RAKYAT MARHAEN |
- Parti rasuah jual agama
- Ahli bawah ikhlas..pemimpin tak ikhas pun tak guna !!
- Antara diskaun had laju dan ‘skim cepat saman’
- Mesir kerajaan haram yang ketiga
- Mesir: PAS, gerakan Islam sokong bantahan aman
- PAS ingatkan Melayu, BR1M bukan bukti kemampuan kewangan negara
- Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno@BN
- Siasatan lanjut ke atas Maznah untuk jaga air muka TPM, kata peguam
- High Malaysian election petition costs seen as punishment for appellants, say lawyers
- Petisyen pilihan raya: Mala petaka kepada sistem kehakiman negara
- Soi Lek now the main actor in MCA's coup, says Tee Keat
- Dr Asri: Haram Mendedahkan Keaiban Peribadi Seseorang Sbg Senjata Politik
- TGHA: KULIAH JUMAAT 24 RAMADHAN 1434 / 02 OGOS 2013
- Lahad Datu: Menyingkap insiden pencerobohan pengganas 2
- TGNA | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013
- Syiah dan hak asasi manusia..!!!
- Syiah: Bertindak secara ilmu, bukan jadi isu politik
- Penyokong Mursi Bersedia Untuk Mati: Bunuh Kami & Minum Darah Kami Yang Berwana-warni
- Mahu Lari Dari Hantu Altantuya: Pendedahan sensasi P Bala
- Nurul Izzah: Mahkamah Pilihan Raya Ruang Bersihkan Nama
- Dewan Muslimat, Harakah santuni anak yatim Banting
- Syria's war children suffer mental illness
- Ustaz Ahmad Marzuk Shaary | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013
- Adakah Kerajaan BN dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..!!!
- Padan Muka Depa: Dulu.. semasa Kerajaan PR Perak tukar Proton kepada Toyota..La ni depa pulak yang lebih..!!!
Posted: 02 Aug 2013 07:39 PM PDT Ku Nan: ABU ertinya Allah bersama Umno Menteri Wilayah Persekutuan Datuk Seri Tengku Adnan Mansor hari ini cuba memberikan takrif baru kepada slogan Asalkan Bukan Umno (ABU) yang popular digunakan untuk menolak parti itu setiap kali musim pilihan raya. Katanya, ini kerana, selepas pilihan raya umum, Umno masih diterima apabila orang Melayu sehingga dapat meningkatkan jumlah kerusi Parlimen daripada 79 kepada 88. "Bila nampak (grafiti) ABU, beritahu yg sebenarnya (bermaksud) Allah Berkati Umno. Apa berlaku di (pilihan raya kecil) Kuala Besut ialah Allah Bersama Umno. "Percayalah kita berada di landasan betul cuma masalahnya kita cuba bercakaran antara satu sama lain," kata setiausaha agung Umno itu di Masjid As-Shafie di Taman Maluri, Cheras. Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. ABU asalnya grafiti popular di sekitar ibu negara sebelum diangkat sebagai pergerakan anti-Umno dan BN oleh sekumpulan aktivis NGO.-M'kini Aku tak terkejut bila Ku Nan kata 'Allah Bersama Umno'..Firaun pon mengaku dia 'Tuhan Yang Maha Tinggi'..Budak-budak pon kenai yang mana pensel dan yang mana pen..takkan kita dah tua-tua ni tak tau beza ..tambah tambah sat ngaku jadi syaiton ..sat2 ngaku 'Allah Bersama Umno'..ubat kuat yang dok jual kot pasar malam tu ada macam-macam jenama tapi semua disebut ubat kuat jugak.. Tun Madey pernah kata Umno Parti rasuah yang dah busuk hingga ke usus..bayangkan Ku Nan kata Allah Bersama Umno.. Cina bakuteh hina Islam masuk lokap.Melayu bela dan main2 ngan anjing dituduh hina Islam masuk lokap..Melayu Umno Parti Rasuah kata 'Allah Bersama Umno' (ABU) hebat.. | |
Ahli bawah ikhlas..pemimpin tak ikhas pun tak guna !! Posted: 02 Aug 2013 07:34 PM PDT | |
Antara diskaun had laju dan ‘skim cepat saman’ Posted: 02 Aug 2013 07:32 PM PDT KUALA LUMPUR "Saya menilai bahawa tindakan kerajaan menurunkan halaju kebangsaan sebenarnya untuk perangkap rakyat, bukan untuk mengurangkan statistik kemalangan jalanraya. Read More / Baca Lagi >>"Tiada hujah kukuh yang mengatakan kelajuan faktor utama kemalangan," tulis aktivis blogger Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM), Edy Noor Reduan, semalam di laman http://anakmudamalaysia.com. Justeru, beliau mempesoalkan apakah dalam notis yang singkat, semua pemandu akan menyedari bahawa halaju kebangsaan telah dikurangkan bermula semalam. "Apakah ada papan tanda sementara di sepanjang jalan? Bukan semua orang tengok berita, dan bukan semua orang maklum penurunan ini, ia perangkap!" tulisnya lagi, sebagaimana di bawah. Syukurlah, walaupun sedikit demi sedikit kesabaran di bulan puasa ini tergugat, dek kenaikkan harga ayam, kenaikan harga sayur, kenaikan harga gas dan sebelum itu kenaikan harga tiket bas, akhirnya ada juga penurunan yang diumumkan baru-baru ini. Daripada 110 turun menjadi 100, dari 90 turun menjadi 80, ini cukup bermakna buat semua pengguna jalanraya sempena musim perayaan. Kononnya, demi mengurangkan statistik kadar kemalangan jalanraya di musim raya, halaju kebangsaan diberi diskaun oleh pihak kerajaan. Hanya seratus kilometer sejam sahaja kelajuan maksimum di seluruh rangkaian lebuhraya seantero Malaya, rangkaian lebuh raya yang dikatakan terbaik di dunia. Hanya 100 km/j untuk semua jenama kereta. Persoalannya, benarkah kelajuan itu faktor utama kemalangan jalanraya di Malaysia? Atau sebenarnya penurunan hadlaju kebangsaan ini sebuah skim cepat saman? Dalam pengamatan saya, kesusahan dan kesengsaraan rakyat adalah sebenarnya antara faktor utama kemalangan jalanraya, bukan faktor kelajuan semata-mata. Tipikal rakyat Malaysia khususnya yang telah berkahwin dan punyai anak, walau macam mana susah dan sempitnya kehidupan, hari raya wajib disambut. Hari raya tidak bermakna tanpa balik kampung, tidak kira samada kampung suami ataupun isteri. Biasanya dua-dua kampung menjadi destinasi, yang kerap menjadi titik perbalahan adalah untuk memilih kampung siapa di malam dan pagi raya pertama. Bila ekonomi rakyat tidak seberapa, kenaikkan kos sara hidup tidak terkawal, maka rakyat perlu memilih risiko balik kampung dalam keadaan kondisi kenderaan yang 'longgar'. Jika selenggara sekalipun, lazimnya rakyat akan tanya apa yang murah untuk tayarnya, untuk minyak hitamnya, untuk keperluan 'spare-part'nya demi menjimatkan kos. Jika ada bahagian yang perlu ditukar atau diperbaiki, maka tangguhlah dulu kerana rakyat nak balik raya, banyak kosnya. Ketika ini juga tayar terpakai cukup laris di pasaran. Ori atau lokal, untuk jimat kos, ambillah lokal. Kalau ada tiruan, ambil tiruan. | |
Mesir kerajaan haram yang ketiga Posted: 02 Aug 2013 07:26 PM PDT Sudah lebih sebulan Mesir diperintah oleh kerajaan haram dan menjadikannya yang ketiga di rantau itu. Yang pertama ialah Israel yang ditegakkan atas sebahagian besar bumi Palestin sejak tahun 1948 oleh Britain, Perancis dan Amerika. Yang kedua ialah kerajaan Palestin yang Tebing Barat yang dirampas Fatah dari Hamas di luar pilihan raya atas restu Amerika dan Israel. Dan yang ketiga ialah yang di Mesir yang dirampas oleh tentera dipercayai atas arahan Israel dan direstui oleh Amerika. Tentang Israel itu semua tahu ia tidak ditegakkan oleh orang Yahudi. Ia ditegakkan oleh kuasa barat - Eropah dan Amerika – orang yang dipanggil rakyat zaman kerajaan Melaka dulu sebagai Benggali Putih. Tentera Benggali Putih ini dari India dan lain-lain memerangi rakyat Palestin dan menyerahkan pemerinah kepada Yahudi. Palestin baru yang dibentuk oleh dunia yang dikuasai oleh Benggali Putih dan diterima oleh Fatah pimpinan Yasser Arafat terdiri dari Tebing Barat dan Ghaza, dalam pilihan raya umumnya yang terakhir dimenangi oleh Hamas selepas kematian Arafat. Penerimaan semua Benggali Putih terhadap kerajaan Hamas itu sama dengan penerimaan mereka terhadap kerajaan demokrasi pertama Mesir pimpinan Presiden Mursi yang disokong oleh Ikhwanul Muslimin. Kerajaan-kerajaan Benggali Putih – Amerika dan Eropah - yang membiayai kerajaan Palestin Kecil itu menghentikan semua bantuan kepada kerajaan sah Hamas dan akhirnya mereka memperalatkan Fatah merampas kuasa tetapi gagal masuk ke Gaza. Selepas itu Tebing Barat menjadi kerajaan dan suara Palestin yang tidak sah. Read More / Baca Lagi >> | |
Mesir: PAS, gerakan Islam sokong bantahan aman Posted: 02 Aug 2013 07:24 PM PDT MARANG: PAS bersama dengan gerakan Islam dunia menyokong resolusi perbincangan di Istanbul, Turki baru-baru ini bagi meneruskan bantahan secara aman oleh rakyat di Mesir. Read More / Baca Lagi >>Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang berkata mengikut resolusi yang dibuat oleh parti-parti gerakan Islam bersetuju bantahan secara aman diteruskan di Mesir. "Perkembangan politik di Mesir, mengikut resolusi yang telah diambil oleh parti-parti (gerakan) Islam yang mengadakan perbincangan di Istanbul (Turki), ialah supaya bantahan secara aman diteruskan, kerana bantahan secara aman inilah yang paling sesuai dan munasabah kepada umat Islam sesama umat Islam dalam menghadapi dalaman mereka walau pun sangat mencabar. "Berbeza dengan kita menghadapi serangan dari musuh yang datang menceroboh negara. Itu memaksakan kita berdepan dengan senjata, ada pun membetulkan pemikiran umat yang telah lama tenggelam dalam pemikiran sehingga terpengaruh dengan ideologi sekularisma, yang menyebabkan mereka menganut pelbagai teori yang asing dari Islam kerana kejahilan mereka, sama ada kerajaan atau pun rakyat," tegasnya ketika ditemui Harakahdaily di kediamannya, semalam. Justeru, katanya dengan bantahan secara aman itu boleh menyedarkan rakyat hingga membawa satu gelombang yang positif di peringkat nasional Mesir dan antarabangsa. | |
PAS ingatkan Melayu, BR1M bukan bukti kemampuan kewangan negara Posted: 02 Aug 2013 07:22 PM PDT Komuniti Melayu, Islam di negara ini disarankan untuk tidak menilai pemberian kerajaan Barisan Nasional (BN) melalui Bantuan Rakyat 1 Malaysia (BR1M) sebagai kayu pengukur kepada keupayaan kewangan negara kerana mereka adalah bangsa yang akan terjejas jika berlaku kejatuhan ekonomi, kata PAS. Ketua Penerangan PAS, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man (gambar) menegaskan, Melayu selaku kaum majoriti di negara ini lebih melihat kepada bantuan dan "gula-gula" pilihan raya sebagai kayu pengukur ekonomi negara sedangkan Malaysia kini berada di paras bahaya daripada struktur ekonomi berdasarkan kajian agensi penilaian global, Fitch Ratings. "Ini bukan ukuran kekuatan ekonomi negara, dan orang Melayu-Islam perlu sedar segalanya memerlukan sumber untuk membayarnya," kata Tuan Ibrahim, dalam satu kenyataannya lewat malam tadi merujuk kepada BR1M dan bantuan kerajaan BN menjelang pilihan raya umum ke-13 (PRU13), baru-baru ini. "Kesihatan ekonomi negara juga perlu dilihat dari sudut hutang negara, yang kini menghadapi tahap maksima 55 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK), defisit belanjawan yang semakin meruncing dan kejatuhan nilai Ringgit secara mendadak," katanya. Rabu lalu, Fitch Ratings dalam penilaiannya melihat unjuran kredit Malaysia berubah daripada stabil kepada negatif berikutan kemungkinan kelemahan kewangan awam selepas PRU13. Penilaian berkenaan muncul selepas ringgit Malaysia jatuh ke paras terendah berbanding dolar Amerika untuk tempoh tiga tahun dan tempoh 15 tahun terendah berbanding dolar Singapura menjadikan dagangan import lebih mahal sementara nilai eksport lebih rendah meskipun jumlah eksport menurun. Read More / Baca Lagi >> | |
Hina Islam: Apa kurangnya dengan pemimpin Umno@BN Posted: 02 Aug 2013 07:21 PM PDT KUALA LUMPUR: Tindakan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin yang dilihat menuduh orang bukan Islam terlibat dalam video jurulatih anjing boleh mencetuskan kekecohan, kata Naib Presiden PAS, Datuk Mahfuz Omar. Read More / Baca Lagi >>"Ia ternyata boleh mencetuskan emosi kebencian dan sakit hati di kalangan orang-orang Islam terhadap orang-orang bukan Islam dan akhirnya akan tercetus kekecohan. "Adakah Timbalan Perdana Menteri mahu bertanggungjawab jika kenyataannya yang ternyata bersifat hasutan itu mencetuskan tindakan bersifat fizikal orang-orang Islam ke atas orang-orang bukan Islam?" beliau mempersoalkan. Bagaimanapun, kata Mahfuz, beliau yakin Muhyiddin tidak akan diambil tindakan atas kenyataannya yang bersifat hasutan itu. "Sekali lagi rakyat boleh melihat bahawa pemimpin-pemimpin dan ahli-ahli Umno semakin yakin bahawa mereka kebal undang-undang. | |
Siasatan lanjut ke atas Maznah untuk jaga air muka TPM, kata peguam Posted: 02 Aug 2013 07:20 PM PDT Penyiasatan lanjut yang dilakukan terhadap pelatih anjing Muslim, Maznah Mohd Yusof atau lebih dikenali sebagai Chetz adalah satu bentuk penyalahgunaan kuasa dan bertujuan menjaga air muka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, kata peguamnya Latheefa Koya. Menurut Latheefa, Maznah tidak seharusnya dirujuk semula ke Majistret dan dikenakan bon di bawah Seksyen 118 yang tidak pernah berlaku bagi orang yang dianggap suspek kerana perintah itu hanya terpakai ke atas saksi atau pengadu. Katanya, bon yang bertindak seperti akujanji ke atas saksi itu jika diingkari boleh dikenakan denda sebanyak RM10,000. "Proses penyiasatan ini amat meragukan kerana selepas Maznah mengemukakan laporan polis segala butiran peribadinya seperti jumlah gaji, tempat tinggal, bilangan adik beradik dan lain-lain tersebar di laman sosial Facebook. "Siapa lagi yang harus dipersalahkan? Polis tidak sewajarnya melakukan hal seperti ini," katanya ketika ditemui di Ibu Pejabat PKR semalam. Read More / Baca Lagi >> | |
High Malaysian election petition costs seen as punishment for appellants, say lawyers Posted: 02 Aug 2013 07:19 PM PDT The Malaysian courts have been breaking all sorts of records by awarding costs as high RM150,000 when dismissing election petitions this year, up from the normal range of about RM20,000. The Bar Council, lawyers and former judicial officers said the high costs as well as dismissal of the petitions on technical grounds have given the impression that the judges are punishing candidates and voters and also discouraging litigants from taking the matter further by instilling fear of huge monetary losses. They added the election petitions cannot be equated to civil and commercial cases where costs are awarded on preliminary objections, noting it was unprecedented to award exorbitant amounts. Senior lawyer Karpal Singh, who has handled election petitions for years, said the costs awarded previously were less than RM20,000, adding the costs was not meant to enrich any party. "Ideally, it should be minimum costs, or each party should be ordered to bear their own costs," Karpal told The Malaysian Insider in Kuala Lumpur this week. But this was not the case recently with the latest decision on Thursday when an election court awarded RM150,000 after allowing a preliminary objection for the Kuala Berang state seat in Terengganu. Similarly, the judge presiding over the Pasir Panjang state seat in Perak, ordered the petitioner to pay RM120,000 in costs to three respondents, including the Election Commission (EC). For the election petition filed for the Balik Pulau federal seat in Penang, another court ordered payment of RM120,000. Bar Council chairman Christopher Leong (pic) said election petitions were of public interest and should not be equated to civil and commercial cases. "Since the petitions are of public nature, the award of costs should not be exorbitant. "It is also important to note that almost all petitions were dismissed without going through the merits of the cases," he said. Leong said the high awards gave the impression that the courts were punishing the litigants.Read More / Baca Lagi >> | |
Petisyen pilihan raya: Mala petaka kepada sistem kehakiman negara Posted: 02 Aug 2013 07:18 PM PDT
1). JUHAM amat terkejut dengan 'trend' penolakan majoriti Petisyen Pilihanraya oleh Mahkamah-Mahkamah Pilihanraya di seluruh Malaysia yang berasaskan alasan dan tafsiran undang-undang yang berbeza antara satu Mahkamah dan satu Mahkamah yang lain. JUHAM melihat 'trend' ini adalah suatu perkara yang amat berbahaya dan merupakan malapetaka kepada sistem kehakiman Malaysia. Read More / Baca Lagi >>2). Barisan Peguam JUHAM yang terlibat secara langsung dengan Petisyen Pilihanraya di seluruh negara rata-rata melahirkan rasa hairan dan terpinga-pinga dengan 'trend' ini, lebih-lebih lagi wujudnya pelbagai pandangan yang berbeza dan tiada konsistensi antara Hakim-Hakim Pilihan Raya sehingga menyebabkan ada Petisyen yang ditolak dan ada pula yang diteruskan dengan Perbicaraan walaupun alasan kepada Bantahan Awal terhadap Petisyen tersebut adalah alasan yang sama dan pernah diputuskan oleh Mahkamah-mahkamah Pilihan Raya sebelum ini. 3)JUHAM melihat pendirian berbeza seperti ini memprejudiskan semua Pempetisyen kerana Pempetisyen bukan sahaja diprejudiskan hak beliau untuk mendapatkan hak sama-rata di sisi undang-undang akibat kekeliruan sebegini, malah Pempetisyen terpaksa menanggung kos yang tinggi setelah Petisyen itu ditolak. Apatah lagi, para Hakim Pilihan Raya seolah-olah telah bersepakat untuk meletakkan had minima bagi kos penolakan setiap Petisyen Pilihan Raya iaitu sekitar RM30,000.00 hinggalah RM150,000.00 yang mana merupakan satu jumlah yang tidak munasabah dalam sejarah perjalanan Petisyen Pilihanraya di Mahkamah Pilihanraya Malaysia. 4). JUHAM ingin memberikan beberapa contoh terhadap keputusan Mahkamah tersebut.Pertamanya, terdapat Petisyen yang ditolak begitu sahaja dengan alasan Petisyen tersebut tidak diserahkan oleh Pempetisyen sendiri kepada Responden. Keputusan ini jelas adalah tidak munasabah, lebih-lebih lagi isu penyerahan Petisyen ini telah lama diputuskan (precedent) oleh Mahkamah Pilihan Raya pada tahun-tahun sebelum ini. Sebagai contoh, YA Datuk Ramly (kini Hakim Mahkamah Rayuan) telah pun memutuskan di dalam kes Mohamad Sabu lwn Pegawai Pengurus Pilihan Raya [2007] 9 CLJ 26 bahawa penyampaian Petisyen boleh dibuat oleh Peguam atau ejennya kerana adalah tidak praktikal untuk menghendaki Pempetisyen menyampaikan sendiri Petisyen tersebut kepada Responden. | |
Soi Lek now the main actor in MCA's coup, says Tee Keat Posted: 02 Aug 2013 07:12 PM PDT | |
Dr Asri: Haram Mendedahkan Keaiban Peribadi Seseorang Sbg Senjata Politik Posted: 02 Aug 2013 07:11 PM PDT | |
TGHA: KULIAH JUMAAT 24 RAMADHAN 1434 / 02 OGOS 2013 Posted: 02 Aug 2013 03:08 PM PDT | |
Lahad Datu: Menyingkap insiden pencerobohan pengganas 2 Posted: 02 Aug 2013 03:06 PM PDT | |
TGNA | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013 Posted: 02 Aug 2013 02:54 PM PDT | |
Syiah dan hak asasi manusia..!!! Posted: 02 Aug 2013 02:52 PM PDT Ada satu fakta yang mesti kita terima bahawa Syiah sudah pun bertapak di Malaysia. Kenyataan ini menjadi bukti bahawa negara kita sedang menuju kepada masyarakat yang berkepelbagaian (multicultural society). Bukan saja berkepelbagaian dalam beragama, tapi juga berkepelbagaian dalam bermazhab. Dengan menerima fakta bahawa memang sudah terdapat orang Syiah di Malaysia, maka kita juga mestilah menerima fakta bahawa dunia kemasyarakatan kita pada hari ini sudah semakin terbuka. Kerana itu, tindakan terbaru kerajaan untuk mengharamkan Syiah telah menimbulkan kontroversi yang hangat. Dalam dilema inilah, maka kita dituntut untuk memikirkan tindakan tersebut dalam-dalam dulu. Pertamanya, adakah kita ingin menangkap semua orang Syiah tersebut kerana mereka berbeza mazhab dengan kita? Jika demikian, maka apakah penjara itu dapat menukar iman mereka dari bermazhab Jafari kepada bermazhab Shafie? Saya pasti, takkan semudah itu. Maka, apa lagi pilihan kita yang berikutnya? Di sini, saya hanya mampu berdoa agar minoriti Syiah ini tidak diancam pula secara fizikal akibat kelainan iman mereka. Sehubungan dengan itu, dengan menyedari bahawa masyarakat sudah mengalami kepelbagaian yang pesat, maka untuk kita terus hidup aman-damai, kita mestilah mempunyai satu asas yang sepatutnya disepakati secara bersama. Pada saya, asas ini tidak lain tidak bukan ialah sebuah sistem nilai universal. Menerusi sistem nilai universal inilah, maka kita akan dapat mendamaikan segala perbezaan yang terdapat di dalam masyarakat. Lebih jelas lagi, sistem nilai yang universal yang saya maksudkan ini ialah hak asasi manusia. Menurut saya, tanpa adanya hak asasi manusia ini, maka harga diri manusia (tanpa mengira agama dan mazhab apapun) itu akan sentiasa berada dalam keadaan terancam. Kerana itu, golongan Syiah di Malaysia sedang merasa diri mereka terancam kerana hak mereka sebagai seorang manusia telah dicabar dan dianggap tidak bernilai. Lalu, apakah dosa orang Syiah ini sampai kita dengan semudahnya mencabut hak asasi manusia dari diri mereka ini? Read More / Baca Lagi >> | |
Syiah: Bertindak secara ilmu, bukan jadi isu politik Posted: 02 Aug 2013 02:48 PM PDT MARANG: Presiden PAS, Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang menyifatkan tindakan kerajaan dalam menangani isu kontroversi fahaman Syiah lebih bersifat politik. Read More / Baca Lagi >>Katanya, ajaran Syiah itu bukan perkara baru tetapi telah lama wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam. Menurutnya, kerajaan pula mengambil sikap bukan hendak menangani masalah ajaran Syiah tetapi hendak jadikan isu politik. "Kerajaan lebih bersikap untuk menjadikan isu politik, bukan suatu tindakan. Sebenarnya, Syiah telah wujud sejak beberapa kurun dalam dunia Islam dan bukan perkara baru. "Seperti mazhab-mazhab lain juga dan kita tidak menafikan bahawa ajaran Syiah ini tidak sesuai diamalkan di Malaysia. "Saya nampak kerajaan bukan hendak tangani tetapi hendak jadi isu politik. Sepatutnya, perbincangan antara mazhab ini hendaklah dilakukan di kalangan ilmuan, ulama yang tahu dalam bidang dia dan bukan mereka yang tak tahu hala bincang tentang mazhab ini," ujarnya kepada Harakahdaily, hari ini. | |
Penyokong Mursi Bersedia Untuk Mati: Bunuh Kami & Minum Darah Kami Yang Berwana-warni Posted: 02 Aug 2013 02:47 PM PDT Penyokong Mursi kini ikrar sedia mati Kerajaan Mesir yang disokong tentera pada Khamis memberi amaran kepada penyokong presiden Mohamed Mursi yang digulingkan supaya meninggalkan kem tunjuk perasaan di Kaherah, dengan menjanjikan jalan keluar selamat tanpa pertempuran. Rayuan itu dibuat oleh jurucakap kementerian dalam negeri Hany Abdel Latif dalam saluran televisyen negara selepas kerajaan pada Rabu memberi amaran bertindak menamatkan tunjuk perasaan dua minggu oleh ribuan penyokong Mursi. Sejak tentera menggulingkan Mursi, pemimpin kumpulan Islamis pada 3 Julai, pemimpin-pemimpin gerakan Ikhwanul Muslimin dituduh menghasut keganasan. Amaran terkini dikeluarkan berhubung kemungkinan berlakunya pertumpahan darah akibat ketegangan berterusan. Latif berkata, jika penunjuk perasaan meninggalkan tapak bantahan mereka secara aman, mereka akan menjamin keselamatan kumpulan itu. Tiada tarikh akhir ditetapkan. | |
Mahu Lari Dari Hantu Altantuya: Pendedahan sensasi P Bala Posted: 02 Aug 2013 08:14 AM PDT Lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua. Bahagian Akhir Di antara banyak drama, barangkali tidak ada yang dapat menandingi kehebatan dari segi sensasinya daripada yang dicipta oleh mendiang penyiasat peribadi P Balasubramaniam. Dalam afidavitnya yang pertama yang dikeluarkan pada 3 Julai 2008, Bala mendakwa Altantuya sebenarnya adalah bekas perempuan simpanan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak sebelum diserahkan kepada Abdul Razak Baginda. Razak adalah orang kepercayaan Najib. Maklumat ini disampaikan kepada Bala oleh Razak dan Altantuya pada masa yang berbeza melalui perhubungannya dengan kedua-dua Razak dan Altantuya, ketika beliau bertugas sebagai penyiasat peribadi bagi melindungi Najib daripada diganggu oleh bekas perempuan simpanannya. Malahan lebih dramatik lagi apabila dengan secepat kilat Bala menarik balik dakwaannya berkaitan Najib melalui afidavit kedua yang dikeluarkan pada pagi esoknya (4 Julai 2008). Ini diikuti dengan 'kehilangan' kesemua anggota keluarga Bala dari Malaysia dalam tempoh beberapa jam sahaja afidavit itu dibacakan kepada umum. Kita mendapat tahu kemudian bahawa keluarga Bala dipaksa keluar negara selepas mengeluarkan afidavit kedua dan melalui berbagai rintangan di beberapa buah negara sebelum bermastautin di Chennai, India. Cerita yang kita boleh cantumkan melalui persekongkolan pelakon-pelakon yang relevan dan tidak boleh dipertikai dalam episod Bala, ialah Bala sendiri, Deepak Jaikishan (kawan baik isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor) dan Americk Singh Sidhu (peguam Bala) adalah seperti berikut: Pada hari Bala mengeluarkan afidavit yang pertama, Rosmah mengarahkan Deepak supaya membuat persiapan agar Bala menarik balik tuduhan-tuduhannya dan kemudian melarikan diri bersama keluarganya ke luar negara. Pada malam hari itu juga (3 Julai 2008), di bawah perancangan Deepak, Bala menemui adik Najib, Nazim (dan isterinya). Beliau menawar RM5 juta kepada Bala di atas kerjasama beliau untuk menarik balik ceritanya dan segera meninggalkan negara ini bersama keluarganya. Keselamatan keluarga Bala tidak terjamin sekiranya Bala enggan. Kemudian peguam Cecil Abraham yang menerima arahan daripada Najib, bekerja sepanjang malam tersebut untuk menyediakan afidavit kedua Bala. Setelah siap, Bala menandatanganinya. | |
Nurul Izzah: Mahkamah Pilihan Raya Ruang Bersihkan Nama Posted: 02 Aug 2013 07:47 AM PDT | |
Dewan Muslimat, Harakah santuni anak yatim Banting Posted: 02 Aug 2013 07:46 AM PDT | |
Syria's war children suffer mental illness Posted: 02 Aug 2013 07:45 AM PDT | |
Ustaz Ahmad Marzuk Shaary | Kuliah Jumaat 02 Ogos 2013 Posted: 02 Aug 2013 07:44 AM PDT | |
Adakah Kerajaan BN dikritik rakyat di RTM, gara-gara gantikan Proton dengan Honda..!!! Posted: 02 Aug 2013 07:41 AM PDT Penggantian kereta rasmi ini akan dilakukan secara berperingkat dengan keutamaan diberikan kepada pegawai yang sedang menggunakan Proton Perdana Executive. Surat bertarikh 29 Julai ini mengesahkan bahawa Proton Perdana Executive yang digunakan oleh Anggota Pentadbiran, Yang di-Pertua dan Timbalan Yang di-Pertua Dewan Negara/Dewan Rakyat, Hakim dan Pegawai Perkhidmatan Awam Gred Utama/Khas A akan ditukarkan kepada Honda Accord 2.4 liter. Sementara itu untuk Pegawai Perkhidmatan Awam Khas/Gred B dan C yang menggunakan Proton Inspira, mereka akan dibekalkan dengan Honda Accord 2.0 liter. Surat ini telah dikeluarkan oleh Kementerian Kewangan. SUATU masa dahulu kerajaan Pakatan Rakyat, Perak di bawah pentadbiran Menteri Besar, Nizar Jamaluddin dikecam hebat gara-gara menukar kereta rasmi kerajaan negeri daripada Proton Perdana kepada Toyota Camry. Tujuan kerajaan negeri Perak mahu bertukar kepada Toyota Camry pada waktu itu adalah untuk mengurangkan kos penyelenggaraan (maintenance) yang mahal terpaksa ditanggung setiap bulan. Proton Perdana, faham-faham sajalah kos meragamnya yang sangat tinggi dan dilihat sebagai pembaziran terhadap wang rakyat. Namun begitu, niat baik ini menerima kecaman hebat daripada pejuang-pejuang Melayu yang tiba-tiba bersifat terlebih patriotik. Malah RTM turut menemubual beberapa orang macai-macai UMNO.. | |
Posted: 02 Aug 2013 07:39 AM PDT |
You are subscribed to email updates from RAKYAT MARHAEN To stop receiving these emails, you may unsubscribe now. | Email delivery powered by Google |
Google Inc., 20 West Kinzie, Chicago IL USA 60610 |
Tiada ulasan:
Catat Ulasan