal or a hawk? Perhaps, even Najib himself doesn't know. When speaking to the urban Malays and to the non-Malays, Naijb's aides are quick to claim he is held back from reforming the system by Mahathir Mohamad, the hardline former premier who still wields significance influence in their Umno party. But when they are in the Felda settlements and rural Malay 'hot spots', Najib's aides are just as quick to assure there is no need for Dr M, Najib himself will stop the advances of the cunning Chinese and stand firm against the endless demands of the Indians. He will ensure the Malays get everything or everything that matters anyway. By speaking different languages to different crowds, they are able to imply to their core Malay electorate that Najib is Malay supremacy and Malay supremacy is Najib without offending the non-Malays too much. This is the two-faced pitch of the Najib camp. And while it may seem to work, the gains are short-term at best because the real problems faced by Malaysia are only being swept under the rug, left irresponsibly to foment until a dangerous breaking point is hit. No wonder that with just weeks to go to the October 5 Umno polls, no one knows if Najib is pro-Mahathir or if Mahathir is pro-Najib. With so much at stake and so many layers of intrigue to get past, both men are wise enough to have their own Plan A, B and C. Badawi returns - but what is he after? Enter another former prime minister and Umno president into the scene - Abdullah Badawi or Pak Lah. This sleeping beauty is suddenly breaking his silence. Yes, Pak Lah did literally fall asleep on the job on many occasions although some critics have alleged he did stay awake long enough to salt away some RM11 billion of the country's wealth. In his book that is due to hit the stands later this month, Pak Lah's salvos are clearly directed at Mahathir, while offering an olive branch to Najib although Najib was one of the main players who together with Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin had ousted Pak Lah from the top post in 2009. Of course, Mahathir was the main engineer behind the Pak Lah ouster but the 88-year-old doesn't seem to have forgiven his former deputy for pulling the plug on some of his pet mega-projects including the S-shaped bridge to Singapore. So is Pak Lah now taking political revenge? Is he preparing to strike a pact with Najib to take on any challenge initiated by the Mahathir camp? Does Pak Lah really believe that he and Najib have more in common because they share the same reform 'zeal' ? Certainly, this is what some of the media aligned to the two men are trying to suggest. Dr M the perfect scapegoat It may be true that both men are trying to explore some sort of common platform. Why shouldn't they? Of course, it could also be that their media are merely trying to pull a quick one by using Pak Lah's comments to frighten Mahathir into fully endorsing Najib. Whichever it is, what really needs to be questioned is the reform quality of both Pak Lah and Najib. Are they really serious or sincere? If Mahathir was not around, would they really stop Umno's divide-and-rule policies or would they launch their own variation of the same old themes. Given the weak track records chalked by Pak Lah and Najib, any coming together would be due more to political expediency than to high moral agenda to reclaim Malaysia or Umno from the clutches of a megalomaniacal Mahathir and his racist allies such as the Perkasa faction in Umno. In Pak Lah's new book Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia, he makes sure he draws a very clear line as to what he had intended to achieve when he was PM, and how it was Mahathir who prevented him from carrying out his ideas. This, Pak Lah kindly offers, is also the difficulty that Najib faces. "Najib is trying to do many good things. But he faces the same problem I did – resistance. Unfortunately, there are still people in Umno and Barisan Nasional who refuse to accept we did badly in 2008 because we did not meet the people's expectations in carrying out reforms. "They think that we did not do well because we allowed too much discourse and openness to the people and the opposition. And it is these people who are set in doing things the old way. This, I believe, is Najib's biggest challenge." |
Egyptians continue protests on Eid holiday Posted: 08 Aug 2013 07:05 AM PDT |
Salam Aidilfitri: Diberi Kesihatan kepada TGNA Posted: 08 Aug 2013 07:05 AM PDT |
Salam Aidilfitri: Terus menggerakkan perjuangan Posted: 08 Aug 2013 07:04 AM PDT |
Syria rejects Assad convoy attack claims Posted: 08 Aug 2013 05:21 AM PDT |
Egypt struggles with ideological strife Posted: 08 Aug 2013 05:20 AM PDT |
Perkauman bukan faktor tunggal hilang bakat tempatan, kata pemimpin BN Posted: 08 Aug 2013 04:22 AM PDT Polisi perkauman Putrajaya bukan faktor tunggal kehilangan bakat tempatan di luar negara, kata pemimpin Barisan Nasional (BN) hari ini. Pemimpin BN mengulas kenyataan mantan Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew melalui bukunya yang mendakwa Malaysia kehilangan bakatnya di luar negara akibat polisi perkauman. Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata polisi berdasarkan kaum bukan faktor tunggal Malaysia kehilangan tenaga pakar. Dr Chua berkata gaji yang lebih tinggi dan infrastruktur yang lebih baik ditawarkan di Singapura juga merupakan "faktor penarik" kepada rakyat Malaysia. "Rakyat mencari pendapatan yang lebih tinggi dan infrastruktur yang lebih baik. Di Singapura, anda boleh menuju ke sesuatu destinasi tanpa kereta," katanya semasa Majlis Sambutan Aidilfitri Menteri Kabinet di Putrajaya hari ini. Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapha Mohamed bersetuju dengan apa yang diperkatakan oleh Lee Kuan Yew. "Saya akui ada yang meninggalkan negara atas sebab yang dinyatakan namun itu bukan penyebab utama," katanya sambil menambah tuduhan tersebut tidak berasas kerana ia bukan faktor tunggal. Katanya, kerajaan telah mengenalpasti ketidakseimbangan sosio ekonomi bagi memastikan tiada kaum yang terpinggir dalam pembangunan negara. Read More / Baca Lagi >> |
Perutusan Aidilfitri Anwar Ibrahim Posted: 08 Aug 2013 02:06 AM PDT Assalamualaikum, salam sejahtera, Sempena sambutan Eidul Fitri Mubarak diucapkan Kullu am wa antum bi-khair, Eidil Walfaizin Wal Maqbulin. Kita telah berjaya menyempurnakan ibadah puasa bulan Ramadhan Al Mubarak dan kita sambut sesuai dengan tradisi dan budaya yang dipupuk oleh Islam, kesederhanaannya, silaturahimnya, dan pertahankan tingkatan amal dan kebersihan jiwa yang kita cuba lakukan di bulan Ramadhan. Saya juga syorkan supaya semangat perpaduan, semangat pengorbanan, semangat perjuangan, silaturahim dan usaha membantu rakyat yang daif tanpa mengira kaum ditingkatkan. Semoga Allah SWT memberikan kekuatan. Assalamualaikum warahmatullahi wabarakatuh. Datuk Seri Anwar Ibrahim Ketua Umum KEADILAN |
Perutusan Aidilfitri Presiden KEADILAN Posted: 08 Aug 2013 02:05 AM PDT Perutusan Hari Raya Eidul Fitri 1434 Hijrah Bismilahirahmanirahim.. Assalamualaikum w.b.t Dengan ingatan tulus iklhas, saya mewakili seluruh warga KEADILAN ingin mengucapkan Selamat Hari Raya Eidul Fitri maaf zahir dan batin kepada semua umat Islam di Malaysia dan juga di luar negara. Dalam kemeriahan Eidul Fitri, janganlah kita lupakan kepada mereka yang berdepan dengan keperitan hidup dan tertindas oleh mereka yang zalim. Marilah kita berdoa dan menghulurkan bantuan sedaya kita untuk mereka menyambut Syawal dengan penuh kekuatan menyambung perjuangan melawan kezaliman. Khususnya kepada saudara kita di Syiria, Mesir, Rohingya, Palestin dan di mana sahaja yang terkesan dengan kesengsaraan. Begitu juga di Malaysia, masih ada lagi warga kita yang terkesan disebabkan tekanan ekonomi yang meruncing. Teruskanlah memberi zakat dan sedekah dalam usaha kita membantu mereka meraikan Syawal bersama-sama keluarga tercinta. Justeru, di musim perayaan ini, keselamatan dan kesihatan juga harus dijaga. Kepada warga kota yang akan pulang bercuti beraya di kampung, pesanlah kepada jiran tetangga yang berdekatan dan juga maklumkanlah kepada pihak keselamatan yang berhampiran. Rancanglah perjalanan pulang ke desa, pandulah dengan sabar dan tenang. Usahlah berebut di jalan raya kerana keluarga kita yang tersayang sedang menanti di kampong. Moga selamat dalam perjalan pulang dan kembali semua ke kota nanti. KEADILAN juga mengucapkan terima kasih kepada petugas keselamtan yang akan bertugas semasa perayaan nanti. Tugas kalian menjaga keselesaan demi rakyat sungguh besar ertinya. Akhir kata, daripada saya dan keluarga besar KEADILAN, Eid Mubarak 1434 H. Selamat menyambut Syawal Maaf Zahir dan Batin. Datuk Dr Wan Azizah Wan Ismail Presiden KEADILAN |
Jenayah: Kerajaan Kelantan tuntut semula pengerusi Majlis Keselamatan Negara Negeri Kelantan Posted: 08 Aug 2013 01:49 AM PDT Kelantan menuntut supaya jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan ekoran kejadian jenayah yang semakin banyak di negeri ini. Ketua Penerangan Pemuda PAS Kelantan, Ahmad Fadhli Shaari berkata, satu mekanisme baru di dalam menangani isu penyeludupan senjata api dan juga kemasukan secara haram penjenayah perlu dirangka dengan serius bagi memastikan kejadian seperti ini tidak berulang. Sehubungan dengan itu, Dewan Pemuda Pas Negeri Kelantan (DPPNK) menegaskan bahawa sudah sampai masanya untuk jawatan Pengerusi Majlis Keselamatan Negara (MKN) Negeri Kelantan diserahkan kembali kepada Menteri Besar Kelantan sebagaimana amalan negeri-negeri yang lain. Selaku Pengerusi MKN peringkat negeri, Menteri Besar Kelantan akan berhak memanggil sebarang mesyuarat yang melibatkan pasukan keselamatan bagi mendapatkan maklumat terkini tentang isu-isu keselamatan dan turut bersama merancang strategi bagi menangani situasi jenayah yang semakin serius. DPPNK yakin isu-isu keselamatan seperti ini perlu ditangani dengan profesional tanpa melibatkan sentimen politik dan ia memerlukan kerjasama semua pihak terutamanya pasukan keselamatan dan kerajaan negeri. Dengan terlantiknya Menteri Besar Kelantan sebagai Pengerusi MKN Peringkat Negeri Kelantan sekaligus akan membuka lembaran baru dalam aspek kerjasama antara kerajaan negeri dan agensi kerajaan pusat di dalam menangani kes-kes jenayah. |
Demografi penduduk: Khalid setuju pandangan Kuan Yew Posted: 08 Aug 2013 01:47 AM PDT Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim (pic) berkata demografi kaum di negara tetap tidak akan mengalami perubahan besar sekiranya Pakatan Rakyat berjaya menawan Putrajaya. Pemimpin negeri yang paling kaya di Malaysia itu berkata demikian sebagai mengulas pandangan bekas Perdana Menteri Singapura Lee Kuan Yew, dalam buku biografi berjudul One Man View. Lee sebelum ini berkata tidak akan ada perubahan yang berlaku, kaum Melayu tetap akan akan menjadi kaum majoriti walaupun Pakatan Rakyat memerintah negara. Menurut Khalid, bekas Perdana Menteri Singapura tersebut berpandangan realistik dalam memberikan pandangan berdasarkan situasi politik. "Beliau memberitahu perkara yang benar, kerana mereka (Melayu) mewakili 60 peratus dari populasi penduduk, kencenderungan politik ialah mendapat sokongan dari kaum Melayu. "Sudah tentu dia bersifat sinis, dengan bermaksud bahawa ini tidak mematuhi amalan demokrasi terbaik,"katanya dalam majlis rumah terbuka Kerajaan Selangor di Shah Alam hari ini. Tambah Khalid, realitinya adalah struktur negara ini berasaskan kaum, menjelaskan bagaimana kesemua hal ini diterjemahkan dalam kewajaran kesamarataan kaum. Dalam bukunya, Lee turut memberi pandangan bahawa PR tidak akan mampu mengubah keunggulan Melayu. Read More / Baca Lagi >> |
Saya bukan Mahathir, bila bersara, bersaralah, kata Pak Lah Posted: 08 Aug 2013 01:45 AM PDT Mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi hari ini menjawab mengapa beliau tidak bersifat agresif seperti Perdana Menteri sebelumnya Tun Dr Mahathir Mohamad. Perdana Menteri kelima itu berkata beliau tidak berhasrat menggunakan pendekatan Mahathir yang gemar memberi pandangan dalam pelbagai isu atau memberi panduan semasa pentadbiran Datuk Seri Najib Razak. Bagi beliau, bila bersara bersaralAh dan tidak perlu mengacau orang yang sedang bekerja. Katanya inilah sebab beliau gemar mendiamkan diri kerana bila sudah bersara maka tidak seharusnya mencampuri urusan pentadbiran politik semasa. "Jika ada perkara yang tidak berkenan di hati, lebih baik sampaikannya di dalam diam dan tidak perlu meluahkan secara umum yang mungkin menimbulkan perasaan kurang senang," katanya memetik kenyataan di akhbar berbahasa Cina, Nan Yang Siang Pau. Beliau menambah jika kerajaan berhasrat menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Aduan dan Penambahbaikan Polis (IPCMC) maka pastinya ada perkara yang tidak kena berlaku dalam kerajaan mahupun Polis Diraja Malaysia (PDRM). Read More / Baca Lagi >> |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan