RAKYAT MARHAEN |
- Hormati patriotisme 51 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat
- Jenayah meningkat, di mana silapnya?
- Detektif Conan: PKR gesa suspek bunuh Altantuya ditahan
- Irwan silap perhitungan, KJ ayam jantan tiada harga...!!
- GST: Jangan aniaya rakyat kerana kelemahan BN
- PAS Kedah minta Mukhriz tidak alih isu Kuin
- Nik Aziz: 'Itu usaha kuburkan Insaniah'
- Isu Insaniah: Ambil tindakan jika benar salah
- Muhyiddin Bakal Senasib Ghafar Baba?
- Kongsi Gelap: Polis nafi babit ahli politik
- Cadangan atasi kematian kanak-kanak dalam kereta, kementerian membisu
- Proton Saga Aeroback versi 1969 dalam filem Tanda Putera?
- KJ: Cadang kontrak sosial baharu digubal
- Apakah Najib mahu Waythamoorthy letak jawatan dengan tegurannya?
- Analysis: Syria is a political chess game
- Damascus prepares for airstrikes
- Gen. Hayden: We've got to act on our own
- Expert: Video proves Syria's chemical weapons use
- Syria in the crosshairs
- Analysis: Political risks of striking Syria
- Video appears to show Syrian weapons
- UK lawmakers say 'No' to military action
- Variables to consider on Syria strike
- U.S. lawmakers push for vote on Syria
- What intelligence does U.S. have on Syria?
Hormati patriotisme 51 peratus rakyat undi Pakatan Rakyat Posted: 29 Aug 2013 09:26 PM PDT KUALA LUMPUR, 30 OGOS: Ketua Parlimen DAP, Lim Kit Siang menyifatkan kelesuan rakyat untuk menyambut Hari Kebangsaan ke-56, Sabtu ini, bukan disebabkan hilangnya semangat patriotisme tetapi wujudnya sesuatu yang tidak kena dalam kepemimpinan negara. Katanya, beliau juga curiga dengan 'patriotisme' pemimpin yang bersedia memperkayakan diri menerusi korupsi dan penyalahgunaan kuasa sehingga mengorbankan hak rakyat dan kepentingan negara. "Kalangan yang paling nyaring melaungkan 'patriotisme' selalunya adalah penipu sebenar dalam negara. Ada benarnya ungkapan Dr Samuel Johnson bahawa 'Patriotisme adalah jalan akhir bagi penyangat'," katanya dalam kenyataan sempena sambutan Hari Kemerdekaan. Kit Siang yang juga Ahli Parlimen Gelang Patah berkata, kerajaan seharusnya berpijak di bumi nyata dan kembali kepada realiti sempena sambutan Hari Kebangsaan ke-56 ini. "Selepas lebih 100 hari Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13), 5 Mei lalu, majoriti rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dipandang serong dan menjadi sasaran fitnah. "Selain menghentam kaum Cina dan India, Perdana Menteri juga gagal membuktikan beliau dan kerajaannya berkhidmat untuk semua rakyat Malaysia. "Bagaimanapun, belum terlambat untuk rakyat Malaysia merayakan Hari Kebangsaan ke-56 dalam perpaduan dan keharmonian tetapi langkah sulung yang perlu diambil ialah mengakui dan menghormati patriotisme 51 peratus rakyat yang mengundi Pakatan Rakyat dan 47 peratus mengundi Barisan Nasional (BN) pada PRU-13 baru-baru in," ujarnya. Read More / Baca Lagi >> |
Jenayah meningkat, di mana silapnya? Posted: 29 Aug 2013 09:08 PM PDT Jenayah menjadi-jadi dan mengerunkan kita, begitu juga kemalangan jalan raya yang boleh dikatakan setiap hari berpuluh pengguna jalan raya dan lebuh raya terbunuh. Begitu juga masalah sosial yang semakin hari semakin menjadi-jadi terutama sekali dalam kalangan remaja. Dimana silap dan salahnya kita hingga berlaku sedemikan rupa walaupun negara kita dikategorikan sebagai sebuah negara yang aman dan damai kerana tiada peperangan atau rusuhan kaum hingga membawa kepada perang saudara saperti dinegara-negara Islam yang lain di. Adakah kerana kita tidak mahu menghayati agama Islam sepenuhnya atau seikhlasnya maka bala didatangi dari berbagai-bagai sudut supaya manusia balik kefitrah menginsafi dan kembalikan hak Islam itu kepesadanya kembali. Atau kerana tiadanya penguatkuasaan yang tegas tentang pendatang yang dikatakan halal ataupun haram menjadikan salah satu sebab utama berlakunya jenayah. Kalau 30 tahun dahulu untuk melihat pendatang asing boleh dikira dengan jari dan itu pun pelancong dan pekerja yang benar-benar berkerja sebagai buruh binaan sahaja. Sekarang ini seolah-olah pendatang yang bermacam rupa dan bentuk manusia telah kelihatan lebih ramai dalam Komuter atau LRT dibandar-bandar besar daripada rakyat tempatan kita sendiri. Read More / Baca Lagi >> |
Detektif Conan: PKR gesa suspek bunuh Altantuya ditahan Posted: 29 Aug 2013 09:06 PM PDT Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail perlu mendapatkan perintah tahanan reman suspek pembunuhan Altantuya Shariibuu, Cif Inspektor Azilah Hadri dan Sirul Azhar Umar dan bukan sekadar membuat rayuan, kata R Sivarasa. Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu berkata, Abdul Gani sewajarnya merujuk kepada amalan guaman biasa iaitu Akta 88 dalam Perlembagaan Persekutuan dengan mendapatkan perintah tahanan reman sehingga keputusan rayuan seterusnya. "Peguam Negara perlu menggunakan peruntukan sedia ada bagi mendapat perintah menahan tahanan. Hal ini penting. Kenapa tidak buat," kata ahli Parlimen Subang itu dalam satu sidang media di Ibu Pejabat PKR hari ini. "Sekiranya mahkamah melihat ada kecurigaan bagi menjatuhkan hukuman, suspek perlu dibebaskan dengan ikat jamin. "Mahkamah juga perlu menahan pasport suspek bagi mengelak mereka lari ke luar negara dan supaya dapat menghadiri perbicaraan pada hari ditetapkan." |
Irwan silap perhitungan, KJ ayam jantan tiada harga...!! Posted: 29 Aug 2013 08:36 PM PDT Oleh Datuk Abd Rahman Abu Bakar Kenyataan seorang aktivis dan bloger Irwan Fahmi Ideris yang juga Ketua Wira Perkasa meminta Datuk Seri Najib Razak meletakkan jawatan sebagai Perdana Menteri adalah kenyataan peribadi beliau yang disiarkan dalam blognya irwanfahmi.blogspot. com dan jelas bukan kenyataan Perkasa. Saya mengecam kenyataan itu jika dibuat atas nama sayap Wira Perkasa kerana Perkasa tidak pernah setuju untuk mendesak Pedana Menteri meletak jawatan. Beliau perlu memperjelaskan kenyataan peribadi beliau dalam mesyuarat Ahli Dewan Tertinggi Perkasa minggu hadapan kerana beliau adalah Ketua Wira Perkasa. Tugas Perkasa lebih memfokuskan kepada agenda perjuangan sebenar Perkasa iaitu memastikan kerajaan terus perkasakan kepentingan orang Melayu dan Bumiputera. Selain itu saya begitu gembira bila YB Khairy melenting dgn mengkritik Ketua Wira Perkasa yang mana Khairy membuktikan jawatan Ketua Wira Perkasa bukan satu jawatan yang lekeh sehingga seorang Menteri seperti Khairy, terpaksa menjawab kenyataan seseorang yang Khairy sendiri tidak kenal kononnya. Khairy buat apa berbalas hujah jika menganggap lawannya hanya seorang yang kerdil. Imej Presiden kamu rosak jika kamu terus cuba membelanya. Adalah lebih baik mereka yg lebih bersih dan dihormati dalam pimpinan Umno mempertahankan serangan terhadap Presidennya. Serangan Khairy terhadap Datuk Ibrahim Ali dalam mempertahankan Perdana Menteri membuktikan Khairy masih hingusan dalam politik. Read More / Baca Lagi >> |
GST: Jangan aniaya rakyat kerana kelemahan BN Posted: 29 Aug 2013 08:33 PM PDT KUALA LUMPUR: Dengan ekonomi serantau yang semakin tidak menentu dan kejatuhan ringgit yang mendadak, melepasi 8 peratus tahun ini, PAS berasa amat tidak wajar bagi kerajaan untuk melaksanakan GST. Read More / Baca Lagi >>Ketua Penerangan PAS Pusat, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, GST bakal memberikan tekanan kos hidup pada rakyat, terutamanya golongan pendapatan pertengahan ke bawah di kawasan bandar lebih-lebih jika kegawatan ekonomi berlaku. "Jangan kerana kelemahan pentadbiran kerajaan BN, rakyat dianiaya secara berganda dengan penarikan balik subsidi daripada program rasionalisasi subsidi dan kemudian dipaksa membayar lebih untuk barangan keperluan melalui GST di dalam Bajet 2014," ujarnya dalam satu kenyataan. Kenyataan penuh beliau. Pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) bukan penyelesaian kepada masalah-masalah yang membawa ekonomi negara ke tahap yang membimbangkan hari ini di mana hutang negara hampir melepasi paras 55% KDNK (Keluaran Negara Dalam Kasar) dan fiskal defisit yang mencecah RM14.9 bilion. |
PAS Kedah minta Mukhriz tidak alih isu Kuin Posted: 29 Aug 2013 08:30 PM PDT POKOK SENA: PAS Kedah meminta kerajaan negeri di bawah pimpinan Datuk Mukhriz Mahathir supaya tidak mengalihkan isu pokok berkaitan kemelut Kolej Unversiti Insaniah (Kuin) sepertimana penjelasan yang dibuat pada Sidang Dewan Undangan Negeri Kedah baru-baru ini. Read More / Baca Lagi >>Menurut Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar, dua isu utama yang telah dibangkitkan selam ini ialah berkaitan masalah gaji dan status kakitangan Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB) dan masalah perpindahan semula pelajar ke kampus lama Mergong. "Walaupun Mukhriz dan Exco Pendidikan, Datuk Tajul Urus Mat Zain memberikan jawapan pada seis penggulungan, bagi Pakatan Rakyat, kami tiada masalah dengan segala pendedahan itu. "Kalau kerajaan dapati ada apa-apa masalah salahgunakuasa atau penyelewengan dalam pengurusan Kuin mahupun apa jua bidang pentadbiran semasa Pakatan Rakyat memerintah Kedah, kerajaan diminta untuk membuat siasatan dan mengambil tindakan.Kita akan turut memberikan kerjasama," katanya pada sidang media yang diadakan di Markas PAS Pokok Sena, Jalan Langgar dekat sini hari ini. |
Nik Aziz: 'Itu usaha kuburkan Insaniah' Posted: 29 Aug 2013 08:27 PM PDT KOTA BHARU - Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan pendekatan kerajaan negeri Kedah dalam menangani isu Kolej Universiti Insaniah (Kuin) seolah-olah cuba menguburkan institusi pengajian berkenaan. Menurutnya, cara kerajaan Kedah yang kini ditadbir parti lawan jelas menampakkan keinginan mereka untuk melemahkan perjalanan institusi pengajian agama berkenaan apabila kemasukan Julai 2013 lalu merosot sehingga 50 peratus. "Kontroversi yang melanda Insaniah boleh menghilangkan keyakinan rakyat terhadap pusat pengajian berkenaan dan tidak mustahil ia boleh menguburkan institusi pengajian tinggi agama di negara ini," katanya yang dipetik melalui Facebooknya, semalam. Dakwanya, perkara yang sama pernah berlaku di Kelantan ketika negeri ini ditadbir pembangkang sekitar 1978. "Kelantan sebelum ini mempunyai Yayasan Pengajian Tinggi Islam Kelantan (YPTIK) yang menawarkan program pengajian peringkat ijazah, dan pelajar boleh menyambung pengajian peringkat sarjana di Universiti Al-Azhar, Mesir. "Namun semuanya berakhir apabila pada tahun 1981, YPTIK diambil alih oleh Universiti Malaya dan ditukar nama kepada Akademi Pengajian Islam, Universiti Malaya, hilanglah satu permata pendidikan tinggi Islam di Kelantan hasil kerja buat pembangkang," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Isu Insaniah: Ambil tindakan jika benar salah Posted: 29 Aug 2013 08:23 PM PDT ALOR SETAR - Kerajaan negeri digesa mengambil tindakan undang-undang sekiranya benar berlaku penyalahgunaan kuasa dan penyelewengan dalam pengurusan anak syarikat Insaniah Holdings Sdn Bhd (IHSB). Read More / Baca Lagi >>Ketua Pembangkang Dun, Datuk Ir Amiruddin Hamzah berkata, kerajaan negeri perlu bertindak tegas dalam menangani perkara itu termasuk membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) jika perlu. "Kalau berlaku penyelewengan yang dikesan dalam IHSB, saya minta kerajaan negeri ambil tindakan undang-undang," katanya kepada Sinar Harian, kelmarin. Beliau yang juga Adun Anak Bukit berkata, biarpun perkara itu perlu diberi perhatian serius, namun perkara berkaitan kegagalan pembayaran gaji kepada kakitangan IHSB juga tidak wajar diabaikan. |
Muhyiddin Bakal Senasib Ghafar Baba? Posted: 29 Aug 2013 08:20 PM PDT Walaupun belum membuat pengumuman rasmi tentang jawatan yang bakal ditandinginya, tetapi tidak ternampak pula kecenderungan untuk Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin bersedia mencabar Najib bagi jawatan Presiden UMNO dalam pemilihan parti 19 Oktober depan. Dengan tempoh pertandingan tidak sampai dua bulan dari sekarang, Muhyiddin nampaknya cukup selesa dengan kedudukannya sebagai Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Perdana Menteri. Jika sebelum pilihanraya dulu, kedengaran juga ura-ura daripada para penyokongnya bahawa keputusan PRU 13 akan menentukan gerak langkah dan percaturan Muhyiddin yang seterusnya tetapi kini semua ungkapan itu sudah tidak kedengaran lagi. Walaupun masih ada yang mengharapkan Muhyiddin akan mencabar Najib berikutan beberapa perkembangan yang menunjukkan Najib masih tidak berubah, ditambah dengan keputusan PRU 13 yang mengesahkan beliau lebih buruk daripada Pak Lah, di sebalik Muhyiddin masih menangguhkan untuk membuat pengumuman tentang jawatan yang bakal ditandinginya, beliau sebenarnya cukup selesa dengan kedudukan dan jawatannya sekarang. Sekarang bukan saja tidak kedengaran lagi suara-suara daripada para penyokong Muhyiddin mengenai kemungkinan beliau mencabar Najib, malah para pegawai dan jentera politik Muhyiddin juga tidak berbuat apa-apa gerak kerja yang menunjukkan keinginan meningkatkan karier politik boss mereka itu. Selain Munyiddin tidak mempunyai cukup kekuatan dan rangkaian dalam UMNO untuk menandingi Najib, sebab lain yang menyebabkan terencatnya hasrat Muhyiddin itu ialah kerana sikap dan pendirian bekas Perdana Menteri, Mahathir yang tidak betul-betul jelas memihak kepadanya. Jika sebelum pilihanraya lalu, Mahathir ada mengeluarkan kenyataan bahawa kedudukan Najib akan tergugat jika gagal memperolehi majoriti dua pertiga, sebaliknya selepas pilihanraya yang menyaksikan bukan saja Najib gagal memperolehi dua pertiga, bahkan lebih teruk daripada keputusan 2008 tetapi pendirisn Mahathir nyata mengejutkan. Read More / Baca Lagi >> |
Kongsi Gelap: Polis nafi babit ahli politik Posted: 29 Aug 2013 08:04 PM PDT SHAH ALAM - Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar menafikan dakwaan mengatakan ada ahli politik ternama menjadi penaung serta penasihat kepada kumpulan kongsi gelap. Beliau berkata, setakat ini, pihaknya belum menerima apa-apa maklumat atau laporan mengenai dakwaan tersebut. "Siapa yang dakwa? Setakat ini saya tak dengar apa-apa lagi berkaitan pembabitan ahli politik ternama dalam kumpulan kongsi gelap. "Namun jika siasatan yang kita buat dapati perkara ini benar (wujud), tindakan sewajarnya akan diambil terhadap mereka yang terlibat," katanya mengulas laporan sebuah akhbar berbahasa Cina yang mendakwa terdapat sebilangan ahli politik ternama menaungi dan menjadi penasihat beberapa kumpulan kongsi gelap. Memetik laporan sama, kumpulan terbabit dikatakan adalah antara 10 daripada 49 senarai nama pertubuhan haram yang didedahkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) semalam membabitkan kumpulan kongsi gelap Cina, Melayu dan India. Terdahulu, Khalid menghadiri Majlis Rumah Terbuka Hari Raya Aidilfitri anjuran Ibu Pejabat Polis Kontinjen Selangor, di sini, semalam. Dalam perkembangan sama, Khalid berkata, pihaknya sedang menjejaki ketua dan ahli kumpulan kongsi gelap, susulan pengumuman oleh KDN berhubung senarai nama 49 pertubuhan haram yang dikenal pasti. Read More / Baca Lagi >> |
Cadangan atasi kematian kanak-kanak dalam kereta, kementerian membisu Posted: 29 Aug 2013 08:02 PM PDT SUBANG JAYA, 29 OGOS – Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat perlu bertindak segera bagi mencegah kematian kanak-kanak di dalam kereta, kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Subang Jaya, Hannah Yeoh. Beliau berkata, ibu bapa harus segera diberi kesedaran bahawa kereta bukan tempat yang selamat untuk meninggalkan mereka walaupun untuk beberapa minit. "Saya bersama Ahli Parlimen Kelana Jaya, Wong Chen menghantar surat cadangan langkah pencegahan bagi kes ini pada 22 Julai lalu kepada pejabat kementerian tetapi hingga kini tiada tindakan diambil. "Ini supaya kementerian memastikan tiada kecuaian tidak berlaku lagi hingga menyebabkan nyawa kanak-kanak itu melayang," katanya dalam sidang media di pejabatnya hari ini. Read More / Baca Lagi >> |
Proton Saga Aeroback versi 1969 dalam filem Tanda Putera? Posted: 29 Aug 2013 08:00 PM PDT |
KJ: Cadang kontrak sosial baharu digubal Posted: 29 Aug 2013 07:59 PM PDT Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin (gambar) mencadangkan supaya kontrak sosial baharu digubal untuk membolehkan rakyat Malaysia menambahbaik lagi negara ini. Beliau berkata, langkah itu membolehkan rakyat Malaysia membentuk semula asas kesatuan mereka dan lebih mencerminkan cabaran generasi hari ini. "Saya tidak menyokong pindaan perlembagaan tetapi untuk kita mengkaji semula dan menulis semula kontrak sosial kita," katanya. Beliau berkata demikian ketika menutup Forum Persatuan Suara Keamanan, Hati Nurani dan Kebolehan Menaakul (PCORE)-Institut Kepimpinan Strategik Asia (ASLI) 2013 bertajuk 'Perpaduan dan Multikulturalisme: Membina Bersama Sebuah Masa Depan' di Institut Integriti di Kuala Lumpur, semalam. Mengulas lanjut mengenai cadangan itu, Khairy berkata, ketika kontrak sosial digubal pada tahun 50-an, sudah ada persefahaman antara kaum Melayu, Cina dan India, namun persefahaman itu berbeza pada masa kini. "Saya mencadangkan supaya kita melihat semula kepada kontrak sosial, bukan daripada segi kita mahu buang apa yang ada, tetapi kita cari persefahaman baharu sebab kita lihat kita terlalu banyak isu, isu sensitif, isu melibatkan agama, melibatkan kaum yang menimbulkan banyak masalah," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Apakah Najib mahu Waythamoorthy letak jawatan dengan tegurannya? Posted: 29 Aug 2013 07:55 PM PDT Nasihat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak kepada P Waythamoorthy supaya berada dalam barisan yang sama dengan kerajaan adalah lebih kurang sama seperti memberitahunya supaya berhenti menjawat jawatan timbalan menteri, kata beberapa penganalisis politik. Aktivis hak Hindu itu berada dalam keadaan `panas' apabila beliau mempersoalkan polis yang menembak mati lima penjenayah India di Pulau Pinang minggu lalu dan menuduh kumpulan disyaki samseng itu ditembak dari jarak dekat, bukan sebab wujud berbalas tembakan. Penganalisis politik Universiti Putra Malaysia, Dr Jayum Jawan, berkata teguran Najib kepada Waythamoorthy diterima seolah-olah perdana menteri mahu timbalan menteri itu keluar daripada pentadbirannya. "Saya berpendapat PM bersikap baik, beliau tidak mahu cakap pergi, atau saya tendang awak keluar, tetapi Waythamoorthy patut tahu bagaimana menterjemahkan bayangan yang diberikan PM itu," katanya kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur. Tiga menteri Kabinet, Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi; Menteri Pertahanan, Datuk Seri Hishammuddin Hussein dan Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin meminta peguam itu meninggalkan kerajaan jika beliau tidak mahu seiringan dengan tindakan kerajaan. Najib menyertai tiga menteri berkenaan semalam apabila beliau menegur Waythamoorthy dengan berkata sebagai ahli kerajaan, dia perlu bersama dengan pendirian kerajaan. Dr Jayum berkata, timbalan menteri itu mengambil tindakan yang salah apabila bercakap mengenainya secara umum, sepatutnya perkara itu dibincangkan bersama rakan dalam kerajaan. Katanya, jika Waythamoorthy meninggalkan kerajaan, tidak ada kerugian kepada masyarakat India kerana mereka masih diwakili oleh presiden dan timbalan presiden MIC iaitu Datuk Seri G Palanivel dan Datuk Seri Dr S Subramaniam. "Palanivel dan Dr Subramaniam mengambil langkah bijak apabila tidak menyuarakan pendapat mereka di luar Kabinet. Ini adalah cara yang betul, daripada bercakap di luar dan cuba berlagak jadi hero," katanya. Read More / Baca Lagi >> |
Analysis: Syria is a political chess game Posted: 29 Aug 2013 05:51 PM PDT |
Damascus prepares for airstrikes Posted: 29 Aug 2013 05:51 PM PDT |
Gen. Hayden: We've got to act on our own Posted: 29 Aug 2013 05:50 PM PDT |
Expert: Video proves Syria's chemical weapons use Posted: 29 Aug 2013 05:49 PM PDT |
Posted: 29 Aug 2013 05:49 PM PDT |
Analysis: Political risks of striking Syria Posted: 29 Aug 2013 05:48 PM PDT |
Video appears to show Syrian weapons Posted: 29 Aug 2013 05:42 PM PDT |
UK lawmakers say 'No' to military action Posted: 29 Aug 2013 05:40 PM PDT |
Variables to consider on Syria strike Posted: 29 Aug 2013 05:39 PM PDT |
U.S. lawmakers push for vote on Syria Posted: 29 Aug 2013 05:35 PM PDT |
What intelligence does U.S. have on Syria? Posted: 29 Aug 2013 05:35 PM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan