Rabu, 7 Ogos 2013

RAKYAT MARHAEN

RAKYAT MARHAEN


Takbir Raya Aidilfitri Eid al-Fitr

Posted: 07 Aug 2013 04:28 PM PDT


Takbir Raya Aidilfitri Eid al-Fitr

Mari kita fikir pertanyaan, apa lagi Malaysia mahu

Posted: 07 Aug 2013 04:26 PM PDT


KUALA LUMPUR: Aidilfitri adalah kesempatan yang baik untuk bukan Muslim di Malaysia menyertai rakan-rakan mereka dari kalangan Muslim dalam perayaan yang disambut di seluruh negara ini bagi mengukuhkan perpaduan kebangsaan, keharmonian dan rasa kebersamaan yang telah dibina selama 56 tahun usia Malaysia.

Demikian dinyatakan oleh Penasihat DAP Kebangsaan, Lim Kit Siang dalam msej ucapan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua Muslim di Malaysia.

Beliau berkata, beberapa peristiwa mutakhir ini telah membangkitkan kebimbangan tentang masa depan Malaysia sebagai sebuah negara yang terdiri daripada pelbagai kaum, bahasa, agama, budaya dan daerah.

Lim mengimbas kembali sejurus selepas pilihanraya umum ke-13, Utusan Malaysia terus menerbitkan tajuk muka depan: Apa Lagi Cina Mahu?

"Soalan ini tidak sepatutnya ditanya, demikian juga soalan-soalan lain seperti Apa lagi Melayu mahu? Apa lagi India mahu? Apa lagi Kadazan mahu? atau Apa lagi Dayak mahu?"

"Kita boleh faham kalau soalan-soalan sedemikian ditanya di dekad pertama penubuhan negara ini. Ada sesuatu yang tak kena kalau ia masih diajukan di dekad keenam usia negara ini," ujarnya yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah.

Justeru, katanya soalan yang lebih tepat untuk ditanya adalah: Apa lagi Malaysia mahu?.
Read More / Baca Lagi >>

Semoga Syawal berjaya memugar tarbiah Ramadhan - TGNA

Posted: 07 Aug 2013 04:25 PM PDT


Perutusan Idulfitri 1434H

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

الله أكبر الله أكبر الله أكبر

بسم الله الرحمن الرحيم. قال الله تعالي : "قُلِ اللَّهُمَّ مَالِكَ الْمُلْكِ تُؤْتِي الْمُلْكَ مَنْ تَشَاءُ وَتَنْزِعُ الْمُلْكَ مِمَّنْ تَشَاءُ وَتُعِزُّ مَنْ تَشَاءُ وَتُذِلُّ مَنْ تَشَاءُ بِيَدِكَ الْخَيْرُ إِنَّكَ عَلَى كُلِّ شَيْءٍ قَدِيرٌ"

yang bermaksud: Katakanlah (wahai Muhammad): "Wahai Tuhan yang mempunyai kuasa pemerintahan! Engkaulah yang memberi kuasa pemerintahan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang mencabut kuasa pemerintahan dari sesiapa yang Engkau kehendaki. Engkaulah juga yang memuliakan sesiapa yang Engkau kehendaki, dan Engkaulah yang menghina sesiapa yang Engkau kehendaki. Dalam kekuasaan Engkaulah sahaja adanya segala kebaikan. Sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas tiap-tiap sesuatu. (Surah ali-Imran, ayat 26)

Alhamdulillah, setinggi-tinggi syukur yang tidak terhingga dipanjatkan ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah izinNya kita masih diberikan peluang untuk meraikan Syawwal pada tahun ini. Sama ada ini merupakan Syawwal yang terakhir atau tidak di dalam hidup kita, hanya Allah SWT yang Maha Mengetahui. Sesungguhnya perjalanan hidup ini seluruhnya berada di dalam genggaman kekuasaan Allah SWT. Dia berhak mematikan sesiapa yang dikehendaki pada bila-bila masa yang dikehendaki tanpa sebarang tanda dan amaran.

Segala kebesaran milik Allah SWT yang menguji kita umat Islam pada Syawwal kali ini dengan tragedi-tragedi yang menyayat hati di seluruh dunia. Kesemuanya mengingatkan kita agar sentiasa menyedari dan menginsafi bahawa kerajaan adalah milik Allah SWT. Pada hari ini di saat mana-mana kerajaan berkuasa, belum tentu lagi di hari esok ia akan terus menjadi kerajaan. Hakikatnya, kerajaan di langit dan di bumi semuanya milik Allah SWT.
Read More / Baca Lagi >>

Perkasa minta Pak Lah segera bangun dari tidur

Posted: 07 Aug 2013 04:24 PM PDT


Saranan mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi atau lebih dikenali sebagai Pak Lah melalui buku terbarunya 'Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia' menempelak Perkasa atas dasar memperjuangkan ideologi sesuatu kaum dan menolak pandangan kaum yang lain segera ditolak Perkasa.
Setiausaha Agungnya, Syed Hasan Syed Ali meminta mantan Perdana Menteri itu agar segera bangun dari tidur dan melihat realiti dan perjuangan yang dilakukan oleh Perkasa selama ini.
Katanya, perjuangan Perkasa bukanlah semata-mata menolak ideologi kaum lain kerana pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu, Perkasa turut memberi sokongan kepada parti komponen dalam Barisan Nasional (BN) seperti MCA, MIC dan Gerakan.
"Pak Lah seharusnya memberikan bukti kukuh mendakwa Perkasa menolak fahaman kaum lain. Kami bukan sahaja menolak kaum bukan Melayu tetapi turut menyelar pemimpin Melayu yang lemah, bodoh, dan mengamalkan kronisme.
"Beliau sebenarnya kecewa kerana Perkasa yang menggesa beliau untuk meletakkan jawatan. Pak Lah seharusnya mencermin diri sendiri kerana semasa pemerintahannya BN gagal mengekalkan dua pertiga kerusi di Parlimen.
"Pak Lah harus melihat beliau telah menghampakan bukan sahaja BN malah turut ditolak oleh kaum bukan Melayu," katanya semasa dihubungi The Malaysian Insider hari ini.
Mengulas mengenai sokongan Tun Dr Mahathir Mohamad, katanya Mahathir sememangnya seorang pejuang bangsa Melayu beriringan dengan aspirasi negara sambil menegaskan sokongan Mahathir atau  juga dikenali sebagai Che Det adalah kerana Perkasa berada di jalan yang benar.
Katanya, Mahathir enggan memberi sokongan kepada Pak Lah adalah kerana mengetahui beliau tidak berada di landasan yang betul.
Read More / Baca Lagi >>

Ramadhan , Syawal membina jati diri

Posted: 07 Aug 2013 04:23 PM PDT

Selawat dan salam kepada junjungan Nabi Muhammad SAW.
Saya ucapkan selamat Hari Raya ' Idulfitri bagi pihak PAS kepada seluruh ahli dan penyokong, juga kepada umat Islam dengan kita menyambut hari yang mulia kurniaan Allah SWT bersempena ibadat puasa sebulan yang telah ditunaikan.

Bukan sahaja dilihat dari sudut Hari rayanya, bahkan dilihat juga dari segi besarnya ibadat Puasa Ramadan. Oleh kerana itulah, ditutup dengan hari raya yang sangat mulia.

Ini menandakan kesyukuran kira kepada Allah SWT, yang mengurniakan nikmat Islam dan nikmat Ramadan yang mendidik kita membina jati diri orang-orang IOslam sehingga mencapai martabat kepada Allah SWT yang menjadi penentuan dan pengukuran martabat diri manusia di sisi Allah SWT.

Ini kerana Allah Taala mengukur manusia bukan berdasarkan kepada baka dan keturunan, kaya dan miskin, pangkat dan warna kulit. Ukurannya ialah sejauh mana ketakwaan kita kepada ALLah SWT ialah yang paling bertakwa kepada Allah SWT. Firman Allah Taala yang bermaksd .

" Sesunggunhnya semulia mulia manusia di sisi Allah SWT ialah yang palaing bertakwa kepada Allah"
Ketakwaan ini bukan sahaja kita mengikut perintah Allah, dalam hubungan kita dengan Allah SWT. Bahkan , hukum Allah yang terkandung dakam ajaran Islam, dalam al-Quran yang diajart oleh Nabi Muhammad SAW.

Allah Taala amat mengetahui , Dia(Tuhan) yang mencipta alam ini. Maka semua arahan yang ada dalam Islam adalah baik. Ibadah puasa mengajar kita menerima semua arahan yang ada dalam ajaran Islam.
Read More / Baca Lagi >>

Egypt: Who's a Terrorist

Posted: 07 Aug 2013 03:59 PM PDT

Pro-Morsi protests in Rabaa

Posted: 07 Aug 2013 03:58 PM PDT

Syrian Rebels Take Command Of Military Airport

Posted: 07 Aug 2013 09:38 AM PDT

Derek Fernandes: This (Investigation) Is Fundamentally Flawed

Posted: 07 Aug 2013 09:24 AM PDT

Cynthia Gabriel: 2nd Round Of Attack Against Suaram, Because We Are Getting Closer To The Truth

Posted: 07 Aug 2013 09:23 AM PDT

Latheefa Koya: Police Should Stop Being Agent Of Certain People, Go After The Real Criminals

Posted: 07 Aug 2013 09:21 AM PDT

Syria's war moves to electronic battlefield

Posted: 07 Aug 2013 09:09 AM PDT

Reports Islamists massacre 450 Kurds in Syria, including 120 kids

Posted: 07 Aug 2013 09:08 AM PDT

Pak Lah: Umno needs to reform, but unwilling

Posted: 07 Aug 2013 09:07 AM PDT

'Waste of time': SUARAM secretariat questioned for sedition

Posted: 07 Aug 2013 09:05 AM PDT

Isu Terkini Pergolakan Timur Tengah dan Kesannya kepada Palestin | Dr. Kamaruzaman Yusoff

Posted: 07 Aug 2013 09:04 AM PDT

Morsi supporters call to continue protests

Posted: 07 Aug 2013 09:03 AM PDT

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI DARI WARGAKERJA RAKYAT MARHAEN

Posted: 07 Aug 2013 04:44 AM PDT



Kekuatan Najib Hanya Ada Pada Penipuan, Politik Wang & Pendatang Asing

Posted: 07 Aug 2013 04:21 AM PDT



Masa depan negara gelap dibawah kepimpinan yang mediocre

Dr Mahathir kata dia akan terus bercakap mengenai orang Melayu. Kenapa Mahathir perlu bercakap begini? Kerana dia tidak yakin Naib faham apa ertinya menjadi pemimpin Melayu terlebih dahulu sebelum jadi pemimpin Malaysia.

Kita pun mendapat perkhabaran dimana dalam perjumpaan tertutup, Mahathir membalun Najib. Kerosakan UMNO bermula dari zaman Pak Lah kata Mahathir. Najib menyambung kerosakan tersebut. Kesilapan terbesar Najib ialah dia hilang keyakinan kepada jenama UMNO.

Najib mengikut Mahathir sudah malu menjaja jenama UMNO. Sebab itu dia menjaja Najib sebagai jenama dan 1Malaysia sebagai jenama tambahan. Najib ingat negara kita sudah menjadi demokrasi ala Amerika dimana kita pilih presiden. Kesana kesini para juak Najib membesar besarkan faktor Najib untuk mendapat kemenangan.

Keadaan bertambah buruk kerana Najib mempunyai barisan penasihat yang tidak ada pengalaman politik dan tidak sensitive terhadap kesan daripada nasihat yang diberi kepada seorang PM yang kurang cerdiknya. Mengikut Mahathir- BR1M adalah suatu kesilapan kerana ianya membiasakan orang akan berfikiran bahawa mendapat wang setiap kali adalah suatu hak. Masaalah akan timbul bila kerajaan tidak mempunyai wang untuk mendanai rasuah dan politik wang. BR1M boleh kita ibaratkan sebagai seorang yang menunggang harimau yang sudah takut untuk turun kerana akan dibaham harimau tersebut.

Najib bukanlah pemimpin yang kuat. Dalam kawasan parlimen nya, kita amat hairan bagaimana jumlah pengundi mencecah 80,260 orang. Orang yang tidak datang dari Pekan tentulah tidak memahami perkara ini. Sesak dan semak Pekan jika ada orang seramai ini.

Dari tahun 2004 hingga 2008, jumlah pengundi bertambah pada kadar 5534 orang sahaja. ( dari 52, 683 dalam tahun 2004 kepada 58,217 dalam tahun 2008). Ini pertambahan yang munasabah memandangkan ada kem tentera wataniah dan kolej2. Tapi sejak tahun 2008 hingga 2023, yakni 5 tahun, jumlah pengundi bertambah secara mendadak dengan tambahan 22,043. Ini pertambahan yang menakjubkan. Dari mana datang nya 22,043 ini?
Read More / Baca Lagi >>

Kalau dah bersara tu, diamlah, kata Pak Lah

Posted: 07 Aug 2013 04:18 AM PDT

Buku Pak Lah, Awakening: The Abdullah Badawi Years In Malaysia memaparkan masa-masa beliau menjadi PM Malaysia. Seperti dilaporkan, jelas dalam buku tersebut banyak bahagian yang Pak Lah terpaksa membalas balik terhadap kritikan Mahathir sebelum ini.
Mahathir_Pak_LahPak Lah juga perli Mahathir, antaranya Pak Lah bertekad tak mahu menjadi seperti Dr Mahathir. Pak Lah nak Najib Razak menjadi perdana menteri sendiri.
Tulis Pak Lah, "Sebab itu saya kekal berdiam diri selama ini. Saya percaya bila kita sudah bersara, kita akan bersara. Tidak lagi perlu kita campurtangan. Jika ada yang tidak puas hati, kita luahkan secara tertutup. Kenapa perlu hebahkan kepada media?.
Nampaknya banyak yang Mahathir kena dalam buku Pak Lah kali ini. Antaranya negara akan bangkrap sekiranya beliau mendengar kata Mahathir. Katanya Mahathir mengamuk apabila projek mega seperti projek landasan berkembar ditangguhkannya.
Sampai sekarang Mahathir menyalahkannya juga diceritakan Pak Lah,
"Ketika kita perolehi keputusan baik pada 2004, beliau berkata mandat yang besar tidak bagus untuk negara. Kita dapat keputusan teruk pada 2008 beliau menyalahkan saya. Malah samapi sekarang beliau melakukannya … Mahathir tidak boleh menafikan beliau menyebabkan perpecahan dalam sokongan BN pada 2008 melalui kritikan dan serangannya.
"Ia termasuk majoriti anggota Kabinet sebagai 'kerajaan half-past six' dan menuduj kami dengan rasuah dan sebagainya," kata Abdullah.
Tentu Mahathir juga panas telinga sekarang kerana Pak Lah mula bersuara…

Negara Selamat: Peniaga telefon bimbit cedera parah ditembak di dalam rumahnya

Posted: 07 Aug 2013 04:16 AM PDT


Seorang peniaga telefon bimbit cedera parah selepas ditembak lelaki yang menyerbu masuk ke rumahnya di Taman Pondok Labu, di sini, malam tadi. Timbalan Ketua Polis Daerah Kulim DSP Chin Soo Song berkata kejadian berlaku kira-kira 8 malam setelah beberapa minit lelaki berusia 26 tahun itu sampai ke rumahnya.
"Dua lelaki memakai topi keledar tiba-tiba menyerbu masuk ke dalam rumah lalu melepaskan sedas tembakan yang mengenai bahagian belakang bahu kiri peniaga itu," kata Chin ketika dihubungi Bernama hari ini.
Katanya kedua-dua penyerang itu kemudian melarikan diri dengan menaiki sebuah motosikal.
Beliau berkata semasa kejadian terdapat enam anggota keluarga peniaga itu di dalam rumah dan mereka menghantarnya ke Hospital Kulim dan keadaannya kini dilaporkan stabil.
Polis meminta orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu menghubungi Insp Mohd Anuar Mohd Noor di talian 04-4906222 atau mana-mana balai polis untuk membantu siasatan. - Bernama,

Ucapan Hari Raya Aidilfitri - Dato Seri Anwar Ibrahim

Posted: 07 Aug 2013 12:53 AM PDT

PERUTUSAN RAYA 2013 - Menteri Besar Selangor

Posted: 07 Aug 2013 12:50 AM PDT

'Cina pun mahu duit zakat': Teresa Kok lodges report

Posted: 07 Aug 2013 12:46 AM PDT

LZS: Boleh dapat zakat walaupun ada ‘perabot mahal’

Posted: 06 Aug 2013 09:22 PM PDT

Logo Lembaga Zakat Selangor
SHAH ALAM 6 OGOS: Lembaga Zakat Selangor (LZS) tidak mengambil kira faktor rumah yang besar dan cantik sebagai syarat menerima zakat selagi ia hanya harta peninggalan yang diwarisi pemohon.
Ketua Sektor Komunikasi Lembaga Zakat Selangor (LZS), Norajun Ainun, berkata sesetengah pihak menganggap keadaan rumah cantik atau perabot mahal mampu mempengaruhi keputusan permohonan bantuan yang diterima mereka.
"Sebenarnya LZS tidak memandang sama ada rumah cantik atau tidak, ada piring Astro atau tidak atau pendapatan beribu-ribu tetapi jika ada tanggungan ramai, mencukupi had kifayah, maka layak diberi bantuan.
"Saya akan beritahu LZS Gombak untuk hantar pegawai ke rumah Puan Norbaya untuk dibanci. Mengikut gambaran yang saya terima, dia memang layak. Apapun, kita tunggu laporan pegawai bancian duahulu," katanya.
Beliau mengulas laporan TV Selangor mengenai nasib Norbaya Ahmad, 63, yang menderita kanser payu dara sejak 13 tahun lalu tetapi memiliki rumah peninggalan suami yang meninggal dunia, beberapa tahun lalu.
Read More / Baca Lagi >>

Tiada ulasan: