RAKYAT MARHAEN |
- Nik Amar jawab Dr Agus, pelawa pengkaji politik itu ke Kelantan
- Mahkamah Tinggi batal saman fitnah Zahid terhadap Rafizi
- Konflik Mesir dijangka berlarutan
- MyWatch will go on
- Meisr Berdarah: September tarikh perbicaraan Mohamed Al Baradei
- Analyst H.A.Hellyer discusses arrest of MB spiritual leader
- Egyptian authorities arrest top leader of Muslim Brotherhood
- Latest developments on Egypt crisis
- PTPTN KAN ADO..!!! Graduan PTPTN Dihukum Lagi Dengan CCRIS
- PTPTN KAN ADO..!!! Hutang graduan PTPTN dihambat CCRIS, kroni Umno-BN lepas
- Urusniaga RM4 bilion Johor dipersoal di DUN
Nik Amar jawab Dr Agus, pelawa pengkaji politik itu ke Kelantan Posted: 20 Aug 2013 09:07 PM PDT Timbalan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Mohamad Amar Nik Abdullah mempelawa pengkaji politik, Profesor Datuk Dr Mohammad Agus Yusof dari Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) untuk datang ke Kota Bharu bagi menjelaskan segala kekeliruannya mengenai kerajaan negeri itu. Tawaran itu dibuat Nik Amar dalam satu pertemuan eksklusif dengan The Malaysian Insider di pejabat beliau semalam. Beliau melahirkan rasa kecewa dengan tindakan orang ramai dan Agus yang terus menerus mempertikaikan kerajaan negeri termasuk mengapa Naib Presiden PAS, Datuk Husam Musa tidak dilantik sebagai Exco kerajaan negeri Kelantan. "Orang seperti Agus ini harus memahaminya. Dia anak Kelantan, takkan tidak tahu. Jika dia tidak puas hati, saya bersedia jumpa dia di pejabat saya di Kota Bharu bila-bila masa," katanya. Agus sehingga kini membuat tiga tulisan mengenai apa yang berlaku di Kelantan selepas pilihan raya umum ke 13 (PRU13) melalui facebooknya dan disiarkan juga oleh The Malaysian Insider. Bermula dengan tulisan tiada keghairahan baru dalam 100 hari pertama pentadbiran kerajaan baru di Kelantan, apa yang berlaku kepada projek lebuhraya rakyat, stadium baru dan masalah bekalan air bersih di Kelantan. Read More / Baca Lagi >> |
Mahkamah Tinggi batal saman fitnah Zahid terhadap Rafizi Posted: 20 Aug 2013 09:07 PM PDT Saman fitnah yang difailkan Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi terhadap Rafizi Ramli dibatalkan pagi ini selepas Rafizi mengaku di mahkamah bahawa menteri dalam negeri itu tidak menyalahgunakan kuasanya dan tiada peranan dalam keputusan Boustead Holdings Berhad untuk transaksi bagi memperoleh saham dan tanah Astacanggih Sdn Bhd. Rafizi yang juga Ahli Parlimen Pandan menjelaskan bahawa ia bukan satu permintaan maaf, tetapi hanya penarikan semula kenyataan yang silap dalam artikel membabitkan Ahmad Zahid yang pada ketika itu menjawat jawatan menteri pertahanan. "Oleh kerana menteri sudah menjelaskan perkara itu, saya menerima penjelasannya dan maka menyatakan bahawa beliau tidak menyalahgunakan kuasanya dan tidak memainkan peranan dalam keputusan Boustead Holdings untuk masuk dalam transaksi itu," katanya. |
Konflik Mesir dijangka berlarutan Posted: 20 Aug 2013 08:56 PM PDT |
Posted: 20 Aug 2013 08:51 PM PDT |
Meisr Berdarah: September tarikh perbicaraan Mohamed Al Baradei Posted: 20 Aug 2013 08:50 PM PDT |
Analyst H.A.Hellyer discusses arrest of MB spiritual leader Posted: 20 Aug 2013 07:55 PM PDT |
Egyptian authorities arrest top leader of Muslim Brotherhood Posted: 20 Aug 2013 07:54 PM PDT |
Latest developments on Egypt crisis Posted: 20 Aug 2013 07:53 PM PDT |
PTPTN KAN ADO..!!! Graduan PTPTN Dihukum Lagi Dengan CCRIS Posted: 19 Aug 2013 10:01 PM PDT SHAH ALAM 20 OGOS : Kerajaan digesa untuk memikirkan mekanisme yang lebih baik untuk membantu mahasiswa dan graduan yang dibelenggu dengan hutang Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) bukannya terus menerus menghukum mereka dengan pelbagai bebanan dan tekanan. Presiden Solidariti Mahasiswa Malaysia (SMM), Safwan Anang, berkata pengumuman Menteri Pendidikan II, Datuk Idris Jusoh, untuk menyenaraikan peminjam PTPTN ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) akan terus membebankan mahasiswa. "Tindakan PTPTN itu seumpama 'Along berlesen' kerana kerajaan tidak seharusnya menambahkan lagi beban mahasiswa," kata beliau ketika dihubungi TVSelangor. Kata beliau, kerajaan perlu mempertimbangkan nasib golongan graduan yang masih tidak mempunyai kerja sesuai dan bekerja separuh masa apabila berhadapan kesukaran untuk membuat pembayaran pinjaman. "Hasrat kerajaan terbaru ini bertentangan dengan kenyataan daripada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin yang akan memperjuangkan isu kebangkrapan dihadapi oleh golongan muda. "Jadi mengapa Menteri Pendidikan II, Idris Jusuh ini tidak memikirkan kebajikan untuk anak muda jadi golongan mahasiswa akan menemui Khairy Jamaluddin dalam masa terdekat " kata beliau. Katanya lagi, beliau berharap Belanjawan 2014 yang akan diumumkan Perdana Menteri nanti kerajaan perlu mempunyai jalan penyelesaian yang lebih baik bagi membela kebajikan golongan mahasiswa dan graduan.- |
PTPTN KAN ADO..!!! Hutang graduan PTPTN dihambat CCRIS, kroni Umno-BN lepas Posted: 19 Aug 2013 10:00 PM PDT SHAH ALAM 20 OGOS : Kerajaan Umno-BN gagal mempertahankan hak asasi rakyat apabila bertindak menyenaraikan peminjam PTPTN ingkar di bawah Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS) tetapi membiarkan rasuah, ketirisan dan hutang kroni makin berkembang. Read More / Baca Lagi >>Pengarah Komunikasi PKR, Nik Nazmi Nik Ahmad, berkata pengumuman Menteri Pendidikan II Idris Jusoh itu sebagai satu lagi kegagalan kerajaan Umno-BN dalam melaksanakan dasar pendidikan negara yang pro-rakyat. Katanya, ketika mahasiswa yang berpendapatan rendah dikejar dan dihambat bagi mengutip hutang ini, kerajaan Umno-BN tidak mengambil apa-apa tindakan tegas mengatasi masalah aliran wang haram ketiga tertinggi di dunia antara 2001-2010 lebih dari RM800 bilion. Sebelum ini, pemimpin Pakatan mendedahkan skandal pinjaman korporat seperti hutang milik Datuk Tajudin Ramli berjumlah RM584 juta yang dilupuskan dan skandal syarikat ternakan lembu National Feedlot Corporation (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Shahrizat Jalil berjumlah RM250 juta tanpa sebarang tindakan tegas oleh kerajaan. |
Urusniaga RM4 bilion Johor dipersoal di DUN Posted: 19 Aug 2013 09:59 PM PDT Dalam mesyuarat pertama sidang dewan undangan negeri Johor ke-13, ketua pembangkang negeri Dr Boo Cheng Hau membidas kerajaan negeri kerana masih gagal menjelaskan butiran di sebalik satu urusniaga bernilai RM4 bilion. Menurutnya, kerajaan negeri sebelum ini melunaskan hutang negeri sebanyak RM700 juta menggunakan wang jualan aset Syarikat Air Johor Holdings (SAJH) kepada Pengurusan Aset Air Berhad (PAAB). Namun katanya, sejak sidang DUN ke-12 sehingga kini mereka masih gagal menjelaskan ke mana perginya baki RM3.3 bilion daripada urusniaga bernilai RM4 bilion itu. "Rakyat Johor mempunyai hak untuk dimaklumkan sebab penjualan aset SAJH tidak dapat menjelaskan hutang kerajaan negeri sekaligus dengan harga jualan sebanyak RM4 bilion," kata anggota dewan undangan negeri (ADUN) Skudai itu. SAJH adalah syarikat konsesi pembekal air negeri sementara PAAB dimiliki sepenuhnya oleh Kementerian Kewangan. Anehnya kata Boo (kanan), walaupun urusniaga itu membantu mengurangkan hutang kerajaan negeri, pendapatan kerajaan negeri menurun sebanyak 17.7 peratus (RM181 juta) pada tahun 2011 dan belanjawan pada tahun sama pula mengalami defisit sebanyak RM148 juta. Pada Mac 2009 kerajaan negeri menandatangani satu perjanjian menjual aset SAJH kepada PAAB. Di bawah pelan itu, PAAB akan menyewakan aset itu kepada SAJH bagi membolehkannya terus membekalkan air kepada negeri. |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan